Anda di halaman 1dari 9

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR UNTUK MENJAWAB

SOALAN PEPERIKSAAN TOPIK INDEKS DAN LOGARITMA


MENGGUNAKAN KAEDAH CARE LOG

Oleh;

RADZIMAH BINTI JUSOH


SMK Sultan Ahmad,
21000, Kuala Terengganu

ABSTRAK

Mempelajarai Matematik Tambahan ialah perjalanan ke alam matematik yang lebih mencabar dan menarik. Pelajar
yang berjaya menyahut cabaran Matematik Tambahan ialah pengalaman bersama matematik yang paling menarik
dan penuh kepuasan. Sebab itulah, pelajar yang mengambil Matematik Tambahan selalunya dikagumi oleh ramai
pelajar lain, khususnya dari aliran bukan sains tulen. Jika seseorang pelajar dapat menguasai Matematik Tambahan,
pelajar itu dianggap sudah menguasai Matematik. Ertinya, penguasaan Matematik Tambahan dianggap
‘kemuncak’ pembelajaran matematik di sekolah menengah. Tetapi pada hakikatnya masih ramai juga pelajar aliran
sains tulen yang “terkial-kial” cuba menguasai Matematik, apatah lagi Matematik Tambahan.Topik-topik yang
terdapat dalam Matematik Tambahan ialah topik yang melibatkan hubungan abstrak dan memerlukan pemikiran
jenis yang tinggi dan berbentuk konsep. Kegagalan pelajar menguasai konsep-konsep tersebut menyebabkan
mereka gagal dan tidak serasi dengan mata pelajaran tersebut dan pelajar-pelajar ini seoalah-olah “memaksa-
maksa” diri untuk mempelajari Matematik Tambahan. Salah topik yang paling sukar dikuasai ialah topik indeks dan
logaritma. Pelajar yang berkenaan fobia terhadap soalan topik logaritma sehingga mereka pernah menjawab
apabila tiba kepada soalan logaritma mereka akan ‘lok saje’ yang bermaksud mereka akan membiarkan sahaja
soalan topik tersebut tanpa menjawabnya. Apabila diteliti kepada soalan peperiksaan TOV, pelajar mendapat
markah yang rendah untuk soalan yang melibatkan topik indeks dan logaritma. Dengan itu saya terpanggil untuk
membuat kajian tentang topik Indeks dan Logaritma dan memperkenalkan satu kaedah mudah untuk memahami
topik Indeks dan Logaritma yang saya namakan kaedah CARE LOG. Kumpulan sasaran kajian ini ialah 10 orang
pelajar dari Tingkatan 5S1 dan kaedah ini akan membolehkan pelajar menguasai topik ini dengan lebih baik
seterusnya dapat menghilang perasaan fobia terhadap topik Logaritma di kalangan pelajar yang mengambil
Matematik Tambahan.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


Sewaktu saya melakukan pemeriksaan hasil jawapan pelajar Tingkatan 5 dalam ujian TOV
pada tahun 2011 bagi mata pelajaran Matematik Tambahan kertas 1, saya dapat

1
mengesan bahawa ramai pelajar sama ada pelajar yang pandai ataupun yang sederhana
tidak dapat menguasai topik Indeks dan Logaritma dan seterusnya tidak mendapat
mengutip markah yang tinggi untuk soalan topik yang berkenaan. Topik tersebut ialah
merupakan topik dalam sukatan tingkatan empat bermakna mereka telah mengambil
masa yang lama dan sepatutnya mereka mampu menguasai topik tersebut dengan baik.
Pada hakikatnya topik Indeks dan Logaritma ialah satu topik yang pendek, di mana pelajar
hanya perlu memahami petua Indeks dan Logaritma, dan seterusnya mengaplikasikan
petua tersebut di dalam soalan.

Namun, sebilangan pelajar terutama pelajar yang sederhana tidak dapat menjawab soalan
tersebut dengan baik kerana tidak memperoleh kunci rahsia yang sesuai. Pelajar-pelajar
tersebut memahami petua logaritma tetapi gagal mengaplikasikannya ke dalam soalan
yang diuji.

Oleh itu saya berusaha untuk memperkenalkan satu kaedah untuk mengubah situasi fobia
pelajar terhadap topik ini dengan memberi bimbingan kepada pelajar menggunakan
kaedah CARE LOG. Saya namakan kaedah itu sedemikian supaya pelajar ‘care’ atau ‘ambil
cakna’ terhadap topik Logaritma, menghilangkan rasa fobia mereka terhadap topik
tersebut seterusnya dapat menjawab soalan bab berkenaan dengan baik.

2.0 FOKUS KAJIAN


Topik Indeks dan Logaritma ialah topik yang dipelajari oleh pelajar semasa di tingkatan
empat dan akan disoal dalam soalan kertas 1 dan kertas 2. Markah yang disumbangkan
ialah 9 atau 10. Sekiranya pelajar memahami konsep logaritma, peluang untuk mereka
cemerlang dalam mata pelajaran Matematik Tambahan sangat cerah kerana konsep
logaritma juga digunakan dalam topik lain contohnya topik Janjang dan Hukum Linear.
Kajian memfokuskan kepada masalah pelajar seperti berikut:
i. Pelajar kurang memahami petua indeks dan logaritma.
ii. Pelajar dapat mengaplikasikan petua yang dipelajari kepada soalan.
iii. Pelajar tahu mengarah tujukan soalan kepada jawapan penyelesaian.

2
Oleh itu, pendekatan menggunakan kaedah CARE LOG dicadangkan untuk membolehkan
pelajar memahami topik logaritma dengan mudah dan seterusnya dapat menjawab
soalan peperiksaan dengan baik. Diharapkan pendekatan ini dapat membantu pelajar
membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran matematik tambahan
SPM.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Objektif Am
Meningkatkan peratus kelulusan keseluruhan mata pelajaran Matematik Tambahan
dan mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Matematik Tambahan yang
dianggap sukar dan menghilangkan fobia pelajar terhadap topik Indeks dan
Logaritma.

3.2 Objektif khas


i. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menguasai topik Indeks dan
Logaritma.
ii. Membimbing pelajar menguasai kemahiran menjawab soalan topik Indeks dan
Logaritma.
iii. Meningkatkan pencapaian pelajar kumpulan Halus ( Harapan Lulus ).
iv. Meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat gred A dalam mata pelajaran
Matematik Tambahan.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Tumpuan kajian ini adalah untuk 10 orang pelajar dari tingkatan 5S1 yang mempunyai
prestasi sederhana dalam peperiksaan yang melibatkan mata pelajaran Matematik
Tambahan. Hal ini bermakna bahawa kajian ini adalah untuk membantu pelajar yang
berprestasi sederhana untuk mencapai markah pada tahap yang baik serta cemerlang
dalam peperiksaan yang akan datang seterusnya peperiksaan SPM 2011.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN


5.1 Tinjauan masalah

3
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan kaedah
pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan ujian pos.

5.1.1: Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian berkaitan sikap pelajar semasa melaksanakan
pengajaran sebelum kajian dilaksanakan. Pelajar tidak tahu mengarahkan
penyelesaian soalan dan menyalahgunakan petua Indeks dan Logaritma yang telah
dipelajari. Pelajar juga mempunyai sikap negatif terhadap soalan yang melibatkan
topik Indeks dan Logaritma kerana mereka tidak mahu berusaha untuk cuba
menjawab soalan berkenaan.

5.1.2: Ujian Pra


Berdasarkan analisis pencapaian markah ujian pra, di dapati semua responden yang
dipilih dari tingkatan 5 S1 gagal menjawab soalan yang melibatkan topik Indeks dan
Logaritma iaitu kesemuanya mendapat markah kurang daripada 2 daripada markah
penuhnya iaitu 13 markah.

5.2 Analisis Tinjauan Awal


Analisis pencapaian pelajar sebelum program dijalankan adalah seperti berikut:

Jadual 1
Analisis markah jawapan kertas 1 ujian pra ( soalan yang melibatkan topik Indeks dan
Logaritma )
( Maksima 13 markah )

Bil Nama Responden Markah


1 Mohamad Azizul Hakim b.Alias 0
2 Muhamad Fakhri b. Alias 2
3 Mohammad Syazani b. Abdullah 1
4 Ahmad Farris b. Mazlan 0
5 Muhammad Amzari b. Mat Jusoh 0
6 Siti Puziah bt. Mustaffa 0
7 Nur Asyikin bt. Ramli 1

4
8 Dewi Sartika bt. Jamaludin 1
9 Fatin Syaimaa bt. Ngah 0
10 Norhasmida bt. Mohamed Yussoff 0

Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa pelajar tidak mendapat markah yang baik
disebabkan tidak memahami petua logaritma dan juga tidak tahu untuk memulakan
penyelesaian kerana gagal mengaplikasikan hukum logaritma ke dalam soalan penyelesaian.

5.3 Tindakan yang dijalankan

Hasil dapatan yang diperolehi, satu strategi telah diatur dan dijalankan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Langkah-langkah yang dilaksanakan dalam kaedah CARE LOG
adalah seperti berikut:

Langkah 1: Mengetahui dan memahami petua/hukum Indeks dan logaritma.


Hukum Indeks :
1. 𝑎𝑚 x 𝑎𝑛 = 𝑎𝑚+𝑛
2. 𝑎𝑚 ÷ 𝑎𝑛 = 𝑎𝑚−𝑛
3. 𝑎0 = 1

Hukum logaritma
1. log 𝑎 𝑥𝑦 = log 𝑎 𝑥 + log 𝑎 𝑦
𝑥
2. log 𝑎 = log 𝑎 𝑥 - log 𝑎 𝑦
𝑦

3. log 𝑎 𝑥 𝑛 = nlog 𝑎 𝑥

Langkah 2 : Tahu menulis langkah pertama untuk menyelesaikan soalan


Pelajar diberi penerangan oleh guru supaya tahu memulakan langkah untuk menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan topik Indeks dan Logaritma. Untuk memulakan langkah
penyelesaian, pelajar mesti memahami konsep ‘TERBALIK’. Konsep ‘ TERBALIK ‘ ialah apabila
soalan dalam bentuk tunggal dipecahkan, dan sebaliknya.

Langkah 3 : Tahu mengaplikasikan hukum logaritma ke dalam soalan

5
Pelajar membuat latih tubi soalan untuk memahirkan penggunaan hukum logaritma.

5.4 Analisis Selepas Tindakan Dijalankan


5.4.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan
sasaran didapati pelajar terlibat lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan
dengan baik. Hasil jawapan penyelesaian lebih meyakinkan dan membuktikan
pelajar tersebut memahami hukum dan tahu menggunakan hukum Indeks dan
logaritma dalam soalan.

5.4.2 Analisis pencapaian sebenar pelajar berdasarkan ujian pos setelah


mempraktikkan kaedah ini.
Ujian Pos
( Maksima 13 markah )

Bil Nama Responden Ujian pra Ujian pos +/-


1 Mohamad Azizul Hakim b.Alias 0 7 7
2 Muhamad Fakhri b. Alias 2 11 9
3 Mohammad Syazani b. Abdullah 1 10 9
4 Ahmad Farris b. Mazlan 0 9 9
5 Muhammad Amzari b. Mat Jusoh 0 8 8
6 Siti Puziah bt. Mustaffa 0 10 10
7 Nur Asyikin bt. Ramli 1 10 10
8 Dewi Sartika bt. Jamaludin 1 7 6
9 Fatin Syaimaa bt. Ngah 0 7 7
10 Norhasmida bt. Mohamed Yussoff 0 8 8

5.5 Refleksi Kajian


Ternyata daripada konsep ‘ TERBALIK ‘ yang didedahkan kepada responden telah
mampu meningkatkan pemahaman pelajar untuk mengaplikasi hukum Indeks dan
Logaritma. Hal ini sangat membantu pelajar supaya mereka lebih berkeyakinan dan
berminat untuk menjawab soalan yang melibatkan topik yang melibatkan Indeks dan
Logaritma. Terbukti mereka lebih memahami fokus soalan dan pencapaian mereka
lebih meningkat. Responden tahu bagaimana memulakan penyelesaian soalan.

6
Walau bagaimanapun masih terdapat sebilangan pelajar yang tidak menunjukkan
peningkatan dalam kefahaman topik berkenaan. Ini adalah kerana tahap keupayaan
Matematik mereka adalah rendah. Mereka juga kurang dapat menguasai topik-topik
Lain dalam Matematik Tambahan.

6.0 CADANGAN/SYOR
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:
a. Saya berazam melakukan penambahbaikan terhadap kaedah CARE LOG dalam
pengajaran dalam kelas pada tahun-tahun akan datang.
b. Mendedahkan kaedah ini kepada guru-guru Matematik Tambahan yang lain.
Seorang guru yang baik seharusnya sentiasa memikirkan pelbagai cara untuk
menjadikan pengajaran dan pembelajaran berkesan dan menyeronokkan.

Seseorang guru perlu kreatif, kritis dan efektif yang berupaya mengolah pengajaran
dan pembelajaran Matematik Tambahan sesuai dengan tahap keupayaan pelajar. Guru
Matematik Tambahan yang baik bukan sahaja dapat menyampaikan ilmu Matematik
Tambahannya dengan baik tetapi juga mampu menghilangkan perasaan fobia pelajar
terhadap mata pelajaran tersebut.

BIBLIOGRAFI
1. Manual Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
2. Wong Pek Wei, 2008. ACE Analysis Additional Mathematics. Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

SOAL SELIDIK KAJIAN


Soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian :

Bahagian 1 : Latar belakang Responden


Bahagian 2 : Pandangan Responden

7
BAHAGIAN 1 : LATAR BELAKANG RESPONDEN
1. Nama :...............................................................................................................
2. Keputusan Matematik dalam UPSR :............... dan PMR :...............................
3. Keputusan Matematik Tambahan dalam TOV :.................................................
4. Pekerjaan bapa/penjaga :...................................................................................
5. Pendapatan keluarga : ( tanda (√ ) pada ruang berkenaan )
(i) Kurang daripada RM 500.00 ( )
(ii) RM 501.00 hingga RM 1000.00 ( )
(iii) RM 1001.00 hingga RM 3000.00 ( )
(iv) Lebih daripada RM 3000.00 ( )

BAHAGIAN 2 : PANDANGAN RESPONDEN


Tandakan ( √ ) pada ruang yang disediakan mengikut pilihan anda.
Skala : 1 Tidak setuju
2 Kurang setuju
3 Setuju
4 Sangat setuju

ASPEK SKALA
1 2 3 4
BIL A. PEMBELAJARAN MURID
1 Saya minat Matematik Tambahan
2 Saya mempunyai keputusan matematik yang baik
dalam UPSR dan PMR
3 Saya berminat menyelesaikan masalah Matematik
Tambahan yang sukar.
4 Saya tidak cepat putus asa dan yakin lulus dalam
Matematik Tambahan.
B. PENGAJARAN GURU

8
1 Saya meminati guru mata pelajaran Matematik
Tambahan
2 Guru Matematik tambahan saya berkebolehan
mengajar mata pelajaran Matematik Tambahan
3 Guru Matematik Tambahan saya bersungguh-
sungguh menerangkan setiap konsep supaya dapat
difahami dengan mudah oleh pelajar

1. Nyatakan topik dalam Matematik Tambahan yang sukar dikuasai oleh anda :
(a)....................................................................................................
(b)...................................................................................................
(c)...................................................................................................

2. Apakah faktor yang menyebabkan anda sukar menguasai topik tersebut.


(a)........................................................................................................
(b)........................................................................................................
(c)...............................................................................................................

Anda mungkin juga menyukai