Anda di halaman 1dari 35

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/313900585

SEJARAH PENULISAN MUSHAF AL-QURAN NUSANTARA: Satu Kajian


Perbandingan Antara Mushaf Istiqlal Indonesia dengan Mushaf Tab’an Ain al-
Taqwa Malaysia

Conference Paper · May 2016

CITATIONS READS
0 12,328

3 authors:

Makmur Haji Harun Muhammad Bukhari


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Taif University
35 PUBLICATIONS   6 CITATIONS    32 PUBLICATIONS   6 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Abu Hassan bin Abdul


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
38 PUBLICATIONS   158 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Bugis di Nusantara View project

Manuscripts View project

All content following this page was uploaded by Makmur Haji Harun on 23 February 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


SEJARAH PENULISAN MUSHAF AL-QURAN NUSANTARA:
Satu Kajian Perbandingan Antara Mushaf Istiqlal Indonesia dengan
Mushaf Tab’an Ain al-Taqwa Malaysia

MAKMUR HAJI HARUN


MUHAMMAD BUKHARI LUBIS
ABU HASSAN BIN ABDUL

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN
MALAYSIA

2016

0
SEJARAH PENULISAN MUSHAF AL-QURAN NUSANTARA:
Satu Kajian Perbandingan Antara Mushaf Istiqlal Indonesia dengan Mushaf Tab’an
Ain al-Taqwa Malaysia
1
Makmur Haji Harun, 2Muhammad Bukhari Lubis dan 3Abu Hassan Bin Abdul
1,2,3
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
35900 Tanjong Malim, Perak - Darul Ridzuan, Malaysia.
E-mail: makmur@fbk.upsi.edu.my, Telefon: +6016 3656350.

ABSTRAK
Sejarah penulisan mushaf Nusantara merupakan salah satu titik permulaan
perkembangan seni hiasan mushaf yang sering menjadi corak utama dalam
al-Quran, implementasi tulisan dan corak semakin indah ketika menjadi hiasan
dalam al-Quran mushaf Istiqlal Indonesia dan mushaf Tab’an Ain al-Taqwa
Malaysia. Kewujudan hiasan dan tulisan menjadi pelengkap yang terang, jelas,
indah, unik dan memikat di kedua mushaf Nusantara tersebut. Pengungkapan
sejarah penghasilan mushaf ini menjadi asas penting dalam al-Quran mushaf
standar di Indonesia dan Malaysia untuk dibaca oleh umat Islam di Nusantara.
Peranan tulisan dan hiasan mushaf ini di Indonesia dan Malaysia terus berkembang
dan bahkan terus diperhalusi dengan menggunakan kaedah tertentu. Selain ianya
juga menjadi isyarat keagungan pelbagai hasil karya seni lainnya. Sementara kedua
mushaf tersebut telah menjadi kebanggaan tersendiri umat Islam di Nusantara sekali
gus gambaran artistik dari tanda ketelitian hasil sentuhan tangan-tangan
kaligrafernya melalui pelbagai bahan, medium dan coraknya. Metodologi kajian ini
menggunakan kajian perbandingan melalui pendalaman sejarah mushaf Indonesia
dan mushaf Malaysia. Objektif kajian ini ingin mengangkat sejarah penghasilan
mushaf Nusantara yang sering menjadi simbol asas estetik berwibawa dan berkualiti
di kalangan ummat Islam. Dapatan kajian diharapkan berdampak kepada wacana
ilmu untuk mengungkap khazanah sejarah dan warisan seni budaya Islam di
Nusantara sebagai tempat kajian dijalankan.
Kata kunci: Sejarah penulisan mushaf al-Quran Nusantara, Mushaf Istiqlal
Indonesia dan Mushaf Tab’an Ain Al-Taqwa Malaysia.

PENDAHULUAN
Sejarah penulisan al-Quran memainkan peranan penting dalam menceritakan semula kisah-kisah
lama perjalanan panjang proses penulisan kitab suci ini yang dimaksudkan agar memudahkan
pembacanya dalam mentilawah ayat demi ayatnya. Termasuk bagaimana seorang khattat yang
menulis mushaf al-Quran dalam memilih jenis khat yang akan digunakan agar jelas dan terang
bacaannya. Selain itu, keperluan kaum muslim akan mushaf al-Quran sangat tinggi, sehingga
penulisnya juga perlu cekap dan tepat ketika menentukan mushaf al-Quran tersebut.

Istilah "Mushaf"1 merupakan perkataan bahasa Arab yang secara harfiah bermaksud "kulit",
iaitu kulit buku, tetapi digunakan dalam konteks ini untuk merujuk kepada senaskah kitab al-Quran.

1
Mushaf al-Quran menurut sebahagian sejarawan di antaranya Ibnu Kasir, tujuh salinan al-Quran di zaman
Uthman bin Affan adalah satu disimpan di Madinah yang dikenal dengan Mushaf al-Imām, enam salinan
lainnya disebar ke beberapa daerah wilayah Islam pada masa itu, iaitu Mekah, Kufah, Basrah, Syam, Yaman
dan Bahraen.
1
Sejarah pengumpulan mushaf al-Quran telah melalui perjalanan zaman yang sangat panjang.
Bahkan keberadaan sesebuah mushaf al-Quran merupakan suhuf kitab yang mula diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW dan ia ditulis di dalam bentuk mushaf serta diriwayatkan kepada
umat Islam dengan tartil (Abd al-Karim Zaidan, 1996: 152). Al-Quran juga merupakan pedoman
untuk manusia di muka bumi ini bagi membuktikan kewujudan pencipta dan kerasulan nabi-Nya
yang mana ia dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas dan bagi sesiapa
membacanya merupakan ibadah.

Ayat-ayat yang diwahyukan Allah SWT mempunyai makna-makna tersendiri yang boleh
difahami secara jelas, tanpa sebarang kesamaran atau difahami secara tersirat, yang memerlukan
kepada penjelasan serta penerangan Nabi Muhammad SAW sendiri bagi menghuraikan ayat-ayat
tersebut melalui hadis baginda SAW. Dan al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad
SAW. Sesungguhnya kandungan di dalam ayat-ayatnya memberi sejuta makna kepada umat Islam
terutamanya kepada mereka yang betul-betul serius memikirkan rahsia yang terkandung di
dalamnya.

Sesebuah mushaf jika memiliki tulisan khat yang cantik dan menarik, memiliki hiasan
corak dan hiasan motif serta iluminasi yang pelbagai dan beragam sangat membantu ketertarikan
pembaca untuk lebih banyak membaca mushaf al-Quran tersebut. Penggunaan seni dalam mushaf
Indonesia dan Malaysia bukan sahaja dijadikan hanya sebagai hiasan akan tetapi juga digunakan
sebagai simpanan berupa aplikasi ke pelbagai manuskrip, logam, matawang, artifak dan
benda-benda artifak lainnya di Nusantara khususnya dan Dunia Islam umumnya selain menjadi
khazanah yang dimuliakan oleh umat Islam di dunia dan akhirat.

Ada dua mushaf al-Quran di Nusantara yang sangat popular ditulis dengan teliti dan
sempurna keindahannya menjadi kebanggaan umat Islam di Malaysia dan Indonesia iaitu Mushaf
Istiqlal Jakarta di Indonesia dan Mushaf Tab’an Ain Taqwa di Malaysia. Kedua-dua mushaf ini
menggunakan khat naskhi dengan hiasan ciri khas tersendiri. Penulisan Mushaf Istiqlal idea
penulisan awalnya diasaskan oleh Bayt al-Quran di Taman Mini Indonesia Indah (TMII) Jakarta
sementara Mushaf Malaysia pula dihasilkan penulisannya melalui Yayasan Restu di Shah Alam
Selangor. Sejarah mencatat bahawa kedua-dua mushaf ini menjadi simpanan agung khazanah umat
Islam di Nusantara.

Kewujudan kedua-dua mushaf Indonesia dan Malaysia ini keberadaannya berkembang


dengan tidak sekadar berfungsi sebagai media tulisan kitab suci, tidak hanya sebagai pedoman para
seniman mahupun khattat semata-mata, bahkan ianya juga boleh menjadi rujukan bagi para
ilmuwan, sasterawan, budayawan, seniman dan bahkan jurutera, sebab ia juga dapat menjadi
pengungkap bidang seni dan hiasan lainnya yang sangat mendalam sama ada menerusi tulisan,
tanda bacaan, motif, corak, jenis, hiasan luaran mahupun hiasan dalamannya.

Oleh sebab itu, melalui kajian kedua-dua mushaf ini pengkaji ingin mengangkat beberapa
bahagian untuk dibincangkan sebagai pangkal terpenting yang dapat melengkapkan keindahan
pelbagai seni penulisan mushaf al-Quran umumnya dalam al-Quran mushaf Uthmani dan
khususnya mushaf Indonesia dan Malaysia. Kewujudan sejarah penulisan mushaf inilah yang
dilihat dan dikaji agar dapat menempatkan perbincangan ini menjadikan semakin menarik dari
penulis-penulis sebelumnya sehingga ke kajan ini. Untuk lebih jelasnya huraian ini dapat dilihat
dalam kisi-kisi kandungan perbahasan seperti berikut ini.

2
SEJARAH AWAL PENULISAN MUSHAF AL-QURAN

Sejarah penyusunan mushaf al-Quran dalam Islam mempunyai catatan tersendiri yang
sangat memainkan peranan penting untuk menguraikan semula kisah-kisah proses panjang
penulisan kitab teragung umat Islam ini. Perjalanan penulisan mushaf al-Quran tersebut secara
terperinci dapat disemak melalui peringkat-peringkat seperti berikut:

Pengumpulan dan Penulisan al-Quran pada Masa Rasulullah SAW

Rasullullah telah mengangkat para penulis wahyu al-Quran dari sahabat-sahabat terkemuka, seperti
Ali, Muawiyah, ‘Ubai bin K’ab dan Zaid bin Sabit, apabila ayat turun baginda memerintahkan
mereka menulisnya dan menunjukkan tempat ayat tersebut dalam surah, sehingga penulisan pada
lembar itu membantu penghafalan di dalam hati. Di samping itu sebahagian sahabatpun menuliskan
al-Quran yang turun itu atas kemahuan mereka sendiri, tanpa diperintah oleh Nabi; mereka
menuliskannya pada pelepah kurma, lempengan batu, daun lontar, kulit atau daun kayu, pelana,
potongan tulang berulang binatang. Seperti yang pernah dikatakan oleh Zaid bin Sabit, bahawa
“Kami menyusun al-Quran di hadapan Rasulullah pada kulit binatang.”
Ketika Malaikat Jibril membacakan al-Quran kepada Rasulullah pada malam-malam bulan
Ramadhan setiap tahunnya. Abdullah bin Abbas berkata, “Rasulullah adalah orang paling pemurah,
dan puncak kemurahan pada bulan Ramadhan, ketika ia ditemui oleh Jibril. Baginda ditemui oleh
Jibril setiap malam; Jibril membacakan al-Quran kepadanya, dan ketika Rasulullah ditemui oleh
Jibril itu Baginda sangat pemurah sekali. Para sahabat senantiasa menyerahkan al-Quran kepada
Rasulullah sama ada dalam bentuk hafalan mahupun dalam bentuk tulisan.”
Sementara tulisan-tulisan al-Quran pada masa Rasulullah tidak terkumpul dalam satu
mushaf, melainkan ada pada seseorang yang belum tentu dimiliki orang lain. Para ulama telah
menyampaikan bahawa segolongan dari mereka di antaranya Ali bin Abi Thalib, Muaz bin Jabal,
Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Sabit dan Abdullah bin Mas’ud telah menghafalkan seluruh isi al-Quran
di masa Rasulullah SAW. Dan mereka menyebutkan pula bahawa Zaid bin Sabit adalah orang yang
terakhir kali membacakan al-Quran di hadapan Nabi.
Setelah Rasulullah wafat di mana al-Quran telah dihafal dan tertulis dalam bentuk mushaf
dengan susunan sudah tepat seperti ayat-ayat dan surah-surah dipisah-pisahkan, atau diterbitkan
ayat-ayatnya sahaja dan setiap surah berada dalam satu lembar secara terpisah-pisah dalam tujuh
huruf. Tetapi al-Quran belum dikumpulkan dalam satu mushaf yang menyeluruh (lengkap). Apabila
wahyu turun, segeralah dihafal oleh para qurra’ dan ditulis oleh para penulis, tetapi pada masa itu
belum diperlukan pembukuannya dalam bentuk satu mushaf, sebab Rasulullah masih selalu
menanti turunnya wahyu seterusnya dari masa ke masa.
Disamping itu terkadang pula terdapat ayat yang menasikh (menghapuskan) sesuatu yang
turun sebelumnya. Susunan atau tertib penulisan al-Quran itu tidak menurut tertib nuzulnya, tetapi
setiap ayat yang turun perlu dituliskan di tempat penulisannya sesuai dengan petunjuk Rasulullah
yang menjelaskan bahawa ayat anu harus diletakkan dalam surah anu. Andaikata (pada masa Nabi)
al-Quran itu seluruhnya dikumpulkan di antara dua sampul dalam satu mushaf, hal yang demikian
tentu akan membawa perubahan apabila wahyu turun lagi. Az-Zarkasyi berkata, “al-Quran tidak
dituliskan dalam satu mushaf pada zaman Nabi agar ia tidak berubah pada setiap waktu. Oleh sebab
itu, penulisannya dilakukan kemudian sesudah al-Quran turun secara keseluruhannya, iaitu setelah
kewafatan Rasulullah SAW.”

3
Oleh itu, wujudnya pengumpulan al-Quran di masa Rasulullah masih dinamakan era
penghafalan dan masa pembukuan yang pertama. Maka dengan pengertian inilah ditafsirkan apa
yang diriwayatkan daripada Zaid bin Sabit yang mengatakan bahawa “Rasulullah telah wafat
sedangkan al-Quran belum dikumpulkan sama sekali.” Maksudnya ayat-ayat dalam surah-surahnya
belum dikumpulkan secara tertib dalam satu mushaf. Dalam hal ini Al-Katabi berkata:
“Rasulullah tidak mengumpulkan al-Quran dalam satu mushaf itu kerana ia
senantiasa menunggu ayat nasikh terhadap sebahagian hukum-hakam atau
bacaannya. Sesudah berakhir masa turunnya dengan wafatnya Rasulullah, maka
Allah mengilhamkan penulisan mushaf secara lengkap kepada para Khulafa
al-Rasyidin sesuai dengan janjinya yang benar kepada umat ini tentang jaminan
pemeliharaannya. Dan hal ini terjadi pertama kalinya pada masa Abu Bakar atas
pertimbangan usulan Umar.”

Pengumpulan al-Quran pada Zaman Saidina Abu Bakar al-Shiddiq dan Umar bin Khatab

Abu Bakar dilantik menjalankan kehalifahan Islam sesudah kewafatan Rasulullah SAW. Beliau
dihadapkan kepada peristiwa-peristiwa besar berkenaan dengan kemurtadan sebahagian orang
Arab. Kerana itu ia segera menyiapkan pasukan dan mengirimkannya untuk memerangi
orang-orang yang telah murtad tersebut. Peperangan Yamamah yang terjadi pada tahun 12 H
melibatkan sejumlah besar sahabat yang hafal al-Quran telah meninggal dunia dalam peperangan.
Dalam peperangan ini diperkirakan tujuh puluh qari dari para sahabat telah gugur. Umar bin Khatab
merasa sangat khuatir melihat kenyataan ini, lalu ia menghadap Abu Bakar dan mengajukan satu
usulan kepadanya agar mengumpulkan dan membukukan al-Quran kerana dikhuatirkan akan
musnah, sebab peperangan Yamamah telah banyak membunuh para qari’ dan huffaz dari kalangan
sahabat.
Tetapi Abu Bakar menolak usulan tersebut dan berkeberatan melakukan apa yang tidak
pernah dilakukan oleh Rasulullah. Kemudian Umar tetap membujuknya, sehingga Allah
membukakan hati Abu Bakar untuk menerima usulan Umar tersebut, kemudian Abu Bakar
nemerintahkan Zaid bin Sabit, mengingat kedudukannya dalam qiraat, penulisan pemahaman dan
kecerdikannya, serta kehadirannya pada pembacaan yang terakhir kali. Abu Bakar lalu
menceritakan kepadanya kekhuatiran dan usulan Umar. Pada mulanya Zaid juga menolak seperti
halnya Abu Bakar sebelum itu. Kedua-duanya lalu bertukar pendapat, sampai akhirnya Zaid dapat
menerima dengan lapang dada perintah penulisan al-Quran tersebut. Kemudian Zaid bin Sabit
melakukan tugasnya yang berat ini dengan bersandarkan kepada hafalan yang ada dalam hati para
qura dan catatan yang ada daripada para penulis.

Atas usaha tersebut kemudian lembaran-lembaran (kumpulan) suhuf tersebut lalu disimpan
di tangan Abu Bakar. Setelah beiau meninggal dunia pada tahun 13 H, lembaran-lembaran tersebut
berpindah ke tangan Umar bin Khatab dan tetap berada di tangannya sehingga ia pula meninggal
dunia. Kemudian mushaf itu berpindah ke tangan Hafsah puteri Umar. Pada permulaan kekalifahan
Uthman bin Affan, beliau memintanya daripada tangan Hafsah. Lalu pengumpulan ini diteruskan
dan ini dinamakan pengumpulan di era kedua.

Pengumpulan al-Quran pada Masa Saidina Uthman bin Affan


Selama pemerintahan `Uthman yang dipilih oleh kaum Muslimin ketika itu melalui bai'ah yang
amat terkenal sebagai khalifah ketiga, umat Islam sibuk melibatkan diri di medan jihad yang
membawa Islam ke utara sampai ke Azerbaijan dan Armenia. Berangkat dari suku kabilah dan
provinsi yang beragam, sejak awal para pasukan tempur memiliki dialeg yang berlainan dan Nabi
4
Muhammad SAW di luar kemestian, telah mengajar mereka membaca al-Quran dalam dialeg
masing-masing, kerana dirasa susah untuk meninggalkan dialeknya yang sentiasa ada.
Hal ini terjadi setelah penyebaran Islam bertambah luas dan para qura pun tersebar merata
di pelbagai wilayah, dan penduduk disetiap wilayah itu mempelajari qiraat (bacaan) daripada qari
yang dikirim kepada mereka. Cara-cara pembacaan (qiraat) al-Quran yang mereka bawakan
berbeza-beza sejalan dengan perbezaan ‘huruf’ yang dengannya al-Quran diturunkan. Apabila
mereka berkumpul di suatu pertemuan atau di suatu medan peperangan, sebahagian mereka merasa
hairan dengan adanya perbezaan qiraat tersebut. Terkadang sebahagian mereka merasa berpuas hati
kerana mengetahui bahwa perbezaan-perbezaan itu semuanya disandarkan kepada Rasulullah.
Tetapi keadaan demikian bukanlah bererti tidak akan menyusupkan keraguan kepada generasi
baharu meeka yang tidak melihat Rasulullah sehingga terjadi pembicaraan bacaan mana yang asal
dan mana yang lebih baik. Malahan hal ini telah menimbulkan saling bertentangan apabila terus
tersiar dan menyebar ke mana-mana. Bahkan akan menimbulkan permusuhan dan perbuatan dosa,
timbulnya fitnah yang tidak diinginkan dan hal ini harus segera diselesaikan.
Kemudian ketika terjadi perang Armenia dan Azarbaijan dengan penduduk Iraq, di antara
orang yang ikut menyerbu kedua tempat itu ialah Huzaifah bin al-Yaman. Belau banyak melihat
perbezaan dalam cara-cara membaca al-Quran. Sebahagian bacaan itu bercampur dengan kesalahan,
tetapi masing-masing masih mempertahankan dan berpegang pada bacaannya, serta menentang
setiap orang dengan menyalahi bacaan yang lain bahkan mereka saling mengkafirkan. Melihat
kenyataan demikian Huzaifah segara menghadap Uthman dan melaporkan kepadanya apa yang
telah dilihatnya. Uthman juga memberitahukan kepada Huzaifah bahawa sebahagian perbezaan itu
pun akan terjadi pada orang-orang yang mengajarkan qiraat kepada kanak-kanak. Anak-anak itu
akan tumbuh dan membesar, sedangkan di antara mereka terdapat perbezaan dalam qiraat. Para
sahabat amat memperihatinkan kenyataan ini kerana takut kalau-kalau perbezaan tersebut akan
menimbulkan penyimpangan dan perubahan yang sangat mendasar.
Oleh sebab itu, mereka lalu bersepakat untuk menyalin lembaran-lembaran dari pertama
yang ada pada Abu Bakar dan menyatukan umat Islam qiraat mereka pada lembaran-lembaran
tersebut dengan bacaan tetap pada satu huruf yang sama. Uthman kemudian mengirimkan utusan
kepada Hafsah (untuk meminjamkan mushaf Abu Bakar yang ada padanya) dan Hafsah pun
mengirimkan lembaran-lembaran itu kepadanya. Kemudian Uthman memanggil Zaid bin Sabit
al-Ansari, Abdullah bin Zubair, Said bin ‘As, dan Abdurrahman bin Haris bin Hisyam. Ketiga-tiga
orang terkahir ini adalah orang Quraisy, lalu memerintahkan mereka agar menyalin semula dan
memperbanyak mushaf, serta memerintahkan pula agar apa yang diperselisihkan Zaid dengan
ketiga orang quraisy itu ditulis dalam bahasa Quraisy kerana al-Quran turun dengan logat mereka.
Kemudian dari Anas, bahawa Huzaifah bin al-Yaman datang kepada Uthman, ia pernah
ikut berperang melawan penduduk Syam bahagian Armenia dan Azarbaijan bersama dengan
penduduk Iraq. Terdapat dua riwayat tentang bagaimana 'Uthman melakukan tugas ini. Syam di
antaranya (yang lebih masyhur) beliau membuat naskah mushaf semata-mata berdasarkan kepada
Suhuf yang disimpan di bawah penjagaan Hafsa istri Nabi Muhammad SAW. Riwayat kedua yang
tidak begitu terkenal menyatakan, 'Uthman terlebih dahulu memberi wewenang pengumpulan
Mushaf dengan menggunakan sumber mana-mana, sebelum membandingkannya dengan Suhuf
yang sudah ada. Kedua-dua riwayat ini sefaham bahawa Suhuf yang ada pada Hafsa memainkan
peranan penting dalam penyusunan Mushaf 'Uthmani. Berdasarkan pada riwayat pertama `Uthman
memutuskan berupaya dengan sungguh-sungguh untuk melacak Suhuf dari Hafsa, mempercepat
menyusun penulisan, dan memperbanyak naskah. al-Bara' meriwayatkan:

5
Kemudian 'Uthman mengirim surat kepada Hafsa yang menyatakan. "Kirimkanlah
Suhuf kepada kami agar kami dapat membuat naskah yang sempurna dan kemudian
Suhuf akan kami kembalikan kepada anda." Hafsa lalu mengirimkannya kepada
'Uthman yang memerintahkan Zaid bin Thabit, `Abdullah bin az-Zubair, Sa'id bin
al-'As, dan 'Abdur Rahman bin al-Harith bin Hisham agar memperbanyak salinan
(duplicate) naskah. Beliau memberitahukan kepada tiga orang Quraisyi, "Kalau
kalian tidak setuju dengan Zaid bin Thabit perihal apa sahaja mengenai al-Quran,
tulislah dalam dialek Quraisyi sebagaimana al-Quran telah diturunkan dalam logat
mereka." Kemudian mereka berbuat demikian, dan ketika mereka selesai membuat
beberapa salinan naskah `Uthman mengembalikan Suhuf itu kepada Hafsa (Ibn
Hajar, Hadith no. 4987: 19-20).

Lalu mereka pun menyalinnya menjadi beberapa mushaf. Uthman berkata kepada ketiga
orang Quraisy itu, “Bila kamu berselisih pendapat dengan Zaid bin Sabit tentang sesuatu dari
al-Quran, maka tulislah dengan logat Quraisy kerana ia diturunkan dengan menggunakan bahasa
Quraisy.” Kemudian mereka melakukan perintah tersebut setelah mereka selesai menyalinnya
menjadi beberapa mushaf, Uthman mengembalikan lembaran-lembaran asli itu kepada Hafsah.
Kemudian Uthman mengirimkan ke setiap wilayah mushaf baharu tersebut dan memerintahkan
agar semua al-Quran atau mushaf lainnya dibakar. Selanjutnya Zaid bin Sabit berkata;
“Ketika kami menyalin mushaf, saya teringat akan satu ayat daripada surah al-Ahzab
yang pernah aku dengar dibacakan oleh Rasulullah; maka kami mencarinya, dan aku
dapatkan pada Khuzaimah bin Sabit al-Ansari, ayat itu ialah: Di antara orang-orang
mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada
Allah’ (al-Ahzab: 23), lalu kami tempatkan ayat ini pada surah tersebut dalam
mushaf.”
Pelbagai athar atau keterangan para sahabat menunjukkan bahawa perbezaan cara membaca
itu tidak sahaja mengejutkan Huzaifah, tetapi juga mengejutkan para sahabat yang lainnya.
Dikatakan oleh Ibn Jarir: ‘Ya’kub bin Ibrahim berkata kepadaku: Ibn ‘Ulyah menceritakan
kepadaku: Ayyub mengatakan kepadaku: bahwa Abu Qalabah berkata: Pada masa kekhalifahan
Uthman telah terjadi seorang guru qiraat mengajarkan qiraat seseorang, dan guru qiraat lain
mengajarkan qiraat kepada orang lain. Dua kelompok anak-anak yang belajar qiraat itu suatu ketika
bertemu dan mereka berselisih yang hal demikian ini menjalar juga kepada guru-guru tersebut.’
Kata A yyub: aku tidak mengetahui kecuali ia berkata: ‘sehingga mereka saling mengkafirkan satu
sama lain kerana perbezaan qiraat itu,’ dan hal itu akhirnya sampai kepada khalifah Uthman.
Lalu ia berpidato: ‘Kalian yang ada di hadapanku telah berselisih faham dan salah dalam
membaca al-Quran. Penduduk yang jauh dari kami tentu lebih besar lagi perselisihan dan
kesalahannya. Bersatulah wahai sahabat-sahabat Muhammad, tulislah untuk semua orang satu
imam (mushaf al-Quran pedoman) sahaja!’. Kemudian Abu Qalabah berkata: Anas bin Malik
bercerita kepadaku, katanya: ‘aku adalah salah seorang di antara mereka yang disuruh menuliskan,’
kata Abu Qalanbah: Terkadang mereka berselisih tentang satu ayat, maka mereka menanyakan
kepada seseorang yang telah menerimanya dari Rasulullah. Akan tetapi orang tadi mungkin tengah
berada di luar kota, sehingga mereka hanya menuliskan apa yang sebelum dan yang sesudah serta
membiarkan tempat letaknya, sampai orang itu datang atau dipanggil.
Ketika penulisan mushaf telah selesai, Kahalifah Uthman menulis surat kepada semua
penduduk daerah yang sisinya: ‘Aku telah melakukan yang demikian dan demikian. Aku telah
menghapuskan apa yang ada padaku, maka hapuskanlah apa yang ada padamu.’ Lalu Ibn Asytah
meriwayatkan melalui Ayyub dari Abu Qalabah, keterangan yang sama. Dan Ibn Hajar
6
menyebutkan dalam al-Fath bahawa Ibn Abu Daud telah meriwayatkannya pula melalui Abu
Qalabah dalam al-Masahif. Suwaid bin Gaflah berkata: ‘Ali mengatakan:

“Katakanlah segala yang baik tentang Uthman. Demi Allah apa yang telah
dilakukannya mengenai mushaf-mushaf al-Quran sudah atas persetujuan kami.
Uthman berkata: ‘Bagaimana pendapatmu tentang qiraat ini? Saya mendapat berita
bahawa sebahagian mereka mengatakan bahawa qiraatnya lebih baik daripada
qiraat orang lain. Ini telah mendekati kekafiran. Kami berkata: ‘Bagaimana
penadapatmu? Ia menjawab: ‘Aku berpendapat agar manusia bersatu pada satu
mushaf, sehingga tidak terjadi lagi perselisihan, kami berkata: Baik sekali
pendapatmu itu.”

Keterangan ini menunjukkan bahawa apa yang dilakukan Uthman itu telah disepakati oleh
para sahabat. Mushaf-mushaf itu ditulis dengan satu huruf (dialek) dari tujuh huruf al-Quran seperti
yang diturunkan agar orang bersatu dalam satu qiraat. Dan Uthman telah mengembalikan
lembaran-lembaran yang asli kepada Hafsah, lalu dikirimkannya pula kepada setiap wilayah iaitu
masing-masing satu mushaf. Dan disimpannya satu mushaf untuk di Madinah, iaitu mushafnya
sendiri yang dikenal dengan nama “Mushaf al-Imam”. 2 Penamaan mushaf itu sesuai dengan apa
yang terdapat dalam riwayat-riwayat di mana ia mengatakan: “Bersatulah wahai umat-umat
Muhammad, dan tulislah untuk semua orang satu imam (Mushaf al-Quran pedoman).”

Kemudian beliau memerintahkan untuk membakar mushaf yang selain itu. Umatpun
menerima perintah dengan patuh, sedangkan qiraat dengan enam huruf lainnya ditingalkan.
Keputusan ini tidak salah, sebab qiraat dengan tujuh huruf itu tidak wajib. Seandainya Rasulullah
mewajibkan qiraat dengan tujuh huruf itu semua, tentu setiap huruf harus disampaikan secara
mutawatir sehingga menjadi hujjah. Tetapi mereka tidak melakukannya. Hal ini menunjukkan
bahawa qiraat dengan tujuh huruf itu termasuk dalam katergori keringanan, dan bahawa yang wajib
ialah menyampaikan sebahagian dari ketujuh huruf tersebut secara mutawatir dan hal inilah yang
terjadi.

Ibn Jarir mengatakan berkenaan dengan apa yang telah dilakukan oleh Uthman: ‘Beliau
menyatukan umat Islam dengan satu mushaf dan satu huruf, sedang mushaf yang lain dimusnahkan.
Beliau memerintahkan dengan tegas agar setiap orang yang mempunyai mushaf “berlainan” dengan
mushaf yang disepakati itu perlu membakar mushaf tersebut, umatpun mendukungnya dengan taat
dan mereka melihat bahawa dengan bagitu Uthman telah bertindak sesuai dengan petunjuk dan
sangat bijaksana. Maka umat meninggalkan qiraat dengan enam huruf lainnya sesuai dengan
permintaan pemimpinnya yang adil itu; sebagai bukti ketaatan umat kepadanya dan kerana
pertimbangan demi kebaikan mereka dan generasi sesudahnya. Dengan demikian segala qiraat yang
lain sudah dimusnahkan dan bekas-bekasnya juga sudah tidak ada lagi. Sekarang sudah tidak ada
jalan bagi orang yang ingin membaca dengan ketujuh huruf itu dan kaum muslimin juga telah
menolak qiraat dengan huruf-huruf lainnya tanpa mengingkari kebenarannya atau sebahagian
daripadanya, tetapi hal itu sengaja dilakukan demi kebaikan kaum muslimin itu sendiri.

2
Mushaf al-Imam juga dikenali sebagai Rasm Uthmani iaitu tulisan yang digunakan dalam menyalin
al-Quran berdasarkan kaedah-kaedah tertentu. Kaedah tersebut iaitu al-hazf (penghapusan), al-ziyadah
(penambahan), al-hamzah (huruf hamzah), al-badal (penggantian), al-fasl dan al-wasl (pemisahan dan
penyambungan). Ada dua rasm yang selalu digunakan dalam penulisan al-Quran iaitu Rasm Uthmani dan
Rasm Imla’i (Qiyasi) (Ali Akbar, 2005).

7
Perbezaan Antara Pengumpulan Abu Bakar dengan Uthman

Dari huraian-huraian di atas jelaslah bahawa pengumpulan (mushaf oleh) Abu Bakar ada perbezaan
dengan pengumpulam yang dilakukan oleh Uthman dalam motif dan caranya. Motif Abu Bakar
adalah kekhuaatiran beliau akan hilangnya al-Quran kerana banyaknya para huffaz yang gugur
dalam peperangan yang banyak menelan korban dari para qari dan huffaz. Sedangkan motif
Uthman dalam mengumpulkan al-Quran ialah kerana banyaknya perbezaan dalam cara-cara qiraat
dalam membaca al-Quran yang disaksikannnya sendiri di daerah-daerah dan mereka saling
menyalahkan antara satu dengan yang lainnya.

Pengumpulan al-Quran yang dilakukan Abu Bakar ialah memindahkan satu tulisan atau
catatan al-Quran yang semula bertebaran di kulit-kulit binatang, tulang-berulang, dan pelepah
kurma, kemudian dikumpulkan dalam satu mushaf dengan ayat-ayat dan surah-surahnya yang
tersusun serta terbatas dalam satu mushaf, dengan ayat-ayat dan surah-surahnya serta terbatas
dengan bacaan yang tidak dimansukh dan tidak mencakup ketujuh huruf sebagaimana ketika
al-Quran itu diturunkan. Sedangkan pengumpulan yang dilakukan oleh Uthman adalah
menyalinnya menjadi satu huruf di antara ketujuh huruf tersebut untuk mempersatukan kaum
muslimin dalam satu mushaf dan satu huruf yang mereka baca tanpa keenam huruf lainnya. Ibnu
Tin dan yang lain mengatakan:

“Perbezaan antara pengumpulan Abu Bakar dan Uthman ialah bahawa


pengumpulan yang dilakukan Abu Bakar disebabkan oleh kekhuatiran akan
hilangnya sebahagian al-Quran kerana kematian para penghafalnya, sebab ketika
itu al-Quran belum terkumpul disatu tempat. Lalu Abu Bakar mengumpulkannya
dalam lembaran-lembaran dengan menertibkan ayat-ayat dan surahnya. Sesuatu
dengan petunjuk Rasulullah kepada mereka. Sedangkan pengumpulam Uthman
disebabkan ramainya perbezaan dalam hal qiraat, sehingga mereka membacanya
menurut logat mereka masing-masing dengan bebas dan ini menyebabkan timbulnya
sikap saling menyalahkan, kerana khuatir akan timbul bencana, Uthman segera
memerintahkan menyalin lembaran-lembaran itu dalam satu mushaf dengan
menertibkan surah-surahnya dan membatasinya hanya kepada bahasa Quraisy
sahaja dengan alasan bahawa al-Quran diturunkan dengan bahasa mereka
(Quraisy).”

Sekalipun pada mulanya memang diizinkan membacanya dengan bahasa selain Quraisy
guna menghindari kesukaran dalam membacanya. Dan menurutnya keperluan demikian ini sudah
berakhir kerana itulah ia membatasinya hanya kepada satu logat sahaja. Al-Haris al-Muhasibi
mengatakan, bahawa:

“Yang masyhur di kalangan orang banyak ialah bahawa pengumpul al-Quran itu
Uthman. Pada hal sebenarnya tidak demikian, Uthman hanyalah berusaha
menyatukan umat pada satu macam (wajah) qiraat, itupun atas dasar kesepakatan
antara dia dengan kaum Muhajirin dan Anshar yang hadir di hadapannya serta
setelah adanya kekhuatiran akan timbulnya kemelut kerana perbezaan yang terjadi
sebab penduduk Iraq dengan Syam dalam cara qiraat. Sebelum itu mushaf-mushaf
itu dibaca dengan pelbagai macam qiraat yang didasarkan kepada tujuh huruf
sesuai di al-Quran diturunkan. Sedangkan yang lebih dahulu mengumpulkan
al-Quran secara keseluruhan (lengkap) adalah Abu Bakar as-Sidiq.”

8
Dengan usahanya tersebut Uthman telah Berjaya menghindarkan timbulnya fitnah dan
dapat mengikis sumber perselisihan serta mampu menjaga isi kandungan al-Quran dari penambahan
dan penyimpangan sepanjang zaman (Majalah Era-Muslim). Keberadaan naskah Mushaf `Uthmani
yang terdahulu hanya terdapat huruf-huruf konsonan (karakter), tidak ada huruf vokal (baris) dan
titik dari salah satu Mushaf yang ditulis dalam skrip Hejazi.3 Naskah ini boleh dibaca salah dalam
pelbagai macam cara. 4 Di dalam melakukan pengumpulan yang kedua, tujuan pertama ‘Uthman
adalah ingin menutup semua celah-celah perbezaan dalam bacaan al-Quran; hanya dengan
mengirim Mushaf atau mengirimkannya sekalian dengan seorang pembaca akan memberikan
kebebasan juga untuk menggunakan satu cara bacaan, yang akhirnya bertentangan dengan
penyatuan yang dikehendaki oleh ‘Uthman di dalam masyarakat. Oleh kerana itu, adanya kesatuan
secara total yang ada pada teks al-Quran di seluruh dunia selama empat belas abad, di pelbagai
negara dengan warna-warni sekte yang ada, merupakan bukti kejayaan ‘Uthman yang tak mungkin
tersaingi oleh siapa pun dalam menyatukan umat Islam pada satu teks.

Ciri-ciri Mushaf Uthmani

Setelah Khalifah ‘Uthman bin Affan membuat segala pengumpulan dan pembukuan Mushaf
al-Quran, kemudian memberikan beberapa anjuran kepada semua umat Muslimin agar mengikuti
beberapa anjuran berikut ini:

 Mushaf Imam menjadi Mushaf pemersatu daripada pemicu perselisihan kembali. Anas bin
Malik menyatakan, bahawa:“Mengirimkan setiap pasukan tentara Muslim dengan satu
Mushaf, lalu ‘Uthman menginstruksikan mereka agar membakar semua naskah Mushaf
yang berbeda dengan Mushafnya (‘Uthmani).”

 Mushaf standar baru sebagai perintah khalifah `Uthman agar tidak membaca sesuatu yang
bertentangan dengan skrip Mushaf 'Uthmani. Malahan sejak saat itu setiap Muslim yang
belajar al-Quran harus sesuai dengan teks Mushaf 'Uthmani.

 Mushaf yang meyakinkan bahawa al-Quran adalah Kalamullah, dan sebagai sumber utama
hukum perundang-undangan serta petunjuk untuk semua makhluk, merupakan dasar
kepercayaan setiap Muslim.

 Mushaf Malik bin Abi 'Amir al-Asbahi mempunyai pemisah surah dan ayat, sedangkan
Mushaf ‘Uthmani tidak. Kekurangan ini mungkin dengan sengaja sebagai teknik bagi
Khalifah, mungkin untuk meyakinkan bahawa teks al-Quran boleh diberi lebih daripada
satu cara pemisahan ayat, atau sebagai masalah tambahan dalam menghadapi orang yang
mahu membaca dengan sendiri tanpa ada bimbingan seorang guru yang mengajarnya.

 Mengenai hukumnya bahawa ‘Uthmani adalah tauqifi (sudah ketentuan tetap Rasul-Nya)
yang wajib diikuti (dipakai) dalam penulisan al-Quran. Dan mereka (para Ulama) berlebih-
lebihan dalam mensucikannya (mengagungkannya), dan mereka menyandarkan bahawa hal
itu adalah tauqifi daripada Nabi SAW. Dengan dalil bahawa Rasulullah SAW bersabda

3
Beberapa Mushaf 'Uthmani yang resmi pertama kali ditulis dalam skrip Hejazi dalam jumlah yang banyak.
Banyak sekali sifat-sifat Mushaf 'Uthmani di seluruh dunia. Dan sangat tidak mungkin untuk
menkonfirmasikan atau menolak klaim Mushaf 'Uthmani, sedangkan salinan itu sendiri tidak menyatakan
apa-apa tentang hal ini, sifat-sifat seperti itu mungkin merefleksikan bahawa sebenarnya salinan itu disalin
dari salah satu Mushaf yang dikirim oleh 'Uthman.
4
Salah satu tuduhan adalah Mushaf 'Uthmani yang tidak ada titik menyebabkan timbulnya perbezaan-
perbezaan dalam bacaan al-Quran.
9
kepada Mu’awiyah ra salah seorang penulis wahyu:”Tuangkan tinta, goreskan pena,
tegakkan huruf Ya’, bedakkan huruf Siin, jangan miringkan huruf Miim, perbagus lafazh
Allah, panjangkan lafazh al-Rahman, dan perindah ar-Rahim, dan letakkan penamu di
telinga kirimu karena hal itu lebih mengingatkanmu.”
 Sedangkan kalangan Ulama yang berpendapat bahawa ‘Uthmani bukanlah tauqifi dari
Nabi SAW, namun ia hanyalah istilah yang disetujui oleh ‘Uthman, diterima oleh seluruh
ummat, wajib berpegang teguh dengannya dan menggunakannya serta tidak boleh
berselisih dengannya. Dengan dali daripada Imam Ahmad ra berkata, bahawa:”Haram
menyelishi rasm mushaf ‘Uthman dalam penulisan huruf Wawu, atau Ya’ atau Alif, atau
yang selainnya.” (Imam al-Suyuti dan al-Zarkasyi, 25).

 Sementara sekelompok Ulama yang lain berpendapat bahawa ‘Uthmani adalah istilah, tidak
mengapa (tidak dilarang) untuk menyelisihinya, jika manusia menyepakati suatu
rasm (metode) khusus untuk penulisan dan rasm itu sudah tersebar di kalangan mereka.

Ringkasnya bahawa penulisan mushaf dengan kaidah tertentu seperti kaedah Imla’iyah
yang dikenal di kalangan umat, supaya mudah dibaca oleh para pembaca sama ada dari kalangan
murid, pelajar dan para mahasiswa ataupun masyarakat ketika membaca al-Quran tidak merasakan
adanya perbezaan antara rasm al-Quran dengan rasm Imlaii yang mereka pelajari. Hal ini
disebabkan kebanyakan penulisan al-Quran sudah mengikut standar penulisan ‘Uthmani yang
dikenal dalam mushaf.
Oleh itu ‘Uthmani menjadi rasm istilahi yang umat ini saling mewarisinya secara turun
temurun semenjak zaman ‘Uthman. Dan menjaganya (memeliharanya) adalah jaminan kuat untuk
melindungi al-Quran dari pengubahan dan penggantian hurufnya. Jika dibolehkan penulisan mushaf
dengan rasm istilahi dan al-Imla’i pada setiap zamannya, maka hal tersebut akan mengakibatkan
pengubahan tulisan mushaf dari satu zaman ke zaman yang lain, bahkan kaedah Imal’i sendiri
berbeza-beza sudut pandangnya dalam satu zaman, dan juga adanya perberbezaan di sebahagian
kalimat dari satu negara dengan negara lain.
Imam al-Baihaqi ra berkata dalam Syu’abul Iman:”Barang siapa yang menulis mushaf,
maka hendaknya memperhatikan huruf Hijaiyah yang digunakan oleh mereka (para Shahabat)
untuk menulis mushaf, dan janganlah menyelisihi mereka, janganlah mengubah apapun yang
mereka tulis. Kerana sesungguhnya mereka lebih banyak ilmunya, lebih jujur lisan dan hatinya,
dan lebih amanah dibandingkan kita. Maka tidak sepatutnya kita menyangka diri kita lebih tahu
daripada mereka” (Syeikh Manna al-Qattan). Berikut contoh-contoh mushaf klasik dalam dunia
Islam:

Ilustrasi 1. (Kiri) Al-Quran abad ke-13 dari Granada, Spanyol, bahan perkamen, 60 jilid. Teks yang ditulis
dengan tulisan maghribi, sedangkan nama surah ditulis dengan khat kufi Barat (western kufic).
(Tengah) Mushaf Uthmani yang masih disimpan di sebuah Masjid Tashkent, Uzbekistan.
(Kanan) Hiasan halaman depan al-Quran pada abad ke-10, diperkirakan berasal dari Mesir.

10
SEJARAH PENULISAN MUSHAF AL-QURAN DI NUSANTARA

Bahagian ini ingin memberikan gambaran sejarah ringkas perkembangan proses penulisan dan
percetakan mushaf al-Quran di Nusantara terutama di Indonesia dan Malaysia. Selama lebih dari
160 tahun perkembangannya sehingga kini, banyak hal-hal menarik untuk dibincangakan dan
diperkatakan mengenai manuskrip dan mushaf Nusantara, sama ada aspek kesejarahan, teks, bahan,
mahupun visualnya. Perbincangan mengenai perkembangan penulisan dan pencetakan mushaf sejak
masa awal akan memperjelas tentang keberadaan mushaf di Nusantara dewasa ini. Hal ini terjadi
sebab sejak berabad lampau, ketika mushaf al-Quran masih disalin satu per satu secara manual,
para penyalin mushaf di Nusantara telah menulis dengan cara mereka sendiri-sendiri. Sementara itu
banyak mushaf telah ditemukan, tersebar merata dari Acheh sehingga Ternate, atau bahkan
mungkin Raja Ampat di Papua sehingga ke Pattani. Namun para penyalin mushaf tersebut
kebanyakan tidak mencantumkan namanya di dalam mushaf hasil karya mereka. Ada
kebarangkalian agar mereka tidak mengurangi rasa hormatnya kepada al-Quran, atau mungkin
dengan alasan lainnya. Dari kolofon yang ada, tidak terlalu banyak nama penyalin yang dapat
dicatatkan sehingga berakhirnya tradisi manuskrip pada akhir abad ke-19.

Menurut sejarahnya di Nusantara, mushaf al-Quran cetakan tertua berasal dari Palembang,
hasil cetak di atas batu (litografi) oleh Haji Muhammad Azhari bin Kemas Haji Abdullah, selesai
ditulis pada 21 Ramadhan 1264 (21 Ogos 1848). Sejauh yang diketahui sehingga kini, inilah
mushaf cetakan tertua di Asia Tenggara. Peninggalan yang diketahui sampai saat ini hanya ada
pada koleksi Abd Azim Amin, Palembang, Sumatera Selatan. Maka sejak pertengahan abad ke-19,
mengawali teknologi cetak mushaf di Nusantara, pada 1848 di mana Muhammad Azhari telah
menulis dan mencetak mushaf untuk pertama kalinya di kawasan ini. Berdasarkan bukti yang ada,
beliau juga menyalin mushaf lainnya, dan selesai dicetak pada tahun 1854. Pada masa cetakan awal
ini, ada beberapa penulis Nusantara juga berkarya di percetakan mushaf di Singapura. Di antara
penulisnya ialah Muhammad Hanafi bin Sulaiman al-Sumbawi dan (mungkin orang yang sama,
atau bersaudara) Haji Muhammad bin al-Marhum Sulaiman Sumbawi.
Berbeza dengan masa sebelumnya, pada awal sehingga menjelang pertengahan abad ke-20,
ketika teknologi cetak terus berkembang pesat untuk penulisan mushaf, nama penulis (atau
penyalin) mushaf di Nusantara sepertinya justeru tidak muncul. Dilihat dari mushaf yang beredar
pada periode ini, kebanyakan adalah mushaf reproduksi cetakan Bombay, India. Meskipun
demikian, masih memerlukan penelitian lebih lanjut untuk memastikan hal ini. Barangkali sahaja
ada beberapa individu yang menyalin mushaf sehingga tamat, namun kerana tidak sampai dicetak
dan beredar luas, namun nama mereka terkadang hilang dari catatan sejarah.
Sementara mushaf cetakan Azhari lainnya tetap terus meluas penggunaannya, dengan tahun
yang lebih muda, selesai dicetak pada hari Isnin, 14 Zulqaedah 1270 H (7 Ogos 1854) di Kampung
Pedatu’an, Palembang. Von de Wall, seorang kolektor naskah abad ke-19, pernah membuat catatan
lengkap mengenai mushaf ini atas permintaan Residen Belanda di Palembang yang dimuat dalam
TBG 1857. Berdasarkan catatan tersebut, mushaf cetakan tahun 1854 kemungkinan kini ada dalam
koleksi Perpustakaan Nasional RI Jakarta. Dengan adanya cetakan mushaf tahun 1854 itu, dapat
diketahui bahawa percetakan milik Azhari, lebih kurang sangat produktif dalam masa tujuh tahun
(1848-1854). Meskipun demikian, luasnya peredaran mushaf hasil cetakan Azhari ini tidak
diketahui dengan pasti, kerana lengkanya bukti yang ada dijumpai (Ali Akbar, 23 Februari 2013).
Kemudian pada tahun 1947 Salim Fachry (pensyarah Fakulti Adab IAIN Jakarta,
meninggal 1987) berasal dari Langkat, Sumatera Utara, telah menulis Mushaf Pusaka atas perintah
Presiden Soekarno. Karya monumentalnya ini sekarang menjadi koleksi Bayt al-Quran & Muzium
Istiqlal, TMII, Jakarta. Seorang lagi bernama Muhammad Darami Yunus (berasal dari Padang,
11
putera Mahmud Yunus) dan Muhammad Abdurrazaq Muhili. Nama yang pertama perlu ditelusuri
lebih lanjut, apakah sempat menyalin mushaf hingga tamat, namun nama kedua iaitu Muhammad
Abdurrazaq Muhili, adalah seorang penulis Mushaf Standar Indonesia (Ayat Sudut), selesai pada
1988/1408 H.
Dalam generasi yang sama muncul pula nama Muhammad Syadzali Sa’ad yang selesai
menyalin mushaf al-Quran pada tahun 1973-1975 dan disahkan pada tahun 1984 sebagai Mushaf
al-Quran standar Indonesia (Uthmani). Muhammad Syadzali juga menulis "Mushaf Indonesia" atas
pesanan Ibnu Sutowo, selesai pada tahun 1979. Pada masa berikutnya muncul satu lagi karya
mushaf yang ditulis oleh Rahmatullah al-Dimawi (berasal dari Demak) yang diterbitkan oleh
Penerbit al-Syifa’ Semarang, pada tahun 2000, berupa mushaf ayat sudut, namun menggunakan
rasm Uthmani. Model mushaf “rasm Uthmani ayat sudut” seperti itu juga ditulis oleh Safaruddin,
berasal dari Panunggalan (Pulokulon, Grobogan, Jawa Tengah) lalu diterbitkan oleh Penerbit
CV. Wicaksana, Semarang, tahun 2001.
Kemudian disusuli penulis-penulis mushaf Nusantara lainnya seperti Didin Sirojudin AR,
berasal dari Kuningan, Jawa Barat, seorang pensayarah Fakultas Adab dan Humaniora UIN Jakarta.
Pengasuh pondok pesantren khusus kaligrafi di Sukabumi Jawa Barat yang telah tiga kali menulis
mushaf al-Quran sehingga tamat 30 juz, iaitu sebuah mushaf atas pesanan peribadi H. Sawabi Ihsan
MA; teks ayat terjemahan al-Quran “Bacaan Mulia” HB Jassin; dan al-Quran Berwajah Puisi HB
Jassin yang diterbitkan oleh Intermasa, Jakarta. Selain itu, bersama seorang penulis dari
Yogyakarta, ia juga pernah menulis mushaf atas pesanan Kementerian Agama Republik Indonesia.
Sebelum ditulis oleh Didin Sirojudin AR, teks ayat terjemahan al-Quran “Bacaan Mulia” juga
pernah ditulis oleh Haji R. Ganda Mangundihardja (Bacaan Mulia, 23 Januari 1942). Berikut
contoh-contoh mushaf yang pelbagai di dunia Islam:

Ilustrasi 2. (Kiri) Mushaf cetakan Muhammad Azhari Palembang, Sumatera Selatan, pada tahun 1848.
(Tengah) Mushaf al-Quran Standar Indonesia hasil karya Muhammad Syadzali Sa'ad tahun 1984.
(Kanan) Cetakan al-Quran ukuran kecil dari cetakan Istanbul, Turki.

Mushaf Standar Nusantara

Perkembanangan penulisan mushaf Nusantara sebagai "Mushaf al-Quran Standar Nusantara"


banyak diperkatakan dalam pelbagai sejarah sebagai latar belakang historis yang menakjubkan.
Sebut sahaja mushaf seperti yang ditulis oleh Muhammad Syadzali Sa'ad pada tahun 1973-1975
(1394-1396 H). Mushaf ini menjadi satu mushaf al-Quran yang standar di Indonesia dengan
menggunakan rasm Uthmani baharu dan diresmikan penggunaannya pada tahun 1984 sebagaimana
tertuang dalam Keputusan Menteri Agama (KMA) nombor 25 tahun 1984 tentang Penetapan
Mushaf al-Quran standar. Karya khattatnya diterbitkan oleh Maktabah Sa'adiyah Putera, Jakarta,
pada tahun 1985. Mushaf ini berhuruf nipis dan ditulis ulang (istilah yang sering digunakan) dengan
huruf yang tebal oleh Ustaz Baiquni Yasin dan tiem pada tahun 1999-2001. Penulisan ulang mushaf
standar ini menggunakan huruf yang tebal kerana permintaan masyarakat yang menyukai huruf
tebal, seperti halnya huruf-huruf mushaf Bombay, India. Kaligrafer Muhammad Syadzali
mempunyai paling kurang dua karya mushaf 30 juz, iaitu "Mushaf al-Quran standar Indonesia"
edisi pertama dan "Mushaf Indonesia" atas permintaan Ibnu Sutowo selesai ditulis pada tahun 1979.
12
Sementara itu, berdasarkan bukti-bukti yang ada, pada akhir abad ke-19 mushaf yang
beredar secara luas adalah cetakan Singapura dan Bombay (disebut juga Mumbay, India). Bukti
luasnya peredaran penggunaan mushaf cetakan Singapura ditemukan di Palembang, Jakarta,
Surakarta, Bali, Palu, Maluku dan Johor. Sedangkan luasnya peredaran penggunaan mushaf cetakan
Bombay terdapat di Palembang, Demak, Madura, Lombok, Bima dan Filipina Selatan. Bombay,
kota di pantai barat India, sejak akhir abad ke-19 memang merupakan pusat percetakan buku-buku
keagamaan yang diedarkan secara luas ke kawasan Nusantara.

Dengan demikian tidak menghairankan jika tradisi penulisan mushaf di kawasan ini, pada
masa selanjutnya, dimulai dengan menghasilkan kembali mushaf cetakan India tersebut dengan
standar yang diterima pakai oleh masayarakat Islam di Nusantara. Seperti penerbit Sulaiman Mar’i
yang berpusat di Singapura dan Penang, selama bertahun-tahun sejak sekitar tahun 1930-an ketika
memulai usahanya, hanya menghasilkan cetakan mushaf Bombay. Hal itu terlihat dari ciri huruf-
hurufnya yang tebal. Sebenarnya ada beberapa gaya tulisan mushaf India yang digunakan untuk
menulis al-Quran, meskipun kesemuanya ada kemiripan namun mushaf yang paling banyak dicetak
adalah mushaf dengan gaya tulisan dan harakat tebal yang kemudian sering disebut sebagai
“al-Quran Bombay”.
Perkembangan ini terus bergulir sehingga ada beberapa jenis mushaf berhuruf tebal tersebut
digunapakai selama puluhan tahun oleh masyarakat Nusantara, terutama sehingga tahun 1970-an.
Sebahagian penerbit juga masih mencetak mushaf jenis ini sehingga sekarang di samping sudah
mencetak mushaf dengan jenis huruf yang lainnya, kerana semakin banyaknya pilihan jenis huruf
yang boleh digunakan para penerbit. Para penerbit biasanya menggunakan teks mushaf India itu
sebagai teks yang utama, sementara untuk teks tambahan di bahagian depan dan belakang mushaf
bervariasi, bergantung kepada pilihan penerbit. Teks tambahan menjadi keutamaan pembaca
al-Quran, makhārij al-Huruf, tajwid, doa khatam al-Quran, daftar surah dan juz dan lain-lain,
biasanya masih ditulis oleh para khattat dari Indonesia.
Jenis mushaf lain yang sebelumnya juga sempat beredar dan digunakan di kawasan
Nusantara adalah cetakan Turki dan Mesir meski dalam jumlah yang lebih sedikit, kerana
kebanyakan hanya dibawa oleh jamaah haji yang pulang dari tanah suci. Jenis mushaf ini pada
masa selanjutnya juga dicetak di Nusantara selama puluhan tahun. Turki memiliki tradisi kaligrafi
yang sangat indah, terkenal sejak awal abad ke-16. Tradisi kaligrafi itu tercermin nyata dalam
mushaf yang ditulis oleh para kaligrafer Kesultanan Turki Uthmani. Berbeza dengan mushaf
daripada India yang menggunakan rasm Uthmani, mushaf dari Turki selalu ditulis dengan rasm
Imla’i dan menggunakan model ‘ayat sudut’ (setiap halaman selesai di akhir ayat). Mushaf jenis ini
biasanya digunakan para hafiz untuk menghafal al-Quran, ini di keranakan lebih memudahkan
mereka dalam membahagian tahap-tahap hafalannya. Satu-satunya penerbit yang secara tekun
mencetak mushaf ini adalah Penerbit Menara Kudus, Jawa Tengah. Berikut contoh mushaf lain:

Ilustrasi 3. (Kiri) Mushaf cetakan Singapura, beredar di Nusantara pada akhir abad ke-19. (Tengah) Mushaf
cetakan Bombay berhuruf tebal, beredar di Nusantara sejak akhir abad ke-19. (Kanan) Mushaf
cetakan Turki yang biasa digunakan oleh para hafiz untuk menghafal al-Quran.

13
Pentashihan dan Lahirnya Mushaf Standar Nusantara

Untuk usaha pemuliharaan kemurnian, kesucian dan kemuliaan al-Quran, lembaga yang secara
resmi mempunyai tugas memeriksa kesahihan sesuatu mushaf, iaitu Lajnah Pentashih Mushaf
al-Quran Indonesia misalnya, sejak tahun 2007 bernama Lajnah Pentashihan Mushaf al-Quran di
mana secara kelembagaan lajnah ini dibentuk pada tarikh 1 Oktober 1959 berdasarkan Peraturan
Menteri Muda Agama No. 11 Tahun 1959. Keberadaan Lajnah ini adalah untuk melaksanakan
tugas pentashihan mushaf yang diperkuat lagi dengan Keputusan Menteri Agama No. 1 Tahun 1982
yang menyatakan bahawa tugas-tugas Lajnah, iaitu (1) meneliti dan menjaga kemurnian mushaf
al-Quran, rekaman, bacaan, terjemahan dan tafsir al-Quran secara preventif dan represif;
(2) mempelajari dan meneliti kebenaran mushaf al-Quran bagi orang biasa (awam) dan bagi
tunanetra (al-Quran Braille), rekaman bacaan al-Quran dalam keset, piringan hitam dan penemuan
elektronik lainnya yang beredar di Indonesia; dan (3) menyetop pengedaran mushaf yang belum
ditashih oleh Lajnah.
Sementara bagi memperlancar tugas pentashihan yang dilakukan oleh Lajnah, terbit Surat
Keputusan Menteri Agama Nomor 25 tahun 1984 tentang Penetapan Mushaf standar. Mushaf
standar merupakan dasar bagi para ahli Lajnah untuk menjalankan tugasnya masing-masing. Ada
tiga jenis Mushaf standar yang secara resmi menjadi panduan kerja bagi Lajnah yang dengan
demikian secara resmi dapat diterbitkan dan diedarkan di kesluruh kawasan Indonesia sehingga
menyebar ke seluruh wilayah Nusantara.

Pertama, Mushaf al-Quran Rasm Uthmani. Penetapan mushaf ini berdasarkan mushaf cetakan
Bombay, kerana model tanda baca dan hurufnya telah dikenal luas oleh umat Islam di Indonesia
sejak puluhan tahun sebelumnya, bahkan jika dihitung sejak awal peredarannya di Nusantara telah
mencapai satu abad lebih. Kedua, Mushaf al-Quran “Bahriyah” yang cenderung memiliki rasm
Ilma’i. Mushaf ini modelnya diambil daripada mushaf cetakan Turki yang khatnya sangat indah dan
menepati kaedah seni khat nashi yang standar. Jenis mushaf ini juga telah digunakan secara meluas
oleh umat Islam di Nusantara umumnya dan di Indonesia dan Malaysia khususnya, terlebih-lebih di
kalangan para penghafal al-Quran, dengan ciri setiap halamannya selalu diakhiri dengan akhir ayat.
Ketiga, Mushaf al-Quran Braille, iaitu mushaf bagi para tunanetra. Mushaf ini menggunakan huruf
Braille Arab sebagaimana diputuskan oleh Konferensi Internasional Unesco Tahun 1951, iaitu
al-Kitabah al-Arabiyyah an-Nafirah. Dalam penulisannya, jenis mushaf ini menggunakan prinsip-
prinsip dasar rasm Uthmani dalam batas-batas tertentu yang boleh dilakukan.

Untuk kepentingan umat Islam di Nusantara, Mushaf al-Quran rasm Uthmani dan Mushaf
al-Quran “Bahriyah” kemudian ditulis oleh putera Indonesia. Mushaf dengan rasm Uthmani ditulis
oleh khattat Ustaz Muhammad Syadali Sa’ad pada tahun 1984, sedangkan mushaf “Bahriyah”
ditulis oleh Ustaz Abdur-Razaq Muhili pada 1989. Mushaf dengan rasm Uthmani telah mengalami
penulisan ulang oleh Ustaz Baiquni Yasin dan kumpulannya pada tahun 1999-2001. Sementara
mushaf Bralille telah diterbitkan dan diproduksi di antaranya oleh Koperasi Karyawan Abiyoso,
Bandung, Jawa Barat.

Perkembangan Penerbitan Mushaf di Nusantara

Generasi pertama pencetak mushaf al-Quran di Indonesia adalah Abdullah bin Afif Cirebon (yang
telah memulai usahanya sejak tahun 1930-an bersamaan dengan Sulaiman Mar’i yang berpusat di
Singapura dan Penang), Salim bin Sa’ad Nabhan Surabaya, Jawa Timur dan Percetakan
al-Islamiyah Bukittinggi, Sumatera Barat. Usaha bidang ini kemudian disusul oleh Penerbit lain
seperti al-Ma’arif Bandung yang didirikan oleh Muhammad bin Umar Bahartha pada tahun 1948.

14
Mereka tidak hanya mencetak mushaf al-Quran, akan tetapi juga mencetak buku-buku keagamaan
lain yang banyak dipakai oleh umat Islam di Nusantara.
Kemudian pada tahun 1950-an muncul juga penerbit mushaf di antaranya adalah Sinar
Kebudayaan Islam dan Bir & Company. Penerbit Sinar Kebudayaan Islam telah menerbitkan
mushaf pada tahun 1951. Bir & Company pula telah mencetak sebuah mushaf dengan tanda tashih
dari Jam’iyyah al-Qurrā’ wal-Huffāz (perkumpulan para pembaca dan penghafal al-Quran) pada
tarikh 18 April 1956. Selanjutnya pada tahun 1960-an Penerbit Toha Putra Semarang dari Jawa
Tengah telah memulai kegiatan yang sama, lalu disusuli Penerbit Menara Kudus juga dari Jawa
Tengah. Berlanjut dengan penerbit-penerbit lainnya pada sekitar periode ini adalah Tinta Mas dan
beberapa penerbit kecil lainnya.
Sehingga dengan era tahun 1970-an sampai tahun 1980-an ada sejumlah penerbit di atas
masih merupakan “pemain utama” dalam memperoduksi mushaf di Nusantara terutamanya di
Indonesia. Pada periode tersebut muncul sejumlah penerbit mushaf baharu, seperti Firma Sumatera,
CV Diponegoro, CV Sinar Baru, CV Lubuk Agung, CV Angkasa, CV Al-Hikmah (Bandung); CV
Wicaksana, CV al-Alwah (Semarang); CV Bina Ilmu (Surabaya); CV Intermasa (Jakarta), serta
beberapa penerbit kecil lainnya. Jenis mushaf yang dicetak sejak awalnya sehingga kini adalah
berupa mushaf asal Bombay yang berciri huruf tebal dan besar, dengan tambahan “muatan lokal”
berupa tajwid, keutamaan membaca al-Quran, daftar surah dan lain-lain dalam bentuk tulisan Jawi.
Teks tambahan tersebut terdapat di bahagian awal atau akhir mushaf yang ditulis oleh pakar khat
tempatan sehingga perbezaan khatnya terlihat sangat ketara.
Pada masa 1990-an muncul pula sejumlah penerbit mushaf yang baru, seperti PT Al-Amin,
PT Inamen Jaya, PT Mutiara, PT Sugih Jaya Lestari, PT Tehazet, CV Doa Ibu, CV Pustaka Amani,
PT Zikrul Hakim (Jakarta); CV Jumanatul Ali, CV Sugih Jaya Mukti, CV Sriwijaya, Yayasan
Pustaka Fitri (Bandung); CV Asy-Syifa, CV Aneka Ilmu, CV Hilal, PT Tanjung Mas Inti CV Istana
Karya Mulya, CV Kumudasmoro, PT Salam Setia Budi (Semarang); CV Karya Abadi Tama,
CV Duta Ilmu, CV Al-Hidayah, CV Delta Adiguna, CV Aisyiyah, UD Mekar, CV Terbit Terang,
dan CV Ramsa Putra (Surabaya). Kemudian pada masa tahun 2000-an lahir juga beberapa penerbit
mushaf baru di antaranya Penerbit Serambi, PT Pena Pundi Aksara, CV Maghfiroh, PT Lautan
Lestari, PT Cicero, PT Gema Insani Press, CV Cahaya Qur’an, CV Darus Sunnah, CV Pustaka
Al-Kautsar (Jakarta); PT Syamil (sekarang Sygma Eksamedia Arkanleema), Penerbit Mizan, CV
Fajar Utama Madani, CV Mi’raj Hasanah Ilmu, CV Jabal Raudhatul Jannah, CV Salamadani
(Bandung); CV Karya Putra, PT Masscom Graphy (Semarang); PT Tiga Serangkai, Komari
Publishing, CV Era Adicitra (Surakarta); CV Sahara, CV Barokah Putra, CV Kartika Indah, dan
CV Assalam (Surabaya).
Berlanjut kepada generasi terakhir, mengawali tahun 2010an, penerbit-penerbit baru juga
bermunculan, iaitu Penerbit Kalim, PT Lentera Abadi, CV Bayan Qur’an, Pustaka Jaya Ilmu,
Cahaya Intan, PT Juara Persada, Wahyu Media, CV Cahaya Robbani Press, PT Let’s Go (Jakarta);
CV Fokus Merdia, CV Nawa Utama (Bandung); Penerbit Djaja Diva, Pinus Book Publisher
(Yogyakarta); CV Karya Semesta (Salatiga); Penerbit Duta Surya, dan CV Imam (Surabaya). Oleh
itu sejak masa 2000-an, beberapa penerbit yang semula hanya menerbitkan buku keagamaan dan
mereka telah berjaya di bidangnya telah mulai tertarik untuk menerbitkan mushaf, seperti Penerbit
Mizan, Syamil, Serambi, Gema Insani Press dan Pustaka al-Kautsar. Bahkan sebahagian lain
semula merupakan penerbit buku-buku umum yang telah berjaya juga seperti Penerbit Tiga
Serangkai, Cicero dan Masscom Graphy.
Setelah krisis ekonomi yang melanda dunia terrmasuk di Nusantara pada tahun 1998, dan
sejalan dengan selera masyarakat yang semakin tinggi dalam hal desain buku, serta didukung
15
teknologi komputer yang semakin canggih, mulailah penampilan mushaf al-Quran terus-menerus
diperbaharui oleh para penerbit. Besarnya bangsa pasar mushaf di Nusantara terutama di Indonesia
dan Malaysia, dengan 250-an juta lebih umat Islam di Asia Tenggara, tentu sangat menentukan
bangsa pasar dan ini sangat menarik minat para penerbit untuk ikut merebut peluang pasar tersebut.
Bangsa pasar mushaf tidak terkecuali di masa hadapan yang akan tumbuh dan berkembang terus
menerus, sejalan dengan semakin meningkatnya kesadaran keagamaan orang Melayu dan umat
Islam seperti yang tercermin dengan semakin ramainya majelis-majelis taklim, majelis-majelis
pengajian dan majelis-majelis zikir yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat di Nusantara. Berikut
mushaf-mushaf yang ramai penggunanya di kawasan Nusantara:

Ilustrasi 4. (Kiri) Mushaf hasil cetakan penerbit al-Islamiyah milik HMS Sulaiman, Bukittinggi, Sumatera
Barat, tahun 1933. (Tengah) Mushaf cetakan Bombay yang menjadi standar pentashihan yang
diiktiraf oleh pemerintah Indonesia sebagai hasil karya ditulis semula oleh Muhammad Syadzali
Sa'ad tahun 1984. (Kanan) Mushaf cetakan penerbit al-Ma’arif, di Bandung, pada tahun 1950-an.

Mushaf al-Quran Generasi Baharu Nusantara

Para penerbit mushaf masa tahun 1980-an, setelah menerbitkan Mushaf Standar sehingga awal
tahun 2000-an, pada umumnya masih meneruskan tradisi lama dalam memproduksi mushaf
al-Quran. Mereka kebanyakan hanya mencetak al-Quran Bombay (yang telah distandarkan
penggunaannya), Mushaf Standar itu sendiri atau al-Quran “Bahriyah” model ayat bersudut.
Sampai sejauh itu tidak ada inovasi yang bererti sama ada dalam tampilan mahupun komposisi isi
mushafnya. Dalam hal desain kulit sampul yang pada umumnya hanya menampilkan pola simetris
dalam bentuk dekorasi persegi yang berisi ragam hias floral dengan tulisan “Quran Majid”, “Quran
Karim” atau “al-Quran al-Karim” berbentuk bulat di dalam medalion yang terletak di posisi tengah.
Warna yang digunakan pun adalah warna-warni dasar seperti merah, hijau, biru, cokelat, kuning
dan emas.
Sementara era baharu dalam percetakan mushaf muncul sejak awal tahun 2000-an, ketika
teknologi komputer semakin maju dan dimanfaatkan dengan baik oleh para penerbit. Perubahan itu,
pertama, sangat mencolok dalam hal seni khat teks mushafnya. Sejak awal masa tersebut sehingga
sekarang, para penerbit pada umumnya memodifikasi khat Mushaf Madinah yang ditulis oleh
khattat Uthman Taha. Mushaf Madinah dicetak oleh Mujamma’ al-Malik Fahd li-Tiba’at
al-Mushaf asy-Syarif yang bermarkas di Madinah. Tulisan karya seni khat berasal dari Syria itu
memang terkenal cantik dengan keindahan anatomi huruf yang hampir tanpa cacat dan cela
sedikitpun. Ejaan huruf Mushaf Madinah yang tidak sama dengan Mushaf Standar Indonesia
disesuaikan oleh para penerbit dengan program komputer tertentu. Memang memerlukan masa
yang lama dan perlu ketekunan yang sungguh-sungguh untuk menyesuaikan ejaan dan tanda
bacanya satu persatu. Namun keindahan hurufnya sangat diminati oleh masyarakat Islam secara
meluas, sehingga mushaf dengan huruf yang nipis tersebut sangat ditunggu-tunggu oleh umat
Islam.
Penerbit mushaf pertama yang memodifikasi khatnya Uthman Taha adalah Penerbit
Diponegoro, Bandung. Setelah itu, selama bertahun-tahun sehingga sekarang, banyak sekali
16
penerbit yang memodifikasi khat tersebut. Bahkan, para penerbit pendatang baharu, hampir
semuanya menggunakan seni khat model tersebut dalam penerbitan mushafnya. Hal ini akhirnya
menimbulkan kesan monoton dalam huruf al-Quran di Nusantara pada masa belakangan ini,
seakan-akan tidak ada kemajuan dalam hal tulisannya. Sebenarnya, jika para penerbit dapat
mengembangkan tulisan khat al-Quran itu sendiri maka akan lebih baik, dan tentu sahaja lebih
“terpuji” daripada sekadar memodifikasi tulisan orang lain. Apatah lagi di Nusantara sudah ramai
kaligrafer muda berbakat yang siap bekerja sama dalam pelbagai penulisan. Namun, menulis satu
buah mushaf yang lengkap memang memerlukan masa yang lama dan tentu sahaja kewangan yang
tidak kecil. Barangkali pertimbangan kewangan inilah agaknya yang membuat para penerbit
berfikir dua kali dalam mengambil jalan pintas ketika ingin menerbitkan mushaf tersebut.
Terkait dengan teks al-Quran di mana sebagian penerbit juga berkreasi dengan memberi
warna khusus, tidak hanya perkataan “Allah” atau “rabb”, tetapi penandaan terhadap ayat-ayat atau
surah-surah tertentu. Misalnya, ayat-ayat yang berisi doa, ayat sajadah dan ayat-ayat tentang
perempuan. Sebuah penerbit di Bandung ada yang menandakan ayat-ayat khusus tentang
perempuan dengan warna pink, sementara penerbit lainnya pula berkreasi dengan memberi warna
merah. Pewarnaan pada teks al-Quran juga dilakukan terkait dengan tajwid. Dengan maksud
menuntun para pembaca al-Quran yang masih awam terhadap ilmu tajwid, sebagian penerbit lagi
berinovasi dengan memberi warna tertentu terkait hukum bacaan dalam ilmu tajwid. Pewarnaan itu
dimaksudkan sebagai kode atau tanda agar pembaca senantiasa ingat hukum bacaan tertentu dengan
melihat kode warna tersebut. Teknik pewarnaannya ada yang menggunakan blok, arsir, atau warna
hurufnya itu sendiri dan sebagainya.
Perubahan lainnya adalah dalam tampilan kulit (cover) mushaf. Para penerbit mushaf era
sekarang tampaknya tidak mahu terikat dengan “konvensi” desain kulit mushaf yang selama ini
seakan-akan hanya berbentuk persegi. Para penerbit mengeksplorasi bentuk-bentuk baharu, ragam
hias dan komposisi baharu lainnya, sehingga kadang-kadang mengesankan suatu mushaf dengan
desain yang asing. Warna yang digunakan pun tidak kaku lagi, dengan menggunakan warna-warni
cerah yang disempurnakan dengan lapisan plastik dan vernis yang semakin menambah
kemewahannya. Sebahagian mushaf juga menggunakan warna tertentu, disesuaikan dengan sasaran
pasar yang dituju. Kulit sebuah mushaf dan terjemahannya dengan sasaran pasar perempuan diberi
warna pink dan ditulis “al-Quranulkarim Special for Woman” dengan hiasan corak tekat berwarna
warni.

Bahan cover mushaf yang digunakan para penerbit juga sangat diperhitungkan dan
pelbagai. Sebuah mushaf yang ditujukan untuk mahar pernikahan (maskawin) seperti sebuah
penerbit mengiklankan mushafnya yang dibuat daripada kulit yang sangat mewah. Tema back to
nature pun dimanfaatkan penerbit mushaf. Penerbit Diponegoro Bandung telah berkreasi cukup
unik dengan melekatkan jenis daun dan biji-bijian tertentu di kulit mushaf cetakannya. Ragam hias
yang digunakan pun beraneka macam, tidak lagi terpaku kepada ragam hias gaya Timur Tengah
semata, namun juga sebahagian penerbit menggali ragam hias khas Nusantara. Penerbit Mizan
Bandung misalnya secara konsisten telah menggali ragam hias Nusantara tersebut untuk beberapa
siri produk penerbitannya.
Adanya perubahan pada tampilan mushaf al-Quran di Nusantara memang tampak lebih
terlihat pada mushaf al-Quran yang disertai dengan terjemahan. Barangkali, dengan asumsi bahawa
al-Quran dan terjemahannya itu adalah “setengah buku”, maka tampilan jenis al-Quran ini lebih
banyak ragam dan coraknya, bahkan ia agak “bebas”. Para penerbit tampak tidak ragu-ragu untuk
mewarnakan kelebihan-kelebihan produk terbitannya jika dibandingkan produk sejenis dari
penerbit lainnya. Mereka berlomba-lomba berkreativiti dan berkreasi, sama ada dalam hal cover,
isi, mahupun kelengkapan teks tambahannya. Para pembaca semakin dimanjakan dengan pelbagai
17
kemudahan yang diajukan oleh para penerbit. Kelengkapan teks tambahan dalam al-Quran dan
terjemahannya sangat bervariasi. Misalnya, daftar isi, indeks, pedoman transliterasi Arab-Latin,
petunjuk penggunaan, huraian makhraj huruf, tajwid, waqaf, ayat-ayat sajdah, daftar surah dan juz,
doa ma’surat, transliterasi latin, terjemahan perkata (lafziyah), dan lain-lain.
Sedemikian semarak macam dan ragamnya, sehingga ada penerbit yang merasa perlu
mencantumkan Surat Pendaftaran Ciptaan dari pemerintah sebagai perlindungan hukum atas
ciptaannya. Kelengkapan ‘asesoris’ lainnya adalah reben dan kard pembatas bacaan, kotak
pelindung, serta butang atau zip agar mushaf lebih aman dan terlindungi. Bahkan ada beberapa
penerbit membuat siri dalam terbitannya dengan ciri tertentu dan membezakannya dengan
nama-nama Allah dalam Asma’ul Husna. Untuk membezakan pangsa pasar, ada pula penerbit yang
membuat siri produk mushafnya dengan bahasa asing: Masculine, feminine, teenage, classic,
glamour, dan minimalist series.
Untuk menarik minat kanak-kanak pula, ada beberapa penerbit juga membuat al-Quran dan
terjemahannya dengan ilustrasi dan warna yang khas kanak-kanak, misalnya bentuk balon, bulan
sabit, bintang, awan atau lengkungan-lengkungan semacam pelangi. Penerbit Mizan menerbitkan
I Love My Quran, sebuah edisi al-Quran dan terjemahannya dalam satu set dengan ilustrasi yang
unik dan lengkap untuk kanak-kanak. Ilustrasi tersebut dimuat dalam jilid terpisah daripada teks
al-Qurannya. Kemudian ada beberapa penerbit juga memberi ilustrasi khas kanak-kanak pada juz
Amma (juz ke-30). Sebahagian penerbit pula melengkapi al-Quran dan terjemahannya dengan
asbabun nuzul, tafsir ringkas, hadis keutamaan surah tertentu, dan lain-lain. Terjemahan dalam
bahasa Inggris juga diperkenalkan oleh sebahagian penerbit.
Di samping itu, kegemaran pembaca menggunakan bahasa Inggeris separoh-separoh dalam
dunia pemasaran dan media masa juga dimanfaatkan oleh penerbit mushaf dan terjemahannya,
sama ada untuk nama siri, tajuk kecil, mahupun tajuk produk. Sebuah tajuk yang belum lama ini
terbit, misalnya Miracle: The Reference, terbitan Syamil. Sementara, produk sejenis ini untuk
kanak-kanak diberi tajuk My First al-Quran (MyFA), dengan “12 keunggulan yang membuat fun”.
Beginilah para penerbit terus berkreasi dan berinovasi dalam ‘bersaing’ menawarkan
keunggulan produk-produknya. Jika beberapa waktu sebelumnya ada produk mushaf dan
terjemahannya dengan “7 in 1”, belakangan ini tidak tanggung-tanggung ada pula yang membuat
satu produk dengan “22 in 1”. Keunggulan-keunggulan yang ditawarkan mencakup di antaranya,
terjemahan tafsiriyah, kata kunci (key word), kosakata, tajwid, hadis sahih, tafsir Ibnu Kasir, tafsir
at-Tabari, asbabun nuzul, khazanah pengetahuan, dan lain-lainnya sehingga mencapai 22
keunggulan yang tidak dimiliki oleh penerbit lainnya. Berikut contoh-contoh mushaf yang sempat
meluas di Nusantara:

Ilustrasi 5. (Kiri) Mushaf standar Indonesia edisi pertama karya Muhammad Syadzali Sa'ad, tahun 1984.
(Tengah) Lembaran salah satu mushaf karya M. Abdurrazaq Muhili, tahun 1988. (Kanan)
Lembaran tulisan mushaf Haji Muhammad bin al-Marhum Sulaiman Sumbawi.
18
PENULISAN MUSHAF ISTIQLAL JAKARTA INDONESIA

Mushaf Istiqlal Jakarta Indonesia ditulis sesuai dengan rasm Uthmani menggunakan gaya tulisan
khat Naskhi. Sedangkan tanda waqafnya mengacu kepada Mushaf Standar Indonesia yang telah
disepakati oleh para ulama pentashih al-Quran di Indonesia. Teknik dan pola penulisan Mushaf
Istiqlal dirancang oleh sebuah tiem yang terdiri atas para khattat (penulis kaligrafi) dan para pakar
desain grafik dari Institut Teknologi Bandung (ITB) Bandung, Jawa Barat. Para penulis atau
khattat Mushaf Istiqlal adalah KH Abdurrazaq Muhili (pereka corak), HM Fa'iz AR (ketua), M.
Abdul Wasi AR, Hj Imron Ismail, Baiquni Yasin, Mahmud Arham, Islahuddin (ahli), serta HM
Idris Pirous (penolong).

Peroses Penulisan Mushaf Istiqlal

Penulisan mushaf Istiqlal yang dirasmikan dan diawali penulisannya oleh Presiden Soeharto pada
Festival Istiqlal I pada tarikh 15 Oktober 1995 bersamaan dengan (7 Muharam 1412 H), dan
dilancarkan oleh Presiden Soeharto pada Festival Istiqlal II, pada tarikh 23 September 1995
bersamaan dengan (27 Rabi'ul Akhir 1416 H). Sebelum dirasmikan, mushaf ini telah mengalami
pentashihan oleh Lajnah Pentashih Mushaf al-Quran Departemen (sekrang Kementerian) Agama
Republik Indonesia, dan selesai pada tarikh 6 Jun 1995 bersamaan dengan (7 Muharam 1416 H).
Mushaf ini merupakan tulisan tangan berukuran 85 sm x 123 sm, ditulis dengan tiem yang
terdiri dari pereka bentuk, khattat, pereka corak iluminasi dan pentashih berasaskan surat
kepeutusan Menteri Agama RI nombor 214 tahun 1993. Mushaf ini mula ditulis pada tahun 1991
sehingga 1995, dibuat di atas kertas jenis Hammer Durex, warna Chine white seberat 250 grm
buatan Jerman. Menggunakan dawat Dr. Ph. Martin’s Black Star dan pewarna Akrilik Winsor &
Newton (Illuminasi). Pena khat pula menggunakan batang resam dan corak iluminasi menggunakan
brus Winsor & Newton Gold Sphere. Warna pula mengandungi emas tulen 24 karat dalam bentuk
serbuk dan lembaran yang nipis. Lebar khatnya 52 sm x 76 sm dan menjadi al-Quran standar
Departemen Agama RI jenis Rasm Uthmani.
Keunikan mushaf ini memiliki 45 corak dan motif yang menghiasi ayat-ayat pada setiap 22
muka suratnya. Ke-45 corak iluminasinya merupakan motif mewakili seni dan budaya tempatan
sesuai dengan jumlah 27 Provinsi (waktu itu) di Indonesia bermula daripada Aceh sehingga Irian
Jaya. Dari corak iluminasi tersebut ada yang dijadikan sebagai motif Umul Quran, Nisful Quran
dan Khatmul Quran, serta tiga motif yang berulang sehingga menjadikan jumlah keseluhannya
menjadi 45 corak seni budaya tempatan dengan menggambarkan kekayaan flora dan fauna Alam
semula jadi Nusantara.
Corak ornament Nusantara merupakan bentuk hiasan yang mempunyai nilai filosofis tinggi
yang berhubung kait dengan budaya masyarakatnya. Selain itu, melalui usaha kelahiran mushaf ini
ingin memunculkan pelbagai gambaran khazanah seni yang mengandungi seni bina rumah, adat,
tradisi, sastera, tekstil, ukiran, batik, perabot rumah, perkakas, perhiasan, hasil bumi, tanaman, kraf
dan sebagainya bermula daripada Provinsi Aceh sehingga ke Irian Jaya. Oleh sebab itu, melalui
mushaf ini dapat menjadi ungkapan baru tradiri menggunakan seni budaya setempat sekali gus
sebagai gambaran keagungan seni umat Islam di Indonesia yang menyatu dan sebati dengan
kewujudan etnik suku bangsa tertentu bersama dengan kemajuan teknologi terkini.
Sementara sistem tulisan mushaf ini pula menggunakan kaedah Rasm Uthmani dengan
menggunakan jenis khat Naskhi, kecuali untuk tajuk ditulis dengan khat Thulus, sedangkan tanda
sajadah ditulis dengan khat Kufi Murabba’ Indonesi. Teknik penulisan mushaf Istiqlal ini adalah

19
rata tengah (centered), tidak seperti tulisan mushaf yang lainnya kitab suci al-Quran lainnya
biasanya ditulis atau dicetak dengan teknik rata kiri-kanan (justified). Mushaf ini juga setiap muka
suratnya berjumlah 13 baris, kecuali muka surat-muka surat tertentu yang apabila basmalahnya
akan ditulis di bawah, maka akan dialihkan ke muka surat berikutnya dan perenggan-perenggan di
bawahnya akan dibiarkan kosong lalu diisi dengan ragam corak iluminasi daerah yang mewakili
muka surat tersebut.
Mushaf Istiqlal adalah khazanah agung yang dimiliki oleh masyarakat Islam bukan sahaja
milik bangsa Indonesia tetapi ia juga menjadi khazanah masyarakat Islam di Nusantara yang
diharapkan dapat mengaplikasikan kondisi-kondisi ritual masyarakatnya melalui seni budanya
masing-masing yang diterjemahkan melalui unsur-unsur estetik dan keindahan setempat agar dapat
dipadukan dengan penghayatan ke-Islaman yang hakiki secara mendalam melalui nilai ubudiyah
berunsurkan sufistik di sela-sela kejiwaan dan kerohanian penganutnya.

Ciri Khas Mushaf Istiqlal

Mushaf Istiqlal tidak jauh berbeza dengan al-Quran lainnya yang beredar di dunia Islam termasuk
yang ada di Nusantara, kecuali dari segi teknik penulisan dan corak iluminasinya. Ada beberapa ciri
dan spesifikasi yang menjadi ciri khas Mushaf Istiqlal antara lain sebagai berikut:

 Surah al-Fatihah ditulis di dua halaman bersebelahan (kanan-kiri). Dalam dua halaman
tersebut, seluruh ragam budaya Indonesia (masa itu 27 provinsi, sekarang 33 provinsi) di
Indonesia dapat terwakili dalam bentuk corak iluminasinya yang indah, menghiasi seni khat
melalui Surah al-Fatihah sebagai ummul-Quran (induk al-Qurn).
 Setiap awal surah ditulis di awal halaman dan setiap awal juz ditulis dengan huruf lebih
tebal dan terletak di pelbagai posisi, yakni di awal atau di tengah halaman.
 Corak iluminasinya direkabentuk oleh para pakar desain grafik Indonesia dengan gaya khas
budaya dari seluruh provinsi (negeri) di Indonesia.
 Setiap halaman memuat 13 baris, kecuali halaman akhir surah yang kadang-kadang diisi
dengan corak iluminasi tertentu.
 Tanda waqaf lazim lebih ditonjolkan daripada tanda-tanda waqaf lain (dengan warna
merah). Sementara tanda-tanda sajadah, ruku', juz dan hizb diberi corak iluminasi khusus
yang berbeza antara satu sama lain dan terletak di tepi halaman.
 Seluruh halaman dihiasi dengan beragam corak iluminasi yang diwakili seluruh provinsi
dan didukung oleh 45 wilayah budaya Indonesia. Di samping itu, ada corak iluminasi untuk
Surah al-Fatihah (ummul-Quran), tengah mushaf (nisful-Quran), dan akhir mushaf
(khatmul-Quran) yang direka khusus dan disebut sebagai "iluminasi Nusantara".
 Setiap 22 halaman, corak iluminasi berganti dari satu wilayah budaya ke wilayah budaya
lainnya. Dan sistem penulisannya memegang kaedah "golden section", iaitu tataletak yang
serasi, indah dipandang mata, dan tidak membuat penat mata ketika pembaca membacanya.
 Jumlah halaman sebanyak 970, lebih banyak daripada mushaf biasanya.
 Alat tulis (qalam) yang digunakan disebut handam atau resam sejenis tumbuhan paku pakis
yang banyak tumbuh di negeri tropis seperti Indonesia dan Malaysia.
 Tinta atau dawat yang digunakan adalah sejenis Martin's Black Star India (Amerika), dan
kertasnya pula berjenama Durex ex (Jerman).

Sementara ciri lainnya ini tidak disebut di dalam booklet Mushaf Istiqlal (1995) adalah
penulisan ayat yang menggunakan model teks tengah (center text). Model penulisan teks al-Quran
seperti ini kenyataannya tidak lazim dalam tradisi penulisan al-Quran di dunia Islam termasuk di
Nusantara. Sepanjang abad, hanya ada satu al-Quran lainnya yang menggunakan model teks tengah
20
adalah al-Qur'an Berwajah Puisi yang diasaskan oleh kritikus sastera HB Jassin dan kaligrafinya
ditulis oleh Didin Sirojuddin AR. Pada tahun 1980-an mushaf yang diterbitkan oleh PT Intermasa,
Jakarta, ini menjadi kontroversi di kalangan ramai masyarakat Islam di Indonesia.

Perbezaan antara kedua al-Quran yang menggunakan model teks tengah ini adalah pada
pemenggalan ayat. Pemenggalan ayat pada Mushaf Istiqlal tampak tidak mempertimbangkan
pengertian/makna ayat, sedangkan pada al-Quran Berwajah Puisi pemenggalan ayatnya
diperhitungkan menurut pengertian/makna ayat, sehingga seakan-akan seperti suatu puisi. Pada
akhir baris ayat sering terdapat tanda waqaf (pemberhentian). Jika sambil menghayati makna ayat,
terutama ayat-ayat pendek yang mempunyai makna universal, memang cukup "sedap" ketika
membaca mushaf yang unik tersebut.
Walau bagaimanapun, penulisan al-Quran model teks tengah seperti kedua mushaf ini tidak
umum di dunia Islam, dan dalam kenyataannya tidak mudah, bahkan tidak sepenuhnya dapat
diterima oleh masyarakat Islam secara luas di Nusantara. Mushaf Istiqlal hanya dicetak satu kali
sahaja iaitu pada tahun 1995, dan al-Quran Berwajah Puisi pula telah dicetak dua kali. Oleh kerana
corak iluminasinya kedua mushaf ini yang demikian indah, seperti Mushaf Istiqlal ramai orang
ingin memilikinya tetapi memang tidak mudah, sebab penerbitannya yang terhad dan memang
mushaf ini tidak pernah dipasarkan dan diperjual belikan untuk masyarakat umum, melainkan
hanya menjadi khazanah umat Islam yang disimpan di Bayt al-Quran Taman Mini Indonesia Indah
(TMII), Jakarta Indonesia. Berikut contoh lembaran muka depan mushaf Istiqlal:

Ilustrasi 6. (Kiri) Halaman corak iluminasi surah al-Baqarah mushaf Istiqlal. (Tengah) Muka hadapan kedua
sisi mushaf Istiqlal surah al-Baqarah dan al-Fatihah. (Kanan) Halaman corak iluminasi surah
al-Fatihah mushaf Istiqlal.

Aplikasi Tulisan Khat dalam Mushaf Istiqlal

Mushaf Istiqlal juga sepertimana mushaf-mushaf lainnya, ditulis menggunakan tulisan khat Naskhi
dalam keseluruhan tulisan ayat-ayatnya. Lalu menggunakan tulisan khat Thuluth sebagai hiasan
tambahan seperti nama surahnya. Tulisan khat Naskhi ini menjadi tulisan penting yang digunakan
dalam menghasilkan keseluruhan ayat daripada surah al-Fatihah sehingga akhir surah al-Nas.
Mushaf ini sepenuhnya ditulis tangan dari para kaligrafer Indonesia melalui satu tiem yang padu
antara satu dengan lainnya yang terdiri atas para khattat (penulis kaligrafi) dan para pereka desain
grafik dari Institut Teknologi Bandung (ITB) Bandung, Jawa Barat. Para penulisnya ialah KH
Abdurrazaq Muhili (pereka corak), HM Fa'iz AR (ketua), M. Abdul Wasi AR, Hj Imron Ismail,
Baiquni Yasin, Mahmud Arham, Islahuddin (ahli), serta HM Idris Pirous (penolong).

Idea ini lahir setelah meneliti dan didorong keinginan mencipta satu mushaf yang berlatar
belakangkan seni dan budaya masyarakat Islam di Nusantara sebagai mushaf al-Quran yang ditulis
dengan dihiasi hiasan corak yang unik dan menarik sebagai ciri khas umat Islam Asia Tenggara.
Mushaf ini dibuat untuk membantu dunia Islam untuk menghidupkan kembali seni mushaf yang
telah menghilang sejak zaman berzaman. Usaha ini akhirnya wujud dengan ditandai melalui
21
kegigihan para perancang, penulis, pereka dengan disokong oleh pemerintah yang saling bahu
membahu menjadikan manuskrip al-Quran yang bercorak dan beriluminasi dengan berwarna warni
Nusantara dari Sabang sampai Merauke. Mushaf ini juga mengandungi 30 juz dengan
mengaplikasikan corak dan motif seni budaya masyarakat Melayu dengan bercirikan etnik dan
budaya seluruh provinsi di Indonesia.

Mushaf ini bertulis tangan berukuran 85 sm x 123 sm, ditulis dengan tiem yang padu dari
pereka bentuk, khattat, pereka corak iluminasi dan pentashih yang mula ditulis pada tahun 1991
sehingga 1995, tulisannya dibuat di atas kertas jenis Hammer Durex, warna Chine white seberat
250 grm berasal dari Jerman. Menggunakan dawat Dr. Ph. Martin’s Black Star dan pewarna Akrilik
Winsor & Newton (Illuminasi). Pena khat pula menggunakan batang resam dan corak iluminasi
menggunakan brus Winsor & Newton Gold Sphere. Warnanya mengandungi emas tulen 24 karat
berbentuk serbuk dan lembaran yang nipis. Lebar khatnya 52 sm x 76 sm menggunakan tulisan
Rasm Uthmani.
Mushaf ini menggunakan 45 corak dan motif yang menghiasi ayat-ayat pada setiap 22
muka suratnya. Gambaran ke-45 corak iluminasinya merupakan motif mewakili seni dan budaya
tempatan sesuai dengan jumlah 27 Provinsi yang ada di Indonesia bermula daripada Acheh
sehingga Irian Jaya. Dari corak iluminasi tersebut ada yang dijadikan sebagai motif Umul Quran,
Nisful Quran dan Khatmul Quran, serta tiga motif berulang sehingga menjadikan jumlah
keseluhannya diperkaya dengan sejumlah corak seni budaya tempatan dengan menggambarkan
kekayaan Alam semula jadi Indonesia.
Selain itu, mushaf ini menjadi manuskrip al-Quran beriluminasi dan berwarna penuh
dengan menggunakan warna asas dan perpaduan warna lainnya. Motif iluminasi dari ciri khas
pelbagai corak provinsi di setiap muka suratnya. Sumber motif dan hiasan yang digunakan adalah
berdasarkan seni reka bunga, batik, flora dan fauna tempatan dari pelbagai daerah yang ada di
seluruh wilayah Indonesia. Mushaf ini telah menggunakan model teks tengah pada pemenggalan
ayat. Pemenggalannya tampak tidak mempertimbangkan pengertian/makna ayat, seperti yang
terdapat pada mushaf al-Quran Berwajah Puisi di mana pemenggalan ayatnya diperhitungkan
menurut pengertian/makna ayat, sehingga seakan-akan seperti suatu puisi. Berikut contoh keunikan
mushaf Istiqlal tersebut:

Ilustrasi 7. (Kiri) Halaman corak iluminasi surah al-Falaq mushaf Istiqlal. (Tengah) Lembaran tengah sisi
hiasan berciri khas provinsi dalam mushaf Istiqlal. (Kanan) Halaman corak iluminasi surah
an-Nas mushaf Istiqlal.

Kelebihan dan Kelemahan Mushaf Istiqlal

Adanya mushaf al-Quran Istiqlal di Jakarta Indonesia sebagai mushaf yang ditulis menggunakan
tangan di Nusantara tidak telepas dari keistimewaan, kelebihan, keunggulan dan kelemahan yang
perlu dikritisi dan perlu dirujuk keberadaannya. Untuk lebih terperinci perbincangan ini seperti
22
berikut: Melalui Keistimewaan mushaf Istiqlal, Mushaf ini memuat berupa tulisan ayat-ayatnya
yang menggunakan jenis khat Naskhi, nama tajuk selalu menggunakan khat Thuluth, memiliki
ragam corak dan motif sesuai dengan seni budaya setempat, semua yang menyangkut surah-surah,
tanda bacanya, tajuk dan keterangan surah, halaman dan tanda tashih, letak ayat sajadah hingga
keterangan mendasar menggunakan standar Rasm Uthmani. Mushaf ini ditulis menggunakan pena
berupa kayu resam dan menggunakan dawat hitam, kertas putih berkualiti yang diimfort dari
Jerman lalu menggunakan pewarna motif iluminasinya berupa emas tulen 24 karat.

Selain itu, mushaf ini dirasmikan dan diawali penulisannya oleh Presiden Soeharto pada
Festival Istiqlal I pada tarikh 15 Oktober 1995 bersamaan dengan (7 Muharam 1412 H), dan
dilancarkan oleh Presiden Soeharto pada Festival Istiqlal II, pada tarikh 23 September 1995
bersamaan dengan (27 Rabi'ul Akhir 1416 H). Kemudian mushaf ini merupakan tulisan tangan
berukuran 85 sm x 123 sm, ditulis dengan tiem yang terdiri dari pereka bentuk, khattat, pereka
corak iluminasi dan pentashih dan mula ditulis pada tahun 1991 sehingga 1995, dibuat di atas kertas
jenis Hammer Durex, warna Chine white seberat 250 grm dari Jerman. Menggunakan dawat hitam
dan pewarna akrilik untuk hiasan corak Illuminasinya. Pena khatnya menggunakan batang resam
dan corak iluminasi menggunakan brus. Warna pula mengandungi emas tulen 24 karat dalam
bentuk serbuk dan lembaran yang nipis. Lebar khatnya 52 sm x 76 sm jenis Rasm Uthmani.
Kelebihan mushaf Istiqlal, Merupakan mushaf yang diterbitkan dalam bentuk pameran,
dicetak untuk dipamerkan untuk orang awam, dicetak sebagai koleksi muzium Bayt al-Quran di
Taman Mini Indonesia Indah (TMII) Jakarta Indonesia, ia dicetak untuk bahan pameran, dicetak
pelbagai corak dan motif hiasan berasaskan seni budaya seluruh provinsi di Indonesia. Tulisannya
adalah jenis khat Naskhi dengan tertulis cantik yang jelas dan mudah dibaca, hiasan dan motifnya
sangat menarik setiap 22 muka surat mengandungi ciri khas provinsi dari 27 provinsi yang ada
waktu itu di Indonesia, bentuknya agak besar dietakkan dalam peti kayu jati, nilai seninya sangat
pelbagai dan sangat menarik sehingga mencabar kalau dikaji. Selain itu, mushaf ini telah disimpan
sebagai bahan pameran sehingga dapat dilihat langsung oleh peneliti, pembaca, pengkaji dan
penikmat dari semua umat Islam di seluruh Indonesia sehingga ke Asia Tenggara. Kelebihan yang
dimiliki ini, tentunya diharapkan dapat menjadi solusi gambaran dari hasil seni etnik tempatan
bersama umat Islam dan masyarakatnya yang sebangsa dan setanah air.
Kelemahan mushaf Istiqlal, Dikeranakan mushaf ini berukuran besar dan belum dicetak
banyak seperti al-Quran biasa kecuali ia dicetak sebagai bahan pameran di Bayt al-Quran maka ia
tidak secara menyeluruh dikenali dalam kalangan masyarakat awam dan di beberapa masjid,
sekolah, pondok dan intitusi lainnya di Indonesia kecuali yang datang berkunjung ke Taman Mini
Indonesia Indah (TMII) Jakarta jika dibandingkan dengan mushaf-mushaf lainnya yang biasa
didapati di pasaran. Oleh kerana itu, diharapkan agar kekurangan ini dapat diberikan perhatian oleh
semua pihak terutama pihak yang terlibat dan bertanggung jawab menghasilkan mushaf ini, agar
ianya dapat memberikan manfa’at dan infak besar kepada masyarakat Islam serta dapat menyokong
lagi idea utama pembuatan mushaf, sekali gus dapat membantu memberikan sokongan kepada umat
Islam secara menyeluruh untuk menghasilkan mushaf-mushaf lainnya yang lebih kreatif dan
inovatif sebagai khazanah umat Islam sejagat.

MUSHAF TAB’AN AIN AL-TAQWA MALAYSIA

Yayasan Restu yang terletak di Shah Alam Negeri Selangor merupakan sebuah yayasan yang
berperanan penting mengusahakan kewujudan mushaf Malaysia ini. Yayasan Restu telah berusaha
menerapkan penggunaan seni khat dalam pelbagai mushaf terbitannya, terutama Mushaf al-Quran
Tab’an Ain al-Taqwa Malaysia. Hal ini adalah sebagai cara mewujudkan komited yayasan ini,

23
sekali gus sebagai bentuk usaha untuk merealisasikan penulisan seni khat dengan baik dan berkesan
melalui mushaf al-Quran. Penerapannya sama ada dalam bentuk anatomi huruf seimbang yang
tersusun antara satu dengan lainnya melalui pelbagai medium seperti mushaf, manuskrip, kertas,
kanvas dan sebagainya. Untuk mengenali lebih dekat bagaimana bentuk usaha yayasan ini dalam
mewujudkan seni penulisan mushaf ini di dalam mushaf al-Quran Malaysia, berikut huraian
terperinci yang dapat memperjelas hal tersebut.

Yayasan Restu dan Mushaf al-Quran di Malaysia

Yayasan Restu memiliki tiga galeri yang membentuk Muzium al-Quran Mushaf Malaysia. Galeri
ini mempamerkan beberapa salinan al-Quran hasil tulisan tangan yang diusahakan dan diterbitkan
sama ada melalui kakitangan mahupun para khattat lainnya. Selain itu, setiap galeri ini juga
memiliki pelbagai jenis produk artistik seni Islam dari pelbagai cabang berbeza yang dihasilkan
oleh yayasan, seperti karya seni khat, kraftangan berunsur Islam dan juga barang-barang
cenderamata.
Antara galeri-galerinya ini ialah: Pertama, Galeri Utama yang merupakan tempat
pengumpulan al-Quran Mushaf Malaysia. Kedua, Galeri kedua merupakan penyimpanan dan
tempat pameran al-Quran Mushaf Nur Fatimah. Dan ketiga adalah Galeri ketiga merupakan
penyimpanan al-Quran Mushaf al-Sakinah. Selain dari tiga galeri tersebut, yayasan ini juga
mempunyai sebuah bilik khas yang di kenali sebagai Manuskrip Raudhah atau sebuah bilik
yang di kawal khas di mana semua manuskrip asli milik Yayasan Restu dan manuskrip-
manuskrip lama dari seluruh dunia disimpan rapi di sini.

Proses Penulisan Mushaf al-Quran Malaysia

Proses penulisan mushaf al-Quran dengan menggunakan seni khat telah dimulai sejak abad
ke-17 M (abad pertama Hijriah). Tujuh salinan pertama al-Quran pada masa Khalifah Uthman bin
Affan yang dikirim ke beberapa wilayah Islam pada tahun 651 M, selanjutnya menjadi naskah baku
bagi penyalinan al-Quran yang disebut Rasm Uthmani. Berdasarkan naskah tersebutlah maka
semua salinan al-Quran dibuat (M.M. al-Azam, 2005: 121). Penyalinan mushaf al-Quran di
Nusantara dipercayai telah bermula sejak akhir abad ke-13 M, ketika kerajaan Pasai di hujung
timur laut pulau Sumatera menjadi kerajaan pesisir pertama di Nusantara yang memeluk agama
Islam secara rasmi melalui peng-Islaman sang raja (Annabel Teh Gallop; terj. Ali Akbar, 2004:
123). Meskipun demikian, penulisan mushaf sama ada ditulis secara tradisional mahupun secara
moden terus berlangsung di pelbagai daerah tertentu di Asia Tenggara sehingga kini termasuk
Indonesia dan Malaysia.
Oleh kerana itu, terdapat dua mushaf al-Quran di Nusantara yang menjadi fokus
perbincangan dalam tulisan ini iaitu Mushaf Istiqlal dari Jakarta Indonesia dan Mushaf al-Quran
Malaysia di Kuala Lumpur Malaysia. Pelbagai aspek penting mengenai kedua mushaf ini yang
perlu dikaji, sampai saat sekarang belum banyak diperkatakan, sama ada mengenai sejarah
penulisannya, sisi corak dan motifnya, iluminasi dan seni khatnya. Semua itu sangat menarik untuk
dikaji, namun tulisan ini cuba mengkaji kedua mushaf tersebut dari segala aspeknya. Selain itu,
penghasilan kedua mushaf tersebut terutama mushaf Malaysia melalui usaha keras dari Yayasan
Restu telah membentuk tulisan seni khat dan hiasannya yang tersendiri, namun tetap wujud
beberapa ciri khas dihasilkan sehingga nilai tulisan seni khat dan hiasan coraknya dapat
merancakkan lagi perkembangan seni dan budaya Islam di negara ini yang tidak ternilai harganya.

24
Mushaf Malaysia ini merupakan mushaf yang ditulis dengan seni khat Naskhi beserta
dengan hiasan corak iluminasi yang direalisasikan melalui ilham alam beberapa Negeri dari seluruh
Malaysia. Hiasan motif dan coraknya sangat cantik sebagai gambaran tersendiri akan kekayaan
flora dan fauna di setiap Negeri. Ia dibuat dalam usaha membantu memperkaya khazanah Islam
Nusantara. Usaha ini juga wujud dengan adanya kerjasama semua pihak termasuk melalui
penubuhan Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) di Kuala Lumpur, pihak kerajaan mahupun
swasta dan beberapa pondok serta lembaga yang saling berganding bahu untuk menghasilkan satu
kerja sangat besar dan bermakna bagi semua pihak.
Mushaf Malaysia ini juga merupakan karya mulia dalam melestarikan khazanah Islam di
Alam Melayu, menerusi mushaf al-Quran yang tulisan tangan melalui orang-orang Melayu
tempatan yang setiap muka suratnya diserikan dengan corak iluminasi serta motif sesuai dengan
budaya masyarakat dan alam persekitarannya. Adapun kaedah tulisan yang digunakan adalah Rasm
Uthmani, sedangkan tanda-tanda bacaan adalah berdasarkan mushaf al-Quran yang kebanyakannya
telah digunakan oleh umat Islam sehingga ke hari ini. Kini mushaf Malaysia sudah berada dalam
genggaman kaum Muslimin di Malaysia khususnya dan di Nusantara serta dunia Islam umumnya.
Gambaran muka surat mushaf tersebut adalah seperti contoh-contoh berikut:

Ilustrasi 8. (Kiri) Logo mushaf al-Quran Malaysia dari jenis khat Kufi sebagai hiasan utama di hadapan
mushaf ini. (Tengah) Logo tengah hadapan mushaf ini yang penuh dengan corak serta motif
cantik dan indah dengan khat kufi. (Kanan) Muka surat hadapan mushaf tersebut yang
terkandung surah al-Fatihah ayat 1-7 dengan tulisan khat Naskhi ditulis sejajar kanan dan kiri,
hiasan motif budaya Melayu beriluminasi tumbuhan dan bunga-bungaan.

Realisasi Tulisan Khat dalam Mushaf al-Quran Malaysia

Mushaf Malaysia sepertimana mushaf-mushaf lainnya, ditulis dengan menggunakan tulisan khat
terpilih. Setelah dikaji didapati bahawa mushaf ini telah ditulis dengan mengunakan khat Naskhi
dalam keseluruhan tulisan ayat-ayatnya. Kemudian menggunakan juga tulisan khat Thuluth sebagai
hiasan tambahan seperti nama surah dan hiasan sekelilingnya. Menggunakan tulisan tangan dari
khidmat tangan-tangan mahir dan pakar dari penulis-penulis khat tempatan. Hasil tulisan ini adalah
karya tangan yang dibantu dengan menggunakan pena handam sekali gus dengan dibantu
penggunaan komputerisasi dalam mereka corak dan iluminasinya. Tulisan khat Naskhi ini menjadi
tulisan asas yang digunakan bermula daripada surah pertama iaitu al-Fatihah sehingga akhirnya
surah al-Nas.
Setelah meneliti dan melihat dengan jelas menunjukkan bahawa mushaf ini merupakan
mushaf al-Quran yang ditulis dengan dihiasi hiasan corak cantik dan menarik. Mushaf ini dibina
atas usaha pertama rakyat untuk negara dalam membantu dunia untuk menghidupkan kembali seni
mushaf yang telah menghilang sejak 500 tahun lampau. Usaha ini wujud dengan ditandai melalui
pelancaran secara rasmi penyalinan mushafnya, pada tarikh 17 Ramadhan 1417 H bersamaan
dengan 26 Januari 1997 M di Balai Pameran Islam Pusat Islam Kuala Lumpur Malaysia. Mushaf ini
25
adalah juga menjadi manuskrip al-Quran yang beriluminasi dengan berwarna penuh. Ia
mengandungi 30 Juz dengan mengaplikasikan motif dan rekabentuk seni tampak Melayu,
bercirikan budaya seluruh negeri di Malaysia.

Setiap muka suratnya mengandungi tulisan gabungan daripada pelbagai bidang kepakaran
dan keilmuan. Mushaf ini, asalnya berukuran 123 sm x 88 sm dan setiap lembarannya mengandungi
ayat-ayat al-Quran yang tulisan tangan dengan seni hiasan Islam bercirikan seni tampak Melayu,
serta penggunaan tulisan daripada emas tulen 24 karat. Adapun masa yang digunakan untuk
menghasilkan keseluruhan lembaran mahupun tulisannya ialah 314,000 jam masa bekerja, dan
memakan waktu selama lima tahun untuk disiapkan, termasuk penyelidikan dan pembangunan
(R&D) selama dua tahun dengan perbelanjaan sebanyak RM 6 juta. Mushaf ini selesai secara
keselurahan penulisan dan pentashihannya pada tarikh 17 Januari 2000 M, dan pada bulan Mac di
tahun itu juga diterbitkan mushaf al-Quran Malaysia Taba’ah Ma’arij al-Jamal (cetakan awam)
yang berjaya diedar dan dipasarkan kepada masyarakat luas.
Mushaf ini sebagai manuskrip al-Quran beriluminasi (berhias) berwarna penuh, dengan
menggunakan warna asas dan perpaduan warna lainnya. Motif iluminasi dari ciri khas pelbagai
corak negeri yang menghias indah pada muka surat tertentu. Sumber motif dan hiasan yang
digunakan adalah berdasarkan seni reka bunga, batik, flora dan fauna tempatan dari pelbagai negeri
yang ada di Malaysia. Contoh mushaf ini adalah seperti berikut:

Ilustrasi 9. (Kiri) Muka surat 139, surah al-An’am ayat 74-81 bertulis khat Naskhi ditulis sejajar kanan dan
kiri, tulisan berbaris rata tepi kanan dan kiri sebanyak 15 baris. (Tengah) Muka surat 312, surah
Maryam ayat 1-11 bertulis khat Naskhi ditulis sejajar kanan dan kiri sebanyak 13 baris, ditambah
kepala surah Maryam dengan khat Thuluth dan al-Basmalah dengan khat Naskhi. (Kanan) Muka
surat 628, terkandung surah al-Masad ayat 1-5 dan al-Ikhlas ayat 1-4 dengan khat Naskhi sejajar
di tengah, ditambah nama surah bertulis khat Thuluth dan al-Basmalah dengan khat Naskhi.

Ciri-ciri Mushaf al-Quran Malaysia

Negara Malaysia telah berjaya melahirkan mushaf tulisan tangan yang indah bertaraf cetakan
koleksi dan mencapai kepiawaian Antarabangsa dalam bidang penerbitan kitab suci al-Quran.
Kerana membina sesuatu yang berkualiti bukan perkara mudah. Kejayaan membina mushaf
merupakan perkara besar yang harus dibanggakan. Bahkan perkara yang perlu menaikkan nama
Islam di mata dunia sehingga mendapat pengiktirafan sebagai salah sebuah negara yang dianggap
sebagai contoh. Kejayaan mencapai kualiti tinggi dalam penerbitan al-Quran termasuk di dalam
senarai kejayaan menyumbang kepada wawasan negara. Oleh itu, berikut menjadi ciri kebanggan
mushaf tersebut:

 Mushaf ini dikeluarkan melalui Yayasan Restu dapat menjadi bukti adanya potensi yang
tetap ada pada orang Melayu dengan mencerminkan seni budaya masyarakat dari 14 negeri
di Malaysia.

26
 Mushaf ini adalah bahagian daripada satu ibadat. Di zaman sebelum ada percetakan,
al-Quran terpaksa ditulis dengan tangan, kerapkali di atas kulit atau daun. Mereka yang
menghasilkan al-Quran tulisan tangan ini, memberi perhatian bukan sahaja kepada tulisan
yang baik tetapi juga kepada hiasan.
 Mushaf ini menjadi satu cara untuk mengekalkan apa yang dipanggil oleh orang Melayu
sebagai tulisan Jawi yang berasal dari tulisan Arab. Seni tulisan Arab atau khat adalah
antara seni tulisan yang mencerminkan keindahan seni halus dalam Islam, sebab tulisan
khat dapat membuktikan tulisan tersebut boleh menjadi begitu cantik dan menarik.
 Melalui mushaf ini bukanlah merubah al-Quran kerana ia tidak akan berubah. Walaupun
ada yang cuba menulisnya semula tetapi umat Islam tidak menerima sebarang pindaan
kepada al-Quran demikian pula dengan mushaf ini. Kononnya ini adalah percubaan untuk
mengubah al-Quran. Padahal tidak ada perubahan yang dibuat kepada al-Quran kerana ia
mengandungi wahyu daripada Allah SWT.
 Sesungguhnya al-Quran adalah panduan yang terpenting untuk umat Islam. Oleh itu mushaf
ini juga merupakan pedoman bagi masyarakat Melayu agar tidak berpecah dan bermusuh
sesama sendiri, sebabnya bukanlah Islam dan al-Quran yang menjadi penyebab tetapi
tafsiran yang berbeza-beza yang dibuat oleh ulama-ulama di zaman dahulu dan sekarang.
al-Quran bukan hanya hiasan walaupun penulisannya perlu mencerminkan penghargaan
tinggi oleh umat Islam. Ia menjadi rujukan penting bagi umat Islam.
 Mushaf ini menjadi kebanggaan masyarakat Melayu sebagai hasil tulisan yang cantik dan
menarik ini, kerana ia memiliki rekaan hiasan bidai atau kerangka ayat. Menggunakan
motif-motif daripada bunga, corak-corak geometri sebagai panduan asas untuk rekaan
tersebut. Tata warna yang tersusun cantik dan menarik untuk setiap elemen, kemudian ada
lakaran menggunakan emas dan warna-warna lain. Proses meletakkan lakaran emas dan
pewarnaan ini semuanya dibuat dengan menggunakan tangan.
 Selesai lakaran hiasan tersebut, proses untuk menyalin semula juga bukanlah semudah
menyalin kerja sekolah rakan yang lain. Sebelum menyalin, terlebih dahulu dibaca terrlebih
dahulu muka surat yang ingin disalin dengan berulang-ulang kali sehingga lancar.
Kemudian lakaran menggunakan pensil dibuat sebelum dibaca dan disemak juga berulang-
ulang kali untuk mengelakkan daripada sebarang kesilapan dilakukan.
 Mushaf ini mengalami proses semakan berulang kali, barulah pakar-pakar khat menulisnya
dengan menggunakan batang resam. Hanya batang resam yang berkualiti sahaja yang
digunakan. Proses pencarian batang resam ini juga diselia oleh mereka yang pakar dalam
pembuatan alat penulisan tersebut.
 Proses penulisan mushaf ini menggunakan alat penulisan yang lain untuk menulis titik atau
baris-baris yang lebih halus. Sekiranya terdapat kesilapan besar, terpaksa ditulis semula
keseluruhan halaman tersebut. Ia sememangnya proses yang rumit. Proses penulisan khat
ini juga diselia oleh presiden seni khat kebangsaan untuk memastikan kualiti penulisan khat
yang digunakan tepat dan baik.
 Proses untuk menyiapkan sebuah Mushaf ini mengambil masa sehingga tiga tahun
disebabkan prosesnya yang sangat rumit. Setiap hari kebiasaannya seorang penulis khatnya
hanya akan dapat menyiapkan satu muka surat sahaja bermula daripada juz pertama
sehingga ke juz 30.
Demikianlah proses penyalinan dan penyediaan al-Quran Mushaf Malaysia ini yang
dihasilkan bukanlah perkara yang mudah. Hal ini merupakan usaha keras yang dibuat oleh mereka-
mereka yang meninginkan khazanah Islam tetap kekal dipersada bumi Nusantara. Bahkan setiap
bahan, corak, warna, penulisan dibuat dengan teliti oleh mereka-mereka yang pakar dalam bidang
masing-masing sehingga mushaf Malaysia ini wujud sehingga ke hari ini. Bahkan proses

27
penyalinan mushaf ini bukanlah yang dibuat tidak sabar dan tergesa-gesa tetapi sebaliknya segala
kekuatan telah dicurahkan demi kejayaan usaha bersama ini. Kerana memang penelitian dan proses
yang memerlukan kemahiran yang tinggi ini patut dipuji keranan dengan menyediakan hasil seni
yang begitu cantik lagi menarik minat lebih ramai orang membaca al-Quran melalui mushaf ini
adalah usaha dakwah yang sangat hebat tiada tolak bandingnya.

Macam-macam Mushaf al-Quran Malaysia

Mushaf al-Quran Malaysia, memiliki pelbagai jenis jika dibandingkan dengan mushaf-mushaf
lainnya. Ianya sebagai usaha memperkaya dan mempermudah bagi orang-orang Islam dalam
membuat pilihan. Kepelbagaian pilihan dan cetakan tersebut adalah:

Pertama, Mushaf al-Quran Malaysia Taba’ah Ma’ārij al-Jamal (Cetakan awam): Mushaf
ini menggunakan percetakan berkualiti, memiliki corak dan motif budaya Melayu. Penggunaan
hiasan corak yang cantik, di mana satu motif berbeza sebanyak 20 muka suratnya direka dan
dijadikan sebagai hiasan setiap 20 muka surat yang berbeza pula dengan lembaran berikutnya.
Sejumlah rekaan corak dan motifnya telah menghiasi setiap lembaran-lembaran mushaf ini yang
berwarna-warni sehingga ke lembaran muka surat terakhir. Proses mewarnai dengan mengambil
masa selama 5 (lima) tahun untuk disiapkan secara keseluruhannya. Sementara proses penyelesaian
secara keseluruhan, sehingga mushaf ini boleh diguna, dianggarkan menghabiskan sebanyak RM. 6
(enam) juta. Contoh lembaran muka terakhir mushaf untuk cetakan awam ini seperti berikut:

Ilustrasi 10. (Kiri) Muka depan mushaf Malaysia yang terkandung dalamnya surah al-Fatihah ayat 1-7
dengan menggunakan khat Naskhi ditulis sejajar kanan dan kiri, hiasannya bermotif budaya
Melayu bercorak iluminasi tumbuhan dan bunga-bungaan. (Tengah) Muka hadapan mushaf
al-Quran untuk cetakan awam). (Kanan) Muka surat terakhir halaman 630, iaitu surah al-Nas
ayat 1-6 dengan menggunakan khat Naskhi ditulis sejajar di tengah, ditambah nama surah
dengan khat Thuluth dan al-Basmalah dengan khat Naskhi.

Kedua, Mushaf al-Quran Malaysia Taba’ah Ain al-Taqwa (Cetakan koleksi): Mushaf ini
melalui proses pencetakan berkualiti tinggi, memiliki lebih daripada 1000 (seribu) motif seni visual
Melayu yang mewakili setiap negeri seluruh Malaysia. Penggunaan hiasan menarik, di mana satu
motif berbeza direka untuk dijadikan sebagai hiasan setiap 2 (dua) juz, sebelum masuk ke juz
berikutnya. Sejumlah 328 (tiga ratus duapuluh lapan) rekaan lainnya telah diguna dan setiap dua
muka surat mempunyai rekaan lain berwarna-warni. Proses rekaan sangat panjang mengambil
314,000 jam kerja sehingga tulisan ini siap keseluruhannya, hal ini mengambil masa selama lima
tahun untuk disiapkan. Sementara proses penyelesaian secara keseluruhan sehingga mushaf ini
boleh dipamerkan. Mushaf ini, disiapkan cetakan khas menjadi 3 (tiga) jilid dengan meliputi kulit
luaran terbuat daripada kulit asli berkualiti tinggi. Kertas pula terbuat daripada kulit kambing
berkualiti bebas asid yang menjadi bahan utamanya. Mushaf al-Quran Malaysia ini juga dicetak
secara keseluruhannya terhad kepada hanya 300 set yang masing-masing salinan mempunyai
nombor siri.
28
Ketiga, Mushaf Malaysia dan terjemahannya iaitu mushaf yang dirasmikan penggunaannya
oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tarikh, 10
September 2005 di Masjid al-Taqwa Mak Mandin Pulau Pinang. Penerbitan al-Quran terjemahan
ini di bawah pengawasan bahagian mushaf al-Quran di Jabatan Pejabat Perdana Menteri, sejak
tarikh 24 Disember 2004. Mushaf al-Quran dan terjemahannya adalah mushaf al-Quran yang
memiliki kelebihan seperti berikut: Tulisan yang digunakan adalah standar mushaf Rasm Uthmani,
mudah dan senang untuk dibaca. Terjemahan ini di bawah seliaan Yayasan Restu dalam mengawal
terjemahan dan penafsirannya. Dan tejemahan ini menggunakan bahasa mudah dan memudahkan
pembaca untuk memahaminya.
Keempat, Juz Amma Multimedia (QUMP) adalah mushaf multimedia yang dilancarkan dan
dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi,
bersamaan tempat, tarikh dan tahun dirasmikannya mushaf al-Quran Malaysia dan terjemahannya.
Juz Amma ini adalah projek terakhir Departemen Sofware dan Multimedia di bawah Yayasan Restu
Shah Alam. QUMP menggunakan program standar al-Quran Multimedia. Media ini bertujuan ingin
memperkenalkan objektif dan tujuan mushaf ini yang diterbitkan kepada semua umat manusia
terutama umat Islam. Selain itu, melalui aplikasi ini bertujuan ingin memperkukuh umat Islam
dalam penggunaan ICT. Kandungan projek ini berupa pedoman dan rujukan seperti: Juz amma
digital, Madrasah al-Quran (Sekolah al-Quran), Pokok tajwid (Dasar bacaan), Manhaj tahfiz
(Kaedah penghafazan) dan Juz amma untuk kegunaan halaqah. Contoh lembaran mushaf al-Quran
terjemahan ini seperti berikut:

Ilustrasi 11. (Kiri) Sampul hadapan mushaf al-Quran Malaysia dan Terjemahannya dengan menggunakan
tulisan khat Kufi. (Tengah) Muka surat depan yang terkandung surah al-Fatihah dengan
menggunakan khat Naskhi ditulis dengan sejajar kanan dan kiri. (Kanan) Muka surat 375 yang
terkandung surah al-Syu’ara ayat 1-18 dengan menggunakan khat Naskhi kemudian ditulis
sejajar kanan dan kiri. Hiasan motif bercorak bunga dan bercorak menyambung.

Inilah beberapa huraian jenis dan kelebihan yang dimiliki oleh mushaf Malaysia, sehingga
memungkinkan mushaf ini boleh menjadi mushaf al-Quran rujukan terulung di Nusantara pada
masa-masa mendatang. Di samping kepelbagaian tersebut, dapat memberikan keunggulan-
keunggulan tersendiri bagi Mushaf al-Quran ini, sekali gus menambahkan lagi satu khazanah Islam
yang agung perlu dijaga dan dilestarikan sehingga ke anak cucu.

Kelebihan dan Kelemahan Mushaf al-Quran Malaysia

Kewujudan mushaf al-Quran Malaysia sebagai mushaf yang ditulis di Nusantara memiliki
keistimewaan, kelebihan, keunggulan dan kelemahan yang perlu dikritisi dan perlu ditela’ah
kembali. Untuk lebih jelasnya perbahasan ini seperti berikut: Melalui Keistimewaan mushaf al-
Quran Malaysia, Mushaf ini memiliki tulisan ayat-ayatnya yang menggunakan kaedah khat Naskhi,
nama surah menggunakan khat Thuluth, memiliki ragam hiasan yang melakarkan budaya setempat,
semua yang menyangkut surah-surah, tanda bacanya, tajuk dan keterangan surah, halaman dan
tanda tashih, letak ayat sajadah hingga keterangan mendasar menggunakan standar Rasm Uthmani.
29
Mushaf ini ditulis dan direka dengan menggunakan resam sejenis pokok paku pakis dan
menggunakan dawat hitam, kertas putih berkualiti tinggi serta menggunakan pewarna dalam corak
iluminasinya yang mengandungi emas bubuk 24 karat.

Selain itu, mushaf ini juga ditulis dengan memakan masa selama 5 (lima) tahun, ditulis oleh
penulis khat dan pereka pakar tempatan demi untuk mengangkat seni dan kebudayaan Islam di
negara Malaysia. Mushaf al-Quran ini diterbitkan atas dukungan pemerintah dan kerajaan negara
setempat. Proses penulisan keseluruhan mushaf di antara tahun 1991-1998 dengan adanya bantuan
pakar perunding pelaksana mushaf dari negara Indonesia, iaitu Machmud Buchari tiem penyusun
Mushaf al-Quran Istiqlal. Mushaf ini juga menjadi rujukan yang berada di tengah-tengah
masyarakat Islam kini di Malaysia, tentunya diharap dapat berdampak positif dan bahkan
bermanfaat untuk memperkukuh tamadun Islam di Nusantara di masa akan datang.

Kelebihan mushaf al-Quran Malaysia, Mushaf ini di antaranya adalah diterbitkan dalam
beberapa pilihan, dicetak untuk orang awam, dicetak sebagai koleksi muzium, dicetak untuk
terjemahan, dicetak berbagai motif persi surah yasin, dicetak berbentuk juz Ammah dan
multimedia, dicetak sebagai rujukan bagi tahfiz dan lain-lain. Tulisannya adalah jenis khat Naskhi
dengan tertulis cantik yang jelas dan mudah dibaca, hiasan dan motifnya sangat menarik setiap 20
muka surat, cetakannya senang untuk didapat di kedai-kedai dengan harga terjangkau, bentuknya
tidak terlalu besar sehingga ringan untuk dibawa, nilai seninya pelbagai sehingga menarik untuk
dikaji. Selain itu, mushaf ini telah dicetak berulang kali dan tersebar sehingga dapat dilihat serta
dibaca, diteliti dan nikmati oleh semua umat Islam di seluruh Semenanjung Malaysia mahupun
Sabah dan Serawak sehingga ke Asia Tenggara. Kelebihan yang dimiliki ini, tentunya diharapkan
dapat menjadi solusi dari pelbagai permasalahan hidup umat Islam sama ada mengenai ilmu,
syariat, akhlak mahupun kerjaya atau profesyen lainnya.

Kelemahan mushaf al-Quran Malaysia, Kelemahan mushaf ini di antaranya ialah belum
banyak diguna pakai secara menyeluruh di beberapa masjid dan intitusi di Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Serawak jika dibandingkan dengan mushaf-mushaf lainnya yang biasa didapati di
pasaran. Oleh sebab itu, diharapkan agar kelemahan ini dapat diberi perhatian secara positif oleh
mana-mana dan oleh semua pihak yang terlibat menghasilkan mushaf al-Quran ini, agar ianya dapat
memberikan manfa’at besar dan menyeluruh kepada masyarakat serta dapat mendukung gagasan
awal pembuatan mushaf, sekali gus dapat membantu memberikan dorongan baru kepada umat,
dalam menumbuhkan kecintaan kepada mushaf sebagai pedoman hidup umat Islam.

Perbandingan Mushaf Istiqlal dengan Mushaf Malaysia

No. Aspek Mushaf Istiqlal Mushaf Malaysia

1 Alat tulis Maker Kalam dari


kayu/logam
2 Tinta Tinta spidol* Tradisional/impor
3 Kertas Samson* (tampak Kertas Eropa atau
seperti kertas semen) dluwang
dari pabrik modern
4 Jenis tulisan Naskhi, tidak tebal- Naskhi, tebal-tipis
tipis
5 Tanda akhir ayat Bulatan kosong Bulatan kosong

30
6 Iluminasi Ada di awal, tengah Ada di awal, tengah
(hiasan) dan akhir Al-Qur’an dan akhir Al-Qur’an
7 Rasm Usmani Imla’i

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, dapatlah didirenungi bahawa sejarah panajng kemunculan mushaf-mushaf


al-Quran di dunia Islan umumnya dan di Nusantara khususnya menjadi satu laluan penting dalam
mempertinggi nilai-nilai seni dan budaya Islam meneruskan aktiviti-aktiviti penulisan tersebut
sehingga dapat menjadi wasilah untuk pengekalan kitab suci al-Quran sehingga kini. Dalam
perbincangan ini menjadi bukti gambaran keunikan dua mushaf di Nusantara iaitu Mushaf Istiqlal
Jakarta Indonesia dan Mushaf Tab’an Ain at-Taqwa Malaysia yang dapat menjadi warisan lestari
tidak ditelan zaman sehingga bila-bila masa, selain ianya boleh dijadikan sebagai lambang kesenian
unggul dalam tamadun Islam di Nusantara yang dapat setanding dengan kesenian lainnya di dunia.

Mushaf Istiqlal merupakan satu mushaf unik yang lahir di tengah-tengah masyarakat
Indonesia yang memberi gambaran asas seni dan budaya dari 27 provinsi dari Sabang sampai
Merauke dengan terwakili dalam bentuk corak iluminasinya yang indah, menggunakan seni khat
Naskhi. Setiap awal surah ditulis di awal halaman dan setiap awal juz ditulis dengan huruf lebih
tebal dan terletak di pelbagai posisi, yakni di awal atau di tengah muka suratnya. Corak
iluminasinya direkabentuk oleh para pakar desain grafik Indonesia dengan gaya khas budaya dari
seluruh provinsi. Setiap halaman memuat 13 baris, kecuali halaman akhir surah yang kadang-
kadang diisi dengan corak iluminasi tertentu. Di samping itu, ada corak iluminasi untuk Surah al-
Fatihah (ummul-Quran), tengah mushaf (nisful-Quran), dan akhir mushaf (khatmul-Quran) yang
direka khusus dan disebut sebagai "iluminasi Nusantara". Setiap 22 muka surat, corak iluminasi
berganti dari satu wilayah budaya ke wilayah budaya lainnya. Jumlah muka suratnya sebanyak 970,
lebih banyak daripada mushaf biasanya. Alat tulis digunakan ketika menulis adalah handam atau
resam. Dawat yang digunakan adalah hitam dan kertasnya berjenama Durex berasal dari Jerman.
Mushaf al-Quran Malaysia Taba’ah Ain al-Taqwa pula merupakan cetakan berkualiti
tinggi, memiliki lebih daripada 1000 (seribu) motif seni visual Melayu dengan mewakili setiap
negeri seluruh Semenanjung Malaysia. Penggunaan hiasan menarik, di mana satu motifnya berbeza
direka untuk dijadikan sebagai hiasan setiap dua juz sebelum masuk ke juz berikutnya. Sejumlah
328 rekaan lainnya telah digunakan dan setiap dua muka surat mempunyai rekaan lain berwarna-
warni. Proses rekaan sangat panjang mengambil masa 314,000 jam kerja sehingga tulisan ini siap
secara keseluruhannya, hal ini mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan sehingga
mushaf ini boleh dipamerkan. Mushaf ini, disiapkan cetakan khas menjadi tiga jilid dengan meliputi
kulit luaran terbuat daripada kulit asli berkualiti tinggi. Kertas pula terbuat daripada kulit kambing
berkualiti bebas asid yang menjadi bahan utamanya. Mushaf Malaysia ini juga dicetak secara
keseluruhannya terhad kepada hanya 300 set yang masing-masing salinan mempunyai nombor siri.
Demikian dua perkembangan mushaf al-Quran ini yang sangat diharapkan untuk dapat
memperkenalkan lebih luas lagi khazanah dan warisan Nusantara sebagai mushaf al-Quran yang
cantik dan menarik bagi pembacanya sekali gus sebagai satu manifestasi seni dan budaya yang
menjadi kekayaan tamadun Islam dunia. Kedua mushaf ini boleh dan patut terus dipelihara dan
perlu dikekalkan berlandaskan syariat Islam agar tetap terus diterapkan dalam kehidupan umat
Islam di Indonesia dan Malaysia khususnya dan di Asia Tenggar umumnya. Selain itu, semoga
tulisan ini diharap dapat menterjemahkan sebahagian intisari tulisan mushaf al-Quran berhubung
manifestasi seni dan budaya yang di dalamnya dapat direalisasikan melalui aktiviti penulisan dan
31
percetakan untuk menyokong kehebatan tamadun Islam dari masa ke masa berdasarkan redha Allah
SWT .

RUJUKAN

Al-Quran dan Terjemahannya. 1986. Jakarta: Departemen Agama Republik Indonesia.


Al-Quran Mushaf Malaysia Taba’ah Ma’arij al-Jamal. 1999. Shah Alam: Yayasan Restu.
Abdul Gani Samsudin, et al. 2001. Seni dalam Islam. Petaling Jaya: Intel Multimedia and
Publication.
Abdul Karim Husein. 1971. Khat seni kaligrafi: Tuntunan menulis halus huruf Arab. Semarang:
Menara Kudus.
Ali Akbar. 1995. Kaedah menulis kaligrafer dan karya-karya master. Cet. III. Jakarta: Pustaka
Firdaus.
Ali Akbar. 2005. Kaligrafi dalam mushaf kuno Nusantara: Tela’ah naskah-naskah koleksi
perpustakaan nasional RI. Tesis sarjana di Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya. Jakarta:
Universitas Indonesia.
Annabel Teh Gallop. 2004. Seni mushaf di Asia Tenggara. (terj. Ali Akbar). Lektur. Vol. 2. No. 2,
Jakarta: Puslitbang Lektur Keagamaan.
al-Azam. 2005. Sejarah teks al-Quran dari wahyu sampai kompilasi. Jakarta: Gema Insani Press.
Badan Penelitian dan Pengembangan Agama. 1984-1985. Mengenal mushaf al-Quran Standar
Indonesia. Jakarta: Departemen Agama Repulik Indonesia.
Booklet mushaf Istiqlal. 1995. Bayt Istiqlal: Jakarta.
Bruinessen, Martin van. 1995. Kitab kuning, pesantren dan tarekat: Tradisi-tradisi Islam di
Indonesia. Bandung: Mizan.
C. Israr. 1985. Dari teks klasik sampai ke kaligrafi Arab. Jakarta: Yayasan Masagung.
Didin Sirajuddin, A.R. 1985. Seni kaligrafi Islam. Jakarta: Pustaka Panjimas.
Endang Sudrajat. Perkembangan penerbitan dan problema pentashihan. Kertas kerja pada
Lokakarya Penerbit Mushaf al-Quran. Bekasi, 29-30 Mac 2011.
Ghazali Darussalam. 2001. Sumbangan sarjana dalam tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan
Publication and Distributors.
Ismail Hamid. 1985. Peradaban Melayu dan Islam. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Kamil Baba. 1992. Terj. Didin Sirojuddin, AR. Dinamika kaligrafi Islam. Jakarta: Darul Ulum
Press.
Kamus besar bahasa Indonesia. 1988. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik
Indonesia.
Kamus Dewan (edisi baru). 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Makmur. 2011. Sejarah perkembangan seni khat di Nusantara: Kajian perbandingan di Muzium
Kesenian Islam Malaysia dan Yayasan Restu (Malaysia) dengan Lembaga dan Pondok
Kaligrafi al-Quran LEMKA (Indonesia). Tesis P.hD di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Manja Mohd. Ludin, A. Suhaimi Hj. Mohd. Nor. 1995. Aspek-aspek kesenian Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
M. Gazali. 1998. Ornamen Nusantara: Studi tentang ornamen mushaf istiqlal. Tesis P.hD di
Universitas Islam Negeri Syahid Jakarta.
M. Ibnan Syarif. 2003. Ketika mushaf menjadi indah. Bandung: Fakultas Seni Rupa dan Desains,
Institut Teknologi Bandung (ITB).
Mustafa Haji Daud. 1997. Al-Quran sumber tamadun Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM).

32
Muhammad Uthman El-Muhammady. 1977. Peranan Islam dalam Pembentukan Kebudayaan
Melayu Islam dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia
dan Sukan.
Nik Hassan Suhaimi. 2000. Kesenian Melayu: Roh Islam dalam Penciptaan. Mohd Taib Osman
Etal (ed), Tamadun Islam di Malaysia.
Peeters, Jeroen. 1995. Palembang revisited: Further notes on the printing establishment of Kemas
Haji Muhammad Azhari, 1848. International institute for Asian studies (IIAS) yearbook.
Proudfoot, Ian. 1994. Malay books printed in Bombay: A report on sources for historical
bibliography. Kekal abadi.
Salim, Erwin Y. Gairah penerbitan al-Quran Indah. Gatra, 7 September 2011.
Sayyed Hussein Nasr. 1987. Spiritualitas dan seni Islam. Bandung: Mizan.
Seni rupa Islam Malaysia tradisional dan sezaman. 1991. Kuala Lumpur: Departemen Kesehatan.
Sidi Gazalba. 1977. Pandangan Islam tentang kesenian. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Yasin Hamid Safadi. 1978. Islamic calligraphy. London: Thames.
Yunardi, E Badri. 2005. Sejarah lahirnya mushaf standar Indonesia”. Lektur. 3 (2): 279-300.

Rujukan tambahan

Ahmad Sarwat.irfanirsyad.wordpress.com. Shared+Mencari Sinar KasihMu+Malaysian +Bloggers


2all Bloggers.
Gallop, Annabel Teh, Islamic manuscripts from the Philippines in U.S. collections: A preliminary
listing, including two printed Qur’ans, http://www.oovrag.com/bibliography/
bibliography13.shtml
Muzium Kesenian Islam Malaysia. Jalan Lembah Perdana. Kuala Lumpur. www.google.com.
Kesenian Islam dalam Negara. Tarikh, 9 Januari 2013.
Mushaf al-Quran Standar Indonesia (Uthmani). 2004. http://quran-nusantara.blogspot.com/2012/11
mushaf-standar-indonesia-usmani-2004.html.
Mushaf al-Quran Standar Indonesia (Uthmani). 2008. http://quran-nusantara.blogspot.com/2012/11
mushaf-standar-indonesia-usmani-2008.html.
Mushaf al-Quran Standar Indonesia (Uthmani). 2011. http://quran-nusantara.blogspot.com/2012/11
mushaf-standar-indonesia-usmani-2011.html.
Mushaf al-Quran Standar Indonesia (Bahriyah). 1991. http://quran-nusantara.blogspot.com/2012/11
mushaf-standar-indonesia-bahriyah-1991.html.

http://quran-nusantara.blogspot.com/2012/08/normal-0-false-false-false-in-x-none-ar_26.html.
http://quran-nusantara.blogspot.com/2012/04/mushaf-cetakan-palembang-1848-mushaf.html.
http://quran-nusantara.blogspot.com/2012/04/quran-cetakan-palembang-1854-kolofon.html.
http://quran-nusantara.blogspot.com/2012/04/bali-koleksi-masjid-agung-jami.html,
http://quran-nusantara.blogspot.com/2012/09/mushaf-cetakan-singapura.html.
http://quran-nusantara.blogspot.com/2012/10/mushaf-al-quran-standar-indonesia.html.
http://quran-nusantara.blogspot.com/2013/02/mushaf-indonesia.html.
http://quran-nusantara.blogspot.com/2012/11/mushaf-karya-rahmatullah.html.
http://quran-nusantara.blogspot.com/2012/11/mushaf-karya-safaruddin.html.
http://quran-nusantara.blogspot.com/2013/04/bibliografi-mushaf-standar-indonesia.html.
http://quran-nusantara.blogspot.com/2012/11/mushaf-standar-indonesia-usmani-2004.html.
http://quran-nusantara.blogspot.com/2013/02/mushaf-indonesia.html.
http://academia.edu/2637901/percetakan_mushaf_al-quran_di_indonesia.
Yayasan Retu. 2007. http://www.mushaf.com.my dan e-Mail: info@mushaf.com.my.

33

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai