Perkhemahan Pengenalan
Perkhemahan Pengenalan
PENGENALAN
Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk
merehatkan fikiran. Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan
serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti mendaki gunung,
berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti
perkhemahan.
Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti
sampingan yang sesuai dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di antara
contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak, absailing, orienteering dan
sebagainya.
1. Melatih setiap pelajar supaya dapat berdikari dan bersedia dalam menghadapi
keadaan serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh
dari bandar.
2. Melatih pelajar menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab.
3. Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan
berkhemah kepada para pelajar.
4. Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran dan
kecekapan yang ada pada mereka.
5. Menggalakkan para pelajar bergaul bersama mereka untuk mengeratkan lagi
perpaduan.
6. Merapatkan hubungan persaudaraan di antara pelajar dan pihak maktab.
7. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan di luar rumah yang
lebih mencabar dan menarik.
8. Menyedarkan para pelajar agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan tuhan.
9. Mendidik untuk mengenali menyayangi alam sekitar.
10. Memupuk sikap berani di kalangan peserta.
11. Menanam sikap berkerjasama dan bertanggungjawab di kalangan peserta.
12. Menyediakan bakal guru yang berani dan sentiasa bersedia menghadapi
cabaran.
FAEDAH-FAEDAH PERKHEMAHAN
Untuk menjaga imej yang baik dan bagi tujuan menjayakan program ini, maka perlulah
diadakan beberapa peraturan dan tatatertib untuk memberi panduan kepada para
peserta.
Masa
1. Para peserta haruslah mengikut jadual waktu yang telah disediakan dan berada
di tempat-tempat yang ditentukan sepuluh minit sebelum waktu aktiviti
dijalankan.
2. Para peserta harus bangun awal dengan kewajipan masing-masing dan bersedia
untuk senaman.
Kebersihan
1. Perserta diminta menjaga kebersihan setiap kawasan tempat perkhemahan dan
kawasan kegiatan.
2. Gunakan lubang kering untuk membuang sampah sarap, sisa-sisa makanan
dan lain-lain. Tin-tin kosong bekas makanan hendaklah dikemikkan terlebih
dahulu sebelum ditanam.
3. Alat-alat yang dipinjamkan hendaklah dijaga dengan baik dan bersih.
Pakaian
1. Semasa menyertai aktiviti luar, para peserta hendaklah memakai pakaian sukan
maktab dan berkasut dengan sopan.
2. Semasa menjalani ekspedisi, semua peserta hendaklah menjaga
keselamatan diri seperti memakai baju atau seluar panjang, stokin dan
kasut.
3. Tuala mandi dan pakaian kotor hendaklah disidai di tempat yang
dikhaskan.
LARANGAN
1. Pergaulan yang sihat secara beramai adalah dibenarkan tetapi berpasangan
antara lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah.
2. Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan melainkan
dengan urusan yang penting sahaja dan mestilah terlebih dahulu mendapat
kebenaran dari ketua jurulatih.
3. Apabila peserta berbual atau bercakap ditegah daripada mengeluarkan perkatan
yang kurang manis atau bahasa yang boleh membawa kepada tersinggung
perasaan seseorang atau kaum.
4. Sesiapa yang mendapati engkar daripada meyempurnakan peraturan-peraturan
yang ditetapkan atau didapati melakukan sesuatu yang membawa kepada
mencemarkan nama baik kursus ini, maka tindakan tatatertib akan diambil oleh
pihak penganjur.
5. Selain daripada menghormati dan menhamalkan peraturan di atas, setiap peserta
dikehendaki mematuhi peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh
pihak penganjur program ini.
6. Dilarang merokok semasa dan juga aktiviti dijalankan.
7. Para peserta dilarang melakukan sesuatu perbuatan yang tidak bermoral seperti
melakukan kecurian sama ada untuk mai-main atau sungguh-sungguh.
8. Setiap peserta seharusnya tidak mencuri tulang semasa aktiviti dijalankan dan harus
melakukan semua pekerjaan dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.
KOMPENAN-KOMPENAN PERKHEMAHAN
JENIS-JENIS KHEMAH
Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk aktiviti
berkhemah:
a) Perlindungan
Khemah yang hendak kita miliki itu mestilah dapat memberikan perlindungan
kepada semua jenis cuaca seperti hujan, panas atau sejuk angin dan sebagainya.
Disamping itu ianya juga hendaklah dapat memberi pelindungan dari serangga-
serangga.
b) Keselesaan
Khemah tersebut perlulah selesa kerana tempat yang paling utama dalam
aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa dan mempunyai ruang untuk
menyimpan barang-barang.
c) Kalis air
Tidak semua khemah yang dijual itu kalis air kerana terdapat juga khemah
yang tidak kalis air apabila terkena hujan lebat. Oleh itu kita perlu memastikan
bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu adalah benar-benar kalis air, supaya
tidak menjadi masalah apabila hujan.
d) Tahan lasak
Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil
kesempatan membuatnya dengan bahan yang ringan tetapi tidak tahan
lasak. Ini perkara penting yang perlu kita ambil ingatan.Khemah perlu ringan
di samping itu ianya perlu tahan lasak, tidak mudah koyah apabila ianya
digunakan di pelbagai persekitaran dan mempunyai ketahanan hayat untuk
satu jangka masa yang panjang dan munasabah.
e) Ukuran
Perkara ini juga merupakan perkara penting kerana apakah gunanya kita
mempunyai khemah muatan lapan orang jika kegunaannya untuk satu atau
dua orang, sedangkan lokasi yang hendak dituju itu amat menyukatkan kita
membawanya.
tempat yang rata, cuba elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang
menjadi tapak khemah tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada
berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan turun.
mudah rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan
permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila elakkan
daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai. Tempat yang
sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air yang deras sekiranya berlaku
yang bersih. Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca
air yang bersih. Air yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri
dan sebagainya. Tapak khemah mestilah berhampiran dengan air samada sungai,
supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau sebarang
penyakit lain yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih. Punca air juga
haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang bagaimana.
daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di tepi pantai, di tepi sungai
yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak
perkhemahan itu haruslah berdekatan kampung dan laluan orang ramai. Selain itu
terlebih dahulu kepada pihak berwajib seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang
yang penting. Bahan bakar penting bagi menggunakan untuk memasak, membuat
serangga seperti nyamuk dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut ialah seperti kayu
sebagainya.
g) Keselamatan kawasan perkhemahan
Keselamatan kawasan perkhemahan sangat perlu di ambil kira. Kawasan
tersebut perlu dipastikan bahawa bukan kawasan laluan binatang liar seperti gajah,
h) Jangkamasa perkhemahan
Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah seasuai dengan jangkamasa
perkhemahan. Sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa yang lama maka
perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan memasak,
minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain.
j) Alam Persekitaran
Alam persekitaran akan menentukan sejauh manakah kejayaan sesuatu aktiviti
perkhemahan. Jadi peninjauan perlu dilakukan sebelum keluar berkhemah.
Peninjauan tersebut boleh dilakukan samada dengan keluar melihat tempat tapak
perkhemahan tersebut dan juga boleh dilakukan dengan memahami keadan
tersebut melalui peta topo atau maklumat penduduk setempat yang tahu dan pernah
ke kawasan tersebut.
PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH
PENJAGAAN KHEMAH