Anda di halaman 1dari 31

TUGASAN

JANUARI 2019
SEMESTER 1

KOD KURSUS HMEF5063

NAMA KURSUS GUIDANCE AND COUNSELING

SARJANA PENDIDIKAN
PROGRAM

NAMA PELAJAR THEEBA A/P YELLAPAN

NO. MATRIKULASI CGS01919806

NO.KAD PENGENALAN 850514-08-5816

NO.TELEFON 017-5786125

E-MEL ytheebaa@gmail.com

NAMA FASILITATOR
EN. TAN SIN KEAT

PUSAT PEMBELAJARAN OUM SUNGAI PETANI


KANDUNGAN

MUKA
BIL PERKARA
SURAT
BAHAGIAN I

1.0 PENGENALAN KAUNSELING DAN BIMBINGAN 3

2.0 PENGENALAN KAUNSELOR 4

3.0 FOKUS UTAMA KAUNSELOR 5

4.0 TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR 6

5.0 CABARAN-CABARAN DIHADAPI 7

6.0 CARA MENGATASI 9

BAHAGIAN II
1.0 TEMUBUAL 10
2.0 ISU PONTENG 11
3.0 PROGRAM-PROGRAM
3.1 PROGRAM JOM KE SEKOLAH 12
3.2 PROGRAM ZIARAH CAKNA 13
3.3 PROGRAM 4S (SAYA SAYANG SEKOLAH SAYA) 14
3.4 PROGRAM T-TRACE 15
4.0 KEJAYAAN PROGRAM 16
5.0 RUJUKAN 17
LAMPIRAN 19
HMEF 5063

BAHAGIAN I
1.0 PENGENALAN KAUNSELING DAN BIMBINGAN

Mengikut Akta Kaunselor 1998, kaunselor merupakan mana-mana individu yang


mengamalkan kaunseling dan memperolehi bayaran atau fee atau apa-apa balasan yang
berkaitan dengannya. Di Malaysia, kaunselor ditakrifkan sebagai seorang individu atau guru
yang dilantik oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri melalui Guru Besar sekolah masing-
masing yang bertugas sebagai Kaunselor Pelajar.
Kaunselor memainkan peranan yang penting di suatu intitusi pengajaran. Berasaskan
maksud Kamus Dewan Edisi Keempat bagi istilah Kaunselor, beliau ialah orang yang menjadi
pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah dan juga orang yang
berkemampuan memberikan khidmat kaunseling. Begitulah definasi seorang Kaunselor yang
mempunyai tanggungjawab besar dalam usaha membina insan yang seimbang dari segi emosi,
fizikal, mental dan menjadi soleh. Menurut surat siaran bilangan 12 Tahun 2012 guru
Bimbingan dan Kauseling (B&K), Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan hasrat dalam
membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni . Muhammad Hisham
Mohamad (2005) mengatakan bahawa modal insan yang baik dan bermutu tinggi dapat
mencorakkan hala tuju dan matlamat sesebuah institusi. Kejayaan sesebuah institusi dikatakan
bergantung kepada kualiti modal insan yang dimiliki oleh warganya baik dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.

3
2.0 PENGENALAN KAUNSELOR

Bagi meninjau dan meneroka bidang tugas dan peranan secara mendalam seorang guru
bimbingan dan kauseling di sekolah di Malaysia (dalam institusi pendidikan) maka adalah saya
mengikuti sesi temubual dan tinjauan untuk mendekati dan memahami lebih mendalam
peranan seorang kaunselor. Saya telah berpeluang untuk menemuramah seorang yang
bertauliah Cik. X dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil XXX di daerah Kuala Muda, Kedah.
Berikut adalah transkrip temu ramah menarik dengan insan mulia tersebut:
a) Latar belakang kauselor
b) Fokus utama kaunselor
c) Tanggungjawab kaunselor,
d) Masalah yang dihadapi
e) Cara menangani masalah-masalah.
Kaunselor merupakan seorang guru India yang berusia 29 tahun serta beragama Hindu.
Kini beliau bertugas di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil XXX di Sungai Petani,
Kedah. Kelayakan akademiknya ialah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan
Kaunseling) yang diperolehi dari Institut Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah. Setakat ini
kaunselor hanya mempunyai pengalaman tiga tahun sahaja dalam bidang kaunseling.
Setelah menamatkan pengajian kaunselor telah ditugaskan di sekolah dan telah menjadi
guru akademik disebabkan kekurangan guru di sekolah berkenaan. Setelah dua tahun bertugas
beliau telah ditukarkan ke sekolah lain yang memerlukan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling. Beberapa aktiviti telah diatur dengan bantuan Penolong Kanan HEM dalam
menyelesaikan masalah murid-murid. Kaunselor yang saya temui tidak mendaftarkan diri
sebagai seorang ahli Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) dan belum lagi
mendaftarkan dirinya sebagai Kaunselor Berdaftar bersama Lembaga Kaunselor.
HMEF 5063

3.0 FOKUS UTAMA KAUNSELOR

Surat siaran bilangan 12 Tahun 2012 memberi fokus utama bidang tugas guru bimbingan dan
kauseling terbahagi kepada 4 seperti berikut:
i. Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid
ii. Peningkatan disiplin diri murid
iii. Pendidikan kerjaya murid
iv. Psikososial dan kesejahteraan mental murid

Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid difokuskan untuk memupuk


pengembangan personaliti kendiri murid dari aspek sepeti sikap penyayang, budi bahasa,
konsep kendiri, kepimpinan, komunikasi, kekemasan diri dan ketepatan masa. Fokus ini akan
membentuk seorang murid yang ketrampilan dan terpuji.

Peningkatan disiplin diri murid dapat memupuk disiplin murid termasuk intervensi
bagi mencegah murid terlbat dengan gejala disiplin dan anti sosial. Pendekatan ini membentuk
murid berdisplin serta sekolah yang aman dan sejahtera.
F
okus ketiga, pendidikan kerjaya murid berkait rapat dengan pendedahan dan
bimbingan kupada murid dengan informasi peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Bagi
mencapai fokus ini guru B&K hendaklaj melaksanankan Program Pendidikan Kerjaya,
menyediakan Profil Kerjaya setiap murid dan rekod murid selepas tamat persekolahan. Fokus
ini akan membentuk murid yang tahu hala tuju pendidikan serta kerjaya mereka pada masa
hadapan.

Psikososial dan kesejahteraan mental murid membimbing murid supaya


mengekalkan dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Guru B&K membimbing murid
dalam proses sosialisasi dan interaksi, membimbing dalam aspek pengurusan emosi dan
membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif. Ini dapat membina murid yang sihat
dari segi pemikiran.

5
4.0 TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR

Semua pengetua dan guru besar sekolah bertanggungjawab memastikan perkhidmatan


Bimbingan & Kaunseling (B&K) dan Hal Ehwal Pelajar dijalankan dengan berkesan. Ini
selaras dengan hasrat KPM yang inginkan Guru B&K Sekolah Rendah dan Menengah
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang meliputi aspek-aspek seperti yang
tertera dalam surat pekeliling dengan nombor rujukan (BPSH-SPPK) 601/3 Jld 3 (23) bertarikh
17 Disember 2008.

Antaranya kemahiran belajar, pendidikan panduan kerjaya, pendidikan psikososial dan


kesejahteraan mental, pendidikan kepimpinan pelajar, pendidikan pencegahan dadah dan
rokok, pendidikan pencegahan HIV dan AIDS. Selain daripada itu, guru B&K juga disarankan
menjalankan program-program wajib seperti program kaunseling berfokus, program
pembimbing rakan sebaya, program kepimpinan pengawas, program orientasi pelajar dan kelab
bimbingan dan kerjaya.

KPM telah menggariskan pelbagai program dan kemahiran bagi melahirkan guru Bimbingan
dan Kaunseling yang baik dan berkesan melalui pelbagai program yang wajib dan harus
dijalankan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling. Salah satu daripadanya ialah latihan
praktikum yang dijalani oleh guru Bimbingan dan Kaunseling. I adalah selaras dengan hasrat
untuk mentauliahkan kaunselor yang berprofesional di peringkat sekolah. Kaedah praktikum
kemahiran ilmu pengetahuan berpotensi untuk membentuk kemahiran dan sikap yang positif
melalui persediaan yang mantap. Ini menjadi reality melalui pengalaman menjalani praktikum.
HMEF 5063

5.0 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI


Melalui temubual bersama kaunselor sekolah ini, saya juga telah dapat mengenalpasti pelbagai
cabaran yang sering dihadapi oleh pelajar di sekolah ini.Cabaran yang dikenalpasti adalah dari
dalam dan luar organisasi. Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti masalah persepsi
murid terhadap kaunseling, kekurangan keyakinan terhadap diri sendiri dan masih baru dalam
dunia kaunseling.

5.1 MASALAH PERSEPSI MURID TERHADAP KAUNSELING


Sebahagian besar pelajar lebih mempercayai rakan sebaya kerana mereka menganggap
kaunselor ialah lebih dewasa dari mereka dan sukar bagi kaunselor untuk memahami perasaan
remaja seperti mereka. Oleh itu rakan sebaya adalah orang yang lebih dipercayainya
berbanding dengan kaunselor untuk menyelesaikan masalah peribadi. Kaunselor juga
berpendapat murid-murid tidak dapat menceritakan masalah mereka kepada kaunselor. Mereka
juga tidak mahu kaunselor tahu semua rahsia mereka, terutama rahsia peribadi.

5.2 KEKURANGAN KEYAKINAN TERHADAP DIRI SENDIRI


Kaunselor telah beranggapan bahawa beliau kurang berpengalaman dan masih muda. Ia
kurangan motivasi kaunselor dalam menjalankan tugasnnya. Stelah tamat pengajian beliau
telah lama menuggu untuk ‘posting’. Dalam tempoh masa tersebut beliau telah hilang
keyakinan dalam menjalankan kaunseling.

5.3 MASIH BARU DALAM DUNIA KAUNSELING


Kaunselor juga kurang faham dengan konsep dan pengalaman kaunseling. Tambahan pula,
kaunselor telah ditugaskan di sekolah dan telah menjadi guru akademik disebabkan kekurangan
guru di sekolah berkenaan. Setelah dua tahun bertugas beliau telah ditukarkan ke sekolah lain
yang memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Beberapa aktiviti telah diatur
dengan bantuan Penolong Kanan HEM dalam menyelesaikan masalah murid-murid.

7
5.4 MASALAH DI KALANGAN PELAJAR
Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar di sekolah ini adalah seperti tidak berminit atau
malas untuk belajar, ponteng kelas dan sekolah. merosak ( vandalism ) dan mencuri harta benda
sekolah, merokok atau menagih dadah, tidak mengikut peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu yang melibatkan kes-kes melanggar disiplin sekolah.

Kaunselor telah mengkaji apakah faktor-faktor terjadinya masalah disiplin dan cara untuk
mengatasinya di kalangan pelajar sekolah. Beliau mendapati bahawa ibu bapa yang sering
meyokong tindakan anak-anak mereka walaupun menyalahi peraturan sekolah boleh
mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh tauladan
yang baik kepada anak-anak agar mereka sentiasa berdisiplin walau di mana sahaja mereka
berada. Keadaan keluarga yang harmoni dapat membentuk disiplin pelajar yang baik.

Faktor diri sendiri juga merupakan salah satu dari faktor yang menyumbang kepada
kemerosotan disiplin seseorang pelajar. Beliau juga bersetuju bahawa kesedaran diri sendiri
adalah lebih baik dalam membentuk disiplin yang berkesan. Dengan wujudnya kesedaran diri
sendiri berbantukan keimanan yang jitu dalam diri pelajar dapat mendorong mereka mematuhi
disiplin yang ditetapkan dengan kerelaan diri sendiri. Dapatan ini disokong dengan dapatan
kajian yang telah dilakukan oleh Mariah Ghanib (2002) yang mendapati bahawa faktor utama
disiplin di sekolah merosot adalah diri pelajar sendiri.
HMEF 5063

6.0 CARA MENGATASI

Unit kaunseling di sekolah ini telah mengumpul pelajar-pelajar yang ada rekod ponteng dengan
bantuan Pembimbing Rakan Sebaya. Mereka telah diberi motivasi dan sesi kaunseling ringkas
untuk mengubah sikap oleh ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya dengan penyeliaan seorang
guru kaunseling yang terlatih.

Setiap murid telah dipanggil untuk sesi kaunseling khas secara semuka dengan kanunselor
sekolah kerana kes mereka agak serius. Kaunselor telah menyelami masalah dan punca utama
yang mendorong tingkah laku negatif mereka. Nama mereka telah diketengahkan dalam
mesyuarat guru dan para guru di minta memberi sokongan dalam menangani masalah ponteng.

Pihak sekolah telah meminta kerjasama pihak PIBG untuk membuat lawatan ke rumah dengan
kehadiran guru kaunselor bersama. Kaunselor sekolah sempat bertemu dengan ibubapa dan
menerangkan tentang masalah ponteng yang sedang dilakukan.

9
BAHAGIAN II

1.0 TEMUBUAL
Analisis temubual dengan guru kaunseling dan bimbingan mendapati banyak masalah disiplin
telah dikenalpasti serta pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh guru bimbingan dan
kauseling dengan kerjasama warga sekolah. Masalah disiplin disama ertikan dengan salah laku
pelajar, keruntuhan akhlak dan sebagainya Isu kemerosotan disiplin di kalangan pelajar yang
selalu dibicarakan dan dicari jalan penyelesaian segera. Ini kerana pelajar merupakan aset
negara paling berharga yang akan menentukan masa depan masyarakat dan negara.
Memandangkan isu ini serius dan semakin menjadi-jadi, maka guru bimbingan dan kaunseling
merasakan satu kajian dijalankan.

2.0 ISU PONTENG


Isu yang menjadi pokok perbualan kami adalah isu ponteng sekolah. Ponteng sekolah
dilabelkan sebagai salah satu masalah utama di Malaysia dalam kalangan pelajar adalah antara
salah laku yang paling dominan dan menonjol. Data Kementerian Pelajaran Malaysia (2004)
juga turut menunjukkan bilangan ponteng sekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Mereka tidak ke hadiri ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan.
Ibu bapa juga memainkan peranan dalam ini. Kesibukan bekerja dan mengejar kemewahan
membuatkan ibubapa tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya kepada
anaknya. Daripada kemewahan yang dibolehi menyebabkan merekan tidak bersungguh –
sungguh dalam menuntut ilmu di sekolah. Mereka beranggapan kemewahan ibubapa sudah
cukupi untuk mereka. Ibu bapa yang langsung tidak menyedari anak – anak mereka tidak
menyedari tidak ke sekolah dan melakukan kegiatan ponteng ini. Ibu bapa pula hanya
mengambil sikap lepas tangan dan menyerah anaknya kepada pihak sekolah untuk memberi
nasihat dan kaunseling.
Kurang minat pada pelajaran oleh pelajar walaupun Kementerian Pendidikan telah memasuki
matapelajaran yang baru dalam sukatan pelajaran. Ia telah telah gagal menarik perhatian pelajar
untuk mepelajarinya.Tindakan ponteng banyak membawa keburukan kepadanya di mana
menyebabkan mereka ketinggalan dalam topik – topik utama dalam menghadapi peperiksaan
awam. Seterusnya mereka menjamun masa depan yang lebih baik hanya kerana mencari
keseronokan sementara.
HMEF 5063

Isu ponteng sekolah dapat diatasi melalui beberapa program yang diatur. Bagi menarik minat
para pelajar ponteng sekolah, beberapa program yang lebih menarik dan berkesinambungan
serta mempunyai matlamat yang lebih jelas masa hadapan perlu dibentuk. Kaunselor sekolah
perlu menggunakan pendekatan yang lebih praktikal untuk mengatasi masalah pelajar.
Berbincang dengan pelajar bukan pelajar yang bermasalah tetapi secara umum dan
membertahu keburukan yang akan dihadapi daripada masalah ini.

11
3.0 PROGRAM-PROGRAM
Selain itu, beberapa program telah diatur di sekolah dalam menguruskan kes ponteng sekolah.
Program-program yang diatur adalah seperti Jom Ke Sekolah, Ziarah Cakna, T-Trace dan 4S
(Saya Sayang Sekolah Saya).

3.1 PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian


Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani
permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah
adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia. Program ini dirancang untuk mengurangkan sekaligus mencegah tingkah
laku ponteng dalam kalangan pelajar. Sehubungan itu, program ini juga dirancang berdasarkan
kepada hasil daripada tinjauan lepas.

Objektif Program Jom Ke Sekolah ialah membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah
daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta
tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. Objektif kedua adalah meningkakan
peratus kehadiran murid ke sekolah dan ketiga pula memupuk minat murid untuk hadir ke
sekolah.

Matlamat program ini telah tercapai melalui membebaskan sekolah daripada masalah salahlaku
ponteng dan menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah. Ini mengelakkan masalah sosial yang
kerap berlaku dikalangan pelajar sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah kerana Dengan
kehadiran pelajar ke sekolah juga secara tidak langsung meningkatkan akademik di sekolah
kerana pelajar yang hadir ke sekolah boleh dianggap tidak tercicir pelajaran yang diajar di
dalam bilik darjah setiap hari oleh guru matapelajaran.
HMEF 5063

3.2 PROGRAM ZIARAH CAKNA

Kementerian Pendidikan Malaysia amemperluaskan konsep sekolah penyayang dan


memperkukuh hubungan antara sekolah dan ibu bapa serta penjaga melalui Program Ziarah
Cakna. Sekolah Kaunselor ini telah memilih murid-murid yang ponteng dan ziarah
keluarganya.

Objektif program ini adalah berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan anak-anak


bersama ibubapa/penjaga, memahami latar belakang keluarga murid-murid dan berkongsi
pandangan bagi meningkatkan kejayaan murid. Melalui program ziarah cakna ini boleh
diringkaskan kepada aktiviti lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa
penjaga bagi memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh pelajar.

Selain itu juga melalui lawatan yang dibuat guru dapat mengumpul maklumat keluarga murid
yang ponteng ke sekolah dan memahami latar belakang murid berdasarkan tempat mereka
dibesarkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan atau ibu bapa dan guru.
Selepas lawatan kaunselor dapat membuat tindakan susulan bagi murid yang memerlukan
bantuan dan sokongan daripada pihak tertentu dan mengukuhkan hubungan antara ibu bapa
penjaga dari masa ke semasa melalui pelbagai platform perhubungan.

Lawatan itu sungguh berfaedah dan dapat memupuk kasih sayang terhadap ibu bapa serta
menghargai jasa mereka kepada kita dan masyarakat. Ia juga dapat membuktikan bahawa guru
memiliki sifat kepedulian, bertanggungjawab dan penyayang terhadap setiap perkara yang
berkaitan dengan muridnya dengan menziarahi keluarga murid.

13
3.3 PROGRAM SAYA SAYANG SEKOLAH SAYA (4S)

Program Saya Sayang Sekolah Saya (4S) diwujudkan untuk meningkatkan peratus kehadiran
murid ke tahap 90 peratus. Selain itu pihak sekolah juga ingin mewujudkan satu sitem
pengurusan kehadiran murid yang baik serta meningkatkan keprihatinan warga sekolah dan ibu
bapa dalam menangani masalah kehadiran.

Kehadiran murid pada tahun 2018 menunjukkan trend menurun bagi daerah Kuala Muda/Yan
secara keseluruhannya. Bagi sekolah rendah 96.95% menurun kepada 88.87% dalam tempoh
yang sama. Trend menurun ini memerlukan tindakan berfokus supaya murid-murid boleh hadir
ke sekolah melalui pendekatan yang berstruktur. Pendekatan yang diambil ialah melalui
Program Saya Sayang Sekolah Saya adalah berfokuskan ketidakhadiran. Program ini akan
dilaksanakan secara berfokus mengikut kumpulan sasaran yang dikenal pasti di peringkat
sekolah. Program ini juga melibatkan sebilangan guru dari peringkat pengurusan sehingga guru
penolong.

Tujuan Program Saya Sayang Sekolah Saya (4S) adalah meningkatkan peratus kehadiran
negeri, mengamalkan budaya penyayang dengan meningkatkan tahap kepedulian yang tinggi
dan menyumbang kepada proses pembangunan sahsiah disiplin murid.

Pelaksanaan program ini bermula dengan membentuk jawatankuasa Program Saya Sayang
Sekolah (4S), mengenalpasti murid mengikut kategori ponteng (sebab ponteng), melaksanakan
analisis keperluan berdasarkan kehadiran murid, mengenalpasti dan melantik mentor yang
sesuai, menyerahan senarai mentee kepada mentor, pelaksanaan program oleh mentor dan
pelaporan dan pengesahan prestasi kehadiran murid. Program ini dengan berjaya telah
meningkatkan peratus kehadiran sekolah, meningkatkan peratus kehadiran daerah dan telah
mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah.
HMEF 5063

3.4 PROGRAM T-TRACE

Program T-Trace merupakan singkatan kepada Token Trace. Tindakan yang dijalankan dalam
kaedah T-Trace adalah berdasarkan konsep peneguhan positif dan teknik ekonomi token yang
didasari daripada teori Behaviouris atau modifikasi tingkah laku. Objektif program ini adalah
untuk meningkatkan jumlah kehadiran murid ke sekolah. Sasaran program ini adalah murid-
murid yang sering ponteng sekolah.

Kaedah T-Trace digunakan oleh pengkaji untuk meningkatkan jumlah kehadiran. Pelaksanaan
tindakan dalam kaedah T-Trace melibatkan akiviti seperti Talking Token Chips, Token Race
Tracking, Token Target. Setiap langkah program ini dijelaskan dengan lebih terperinci dalam
laporan program. (LAMPIRAN).

Kesimpulannya, kaedah T-Trace telah berjaya meningkatkan jumlah kehadiran ke sekolah


dalam kalangan murid yang terlibat sebagai peserta kajian. Hal ini dibuktikan melalui
peningkatan bilangan kehadiran murid ke sekolah selepas intervensi dikenakan ke atas mereka.
Berdasarkan analisis peratus peningkatan kehadiran dalam kalangan murid juga menunjukkan
bahawa kaedah T-Trace telah berjaya meningkatkan kehadiran mereka.

15
5.0 KEJAYAAN PROGRAM

Dengan melaksanakan beberapa program ini masalah ponteng telah dikurangkan. Hal ini dapat
dibuktikan dengan mengetahui peratusan kehadiran murid ke sekolah dari tahun 2018 sehingga
Mac 2019. (Rujuk Lampiran) Analisis kehadiran murid ke sekolah adalah seperti berikut:

BULAN PERATUS KEHADIRAN


Januari 2018 94.40 %
Februari 2018 94.16 %
Mac 2018 95.26 %
April 2018 93.98 %
Mei 2018 95.06 %
Jun 2018 92.63 %
Julai 2018 92.89 %
Ogos 2018 94.19 %
September 2018 93.36 %
Oktober 2018 92.82 %
November 2018 92.46 %
Disember 2018 Cuti Sekolah
Januari 2019 94.95 %
Februari 2019 94.80 %
Mac 2019 95.27 %

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, temuramah ini amat berguna kepada pihak organisasi dalam usaha membantu
mereka mengenalpasti kepentingan pelaksanaan kaunseling di organisasi. Ia juga dapat
membantu saya memahami peranan mereka dengan lebih jelas dalam menjalankan tugas
mendidik serta membimbing para pelajar yang bermasalah. Tindak balas positif telah diterima
dari murid-murid dengan pengaplikasian program-program ini.

(4982 patah perkataan)


HMEF 5063

6.0 RUJUKAN

Bhasah Abu Bakar, (2003). Bimbingan dan Kaunseling kanak-kanak. Selangor: Oxford
Books.

Fadilah binti Zaini & Maisarah binti Ishak, Peranan Kaunselor Dalam Pembangunan
Pelajar:
Kajian Kes Terhadap Kaunseling Kelompok di Kolej Universiti Kejuruteraan dan
Teknologi Malaysia (KUKTEM) Kuantan, Pahang, Universiti Teknologi Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia, Pelaksanaan dan Pematuhan Dasar-Dasar Perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah Kementerian Pendidikan
Malaysia Tahun 2017

Kementeian Pelajaran Malaysia. (2010). Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah dan Rendah. Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1994). Surat
Pekeliling KP (SBHEP) 8543/60/(91), 1996.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1996). Surat Pekeliling Pentadbiran. No. 316 (Pindaan
8/12/1982). Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1982). Surat Pekeliling Pentadbiran. No. 3167


(Pindaan 8/12/1982). Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Surat Pekeliling Perkhidmatan. Bil. 1/1999. Kuala
Lumpur: Bahagian Sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Laporan Tahunan Unit Bimbingan dan


Kaunseling. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1966). Surat Pekeliling Ikhtisas. Bil. 3/ab. Kuala
Lumpur: Bahagian Sekolah.

Mohamad Sattar Rasul, Mohd Rosdi Sukardi, Rose Amnah Abd Rauf (2013).
Amalan kaunseling sekolah di United Kingdom dalam meningkatkan kesihatan mental
kanak-kanak dan remaja. Vol. 6 No. 1 January-June 2013.Journal of Human Capital
Development

Mohamed Sharif Mustaffa & Roslee Ahmad. (2005). Pendekatan Temubual sebagai Metod
Kajian Kes. Suatu Persepsi Dikalangan Pelajar Perempuan Cemerlang Terhadap
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Pembentangan di 3rd International
Qualitative Research Convention.

Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Bimbingan dan
Kaunseling Maktab dan Universiti. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd

17
Surat Arahan Pelaksanaan Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis
Diraja Malaysia: Program Jom ke Sekolah Tahun 2019 KPM

Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia, Bilangan 12 Tahun 2012

Teks Ucapan YB Dr.Maslee Bin Malik, Mnetri Pendidikan Malaysia, Majlis Permuafakatan
KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019

Unit Bimbingan dan Kaunseling Bahagian Sekolah Sekolah Kementerian Pelajaran


Malaysia.(1984). PanduanPerlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di
Sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian Sekolah- sekolah,
Kuala Lumpur.

Usha K.N. Damodaran. (2000). Kesedaran Pelajar Sekolah Menengah di Mentakab


Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kertas Projek Sarjana
Pendidikan yang tidak diterbitkan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

Vasantha.(2000).Penilaian Guru-guru Trehadap Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan


Kaunseling di Salah Sebuah Sekolah Menengah di Daerah Petaling. Kertas Projek,
Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya.
.
HMEF 5063

19
TEKS UCAPAN
YB DR. MASZLEE BIN MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM:


PROGRAM JOM KE SEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019

SMK BANDAR TASIK KESUMA


11 FEBRUARI 2019

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

(SALUTASI AKAN DIBERIKAN)

1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah


SWT kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, kita dapat sama-sama
berhimpun dalam Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program
Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 pada pagi ini.
Selamat datang saya ucapkan kepada Yang Dihormati CP Dato' Sri Rosli
HMEF 5063

Bin Ab. Rahman, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan


Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia atas usaha dan
inisiatif melaksanakan program secara kolaboratif dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

2. Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan syabas dan


tahniah kepada semua pihak atas inisiatif menganjurkan majlis
pelancaran ini. Untuk makluman para hadirin sekalian, sekolah-sekolah
di bawah KPM akan melancarkan program ini secara serentak pada 18
Februari 2019 di seluruh negara. Sesungguhnya kita amat mengalu-
alukan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta seiring dengan
Anjakan Kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 iaitu bekerjasama secara meluas antara ibu bapa,
komuniti dan pihak swasta di bawah Inisiatif 62: Peluasan
Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK).

3. Saya amat bersyukur kerana program kerjasama strategik pelbagai


pihak ini telah menggabungkan kepakaran dan tenaga antara
Kementerian Pendidikan Malaysia, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan
Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Pegawai Perhubungan
Sekolah, komuniti setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta
seluruh warga pendidik yang berusaha untuk menjayakan program ini.
Sememangnya ini bukanlah kali pertama kita mengadakan
permuafakatan bersama bahkan hubungan erat antara kita telah sekian
lama terjalin.

4. KPM berharap menerusi Program Jom Ke Sekolah akan


mempertingkatkan kerjasama yang lebih mantap antara pihak sekolah
21
dengan Pegawai Perhubungan Sekolah. Program ini juga diharapkan
dapat menghindari murid daripada ponteng sekolah, membantu
mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan
jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak
bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

5. Asas pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang berfungsi di


tengah-tengah setiap komuniti dan masyarakat. Saya telah menekankan
dalam amanat tahun baharu yang lalu bahawa sekolah untuk komuniti
dan universiti untuk masyarakat, maka sekolah sewajarnya menjadi
tempat yang paling selamat dan menyeronokkan. Bagi merealisasikan
hasrat ini, KPM memberikan penekanan khusus kepada hala tuju
mengembalikan cinta ke dalam pendidikan dengan memberi tumpuan
kepada tiga nilai dan budaya teras iaitu cinta (love), kegembiraan
(happiness) dan saling menghormati (mutual respect). Saya yakin
bahawa sistem pendidikan yang berteraskan nilai ini mampu untuk
melahirkan insan yang mencintai satu sama lain, mencintai masyarakat
dan akhirnya mencintai negara.

6. Sistem pendidikan negara kini telah memasuki Gelombang Kedua


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan tekad dan
azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti pendidikan negara seperti
yang dihasratkan oleh para pemimpin negara. Saya yakin kerjasama dan
permuafakatan bersama PDRM, komuniti, ibu bapa dengan pihak sekolah
akan dapat mempertingkatkan minat murid untuk hadir ke sekolah. Saya
HMEF 5063

berharap Pegawai Perhubungan Sekolah dapat mengadakan


kunjungan ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali agar dapat
memberi nasihat dan panduan kepada murid-murid semasa perhimpunan
di sekolah. Pegawai Perhubungan Sekolah juga boleh menjadi sumber
rujukan pihak sekolah berkaitan undang-undang dan salah laku disiplin.

7. Program Jom ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha KPM


dengan kerjasama PDRM untuk meningkatkan kecemerlangan dan
kemenjadian murid dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji. Oleh
itu, menerusi program ini, diharapkan pihak sekolah terutamanya guru-
guru dapat berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcara
di samping berperanan sebagai guru disiplin seperti yang dinyatakan
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 bahawa semua guru adalah
guru disiplin.

8. Aspek kemenjadian murid harus dilihat secara holistik dan


menyeluruh daripada segi akademik, sahsiah, kokurikulum dan sukan.
Bagi menarik minat murid hadir ke sekolah, pendekatan sekolah
terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah sentiasa
menarik dan berkesan. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penerapan elemen
pembelajaran menyeronokkan dengan konsep sekolah penyayang dan
menangani isu keciciran murid bagi memastikan murid-murid gembira ke
sekolah sekali gus dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni
merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

9. KPM berusaha membentuk ekosistem pembelajaran abad ke-21


bagi memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai
23
melalui budaya sekolah, prasarana, pelibatan ibu bapa dan komuniti, guru
yang profesional serta proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Saya yakin bahawa pentadbir sekolah yang berkesan akan
berupaya menghasilkan pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan,
memberi aspirasi dan inspirasi kepada murid untuk datang ke sekolah
setiap hari dengan perasaan gembira, bersemangat dan seronok untuk
belajar.

10. Selain daripada itu, keprihatinan ibu bapa bagi memastikan anak-
anak hadir ke sekolah juga adalah amat penting. PPPM 2013-2025
memberi ruang dan menggalakkan pelibatan ibu bapa terlibat secara
langsung dalam pembelajaran anak-anak sama ada di rumah atau di
sekolah. Kita mempunyai matlamat untuk melahirkan generasi cemerlang
yang merupakan modal insan terpuji agar dapat menjadi pemimpin
pelapis negara suatu hari nanti. Saya ingin menegaskan bahawa
kemenjadian murid merupakan perkara penting dalam mewujudkan
generasi masa depan yang holistik dan seimbang. Sememangnya
menjadi harapan kita semua agar pengetahuan yang diperoleh murid
akan membentuk mereka menjadi remaja yang lebih jelas dan fokus untuk
menyumbang kepada pembinaan negara maju yang berwawasan.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

11. Bagi tujuan menyampaikan maklumat atau memberi informasi


kepada sekolah dan pihak berkuasa polis melalui peranan Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS), KPM menggalakkan sekolah menyedia dan
menggunakan ‘Papan Kenyataan PPS’ di semua sekolah. Papan
HMEF 5063

Kenyataan PPS ini dapat digunakan semaksimum mungkin oleh warga


sekolah dan PPS sebagaimana yang dibuat pada papan notis masjid
dalam Program 1Masjid 1Polis (1M1P). Menerusinya, diharapkan pihak
berkepentingan dapat menyalurkan maklumat kepada pihak sekolah yang
memuatkan informasi dan berita tentang kepolisan. Pihak sekolah juga
perlu sentiasa prihatin dan mengambil tindakan yang bersesuaian dengan
maklumat yang disalurkan.

12. Sukalah saya mengingatkan anak-anak agar dapat hadir ke


sekolah serta memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran.
Manfaatkanlah segala peluang yang ada untuk menimba ilmu dan
mengasah bakat dengan sebaik mungkin supaya anda menjadi insan
yang berjaya. Jadikanlah sekolah sebagai tempat menimba ilmu,
membina pengalaman, membentuk bakat dan mengasah daya
kepimpinan kerana anda merupakan aset negara yang bernilai pada
masa hadapan. Jauhilah perkara yang tidak berfaedah dan jangan
terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat dan tidak bermoral seperti
ponteng, buli, penyalahgunaan dadah serta lain-lain gejala negatif yang
boleh merosakkan diri dan masa depan anak-anak sekalian. Sayangi diri,
hormati ibu bapa, guru-guru dan komuniti anda. Berusahalah menjadi
yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang
terbaik akan berjaya.

13. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan tahniah dan
syabas kepada semua pihak yang terlibat khususnya warga SMK
BANDAR TASIK KESUMA kerana bertungkus lumus menjayakan
program pada pagi ini. Begitu juga, jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan saya ucapkan kepada PDRM dan Persatuan Ibu Bapa Guru

25
atas sokongan dan kerjasama padu dengan KPM bagi merealisasikan
majlis ini. Besarlah harapan saya agar kesepakatan begini bukan sahaja
dapat memastikan kejayaan program, bahkan turut memperkasakan lagi
keakraban dan rangkaian kerjasama strategik antara kita semua. Semoga
program seumpama ini dapat diperluaskan lagi pada masa akan datang,
insya-Allah.

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya


merasmikan Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke
Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 dan melancarkan Papan
Kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh. Sekian. Terima Kasih.

YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA


HMEF 5063

KERTAS KONSEP PELAKSANAAN


PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Disediakan oleh:

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan Kerjasama

POLIS DIRAJA MALAYSIA

2019

KERTAS KONSEP PELAKSANAAN

27
PROGRAM JOM KE SEKOLAH
TAHUN 2019

1.0 PENGENALAN
Program Jom ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.
Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.

2.0 RASIONAL
Pelaksanaan program Jom ke Sekolah oleh KPM dan PDRM ini adalah amat
bertepatan dengan usaha KPM yang baru dilaksanakan, iaitu Program Ziarah
Cakna. Program Jom ke Sekolah pada tahun ini akan melibatkan pelbagai
pihak dalam usaha menggalakkan agensi kerajaan dan bukan kerajaan ke
sekolah bagi menyokong hasrat KPM dari aspek kemenjadian murid.
Komitmen antara KPM dan PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua
pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku
dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat
memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras
dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS
melalui program Jom ke Sekolah pada awal tahun persekolahan ini diharapkan
akan dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih
positif.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di
antara pihak sekolah dan pihak PPS.
3.2 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat
dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang
serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3.3 Mempeluaskan penggunaan Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan
Polis Sekolah (PPPS) oleh PDRM di sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Sekolah .
3.3 Memberikan ruang kepada pihak PDRM melalui PPS untuk
memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu isu semasa
kepolisian kepada warga sekolah dan pihak ibubapa .

4.0 Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan Polis (PPPS)

Seperti Lampiran 1
HMEF 5063

5.0 ANJURAN
Program Jom ke Sekolah merupakan program kerjasama di antara KPM
(Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan
Jenayah dan Keselamatan Komuniti) Bukit Aman.

6.0 TARIKH PELANCARAN


Program Jom ke Sekolah akan dilancarkan secara serentak di peringkat
Kebangsaan, Negeri, daerah dan sekolah di seluruh negara mengikut
ketetapan seperti di Lampiran 2.
6.1 Pelancaran di peringkat bahagian-bahagian KPM akan diselaraskan
oleh Bahagian KPM (Sila rujuk Lampiran 3)
6.2 Pelancaran di peringkat negeri akan disempurnakan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri dan Ketua Polis Negeri.
6.3 Pelancaran di peringkat PPD akan disempurnakan oleh Pegawai PPD
dan Ketua Polis Daerah.
6.4 Pelancaran di peringkat sekolah akan disempurnakan oleh
Pengetua/Guru Besar dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).
Sekiranya PPS berkenaan menanggung tugas lebih daripada satu
sekolah, maka pelancaran boleh ditangguhkan pada minggu berikutnya.
5.5 Pihak KPM tidak mempunyai halangan sekiranya pihak PDRM ingin
mengadakan pameran. Pihak sekolah perlu mengatur jadual lawatan
murid ke pameran tersebut tanpa mengganggu Pembelajaran dan
Pengajaran (PdP).

7.0 URUS SETIA PELANCARAN


7.1 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Unit HEM) dan Bahagian-
bahagian KPM dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman bertanggungjawab bagi
pelancaran program Jom ke Sekolah di peringkat kebangsaan.
7.2 Jabatan Pendidikan Negeri (Unit HEM) dengan kerjasama JPJKK
Peringkat Kontijen Negeri (IPK) bertanggungjawab bagi pelancaran di
peringkat negeri.
7.3 Pejabat Pendidikan Daerah (Unit HEM) dengan kerjasama JPJKK
Peringkat IPD bertanggungjawab bagi pelancaran di peringkat daerah
7.4 Pengetua/Guru Besar dan Pegawai Perhubungan Sekolah
bertanggungjawab bagi pelancaran di peringkat sekolah
7.5 Mesyuarat Penyelarasan pelaksanaan program perlu diadakan oleh
JPN dan PPD dengan kerjasama JPJKK mengikut ketetapan masing-
masing.

8.0 KEWANGAN
Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan.

9.0 ATUR CARA MAJLIS


29
Sila rujuk Lampiran 4
10.0 PENUTUP
Kehadiran pihak polis pada awal musim persekolahan akan dapat meningkatkan
kerjasama antara pihak sekolah dengan PPS. Secara tidak langsung akan dapat
mempertingkatkan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif
serta dapat meningkatkan kemenjadian murid.
HMEF 5063

31

Anda mungkin juga menyukai