Anda di halaman 1dari 25

SECTION 1

BUSINESS PORTFOLIO
1.0 INTRODUCTION

Syarikat PaddleBob adalah syarikat yang menjalankan perniagaan dalam industri makanan iaitu
produk penjualan makanan sepertia aiskrim dan juga sambal. Syarikat ini dinamakan PaddleBob
kerana ia sinonim dengan salah satu jenama aiskrim yang sering dimakan oleh penggemar
aiskrim. Syarikat PaddleBob memilih aiskrim sebagai produk jualan adalah disebabkan faktor
cuaca yang seperti kita semua tahu cuaca sekarang adalah yang mampu memberikan impak
kepada perniagaan kami. Selain daripada itu, aiskrim ini sudah menjadi kegemaran dan akan
tetap di makan walaupun musim hujan.

Syarikat PaddleBob turut menjual sambal sebagai produk sampingan kerana bagi
penggemar sambal mereka akan memerlukan hidangan sampingan untuk makan bersama nasi.
Dengan kelebihan syarikat kami menyediakan tahap kepedasan yang pelanggan mahukan
menjadikan kami salah satu persaingan yang kuat dalam industri ini.

Syarikat PaddleBob ini diketua oleh Muhamamad Saiful Bin Muhscin kerana mempunyai
idea dalam menjalankan perniagaan dalam industri ini. Carta organisasi di appendix? Dengan
visi bagi mencapai kepuasan pelanggan, kami menerapkan nilai untuk mengutamakan
kepuasan pelanggan supaya sentiasa terus bersama dengan kami berbanding mengaut
keuntungan semata-mata. Syarikat PaddleBob komited untuk terus menyajikan aiskrim yang
lebih baik dan menambah baik segala kekurangan dari semasa ke semasa.
2.0 PRODUCT
Produk adalah sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk diperhatikan, digunakan,
dimiliki, atau dimakan supaya dapat memenuhi keinginan atau keperluan. Dari pemahaman ini
dapat disimpulkan bahawa hampir segala sesuatu termasuk pengeluaran adalah benda nyata
yang dapat dilihat, disentuh, dan dirasakan. Kerana produk adalah objek sebenar dan jenisnya
agak banyak. Secara umumnya, jenis produk terbahagi kepada dua jenis, iaitu produk
pengguna dan produk perindustrian. Paddlebob offer produk pengguna atau produk
perindustrian? Bagi syarikat PaddleBob, produk yang ditawarkan terbahagi kepada dua jenis
produk iaitu produk aiskrim dan juga sambal.

2.1 AISKRIM
Aiskrim adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim atau sejenisnya,
digabungkan dengan perasa dan pemanis. Campuran ini kemudiannya didinginkan dan
kebiasaannya dibekukan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku. Aiskrim datang dalam
pelbagai jenis perisa, seringkali dengan bahan tambahan seperti coklat, kekacang, buah-buahan
dan sebagainya. Selain dari aiskrim moden komersial terdapat juga aiskrim Malaysia yang mana
merupakan satu produk makanan yang enak dimakan, murah dan mudah untuk disediakan.
Sememangnya, aiskrim Malaysia dahulunya mendominasi penjualan aiskrim di kampung-
kampung sebelum aiskrim moden ini memasuki pasaran.

Syarikat kami, PaddleBob telah menjalankan perniagaan menjual produk makanan iaitu
aiskrim Malaysia. Produk ini dihasilkan sendiri oleh kami yang melibatkan proses seperti
penyediaan, penghasilan dan pembungkusan dengan menggunakan bahan yang halal dan
bermutu . Terdapat beberapa perisa, warna dan kreativiti aiskrim Malaysia ini daripada perisa
biasa iaitu Asamboi, Milo, Bandung dan Cumi-cumi, kepada perisa lain bertaraf komersial
seperti aiskrim Nutella, Oreo, Choki-choki dan Greentea. Harga yang kami tetapkan juga sangat
berpatutan iaitu 60sen dan 70sen seunit/sebatang memandangkan sasaran pelanggan kami
adalah pelajar UMS. Harga yang kami tetapkan juga lebih rendah berbanding dengan tempat
lain. Contoh gambar produk

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan aiskrim Malaysia ini adalah seperti
asamboi, milo, sirap bandung, jelly sumi, nutella, choki-choki, oreo, greentea, susu pekat
manis, susu cair, tepung jagung, gula, air masak atau air mineral dan plastik aiskrim. Manakala,
aktiviti yang terlibat dalam menghasilan produk makanan ini adalah mencampurkan bancuhan
aiskrim dengan air mineral dan gula yang telah dicairkan. Setelah itu, air dituangkan di dalam
plastik aiskrim dan diikat seketat-ketatnya. Kemudian, aiskrim tersebut dimasukkan ke dalam
peti sejuk dan dibiarkan semalaman ada bukti gamvar aktiviti mencampurkan
bancuhan/menghasilkan aiskrim etc

2.2 SAMBAL
Sambal ialah sos atau pasta yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya
ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu
hidangan istimewa dari Indonesia dan Malaysia yang mempunyai pelbagai kelainan rasa, warna
dan tahap kepedasan mengikut cita rasa penduduk setempat. Terdapat beberapa jenis sambal
yang boleh didapati dikawasan Indonesia dan Malaysia iaitu sambal belacan, sambal goreng,
sambal tomato dan banyak lagi.

Bagi syarikat PaddleBob, kami telah bersepakat untuk menjalankan perniagaan sambal
belacan yang dikenali sebagai sambal Coozie yang didapatkan daripada pembekal (supplier) itu
sendiri. Siapa pembekal tersebut. Syarikat kami telah menjalinkan kerjasama dengan pembekal
sambal Coozie ini sendiri dengan membantu mereka mempromosikan produk mereka dan
menjual dengan harga RM 10.00 di sekitar universiti. Pada awalnya, produk tersebut dijual pada
RM 8.00 akan tetapi syarikat kami telah menjualnya dengan harga RM 10.00 bagi menampung
segala kos perkhidmatan seperti penghantaran produk itu sendiri.

3.0 CARTA ORGANISASI boleh diletakkan dalam appendix.kamu sudah


menyatakan syarikat diketuai oleh ceo sebelum ini, dan hanya nyatakan
bahawa carta organisasi ada dalam appendix
PaddleBob menggunakan struktur organisasi berdasarkan fungsi dalam organisasi. Struktur
organisasi dibahagikan kepada beberapa unit iaitu pengurus, operasi, pemasaran, perakaunan
dan pengiklanan. Struktur ini sesuai dengan syarikat PaddleboB kerana organisasi ini
menekankan kepakaran fungsional untuk melaksanakan tugas masing-masing. Struktur
organisasi akan merangkumi semua aspek pengurusan sebagai entiti perniagaan. Di bawah
adalah struktur organisasi yang dicadangkan oleh syarikat kami.
M. SAIFUL
CEO

M. FARIS NURSHYAFINAZ
MANAGER 1 MANAGER 2

MARDI SION RONA DANALA IKHMAL SYAFRIS IRA IZIANA JERRY YIKUN
PEMASARAN 1 PEMASARAN 2 PEMASARAN 3 OPERATION 1 OPERATION 2

CASSIUS R NURFATIHAH
ADVERTISING 1 ACCOUNTING 1

NUR SYAHIRAH HASNISWATIE


ADVERTISING 2 ACCOUNTING 2

4.0 CHANNEL ( SALURAN/CARA PENJUALAN PRODUK)


Saluran merupakan satu kaedah yang digunakan oleh perniaga untuk berjumpa, berkomunikasi
atau berhubungan dengan pelanggan bagi menyampaikan infomasi berkaitan produk yang
dijual. Saluran ini amat penting kerana saluran mempunyai fungsi yang tersendiri seperti
mampu meningkat kesedaran pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang diberikan.
Selain itu. saluran juga membolehkan pelanggan membeli produk dan perkhidmatan yang
mereka mahu dengan mudah tanpa bersusah payah.

Oleh itu, bagi syarikat PaddleBob akan (akan? Atau telah?) menggunakan dua kaedah
saluran iaitu saluran digital dan juga saluran tradisional (secara lansung).

4.1 DIGITAL
Pemasaran digital adalah suatu bentuk usaha mempromosikan dan memasarkan sebuah
produk dengan menggunakan media digital seperti internet. Pemasaran digital merupakan
strategi yang sangat popular dan digunakan oleh semua peniaga. Pemasaran perniagaan
melalui digital adalah satu perkara paling penting yang mesti dilakukan setelah membuka
peniagaan baru untuk memajukan dan memperkembangkan perniagaan dengan memastikan
produk perniagaan yang murah, berkualiti dan dikenali ramai. Company Paddle Bob
menggunakan pemasaran produk melalui media sosial. Pemasaran melalui media sosial ini
bertujuan untuk mempromosikan produk tertentu kerana media sosial merupakan kaedah yang
terbaik untuk menemukan pelanggan.

Cara penjualan atau mempromosikan produk melalui media sosial seperti Facebook,
Twitter dan Instagram merupakan cara pengiklanan yang boleh didapati secara percuma dan
merupakan kaedah pengiklanan yang mudah dilaksanakan serta boleh dilakukan di rumah atau
di mana-mana sahaja. Salah satu media sosial yang digunakan oleh Company Paddle Bob untuk
mempromosikan produk ialah Facebook. Company Paddle Bob telah mencipta satu akaun
Fanpage Perniagaan yang dinamakan sebagai “Paddle Bob”. Terdapat 27 orang yang telah
menyukai Fanpage perniagaan ini contoh gambar ada dalam appendix?. Company Paddle Bob
juga menggunakan teknik posting jualan secara hard sell di Facebook. Company Paddle Bob
telah menggunakan teknik terus menjual kepada pelanggan melalui ayat-ayat promosi dengan
memasukan sekali nombor telefon pernigaan contoh gambar ada dalam appendix?. Selain itu,
Company Paddle Bob turut menghantar pesanan melalui “private message” kepada pelanggan
secara beretika mengenai kebaikan dan kelebihan produk aiskrim dan sambal contoh dalam
appendix?. Adakah 25 follower mencukupi untuk perniagaan anda?

Company Paddle Bob juga menggunakan media sosial seperti Instagram untuk menjual
dan mengiklankan produk aiskrim dan sambal. Instagram adalah platfrom pengiklanan bisnes
yang kedua popular selepas Facebook. Akaun Instagram bagi Company Paddle Bob adalah
“Paddlebob_apk”. Akaun ini telah diikut oleh 52 orang. Akaun Instagram ini dicipta adalah
untuk memuat naik gambar produk perniagaan seperti aiskrim dan sambal. Selain itu, akaun
“Paddlebob_apk” ini juga digunakan untuk memuat naik gambar pelanggan yang telah membeli
produk dari Company Paddle Bob. Hal ini bertujuan untuk menghargai pelanggan yang telah
membeli produk perniagaan dari Company Paddle Bob. Seperti Facebook, ada contoh gambar?
Adakah 52 orang followers mencukupi utk perniagaan anda? Seperti yang kamu telah nyatakan
“digital adalah satu perkara paling penting yang mesti dilakukan setelah membuka peniagaan
baru untuk memajukan dan memperkembangkan perniagaan dengan memastikan produk
perniagaan yang murah, berkualiti dan dikenali ramai”

Adalah facebook atau Instagram berkesan? Boleh tunjukkan insights disini untuk menunjukkan
samada digital markting kamu berkesan. Anda tidak menggunakan WhatsApp?
4.2 TRADISIONAL (SECARA LANSUNG)
Di dalam usaha untuk menjual produk jualan, kami telah menggunakan kaedah penjualan
secara face to face atau secara bersemuka dengan bakal pelanggan yang berpotensi menjadi
pembeli kepada produk yang kami tawarkan. Melalui penggunaan kaedah ini, kami mempunyai
peluang untuk membentuk suatu hubungan dengan pelanggan kami secara terus sehinggakan
mereka mempunyai potensi untuk menjadi pembeli tetap kepada produk kami. Seterusnya,
para pelanggan akan lebih mudah terpengaruh dengan penerangan dan pujuk rayu kami
sehinggakan mereka membuat keputusan untuk membuat pembelian.
Bukan itu sahaja, para pelanggan lebih berpuas hati apabila mereka berpeluang
untuk melihat, memeriksa malahan merasai sendiri produk jualan melalui tester yang
telah disediakan sebelum membuat sebarang pembelian tester dilaksanakan bila. Lebih-
lebih lagi, pelanggan boleh menyuarakan pendapat sama ada positif atau negatif secara
terus kepada kami atau pun memberi cadangan penambahbaikan kepada produk agar
kami boleh meningkatkan kualiti penghasilan dan pembungkusan produk. Penjualan
secara bersemuka atau langsung ini dapat kami realisasikan dalam beberapa cara ini
termasuklah;

 Melakukan penjualan di kelas kuliah (sebelum kelas bermula)


- Di setiap minggu pada hari khamis kami telah sebulat suara untuk membuat
penjualan secara bersemuka di kelas kuliah yang kami hadiri sejam sebelum
bermulanya kuliah. Produk yang kami fokuskan adalah aiskrim Malaysia
kerana banyaknya permintaan daripada pelanggan dan boleh di nikmati
terus oleh mereka. Setelah tiga minggu konsisten dengan cara penjualan ini
hasilnya hampir separuh aiskrim atau lebih daripada itu telah berjaya di jual
kepada para mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah.

 Menjual ketika adanya program kediaman berlangsung


- Ketika adanya program yang dianjurkan di kolej-kolej kediaman, kami akan
mengambil peluang ini untuk menjual produk terutama sekali aiskrim kerana
ianya disukai ramai. Sebagai contoh, ketika berjalannya Program Mutiara
Kasih Siri 2 yang bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Kediaman Tun Fuad,
ahli-ahli kumpulan yang lapang ketika itu turun dan melakukan penjualan
bersama-sama dari mula hingga ke pertengahan acara program tersebut.
Hasilnya, sisa aiskrim yang tidak berjaya dijual pada hari khamis lalu berjaya
dijual habis pada hari tersebut.

 Pembukaan gerai semasa APK Week (25-29 March 2019)


- Pada 29 March 2019 yang lalu bersama dengan hari khamis, kumpulan kami
telah terlibat dalam pembukaan gerai bersama-sama dengan kumpulan yang
lain untuk mempromosikan dan menjual produk kami iaitu aiskrim Malaysia
dengan lima jenis perisa dan juga sambal belacan. Dengan menggunakan
strategi penjualan beli mana-mana produk sama ada aiskrim ataupun
sambal belacan, para pembeli akan mendapat free gift iaitu air sirap
percuma. Ketika ini kami menggunakan segala kemahiran yang kami ada
dalam menyakinkan dan memujuk rayu pelanggan agar singgah di gerai dan
membeli produk kami. Hasil penjualan pada hari tersebut agak
memberansangkan sehinggakan kami terpaksa mengambil stok aiskrim yang
lain untuk memenuhi permintaan pelanggan pada ketika itu. Faktor cuaca
yang panas dan kering telah banyak mempengaruhi pembeli dalam
membuat keputusan pembelian dan bukan itu sahaja terdapat beberapa
perisa aiskrim yang kami tawarkan berbeza dari penjual yang lain. Bukan itu
sahaja, kami juga saling tawar menawar dengan kumpulan penjual yang lain
untuk saling membeli produk diantara kami.

Kesimpulan, adakah digital marketing lebih berkesan, atau traditional marketing? Kenapa?

5.0 COMPANY’S ACHIEVEMENT (PENCAPAIAN SYARIKAT)


Pencapaian adalah sesuatu yang dilakukan atau didapatkan selepas merancang dan bekerja
bagi memberi rasa kepuasan atau tindakan untuk membuatnya berlaku. Dalam istilah berniaga
ataupun bisnes, pencapaian merupakan sesuatu yang dilakukan oleh seseorang, syarikat, dan
lain-lain bagi mencapai sesuatu atau mencapai sesuatu secara amnya. Setiap apa yang kita
lakukan pasti mempunyai pencapaian tersendiri dari segi objektif, visi, misi, hasil jualan,
kejayaan dan sebagainya.

Bagi syarikat PaddleBob pencapaian yang pertama ialah jualan keseluruhan bagi
produk aiskrim dan sambal iaitu produk aiskrim yang terjual dalam anggaran 239 batang,
manakala produk sambal terjual sebanyak 45 botol. Pencapaian bagi kuantiti tersebut melebihi
daripada target yang kami rancangkan sebelum memulakan aktiviti perniagaan. Selain itu,
pencapaian yang kedua ialah pengikut di media sosial bagi syarikat ini iaitu di Instagram dan
Facebook untuk pemasaran digital. Pengikut di Instagram adalah sebanyak 52 orang
manakala pengikut di Facebook ialah sebanyak 27 orang. Kenapa ini mencukupi. Seterusnya
ialah target keuntungan dalam perniagaan ini. Melalui pemerhatian, keuntungan yang dicapai
adalah melebihi daripada target sebenar syarikat kami. Oleh itu, keuntungan dari jualan produk
tersebut dapat mengembalikan modal yang dikeluarkan dan memperoleh keuntungan yang
besar. Ia merupakan pencapaian yang sihat bagi syarikat ini. Pencapaian yang terakhir pula
ialah melalui objektif bagi syarikat kami. Kesemua objektif yang disenaraikan tercapai dengan
jayanya atas jualan produk di syarikat kami.

6.0 HASIL JUALAN/KEUNTUNGAN (SALES/ PROFIT)

Syarikat PaddleBob telah menjalankan perniagaan selama tiga minggu dalam bulan Mac pada
hari yang telah ditetapkan oleh bahagian unit pemasaran syarikat kami. Seminggu kami akan
menjual pada setiap hari Khamis selama tiga minggu tersebut termasuk lah pada Minggu
Keusahawanan yang dijalankan di PPIB. Secara umumnya kami menjual dua produk iaitu
sambal dan aiskrim di mana penjualan sambal dimulakan pada minggu kedua penjualan dan
juga aiskrim pada minggu pertama penjualan.

Syarikat kami telah mengeluarkan modal sebanyak RM 10.00 seorang untuk pembelian
barang penjualan aiskrim dan segala proses yang terlibat untuk penghasilan dan penjualan
aiskrim terutamanya dan jumlah terkumpul ialah RM 120.00. Aliran keluar wang tunai kami
adalah sebanyak RM 120.00 di mana kami menggunakan wang tersebut untuk membeli barang
barang penjualan aiskrim dan juga duit minyak kenderaan. Selain daripada itu seperti yang
terdapat dalam Jadual 1 dan 2 di bahagian lampiran syarikat kami membeli bahan membuat
aiskrim, bahagian pemasaran dan juga minyak kenderaan. Di mana bahan-bahan tersebut
boleh menghasilkan aiskrim sebanyak 239 batang aiskrim. Manakala bagi sambal kami dapat
menjual sebanyak 45 buah botol pada minggu kedua dan ketiga dan mendapat untung
sebanyak RM 90.00 yang tidak termasuk penolakan modal lagi yang menampakkan bahawa
penjualan sambal kami sangat diluar jangkaan. Seterusnya ialah hasil penjualan aiskrim ialah
RM 105.00 bagi aiskrim berharga 70sen manakala RM 53.40 untuk aiskrim yang berharga 60sen
di mana Jadual 2 menunujukkan hasil penjualan syarikat kami.

Jumlah keseluruhan hasil jualan syarikat PaddleBob tanpa menolak modal yang
diberikan ialah berjumlah RM 268.40 (jumlah kasar). Selepas ditolak dengan modal yang telah
dikeluarkan oleh setiap ahli ialah RM 120.00 dan keuntungan bersih syarikat PaddleBob Sdn
Bhd pada 3 minggu jualan ialah sebanyak RM 148.40. Hasil penjualan dan keuntungan bersih
ini akan dibahagikan oleh CEO syarikat dengan sales dan penjualan yang telah dibuat oleh
setiap ahli dengan adil. Segala keterangan mengenai wang keluar dan masuk serta keuntungan
serta penyata pendapatan syarikat PaddleBob Sdn Bhd boleh dirujuk di lampiran iaitu Jadual 1,
dan 2 yang telah disediakan. Kami mencatatkan hasil jualan baik di mana kami dapat pulangan
modal dan keuntungan yang kami tidak jangkakan. Tambahan pula, kami merasakan sambutan
penjualan sambal yang memberangsangkan oleh pelanggan kerana 45 buah botol sudah terjual
dan juga 239 batang aiskrim yang berhasil dijual.

SECTION 2
REFLECTION ABOUT THE BUSINESS
7.0 PERMASALAHAN PRODUK
Permasalahan akan senantiasa berlaku dalam proses pemasaran produk dalam memulakan
perniagaan. Seperti yang diketahui, permasalahan atau masalah dapat didefinisikan sebagai
pernyataan mengenai keadaan ya ng tidak seperti yang diharapkan Secara amnya masalah itu
direalisasikan "ada" apabila individu menyedari keadaan yang dia hadapi tidak sesuai dengan
keadaan yang diinginkan. Setiap produk yang dihasilkan memerlukan proses yang sistematik
dan teratur demi menjaga kualiti produk. Begitu juga dengan proses penyediaan, pengambilan,
dan penjualan produk syarikat kami iaitu aiskrim dan juga sambal.

7.1 PERMASALAHAN PRODUK AISKRIM


Masalah pertama yang dihadapi dalam penjualan produk aiskrim adalah dari segi penyimpanan
atau pembekuan aiskrim tersebut. Aiskrim memerlukan peti sejuk bagi memudahkan proses
pembekuan ais tersebut. Hal ini menyebabkan kami sukar untuk mencari peti sejuk bagi proses
pembekuan ais tersebut dan turut menjejaskan kelewatan masa dalam penghasilan aiskrim.
Seterusnya ialah, terdapat saingan daripada pihak lain dari pelbagai aspek seperti flavor yang
sama dan harga yang hampir sama. Ini menyebabkan pembeli bingung untuk membuat pilihan
yang tepat

Selain itu, permasalahan seterusnya adalah dari segi kecairan aiskrim tersebut. Disebabkan
syarikat kami menjual aiskrim secara lansung, jadi ahli syarikat kami terpaksa menggunakan
bekas tahan sejuk untuk meletakkan aiskrim jualan kami. Akan tetapi, bekas tahan sejuk
tersebut juga tidak dapat membantu aiskrim tersebut keras dengan lebih lama seperti apa yang
kami inginkan.

Malahan, faktor tenaga kerja juga serba sedikit menjejaskan perniagaan syarikat kami dan
menyebabkan kuantiti penghasilan aiskrim menjadi sediki. Hal ini disebabkan kebanyakkan ahli
syarikat kami mempunyai komitmen yang lain semasa proses pembuatan aiskrim tersebut yang
menyebabkan kami terpaksa menghasilkan kuantiti yang sedikit sahaja.

7.2 PERMASALAHAN PRODUK SAMBAL


Masalah pertama yang dihadapi dalam menjual produk sambal ini ialah mengenai masalah
pengangkutan. Pengangkutan yang terhad seperti pemilikan kenderaan peribadi menyukarkan
syarikat untuk mengambil dan menghantar produk sambal. Syarikat terpaksa menyewa atau
menumpang kenderaan ke tempat pembekal untuk mendapatkan produk.

Selain itu, masalah kedua yang dihadapi adalah berkenaan dengan harga produk.
Seperti yang diketahui, harga asal sambal Coozie tersebut adalah RM 8.00 seunit. Akan tetapi
syarikat kami terpaksa menjual balik produk kepada pelanggan sebanyak RM10.00 per unit. Hal
ini terpaksa dilakukan untuk mendapatkan semula modal atau menampung kos-kos
penghantaran dan pengambilan produk tersebut. Sebagai kesannya, harga pemasaran bagi
produk tersebut mungkin terlalu tinggi bagi pelajar menyebabkan mereka berfikir dua kali untuk
membeli.

Permasalahan yang terakhir pula adalah mengenai syarikat tidak dapat mengetahui
berapa lama sambal tersebut boleh bertahan. Pengambilan tempoh masa yang lama untuk
proses pemasaran atau menjual produk kepada pelanggan mempengaruhi kualiti produk
sambal. Hal ini menjadi salah satu halangan kepada syarikat kerana syarikat kami baru sahaja
mencuba produk ini. Oleh itu, ketahanan atau tarikh luput produk mempengaruhi proses
penyimpanan atau pemasaran produk.

8.0 PENYELESAIAN MASALAH


Konsep penyelesaian masalah termasuk dalam kompenan berfikir secara kritis dan kreatif.
Menyelesaikan masalah merupakan keupayaan menggunakan minda untuk mencari idea dan
langkah-langkah alternative untuk mengatasi kekurangan atau halangan yang ada untuk
mencapai objektif yang dihasratkan. Menyelesaikan masalah dengan bijak adalah penting dalam
sesuatu perniagaan bagi memudahkan atau menutup kekurangan yang dihadapi. Begitu juga
yang dihadapi oleh syarikat PaddleBob yang mana syarikat menghadapi masalah-masalah
tertentu. Akan tetapi, syarikat kami juga mampu menangani masalah tersebut dengan
penyelesaian yang lakukan mengikut produk jualan kami.

8.1 PENYELESAIAN MASALAH AISKRIM


Penyelesaian yang boleh dilakukan daripada permasalahan untuk produk aiskrim tersebut
adalah dengan meminta bantuan pihak cafe untuk meminjam atau menumpang peti sejuk
mereka bagi proses pembekuan aiskrim tersebut. Kami telah berbincang dengan pemilik cafe
iaitu kak lisa bagi meminta izin untuk menggunkan peti sejuk mereka. Bahkan, syarikat kami
turut meminta bantuan daripada rakan yang tinggal diluar kawasan UMS untuk menggunakan
peti sejuk mereka bagi membekukan aiskrim kami. Seterusnya penyelesaian bagi factor
persaingan dengan pihak yang lain, syarikat kami telah menyelesaikan hal tersebut dengan
menambah bilangan perisa aiskrim kami atau menjual perisa yang tiada pihak lain menjualnya.
Hal ini kerana, dengan adanya perbezaan perisa akan menyebabkan pembeli mudah untuk
membeli aiskrim yang diinginkan. Syarikat kami turut memberikan harga yang lebih murah
dengan peniaga yang lain menyebabkan ramai pembeli membeli dengan syarikat kami.

Selain itu, permasalahan dari segi kecairan aiskrim tersebut juga dapat diselesaikan oleh
syarikat kami. Kami telah mengambil langkah dengan menggunakan bekas tahan sejuk tersebut
lalu diletakkan ais batu dan juga sedikit garam bagi meningkatkan suhu sejuk yang berada di
bekas tahan sejuk tersebut. Oleh itu, dengan cara ini kami mampu menjual aiskrim tersebut
dengan lebih lama dari sebelumnya.

Disebabkan factor tenaga kerja merupakan salah satu masalah yang kami hadapi, Ceo
syarikat kami telah mengambil langkah dengan menentukan hari pembuatan dan juga
penjualan aiskrim tersebut. Hal ini demikian kerana, semakin banyak tenaga kerja, semakin
banyak perisa dan kuantiti aiskrim tersebut dapat dihasilkan. Malah, aiskrim yang dihasilkan
juga berkualiti dan sedap. Perkara ini penting bagi memuaskan hati pelanggan.

8.2 PENYELESAIAN MASALAH SAMBAL


Dalam menjalankan aktiviti jual beli Sambal Coozie, terdapat beberapa masalah yang timbul
sehingga menyebabkan proses jual beli menjadi sukar. Hal ini dapat diselesaikan dengan baik.
Pertama sekali bagi masalah pengangkutan, syarikat kami boleh berurusan dengan baik
bersama pembekal agar bertolak ansur untuk menghantar tempahan tersebut kepada kami
dikawasan jual beli kami. Bagi proses penghantaran kepada pelanggan agak sedikit rumit, akan
tetapi kami mampu menyelesaikan dengan menggunakan kenderaan seperti motor untuk
menghantar pada waktu tertentu sahaja. Selain itu, ahli syarikat kami juga turut membuat
proses jual beli secara Walk-In dengan menetapkan satu tempat khas dimana pelanggan boleh
mengambil tempahan daripada ahli syarikat kami. Malahan, ahli syarikat kami boleh meletakkan
sambal tersebut di kedai-kedai yang terdapat di dalam ums agar pelanggan senang
mendapatkannya secara langsung.

Penyelesaian masalah berkenaan harga produk pula dapat dikurangkan jika kurangnya
penggunaan kenderaan bagi menghantar sambal tersebut. Kerana lebihan untung akan
digunakan bagi menampung kos kenderaan seperti minyak dan juga tambang kereta sewa.
Walaupun harga yang ditawarkan terlalu tinggi, hal tersebut tidak menjadi masalah besar buat
syarikat kami kerana sambal yang kami tawarkan mampu terjual mengikut kadar jualan yang
kami tetapkan.

Akhir sekali, masalah ketidakpastian terhadap ketahanan sambal dapat diselesaikan


dengan berurusan secara langsung kepada pembekal berkenaan keadaan sambal tersebut.
Selain itu, ahli syarikat kami boleh menukarkan sambal-sambal tersebut kepada stok yang baru
jika timbulnya rasa ketidakpastian terhadap keadaan sambal.

9.0 CADANGAN
Berdasarkan daripada pengalaman memasarkan produk syarikat PaddleBob terdapat beberapa
penambahbaikkan yang boleh diambil dalam memastikan pemasaran produk jualan aiskrim dan
juga sambal Coozie. Antara cadangan penambahbaikan :

 Memperbanyakkan pengiklanan produk


- Pemasaran produk aiskrim dan sambal Coozie daripada syarikat PaddleBob adalah
secara lisan dan juga melalui media massa seperti WhatApps, Facebook dan juga
Instagram. Namun begitu, pengiklanan ini dilakukan secara perlahan disebabkan
kesibukkan para ahli kumpulan dalam melaksanakan tugasan program lain. Namun
ianya tidak menjadi halangan kepada kumpulan kami untuk mendapatkan
keuntungan. Sekiranya pengiklanan dapat dilakukan secara berkala dengan lebih
kerap pasti keuntungan yang diperolehi daripada projek ini adalah tinggi berbanding
dengan pendapatan hari ini.

 Meningkatkan kerjasama dalam kumpulan


- Dalam hal ini, disebabkan kebanyakkan pelajar mula mengambil subjek elektif ianya
menyukarkan ahli kumpulan PaddleBob untuk mendapatkan kerjasama dalam
penghasilan produk aiskrim terutamanya. Pembuatan aiskrim adalah dilakukan oleh
ahli kumpulan PaddleBob yang mana dilakukan pada hari rabu. Hal ini sedemikian
kerana pada hari tersebut bilangan ahkli kumpulan yang tidak mempunyai kelas
adalah ramai berbanding hari-hari yang lain. Oleh itu ianya melambatkan sedikit
proses pembuatan disebabkan bilangan ahli kumpulan yang kurang.
10.0 APPENDIX

Gambar 1 : Pembelian bahan membuat aiskrim

Gambar 2 : Hasil aiskrim yang selesai dalam proses pembungkusan


Gambar 3 : Hasil aiskrim yang selesai dalam proses pembungkusan kali kedua

Gambar 4 : Penjualan aiskrim di kawasan kelas


Gambar 4 : Pembeli aiskrim yang membeli di sekitar UMS

Gambar 5 : Antara pembeli yang memberi sokongan di sekitar UMS


Gambar 6 : Penjualan produk aiskrim dan sambal semasa APK WEEK

Gambar 7 : Antara pembeli yang membeli aiskrim semasa APK WEEK


Gambar 8 : Pembeli yang membeli produk Sambal Coozie

Gambar 9 : Pembeli yang membeli produk Sambal Coozie di sekitar UMS


Gambar 10 : Pembeli yang membeli produk Sambal Coozie

Gambar 11 : Pembeli yang membeli produk Sambal Coozie


Gambar 12 : Saluran digital (Facebook, Instragram) yang digunakan oleh syarikat
PaddleBob untuk mempromosikan produk jualan.

Facebook & Instagram INSIGHTS? Ada menggunakan WhatsApp?

Gambar 13 : Poster pertama produk penjualan aiskrim yang digunakan untuk


mempromosikan produk jualan di media social.

Gambar 14 : Poster aiskrim yang kedua


Gambar 15: Poster produk promosi untuk produk Sambal Coozie

Gambar 16: Contoh Pengiklanan Produk Aiskrim


Gambar 17: Contoh Pengiklanan Produk Sambal

INCOME STATEMENT FOR PADDLE BOB COMPANY (3 WEEKS)

SAMBAL (RM) AISKRIM (RM) TOTAL (RM)

REVENUE
MODAL 120

EXPENSES
RAW MATERIALS 0 95 95
ADVERTISEMENT 12.5 12.5 15
OTHERS 10 0 10

PROFIT
RM10X 55 550 110 (RM2 PROFIT)

0.70 X 150 105 105


0.60X 89 53.4 53.4

TOTAL 268.4

NET INCOME
TOTAL PROFIT- MODAL
268.40-120.0
TOTAL PROFIT 148.4

Jadual 1: Income Statement Paddle Bob Company

Bahan-Bahan Jumlah (RM/unit) Jumlah


keseluruhan(RM)
1. Milo 6x2 12.00
2. Choki-choki 3.00 3.00
3. Susu tin (pekat) 2.60x10 26.00
4. Coco 4.00 4.00
5. Sumi 2.50x2 5.00
6. Green tea 8.00 8.00
7. Susu cair 2.50x6 15.00
8. Asam boi 5.00x2 10.00
9. Limau kasturi 2.00x3 4.00
10. Gula 2.50x3 7.00
11. Pembungkus aiskrim 6.00 6.00
Jumlah keseluruhan 100.00
JADUAL 2 : Tunai Pembelian.

Anda mungkin juga menyukai