Anda di halaman 1dari 5

MAKSUD HUBUNGAN

SILATURRAHIM
29 SEPTEMBER 2019 ADMIN PMWP JUMLAH PAPARAN: 96131

Soalan

Assalamualaikum SS Mufti. Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan silaturrahim?

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga,
sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Allah SWT berfirman:

‫َو اَّتُقوا الَّلـَه اَّلِذي َت َس اَء ُلوَن ِبِه َو اَأْلْر َح اَم ۚ ِإَّن الَّلـَه َك اَن َع َلْي ُك ْم َر ِقيًبا‬

Maksudnya: Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat;
kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
Surah al-Nisa’ (1)

Ibn Kathir berkata: Maksudnya, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mentaati-Nya.
Kata Ibrahim, Mujahid dan al-Hasan: "‫ "اَّلِذي َت َس اَء ُلوَن ِبِه‬ertinya sebagaimana ucapan
seseorang: "Aku meminta kepadamu dengan (nama) Allah dan dengan (hubungan)
rahim."

Al-Dahhak berkata: "Bertakwalah kamu kepada Allah yang dengan-Nya kamu saling
mengikat janji dan persetujuan, serta takutlah kamu daripada memutuskan silaturrahim,
tetapi berusahalah untuk berbuat baik dan menyambungnya." Pentafsiran ini adalah
pendapat Ibn Abbas, Ikrimah, Mujahid, al-Hasan, al-Dahhak, al-Rabi' dan ramai ulama'
yang lain.

Sebahagian ulama membaca " ‫ " واألرحاِم‬dengan khafadh (kasrah) sebagai athaf
(sambungan) dari dhamir " ‫"ِبِه‬, maksudnya kamu saling meminta satu sama lain kepada
Allah dan hubungan silaturrahim, sepertimana yang dinyatakan oleh Mujahid dan
selainnya. (Lihat Tafsir al-Quran al-'Azim, 3/332)

Dalam ayat lain, Allah SWT berfirman:

‫َو اَّلِذيَن آَم ُنوا ِمن َب ْع ُد َو َه اَج ُروا َو َج اَه ُد وا َمَع ُك ْم َفُأوَلٰـ ِئَك ِمنُك ْم ۚ َو ُأوُلو اَأْلْر َح اِم َب ْع ُضُهْم َأْو َلٰى ِبَب ْع ٍض ِفي ِك َت اِب الَّلـِهۗ ِإَّن الَّلـَه ِبُك ِّل‬
‫َش ْي ٍء َع ِليٌم‬

Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah
dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam
pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak
atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Surah al-Anfal (75)

Ibn Kathir berkata: Bukanlah yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT: “ ‫”َو ُأوُلو اَأْلْر َح اِم‬
(orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat) dengan bersifat khusus sepertimana
yang dikemukakan oleh para ulama' ahli ilmu faraidh, iaitu kaum kerabat yang tidak
hanya mempunyai hak pewarisan secara fardhu dan juga asobah, tetapi semua pewaris
seperti ibu saudara dan bapa saudara dari sebelah ibu, ibu saudara dari sebelah ayah,
anak lelaki daripada anak perempuan (cucu), anak lelaki daripada saudara perempuan
(anak saudara) dan lain-lain sebagaimana yang diakui oleh sebahagian mereka dengan
menggunakan dalil ayat al-Quran, bahkan mereka meyakini hal itu dengan
jelas. Namun, yang benar adalah bahawa ayat tersebut bersifat umum yang
merangkumi seluruh kerabat seperti yang ditegaskan oleh Ibn Abbas, Mujahid,
Ikrimah, al-Hasan al-Basri, Qatadah dan ulama yang lain. (Lihat Tafsir al-Quran
al-‘Azim, 2/302)

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan bahawa Imam al-Qurtubi berkata: Al-Rahim yang
disambungkan adalah merangkumi secara umum dan khusus. Adapun yang umum
adalah rahim dalam agama, iaitu wajib menyambungkannya dengan mengasihi dan
menasihati, bersikap adil dan tidak menzaliminya, serta menunaikan hak-hak yang
wajib dan yang dituntut. Manakala al-Rahim yang khusus adalah menambahkan pada
nafkah kepada kerabat, serta mengambil cakna hal ehwal mereka serta memberi
kemaafan atas kegelinciran dan kesilapan mereka. (Lihat Fath al-Bari, 10/418)

Allah SWT juga berfirman:

‫َو اَّلِذيَن َيِص ُلوَن َم ا َأَمَر الَّلـُه ِبِه َأن ُيوَص َل َو َي ْخ َش ْو َن َر َّبُهْم َو َي َخ اُفوَن ُسوَء اْلِحَس اِب‬

Maksudnya: Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh


oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan
mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan
hitungan amal (pada hari kiamat); -

Surah al-Ra’d (21)

Syeikh al-Maraghi berkata: Mereka mengikat tali perhubungan silaturrahim


sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Lalu mereka bergaul dengan kaum
kerabat dengan perasaan penuh kecintaan dan kebaikan. Seterusnya mereka berbuat
kebaikan kepada golongan miskin dan golongan yang memerlukan pertolongan antara
mereka dengan memberikan kebaikan kepada mereka dan menjauhkan bahaya
daripada mereka mengikut kemampuan yang mereka ada. (Lihat Tafsir al-Maraghi,
7/3510)

Perkataan silaturrahim (‫ )صلة الرحم‬berasal daripada dua perkataan Arab iaitu “‫ ”صلة‬dan “
‫”الرحم‬. Al-Raghib al-Asfahani menyebut:

‫ لكونهم خارجين من رحم واحدة‬،‫ ومنه استعير الَّر ِح ُم للقرابة‬. )‫ َر ِح ُم المرأة (أي بيت منبت ولدها ووعاؤه‬:‫الَّر ِح ُم‬

“Al-Rahim yang dimaksudkan adalah rahim wanita iaitu tempat di mana janin
berkembang dan terlindung (dalam perut wanita). Dan istilah al-rahim digunakan untuk
menyebut kaum kerabat kerana mereka berasal dari satu rahim.” (Lihat al-Mufradat fi
Gharib al-Quran, hlm. 347)

Antara hadis yang menyebut berkenaan menyambung silaturrahim, sepertimana sabda


Rasulullah SAW:

‫ َف ْلَيِص ْل َر ِحَم ُه‬،‫ َو ُيْن َس َأ َلُه ِفي َأَث ِر ِه‬،‫َم ْن َأَح َّب َأْن ُيْب َس َط َلُه ِفي ِر ْز ِقِه‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya,


maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.”

Riwayat al-Bukhari (5986) dan Muslim (2557)


Imam Nawawi dalam menjelaskan hadis ini berkata: Yang dimaksudkan dengan ‘ ‫َأْن ُيْب َس َط‬
‫ ’َلُه ِفي ِر ْز ِقِه‬adalah diluaskan dan dijadikan banyak hartanya. Menurut pendapat yang lain,
maksudnya diberi keberkatan harta. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim,
16/114)

Manakala dalam hadis daripada Abu Ayyub al-Ansari R.A, Rasulullah SAW pernah
ditanya berkenaan amalan yang dapat memasukkan ke dalam syurga, lalu Baginda
SAW menjawab:

‫ َو َت ِص ُل الَّر ِح َم‬، ‫ َو ُتْؤ ِتى الَّز َك اَة‬، ‫ َو ُتِقيُم الَّص َالَة‬، ‫َت ْع ُبُد َهَّللا َال ُتْش ِر ُك ِبِه َش ْي ًئ ا‬

Maksudnya: “Sembahlah Allah dan jangan melakukan syirik pada-Nya, dirikanlah


solat, tunaikanlah zakat dan jalinlah tali silaturrahim.

Riwayat al-Bukhari (5983)

Imam Nawawi menyebut: “Adapun maksud silaturrahim, ia adalah berbuat baik kepada
kaum kerabat sesuai dengan keadaan orang yang hendak menghubungkan dan
keadaan orang yang hendak dihubungkan. Terkadang dalam bentuk kebaikan dengan
harta, terkadang dengan memberi bantuan tenaga, terkadang dengan mengunjunginya,
dengan memberi salam, dan sebagainya.” (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim Ibn
al-Hajjaj, 1/287)

Al-Hafiz Ibnu Hajar menyebut: Al-Rahim (‫ )الرحم‬secara umum adalah dimaksudkan


kepada kaum kerabat dekat. Antara mereka terdapat garis keturunan (nasab), sama
ada berhak mewarisi atau tidak, dan sebagai mahram atau tidak. Menurut pendapat
lain, mereka adalah daripada mahram (kerabat dekat yang haram dinikahi) sahaja.
Pendapat pertama lebih kuat kerana menurut batasan kedua, anak-anak saudara dan
anak-anak ibu saudara bukan kerabat yang dekat kerana tidak termasuk yang haram
dinikahi, sedangkan ia tidaklah sedemikian. (Lihat Fath al-Bari, 10/414)

Syeikh Mulla Ali al-Qari menyebut bahawa silaturrahim adalah ungkapan berkenaan
berbuat baik kepada kaum kerabat yang dekat – sama ada mengikut garis keturunan
atau melalui perkahwinan – berlemah lembut dan mengasihi mereka serta mengambil
cakna akan hal keadaan mereka. (Lihat Mirqat al-Mafatih, 8/645)

Ibn al-Athir pula menyebut: “Banyak hadith yang menyebutkan berkenaan silaturahim.
Ia merupakan kinayah (yang memberi maksud secara tidak langsung) untuk perbuatan
baik kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan nasab, atau kerabat kerana
hubungan pernikahan, dengan berlemah-lembut dan memberi kasih sayang kepada
mereka serta mengambil peduli akan hal keadaan mereka. Manakala memutuskan
silaturrahim adalah lawan daripada semua perkara itu.” (Lihat al-Nihayah fi Gharib al-
Hadith, 5/191-192)
Kesimpulan

Oleh itu berdasarkan nas dan penjelasan di atas, dapat difahami bahawa antara
maksud silaturrahim adalah menyambung hubungan antara kaum kerabat sama ada
melalui garis keturunan atau melalui perkahwinan dengan pelbagai cara seperti
mengunjungi mereka, memberi bantuan kepada mereka ketika memerlukan, mengambil
cakna akan hal keadaan mereka dan seumpamanya.

Kami menutup perbincangan ini dengan sebuah hadis Nabi SAW ketika Baginda
sampai ke kota Madinah dengan bersabda:

‫َّط‬ ‫َأْط‬ ‫َأ‬ ‫َأ‬


‫ َت دُخ ُلوا الَج َّنَة ِبَس الٍم‬،‫ وصلوا األرحام َو َص ُّلوا بالَّلْيل َو الَّن اُس ِنياٌم‬، ‫ َو ِعُموا ال َع اَم‬، ‫ُّيَه ا الَّن اُس ْف شوا الَّسالَم‬

Maksudnya: “Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah


silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur, nescaya
kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.”

Riwayat Ibnu Majah (3251)

Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam
melaksanakan setiap titah perintah-Nya termasuklah menyambung silaturrahim dengan
sebaiknya. Amin.

Anda mungkin juga menyukai