Anda di halaman 1dari 2

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA

Mahjong

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat


orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan
kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap
nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh
menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia,
mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai
permainan komputer.

Xiang Qi
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh
dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan
catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar
sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal
abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu
permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik
termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang
panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan
yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan
sesetengah buah catur.
Yo-yo Cina
Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera
yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo
cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang
kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan
mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah
wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644
selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, di
mana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak.
Sesetengah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi
apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan
pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

Anda mungkin juga menyukai