Anda di halaman 1dari 4

SILATURRAHIM

FADHILAT & BAHAYANYA


Dr. Abdullah Yasin

ُ ُ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َ َ ُ َ ُ ْ َ َ َ ُ ْ َ ُ َ َ َ َ َْ ُ َ ْ َ
‫ل‬
َّ: ‫هللا صلى هللا علي ِه وس َّلم يقو‬ ‫ل‬
ِ ‫عن أ ِبي هريرة ر ِض ي هللا عنه قال س ِمعت رسو‬
َ ُ ُ ‫َ َ َ ْ َ ْ َ َ ُ َ َو‬ ُ َ َ َ ُْ ْ ََ ْ
‫ز‬ ُ َ َ َ ْ ُ ْ َ ُ َّ َ ْ َ
)ََّّ ‫من سره أن يبسط له ِفى ِر ِق ِه وأن ينسأ له ِفى أث ِر ِه فلي ِصل ر ِحم َّهَّ(َّر اه البخ ِار‬
‫ي‬
Daripada Abu Hurairah RA katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda : Barangsiapa yang suka agar dimurahkan rezekinya dan
dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.
(HR Bukari)

Pengajaran Hadis :
َّ ‫ ) ِص َل ُة‬terdiri dari dua perkataan, iaitu Silat ( َّ‫ ) ِص َلة‬: Hubungan, dan
1. Silaturrahim ( ‫الر ِح ِ َّم‬
Rahim ( ‫الر ِح َُّم‬
َّ ) : Kasih sayang atau rahim. Jadi menurut bahasa Siaturrahim bermakna :
Hubungan kasih sayang atau hubungan antara keturunan dari rahim yang sama.

Silaturrahim terbagi dua :


ُ َ
1. ( ‫الع َّام َّة‬ َّ ‫ ) ِص َل ُة‬: Silaturrahim Am, iaitu hubungan baik dan kasih sayang antara
‫الر ِح ِم‬
sesama muslim tanpa mengira suku bangsa dan warna kulit, sebab orang yang beriman itu
ْ َ ُ
adalah bersaudara. Ini sesuai dengan firman Allah di dalam Al-Quran ( َّ‫ ) ِإ َّن َما امل ْؤ ِم ُنون ِإخ َوة‬:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara (Al-Hujurat : 10) ; Ditinjau
dari sudut lain, Silaturrahim Am ini juga dapat diartikan kerana semua kita berasal dari
rahim yang sama iaitu rahim wanita pertama nenek kita Hawwa ;
ُ َّ َ
2. ( ‫اص َّة‬ َّ ‫ ) ِص َل ُة‬: Silaturrahim Khas, iaitu hubungan baik dan kasih sayang antara
‫الر ِح ِم الخ‬
kaum kerabat kerana berasal dari rahim yamg sama, iaitu rahim nenek kita terdekat, seperti
hubungan seseorang dengan adik beradik kandung, saudara mara lainnya seperti pakcik,
makcik, sepupu dan lain-lain.

2. Kedua-dua jenis Silaturrahim diatas wajib dijaga dengan baik, terutama Silaturrahim
Khas, sebab Rasulullah SAW bersabda : Sedekah kepada orang miskin mendapat pahala
sedekah, tetapi sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala, iaitu : pahala sedekah
dan pahala silaturrahim. (HR Tarmidzi : Sahih menurut Al-Albaniy).

Para ulama membagi Silaturrahim Khas kepada tiga golongan, iaitu :

َ
1. Al-Qaathi’ ( ‫اط َُّع‬
ِ ‫ ) الق‬: Orang yang memutuskan Silaturrahim ; Golongan ini
َ َ َ ُ ُ َْ َ
tempatnya neraka berdasarkan sabda Nabi SAW : ( ‫ح ِ َّم‬
َّ ِ ‫الر‬ َّ ِ ‫الج ََّّن َّة َّق‬
ََّّ ‫اط َُّع‬ َّ ‫خ َّل‬
َّ ‫ ) َّل َّي َّد‬: Tidak akan masuk
syurga sesiapa yang memutuskan Silaturrahim. (HR Bukhari)

1
َُ
2. Al-Mukaafi’ ( ‫ ) املك ِاف َُّئ‬: Orang yang seimbang ; Golongan ini hanya akan berbaik-baik
selama kerabatnya berbuat baik kepadanya. Dia hanya akan menziarahi kerabatnya selama
mereka suka mengunjunginya, atau hanya sekedar balas kunjungan. Namun golongan ini
sudah termasuk baik jika dibandingkan Al-Qaati’ diatas ;

3. Al-Waasil ( ‫اص َُّل‬ َ


ِ ‫ )الو‬: Orang yang menghubungkan Silaturrahim ; Golongan inilah
yang paling baik. Mereka sentiasa berusaha menghubungkan Silaturrahim dengan kaum
kerabatnya, walaupun terhadap kaum kerabat yang ingin memutuskan hubungan
Silaturrahim dengannya.

3. Berdasarkan hadis Sahih diatas dapatlah diambil kesimpulan betapa besar fadhilat atau
kelebihan bersilaturrahim, iaitu : 1. Panjang Umur ; 2. Murah Rezeki. Setiap manusia yang
waras cara berfikirnya, pasti mengimpikan kedua-dua anugerah Allah tersebut. Malah kita
saling doa-mendoakan jika bertemu rakan, apalagi bila lama tidak bersua : Mudah-mudahan
kamu panjang umur dan murah rezeki ! Ini membuktikan bahwa dua nikmat tersebut
menjadi harapan setiap insan yang berfikiran waras. Hanya saja yang pasti, kedua-dua
kelebihan tersebut akan diperolehi hanya oleh golongan Al-Waasil. Hal ini diisyaratkan oleh
َْ
( ‫ ) َّفل َي ِص َّْل َّ َر ِح َم َُّه‬: Hendaklah dia menghubungkan Silaturrahim. Semoga golongan Al-Mukaafi’
juga layak mendapat fadhilat tersebut, namun derjat Al-Waasil tahapnya lebih tinggi dan
lebih mulia lagi.

Hal ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam hadis yang lain, sabdanya : Di dalam syurga
kelak ada golongan yang setarap dengan para Nabi, padahal mereka bukan dari kalangan
Nabi. Tahukah kamu wahai sahabat, siapakah golongan manusia itu ? Setelah para sahabat
tidak tahu jawapannya, lalu baginda SAW menjelaskan : Mereka adalah golongan yang suka
memberi, walaupun orang lain bakhil kepadanya, mereka adalah golongan yang suka
memaafkan, walaupun orang lain suka berbuat zalim terhadapnya, mereka adalah
golongan yang suka menghubungi silaturrahim, walaupun orang lain itu ingin memutuskan
silaturrahim dengannya. (Maksud Hadis)

4. Apakah yang dimaksudkan dengan murah rezeki ? – Selaku orang yang beriman kita
tidak pernah meragukan setiap ucapan Rasulullah SAW adalah benar belaka, sebab semua
ucapan Nabi SAW adalah wahyu, bukan berdasarkan hawa nafsu. Allah SWT telah berfirman
َّ
( ‫اله ََّوى َِّإ ْ َّن َُّه ََّو َِّإ َّل ََّو َّْحيَّ َُّي َّْو ََّحى‬ َّ ِ ‫ ) ََّو ََّما ََّي َّْن‬: Tidaklah baginda bercakap berdasarkan hawa nafsunya,
َّ ُ ‫ط‬
َّ ِ ‫ق ََّع‬
ََّ ‫ن‬
tetapi semua ucapan Baginda adalah wahyu belaka. (Al-Najmi : 3 – 4).

Mungkin juga hikmah atau rahasia disebaliknya – Wallahu A’lam – bahwa orang yang
suka bersilaturrahim biasanya orang yang baik relasinya, ramah orangnya dan bermanis
muka senantiasa bila bersua. Dan orang yang ramah dan baik konteknya dengan orang lain
biasanya, akan banyak pula peluangnya untuk mendapat sumber rezeki. Dan ini berbeza
dengan orang-orang pendiam, tidak ramah dan tidak saling kontek dengan dunia luar.
Sebab-sebab seumpama ini disebut dalam Ilmu Aqidah sebagai Sebab Thabi'iy (Sebab-sebab
yang semulajadi atau rasional). Sedangkan Silaturrahim sebagai sebab murah rezki disebut
sebagai Sebab Syar’iy (Sebab yang termaktub di dalam Al-Quran atau Al-Sunnah).

2
5. Apakah yang dimaksudkan dengan panjang umur ? Bukankah umur sudah ditetapkan
oleh Allah sejak azali ? Ulama Hadis menjawap : Ada dua makna panjang umur disini, iaitu :

1. Hidupnya diberkati Allah ; Maksudnya : Seseorang digolongkan panjang usianya


jika hidupnya senantiasa diberkati oleh Allah SWT seperti istiqamah (berpegang teguh)
dalam beragama dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, walaupun dia mati muda. Contoh :
Imam Syafii, umur pertamanya hanya 54 tahun (150H-204H) tetapi dalam umur keduanya
sudah melebihi 1200 tahun di alam barzakh (204H-1440H) – Lihat Nota : Umur Ada Dua !

2. Allah akan anugerah dia anak-anak yang soleh dan solehah. Maksudnya :
Seseorang tergolong panjang usia jika dianugerahkan anak-anak yang soleh dan solehah,
walaupun mereka mati muda, sebab Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya anaknya adalah
usahanya. (HR Ashab Al-Sunan) Hadis lain : Jika mati anak Adam, maka terputuslah
amalannya, kecuali tiga perkara : 1. Sadakah jariyah ; 2. Ilmu yang bermanfaat ; 3. Anak
soleh yang mendoakan (ibu bapanya). (HR Ibnu Majah)

6. Kalaulah demikian fadhilat Silaturrahim, maka dapatlah diambil kesimpulan betapa


besar dosa dan siksaan yang bakal diterima oleh sesiapa yang suka yang memutuskan
َ ُ َُْ
ْ ‫ألا ْش َي ُاء ب َأ‬
Silaturrahim. Kaedah Ushul menyebut ( ‫ض َد ِاد َها‬ ِ ‫ ) تعرف‬: Sesuatu dapat diketahui melalui
lawannya. Contoh lain dalam hal ini seperti : Bahaya syirik dapat diketahui memalui betapa
besarnya fadhilat Tauhid ; Bahaya durhaka kepada ibu bapa boleh diketahui melalui betapa
besar ganjaran orang yang berbuat ihsan kepada ibu bapanya ; Bahaya melarang orang
yang menyampaikan kebenaran dan memakmurkan masjid dapat diketahui melalui betapa
besar ganjaran orang yang suka memakmurkan masjid.

Demikianlah, betapa bahaya orang yang memutuskan silaturrahim dapat diketahui


dengan mengetahui betapa besarnya ganjaran yang bakal diterima oleh orang yang
menghubungkan silaturrahim. Semoga kita semua termasuk golongan ini. Ditinjau dari sudut
lain pula, kalaulah secara tersurat (mantuq) demikian fadhilat menghubungkan silaturrahim,
maka secara tersirat (mafhum) bahaya memutuskan silaturrahim pula ialah boleh membawa
kepada : 1. Sempit rezeki, dan 2. Pendek umur, sebagaimana pengertian diatas, yakni : 1.
Hidupnya tidak diberkati Allah, walaupun mungkin umurnya mencecah 100 tahun. 2. Allah
SWT akan mempersulitnya untuk mendapat dzuriyat keturunan yang soleh dan solehah.
Na’uudzu Billaahi Min Dzaalik.

7. Oleh itu, jika terjadi persengketaan antara adik beradik, atau dengan sepupu, pakcik,
makcik dan kaum kerabat lainnya atau sesama muslim lainnya, maka usahakanlah segera
agar jangan berpanjangan. Rasulullah SAW bersabda : Tidak halal seorang muslim tidak
berteguran dengan saudaranya melebihi tiga hari. Bila mereka bersua, yang satu melencong
kesana dan yang satu lagi melencong kesini. Orang yang paling baik antara mereka berdua
ialah siapa diantara mereka yang lebih dahulu memberi salam (menyapa) – (HR Bukhari dan
Muslim). Jangan segan-segan untuk menyapa dan memberi salam kepada muslim lain yang
ingin bermusuhan dengan kita. Berusahalah untuk sentiasa menjadi muslim yang paling baik
disisi Allah, walaupun dimata manusia biasa kita dilihat sebagai orang yang hina. Semoga
kita semua diberi Allah SWT taufiq-Nya sehingga dipermudahkan untuk melaksanakan
suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Amin Ya Rabbal ‘Aalamiin.
3
4

Anda mungkin juga menyukai