Anda di halaman 1dari 3

KONSEP JIWA DAN ROH MENURUT AL-KINDI

PENGENALAN

Al-kindi merupakan ahli falsafah Islam pertama yang lahir dalam dunia Islam. Namun
demikian, pengetahuan kita tentang riwayat hidupnya amat terbatas, malah tahun kelahiran dan
kematiannya tidak dapat diketahui dengan pasti. Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh
kebanyakkan kitab-kitab yang berkaitan dengan maklumat yang lengkap mengenainya menjadi
kesukaran bagi generasi kini untuk mengetahuinya. Sungguhpun demikian, para sarjana telah
membuat anggaran bahawa tahun kelahiran beliau ialah pada 193 H/ 808 M. seperti yang
dinyatakan oleh T.J. Boer Mustafa ‘Abd al-Raziq. Manakala, Massignon dalam bukunya al-
sufiyyah mengatakan bahawa al-Kindi meninggal pada tahun 246 H/ 860 M.

HASIL KARYA DAN KEPENTINGANNYA.

Pengetahuan al-Kindi yang luas dan beraneka ragam itu disampaikannya dalm karyanya.
Namun hanya beberapa naskah sahaja yang Berjaya sampai kepada kita pada masa sekarang.
Mungkin al-Kindi tidak memberikan tajuk-tajuk khusus dalam semua karyanya ketika beliau
meninggal. Kebanyakkan karyanya berbentuk surat dan tidak berdasarkan tajuk, terutama
dalam era-era penerbiatan belum ditentukan. Sebuah jilid yang sangat berguna mengenai karya-
karya al-Kindi telah diterbitkan di Baghdad bertepatan dengan peringatan seribu tahun al-Kindi
yang diselenggarakan pada tahun 1962 dan disiapkan oleh Prof. Richard J. McCharty, S.J.,
bertajuk al-tashanif al-mansubah Ila Faylasuf al-‘Arab

Di dalam buku bertajuk ‘Pemikiran al-Kindi : Pengaruh terhadap Intelektual Muslim di


Malaysia dan Indonesia’ ada menyatakan bahawa Ibn Nadim menyebutkan karya yang
berjumlah 441 buah meliputi bidang falsafah, logic, psikologi, politik, optic, muzik, ,matematik
dan perubatan. Tulisan ini ditemui sebanyak 25 buah di muzium Istanbul sedangkan yang
lainnya masih tersimpan di beberapa tempat di Barat. Namun begitu ini hanyalah sebahagian
kecil sahaja daripada karya-karya beliau yang sampai kepada generasi sekarang.

TERDAPAT DUA PERKARA PENTING BERKENAAN HASIL KARYA AL-KINDI.

1. Usaha al-Kindi untuk menanamkan dalam fikiran masyarakat bahawa kebenaran berada
dimana-mana. Ia merupakan sesuatu yang paling berharga dalam dunia ini. Penemuan
kebenaran merupakan usaha kolektif daripada semua bangsa di dunia. Yunani daripada asal
kata yunan saudara dengan qahtan, datuk orang-orang arab, tetapi kenapa mereka tidak dapat
bersama untuk mencari kebenaran meskipun melalui jalan yang berbeza.
2. usaha al-Kindi untuk menyesuaikan Bahasa Arab dengan hajat ungkapan falsafah. Fakta
menunjukkan bahawa al-Kindi meninggalkan untuk kita himpunan fakta-fakta falsafah dan
penjelasan-penjelasannya dalam bahasa Arab. Tulisan-tulisannya menunjukkan tekanan
lingguistik sebagai usaha idiosinkrasi bahasa Arab untuk mengungkapkan konsep-konsep
falsafah yang abstrak.

KONSEP ROH MENURUT AL-KINDI

Penghuraian tentang persoalan al-Nafs bagi al-Kindi cukup jelas diterangkan dalam buku beliau
al-Rasail. Dalam masalah roh, al-Kindi tidak begitu menekankan kepada konsep al-nafs, dari
segi pengertian dan pembahagiannya. Namun beliau telah membawa aspek lain iaitu
pembersihan jiwa dari penyakit-penyakit yang boleh merosakkan akhlak manusia.
Beliau menerangkan bahawa jiwa manusia itu suatu zat yang bersifat qadim. Seterusnya lagi
beliau menggambarkan jiwa manusia itu dimasukkan dalam satu-satu zat, sebagai contoh tubuh
badan manusia, maka untuk manusia itu Allah SWT menciptakan pula kekuatan, tempoh masa
atau peringkat usia untuk jiwa tadi dapat melahirkan atau menikmati kelazatan jasmani
manusia. Untuk itulah Allah SWT menciptakan manusia dan memberikan akal di mana akal itu
merupakan zat yang bersifat atau berunsur keTuhanan. Semuanya itu bertujuan membangkitkan
jiwa manusia daripada tidak bergerak kepada bergerak di dalam tubuh manusia.

Dari sini juga manusia dikurniakan Allah SWT satu keistimewaan iaitu akal yang bersifat
kerohanian yang dapat pula membuat sebarang penilaian bagi membezakan bahawa setiap
penilaian yang dibuat sama ada pada gerak laku khususnya akhlakadalah berbeza dari sifat-sifat
kehaiwanan. Dari tujuan inilah konsep pembersihan jiwa dari nilai-nilai kehaiwanan adalah
perlu dibuat oleh individu yang seterusnya diterangkan oleh para ahli falsafah.
Dalam membuat ulasan tentang hakikat jiwa di atas, al-Kindi telah membawa beberapa alas an
yang jelas untuk memperkuatkan hujah beliau. Antaranya ialah menunjukkan bahawa jiwa itu
bukannya jisim:

1. Al-Nafs adalah suatu perkara yang tetap, tidak berubah dan tidak berbentuk-bentuk.
Sedangkan jisim keadaannya sentiasa berubah-ubah dan bertukar bentuk, begitu juga dengan
‘arad yang tidak boleh wujud dengan sendirinya tanpa pergantungan kepada zat.

2. Daripada kekuatan al-Nafz yang lebih kuat daripada jisim ini, kita dapati bahawa jiwa dapat
menangkap dan menerima sesuatu secara serentak dalam satu masa. Sedangkan perkara ini
tidak berlaku kepada jisim. Apabila ia telah menerima sesuatu gambaran yang tertentu, maka
ia tidak dapat lagi menerima gambaran lain secara serentak, melainkan gambaran lain yang
telah tersedia ada tadi telah terpisah sama sekali daripada jisim. Ketika ini, barulah ianya dapat
menerima gambaran yang lain.

“sesungguhnya, jisim apabila telah menerima atau mempunyai bentuk yang tertentu
umpamanya berbentuk bulat, maka dalam keadaan ini jisim tidak lagi dapat menerima sebarang
bentuk yang lain seperti bentuk-bentuk empat segi dan sebagainya. Melainkan apabila ianya
betul-betul terpisah daripada bentuk yang pertama tadi iaitu bentuk bulat.”

AL-KINDI TELAH MEMBAHAGIKAN JIWA KEPADA TIGA BAHAGIAN:

1. Al-Nafs al-Natiqah (jiwa yang rasional) iaitu merupakan pemikiran yang boleh mengkaji dan
menilai tentang kedudukan hakikat sesuatu.

2. Al-Nafs al Sab’iyyahwa al-Qhadabiyyah (jiwa yang bersifat pemarah)

3. Al-Nafs al-Hayawiyyah wa al-Syahawiyyah (jiwa yang berupa seks atau tenaga jantina) yang
bertujuan untuk mendapat keseronokkan jasmani semata-mata.

Ketiga-tiga kekuatan jiwa ini adalah saling bertentangan di antara satu sama lain, dimana, salah
satunya sentiasa bergerak maju dengan mengambil kesempatan terhadap kelemahan dua
bahagian yang lain.
Walau bagaimanapun, factor kekuatan dan kelemahan di antara ketiga-tiga bahagian jiwa tadi
boleh diatasi dengan kesungguhan individu untuk mengawalnya atau ia juga bergantung kepada
kuatnya pengaruh pendidikan yang diterima oleh individu tersebut.
Beliau menerangkan bahawa jiwa yang rasional akan sentiasa mengarah kepada setiap jiwa
yang lain. Apabila kedua-dua jiwa ini (jiwa yang pemarah dan jiwa yang berunsur keinginan
jantina) tunduk kepada jiwa yang rasional maka akan lahirlah al-fadhilah (kebaikkan) di dalam
diri manusia yang dapat membezakannya dengan sifat-sifat kehaiwanan.

Menurut al-Kindi lagi, apabila jiwa rasional ini berada dalam suasana yang normal atau dapat
mengawal jiwa yang marah dan berunsur kebinatangan itu, maka dalam suasana ini ianya akan
dapat meningkat kepada makrifat (mengenal Allah) dan akan mencapai tingkat, iaitu apa yang
dikatakan al-Hikmah (kebijaksanaan). Orang yang berada di tingkatan inilah yang dimaksudkan
oleh al-Kindi sebagai hukama (ahli falsafah).
Apabila jiwa yang bersifat kehaiwanan tadi berada di bawah pengawalan serta panduan jiwa
rasional, maka ia akan mencapai tingkat fadlah al-‘Iffah (kesederhanaan). Sementara jiwa
pemarah yang dikawal oleh jiwa yang rasional akan mencapai ke tingkat al-Syaj’ah
(keberanian). Jika proses mejuahadah (jiwa rasional yang mengawal dua jiwa yang lain) ini
berjalan dengan baik dan mencapaikan taraf keseimbangannya, maka akan lahirlah fadilah
(kebaikkan) baru yang dinamakan al-‘Adlah (keadilan). Fadilah ini merupakan kemuncak
kepada kesempurnaan proses perjalanan jiwa di dalam diri manusia.

Shahibudin Laming. Pemikiran al_kindi: Pengaruh Terhadap Intelektual Muslim di Malaysia


dan Indonesia. 2006.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai