Anda di halaman 1dari 6

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)


BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS
MASALAH PEMBELAJARAN TAHAP 1

1.0 Tujuan

Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan tentang kaedah


pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Murid Berkeperluan Khas (MBK)
Masalah Pembelajaran Tahap 1 seiring dengan pemansuhan amalan
peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi murid Tahap 1 di semua
sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pemansuhan
pelaksanaan LINUS Pendidikan Khas di Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dan
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mulai tahun 2019.

2.0 Latar Belakang

2.1 Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) bertujuan untuk memupuk


murid yang mempunyai nilai etika dan kerohanian, bersedia untuk
menghadapi cabaran kehidupan masa hadapan, menyelesaikan
konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang
kepada prinsip serta berani melakukan perkara yang betul.

2.2 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja NKRA pada 20 Ogos 2010


Bil.13/2010, yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah,
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) bersetuju bahawa
Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) diberi tanggungjawab untuk
menggubal dan membina modul khas untuk Murid Berkeperluan
Khas (MBK) sekolah rendah yang dinamakan Program LINUS
Pendidikan Khas terkandung didalamnya Domain Pendidikan Khas.

3.0 Objektif Pelaksanaan PBD

Pelaksanaan PBD bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang


perkembangan dan kemajuan pembelajaran, mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan MBK supaya tindakan susulan yang sesuai sama ada untuk
meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran MBK dapat diambil secara serta-
merta. Di samping itu, PBD dapat memberi maklum balas tentang keberkesanan
pengajaran guru pendidikan khas.

1
4.0 Punca Kuasa

Mesyuarat Pra-Sidang Task Force Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


Bil.2/2019 pada 16 April 2019 dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia (KPPM) telah memutuskan bahawa :

(1) BPKhas diberi tanggungjawab menghasilkan PBD untuk MBK sekolah


rendah yang dinamakan PBD MBK Masalah Pembelajaran Tahap 1.

(2) PBD MBK Masalah Pembelajaran Tahap 1 mengikut Kategori MBK


Masalah Pembelajaran (Peraturan-Peraturan 2013 (Pendidikan Khas))
berdasarkan Domain Pendidikan Khas telah diluluskan untuk dimaklum
dan dilaksanakan di SPK, PPKI dan PPI mulai bulan Mei 2019.

PBD merupakan kaedah pentaksiran yang bersifat autentik dan holistik, serta
lebih berfokus kepada perkembangan dan pembelajaran MBK Masalah
Pembelajaran, dan bukan lagi berorientasikan peperiksaan. PBD juga dapat
mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna.

PBD secara sumatif dalam bentuk peperiksaan pertengahan dan akhir tahun
diganti dengan aktiviti pentaksiran berbentuk projek mudah, kuiz, permainan,
main peranan dan bercerita. Hasil kerja MBK dinilai sebagai bahan pentaksiran
(evidence) yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

5.0 Pelaksanaan PBD Tahap 1 Kategori MBK Masalah Pembelajaran


dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

PBD merupakan sebahagian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di dalam bilik


darjah dan dijalankan secara berterusan melibatkan kategori MBK Masalah
Pembelajaran berdasarkan Domain Pendidikan Khas. PBD dilaksanakan dalam
semua mata pelajaran dalam proses PdP harian dan secara berterusan. PBD
dilaksanakan secara formatif dan sumatif mengikut keupayaan dan kefungsian /
keperluan MBK. Berikut adalah kaedah pelaksanaan PBD:

5.1 Merancang PdP dan kaedah pentaksiran mengikut kategori


MBK Masalah Pembelajaran berdasarkan Domain Pendidikan
Khas dengan meneliti serta memahami kandungan dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan
Khas (DSKPPK).

5.2 Melaksanakan PBD untuk mengumpul maklumat melalui


pelbagai kaedah pentaksiran.

2
5.3 Membina instrumen PBD dan menggunakan instrumen
saringan yang sedia ada berasaskan keperluan pembelajaran
MBK seperti:
 Senarai semak
- Instrumen Saringan Domain Pendidikan Khas
- Template Laporan PBD MBK Pembelajaran Tahap 1
 Soal-selidik
 Lembaran Kerja
 Rekod berterusan
 Ujian (lisan/bertulis)

5.4 Merekod dan menganalisis penguasaan MBK untuk tindakan


susulan. (Template Laporan PBD MBK Masalah
Pembelajaran Tahap 1 Tahun 2019)

5.5 Melapor tahap penguasaan dan perkembangan MBK


sekurang- kurangnya dua kali setahun. (Template Laporan
PBD MBK Masalah Pembelajaran Tahap 1 Tahun 2019)

6.0 Lima (5) Aktiviti Teras PBD Dalam PdP

6.1 Lima (5) aktiviti teras PBD dilaksanakan dalam PdP :

(1) Projek Mudah


(2) Bercerita
(3) Permainan
(4) Main Peranan
(5) Kuiz

6.2 Guru mata pelajaran boleh berbincang dan merancang dengan


guru mata pelajaran lain untuk melaksanakan aktiviti PdP. Aktiviti
boleh menggabungkan kandungan daripada dua atau lebih mata
pelajaran.

6.3 Guru pendidikan khas juga boleh menjalankan PBD dalam


bentuk aktiviti lain yang bersesuai dengan MBK.

7.0 Pelaksanaan Pemulihan (Intervensi)

Murid Tahap 1 yang mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran


membaca, menulis dan mengira dikenal pasti dan diberi pemulihan yang
bersesuaian. Pihak sekolah diberi autonomi untuk melaksanakan pemulihan
mengikut kesesuaian di peringkat sekolah. Sekolah boleh menggunakan
instrumen yang bersesuaian seperti instrumen LINUS Pendidikan Khas dan
instrumen Domain Pendidikan Khas yang sedia ada atau senarai semak untuk
mengenal pasti tahap penguasaan MBK.

3
8.0 Peranan Guru Pendidikan Khas Dalam PBD

8.1 Menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard


Pembelajaran, merancang dan membina instrumen PBD
berdasarkan Standard Prestasi, melaksanakan pentaksiran,
merekod hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran,
membuat tindakan susulan dan laporkan perkembangan
pembelajaran MBK.

8.2 Memastikan terdapat perkembangan dalam pembelajaran MBK.


Setiap MBK dibimbing untuk mencapai sekurang-kurangnya Tahap
Penguasaan 1. Walau bagaimanapun, guru pendidikan khas juga
perlu membuat perancangan dan pelaksanaan untuk memastikan
pengembangan potensi semua MBK bagi mencapai tahap optimum.

8.3 Mentaksir MBK secara holistik berdasarkan aspek pengetahuan,


kemahiran dan nilai secara berterusan melalui pelbagai kaedah
seperti pemerhatian, latihan, respons MBK secara lisan dan kerja
projek. Guru pendidikan khas hendaklah menggalakkan MBK
melaksanakan pentaksiran rakan sebaya atau secara kendiri.

8.4 Boleh menyimpan hasil kerja MBK, dalam bentuk lembaran kerja,
kertas ujian atau buku latihan dan/atau dalam bentuk objek/maujud
sebagai bahan bukti untuk menunjukkan perkembangan
penguasaan MBK kepada pihak yang berkepentingan seperti
pentadbir dan ibu bapa.

8.5 Sentiasa berbincang dengan rakan sejawat tentang


perkembangan dan kemajuan MBK dalam pembelajaran serta
kaedah PdP yang sesuai untuk meningkatkan tahap penguasaan
MBK.

8.6 Menentukan Tahap Penguasaan MBK berdasarkan pengetahuan,


pengalaman,tanggungjawab profesional guru pendidikan khas dan
hasil pentaksiran MBK.

8.7 Menyediakan Pelaporan Tahap Penguasaan MBK untuk


dimaklumkan kepada MBK dan ibu bapa mengenai tahap
pembelajaran MBK untuk tindakan susulan. (Template Laporan
PBD MBK Masalah Pembelajaran Tahap 1 Tahun 2019)

8.8 Memberikan ulasan perkembangan MBK seperti kemahiran,


sikap dan nilai pada ruangan ulasan guru pendidikan khas dalam
templat pelaporan untuk menggambarkan profil MBK secara
menyeluruh. (Template Laporan PBD MBK Masalah
Pembelajaran Tahap 1 Tahun 2019)

4
9.0 Penyimpanan Rekod PBD

Rekod PBD yang telah disediakan boleh disimpan oleh guru pendidikan khas
dan pihak sekolah untuk tujuan pelaporan atau tindakan susulan. Hasil kerja
murid boleh disimpan dalam bentuk digital, cetakan atau apa-apa bentuk yang
bersesuaian untuk rujukan guru pendidikan khas dan pihak sekolah.

10.0 Penjaminan Kualiti PBD

Penjaminan kualiti PBD adalah tanggungjawab sekolah. Pentadbir di SPK dan


Penolong Kanan Pendidikan Khas (PKPK) di PPKI perlu menjalankan
penjaminan kualiti di peringkat sekolah untuk memastikan kelancaran dan
ketepatan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah.

11.0 Penutup

Guru boleh mendapat maklumat mengenai pelaksanaan PBD MBK Masalah


Pembelajaran Tahap 1 Tahun 2019 yang boleh dimuat turun dari laman
sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (www.moe.gov.my). PBD
merupakan proses berterusan dalam PdP yang bertujuan untuk melahirkan
murid secara holistik yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai ke arah
kemenjadian MBK seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan PBD adalah hasil
daripada komitmen Pembantu Pengurusan Murid (PPM), guru, sokongan dan
bimbingan semua pihak yang terlibat iaitu pihak pentadbir sekolah di SPK, dan
PKPK di PPKI, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) dan ibu bapa.

5
LAMPIRAN
CARTA ALIR PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) TAHAP 1
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) MASALAH PEMBELAJARAN
MENGIKUT MENGIKUT DOKUMEN KURIKULUM STANDARD KURIKULUM DAN
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS (DSKPPK) DAN DOMAIN PENDIDIKAN KHAS

MULA

MERANCANG AKTIVITI PdP MENGIKUT DOKUMEN


KURIKULUM STANDARD KURIKULUM DAN
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS (DSKPPK ) KURIKULUM STANDARD
SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS (KSSRPK)
MASALAH PEMBELAJARAN

1.MBK Masalah Pembelajaran


MELAKSANAKAN PdP BERDASARKAN AKTIVITI - Kurikulum Standard Sekolah
1. PERMAINAN 4. KUIZ Rendah Pendidikan Khas
2. BERCERITA 5. PROJEK MUDAH (Masalah Pembelajaran)
3. MAIN PERANAN
Masalah kecerdasan otak yang
tidak selaras dengan usia biologikal
seperti:
(1) Lewat Perkembangan
Global
MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN (2) Sindrom Down
MENGIKUT KATEGORI MBK (3) Kurang Upaya
MASALAH PEMBELAJARAN TINDAKAN Intelektual
(6 DOMAIN PENDIDIKAN KHAS) SUSULAN Keadaan yang menjejaskan
kemampuan pembelajaran individu
seperti:
(4) Autisme
(5) Attention Deficit Hyperactivity
MEREKOD & MENGANALISIS PENGUASAAN Disorder (ADHD)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (6) Masalah Pembelajaran
Spesifik
(2 KALI SETAHUN : MEI DAN OKTOBER )

BELUM
DOMAIN PENDIDIKAN KHAS
KOMPETEN
1.Domain Kognitif
MENINGKATKAN 2.Domain Bahasa dan
TAHAP Komunikasi
PENGUASAAN 3.Domain TingkahLaku
4.Domain Sosioemosi
5.Domain Motor Kasar
6.Domain Motor Halus.

MELAPOR TAHAP PENGUASAAN


MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) KOMPETEN

TAMAT
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6

Anda mungkin juga menyukai