Anda di halaman 1dari 5

Sinopsis

___________ yang bertugas sebagai _______________ dan pengiring rombongan kayak


memaklumkan ibunya bahawa dia akan melatih dan mengiringi kumpulan peserta ekspedisi
yang ____________ dalam aktiviti berkayak di Tasik __________. Hasratnya _____________
oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya. Setelah Muzafar menerangkan matlamatnya,
ibunya mengalah dan ______________ Muzafar mengiringi dan menjadi jurulatih ekspedisi
tersebut.

__________ yang mendapat tahu tentang reaksi ibu Muzafar berasa terkejut kerana ibunya
seorang pegawai bersara yang berfikiran __________ dan berpandangan jauh, namun dalam hal
ini sikapnya agak _______________. Hal ini turut menimbulkan perasaan hairan dan ragu-ragu
dalam diri Muzafar.

Kunjungan kumpulan peserta yang terdiri daripada ___________ orang itu disambut mesra oleh
Azizi dan Muzafar. Enam daripada peserta tersebut berpenglihatan ___________ dan menawarkan
diri sebagai jurumudi. Pada keesokan harinya, Muzafar dan Azizi memberikan penerangan kepada
ahli kumpulan tersebut dan membawa mereka berkayak di Tasik Permai. Muzafar menyatakan
perasaan ____________ kerana Suri dan Aidil tidak dibenarkan mendayung. Dia berpendapat bahawa
mereka seharusnya diberikan peluang yang sama. Peserta ekspedisi juga turut didedahkan dengan
latihan __________________________.

Pada waktu malam, ______________ tidak dapat tidur dan berbual-bual dengan Azizi di beranda.
Muzamir mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Azizi
dan Muzafar yang menerima kunjungan mereka. Daripada hasil perbualan, Azizi mendapat tahu
bahawa ahli kumpulan Muzamir amat ___________________ aktiviti rekreasi dan mereka
menghayati keindahan alam melalui _______________________.

Sebelum meninggalkan Tasik Permai, _______________ mengucapkan terima kasih kepada Azizi
yang sudi menerima kumpulan cacat penglihatan. Azizi juga mengucapkan terima kasih
kepada Nurul yang banyak ______________ beban tugas mereka di samping memberikan
beberapa pengajaran yang berguna. Keinginan Muzafar untuk mengetahui ______________
Muzamir yang cacat penglihatan semakin menebal kerana mereka memiliki ______________,
susuk badan dan perwatakan yang hampir sama. Dia mula mengesyaki mereka merupakan
_______________________________.

Setelah rombongan tersebut __________________, Muzafar kembali ke rumah. Ibunya


menyambut mesra kepulangan Muzafar dan bersyukur kerana anak tunggalnya tidak ditimpa sebarang
________________. Pada keesokan harinya, Muzafar membawa ibunya ke tempat dia bekerja untuk
menonton rakaman ___________ ekspedisi berkayak kumpulan cacat penglihatan. Semasa menonton
rakaman tersebut, ibunya ___________apabila mendapati Muzamir menyerupai Muzafar. Dia seolah-
olah mahu melarikan _____________. Hal ini menimbulkan lebih banyak persoalan dalam fikiran
Muzafar. Dia pasti ibunya mempunyai jawapan untuk persoalan tersebut.
Drama – Tenang-tenang Air di Tasik
Tema
Pemikiran drama ini ialah pertemuan dua beradik yang terpisah setelah melakukan
aktiviti yang sama. Setelah beberapa hari menjalani ekspedisi berkayak, Muzafar merasakan
Muzamir ada hubungan darah dengannya kerana raut muka, warna kulit, dan bentuk badan
yang sama. Akhirnya, Muzafar memperoleh jawapan apabila ibunya sendiri tidak sanggup
melihat kesudahan video detik-detik Muzamir berkayak di Tasik Permai bersama-sama
Muzafar.
Persoalan
Ketabahan dalam menghadapai cabaran hidup
Kasih sayang seorang ibu kepada anak
Pandangan negatif masyarakat terhadap golongan kurang berupaya
Semangat setia kawan dan saling membantu
Kepentingan menghargai ilmu yang diperoleh
Semangat kerjasama
Watak dan perwatakan
Muzafar
Anak tunggal dalam keluarganya dan disayangi oleh ibunya. Wajahnya seiras wajah
Muzamir.
Ibunya merupakan seorang bekas pegawai manakala ayahnya sudah meninggal dunia.
Bekerja di sebuah tempat peranginan di Permai Resort.
Bertanggungjawab dan amanah semasa bertugas sebagai jurulatih kepada peserta
cacat penglihatan menjalani latihan berkayak.
Gigih melakukan sesuatu tugasan apabila dia begitu gigih melatih dan mengajar caracara
berkayak dengan betul kepada sekumpulan peserta cacat penglihatan.
Ibu Muzafar
Suaminya telah meninggal dunia dan seorang wanita yang pandai bergaya moden.
Bekas pegawai dan kini aktif dalam pertubuhan sukarela Jawatankuasa Kaum Ibu.
Disegani serta merupakan pemimpin wanita yang berpandangan jauh dan unggul.
Bijak menyimpan rahsia apabila dia merahsiakan hal keluarga daripada Muzafar.
Mementingkan maruah dan kedudukan keluarga apabila dia sanggup menyerahkan
anak kandungnya, Muzamir yang cacat penglihatan kepada orang lain kerana berasa
malu mempunyai anak yang cacat.
Muzamir
Sebaya dan wajahnya seiras dengan Muzafar dari segi wajah.
Dilahirkan dalam kalangan keluarga yang kaya dan ternama di Kelantan tetapi
semasa dia berusia tiga bulan, dia diserahkan kepada keluarga angkat di Johor kerana
dilahirkan cacat.
Gigih menjalani latihan kayak sebelum menyertai ekspedisi berkayak merentasi
Tasik Permai.
Tabah menjalani kehidupan walaupun dia menghadapi cabaran kerana rakan-rakan
sepejabat yang memandang rendah terhadapnya golongan kelainan upaya.
Azizi
Bekerja di Permai Resort dan rakan kepada Muzafar.
Memiliki sikap kegigihan apabila dia mengajar sekumpulan peserta cacat penglihatan
berkayak.
Menghormati orang lain apabila dia amat menghormati Muzafar dan para
sukarelawan serta kumpulan peserta berkayak yang lain.
Peramah dan baik hati kepada semua orang.
Latar
Latar Masa
❖ Empat hari - Muzafar bersama kumpulan Muzamir berlatih kayak selama empat hari.
❖ Waktu pagi - Ibu Muzafar kelihatan sayu semasa dia berangkat pagi tadi.
❖ Waktu malam - Muzamir dan Azizi berbual di beranda pada waktu malam.
Latar Tempat
❖ Beranda Chalet - Muzamir dan Azizi berbual di beranda pada waktu malam.
❖ Tasik Permai - Muzafar menjadi jurulatih kayak di Tasik Permai.
❖ Studio - Muzafar membawa ibunya menonton video rakaman ekspedisi berkayak
yang disertai oleh 36 orang peserta.
Latar Masyarakat
❖ Masyarakat kelainan upaya yang tabah.
❖ Masyarakat ibu yang menyayangi anaknya.
❖ Masyarakat yang memandang rendah terhadap kebolehan golongan kelainan upaya.
❖ Masyarakat yang komited dalam menjalankan tugas.
Plot
1. Permulaan
Muzafar memaklumkan ibunya mengenai rombongan kumpulan cacat penglihatan. Ibunya
tidak membenarkan Muzafar melatih dan mengiringi orang-orang yang cacat penglihatan
berkayak merentasi Tasik Permai.
2. Perkembangan
Muzafar memberitahu bantahan ibunya kepada Azizi. Azizi terkejut dan berasa aneh kerana
ibu Muzafar merupakan pemimpin wanita yang berfikiran terbuka dan berpandangan jauh.
Rombongan seramai 36 peserta tiba di Tasik Permai dan dibantu oleh Nurul. Latihan
berkayak berjalan lancar.
3. Perumitan
Muzafar berkenalan dengan Muzamir dan mendapat tahu latar belakangnya melalui Nurul.
Muzafar merasakan suatu hubungan istimewa antara dirinya dengan Muzamir
memandangkan mereka memiliki banyak persamaan.
4. Puncak
Muzafar meragui bahawa dia bukan anak tunggal dalam keluarganya. Muzafar yakin ibunya
mempunyai jawapan kepada persoalan itu.
5. Peleraian
Ibu Muzafar hairan apabila melihat Muzamir seakan-akan anaknya, Muzafar sewaktu
menonton video rakaman ekspedisi berkayak tersebut. Dia resah dan berlalu dari situ.
Muzafar yakin bahawa dia dengan Muzamir ada ikatan kekeluargaan.
Teknik plot
Monolog: Muzamir berdiri di tepi tasik sambil bermonolog sendiri. (m.s. 66)
Dialog:
MUZAFAR: Mungkin juga bang.
AZIZI: Tapi, sekali fikir, abang rasa anehlah, Zafar. (m.s. 68)
Pemerian: MUZAFAR dan AZIZI berdiri di hadapan Tasik Permai. Bersama-sama
mereka ialah MARIS, NURUL, LIDIA dan peserta-peserta ekspedisi yang cacat
penglihatan. Kelihatan mereka sudah lengkap dengan pakaian dan peralatan berkayak.
(m.s.70)
Gaya bahasa
Penggunaan ayat pendek, contohnya; AZIZI: Pergilah tidur.
Penggunaan ayat panjang, contohnya; AZIZI: Abang harap saudara-saudara semua
memandang positif teguran-teguran kami demi kebaikan kita bersama....
Penggunaan bahasa Arab, contohnya; Assalamualaikum.
Penggunaan bahasa Inggeris, contohnya; rafting, commando rescue.
Simile, contohnya; ...macam wanita kolot pula...
Peribahasa, contohnya; Mati akal juga abang memikirkan.
Nilai
Kasih sayang
Ibu Muzafar berasa berat hati untuk melepaskan Muzafar melatih orang cacat penglihatan
berkayak kerana bimbang akan keselamatan anaknya yang tidak mempunyai pengalaman
melatih golongan tersebut.
Keberanian
Muzafar bcrani membuat keputusan untuk melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana
yakin akan kemampuan dirinya walaupun ibunya tidak memberikan keizinan yang penuh.
Kerjasama
Peserta ekspedisi berkayak saling membantu untuk memastikan ekspedisi berjalan lancar.
Kesyukuran
Ibu Muzafar yang risau akari keselamatan Muzafar berasa gembira dan bersyukur apabila dia
telah pulang daripada ekspedisi berkayak. Hal ini demikian kerana, selama empat hari
anaknya itu tidak menghubunginya.
Pengajaran
Sebagai ibu bapa, kita mestilah mengasihi anak.
Ibu Muzafar berasa berat hati untuk melepaskan Muzafar melatih orang cacat penglihatan
berkayak kerana bimbang akan keselamatan anaknya yang tidak mempunyai pengalaman
melatih golongan tersebut.
Kita perlulah berani dalam membuat keputusan.
Muzafar berani membuat keputusan untuk melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana
yakin akan kemampuan dirinya walaupun ibunya tidak memberikan keizinan yang penuh.
Kita hendaklah bekerjasama dengan orang lain.
Peserta ekspedisi berkayak saling membantu untuk memastikan ekspedisi berjalan lancar.
Kita sewajarnya memiliki perasaan bersyukur.
Ibu Muzafar yang risau akan keselamatan Muzafar berasa gembira dan bersyukur apabila dia
telah pulang daripada ekspedisi berkayak. Hal ini demikian kerana, selama empat hari
anaknya itu tidak menghubunginya.
Kita janganlah mementingkan pangkat dan kedudukan.
Keluarga Muzamir yang terdiri daripada orang ternama sanggup
menyerahkannya kepada orang lain disebabkan dia cacat penglihatan demi
menjaga kedudukan mereka.

Sinopsis

Muzafar yang bertugas sebagai jurulatih dan pengiring rombongan kayak


memaklumkan ibunya bahawa dia akan melatih dan mengiringi kumpulan peserta ekspedisi
yang cacat penglihatan dalam aktiviti berkayak di Tasik Permai. Hasratnya ditentang oleh
ibunya kerana bimbang akan keselamatannya. Setelah Muzafar menerangkan matlamatnya,
ibunya mengalah dan membenarkan Muzafar mengiringi dan menjadi jurulatih ekspedisi
tersebut.

Azizi yang mendapat tahu tentang reaksi ibu Muzafar berasa terkejut kerana ibunya
seorang pegawai bersara yang berfikiran terbuka dan berpandangan jauh, namun dalam hal
ini sikapnya agak kolot. Hal ini turut menimbulkan perasaan hairan dan ragu-ragu dalam diri
Muzafar.
Kunjungan kumpulan peserta yang terdiri daripada 36 orang itu disambut mesra oleh
Azizi dan Muzafar. Enam daripada peserta tersebut berpenglihatan normal dan menawarkan
diri sebagai jurumudi. Pada keesokan harinya, Muzafar dan Azizi memberikan penerangan
kepada ahli kumpulan tersebut dan membawa mereka berkayak di Tasik Permai. Muzafar
menyatakan perasaan kesalnya kerana Suri dan Aidil tidak dibenarkan mendayung. Dia
berpendapat bahawa mereka seharusnya diberikan peluang yang sama. Peserta ekspedisi juga
turut didedahkan dengan latihan rafting.

Pada waktu malam, Muzamir tidak dapat tidur dan berbual-bual dengan Azizi di
beranda. Muzamir mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Azizi
dan Muzafar yang menerima kunjungan mereka. Daripada hasil perbualan, Azizi mendapat
tahu bahawa ahli kumpulan Muzamir amat menggemari aktiviti rekreasi dan mereka
menghayati keindahan alam melalui sentuhan.

Sebelum meninggalkan Tasik Permai, Nurul mengucapkan terima kasih kepada Azizi
yang sudi menerima kumpulan cacat penglihatan. Azizi juga mengucapkan terima kasih
kepada Nurul yang banyak meringankan beban tugas mereka di samping memberikan
beberapa pengajaran yang berguna. Keinginan Muzafar untuk mengetahui latar belakang
Muzamir yang cacat penglihatan semakin menebal kerana mereka memiliki ketinggian, susuk
badan dan perwatakan yang hampir sama. Dia mula mengesyaki mereka merupakan adikberadik.

Setelah rombongan tersebut pulang, Muzafar kembali ke rumah. Ibunya menyambut


mesra kepulangan Muzafar dan bersyukur kerana anak tunggalnya tidak ditimpa sebarang
bencana. Pada keesokan harinya, Muzafar membawa ibunya ke tempat dia bekerja untuk
menonton rakaman video ekspedisi berkayak kumpulan cacat penglihatan. Semasa menonton
rakaman tersebut, ibunya terperanjat apabila mendapati Muzamir menyerupai Muzafar. Dia
seolah-olah mahu melarikan diri. Hal ini menimbulkan lebih banyak persoalan dalam fikiran
Muzafar. Dia pasti ibunya mempunyai jawapan untuk persoalan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai