Anda di halaman 1dari 2

Revolusi telefon bimbit semakin berkembang maju seiring dengan era dan teknologi kini.

Pelbagai
aspek yang dilengkapkan dalam telefon bimbit dan kini sudah dikenali sebagai telefon pintar. Namun
begitu, pernahkah kita terfikir siapakah yang mencipta telefon bimbit dan apakah jenama peranti
yang paling awal mengeluarkan telefon bimbit.

Jurutera AT&T membangunkan “Cells” yang merupakan rangkaian untuk telefon bimbit.
Perkhidmatan telefon pertama pada tahun 1926 ditawarkan kepada penumpang kelas pertama di
Deutsche Reichsbahn. Kenderaan Persendirian yang dipasangkan dengan sistem telefon mudah alih
pertama dilancarkan di Sweden.

Jikalau melihat kepada sejarah peranti mudah-alih, ia bermula sejak daripada 1938 lagi, dimana pada
ketika itu, komunikasi melalui radio digunakan, dan lebih kepada peranti berupa seperti walkie-talkie,
dan pada ketika itu, memandangkan masih awal lagi, maka peranti mudah-alih yang dikeluarkan
adalah agak berat, dan tidak seperti sekarang.

Namun, sekiranya dilihat daripada evolusi dan sejarah telefon bimbit, ia bermula sekitar tahun 1973,
dengan Motorola yang menjadi awal, hadir dengan prototaip berfungsi yang dipanggil sebagai
DynaTAC

Pada 3 April 1973, jurutera Motorola Martin Cooper mengeluarkan prototaip telefon bimbit. Ia boleh
digunakan untuk bercakap selamat 35 minit dan bateri pula perlu dicas selama 10 jam. Motorola
DynaTAC 8000X pula dilancarkan pada tahun 1983, dan menjadi telefon bimbit pertama yang dijual
secara komersial dengan harga RM10.000.00 mengikut mata wang hari ini. Telefon ini boleh
digunakan selama 30 minit untuk berbual dan boleh menyimpan sehingga 30 kenalan.

Selain talian 2G diperkenalkan pada tahun 1992, SMS pertama menggunakan telefon bimbit juga
dihantar pada tahun yang sama. Peranti Nokia dan Motorola hadir dengan ciri sokongan sistem GSM
baru, yang membolehkan komunikasi dilakukan dengan selamat tanpa sebarang gangguan.

Peranti Nokia 3210 yang dikeluarkan pada tahun 1999 mendapat sambutan di pasaran dengan jualan
160 juta di seluruh dunia dan pada tahun 2000 pula Nokia mencapai kegemilangannya dengan
keluaran 3310 yang masih diingati sehingga ke hari ini. Peranti ini hadir dengan beberapa permainan
mudah alih dan kalkulator. Manakala pada 2010, Samsung keluar dengan Samsung Galaxy S yang
pertama.

Reka bentuk dan juga fungsi telefon bimbit semakin berkembang mengikut peredaran zaman dan
kemahuan masyarakat pada masa ini. Kini telefon pintar tidak lagi menggunakan teknologi 1G or 2G
tetapi telah menggunakan teknologi 3G dan 4G. Selain ciri dan teknologi, peranti kini juga dilengkapi
dengan ruang simpanan dan RAM yang besar, sesuai dengan kegunaan masa kini.

Pasaran telefon pintar kini dilihat berkembang seiring dengan perkembangan dunia teknologi. Oleh
sebab itu, tidak mustahil lebih banyak lagi syarikat pembangun baru yang akan muncul kelak. Malah,
tidak mustahil syarikat gergasi hari ini akan mengalami kejatuhan mendadak di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai