Anda di halaman 1dari 12

MIGRASI KELUAR DESA: KESAN KE ATAS

PERTANIAN DI DESA



PENDAHULUAN


Semenjak Malaysia mendapat kembali kemerdekaannya 56 tahun yang lau, kerajaan telah
berusaha membangunkan dan memanjukan sektor desa bertujuan meningkatkan status sosio-
ekonomi penduduk desa. Malaysia telah menggunakan pendekan tersepadu iaitu mewujudkan
peluang pekerjaan di sektor desa dan menghapuskan kemiskinan. Pelbagai rancangan, dasar dan
program telah dilaksanakan seperti Buku Hijau, rancangan Transformasi Pembangunan Sektor
Desa, Dasar Pertanian Negara (DPN) l-lll bagi tujuan tersebut selain mejadikan sektor tersebut
lebih menarik, terutama pelaburan dan keuntungan. Sungguhpun pelbagai kemajuan dan
kejayaan telah diperoleh namun masih lagi terdapat pelbagai isu dan masalah yang perlu
ditangani.


Sektor desa pada umumnya dilanda masalah iaitu kemiskinan dan pendapatan yang
rendah, gunatenaga tidak penuh, kadar pengangguran yang tinggi dan produktivitu buruh yang
rendah serta ketidaksetaraan desa bandar. Dalam senario itu, isu yang dihadapi ialah bagaimana
untuk menggerakkan semula dan mengekalkan pertumbuhan sektor desa atau pertanian yang
menurun (Chamhuri, 1988). Pelbagai dasar dan strategi untuk pembangunan desa dalam konteks
membasmi kemiskinan yang mempunyai kesan titisan ke bawah yang terbatas, selain daripada
kebocoran-kebocoran yang mengurangkan kesan usaha-usaha pembangunan desa (Chamhuri,
1989).


Paradigm pembangunan manusia atau insan cuba mewujudkan hubungan antara
perkembangan pendapatan dengan perkembangan pilihan yang terdiri bukan sahaja dari aspek
ekonomi tetapi merangkumi aspek-aspek pendidikan, kesihatan, suasana persekitaran yang
bersih dan kebersihan politik. Pendekatan ini tidak menolak kepentingan pertumbuhan ekonomi
kerana aspek ini penting untuk ditekankan dalam konteks pembasmian kemiskinan. Justeru,
pertumbuhan ekonomi dianggap sebagai sub-set kepada paradigm pembangunan manusia (Nor
Aini, 1999). Pelaburan dalam kesihatan, pendidikan dan kemahiran umpamanya boleh
menggalakkan anggota masyarakat untuk turut serta dalam proses pertumbuhan ekonomi. Apa
yang lebih penting ialah pertumbuhan ekonomi dapat diangihkan kepada anggota masyarakat
melalui dasar awam. Rancangan pembukaan tanah adalah antara program yang dilaksanakan
oleh kerajaan untuk membantu golongan miskin.


Teori modenisasi yang dikemukakan oleh ahli ekonomi Barat cuba mencari penyelesaian
kepada masalah kemiskinan melalui penerapan unsur-unsur pemodenan dalam sektor pertanian.
Melalui Felda, telah lahir skim pertanian yang moden dan cekap yang berjaya mengubah taraf
hidup peneroka. Kejayaan pertanian dicapai melalui kemudahan infrasturktur dan kemudahan
asas. Melalui cara ini, golongan miskin dapat diperkasakan melalui ekonomi dan pemodenan
sektor pertanian akan lebih mudah dilakukan apabila golongan miskin diberi saiz tanah yang
mencukupi. Walaupun rancangan pembangunan tanah merupakan satu kaedah yang baik, namun
satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah tidak semua golongan miskin dapat menyertai
program ini kerana halangan dari segi jumlah tanah yang terhad dan kos penyelenggaraan yang
tinggi.


Di Negara ini rancangan pembangunan tanah yang dilaksanakan oleh Lembaga
Kemajuan tanah Persekutuan atau Felda sejak tahun 1956 adalah di antara strategi yang digubal
ke arah membasmi kemiskinan dalam kalangan para petani. Saiz tanah yang kecil dan tidak
ekonomi dikatakan antara faktor yang menymbang kepada kemiskinan luar bandar di negara ini.
Agensi ini ditubuhkan bagi memajukan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian yang produktif
dan memaksimumkan hasil yang bermutu di samping membangunkan petempatan penduduk
yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan sosial yang lain.


Program ini ternyata membawa banyak manfaat kepada petani apabila sehingga tahun
1999, lebih 100,000 keluarga telah berjaya ditempatkan di 509 buah tanah rncangan. Setiap
peserta rancangan diberikan 4.1 hektar atau 10 ekar tanah yang ditanam dengan tanaman
komoditi, sementara seluas suku ekar disediakan untuk tapak kediaman. Program ini juga secara
langsung dapat menyelesaikan tiga masalah tanah iaitu kelaparan tanah, saiz tanah yang kecil
dan pemecahan tanah. Kesan secara langsungnya ialah para peserta rancangan berpeluang
membaiki taraf sosioekonomi keluarga mereka melalui aktiviti tanaman walaupun kadang kala
pendapatan mereka terjejas akibat kejatuhan harga di pasaran. Sungguhpun pelbagai kemajuan
dan kejayaan telah diperoleh namun masih lagi terdapat pelbagai isu dan masalah yang perlu
ditangani.

















KEMAJUAN DAN MASALAH SEKTOR DESA


Masalah kekurangan tenaga buruh yang berlaku berikutan daripada migrasi penduduk desa
terutamanya oleh golongan Bumiputera dari sektor pertanian ke sektor lain telah menyebabkan
kemerosotan dalam output dan produktiviti pertanian. Peratusan guna tenaga Bumiputera dalam
sektor pertanian telah berkurangan daripada 33.9 peratus pada tahun 1990 kepada 22.0 peratus
pada tahun 1995 dan terus menurun kepada 15.4 peratus pada tahun 2000. Sebaliknya, peratusan
penyertaan mereka dalam sektor pembuatan pula meningkat daripada 21.7 peratus kepada 31.1
peratus dan 36.1 peratus dalam tempoh yang sama (Malaysia, 1996a: 84-85). Migrasi keluar desa
telah memberikan kesan sosio-ekonomi ke atas output pertanian, produktiviti pertanian dan
pembangunan komuniti di kawasan tersebut dan juga masalah kekurangan buruh, penggunaan
buruh asing dan tanah terbiar.


Apabila kekurangan tenaga buruh, maka output pertanian juga berkurangan. Output
pertanian adalah bergantung kepada penggunaan tanah, tenaga buruh dan teknologi. Migrasi
keluar desa secara langsung mempunyai kesan ke atas penggunaan ketiga-tiga faktor
pengeluaran tersebut dan seterusnya dapat mempengaruhi keluaran pertanian. Sebagai contoh,
output pertanian adalah berbeza mengikut daerah, sektor dan tanggapan terhadap masalah
kekurangan buruh. Apabila penggunaan tenaga buruh berkurangan maka hasil pengeluaran
pertanian juga berkurangan. Hal ini demikian kerana penggunaan tenaga buruh meminkan
peranan yang penting dalam menentukan tingkat output pengeluaran dalam pertanian.

Selain daripada itu, produktiviti pertanian juga akan terjejas ekoran daripada migrasi
keluar desa. Hal ini demikian kerana produktiviti pertanian rendah disebabkan oleh masalah
kekurangan buruh ekoran daripada migrasi keluar desa. Tenaga kerja yang terlibat dalam
kegiatan pertanian adalah tidak produktif iaitu sama ada tenaga kerja yang terlalu muda atau
terlalu tua. Oleh hal yang demikian, ia menimbulkan ketidakekonomian ke atas penggunaan
tanah yang diusahakan dan seterusnya membawa kepada masalah tanah terbiar serta menjejaskan
pertumbuhan dan pembangunan di sektor pertanian.
Masalah ini menjadi lebih serius sekiranya sektor pertanian itu amat bergantung kepada
tenaga buruh seperti sektor getah dan kelapa. Selain mengupah buruh asing, pelaburan dalam
barangan modal petanian dengan wang kiriman yang diterima daripada anak merupakan satu
langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah kekurangan buruh. Penggunaan mesin dan
teknologi moden dalam pertanian bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan ke atas sektor
pertanian dengan memperbaiki nisbah tanah-buruh, malah ia dapat meningkatkan output dan
produktiviti pertanian.


Migrasi keluar desa memberikan impak ke atas pembangunan komuniti desa. Hal ini
demikian kerana apabila golongan muda migrasi keluar desa, maka yang tinggal di desa
hanyalah golongan tua dan golongan terlalu muda. Implikasinya, golongan tua akan lebih
tertekan kerana tanggungjawab pembangunan komuniti yang seharusnya dipikul oleh golongan
muda telah dialihkan kepada mereka. Hal ini demikian akan menyebabkan dalam jangka masa
yang panjang, kekurangan penglibatan golongan muda dalam aktiviti kampung atau sosial bukan
sahaja melambatkan proses pembangunan sesuatu komuniti malah ia akan menjejaskan
sebahagian daripada usaha kerajaan dalam memajukan kawasan luar bandar. Lantaran itu, ia
akan membesarkan jurang kemajuan di antara luar bandar dan bandar.


Tambahan lagi, pertambahan dalam bilangan buruh asing secara tidak langsung adalah
disebabkan oleh pengaliran ramai tenaga kerja yang produktif keluar ke sektor perindustrian dan
perkhidmatan ekoran daripada tawaran pendapatan yang lebih stabil dan lumayan dalam sektor
tersebut. Oleh hal yang demikian, sebagai jalan keluar untuk mengatasi masalah kekuranagn
buruh dalam sektor pertanian, buruh asing telah diambil untuk bekerja dalam sektor ini dengan
upah yang lebih murah daripada pekerja tempatan.




Kesannya, peningkatan penggantungan sektor pertanian kepada buruh asing dapat dilihat
melalui peratusan guna tenaga bagi kumpulan etnik lain termasuk pekerja asing yang telah
meningkat daripada 10 peratus pada tahun 1990 kepada 19.1 peratus pada tahun 1995 (Malaysia,
1996a: 84-85). Selain daripada itu, buruh asing juga menimbulkan banyak masalah seperti
masalah rumah setinggan, pencemaran setempat, penagihan dadah dan kes-kes jenayah seperti
rompakan, pemerasan, pembunuhan, rogol, ragut dan sebagainya. Sekiranya kemasukan mereka
tidak dikawal dengan ketat dan tindakan yang tegas tidak diambil, maka masalah sosial ini akan
menjejaskan ketenteraman kawasan desa khasnya dan negara amnya.


Selain daripada itu, penggunaan tanah semakin yang menurun dan tidak diusahakan
langsung oleh petani adalah kerana pertambahan bilangan golongan muda yang berpindah dan
berhijrah keluar dari desa. Hal ini demikian kerana dengan taraf pendidikan yang lebih tinggi
dimiliki oleh anak-anak golongan muda, mereka terpaksa keluar dari kawasan desa untuk
mencari pekerjaan yang lebih menjamin masa depannya. Hal ini demikian menyebabkan
kekurangan tenaga kerja muda dalam mengusahakan tanah tersebut dan akan menyebabkan
masalah tanah terbiar di kawasan tersebut. Kesan jangka masa pendek yang timbul akibat
daripada maslah tanah terbiar ialah penurunan dalam output pengeluaran dalam pertanian. Jika
langkah yang sewajarnya tidak diambil untuk mengatasi masalah ini, kemerosotan output
pertanian dalam jangka masa panjang akan berlaku dan bukan sahaja menyebabkan penyusutan
yang berterusan dalam sumbangan sektor pertama KDNK, malahan industri-industri yang
berasaskan pertanian juga mangalami masalah kekurangn bahan mentah yang diperlukan bagi
proses pengeluaran. Walau bagaimanapun, ia juga memberi peluang kepada petani untuk
penggabungan tanah yang terbiar supaya penggunaan teknologi moden dan kegiatan pertanian
yang berkonsepkan perdagangan dapat diamalkan.





Seterusnya, modal yang kecil yang dimiliki oleh kebanyakan petani menghalang
pembesaran saiz kebanyakan industri desa. Walaupun kemudahan kredit disediakan oleh
beberapa agensi kewangan, tetapi kedudukan kewangan serta sosioekonomi mereka yang rendah
menyebabkan kebanyakan petani tidak mampu untuk membuat pinjaman kerana masalah
pembayaran balik dan kadar bunga yang agak tinggi. Keuntungan yang kecil atau sederhana
yang diperolehi oleh kebanyakan petani menyebabkan industri desa tidak dapat dibesarkan serta
masih beroperasi secara tradisional. Tambahan lagi, faktor kekurangan modal juga menyekat
penyerapan teknologi bagi sebahagian besar industri desa. Penggunaan mesin adalah terbatas dan
terhad pada proses-proses pengeluaran yang mudah.


Pada tahap industri yang lebih maju, ia biasanya memerlukan teknologi yang lebih
kompleks, tetapi tidak dapat dijalankan kerana peroses tersebut memerlukan modal yang lebih
besar. Penggunaan teknologi yang masih bercorak tradisional menyebabkan pengeluaran kadang
kala tidak dapat memenuhi kehendak pasaran.


Pemasaran merupakan masalah yang serius bagi industri-industri desa. Kebanyakan
petani industri kecil memasarkan keluaran mereka melalui orang tengah atau peruncit. Saiz
industri yang kecil serta kekurangan modal sering menghadkan kebolehan petani untuk
memasarkan sendiri hasil keluarannya. Dalam keadaan ini, masalah-masalah pemasaran yang
biasa seperti mendapat bahagian yang kecil dari harga jualan serta memanipulasi harga
mempengaruhi keberuntungan pengusaha insudtri kecil. Keperluan kredit yang mendesak kadang
kala menyebabkan pengusaha terpaksa menjual hasil dengan harga yang lebih murah.







LANGKAH


Terdapat pelbagai langkah yang dikenalpasti untuk mengatasi masalah dalam sektor pertanian di
kawasan desa. Antaranya ialah peningkatan produktiviti dan kepelbagaian asas ekonomi.
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) menggariskan beberap strategi dan menyediakan
peruntukan kewangn bagi mambantu membangunkan sektor desa agar dapat bersaing di
peringkat nasional dan global. Dua pendektan utama yang diimplementasikan dalam
pembangunan luar Bandar adalah peningkatan produktiviti pertanian dan mempelbagikan aktiviti
asas ekonomi.


Aspek peningkatan produktiviti pertanian amat penting kerana persaingan untuk tanah
pertanian semakin sengit dengan tumpuan terhadap pembangunan Negara perindustrian serta
kesan pertambahan penduduk. Sektor pertanian adalah antara sektor yang kurang menerima
kesan akibat kegawatan ekonomi dan terus menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) dan kapasiti guna tenaga Negara. Namun, sumbangan ini semakin merosot akibat
daripada kejatuhan relative bahagian eksport barangan pertanian termasuk getah, koko, hasil
kayu dan kelapa sawit (Chamhuri et al, 2005). Namun, kerajaan tetap komited untuk memajukan
sektor pertanian. Sumbangan sektor pertanian kepada Negara amat penting sebagai jaminan
keselamatan bekalan makanan sebagai input penting bagi industry asas tani, sebagai sektor yang
berkait rapat dengan usaha pembasmian kemiskinan dan sebagai penjana pekerjaan.


Antara usaha kerjaaan untuk meningkatkan produktiviti pertanian (Malaysia, 2006) ialah:

1. memperkenalkan penggunaan teknologi moden seperti bioteknologi untuk klon bermutu
tinggi dan penggunaan jentera bagi mempercepatkan pengeluaran dan penjimatan kos
2. program penanaman semula dan mempelbagaikan pusingan tanaman,
3. pelaksanaan program sampingan seperti benih dan klon pertanian berproduktiviti tinggi.
4. penggunaan baja bukan kimia dan kawalan penyakit secara semulajadi.
5. menggunakan tenaga kerja terlatih dan berkualiti dengan membina institusi latihan atu
menaik taraf institusi sedia ada agar menepati keperluan pasaran pekerjaan semasa.
6. peningkatan usaha penyelidikan, pembangunan dan inovasi agar produk yang dihasilkan
mempunyai nilai tambah dan nilai komersial yang lebih baik.
7. meningkatkan perkhidmatan sokongan pertanian agar perolehan khidmat dan nasihat
dapat meningkatkan minat penduduk penceburi aktiviti pertanian berskala besar.
8. membina lebih banyak infrastruktur seokongan seperti kemudahan jaringan jalan raya
dan komunikasi bagi menyokong pembangunan.
9. mempergiatkan pembangunan melalui pemodenan dan pengkomersialan aktiviti
pertanian seperti program Satu Daerah Satu Industri Berasaskan Pertanian, pembangunan
estet atau pengelompokan kawasan pertanian.
10. membanyankkan hub makanan halal yang bersepadu dan juga pembinaan taman kekal
pengeluaran makanan.


Kepelbagaian aktiviti asas ekonomi menjadi satu agenda penting dalam pembangunan
luar Bandar untuk meningkatkan pendapatan penduduk di samping memaksimumkan
penggunaan tanah lapang dan terbiar yang terdapat di kawasan mereka. Penduduk luar bandar
tidak boleh bergantung hidup semata-mata kepada pendapatan pertanian atu lading kerana kos
pengurusan ladang dan kos sara hidup semakin meningkat dengan perubahan gaya hidup hasil
daripada impak globalisasi dan liberalisasi ekonomi. Petani boleh meningkatkan pendapatan
sampingan daripada aktiviti berasaskan ladang, aktiviti berasaskan pertanian kepada aktiviti
bukan berasaskan dan aktiviti luar ladang.


Antara aktiviti sampingan pertanian berasaskan ladang yang boleh diusahakan adalah
integrasi ternakan seperti ayam, kambing tenusu, boer, lembu Friesen, fidlot dan akuakultur dan
intergrasi tanaman seperti tanaman baktris, pisang berangan, herba dan ulaman di persekitaran
ladang. Melalui amalan sampingan ini, pendapatan petani akan bertambah malah dapat menjadi
tarikan pelancong sekiranya aktiviti yang dijalankan berdaya maju dan menjadi contoh dan
panduan untuk menambah ilmu dan kemahiran kepada para pelancong. Perspektif ladang sebagai
lokasi untuk menjana pendapatan sampingan bagi penduduk di samping memaksimumkan
penggunaan tanah dan meminimumkan kos merumpai adalah praktikal dan boleh dilaksanakan
di Malaysia.


Aktiviti sampingan berasaskan pertanian pula termasuk menjalankan aktiviti hiliran asas
tani contohnya memproses makanan siap dan separuh siap bagi menambah niali hasil pertanian
yang sedia ada. Sebagai contoh, cendawan kini telah ditambah nilai menjadi makanan ringan,
buah-buahan bermusim seperti rambutan telah ditambah nilai dengan dijadikan produk jus, jem,
makanan kering, makanan bertin dan sebagainya. Aktiviti sampingan ini boleh dilaksanakan
dengan bantuan agensi kerajaan seperti Mardi, Gerakan Daya Wawasan (GDW) dan Usahawan
Belia seperti yang terdapat dalam Pelan Induk Pembangunan Usahawan Luar Bandar. Namun
begitu, pelaksanaannya masih kurang sistematik dan berfokus.


















KESIMPULAN


Pembangunan luar bandar bertujuan membangunkan kawasan dan komuniti luar bandar agar
golongan belia atau muda tidak migrasi keluar desa, mengurangkan masalah kemiskinan dan
mengurangkan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar.
Migrasi keluar desa memberikan kesan negatif ke atas output dan produktiviti pertanian akibat
daripada masalah kekurangan buruh yang dihadapi terutamanya dalam sektor getah dan kelapa.
Selain daripada faktor daerah dan sektor utama, interaksi antara umur dan penglibatan dalam
aktiviti kawasan desa turut mempengaruhi kesan migrasi ke atas pembangunan komuniti. Hal
yang demikian kerana kekurangan penglibatan golongan muda dalam aktiviti tersebut telah
membantutkan usaha pembangunan komuniti.


Migrasi keluar desa merupakan salah satu masalah dalam sektor desa. Hal ini demikian
kerana sektor desa memerlukan generasi muda yang mampu untuk menjalankan kegiatan
pertanian di samping dapat memajukan sektor desa di peringkat yang lebih tinggi. Migrasi keluar
desa menyebabkan berkurangan tenaga buruh yang mahir dan separuh mahir sektor pertanian di
desa. Apabila berlakunya migrasi keluar desa, maka tingkat output pertanian juga berkurang
disebabkan kekurangan tenaga buruh untuk mengusahakan pertanian.


Selain daripada itu, pengeluaran hasil atau produktiviti pertanian berkurang atau rendah
kerana menggunakan tenaga kerja yang tidak produktif iaitu tenaga kerja yang terlalu muda,
terlalu tua dan tidak mahir. Hal ini demikian memberikan impak yang negatif dalam produktiviti
pertanian. Kesannya, penggunaan buruh asing berlaku. Apabila menggunakan tenaga buruh
asing ia akan membawa kepada pelbagai masalah sosial. Dalam negara pula, pengaliran mata
wang keluar ke luar Negara berlaku dan menyebabkan KDNK Negara turut terjejas.



RUJUKAN

Vorley, B. 2001. The Chains of Agriculture: Sustainability and the Restructuring og Agri-foof
Markets. International Institute for Environment and Development, London, pp, 1-7.

Malaysia. 1986. Rancangan Malaysia Kelima, 1986-1990. Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan.

Malaysia. 1989. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia kelima. Kuala Lumpur:
percetakan Kerajaan.

Chamhuri Siwar. 1988. Revitalization of agriculture: The basis for industrial growth and
restructuring. Kertas kerja MIER National Outlook Conference. Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai