Anda di halaman 1dari 4

FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kepada perubahan sosial. Dua faktor
tersebut ialah faktor dalaman atau dikenali sebagai faktor internal dan faktor luaran
yang dikenali juga sebagai faktor eksternal.

FAKTOR DALAMAN (FAKTOR INTERNAL)

Faktor dalaman ialah faktor yang berasal dari dalam kalangan masyarakat. Terdapat
tiga faktor dalaman yang meliputi:

a. Perubahan penduduk.
Perubahan penduduk merupakan salah satu faktor perubahan sosial yang
membawa perubahan secara tiba-tiba atau menetapkan had perubahan sosial.
Perubahan sosial boleh berlaku sama penduduk di satu kawasan bertambah atau
berkurang jumlah bilangan penduduknya.
Pertambahan dalam bilangan masyarakat yang cepat akan mengakibatkan
perubahan dalam struktur sosial masyarakat. Sebagai contoh, pertambahan
penduduk akan menyebabkan perubahan pada tempat tinggal iaitu tempat tinggal
yang asalnya hanya berpusat pada lingkungan kerabat akan berubah kerana faktor
pekerjaan.
Pengurangan jumlah penduduk akan mengakibatkan kekosongan dalam
pembahagian kerja. Selain itu, akan berlaku migrasi dalam kalangan masyarakat.

b. Penemuan baru.
Penemuan baru dalam kehidupan boleh berlaku sama ada dalam bentuk ilmu
pengetahuan mahupun teknologi. Segala penemuan baru ini akan mempengaruhi
dan membawa perubahan dalam masyarakat.
Contohnya, dalam bidang pendidikan, sebelum abad ke 21, alatan pendidikan
lebih banyak tidak berkait dengan teknologi seperti pembelajaran menggunakan
papan hitam atau papan putih. Selain itu, kedudukan tempat duduk pelajar dalam
kelas juga lebih kepada berbentuk tradisional iaitu pelajar duduk dalam barisan.
Namun pembelajaran abad ke 21, pembelajaran lebih banyak menggunakan
komputer dan projektor LCD. Kita juga dapat lihat susunan pelajar dalam kelas
lebih kepada berbentuk kumpulan yang mana menggalakkan pelajar untuk
melakukan perbincangan dalam kelas.
c. Konflik dalam masyarakat.
Konflik masyarakat boleh berlaku sama ada di antara individu dengan
kelompok atau di antara kelompok dengan kelompok. Sebagai contoh, konflik
yang berlaku di antara generasi muda dengan generasi tua. Konflik ini merupakan
konflik di antara kelompok dengan kelompok.
Generasi muda pada umumnya seperti yang kita ketahui lebih senang
menerima unsur-unsur kebudayaan asing berbanding generasi tua. Ini kerana
seperti yang telah kita maklum, generasi muda lebih berfikiran terbuka untuk
menilai dan menerima unsur-unsur luar yang memberi manfaat dan kebaikan.

FAKTOR LUARAN (FAKTOR EKSTERNAL)

Faktor luaran ialah faktor yang berasal dari luar kalangan masyarakat. Faktor ini
meliputi:

a. Perubahan alam.
Bencana alam yang berlaku akan menghancurkan sesuatu kawasan dan
mengakibatkan masyarakat tersebut berpindah dari satu tempat ke satu tempat
yang lain. Seterusnya, menyebabkan masyarakat terpaksa untuk mengadaptasi
dengan suasana yang baru.
Contoh, sebelum terjadi banjir besar, terdapat satu masyarakat yang tinggal di
tepi pantai. Majoriti pekerjaan mereka ialah nelayan. Apabila berlakunya satu
banjir besar yang memusnahkan kawasan penempatan mereka, maka mereka
terpaksa berpindah ke kawasan pertanian. Maka di sini masyarakat tersebut
terpaksa belajar cara bertani sebagai aktiviti pekerjaan mereka. Ini menunjukkan
satu keadaan adaptasi.

b. Peperangan.
Peperangan akan menyebabkan pengaruh negatif terhadap sesebuah aspek
kehidupan masyrakat. Misalnya, peperangan yang berlaku di Iraq akan
menyebabkan derita dan trauma yang berpanjangan bagi rakyat Iraq. Selain itu,
akibat daripada peperangan tersebut, tempoh yang diambil rakyat Iraq untuk
membangunkan semula kawasan mereka akan mengambil masa yang lama. Maka,
sepanjang tempoh tersebut akan berlaku beberapa perubahan sosial dari segi
ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

c. Pengaruh budaya masyarakat lain.


Terdapat beberapa istilah yang dapat menggambarkan perubahan sosial yang
berlaku melibatkan pengaruh budaya. Di antaranya ialah difusi, akulturasi dan
asimilasi.
Difusi ialah suatu proses penyebaran unsur-unsur kebudayaan dari satu
individu kepada individu lain dan dari masyarakat kepada masyarakat yang lain.
Contohnya ialah cara makan menggunakan sudu dan garfu merupakan budaya dari
negara Barat dan telah ditiru oleh masyarakat Malaysia.
Akulturasi bermaksud satu proses penyerapan budaya antara kumpulan
minoriti dan majoriti yang hanya melibatkan aspek budaya sahaja. Sebagai
contoh, orang Cina Malaysia sudah boleh berbaju kurung, berbaju Melayu dan
berkebaya, pandai makan menggunakan tangan dan sudah biasa makan nasi
lemak. Memandangkan proses ini berlaku secara berterusan, maka dapat
membezakan antara orang Cina Malaysia dengan orang Cina dari tanah besar
China.
Asimilasi ialah satu proses percantuman dan penyatuan di antara kelompok
atau individu yang berlainan kebudayaan sehingga membentuk satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Contoh yang dibawa ialah
perkahwinan di antara kaum Cina dan kaum India.
RUJUKAN

Baharuddin, B. (2015). BENTUK-BENTUK PERUBAHAN SOSIAL DAN


KEBUDAYAAN. Al-Hikmah, 9(2).

https://www.cukashmir.ac.in/docs/SOCIAL%20CHANGE%20AND%20EDUCATIO
N%20202.pdf

Anda mungkin juga menyukai