Anda di halaman 1dari 2

JENIS JENIS WAYANG KULIT

Di Malaysia terdapat beberapa jenis wayang kulit iaitu Wayang Kelantan, Wayang Kulit Jawa
(Purwo), Wayang Gedek (Kedah) dan Wayang Melayu. Wayang Kelantan dan wayang Gedek-
Siam popular di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung seperti Kelantan, Terengganu, Utara
Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Perak. Manakala wayang kulit Jawa sangat popular di
Johor dan Selangor.

Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa, Indonesia.
Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabratha dan cerita- cerita Panji. Wayang kulit
ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas
mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak utama wayang kulit ini ialah Sang
Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati

Wayang Purwo pula terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya
di Johor yang mengetengahkan episod dari kitab Mahabrata dan cerita Panji. Wayang Purwo pula
terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor yang
mengetengahkan episod dari kitab Mahabrata dan cerita Panji.Pada asasnya kesemua bentuk
atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh
samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai).

Dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian
mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana
wayang kulit pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa
pengutaraan kesenian.

Cerita wayang ini berdasarkan cerita Pendawa Jawa yang disadur dari epik Mahabharata India.
Ceritanya tidak memperlihatkan pengaruh cerita panji. Patung-patung ini menyerupai patung
wayang kulit Kelantan. Perbezaan yang nyata adalah dari segi bentuk mata patung iaitu mata
jahitan untuk watak pahlawan, mata pepelangan untuk watak jahat dan mata prebes untuk watak
pertapa.
Watak dalam wayang kulit purwo

Pohon Beringin

 Lambang negeri
 Digunakan pada awal dan akhir wayang

Pasangan dewa panah

 Lelaki dan perempuan


 Kedua-dua watak mempunyai pisau dan anak panah

Anda mungkin juga menyukai