Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

“KASIH DISEMAI, BAKTI DITUAI”


SEMPENA PERSARAAN TN HJ KAMILAN BIN DAMIRI

TARIKH: 30.01.2019
HARI: RABU
MASA: 10.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN SRI PERDANA

TENTATIF :

*Flow Majlis Persaraan*

1. Ketibaan guru-guru
2. Ketibaan yg diraikan & iringan kompang,persembahan silat (Depan dewan)
kawad masuk oleh PKBM
3. Bacaan doa
4. Ucapan Wakil Pelajar
5. Ucapan Mabiru
6. Ucapan Pengetua
7. Penyampaian Plak persaraan
8. Ucapan Yang diraikan
9. Persembahan Multimedia
10.Persembahan Pelajar
11.Penyampaian hadiah
12.Yang dirai diiring keluar

Majlis bersurai

PERKARA BUTIRAN CATATAN

Ketibaan Yang Mengumumkan Ketibaan Yang Diraikan Tn Hj Kamilan Bin Damiri


Diraikan dengan diiringi dif-dif jemputan dan para guru ke Dewan Sri Perdana.

Sedang menyambut kehadiran Guru-guru Yang Diraikan di luar Dewan


Sri Perdana adalah pasukan kompang dari Kelab
Seni,Kebudayaan,Pelancongan dan Kompang SMK Datuk Menteri.

Seterusnya ,sebagai tanda menyambut kehadiran Yang Diraikan


adalah persembahan silat dari Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia
(Tn Hj Kamilan Bin Damiri masuk)

Para guru dan para pelajar sekalian, marilah sama-sama kita


memberikan tepukan gemuruh kepada guru yang Diraikan iaitu Tn Hj
Kamilan Bin Damiri.
(Perarakan masuk Tn Hj Kamilan Bin Damiri diiringi pasukan PKBM
SMK Datuk Menteri)
----tetamu jemputan duduk.

Para guru dan para pelajar dipersilakan duduk.

Pembuka Melati kuntum tumbuh melata,


majlis Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam Muafakat Johor

Yang Berusaha
En Abd Rashid bin Sulaiman, Pengetua SMK Datuk Menteri

Yang Diraikan pada hari ini


Tn Hj Kamilan Bin Damiri

Yang Berbahagia
Tn Hj Mohd Noor bin Hassan,
YDP PIBG SMK Datuk Menteri Ayer Hitam

Yang Dihormati,
Pn Saonah bt Abd Motalip,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

En Norhizam bin Ahmad,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Pn Mala Bt Md Apandi,
Guru Penolong Kanan Tingkatan 6

Pn Nooraini bt Pairuk,
Guru Penolong Kanan Petang

Barisan Guru-Guru Kanan Mata pelajaran,

Guru Media dan Pusat Sumber,

Para Kaunselor,

Guru-guru, para pengawas dan seterusnya para pelajar yang dikasihi


sekalian

Selamat datang ke
Majlis “Kasih Disemai, Bakti Dituai”
sempena persaraan guru yang kita kasihi,
Tn Hj Kamilan Bin Damiri

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Sesungguhnya hari ini mencatat satu sejarah buat semua warga SMK
Datuk Menteri, kerana pada hari ini kita kehilangan GPK HEM yang
disayangi.

Bacaan Doa Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dilafazkan oleh Tn Hj Azman bin Ibrahim.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

...........................................BACAAN DOA..............................................

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis merakamkan ucapan terima kasih Tn Hj Azman bin Ibrahim.
atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Yang Diraikan Seterusnya majlis dengan penuh takzim menjemput dan


duduk di mempersilakan yang diraikan, Tn Hj Kamilan Bin Damiri untuk naik
singgahsana ke pentas dan duduk di singgahsana yang telah disediakan.

Majlis mempersilakan.

Bukan keris tanpa alunya


Bukan majlis tanpa ucapannya

Ucapan wakil Sebagai membuka persada ucapan,


pelajar
Muhammad Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan wakil pelajar,saudara
Irfan Aizat bin Muhammad Irfan Aizat bin Zuraini
Zuraini Ketua Pengawas SMK Datuk Menteri
untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

.................................UCAPAN WAKIL PELAJAR...................................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara


Muhammad Irfan Aizat bin Zuraini atas kesudian menyampaikan
ucapan sebentar tadi.

Seterusnya,majlis mempersilakan
En. Mohd Sa’bawi bin Japri,
Ucapan Alu- Pengerusi Majlis Bilik Guru dan Staf
aluan untuk menyampaikan ucapan.
En. Mohd
Sa’bawi bin Dipersilakan.
Japri
Pengerusi ......................UCAPAN PENGERUSI MABIRUS....................................
Majlis Bilik
Guru Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Sa’bawi bin Japri,
Pengerusi Majlis Bilik Guru dan Staf atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
Ucapan Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan menjemput dan
Pengetua mempersilakan
Yang Berusaha
En Abd Rashid bin Sulaiman,
Pengetua SMK Datuk Menteri
untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

.................................UCAPAN TN PENGETUA......................................

Demikian tadi, ucapan yang telah disampaikan oleh


Yang Berusaha En Abd Rashid bin Sulaiman,
Pengetua SMK Datuk Menteri.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Curah serbat di atas lantai,


Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang


dicurahkan oleh guru yang kita raikan, sepanjang perkhidmatan
mereka di SMK Datuk Menteri.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Penyampaian Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan


plak dan sijil Tn Pengetua. Yg Berusaha En Abd Rashid bin Sulaiman untuk
persaraan menyampaikan plak persaraan beserta sijil kepada
Tn Hj Kamilan Bin Damiri

Majlis mempersilakan.

.................................PENYAMPAIAN WATIKAH...................................

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn


Pengetua atas kesudian menyampaikan Plak Persaraan sebentar tadi.

Ucapan Yang Para hadirin yang dimuliakan


Diraikan
Tak molek jika pasu tiada bunganya
Tak berguna jika dayung tiada perahunya
Tak lengkap majlis jika yang diraikan tidak berbicara

Seterusnya,
majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Yang Diraikan, Tn Hj Kamilan Bin Damiri
untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan.

.................................UCAPAN HJ KAMILAN.........................................

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Diraikan Tn Hj Kamilan Bin Damiri atas ucapan itu tadi.

Tayangan Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


multimedia Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena


persaraan Guru Yang Diraikan Tn Hj Kamilan Bin Damiri

.................................PERSEMBAHAN MONTAJ....................................

Demikianlah, sebentar tadi kita dapat saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tn Hj Kamilan Bin
Damiri

Persembahan multimedia itu tadi telah disediakan oleh Tn Hj Ahmad


Sa’id bin Hamzari dan En Nurhaziq bin Samsuddin.Terima kasih
diucapkan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

*Persembahan Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan persembahan zapin


pelajar yang akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dari Kelab
Seni,Kebudayaan,Pelancongan dan Kompang SMK Datuk Menteri.

.................................PERSEMBAHAN ZAPIN........................................

Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar dari Kelab


Seni,Kebudayaan, Pelancongan dan Kompang SMK Datuk Menteri
atas kesudian menghiburkan kita semua dengan persembahan zapin
sebentar tadi.

Hadirin hadirat sekalian,

Penyampaian Sebagai tanda Lambaian Kasih,Sanjungan Budi dari warga SMK


cenderamata Datuk Menteri, pihak majlis dengan sukacita dan berbesar hati untuk
menyampaikan cenderamata buat insan yang kita raikan pada hari ini.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan
Tn Pengetua,En Abd Rashid bin Sulaiman
En. Mohd Sa’bawi bin Japri,
Pengerusi Majlis Bilik Guru dan staf sesi 2019
bagi mengiringi Yang Diraikan,
Tn Hj Kamilan Bin Damiri
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan dari warga SMK
Datuk Menteri.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Rujuk senarai hadiah)

Majlis mempersilakan .............................................. untuk


menyampaikan cenderamata daripada .........................................

.................................PENYAMPAIAN HADIAH......................................

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tn Hj


Kamilan Bin Damiri atas kesudian menerima cenderamata sebentar itu
tadi.

Majlis mempersilakan kepada Yang diraikan untuk duduk semula di


singgahsana yang disediakan

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian En Abd


Rashid bin Sulaiman dan En. Mohd Sa’bawi bin Japri, mengiringi
Yang Diraikan Tn Hj Kamilan Bin Damiri

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Seloka pelajar Di kesempatan ini juga, ingin kami sampaikan seloka khusus buat tuan
yang diraikan

Cikgu Kamilan panggilan mesra


Guru veteran yang banyak berjasa
Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
Tiga dekad begitulah lama

Dari muda hingga berusia


Menjalankan tugas dengan setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek pelajar semua

Kini sudah tibanya masa


Berundur Cikgu Kamilan kerana bersara
Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya

Sudah biasa kita dengari


patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama guru yang ini
Tak mungkin ada galang ganti
Sampai di sini seloka kami
Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim terus terpatri
Biarpun Cikgu Kamilan tiada di sisi

Ampun dan maaf kami pinta


Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

Semoga Cikgu Kamilan sihat sejahtera


Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Diraikan ,Tn Hj


Kamilan Bin Damiri kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang
penuh bermakna ini.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan
para pelajar yang sudi meluangkan masa bersama-sama bagi
memeriahkan Majlis “Kasih Disemai, Bakti Dituai” pada hari ini.

Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada AJK Majlis
Bilik Guru dan Staf SMK Datuk Menteri yang bertungkus lumus
menjayakan majlis pada hari ini. Apa yang kurang, maaf jua dipinta.

Sesi fotografi Seterusnya, majlis menjemput yang diraikan Tn Hj Kamilan bin Damiri
bersama-sama Tn. Pengetua, Pengerusi Majlis Bilik Guru dan Staf,
Yang DiPertua PIBG SMK Datuk Menteri dan barisan pentadbir untuk
mengambil tempat bagi sesi bergambar. Dipersilakan.

Penutup Dengan berakhirnya sesi fotografi sebentar tadi maka berakhirlah


majlis kita pada hari ini. Dengan itu, dipersilakan kepada para guru
dan para pelajar untuk bersalam-salaman dengan guru yang kita
raikan pada hari ini.
Untuk akhirnya..
Majlis mempersilakan Tn Pengetua dan barisan Pentadbir untuk
mengiringi Yang Diraikan untuk perarakan keluar dewan. Majlis
mempersilakan.
Para pelajar diminta berdiri membuat lambaian terakhir buat Tn Hj
Kamilan Bin Damiri
Dengan itu, berakhirlah Majlis “Kasih Disemai, Bakti Dituai”

Sekian, salam hormat


Wabillahi Taufiq wal hidayah Wassalamu ‘Alaikum Wa Rahmatullahi
Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai