Anda di halaman 1dari 10

Teori-Teori Pembelajaran

PENDAHULUAN

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam

perkembangan pendidikan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah membawa jauh

alam pendidikan dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih. Kaedah – kaedah lama

semakin jauh ketinggalan di telan zaman. Walaubagaimanapun kita masih terikat dengan

model-model pengajaran dan teori-teori yang ada hubungkaitnya dalam psikologi pendidikan.

Menurut Griffith W. Williams psikologi adalah satu cabang penyiasatan tingkah laku manusia

dalam suasana pembelajaran . Kajian saintifik terhadap tingkahlaku individu adalah berkait

rapat terhadap prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai untuk

menyelesaikan masalah (Smith 1978). Dapatan-dapatan ini akhirnya menghasilkan satu teori

atau kaedah dalam perolehan ilmu pengetahuan.

Pengajaran adalah satu proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya

dapat dipelajari dengan berkesan. Daripada tidak tahu kepada lebih tahu pelajar akan

berubah dan menukar tingkah laku kepada sesuatu yang baru. Drisoll(1994) menghuraikan

bahawa pembelajaran pula adalah satu proses pembaharuan prestasi secara berterusan

dalam diri manusia hasil interaksi pembelajaran dengan alam sekitar. Pembelajaran adalah

satu proses perolehan ilmu pengetahuan melalui pengalaman, membuat penerokaan,

mendapat latihan sehingga berlaku perubahan tingkah laku dalam diri pelajar. Oleh itu

pembelajaran itu adalah satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia

melalui pengalaman

Pada asasnya konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan kepada teori-

teori pembelajaran masa kini. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada kognitif,

konstruktivitisme, behaviorisme dan humanistic. Pengalaman ilmu pengetahuan yang

diperolhi dalam proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat yang

menghasilkan satu perubahan tingkahlaku manusia.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF.

Teori adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan

dan pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti Kohler, Koffa,Piaget,Brunner,


Ausuble,dan Gagne. Mereka semua berpendapat proses pembelajaran adalah satu proses

dalaman yang berlaku dalam akal fikiran yang tidak dapat diperhatikan secara langsung

daripada tingkah laku manusia. Proses celik akal, pemprosesan maklumat menggunakan

struktur dalaman kognitif dari pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Semua

maklumat yang di terima di padankan dengan makluamat yang sedia ada, diubahsuai dan

disusun semula seterusnya menghasilkan sesuatu maklumat yang baru.

PRINSIP-PRINSIP KOGNITIF:

1. Bahan –bahan pembelajaran di susun daripada mudah ke susah.

2. Memahami pembelajaran lebih baik daripada hafazan.

3. Pengetahuan sedia ada murid digunapakai dan disesuaikan dengan pembelajaran yang baru.

4. Isi pelajaran perlu disusun mengikut pola-pola yang tertentu supaya murid lebih mengingati.

5. Setiap murid mempunyai perkembangan individu yang berbeza.

PENDEKATAN TEORI KOGNITIF.

1. Menekankan kepada proses mental dalam yang bermaksud maklumat yang di terima diproses

melalui perbandingan, peniruan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada,

diubahsuai pula dan disusun semula.

2. Menekankan kepada proses pengamatan, ingatan, pemikiran, dan penyelesaian masalah.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVITISME.

Teori ini adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan dan

pengalaman. Pembelajaran terbina daripada hasil pencatuman maklumat dengan

pengetahuan sedia ada. Proses pembelajaran di bawah teori ini juga menggalakan pelajar

berkomunikasi dengan bahan untuk mendapatkan jawapan. Murid di beri peluang meneroka

sepuas-puasnya dan mendapatkan jawapan serta kesimpulan sendiri. Tokoh-tokoh yang

terkenal terdiri daripada Jean Piaget, Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey. Kesemua tokoh-

tokoh ini melihat proses pembelajaran sebagai aktivfiti pembinaan mental yang dicantumkan

dengan maklumat baru. Teori ini menekankan kepada penglibatan pelajar dalam

menyelesaikan masalah. Pelajar akan membina pengetahuan sendiri untuk menjana idea
dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Semua maklumat baru yang ada akan diolah

dan disesuaikan dengan satu kerangka maklumat baru yang dinamakan Konstruktivistime.

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

1. Proses pembelajaran yang berlaku adalah proses sesuatu aktiviti yang aktif.

2. Semasa proses pembelajaran berlaku , ianya melibatkan aktiviti sosial dan

perkembangan bahasa sesama murid. Contohnya aktiviti yang dijalankan secara

kumpulan ketika bermain lego.

3. Murid akan belajar dan mendapat sesuatu input yang baru semasa proses

belajar dilangsungkan.

4. Aktiviti yang dijalankan melibatkan perkembangan minda, pergerakan fizikal

dan pengetahuan sedia ada murid.

5. Guru sebagai fasilitator dalam proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dijalankan.

6. Pengetahuan dan idea setiap murid akan digunapakai dalam proses

pembelajaran.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIF DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

1. Guru perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap kebolehan murid

supaya mudah difahami dan murid memahami objektif yang hendak dicapai oleh guru.

2. Guru perlu bersedia dengan bahan-bahan yang dapat meransang minda murid

dan senantiasa diubahsuai mengikut aktiviti yang akan dijalankan.

3. Guru semestinya peka kepada kesesuaian persekitaran pembelajaran

terutama dalam bilik darjah supaya dapat mendorong atau memotivasikan murid untuk

terlibat dalam aktiviti pembelajaran.

4. Proses pembelajaran yang berlaku perlu mengambilkira pengetahuan sedia

ada murid dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran yang baru.

Contohnya aktiviti makan dan minum yang telah dipelajari dirumah, disekolah guru

boleh mengukuhkan lagi dengan menerapkan adap-adap semasa makan.


5. Guru bertindak sebagai pemudah cara dan sentiasa menbantu murid dalam

aktiviti pembelajaran.

6. Keadah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif sangat efektif digunakan

dalam proses pembelajaran.

7. Penilaian secara tradisi sangat tidak sesuai digunakan lagi, dan teknik

pembelajaran seperti hafazan dan syarahan tidak menjadi begitu efektif berbanding

aktiviti berkumpulan.

TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET

Teori pembelajaran Piaget lebih menekankan kepada konsep perkembangan,

pertumbuhan kecerdasan yang dipengaruhi oleh lingkugan sosial dan kematangan. Ahli

psikologis yang berasal dari Switzerland menyatakan bahawa semua kanak-kanak

mempunyai kecenderungan yang berbeza mengikut keupayaan dan kebolehan masing-

masing. Menurut Piaget ada 4 tahap perkembangan yang akan dilalui oleh semua kanak-

kanak.

1) Tahap sensorimotor iaitu dari lahir sehingga berumur 2 tahun dimana kanak-kanak akan

memerhati dan melalui pengalaman akan mempelajari sesuatu yang dilihat, dirasa dan

disentuh.Pada peringkat ini kanak-kanak akan menggunakan deria motor untuk memahami

dan berinteraksi dengan persekitaran. Pada tahap ini juga tiada konsep pengekalan kerana

kebolehan mental sangat terhad kepada objek yang dapat dilihat sahaja.

2) Tahap pra-operasi iaitu dari 2 tahun hingga 7 tahun dimana kanak-kanak mula menggunakan

kecekapan kemahiran motor kasar dan halus untuk meneroka sesuatu yang baru. Pada

peringkat ini kanak-kanak mula memahami symbol dan keupayaan berbahasa yang sangat

terhad untuk mengambarkan sesuatu konsep. Perkembangan kognitif akan menjadi lebih

pesat apabila kanak-kanak mula fasih bertutur.

3) Tahap operasi konkrit iaitu dari 7 tahun hingga 11 tahun dimana kanak-kanak mula

menggunakan pengetahuan dan akal fikiran untuk mempelajari sesuatu yang konkrit.

Kebanyakannya pada tahap ini kanak-kanak memerlukan objek dan peristiwa-peristiwa

sebelum dapat menyelesaikan beberapa masalah. Pada peringkat ini juga kanak-kanak
sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara dalam satu masa. Namun demikian

keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja.

4) Tahap operasi formal iaitu berumur 11 tahun ke atas yang akan lebih mempelajari sesuatu

yang lebih abstrak.( dari konkrit ke abstrak).Ini adalah peringkat perkembangan kognitif yang

paling penting di mana kanak-kanak akan berusaha menyelesaikan masalah yang konkrit dan

abstrak. Penglibatan kanak-kanak yang lebih aktif akan menggalakan perkembangan

pemikiran dan membuat penaakulan.

Merujuk kepada tahap-tahap perkembangan di atas, Piaget telah menunjukkan semua

kanak-kanak cuba mengadaptasikannya mengikut kepada pengalaman dan kesesuaian

keadaan. Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi antara

satu sama lain. Urutan setiap tahap tersebut tidak dapat diubah dan saling berkaitan secara

tidak langsung.Menurut Piaget proses perubahan tingkahlaku individu untuk

mengadaptasikan diri dalam alam sekitar adalah sebenarnya proses pembelajaran. Proses

asilimasi di mana semua pengalaman lalu akan akan dikaitkan dengan pengalaman yang

baru untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baru. Pengalaman yang baru tersebut pula

dinamakan akomodasi iaitu satu proses yang merubah struktur kognitif.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN PIAGET DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN.

1. Pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran untuk menghasilkan satu

sistem maklumat yang baru.

2. Isi pelajaran akan dikembangkan dan dikaitkan dengan mengikut peringkat kognitif kanak-

kanak dan tahap keupayaan masing-masing.Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu dengan tema buah-buahan. Murid akan diberi penerangan mengenai jenis –jenis

buah-buahan tempatan, serta dikaitkan dengan rasanya. Pada tahap ini murid-murid akan

memberikan berbagai cerita atau pendapat berdasarkan pengalaman.

3. Isi pelajaran akan disusun daripada konkrit ke abstrak iaitu dari senang ke susah. Contoh

dalam matapelajaran matematik. Konsep pra nombor akan diajar dulu sebelum mempelajari

nombor.
4. Penglibatan kanak-kanak adalah secara aktif dalam aktiviti kumpulan digalakkan dan mereka

saling berinteraksi antara satu sama lain. Komunikasi dua hala dan bertukar pendapat semasa

menjalankan aktiviti menggalakkan perkembangan bahasa.

5. Motivasi secara instrinsik dipupuk supaya kanak-kanak dapat digerakkan secara aktif dalam

aktiviti. Contohnya dengan memberi pujian , kata-kata galakan, dan sokongan dapat

merangsang mereka.

TEORI PEMBELAJARAN LEV VYGOTSKY.

Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologis, dan karyanya sangat terkenal di dunia barat

pada tahun 1960an. Teori Vygotsky lebih menekankan kepada interaksi antara aspek

internal dan eksternal dalam pembelajaran . Menurut Vygotsky sistem sosial sangat penting

dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Mereka akan berinteraksi dan berkolaborasi

untuk mengembangkan sesuatu yang baru. Vygotsky menekan bahawa perkembangan

kognitif seseorang kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh sosial dan budaya . Teori beliau

juga ada menyebut mengenai “scaffolding” iaitu memberikan sejumlah besar bantuan pada

tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut dan memberikan

kesempatan kepada kanak-kanak mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberi adalah

seperti peringatan, petunjuk dan dorongan sehingga kanak-kanak tersebut

boleh melakukannya. Dalam teori ini menyatakan potensi murid dapat dikembangkan melalui

usaha dan pengalaman sendiri dalam proses pembelajaran, sehingga ke satu peringkat

kanak-kanak akan boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain.

KONSEP KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY

Merujuk kepada gambarajah di atas , Vygotsky telah menerangkan mengenai konsep

“scaffolding” . Kanak –kanak mempunyai had perkembangan individu yang berbeza. Setiap

kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran dengan bantuan rakan dan guru sehingga

berjaya menguasai dengan sendiri. Proses ini akan berulang-ulang berkali-kali sehingga

kanak-kanak mempunyai keyakinan untuk melakukannya sendiri walaupun masih

mengharapkan bimbingan daripada orang lain. Pada peringkat ini kanak-kanak akan

menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri.

Pada satu peringkat dimana kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti-aktiviti yang sukar tanpa

bantuan orang lain berdasarkan pengalaman masing-masing.


IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN VYGOTSKY TERHADAP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN.

1. Pembelajaran dijalankan secara koperatif supaya murid-murid dapat berinteraksi antara satu

sama lain. Contoh dalam mata pelajaran sains, murid akan diminta membuat satu uji kaji

mengenai tumbuhan dalam kumpulan. Mereka akan berbincang dan mengeluarkan pendapat

masing-masing dengan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mencapai satu

keputusan.

2. Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri dalam pembelajaran merupakan satu interaksi

pengalaman yang berkesan. Contohnya ada sekumpulan murid dalam ujikaji sains seperti

diatas memerlukan bantuan guru untuk memberi idea dan menggerakkan mereka dalam

aktiviti tersebut sehingga mencapai satu keputusan.

3. Perkembangan kognitif murid akan lebih teransang sekiranya pengetahuan sedia ada

digunakan dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti seperti di atas juga, murid

akan cuba menggunakan pengalaman masing-masing untuk di adaptasikan dalam ujikaji

sains tersebut. Semasa proses ini berlansung pelbagai percubaan yang berulangkali

dilakukan sehingga objektif dapat dicapai.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIVITSME DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS.

1. Pengalaman –pengalaman belajar perlu disesuaikan dan dikembangkan dengan keperluan

kognitif kanak-kanak Ini bermaksud sebelum memulakan proses pengajaran dan

pembelajaran guru perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid agar sesuai dengan isi

pelajaran yang akan disampaikan. Contohnya dalam aktiviti kemahiran hidup iaitu komponen

berkebun. Bersoal jawab hendaklah berkaitan dengan tanaman atau sayuran yang biasa

dilihat oleh kanak-kanak dirumah. Sekiranya kanak-kanak tersebut suka memakan sayuran

kacang panjang sudah tertentu ianya akan begitu teruja hendak belajar cara-cara menanam

pokok kacang panjang. Isi pelajaran akan lebih bermakna dan kanak-kanak akan mendapat

mengembangkan satu maklumat baru yang berkait dengan pengetahuan dan pengalaman

yang sedia ada.


2. Pemusatan perhatian seharusnya lebih ditumpukan kepada proses kognitif kanak-kanak dan

tahap keupayaan yang berbeza. Walaupun aktiviti dijalankan dalam kumpulan namun tahap

mereka sangat berbeza. Kepakaran guru sangat diperlukan supaya kanak-kanak tidak berasa

dipinggirkan. Contohnya dalam kumpulan murid tersebut diberi tajuk yang sama tetapi aktiviti

setiap satunya berbeza. Misalan dalam matapelajaran matematik, dengan tajuk nombor 0-5.

Jadi dalam satu kumpulan tersebut ada murid yang akan membilang nilai nombor dengan

menggunakan alat pembilang atau yang lain akan menggunakan plastesin untuk membentuk

nombor. Sementara yang lain pula akan mewarna atau menyambung garisan putus-putus

yang berkaitan dengan nombor tersebut. Dalam proses ini guru dapat memberi tumpuan

sepenuhnya kepada setiap orang murid secara individu untuk mencapai objektif

pembelajaran.

3. Keutamaan harus diberikan kepada penglibatan murid yang aktif dan berusaha sendiri dalam

aktiviti pembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang kepada murid untuk berinteraksi dengan

rakan dan bahan-bahan pembelajaran secara meluas. Contoh dapat dilihat dalam aktiviti

kemahiran manipultif. Kanak-kanak akan diberi peluang bermain dengan lego, berbincang

dan bekerjasama dengan rakan untuk mencipta sesuatu binaan. Guru perlu menghidupkan

suasana pembelajaran tersebut dengan pelbagai kaedah supaya kanak-kanak merasa ada

keinginan untuk melakukannya.

4. Perbezaaan individu perlu diambil kira supaya setiap aktiviti dapat disusun mengikut tahap

keupayaan masing-masing. Pengalaman sebagai guru Pendidikan Khas, kita perlu

mengetahui sedikit sebanyak latar belakang kanak-kanak tersebut. Ianya banyak membantu

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seorang kanak-kanak autisme yang

terlalu sukar untuk difahami. Kadang kala beliau akan menjadi pasif dan terlalu aktif dalam

setiap masa. Berbanding dengan seorang kanak-kanak perkembangan lambat (slow learner)

yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang boleh belajar. Oleh yang demikian bahan –

bahan dan aktiviti pembelajaran yang berkaitan adalah sangat berbeza antara keduanya.

Guru perlu tahu kehendak dan mood kanak-kanak ini sebelum memulakan pengajaran. Mood

dan kehendak itu pula perlu diubahsuai dengan objektif dan aktiviti pembelajaran supaya

kanak-kanak tersebut tidak rasa rendah diri dan terasing.

5. Guru perlu mendorong dan memotivasikan kanak-kanak berkeperluan khas ini dalam proses

pembelajaran. Mendekati mereka dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang akan
membuat mereka rasa dihargai dan rasa diterima. Lenggok dan bahasa badan guru bukan

sahaja dapat memberikan keyakinan kepada mereka bahkan melenyapkan sedikit sebanyak

rasa rendah diri yang ada dalam diri mereka. Secara tidak langsung mereka akan

mempercayai guru adalah rakan yang baik dan boleh menerima mereka. Penggunaan bahasa

yang sesuai dengan aras mereka serta mudah difahami banyak membantu menyampaikan

maksud atau hasrat yang hendak disampaikan oleh guru. Selain daripada itu ganjaran dari

segi materialistik seperti gula-gula, biskut, kata-kata pujian dan senyuman guru akan turut

memotivasikan kanak-kanak tersebut. Objektif pembelajaran akan lebih cepat tercapai jika

guru dapat menggunakan barang-barang permainan sebagai bahan bantu mengajar. Kanak-

kanak akan cepat teransang dan dapat digerakkan untuk melakukan akitviti-aktiviti

pembelajaran.

6. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, bantuan akan diberikan sepenuhnya pada peringkat

awal, yang akan dikurangkan secara beransur-ansur sehingga kanak-kanak tersebut boleh

berdikari dengan sendirinya. Contohnya dapat dilihat dengan jelas dalam aktiviti pengurusan

diri iaitu memakai pakaian. Pada peringkat pertama guru akan membantu kanak-kanak

tersebut memakai pakaian mengikut langkah-langkah betul. Aktiviti ini akan dilakukan secara

latihtubi sehingga kanak-kanak tersebut berkeyakinan untuk melakukan sendiri. Akhirnya

kanak-kanak tersebut akan diberi ruang dan masa memakai pakaian dengan sendiri sehingga

berjaya. Guru pada ketika itu hanya memberikan arahan sahaja supaya kanak-kanak tersebut

dapat mengingati semula langkah-langkah yang telah dipelajari.

7. Bagi kebanyakan kanak-kanak berkeperluan khas penilaian di buat lebih kepada pemerhatian.

Berdasarkan pengalaman saya, penilaian secara pemerhatian banyak membantu guru

mengkaji dan memahami perlakuan kanak-kanak tersebut. Pemerhatian boleh dibuat samada

secara individu atau ketika kanak-kanak tersebut dalam kumpulan. Perubahan tingkah laku

yang ditunjukkan akan memberikan jawapan kepada guru semasa membuat pemerhatian.

Perubahan tingkah laku tersebut boleh berlaku juga apabila kanak-kanak berinteraksi dengan

bahan-bahan pengajaran atau bahan media.

8. Peranan guru pendidikan khas adalah sama dengan tugas guru di arus perdana. Sebelum

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, perancangan perlu dilakukan dengan teliti

supaya objektif dapat dicapai sepenuhnya. Guru mesti memainkan peranannya sebagai

pemudah cara atau penolong dalam setiap aktiviti pembelajaran. Guru perlu mahir memilih
bahan-bahan yang sesuai dengan aktiviti yang dirancang. Guru juga berperanan sebagai

pembimbing yang sentiasa membantu murid-murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

RUMUSAN.

Keseluruhannya teori – teori yang telah dibincangkan di atas telah menyentuhkan banyak

perkara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua teori tersebut saling berkait

antara perkembangan kognitif dan proses penyelidikan, proses meneroka dan cuba jaya.

Perubahan tingkah laku yang positif akan dicapai setelah berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran yang memberi impak kepada pengukuhan pengetahuan dalam memori.

Struktur pengetahuan akan berkembang dengan bertambahnya pengetahuan ke dalam

ingatan jangka panjang. Teori – teori ini sangat sesuai untuk diaplikasikan dengan kanak-

kanak berkeperluan khas. Perkembangan kognitif mereka sangat berkait dengan

pengetahuan sedia ada untuk membentuk satu pengalaman yang baru. Proses pengajaran

dan pembelajaran perlu memberikan ruang kepada kanak-kanak meneroka sendiri bagi

meningkatkan lagi keyakinan diri dan proses interaksi dengan rakan dan bahan. Berdasarkan

teori yang telah dibincangkan di atas, saya berpendapat adalah sangat perlu bagi guru-guru

mengaplikasikan kaedah dan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid

diberi peluang bergerak bebas menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan bahan dan guru.

Akhir sekali keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saling bergantung bersama

antara murid, guru dan bahan.

Anda mungkin juga menyukai