Anda di halaman 1dari 7

PENDAHULUAN

Ilham penulisan PENGANTAR KOMUNlKASI terhasil menerusi senario


semasa yang menyaksikan kepentingan dan dinamika ilmu komunikasi
dalam memasyarakatkan manusia. Komunikasi tidak harus hanya
dipandang sebagai satu bidang memahami penyaluran makna ataupun
penyampaian mesej. Sebaliknya hari ini, komunikasi adalah satu wadah
sains sosial. Kecanggihan teknologi perhubungan manusia hari ini adalah
hasil kedinamikan wacana komunikasi. Pada masa yang sarna juga ilmu
komunikasi tidak wajar apatah lagi terus disinonimkan dengan pengajian
media massa. Pemahaman yang sedemikian rupa tidak seiring dengan
aliran pernikiran semasa yang bersifat multi dimensi.
PENGANTAR KOMUNIKASI bukan sekadar sebagai satu usaha
menyediakan bahan bacaan as as ilmu komunikasi kepada para
mahasiswa, tetapi ia juga dipersembahkan untuk meningkatkan lagi
pemahaman kepada segenap lapisan pembaca. Di samping itu buku ini
juga bertujuan menyediakan satu kerangka pemahaman ilmu komunikasi
yang bersifat kepelbagaian pendekatan dan kepelbagaian dimensi
bersesuaian dengan perubahan dunia hari ini. Selain itu penerbitan buku
ini adalah sebagai satu usaha penggandaan khazanah ilmu dalam bahasa
kebangsaan kita. Malah lebih penting lagi buku ini dikemukakan dan
diolah dalam konteks ilmu sejagat yang dilatari perspektif budaya
tempatan.
PENGANTAR KOMUNIKASI, memuatkan tiga belas bab yang
merangkumi tiga aspek utama yakni latar ilmu, asas kerangka ilmu dan
bidang aplikasinya. Bab 1 menyediakan pembaca dengan pengenalan
kepada ilmu komunikasi serta impak dunia hari ini terhadap ilmu
tersebut, Bab ini juga membincangkan konsep utama ilmu komunikasi.
Manakala dalam Bab 2 pula dikupas sejarah, perubahan dan
perkembangan ilmu komunikasi. Kesemua aspek tersebut dihurai dalam
konteks sejagat dan tempatan.
Dalam bahagian kedua, Bab 3 menjelaskan elemen utama yang
melengkapkan proses komunikasi. Manakala Bab 4 pula
membincangkan model komunikasi yang asas dan juga kontemporari.
Penghuraian model sedemikian rupa akan dapat membantu pembaca

IX
membuat perbandingan dan menganalisis perubahan dalam proses
komunikasi. Pemahaman terhadap bentuk komunikasi khususnya
PENGHARGAAN
komunikasi lisan dan bukan lisan dihuraikan dalam Bab 5. Dalam
memantapkan kefahaman pembaca terhadap kerangka ilmu komunikasi
maka dibincangkan jenis-jenis komunikasi dalam Bab 6. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah Fakulti dan
Kupasan dan pengenalan terhadap aplikasi bidang komunikasi Bahasa Moden yang menyumbangkan idea dan perbincangan dalam
dipersembahkan dalam bahagian ketiga buku ini. Dua bidang menjayakan penerbitan buku Pengantar Komunikasi. Kejayaan
komunikasi semasa yang kian menonjol dan begitu signifikan tetapi penerbitan buku ini adalah hasil komitmen penulis-penulis berikut:
amat kurang diwacanakan di Dunia Timur dikupas menerusi Bab 7
iaitu Komunikasi Organisasi dan Bab 9 Teknologi Komunikasi. /i5 Nurhafezah Yusof Pengenalan
Komunikasi Organisasi hari ini merupakan satu bidang yang amat /i5 Mohd Khairie Ahmad Perkembangan Pengajian
diperlukan dalam semua bentuk organisasi. Manakala kemunculan era Komunikasi
maklumat dan pengurusan elektronik menjadikan bidang Teknologi /i5 Saidathul Nizah Mat Tazin­ Elemen Komunikasi
Komunikasi begitu penting dalam urusan manusia mas a kini. /i5 Rosli Mohammed Model Komunikasi
Selain itu buku ini turut menghuraikan bidang-bidang komunikasi /i5 Mohd Baharudin Othman ­ Bentuk Mesej Komunikasi
yang dianggap tradisi seperti Komunikasi Pembangunan, Perhubungan /i5 Hassan Abu Bakar Jenis-Jenis Kornunikasi
Awam, Periklanan, Kewartawanan dan Komunikasi Massa. Kupasan /i5 Nuredayu Omar Komunikasi Organisasi
terhadap bidang-bidang tersebut menjurus kepada fungsi dan /i5 Mohd. Khairie Ahmad Komunikasi Pembangunan
peranannya dalam konteks keadaan semasa. /i5 Norsiah Abdul Hamid Teknologi Komunikasi
PENGANTAR KOMUNlKASI ini dihasilkan untuk memberi inspirasi /i5 Saidathul Nizah Mat Tazin­ Perhubungan Awam
kepada pembaca khususnya mahasiswa bagi mencorak pemahaman /i5 Bahtiar Mohamad Kewartawanan
yang baik terhadap ilmu komunikasi. Adalah diharapkan agar buku ini /i5 Sharina Samsudin Periklanan
mampu menyediakan satu korpus yang berguna sebagai asas untuk /i5 Sharina Samsudin Komunikasi Massa
mendalami ilmu komunikasi. Diharapkan agar PENGANTAR KOMUNlKASI
ini menjadi penjana terhadap penerbitan bahan bacaan ilmu komunikasi
dalam bahasa Melayu oleh Universiti Utara Malaysia. Ini selaras dengan
has rat Universiti sebagai universiti pengurusan dalam semua bidang
termasuklah bidang komunikasi.

Mohd Baharudin Othman


Mohd Khairie Ahmad
Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden
Universiti Utara Malaysia
April 2003

x xi
~
~

~ , . 1.
11 '!,-!......
!J
PENGENALAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, pelajar seharusnya dapat:

1. Menghuraikan definisi komunikasi.


2. Menerangkan fungsi komunikasi dalam masyarakat.

tanpa komunikasi adalah dunia yang sepi. Setiap


D UNIA
pergerakan, bunyi dan simbol adalah antara elemen­
elemen kehidupan yang berkomunikasi dengan kita sarna ada
secara langsung atau tidak langsung. Bidang komunikasi
dipelopori oleh sarjana Barat terutamanya dari Amerika
Syarikat. Kebanyakan kajian awal komunikasi bertujuan untuk
mengkaji pengaruh komunikasi bagi kepentingan ketenteraan,
kerajaan dan pihak industri media massa. Tercetusnya Perang
Dunia Kedua merupakan satu revolusi yang menyemarakkan
lagi bidang komunikasi di Barat dengan pelbagai kajian
dijalankan oleh para sarjana. Hasilnya, wujud teori dan model
komunikasi yang diolah daripada bidang sosiologi, matematik
dan pengurusan yang menjadi sebahagian daripada teori dalarn
bidang komunikasi. Nama-nama seperti Paul Lazarfeld, Carl
Hovland, Claude Shannon, Warren Weaver, David Berlo,
Harold Laswell, Wilbur Schramm dan Charles Osgood
merupakan perintis yang menyumbang kepada pembangunan
model komunikasi dan mencorakkan bidang pengajian
komunikasi.

Pengantar Komunikasi Pengenalan

Justeru, perspektif pengajian komunikasi di Malaysia masih terikat ditafsirkan sebagai diskriminasi respon atau penapisan mesej. Dalam
dengan model dari Barar disebabkan paradigma yang dibentuk pada hal ini, komunikasi dilihat sebagai proses penapisan mesej oleh penerirna.
asalnya dikuasai oleh para sarjana Barat. Bidang komunikasi di Malay­ Komunikasi juga ditakrifkan sebagai transmisi informasi yang
sia meliputi aspek kewartawanan, periklanan, perhubungan awam, mengandungi diskriminasi rangsangan dari sumber kepada penerima.
komunikasi pembangunan, komunikasi korporat dan yang terkini ialah Dari segi tujuan, sumber mempunyai tujuan yang tertentu apabila
kornunikasi teknologi maklumat. Tanpa elemen komunikasi yang efektif menyampaikan mesej kepada penerima.
dalam sesuatu transaksi akan mewujudkan salah faham yang akhirnya Dalam konteks perbincangan buku ini, kita mengemukakan takrifan
membawa kepada krisis komunikasi yang sukar dibendung. Oleh itu komunikasi dari pelbagai aspek dengan tujuan supaya takrifan
adalah penting untuk kira bermula dengan melihat apakah takrifan komunikasi boleh dilihat dari pelbagai perspektif menurut pandangan
sebenar komunikasi menurut perspektif akademik. Cara ini dan pemahaman individu ataupun kumpulan terbabit.
membolehkan kita memahami dengan lebih mendalam mengenai Dalam konteks definisi ini, komunikasi ditafsirkan sebagai proses
sejarah, elemen, model, bentuk dan jenis komunikasi yang akan dibincang pemahaman maksud yang disampaikan oleh pengirim kepada penerima
dalam bab-bab yang seterusnya. dengan rujuan kebaikan bersama. lni kerana sebarang proses komunikasi
yang tidak mewujudkan kefahaman adalah tidak bermakna. Tambahan
pula jika ianya bukan untuk tujuan kebaikan bersama tidak akan wujud
TAKRIF KOMUNlKASI keberkesanan proses komunikasi.
Setelah kita melihat tafsiran komunikasi, kita perlu pula meneliti
Apabila kita memperkatakan mengenai maksud komunikasi, pelbagai fungsi dan penggunaan komunikasi dalam kehidupan seharian. Fungsi
pihak akan menafsirkan menurut keperluan dan kefahaman masing­ komunikasi yang diutarakan juga mempunyai pelbagai perspektif sesuai
masing. Ada yang mengatakan komunikasi adalah berinteraksi, dengan bidang komunikasi yang berkembang pesat selaras dengan
berbincang ataupun berdiam diri. Menurut pandangan Dance (1970), perkembangan tamadun manusia.
terdapat 15 aspek komunikasi yang berbeza. Dalam perbincangan buku
ini, kita mengklasifikasikan takrifan komunikasi kepada 10 aspek yang
utama, lanya meliputi konsep seperti simbol, pemahaman, interaksi, FUNGSI KOMUNlKASI
penguiangan ketidakpastian, proses, replikasi memori, perubahan sikap,
rangsangan, niar, dan kuasa. Fungsi komunikasi yang disentuh di sini diambil daripada tiga
Dalam konteks simbol, komunikasi dilihat sebagai pertukaran perspektif yang berbeza sebagaimana dikemukakan oleh Laswell dan
verbal sesuatu idea dan pemikiran. Dari aspek pemahaman, komunikasi Wright (Baran & Davis, 2000), Gamble dan Gamble (Gamble dan
ialah proses memahami antara satu sama lain. Manakala aspek Gamble, 1999) dan Tim Pilgrim (pilgrim, 2001). Kita akan dapat
perhubungan, komunikasi ditakrifkan sebagai interaksi yang melihat fungsi komunikasi yang dinamik kerana pengaruh keperluan
membolehkan manusia mencapai pemahaman yang sama. Pengurangan semasa dan ledakan teknologi.
ketidakpastian pula merujuk kepada keperluan untuk mengurangkan Menurut Laswell dan Wright (Baran & Davis, 2000), fungsi
keraguan bagi membolehkan s esua tu mesej lebih efektif dan komunikasi boleh dikategorikan kepada empat bahagian iaitu
menguatkan keyakinan diri. Dalam aspek proses, komunikasi dilihar penyebaran informasi dan amaran, menjalinkan hubungan dengan
sebagai transmisi informasi, idea, emosi, kemahiran dengan penggunaan . kelompok-kelompok di dalam masyarakat, transmisi budaya masyarakat
simbol seperti gambar. Seterusnya, komunikasi adalah proses menarik dan hiburan.
perhatian individu lain untuk tujuan pengingatan semula. Ia juga

2 3
Pengantar Komunikasi Pengenalan

PENYEBARAN INFORMASI DAN AMARAN akibat masalah yang timbul dalam kehidupan seharian. Media cetak
dan elektronik menyediakan pelbagai bentuk hiburan sama ada bercorak
Komunikasi berfungsi untuk menyebarkan informasi semasa dan terkini lisan dan bukan lisan, Pelbagai rancangan hiburan disajikan kepada kita
mengenai keadaan persekitaran manusia. lanya juga bertindak setiap masa dan terpulang kepada individu untuk memilih yang terbaik
menyampaikan amaran yang berupa peringatan kepada sesebuah untuknya.
masyarakat atau kelompok yang terbabit contohnya apabila berlaku Menurut Gamble dan Gamble (1999), terdapat dua lagi fungsi
kecemasan seperti banjir kilat, jerebu dan ketiadaan air mahupun elektrik media massa yang relevan dengan konteks semasa. Antaranya ialah
di sesuatu kawasan. menentukan agenda masyarakat dan pemujukan.

MEN]ALINKAN HUBUNGAN DENGAN MASYARAKAT PENENTUAN AGENDA

Komunikasi berperanan menghubungkan kelompok-kelompok dalam Penentuan agenda bermaksud media massa berperanan menentukan
masyarakat menerusi isu-isu yang dibincangkan terutamanya yang mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Paparan media massa
berkaitan dengan kepentingan dan keperluan kelompok tersebut. yang kita terima setiap hari mempunyai mesej yang tertenru, Apabila
Contohnya, sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Raya Aidil Fitri, Tahun kita membaca, menonton dan melihat isu utarna yang mendapat
Baru Cina dan Deepavali. Tidak ketinggalan juga menerusi isu-isu perhatian dalam media massa, selalunya isu tersebut telah ditetapkan
nasional seperti mendaulatkan Bahasa Melayu dan perpaduan warga oleh pihak penerbit dan penyunting. Contohnya, isu pembangunan
Malaysia. Dalarn konteks inl, komunikasi dapat menjalinkan hubungan yang selalu mendapat perhatian utama media massa di Malaysia. Pihak
yang harrnoni antara kelompok-kelompok utama di Malaysia yang media berpendapat bahawa isu ini masih relevan dengan keadaan
berlainan budaya, agama dan amalannya. semasa. Oleh sebab itulah, ianya sering mendapat tempat dalam media
massa di Malaysia.
TRANSMISI BUDAYA MASYARAKAT
PEMU]UKAN
Media massa berjaya memaparkan budaya sesebuah masyarakat menerusi
siarannya. K.ita dapat melihat budaya kehidupan di Malaysia yang Dalarn konteks pemujukan media, ianya banyak digunakan dalam bidang
mempunyai pelbagai bangsa tetapi masih mengamalkan dasar toleransi periklanan sarna ada bercorak ekonomi, politik dan sosial. Fungsi ini
dan perpaduan yang kukuh. Tidak ketinggalan juga, kita berpeluang juga penting kerana ianya melibatkan kesan terhadap audien yang
untuk meneroka budaya hidup masyarakat barat dan timur yang agak menggunakan media. Mesej yang menarik dan cara penyarnpaian yang
berbeza dengan kita dengan menonron, mendengar dan membaca berkesan lazimnya dapat memikat hati audien dan secara tidak langsung
mengenainya di media massa. lni membolehkan kita mendapat informasi berjaya mempengaruhi minda dan sikap mereka secara beransur-ansur,
mengenai budaya orang luar danmemudahkan kita untuk Menurut Pilgrim (2001), fungsi komunikasi juga meliputi aspek
mengadaptasikan diri dengan budaya asing di sesuatu tempat. pendidikan, ekonomi dan politik.

HIBURAN PENDIDIKAN

Setiap hari kita mendapat hiburan melalui media massa. Fungsinya Komunikasi bertindak sebagai medium yang mendidik masyarakat
sebagai penghibur banyak membantu manusia menangani tekanan tentang sesuatu bidang. Pendidikan secara ini adalah mudah dan senang

4 5
Pengantar Komunikasi Pengenalan

difahami oleh masyarakat kerana ianya bersifat mesra-pengguna. itu, kita perhatikan setiap negara mempunyai corak media yang berbeza
Contohnya pendidikan tidak formal seperti cara menjaga kesihatan, sesuai dengan sisrem pemerintahannya. Ini membuktikan fungsi politik
kawalan penyakit, menjaga kebersihan dan mencegah kebakaran. Ada penting untuk diterapkan oleh media massa mengikut kesesuaian corak
juga rancangan media yang secara terus ke arah pendidikan formal politik sesebuah kerajaan.
seperti televisyen pendidikan. Fungsi ini membantu membenruk Walaupun fungsi komunikasi yang diterangkan secara keseluruhannya
masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berdaya saing dalam adalah berdasarkan konteks media massa, ianya merupakan fungsi yang
persekitaran global. relevan dengan konteks komunikasi secara umumnya. Oleh itu, apabila
kita melihat kepada jenis-jenis komunikasi seperti komunikasi
EKONOMI intrapersonal, interpersonal, kumpulan kecil, awam, organisasi,
pembangunan dan teknologi, semuanya mempunyai fungsi-fungsi yang
Fungsi ekonomi lebih mementingkan keuntungan yang diperoleh oleh tersendiri berdasarkan ciri-cirinya yang unik itu. Justeru, apa yang
sesebuah syarikar dan institusi. Media massa berperanan untuk diutarakan di dalam bab ini merupakan fungsi-fungsi komunikasi secara
meningkatkan keuntungan sesebuah syarikat. Periklanan memainkan umum menurut perspektif media massa yang menjadi asas bidang
peranan yang penting dalam fungsi ini. Ianya memperkenalkan sesuatu komunikasi dari segi akademiknya.
produk atau idea supaya masyarakat terpengaruh dan membeli produk
atau mengikuti idea yang disebarkan oleh pihak media.
KESIMPULAN
PEMERHATI
Komunikasi adalah satu proses pemindahan makna yang tersirat dari
Media massa bertindak sebagai pemerhati masyarakat terutamanya sumber kepada penerima untuk kebaikan bersama. Tujuan utama ialah
perkara yang berkaitan dengan kerajaan, badan-badan berkanun, supaya maksud mesej yang disampaikan oleh sumber difahami oleh
syarikat-syarikat swasta dan badan-badan bukan kerajaan. Tugas utama penerima. Fungsi-fungsi utama komunikasi sebagai penyebaran
pemerhati di sini ialah untuk memantau pergerakan dan aktiviti pihak­ informasi dan amaran, menjalinkan hubungan dengan kelompok­
pihak terbabit supaya selaras dengan peranannya dalam masyarakat. kelompok di dalam masyarakat, transmisi budaya masyarakat dan
Contohnya, penyelewangan kuasa oleh pegawai penguatkuasa sesebuah hiburan telah diperluaskan seiring dengan perkembangan teknologi,
majlis perbandaran akan disiarkan dalam media massa dengan tujuan kematangan pemikiran audien dan pengaruh globalisasi dalam
supaya mereka sedar akan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. masyarakat. Sekarang, manusia berupaya menafsir sendiri fungsi-fungsi
Peranan pemerhati di sini ialah untuk menyeimbangkan elemen so sial, komunikasi berdasarkan keadaan persekitaran dan penggunaan media
politik dan ekonomi sesebuah masyarakat. massa. Tidak dapat dinafikan, fungsi ini akan terus berubah sesuai
dengan peredaran zaman dan teknologi baru yang bakal muncul kelak.
POLITIK

Komunikasi juga berfungsi untuk mengekalkan sokongan terhadap


sistem pemerintahan. Ini dapat kita perhatikan dengan penentuan agenda
media massa. Gaya bahasa yang digunakan beserta slogan dan
kandungan menggambarkan penggunaan fungsi media massa sebagai
pengerak atau pemangkin kepada sistem politik sesebuah negara. Oleh

6 7

Anda mungkin juga menyukai