Anda di halaman 1dari 92

“AL MUKHTASAR”

PENDIDIKAN ISLAM
EDISI 2019
EDITOR

TAJUK : FALSAFAH ILMU


OLEH : USTAZAH ZULAIHA BINTI MOHAMED
: USTAZAH ZAKIAH BINTI MD ALI

TAJUK : AKIDAH ISLAM


OLEH : USTAZAH WAN ROSLINA BINTI WAN KAFFI

TAJUK : SYARIAH ISLAMIAH


OLEH : USTAZ HISAMUDIN BIN SALEH
: USTAZ ABD AZIZ BIN MOHAMED

TAJUK : AKHLAK ISLAM


OLEH : USTAZAH OSMAHYANTI BINTI OTHMAN
: USTAZAH ZAHARAH BINTI BAHARI

TAJUK : TAMADUN ISLAM


OLEH : USTAZ ABD LATIF BIN AWANG NIK
: USTAZ SOLAHUDDIN BIN ABD RAHMAN

i
ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 FALSAFAH ILMU

1.1 KONSEP ASAS ILMU


a. Definisi dan Pembahagian Ilmu 2
b. Tujuan Utama Ilmu dan Sifat Ilmu 4
c. Adab-adab Menuntut Ilmu 8
d. Nilai dan Kedudukan Orang Yang Berilmu 11

1.2 SUMBER ILMU


a. Sumber-sumber Ilmu 12
b. Konsep Umum Sumber Ilmu 13
c. Hierarki Ilmu 15

2.0 ULUM SYARIAH

2.1 AKIDAH ISLAM

2.1.1 KONSEP AKIDAH


a. Definisi Akidah 18
b. Sumber Akidah 18
c. Metodologi Perbahasan Ilmu Tauhid 19
d. Kepentingan Akidah 22

2.1.2 CABARAN AKIDAH SEMASA


a. Akidah Yang Benar dan Akidah Yang Batil 23
b. Langkah Mengatasi Akidah Cabaran Akidah Semasa 26

2.2 SYARIAH ISLAM

2.2.1 KONSEP SYARIAH


a. Definisi dan Prinsip-prinsip Syariah Islam 33
b. Tujuan Syariah 34

2.2.2 SUMBER SYARIAH ISLAM


a. Definisi al Quran, al Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias
b. Ijtihad 38
42
2.2.3 ISU-ISU SYARIAH ISLAM
a. Muamalat Islam
b. Perubatan 44
50

ii
2.3 AKHLAK ISLAM

2.3.1 KONSEP AKHLAK 55

2.3.2 ISU-ISU AKHLAK SEMASA 60

3.0 TAMADUN ISLAM

3.1 KONSEP TAMADUN ISLAM


a. Definisi Tamadun Islam 70
b. Matlamat Tamadun Islam 71
c. Dasar Tamadun Islam 73

3.2 KONSEP AL FALAH 80

3.3 TOKOH-TOKOH ISLAM


a. Syeikh Idris al Marbawi 83
b. Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad bin Mohamed Ibrahim 85

4.0 GLOSARI 88

iii
FALSAFAH ILMU

1.1 KONSEP ASAS ILMU

Pendahuluan

Kedatangan Islam membawa perintah menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu.


Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah al ‘Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian
ilmu.

Maksudnya : “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang


menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena
dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.
( Surah al-’Alaq :1-5 )

Justeru Agama Islam adalah tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Tanpa
ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Al-Khaliq dan seterusnya tidak
dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali dalam al-
Quran melalui pelbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9). Orang yang berilmu
diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui
banyak ayat al-Quran antaranya, Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang
tidak berilmu...”
( Surah al-Zumar: 9 )

Firman Allah SWT:

Maksudnya:“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang


dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah
diberikan kebaikan yang banyak.”
( Surah al-Baqarah: 269 )

1
FirmanNya lagi.

Maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang
berilmu.”

( Surah al Faatir: 28 )

a. DEFINISI DAN PEMBAHAGIAN ILMU

Definisi ilmu

Dari segi bahasa: Berasal daripada Bahasa Arab iaitu

Alima: -ya’lamu : -‘ilman -‘alimun:

Dari segi istilah:

 Imam Al Ghazali mendefinisikan ilmu sebagai hakikat semua benda. Beliau


juga mengatakan ilmu yang paling sempurna ialah ilmu yang dimiliki oleh
Allah SWT
 Ibnu Khaldun mendefinisikan ilmu sebagai sesuatu yang dapat dipelajari oleh
manusia sama ada menggunakan akal fikiran, pancaindera, pengalaman-
pengalaman, mahupun dengan pertolongan wahyu Ilahi.
 Syed Muhammad Naquib al Attas mendefinisikan ilmu sebagai ketibaan
sesuatu makna ke dalam jiwa seseorang hasil daripada maklumat atau ketibaan
oleh hati tentang makna sesuatu.
 Qadi Abd Jabbar mendefinisikan ilmu sebagai suatu kepercayaan yang
memuaskan jiwa, bahawa objek yang dipercayai itu adalah menepati perkara
yang sebenarnya menurut realiti yang berlaku.
 Prof Dr. Othman Bakar mendefinisikan ilmu sebagai kalimah Allah yang
pengertiannya amat luas, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Kesimpulan

Perspektif Barat: Ilmu adalah pengetahuan yang dapat diperolehi melalui pengalaman,
perolehan maklumat secara dapatan empirik dan bagaimana manusia memikirkan
tentang sesuatu melalui kaedah tertentu. Barat hanya menerima ilmu melalui perkara
yang dapat diukur, dibuktikan dalam makmal sahaja. Mereka menolak perkara-
perkara ghaib seperti akhirat, syurga, neraka dan seumpamanya kerana perkara
tersebut tidak dapat dibuktikan secara empirik dan saintifik.

Perspektif Islam: Suatu himpunan pengetahuan manusia hasil usaha pemahaman


manusia yang lengkap merangkumi semua aspek, struktur, sistem, hukum-hukum
yang berkaitan dengan sesuatu yang dikaji dan diselidiki sehingga dapat memberi
keyakinan di hati untuk mengamalkannya dengan benar dan ilmu tidak hanya terbatas
pada dapatan empirik sahaja.

2
Pembahagian Ilmu

Imam Al-Ghazali membahagikan ilmu kepada dua kategori besar iaitu:

i. Ilmu Fardu Ain


ii. Ilmu Fardu Kifayah

i. Ilmu Fardu Ain ( Ilmu Wahyu )

 Berkaitan dengan ajaran agama yang asas dan perlu bagi setiap hamba Allah.
 Ilmu yang berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
 Juga dikenali sebagai ilmu wahyu.
 Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam.
 Contoh: Aqidah, Syariat dan Akhlak.

ii. Ilmu Fardu Kifayah

 Berkaitan dengan urusan keduniaan yang perlu bagi umat Islam.


 Ilmu yang diperolehi melalui akal manusia.
 Perlu untuk kesempurnaan hidup manusia.
 Kewajipan menuntut ilmu ini hanya terbatas ke atas segolongan manusia
sahaja.
 Contoh: Ilmu Kemasyarakatan, Ilmu Sains Tabii, Sains Fizik,
Sains Gunaan, Ekonomi, Pentadbiran dan sebagainya.

Pembahagian lain Imam Al-Ghazali membahagi ilmu kepada dua bahagian.

i. Ilmu Syariah - Ilmu ini diperolehi daripada nabi atau rasul bukan
melalui akal, ujikaji dan sebagainya. Semua ilmu syariah adalah sahih.

ii. Ilmu Ghair Syariah - Ilmu ini adalah ilmu keduniaan dan
dibahagikan kepada tiga hukum:

1. Terpuji ( mahmudah ) seperti perubatan, ekonomi dan seumpamanya.


2. Dikeji ( mazmumah ) seperti ilmu sihir, tangkal, nujum, ramalan dan
seumpamanya.
3. Harus ( mubah ) seperti ilmu kesusasteraan, sejarah dan sebagainya.

Menurut Ibnu Khaldun ;

Ilmu terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Ilmu Naqliah; terbahagi kepada dua kategori:

i. Ilmu bersumberkan syariat (wahyu) seperti al-Quran dan al-Sunnah


ii. Ilmu bukan bersumberkan wahyu seperti Ilmu Hadith, Ilmu Usul Fiqh,
Ilmu Fiqh, Ilmu Kalam dan Ilmu Tasawuf.

3
ii. Ilmu Aqliah pula adalah hasil daripada akal dan pemikiran manusia yang
berhubung rapat dengan kemajuan dan peradaban manusia. Ilmu Aqliah terbahagi
kepada empat kategori:

i. Ilmu Logik ( Mantiq )


ii. Ilmu Fizik
iii. Ilmu Metafizik ( Perkara Ghaib )
iv. Ilmu Pembelajaran

b. TUJUAN UTAMA ILMU DAN SIFAT ILMU

Tujuan Utama Ilmu

i. Mengenal Pencipta

Maksudnya: ”Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang
Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka,
menyucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan hikmah (Al-Sunnah).
dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang
nyata.”
( Surah al Jumuah: 2 )

 Tujuan utama ilmu ialah untuk mengenal Allah SWT.


 Manusia dibekalkan dengan akal yang mempunyai keupayaan yang amat
dahsyat.
 Untuk mengenal Allah SWT tidaklah perlu untuk menggunakan akal yang
tinggi.
 Akal sentiasa menghubungkan segala pengetahuannya dengan kebesaran
dan keagungan Allah SWT.
 Kewajipan manusia untuk mengenal Allah SWT melalui ilmu yang benar
dengan menggunakan akal dan pancaindera yang dianugerahkan oleh
Allah SWT.

ii. Menghubungkan Ilmu Dengan Allah SWT.

 Menghubungkan kembali ilmu itu dengan penciptaNya kerana ilmu datang


dari Allah SWT.
 Allah SWT bersifat dengan Maha Mengetahui, tiada suatu pun yang
terlindung daripada pengetahuanNya.
 Manusia tidak boleh lupa bahawa Allah SWT. yang menciptakan manusia
dan mengajar kepada manusia yang pertama iaitu Nabi Adam a.s beberapa
ilmu.
 Kita wajib menghubungkan ilmu dengan Allah SWT (Yang bersifat
’Aliman) agar tidak tersesat jalan. Firman Allah SWT:

4
Maksudnya: "Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Ilah (yang berhak
disembah), melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan
orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Ilah
(yang berhak disembah), melainkan Dia, Yang Maha Perkasa, lagi Maha
Bijaksana."
( Surah Ali Imran : 18 )

iii. Mencapai Kebenaran

 Mencari ilmu adalah untuk sampai kepada kebenaran (al Haqq) dan
keyakinan (al Yaqin).
 Melalui ilmu segala kepalsuan dan kebatilan dapat dihapuskan.
 Ilmu mampu mengeluarkan seseorang daripada keraguan kepada keyakinan.
 Kebenaran yang mutlak dan pasti adalah daripada Allah SWT.

Maksudnya: "Dengan kitab itulah, Allah memberi petunjuk orang-orang yang


mengikuti keredhaanNya, ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula)
Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita, kepada cahaya yang
terang-benderang dengan izinNya, dan menunjukkan ke jalan yang lurus."
( Surah al Maidah: 16 )

iv. Berilmu dan Beramal

 Berilmu sahaja tidak memadai kerana tuntutan ke atas ilmu ialah


melaksanakan kefahaman dan roh itu sendiri.
 Orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya merupakan suatu
yang keji.
 Orang yang berilmu tetapi tidak beramal mendapat celaan dan ancaman
dari Allah SWT FirmanNya:

Maksudnya: "Amat besar kebencian di sisi Allah, bahawa kamu mengatakan


apa-apa yang tiada kamu kerjakan."
( Surah al Saff: 3 )

5
v. Membentuk Kerohanian

 Al Quran seringkali menjelaskan bahawa ilmu dapat membentuk


kerohanian seseorang yang akan menyebabkan rasa takut kepada Allah
SWT.
 Ilmu yang mengabaikan nilai-nilai kerohanian akan tempang kerana
manusia bukan terbina daripada unsur jasmani semata-mata bahkan
dilengkapkan dengan unsur rohani.

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa mempelajari suatu ilmu yang


seharusnya dilakukan kerana Allah SWT, tetapi ia mempelajarinya hanya
untuk memperoleh harta benda dunia, maka ia tidak akan mendapatkan bau
harum syurga pada hari kiamat.”
( Hadith riwayat Abu Daud )

 Kebahagiaan hidup selalunya dirujuk kepada kebahagiaan rohani iaitu


ketenangan jiwa.

Maksudnya: "Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, menyakini


bahwasanya Al-Quran itulah yang hak dari Rabb-mu, lalu mereka beriman,
dan tunduk hati mereka kepadanya, dan sesungguhnya, Allah adalah Pemberi
Petunjuk bagi orang-orang yang beriman, kepada jalan yang lurus."
( Surah al Hajj: 54 )

Kepentingan Ilmu Pengetahuan

 Individu

i. Mempunyai akhlak yang baik.


ii. Dipandang mulia dan menjadi sumber rujukan.
iii. Disayangi Allah dan rasul.
iv. Membentuk individu yang berkeperibadian mulia .

 Masyarakat

i. Memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.


ii. Membentuk masyarakat yang harmoni dan aman sentosa.
iii. Melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.
iv. Melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu.

 Negara

i. Membentuk sebuah negara yang setanding di mata dunia.


ii. Dihormati oleh negara luar dan dipandang mulia.
iii. Memenuhi wawasan negara untuk melahirkan individu yang berjaya.
iv. Pembangunan dan kemajuan dapat dijalankan dengan sempurna.

6
Sifat Ilmu

i. Rabbaniyyah

 Ilmu dalam Islam bersumberkan dari Allah SWT.


 Ia bersifat Rabbaniyyah atau ketuhanan.
 Al-Quran dan al Sunnah menjadi sumber ilmu yang utama.
 Ilmu digunakan untuk kebaikan manusia dan alam seluruhnya.
 Apabila ilmu tidak dikaitkan dengan Allah SWT, manusia akan menjadi
takbur dengan kelebihan yang ada padanya.
 Matlamat ilmu adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

ii. Terbuka

 Sumber untuk memperolehi ilmu adalah sentiasa terbuka dan tidak terbatas
kepada al-Quran dan al Sunnah sahaja.
 Islam memberikan kebebasan kepada manusia untuk mengambil ilmu dari
sumber yang benar sama ada melalui kajian, pemerhatian dan seumpamanya.
 Walau bagaimanapun, hasil atau dapatan dari sumber yang bertentangan
dengan kenyataan al-Quran dan al Sunnah adalah ditolak.
 Sumber ilmu tidak semestinya daripada orang Islam sahaja bahkan Islam
menggalakkan umatnya untuk mengambil ilmu dari siapa sahaja asalkan tidak
bercanggah dengan al-Quran dan al Sunnah.

iii. Syumul

 Islam menerima dan mengiktiraf semua ilmu yang bermanfaat.


 Ilmu bersifat syumul atau menyeluruh.
 Islam meletakkan ilmu agama dan dunia adalah sama penting.
 Islam amat menekankan ilmu fardu kifayah disamping ilmu fardu ain.
 Tanpa ilmu fardu kifayah, ilmu fardu ain tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna.

7
c. ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

i. Berniat Ikhlas

 Setiap muslim wajib mengikhlaskan niat menuntut ilmu kerana Allah.


 Rasulullah SAW pernah memberi amaran bahawa Allah akan menyediakan
tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan
dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan umatnya.
 Orang yang benar-benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu
memiliki sifat-sifat terpuji. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya : “dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat


dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
( Surah al Baqarah: 235 )

 Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu,
setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan
setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar
ikhlas.

ii. Tekun Berusaha Dan Tawakkal

 Sentiasa bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu tanpa mengira keadaan


dan masa.
 Menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan bahan-bahan ilmiah.
 Mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu dan
bukan sebaliknya.
 Mencontohi ulama’-ulama’ silam yang mana mereka belajar dalam keadaan
susah.
 Sentiasalah bertawakkal kepada Allah SWT dalam menuntut ilmu.
 Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun,
yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada
Allah SWT sepenuh hati.
 Tekun berusaha mencari majlis ilmu.

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. , katanya : Rasulullah


SAW. bersabda: “ Jika kamu melalui taman syurga , maka berhentilah kamu
”. Para sahabat bertanya: “ Ya Rasulullah , apakah taman syurga itu ? Beliau
menjawab: “Majlis-majlis ilmu.”
( Hadith riwayat al Tabrani )

8
iii. Menjauhi Maksiat

 Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam
diri dan suasana sekeliling.
 Ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri
kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa.
 Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita
dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.
 Jangan terlalu mengambil mudah terhadap perkara maksiat yang boleh
menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar.

iv. Menjauhi Pertengkaran Dan Perbantahan

 Perkara ini perlu dijauhkan kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.


 Amalan ini juga menjadikan hati keras, mewariskan kedengkian dan
menyebabkan kemarahan.
 Pendapat boleh dikemukakan dengan cara berhikmah kecuali jika mereka
memerangi Islam. Firman Allah SWT:

Maksudnya: ”Janganlah kamu membantah Ahli Kitab itu melainkan dengan


cara yang paling baik…”
( Surah al Ankabut: 46 )
v. Memilih Teman Yang Soleh

 Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan.


 Hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam menuntut
ilmu.
 Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama
orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah SWT
menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.
 Orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila
berlakunya kesilapan dan kesalahan.
 Rasulullah SAW. pernah berpesan kepada kita melalui hadith yang
diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud: ”Seseorang itu mengikut
agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah
yang dijadikan teman.”

vi. Memperbanyakkan Zikrullah

 Sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa
selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitikberatkan
perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga
boleh mendatangkan perasaan ingin memuhasabahkan diri dengan amalan
seharian.

9
Firman Allah SWT :

Maksudnya : ”Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu,


bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.”

( Surah Al Baqarah : 152 )

 Hendaklah mengamalkan wirid yang ma’thur kerana boleh mengingatkan kita


kepada tujuan kehidupan yang sebenar iaitu beribadah kepada Allah .
 Bacalah al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan
penawar segala penyakit.
 Mengamalkan perkara sunnah dalam setiap gerak kerja kita seharian walaupun
ia adalah remeh seperti memberi salam dan senyum supaya sentiasa diberkati
dan diredhai oleh Allah SWT .

vii. Menjaga Kehormatan

 Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain.
 Menutup segala keaiban diri dan orang lain akan membawa kepada keredhaan
Allah SWT.
 Seseorang yang dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah SWT sahaja
yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian.
 Mereka yang jauh daripada rahmat Allah SWT, akan dipenuhi dengan perkara
yang kurang baik dan derita.

viii. Doa Dan Keredhaan Ibubapa

 Sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka


dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam.
 Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan
keduanya serta mendoakan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat.
 Sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita.
 Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: ”Keredhaan Allah SWT bergantung kepada keredhaan ibubapa,


dan murka Allah bergantung kepada murka ibubapa.”

( Hadith riwayat al Tarmizi )

ix. Menghormati Guru

 Wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak
menyalahi kehendak Islam.
 Patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza.
 Merendah diri terhadap guru walaupun lebih muda dari segi umur.
 Sentiasa memuliakan dan menghormati orang yang berilmu.
 Tidak meninggalkan majlis ilmu sebelum mendapat kebenaran dari guru.
 Beradab dari segi cara duduk atau cara bercakap dalam majlis ilmu.

10
x. Beramal Dengan Segala Ilmu Yang Diperolehi

 Hendaklah mengamalkan segala ilmu yang dipelajari sebaik mungkin.


 Sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal
dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada
penyembah berhala.
 Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke
kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan
serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di
dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat.
 Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia
yang sementara.
Firman Allah SWT :

Maksudnya : “Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan ,
dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya,
sekiranya mereka mengetahui.”
( Surah Al Ankabut : 64 )

d. NILAI ILMU DAN KEDUDUKAN ORANG YANG BERILMU

Nilai Ilmu

 Persoalan aksiologi yang besar ialah menentukan sesuatu nilai pada ilmu.
 Pengaruh tamadun dan semasa ( zaman )yang menentukan nilai sesuatu ilmu.
 Dalam Islam, keutamaan ilmu adalah pada Ilmu Fardu Ain yang berhubung
dengan pengetahuan agama yang asas seperti akidah, syariah dan akhlak.
 Selepas ilmu Fardu Ain diikuti oleh ilmu Fardu Kifayah atau ilmu keduniaan
yang menyokong kepada pelaksanaan ilmu Fardu Ain.

Kedudukan Orang Berilmu

Kedudukan orang yang berilmu dilihat dalam dua aspek:

i. Ilmuan yang terpuji

 Ilmuan yang terpuji adalah orang yang berfungsi atau menunaikan


tanggungjawab terhadap diri dan masyarakatnya.
 Mempunyai tanggungjawab moral yang menyentuh nilai-nilai dasar seperti
keikhlasan, kebenaran, kejujuran, amanah, kegigihan dan seumpamanya.
 Allah SWT mengangkat martabat orang yang berilmu. Sebagaimana
firmanNya:

11
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, Apabila diminta kepada kamu
memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah
seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan
apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat
orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah
Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan."
( Surah al Mujadalah: 11 )

ii. Ilmuan yang dikeji

 Ilmu tidak semestinya membentuk peribadi ilmuan tersebut tetapi ilmuan


tersebut hendaklah berkelakuan selari dengan ilmunya.
 Orang berilmu yang dikeji apabila amalannya tidak selari dengan ilmunya.
 Orang berilmu juga dikeji apabila ia lari daripada tanggungjawab sosial dan
agama.
 Dalam tradisi keilmuan Islam, golongan ilmuan yang tidak bertanggungjawab
terhadap ilmunya dan tidak berfungsi dengan sepatutnya dikenali sebagai
ulama al Su’ atau ulama jahat.
 Antara ciri-ciri ulama al Su’ ialah:

i. Mementingkan dunia.
ii. Tidak mengamalkan ilmunya.
iii. Menyembunyikan ilmunya.
iv. Bersifat riya’dengan ilmunya.

1.2 SUMBER ILMU

a. SUMBER-SUMBER ILMU

Dalam ajaran Islam, al-Quran dan hadith adalah sumber utama ilmu
pengetahuan. Prof. Syed Muhamad Al Naquib Al Attas (1976) telah membahagikan
ilmu kepada dua iaitu ilmu yang diberi oleh Allah SWT sebagai kurniaNya kepada
insan iaitu melalui wahyu dan kedua ilmu yang dicapai dan diperolehi oleh manusia
itu sendiri berdasarkan daya usaha aqliahnya yang berpunca daripada pengalaman
hidup, indera, jasmani dan akal berdasarkan pemerhatian, penyelidikan dan
pengkajian.

Berdasarkan kenyataan di atas, sumber-sumber utama ilmu dapatlah


dikategorikan seperti berikut; iaitu dari sumber agama, pancaindera, penaakulan
(akal), intuisi dan autoriti. Ilmu yang utama dalam Islam sudah pastilah ilmu yang
satu yang berasal dari Allah SWT (wahyu) dan hadith-hadith Rasulullah SAW. Ilmu
dari Allah disalurkan kepada RasulNya untuk mengatur tindakan manusia agar wujud

12
keharmonian antara manusia dalam kehidupan mereka. Melaluinya manusia
memperolehi pengetahuan agama, akhlak dan alam ghaib.

Ilmu dari sumber pancaindera pula adalah berdasarkan apa yang dilihat,
dirasa, dihidu, disentuh dan sebagainya. Melalui pancaindera manusia akan
membentuk suatu corak maklumat empirikal yang membolehkan kita membuat
tafsiran, menganalisis serta membuat penilaian. Sumber ini akan melahirkan ilmu
empirikal. Berdasarkan penaakulan pula, akan melahirkan ilmu rasional. Proses
sumber ini adalah berdasarkan penaakulan manusia terhadap sesuatu insiden, benda
atau perkara. Manusia akan memerhati, mentafsir dan seterusnya membuat keputusan
yang bijaksana setelah membuat pertimbangan wajar tentang baik dan buruknya
sesuatu perkara.

Namun begitu, mengikut perspektif Islam semua bentuk ilmu adalah berasal
daripada Allah pencipta alam. Walau apa pun namanya, pemilik mutlak sesuatu ilmu
itu adalah Allah SWT. Ini selaras dengan ajaran Islam yang menekankan bahawa
segala yang ada di muka bumi dan langit adalah milik Allah Taala.

b. KONSEP UMUM SUMBER ILMU

i. Wahyu ( Al-Quran dan As-Sunnah )

Wahyu ialah pemberitahuan Allah SWT kepada para rasulNya tentang segala
petunjuk dan pengetahuan yang dikehendakiNya secara luar biasa.

i. Al-Quran

 Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang bermukjizat, diwahyukan kepada


Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril a.s, dalam Bahasa Arab,
diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.
 Selain merupakan kitab petunjuk, al-Quran juga adalah kitab yang
mengandungi konsep-konsep asas ilmu seperti proses penciptaan manusia.
 Perincian ilmu secara teknikalnya ditinggalkan oleh Allah SWT kepada
manusia untuk memikirkannya dengan menggunakan kekuatan akal.

ii. As-Sunnah

 As-Sunnah merupakan sumber kedua dalam perundangan Islam selepas al


Quran.
 As-Sunnah ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW
sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya.
 As-Sunnah juga banyak memperkatakan seluruh bidang termasuk
kesihatan, kemasyarakatan, akhlak dan lain-lain.

13
 Firman Allah SWT:

Maksudnya: “… Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW
kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya
kamu melakukannya maka patuhilah larangannya….”
( Surah al-Hasyr: 7 )

Kepentingan ilmu wahyu

 Wahyu merupakan sumber rujukan ilmu yang terutama dan tertinggi.


 Wahyu Allah SWT bersifat benar dan mutlak.
 Wahyu Allah SWT meliputi semua bidang ilmu pengetahuan antaranya Ilmu
Ibadat, Ilmu Aqidah, Ilmu Muamalat, Ilmu Ekonomi, Ilmu Akhlak dan lain-
lain.
 Wahyu Allah SWT sesuai digunakan dan diikuti pada semua keadaan, tempat,
dan masa.
 Sumber ilmu yang lain boleh diterima jika tidak bertentangan dengan sumber
pertama iaitu al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.

ii. Akal

 Menurut pandangan Islam akal adalah sumber ilmu yang memiliki


kemampuan terbatas.
 Antara kelebihan akal ialah melihat dan menilai kebesaran Allah SWT.
Namun demikian akal adalah terbatas dan tidak bersifat mutlak. Firman Allah
SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada


pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan,
dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; ( 190 )
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka
berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula
memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai
Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka ( 191 )
( Surah Ali Imran: 190-191 )

14
 Golongan rasionalisme mengatakan bahawa hanya melalui sumber akal
sahajalah manusia dapat memperolehi pengetahuan bahkan pengetahuan akal
yang paling benar dan sahih.
 Perbezaan antara manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang
diusahakan oleh manusia berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif.
 Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik
dan buruk, walaupun mungkin ianya tidak bersifat kebenaran secara mutlak
namun ianya memadai untuk mengatasi masalah kehidupan seharian.

iii. Indera

 Indera ialah pengalaman pancaindera atau deria.


 Pengetahuan melalui pancaindera dikenali sebagai pengetahuan aposteriori
kerana ia datang selepas melalui pengalaman terlebih dahulu.
 Pengetahuan pancaindera ialah semua pengetahuan yang diperolehi manusia
melalui kelima-lima pancainderanya iaitu mata (melihat), hidung (menghidu),
kulit (sentuhan), telinga (mendengar) dan lidah (merasa).
 Menurut Imam Al Ghazali ilmu melalui indera ialah usaha untuk mendapatkan
gambaran atau memerhati hakikat sesuatu benda.
 Indera terbahagi kepada dua iaitu indera lahiriyah dan indera batiniyah.
 Indera lahiriyah akan menyerap sifat lahiriyah objek tertentu kemudian akan
meransang daya rasional pula. Indera batin menghuraikan makna-makna di
dalam objek itu.
 Akan tetapi, sumber pancaindera ini mempunyai batas, kerana pancaindera
manusia tidak mampu menanggap sesuatu di luar daripada pancainderanya.
Contohnya, penglihatan manusia tidak dapat menyaksikan sejarah yang telah
berlalu.

c. HIERARKI ILMU

 Dalam menentukan hierarki ilmu, terdapat perbezaan ketara antara Islam dan
Barat. Perbezaan ini disebabkan berbeza dari segi penekanan dan susunannya.
 Barat meletakkan sumber daripada akal dan pengalaman indera pada tahap
teratas, lebih tinggi dari sumber wahyu.
 Ini kerana falsafah kebendaan mereka yang hanya menerima ilmu dari sumber
empirik sahaja iaitu indera dan akal.
 Islam meletakkan sumber wahyu sebagai hierarki yang paling atas atau utama.
Menurut Islam secara tertibnya hierarki ilmu dapat disusun seperti berikut:

i. Ilmu wahyu iaitu al Quran dan al Sunnah


ii. Ilmu akal
iii. Ilmu indera

15
Kesimpulan

Ilmu adalah suatu anugerah Allah SWT. yang agung kepada manusia sejak
Nabi Adam a.s lagi. Dengan ilmu manusia bukan sahaja mampu untuk memahami
sesuatu yang tidak mereka fahami sebelumnya bahkan mereka tahu menggunakan
sesuatu yang dianugerahkan kepada mereka. Dengan ilmu pengetahuan juga manusia
dapat mengenali Allah SWT yang mencipta seluruh makhluk di muka bumi ini. Ilmu
adalah bersepadu, tidak terpisah dari agama , nilai moral dan akhlak. Pemisahan akan
menyebabkan ilmu hilang manfaatnya dan membawa kesengsaraan kepada manusia.
Oleh itu, antara agenda besar umat Islam kini ialah pengislaman ilmu iaitu
mengembalikan ilmu itu kepada Penciptanya. Sesungguhnya ilmu itu daripada Allah
dan menjadi kewajipan kita untuk menghubungkan kembali ilmu itu kepada
PenciptaNya.

16
RUJUKAN

1. Al-Quran al-Karim
2. Al-Quran Digital
3. Abdullah Al-Qari Bin Hj Salleh, 1978, Dasar-dasar Pendidikan Islam.
4. Dr. Asma Hasan Fahmi, 1979, Sejarah Falsafah Pendidikan.
5. Dr. Haron Din, 1985, Manusia dan Islam.
6. Imam Al-Ghazali, Terjemahan Syed Muhamad Dawilah Syed Abdullah. Ihya’
Ulumuddin.
7. Ramli Bin Awang,Esa Bin Khalid, Md Abbas Bin Abd Latiff, Ahmad Kilani Bin
Mohamed, Mahusssain Bin Mohd Zin, 1996, Konsep Ilmu dan Kosmologi.

17
AKIDAH ISLAM

2.1.1 KONSEP AKIDAH

a. DEFINISI AKIDAH

 Bahasa: Akidah dari kalimah arab (’aqada) bererti simpulan atau ikatan pada
sesuatu benda. ”Akidah secara harfiah bererti sesuatu yang tersimpul secara
erat atau kuat.” (Prof. Abdul Aziz Dahlan)
 Dari sudut istilah: Akidah ialah pegangan yang mutlak, mantap, kuat, kekal
dan suci dalam jiwa seorang muslim.
 Akidah juga bermaksud iman dan makrifah, seperti makrifah Allah s.w.t, alam
ghaib, kitab-kitab, nabi-nabi, hari akhirat dan makrifah qadak qadar. (Sayid
Sabiq)
 Nama lain bagi ilmu aqidah ialah ilmu Usuluddin, ilmu Kalam dan ilmu
Tauhid
 Seruan para rasul dan nabi adalah sama iaitu mengajak manusia mentauhidkan
Allah s.w.t dan mentaatiNya. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu
melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawasanya tidak ada Tuhan (yang
hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku."
( Surah al Anbia’: 25 )

 Umat Islam sepanjang zaman mempunyai akidah yang satu, tetapi berbeza
syariat bersesuaian dengan zaman mereka.

Kesimpulan

 Ilmu akidah atau ilmu tauhid adalah ilmu yang membincangkan kebenaran
pegangan dan keyakinan Islam bersumberkan dalil naqli (al Quran dan
Hadith) serta dalil aqli (akal).
 Hukum mempelajari ilmu ini adalah fardhu ain bagi setiap orang Islam sama
ada lelaki mahupun perempuan.
 Tauhid bermaksud mengEsakan Allah s.w.t sebagai Tuhan dari sudut
Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ wa Sifat.

b. SUMBER AKIDAH

i. Kitab Allah al Quran al Karim


ii. Sunnah Rasul s.a.w yang sahih
iii. Ijma’ al Salaf al Soleh

18
c. METODOLOGI PERBAHASAN ILMU TAUHID

i. Tauhid Rububiyyah
ii. Tauhid Uluhiyyah
iii. Tauhid Asma’ wa Sifat

Tauhid Rububiyyah

 “Rab” bererti pencipta, penguasa dan pentadbir juga bermaksud tuan atau raja.
 Dari sudut istilah bermaksud; mempercayai Allah SWT sebagai Rab atau
Pencipta dan Penguasa terhadap sesuatu serta mengimani bahawa tidak ada
saingan dalam pemerintahanNya.
 Allah SWT adalah pemberi segala-gala dan tidak ada sesiapa yang dapat
melakukan kebaikan dan keburukan melainkan dengan izinNya.
 Orang musyrik juga percaya kepada tauhid ini. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari


langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan
penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan
mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala
urusan?" Maka mereka akan menjawab: "Allah SWT."
( Surah Yunus: 31 )

Dalam ayat lain Allah SWT berfirman:

Maksudnya: "Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta


mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah SWT."
( Surah az Zukhruf: 87 )

Dalam ayat sebelumnya Allah SWT berfirman:

Maksudnya: "Dan jika kamu bertanyakan mereka: Siapakah pencipta langit


dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha
Perkasa dan Yang Maha Mengetahui."
( Surah az Zukhruf: 9 )

19
Tauhid Uluhiyyah

 Beriman dan bersaksi terhadap Rububiyyah Allah SWT.


 Ia bermaksud: mentaati dan beribadah hanya kepada Allah SWT Yang Maha
Esa sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al Fatihah ayat 5:

Maksudnya: “Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada


Engkaulah kami meminta pertolongan.”

 Beriktikad bahawa hanya Allah SWT yang berhak disembah, dicintai dan
dipatuhi
 Tauhid Rububiyyah hanya mempercayai kekuasaan Allah SWT sebagai Rab
(Tuhan), tanpa ada ketaatan dan ibadat kepadaNya berbeza dengan Tauhid
Uluhiyyah yang mengiktiraf, mentaati dan beribadat kepada Allah SWT.
 Tauhid Uluhiyyah juga bermaksud mentauhidkan Allah SWT dalam
peribadatan atau penyembahan. Inilah tujuan Allah SWT mengutuskan rasul
iaitu menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyyah. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu,
melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan
Aku, maka kamu sekalian hendaklah menyembah Aku."
( Surah al Anbiya’: 25 )

Firman Allah SWT lagi:

Maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu
seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah SWT dan jauhilah taghut."
( Surah an Nahl : 36 )

20
Tauhid Asma’ wa Sifat

 Beriktikad bahawa Allah SWT memiliki 99 nama-nama dan sifat yang


maha sempurna, suci serta bersih dari segala kekurangan. Firman Allah
SWT:

Maksudnya: “Hanya milik Allah SWT Asma ul Husna (nama-nama yang baik),
maka berdoalah (kepadaNya) dengan nama-namaNya.”
( Surah al A’raf: 180 )
 Seseorang yang menghafaz Asma ul-Husna akan dimasukkan di syurga
sebagaimana sabda Nabi SAW :

Maksudnya: "Allah SWT mempunyai 99 nama kurang satu seratus.


Barangsiapa menghafaznya, ia akan masuk syurga. Dia (sesungguhnya Allah
SWT) itu ganjil dan suka kepada yang ganjil.”
( Hadith riwayat al Bukhari )

 Menurut as-Syeikh Hasan al-Banna, "sesungguhnya makrifah Allah SWT,


mentauhid dan membersihkanNya (tanzihihi) adalah setinggi-tinggi
martabat akidah Islam.”
 Nama, sifat dan zat Allah SWT tidak menyerupai makhluk (tidak
bertempat dan berjisim).
 Beriman kepada asma’ dan sifat Allah SWT adalah wajib, namun bertanya
tentang zatNya adalah dilarang kerana ia di luar kemampuan akal manusia.
 Keimanan mestilah mengikut landasan yang sebenar tanpa takwil dan
mengurang atau menambahkannya.
 Menjauhi dari perbalahan yang dilakukan oleh sebahagian ulama’ dalam
masalah ayat mutasyabihat (samar).
 Ayat-ayat dan hadith yang muhkamat ialah yang tetap, tegas dan nyata
maknanya serta jelas maksudnya. Selain itu ia dapat difahami dengan
mudah.
 Ayat-ayat dan hadith yang mutasyabihat pula ialah yang mengandung
sindiran, qias dan rumusan yang tidak dapat difahami kecuali oleh mereka
yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam seperti sahabat-sahabat
nabi SAW dan ahli-ahli tafsir dari ulama’ tabi’en contohnya seperti Ibnu
A’bbas, Ubai bin Kaab , Ibnu Mas’ud, I’krimah , Mujahid, Qatadah dan lain-
lain. ( Hj Sa’id Hj Ibrahim , bekas mufti negeri Sabah dalam kitabnya
Perbandingan Akidah dan Fahaman Umat Islam ) .

 Contoh ayat mutasyabihat ; Allah SWT berfirman dalam Surah Ar


Rahman ayat 26-27.

21
Maksudnya : Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa dan akan
kekallah zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Dalam hal ini Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam mazhab Khalaf mentakwilkan
kalimah ( ) wajah itu kepada zat Allah SWT yang Maha Esa yang layak
bagi Allah SWT.

d. KEPENTINGAN AKIDAH

 Ia berperanan menjadi sumber kekuatan pada diri (roh) seseorang yang


beriman.
 Akidah sebagai asas Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan
individu muslim. Akidah yang rosak mengakibatkan terbatal Islam dalam diri
seseorang.
 Akidah adalah penggerak dan pencorak kehidupan di perjalanan dunia dan
penentu matlamat akhirnya di akhirat kelak.
 Seseorang yang tidak mengenal penciptanya tidak akan tahu tujuan dan
hikmah dia dicipta dia di muka bumi. Dia juga tidak tahu kehidupan di bumi
ini akan tamat sebagaimana dia tidak tahu kenapa ia bermula.
 Mereka yang tidak beriman dengan hari akhirat akan terpedaya dengan
kehidupan di dunia dan menjadikan setiap kerjanya untuk mencari kesenangan
di dunia sebelum mati.
 Mereka akan mencari kemewahan dunia tanpa hiraukan halal dan haram, tidak
hiraukan orang lain dan mementingkan diri sendiri. Sikap individualistik ini
yang akan memecahbelahkan masyarakat, merosakkan hubungan kemanusiaan
dan akhirnya menyebabkan berlaku peperangan antara sesama manusia.
 Akidah yang rosak menyebabkan berlakunya kezaliman, maksiat dan dosa
secara berleluasa. Ini antara sebab utama Allah SWT menurunkan azab ke atas
manusia termasuk umat Islam yang mengabaikan dan mensia-siakan agama
mereka (Surah ar-Rum: 41).

Implikasi Akidah Tauhid Kepada Orang Yang Beriman Dalam Kehidupan

 Mereka mengetahui tujuan Allah SWT menciptakannya lalu menjalani


kehidupan di atas jalan yang lurus. Juga mereka mengetahui permulaan dan
pengakhiran kehidupan dan dia jauh dari kegelapan ( Surah al Mulk: 22).
 Tauhid menjadikan hati manusia itu bersatu di bawah agama Allah SWT yang
satu, kitab yang satu, Rasul yang satu dan kiblat yang satu. Iman menjadikan
manusia berkasih sayang dan bersaudara (Surah al Hujurat: 10).
 Perkara ini digambarkan oleh Rasulullah dalam sabda baginda yang
bermaksud:

22
“Perumpamaan orang yang beriman dalam kemesraan dan kasih sayang
antara mereka adalah seperti satu jasad. Apabila satu anggota sakit, semua
anggota yang lain terpaksa berjaga malam dan menanggung sakit demam.”
( Hadith riwayat Imam Muslim )

 Masyarakat beriman sentiasa tolong-menolong dalam melakukan kebajikan


dan ketakwaan, menegah dari melakukan dosa dan bermusuh-musuhan.
Semua individu akan bekerja untuk mendapat kejayaan yang diredhai Allah
SWT. Takut untuk melakukan kezaliman dan kejahatan kerana takutkan
Allah SWT. (Surah Ali Imran: 110).
 Apabila iman berkembang dalam masyarakat, akan membuahkan pelbagai
amalan soleh, maka pintu kebaikan akan dibuka dan mereka akan
memperoleh kemenangan dalam menghadapi musuh kerana mendapat
pertolongan Allah SWT. (Surah al A’raaf: 96) dan (Surah Muhammad: 7).
 Perihal orang Islam terdahulu, mereka golongan lemah dan fakir tetapi mereka
beriman dan mengerjakan amalan soleh. Dengan itu Allah SWT membuka
pintu dunia dan mengurniakan mereka kurniaanNya dan memberi
kemenangan.

2.1.2 CABARAN AKIDAH SEMASA

a. AKIDAH YANG BENAR DAN AKIDAH YANG BATIL

Ciri-ciri Akidah Yang Benar

 Akidah yang benar ialah akidah yang bertepatan dengan al-Quran dan al-
Sunnah
 Akidah yang meyakini konsep Uluhiyyat, Nubuwat dan Ghaibiyat. Seseorang
yang mempunyai akidah yang benar, mempercayai dan meyakini dengan
sungguh-sungguh kepada:

i. Allah SWT dari sudut kekuasaan dan ketuhananNya.


ii. Para Malaikat sebagai makhluk dan tentera-tentera Allah SWT.
iii. Para Rasul sebagai utusan Allah SWT dan petujuk kebenaran.
iv. Kitab-kitab sebagai panduan dan hidayat untuk manusia.
v. Hari Akhirat sebagai hari kemusnahan alam dan pembalasan amal.
vi. Qadak dan Qadar iaitu pelaksanaan dan ketentuan yang berlaku
semuanya dalam ilmu Allah SWT.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Malaysia merupakan sebuah negara yang berpegang teguh kepada aliran dan
amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam akidah ia mengikut mazhab Imam Abu
Hassan Asy’ari (260H – 324H) dan Imam Abu Mansor Al Maturidi ( 333H).
Dalam Fiqah ia mengikut mazhab Syafi’e dengan tambahan-tambahan yang
diperlukan berdasarkan keputusan-keputusan fatwa ( sama ada di peringkat
negeri atau peringkat kebangsaan ) mengikut kaedah yang wajar dalam Ahli
Sunnah. Dalam huraian berkenaan akhlak dan kerohanian ia mengikut Imam al
Ghazali Sistem pengetahuan dan panduan ilmu dalam Ahli Sunnah ini diikuti
dengan baiknya dan mesti dipelihara. (Dr. Uthman al Muhammady).

23
Ahli Sunnah Wal Jama’ah bermaksud orang-orang yang berpegang teguh
dengan kitab Allah SWT , sunnah RasulNya dan para sahabat, tabi’en dan tabi’
tabi’in serta orang yang bersama mereka. Juga beriltizam dengan kedua-duanya
(al Quran dan al-Sunnah) sama ada perkataan, perbuatan mahupun iktikad
sebagaimana yang difahami dan diamalkan oleh para ulama’ al salaf al soleh.

Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Berpegang kepada dua sumber utama iaitu :

i. Al-Quran al Karim
ii. Al-Sunnah yang sahih

 Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ ) menjadikan Ijma’ al Salaf al Soleh


sebagai rujukan dalam iktikad mereka.
 Hadith yang sahih dari Rasulullah SAW wajib diterima dalam akidah
termasuk hadith ahad ( perawi tunggal ).
 Jika berlaku pertentangan antara nas dengan akal , nas perlu
didahulukan.
 Berbantah-bantah dalam agama adalah tercela.

Ciri-ciri Akidah Yang Batil

 Syirik iaitu menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, seperti percaya kepada
selain Allah SWT. atau memohon pertolongan dari selain Allah SWT
(tangkal dan lain-lain).
 Khurafat iaitu menganut kepercayaan karut/tahyul yang bertentangan dengan
tauhid (mandi Safar).
 Kufur iaitu ingkar kepada perintah Allah SWT (menolak hadith).
 Bid’ah dhalalah iaitu mengadakan sesuatu perkara baru dalam agama sama
ada menambah atau mengurangkan yang bercanggah dengan syarak
(mengurangkan waktu solat fardhu).
 Kepercayaan atau akidah yang bercanggah dengan al Quran dan Hadith.
 Perilaku (perbuatan) yang bertentangan dengan tauhid dan keimanan.

Antara Perkara Yang Merosakkan Iman Seseorang ialah:

i. Menolak al-Quran dan Hadith sebahagian atau keseluruhannya. Firman Allah


SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah SWT dan


rasul rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada)
Allah SWT dan rasul-rasulNya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada
yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta
bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang
24
demikian (iman atau kafir). Merekalah orang-orang yang kafir sebenar-
benarnya….”
( Surah al Nisa’: 150-151 )

ii. Menolak perkara yang dharurah dalam Islam iaitu "hukum hakam agama
yang sudah jelas diketahui" sama ada dalam bentuk meninggalkan suruhan
(seperti solat) atau melakukan larangan (seperti zina). Allah SWT
menjelaskan dalam firmanNya:

Maksudnya: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula)
bagi wanita yang mukmin, apabila Allah SWT dan RasulNya telah
menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain)
tentang urusan mereka...”
( Surah al Ahzab: 36 )

iii. Menolak atau tidak percaya kepada mana-mana rukun iman


iv. Mempersendakan dan memperlekeh Islam secara sedar atau sengaja
v. Memusuhi Islam atau menolong musuh memerangi Islam (munafik) golongan
Muktazilah, Jabariah, Qadariah dan seumpamanya (pandangan sebahagian
ulama).
vi. Sebahagian ulama’ berpendapat golongan Mu’tazilah adalah terkeluar dari
Islam.

Kesimpulan

 Iman yang benar menuntut seseorang itu melaksanakan amar makruf dan
mencegah sebarang kemungkaran sama ada dengan tangan, lidah atau
sekurang-kurangnya dengan hati (tidak redha terhadap perkara tersebut).
 Islam melarang umatnya mengkafirkan orang lain kerana ia boleh merosakkan
kesucian dan kekuatan umat Islam. Sabda nabi s.a.w bermaksud:

"Sesiapa yang menuduh seorang mukmin sebagai kafir, dia seolah-olah telah
membunuhnya.”
( Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim )

 Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menghukum kafir terhadap seseorang
sehingga jelas terbukti kekafirannya
 Orang yang menolak sebahagian hadith ahad yang sahih (al Bukhari dan
Muslim) pun tidak boleh dituduh sebagai kafir. Dr Yusuf al Qardhawi
menjelaskan:

”Sebenarnya tidak ada ruang untuk meletakkan hukum kafir dalam isu ini. Ini
kerana ulama tidak mengkafirkan sesiapa pun kecuali mereka yang
mengingkari sunnah secara mutlak dan tidak menganggapnya sebagai sumber
hukum syara’ selepas al Quran.”

25
b. LANGKAH MENGATASI CABARAN AKIDAH SEMASA

1. Mempelajari ilmu akidah Islam dengan betul dari guru ‘alim dan thiqah.
2. Sentiasa merujuk kepada al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasul s.a.w. yang sahih
serta Ijmak al-Salaf al-Soleh dalam masalah akidah.
3. Menjauhi sifat fanatik kepada sesuatu kumpulan atau individu melampaui
‘fanatik’ kepada al-Quran dan Sunnah. ”Setiap kata-kata boleh diterima dan
ditolak kecuali nabi s.a.w yang maksum.” (al-Imam Hassan al-Banna)
4. Sentiasa peka terhadap ideologi-idealogi baru yang datang dari luar khususnya
dari barat.
5. Umat Islam perlu berhati-hati terhadap slogan; Keadilan dan Hak Asasi Manusia
(HAM). Ini kerana ia secara halus menafikan hak Allah SWT dan keaslian Syariat
Islam yang bersumberkan wahyu dan bersifat thabit.
6. Sentiasa berhati-hati terhadap hadith-hadith dhaif dan palsu yang menyentuh
permasalahan akidah.
7. Haram percaya dan berpegang kepada Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme
juga dikenali dengan SIPILIS di Indonesia. (Fatwa Majelis Ulama Indonesia
(MUI) 2005, dan resolusi Muzakarah Ulama Se-Malaysia, 2006, di Negeri Perak,
Malaysia. (Dr. Anis Malik Thoha)

Ajaran Sesat Dan Idealogi Semasa Yang Merosakkan Akidah

Pengenalan

 Usaha menyelewengkan akidah Islam telah bermula sejak penghijrahan Nabi


Muhammad s.a.w ke Madinah dengan munculnya golongan munafik seperti
Abdullah bin Ubai bin Salul.
 Mereka pernah menarik diri dari peperangan Uhud dan membina masjid
Dhirar seperti firman Allah:

Maksudnya: “Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang
mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang
mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang
mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi
Allah SWT dan RasulNya sejak dahulu. Mereka Sesungguhnya bersumpah:
"Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah SWT menjadi saksi
bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya).”
( Surah at Taubah: 107 )

 Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., khalifah Abu Bakar r.a. berdepan dengan
kemunculan nabi-nabi palsu seperti Abdullah bin Habib al Kazzab di
Yamamah dan lain-lain
 Seorang Yahudi bernama Abdullah bin Sabak muncul di zaman khalifah
Othman bin Affan (33H- 45H) memecahbelahkan umat Islam dengan

26
menyatakan jawatan khalifah adalah ‘wasiat nabi’ kepada Saidina Ali.
Beliaulah yang telah mengasaskan ideologi Syiah.
 Kemuncak perpecahan umat Islam menyebabkan berlaku ‘fitnah al kubra’ dan
munculnya berbagai aliran politik, sehingga akhirnya menular kepada masalah
akidah umat Islam.

Takrif Ajaran Sesat

Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-
orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran
Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan
yang dibawa itu bertentangan dengan Islam (al Quran dan al Sunnah) serta
bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

Senarai Ajaran Sesat Di Malaysia menurut JAKIM 2012

1. Nasrul Haq 20. Al-Ma`zat 39. Ajaran Hj. Ghazali


Othman Hulu Kelang
2. Budi Suci 21. “Trancendentel 40. Ajaran Hj.Kadar
Meditation”- Maharisi Ahmad
Mahish Yugi
3. Al-Watan 22. Ilmu Kebatinan 41. Ajaran Ilmu Tajalli
Ahmad Laksamana
4. Budi Suci Sejati 23. Abdul Manan bin 42. Ajaran ilmu
Harun- Tolak Hadith Hakikat@ Jahar Dumin
Hulu Langat
5. Jawa Faradin 24. Ilmu Mentauhidkan 43. Tarikat Mufaridiah
Allah oleh Nasrun
S.T.Qahar
6. Silat Sunda Pukulan 25.Kumpulan Ikhwan/al- 44. Ajaran Hassan Anak
Ghaib Mas Rimau
7. Tusuk Hikmat 26. Kuasa Ghaib (Tahan 45. Ajaran Martabat
Diri) Tujuh
8. Ilmu Kebatinan 27. Ajaran Hj. Banuar 46. Naluri
9. Potong Maya 28. Nasrun S.T.Qahar 47. Ajaran Sulaiman
(Bahtera Nabi Noh)
10. Tarikat Samaniah 29. Roslan Katimun atau 48. Ajaran Ilmu Hakikat
Ibrahim Bonjol Ajaran Wali Sembilan Hassan bin Jonit
11. Kaula 30. Tariqat Naqsyabandiyah 49. Ajaran Ahmadiah/
Kadirun Yahya Qadiani
12. Haqqullah Syahadah 31. Wali Sembilan 50. Ajaran Mohd Nor
Seman
13. Rampai 32. Khatijah binti Ali @ 51. Ajaran Ayah Pin
Puan Tijah
14. Wali Suci 33. Syed Mutalib bin Syed 52. Ajaran Bahai
Mohd Nordin
15. Kalimat Sakti 34. Ajaran Mohd Seman 53. Al-Ma`unah
Al-Banjari
16. Silat Pukulan Jarak 35. Al-Arqam 54. Ajaran Azhar Wahab
Jauh

27
17. Ilmu Tenaga Dalam 36.Golongan Anti Hadith 55. Ajaran Mohd Nordin
Hikmat Putih
18. Zikir Sha`ban Islam 37.Ajaran oleh Juruzon bin
Haq Abdul Latif @ dikenali (Hj)
Ahmad al-Walidie (Pak Su)
19. Asal Wujud Garis 38. Syiah
Laksamana

Ciri-Ciri Ajaran Sesat

1. Mengaku diri atau gurunya sebagai nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima
wahyu.
2. Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam al-Mahdi.
3. Mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai
manusia yang istimewa seperti Imam al-Mahdi.
4. Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.
5. Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin
dengan tujuan untuk mendapat anak yang soleh atau anak hakikat.
6. Mengaku Allah SWT menjelma di dalam diri manusia (guru).
7. Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad
orang yang masih hidup dan roh si mati juga boleh memberi pertolongan apabila
diseru namanya.
8. Mendakwa pengikut ajarannya dijamin masuk syurga dan gurunya adalah
pemegang kunci pintu syurga.
9. Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.
10. Memohon hajat kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan
seumpamanya kerana mempercayai azimat tersebut boleh memberi kesan.
11. Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus dari
Rasulullah s.a.w. secara jaga (yaqazah).
12. Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah
SWT melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya oleh itu dia pasti
masuk syurga.
13. Memansuhkan sebahagian syariat Islam seperti sembahyang (termasuk
sembahyang Jumaat), puasa, haji dengan anggapan seseorang yang telah sampai
kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat (mengamalkan suluk).
14. Mendakwa bahawa ibadat haji boleh ditunaikan di tempat lain dan tidak
semestinya di Mekah.
15. Mengubah dengan sengaja ayat al-Quran dan maksudnya seperti mentakwil setiap
ayat al-Quran dengan dakwaan ‘setiap yang zahir ada batinnya.’
16. Mendakwa orang yang mengamalkan syariat hanya kulit dan tidak sampai kepada
matlamat sebenar (hakikat).

Contoh Idealogi Semasa Yang Boleh Merosakkan Akidah

Terdapat banyak idealogi dan fahaman asing yang berkembang secara senyap
dan menyerap masuk dalam kalangan umat Islam masa kini. Ia merupakan sebahagian
dari misi serangan pemikiran (al ghazw al fikri) yang menyeluruh ke atas umat Islam
melalui berbagai jalan seperti pendidikan dan media massa. Mereka berselindung di
sebalik fahaman kesederhanaan, toleransi dan kebebasan dalam Islam. Istilah seperti
Islam moderat (sederhana), Sekularisme, Liberalisme dan Pluralisme telah

28
dipopularkan di negara-negara umat Islam. Fahaman asing ini diimport masuk ke
dalam Islam melalui individu-individu dan organisasi-organisasi secara terancang.

Islam moderat; istilah “moderat” (umat pertengahan) berasal dari bahasa


Latin ‘moderare’ yang artinya “mengurangkan atau mengawal”. Maksud ‘ummatan
wasatha’ dalam ayat di bawah telah diterjemahkan sebagai “umat moderat” oleh
golongan ini sesuai dengan kehendak Barat dan kaum sekular-liberal. Sedangkan
maksud sebenarnya ialah apa yang disebut oleh al Imam Ibnu Katsir iaitu; memahami
umat pertengahan sebagai umat pilihan dan terbaik, umat paling mulia dan utama,
umat yang menjunjung tinggi nilai keadilan. Kerana, Allah menjadikan umat Islam
sebagai umat pertengahan, Allah memberi secara khusus syariat yang paling
sempurna, manhaj paling lengkap, dan mazhab paling jelas.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang
adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas manusia.”
( Surah al Baqarah:143 )

Pluralisme-Liberalisme pula merupakan idealogi sebenar golongan ‘Islam


Moderat’ ini. Ia berkembang pesat di negara umat Islam seperti di Indonesia dan kini
di Malaysia. Pluralisme bermaksud toleransi manakala Liberalisme bermaksud
kebebasan. Pluralisme-Liberalisme agama bermaksud toleransi dan kebebasan dalam
beragama. Fahaman Pluralisme ini telah disahkan menyeleweng dan sesat oleh Majlis
Fatwa Kebangsaan pada 2006. Terdapat 4 intipati utama fahaman Liberalisme-
Pluralisme yang menyeleweng dari Islam iaitu;

i. Mengkritik teks al-Quran

Golongan ini beranggapan bahawa al-Quran bukan sumber rujukan yang


muktamad bahkan telah mengalami proses perubahan ketika dari Nabi s.a.w kepada
sahabat dan generasi seterusnya. Nasr Hamid Abu Zaid (Mesir, beliau bertugas di
Univ. Leiden, Belanda) bersependapat dengan Frederich Schlie Marcher (1768-1834)
yang memberi teori bahawa al-Quran yang diturunkan melalui Malaikat Jibril a.s.
kepada Muhammad yang (sifatnya) manusiawi, sebagai penerima pertama, adalah
penyampaian teks hal ehwal manusia.Al-Quran itu bukan Teks Ilahi dalam bentuk
asli, tapi telah disaring menurut pemikiran Muhammad (Mohd Hazizi Ab Rahman
2013)

ii. Kesetaraan atau persamaan (equality)

Semua agama adalah sama dan membawa kebaikan menuju kepada Tuhan.
Nama Tuhan boleh berbeza menurut bahasa-bahasa bangsa manusia. Jika Islam
mempunyai Syariat (hukum lahiriah) dan Tariqat (cara penyucian) perkara yang sama
juga terdapat pada semua agama lain di dunia. Tidak ada agama yang terbaik, lebih
baik, buruk dan tidak betul bahkan semuanya adalah sama dan setara.

29
iii. Liberalisme atau kebebasan

Liberalisme mengajar hak kebebasan beragama terhadap individu. Seseorang


individu boleh keluar masuk agama (murtad) secara bebas. Bahkan bebas
mentafsirkan nas-nas syarak dengan akal fikiran masing-masing. Berdasarkan
undang-undang sivil selepas seseorang anak berumur 18 tahun, ia bebas beragama
tanpa terikat dengan anutan ibubapa. Malah keluarga tidak mempunyai apa-apa hak
untuk menyekat atau menghalang seseorang ahli keluarga memilih agama yang
disukai.

iv. Penolakan Syariat Islam

Syariat yang ada di tangan umat Islam adalah ciptaan manusia, tidak mutlak
dan tidak suci. Hukum Islam melanggar Hak Asasi Manusia dan tidak sesuai dengan
perkembangan zaman. Abdullah an-Naim penulis dari Sudan (penulis buku “Toward
an Islamic Reformation”,1989). terpengaruh kuat dengan orientalis Barat yang
bencikan Islam iaitu antaranya Goldziher, Schacht dan Coulsan yang menyebut
bahawa syariat Islam adalah ciptaan fuqaha selama 300 tahun.

Kesimpulan

Isu akidah adalah isu besar umat Islam masakini. Dalam kegawatan segelintir umat
Islam yang tidak pandai mengucap dua kalimah syahadah, tidak solat bahkan
menolak hukum dan ketetapan Allah SWT muncul pula berbagai idealogi baru yang
nampak mudah dan menyelesaikan masalah umat sedangkan hakikatnya ia telah
menyeleweng dari jalan sebenar. Idea-idea ini berpaksikan logik akal semata-mata
malah menolak al- Quran dan al- Sunnah tanpa sedar.

Haram percaya dan berpegang kepada Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme juga
dikenali dengan SIPILIS di Indonesia. (Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI) 2005,
dan resolusi Muzakarah Ulama Se-Malaysia, 2006, di Negeri Perak, Malaysia. (Dr.
Anis Malik Thoha)

Kufur dan syirik kepada Allah SWT adalah dosa paling besar yang menyebabkan
seseorang hamba dicampakkan ke neraka Allah SWT kelak. Justeru, setiap manusia
bertanggungjawab terhadap nasib masa depan kehidupan di akhirat. Mereka tidak
boleh menyalahkan sesiapa atas balasan azab akibat dari dosa atau kekufurannya di
dunia. Semuanya akan kembali pada diri mereka masing-masing. Sekiranya Allah
SWT kehendaki nescaya seluruh penduduk alam ini beriman dan taat kepadaNya.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang


yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia
supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya ?”

( Surah Yunus: 99 )

30
RUJUKAN.

1. Al-Quran al-Karim
2. Al-Quran Pimpinan al-Rahman
3. Al-Quran Digital
4. Abdul Karim Zaidan Dr, (1987), Usul Dakwah, Darul Wafa, Kaherah
5. Al-Mausu’ah al Muyassarah fi al Adyan wal Mazahib al Mu’asarah, An
Nadwah al Alami lil Syabab al Islami (WAMY), Riyad.
6. Buku Rujukan Pendidikan Akidah Islam,Edisi Kedua, Kolej Matrikulasi
Melaka.
7. Imam Nawawi; (1986), Hadith 40, al Ittihad al Islami al Ali
8. Jakim, Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia (1999)
9. Mohamad Sayid Tantawi Dr; (1987), Banu Israel fi al-Quran wa Sunnah, az
Zahrak lil Iklam, Kaherah.
10. Muhammad Sayed al Wakil Dr; 1987 (1408H), Jaulah Tarikhiyah fi Asril
Khulafak ar Rasyidin, Darul Mujtamak, Jeddah, Saudiah Muhammad Abdullah al
Khatib da
11. Muhammad Abdul Halim Hamid, (1990) Nazarat fi risalah at Taklim, Kaherah
12. Sayid Sabiq; (1999), Akidah Islam (terjemahan), Pustaka Nasional Singapura.
13. Siti Norbaya bt Abd Kadir, (2003), Ajaran sesat, Al Hidayah Publishers, Kuala
Lumpur
14. al-Qardhawi Dr, (2004), Kebangkitan Islam (terjemahan), Pustaka Salam, Kuala
Lumpur
15. Safuan Ustaz , (2005), Kertas kerja Akidah Islam, Kolej Matrikulasi Kedah
16. Mohd Aizan bin Mas’od, (2013), Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di
Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
17. Anis Malik Thoha Dr, Bahaya Fahaman Idealogy Moden Yang Boleh
Menyesatkan: Syiah, Pluralisme dan Liberalisme (SIPILIS);
18. Hj Jainal Sakiban Al Jauhari , Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu
Dipertahankan Di Nusantara, Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah Dan Syariah
Majlis Agama Islam Johor Dan Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah UTHM ,2014.
19. Hj Said Hj Ibrahim ( Bekas Mufti Sabah ),Perbandingan Akdah Dan Fahaman
Umat Islam, Darul Ma’rifah, Kuala Lumpur, Cet 1 1997.
20. Laman web Jakim: http://www.islam.gov.my/ppi/faktorasesat.html
21. Laman web Jakim: http://www.islam.gov.my/artikel/syiah1.html
22. Mohd Hazizi Ab Rahman, Pencerahan, Modernisme, Sekularisme, Demokrasi,
Liberalisme, Pluralisme: Protes Yang Bertukar Menjadi Agama
http://ustazhazizi.wordpress.com/2012/08/30/pencerahan-modernisme-
sekularisme-demokrasi-liberalisme-pluralisme-protes-yang-bertukar-menjadi-
agama/
23. http://aidctranslate.wordpress.com/2009/02/09/memahami-makna-muslim-
moderat/

31
SYARIAH ISLAM

2.2.1 KONSEP SYARIAH

Pendahuluan

 Perkataan Syariah Islamiah dikenali juga sebagai agama Islam atau Deen al
Islam. Sejak Nabi Adam AS diutus oleh Allah SWT ke bumi sebagai khalifah
untuk mentadbir dan menjalani kehidupan di bumi, Allah SWT telah
menurunkan syariah (agama) sebagai peraturan melalui wahyuNya supaya
Nabi Adam AS. serta zuriatnya dapat menjalani kehidupan dengan aman dan
sejahera.
 Syariah Islam kepada Nabi Muhammad SAW bermula apabila wahyu pertama
diturunkan iaitu pada 17 Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah, bersamaan
tahun 610 Masehi. Wahyu diturunkan beransur-ansur selama lebih kurang 23
tahun, sesudah baginda dilantik oleh Allah SWT sebagai rasul.
 Syariah Islam adalah untuk semua golongan manusia dan jin. Firman Allah
SWT:

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia


melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
( Surah al Zaariat: 56 )

Maksudnya : “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad)


melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita
gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada
orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
(hakikat itu).”

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya: “Daripada Ibnu Abbas telah berkata, sabda Rasulullah SAW:


Aku diberikan lima perkara, tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku
dan tidak aku mengatakannya kerana kebanggaan, aku diutuskan untuk
seluruh merah dan hitam.”
( Hadith riwayat Ahmad )

32
a. DEFINISI DAN PRINSIP-PRINSIP SYARIAH

Definisi

 Dari segi bahasa syariah bermaksud sumber atau jalan.


 Dari segi istilah syariah hukum yang diperundangkan oleh Allah SWT ke atas
hambaNya melalui lisan rasulNya.
 Hukum bermaksud perintah Allah SWT mengenai perbuatan mukallaf. Hukum
dinamakan “syariah” kerana kedudukannya yang lurus, sistemnya benar dan
tidak menyimpang dari tujuan yang benar.
 Apabila perkataan syariah disandarkan kepada Islam ia bermaksud syariah
yang diturunkan oleh Allah SWT merupakan khusus untuk agama Islam. Ini
bererti Syariah Islamiah digunakan bagi maksud keseluruhan ajaran Islam.
Dalam konsep ini ia sinonim dengan Deen al Islam dan Millah, yang biasanya
diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai agama Islam.

Prinsip-Prinsip Syariah Islam

 Islam adalah agama yang menjaga keperluan manusia dan menjamin


kebahagiaan melalui hukum-hukum yang telah disyariatkan. Oleh itu, Islam
telah menggariskan beberapa prinsip asas sebagai rahmat kepada manusia:

i. Mudah

 Syariah Islam yang diturunkan oleh Allah SWT untuk memberi kemudahan
kepada kaum muslimin. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Allah SWT menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak


menghendaki kamu menanggung kesukaran.”
( Surah al Baqarah:185 )

 Tidak membebankan
 Contohnya solat dalam keadaan duduk bagi mereka yang tidak mampu berdiri.
Memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat dan menghimpunkan
dua solat dalam satu waktu bagi orang yang musafir.

ii. Beransur-ansur

 Syariah Islam diperundangkan ke atas manusia secara berperingkat-peringkat


dan ajarannya dijelaskan secara sedikit demi sedikit.
 Antara contohnya ialah;
i. Pengharaman arak yang diperintahkan secara beransur-ansur. Pada
peringkat pertama Allah SWT memberitahu arak itu mempunyai
kebaikan dan keburukan (al-Baqarah: 219). Peringkat yang kedua
Allah SWT memerintahkan kepada umat Islam agar tidak mendirikan
solat dalam keadaan mabuk (al-Nisa:43). Peringkat seterusnya Allah
SWT mengharamkan arak daripada diminum (al-Maidah: 90).

33
ii. Larangan bercakap ketika solat; Pada peringkat awal solat diwajibkan,
para sahabat nabi SAW. bercakap ketika solat, sehinggalah Allah SWT
menurunkan ayat memerintahkan supaya diam (al-Baqarah: 238).

iii. Adil

 Syariah Islam juga bertujuan untuk menegakkan keadilan secara


menyeluruh, tidak hanya di kalangan umat Islam bahkan bagi umat manusia
seluruhnya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua


sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah SWT ,
lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu
terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil
itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah SWT ,
sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang
kamu lakukan.”
( Surah al Maidah: 8 )

 Contohnya ialah kenyataan Rasulullah SAW yang sanggup mengambil


tindakan tegas jika anak baginda melakukan jenayah.

Maksudnya: “ Jika sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku


potong tangannya.”
( Hadith riwayat al Bukhari )

b. TUJUAN SYARIAH ( MAQASID SYARIAH )

 Umumnya hukum syariah bertujuan untuk menjaga maslahah atau kebajikan


manusia yang mencakupi kebajikan individu dan masyarakat.

 Menjaga agama

 Agama merupakan satu keperluan kepada setiap manusia, kerana ia mengatur


kehidupan manusia, menyatakan hubungannya dengan Tuhan dan hubungan
manusia dengan manusia.

34
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah SWT
ialah Islam.”
( Surah Ali Imran: 19 )

 Untuk menjaga agama Allah SWT mensyariatkan Jihad. Firman Allah SWT:


Maksudnya : “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan
(sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah SWT.”
( Surah al Baqarah: 193 )

 Orang Islam yang murtad dikenakan hukuman kerana mereka mencemari dan
merosakkan kemurnian agama. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Tidak halal darah seseorang muslim yang mengucap bahawa


tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan bahawa aku Rasulullah
SAW kecuali salah satu dari tiga perkara: membunuh, penzina sudah
berkahwin dan meninggalkan agama keluar dari jemaah.”
( Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim )

 Menjaga nyawa

 Untuk menjaga nyawa, Islam mengharamkan pembunuhan sesama manusia


tanpa hak. Kecuali dalam bentuk hukuman seperti hukuman qisas. Firman
Allah SWT:

Maksudnya: “Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu,
wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.”
( Surah al Baqarah:179 )

 Menjaga akal

 Akal merupakan kurniaan yang paling bernilai kepada manusia. Menjaga akal
mempunyai pertalian rapat dengan menjaga nyawa. Islam mensyariatkan
hukum-hukum khas untuk menjaga akal seperti pengharaman arak (khamr)
dan disyariatkan hukuman hudud kepada peminumnya. Firman Allah SWT:

35
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya
arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-
batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan.
Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
( Surah al Maidah: 90 )

 Hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malek r.a:


َ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW. dan Saidina Abu Bakar merotan


peminum arak dengan pelepah dan sandal sebanyak empat puluh kali.”
( Hadith riwayat Muslim )

 Islam mengharamkan segala yang memabukkan dan boleh memudaratkan akal


seperti dadah, ganja dan sebagainya.

 Menjaga keturunan dan maruah

 Maruah merupakan fitrah manusia yang membezakannya dengan


haiwan. Manusia dipuji atau dikeji kerana maruah.
 Bagi menjaga maruah maka Islam menggariskan hukum perkahwinan
dan kekeluargaan serta mengharamkan zina.
 Islam mensyariatkan hukuman hudud bagi penzina dan qazaf kepada
orang yang menuduh zina tanpa membawa 4 orang saksi yang adil.
 Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah


kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat."
( Surah al Nur: 2 )

 Islam mengharamkan menasabkan anak angkat kepada bapa angkat,


kerana seolah-olah mencuri darah daging orang lain. Firman Allah SWT:

Maksudnya : “Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada


bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah SWT”
( Surah al Ahzab : 5 )

36
 Menjaga harta

 Harta merupakan wasilah yang membantu manusia bagi mencapai


kebahagiaan dalam kehidupan. Harta merupakan keperluan daruri (keperluan
asas) untuk kepentingan manusia.
 Bagi menjaga harta, Islam mensyariatkan hukuman hudud kepada pencuri dan
penyamun. Firman Allah SWT:

Maksudnya : “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang
mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan
dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman
pencegah dari Allah SWT Dan (ingatlah) Allah SWT Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.”
( Surah al Ma’idah: 38 )
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah


SWT dan rasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah
dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak
merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau
dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas
sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman
umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi
mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.”
( Surah al Maidah: 33 )

2.2.2 SUMBER SYARIAH ISLAM

 Sumber Syariah Islam di sini bermaksud sumber hukum fekah.


Secara umumnya ia dapat dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu:

 Masodir Asliyah (sumber asal) iaitu:


 Al-Quran
 Al-Sunnah

 Masodir Tab’iyyah (sumber cabang) iaitu:


 Ijmak
 Qias

37
a. DEFINISI AL-QURAN, AL-SUNNAH, IJMAK ULAMA DAN QIAS

Definisi al-Quran

• Dari segi bahasa al-Quran bermaksud baca.


• Dari segi istilah al-Quran ialah kalam Allah SWT yang bermukjizat, diwahyukan
kepada Nabi Muhammad SAW. melalui malaikat Jibril AS. dalam bahasa arab,
diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.

Nama-Nama Lain Bagi al-Quran

i. Al Furqan ( Surah al Furqan: 1)


ii. Al Kitab (Surah al Zukhruf: 2)
iii. Al Zikr (Surah al Hijr: 9)
iv. Al Qaul (Surah al Qasas: 51)

Sifat-Sifat al-Quran

i. Huda (petunjuk) (Surah al Baqarah: 185)


ii. Nur (cahaya) (Surah al Nisa’: 174)
iii. Syifa’ (pengubat) (Surah al Isra’: 82)
iv. Mau’izah (peringatan) (Surah Yunus: 57)

Bukti al-Quran Benar Dan Masih Asli

i. Jaminan keaslian al-Quran (Surah al Hijr: 9)


ii. Cabaran al-Quran supaya mencipta satu surah menyamai al Quran (Surah
Al Baqarah: 23-24)
iii. Janji yang benar seperti pembukaan kota Mekah (Surah al Fath: 27)
iv. Penemuan sains seperti penemuan setiap benda hidup daripada air (Surah
Al Anbiya’: 30)

Definisi al-Sunnah (Hadith)

• Dari segi bahasa bererti jalan atau perangai.


• Dari segi istilah ialah segala apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW. sama
ada perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya.

i. Contoh Sunnah Qauliah (kata-kata)

Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah berkata sabda Rasulullah SAW: dua


kalimah yang ringan di mulut tetapi berat di timbangan serta disukai oleh .” Allah SWT
iaitu

( Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim )

38
 Contoh Sunnah Fi’liah (perbuatan)

Maksudnya : “Daripada Huzaifah r.a. berkata : Apabila Rasulullah SAW. bangun


pada malam hari untuk menunaikan sembahyang tahajjud, baginda membersihkan
mulutnya dengan sugi.
( Hadith riwayat Muslim )
 Contoh Sunnah Taqririah (pengakuan)

Maksudnya : “Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau telah berkata : seseorang
telah menjamah dhab di sebelah hidangan Rasulullah SAW. akan tetapi Rasulullah SAW.
membiarkannya.

( Hadith riwayat Tirmizi )

 Contoh Sunnah Sifah Khulukiyah (sifat Nabi SAW)

Maksudnya : “Abu Said al Khudri berkata : Rasulullah SAW. lebih malu daripada seorang
anak dara di dalam kamar, dan apabila dia melihat sesuatu yang dibencinya, kami
mengetahui melalui air mukanya.”

( Hadith riwayat Muslim )

Al-Sunnah Sebagai Sumber Hukum

 Semua mazhab dalam Islam menerima al-Sunnah sebagai sumber hukum Islam yang
kedua selepas al- Quran. Ini adalah berdasarkan kepada perintah Allah SWT supaya
kita mematuhi perintah Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:

Maksudnya : “ Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka
terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah
larangannya.”
( Surah al Hasyr: 7 )

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesiapa yang taat kepada Rasulullah SAW , maka sesungguhnya ia telah taat
kepada Allah.”
( Surah al Nisa’: 80)

39
Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya : “Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, kamu tidak
akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu
kitabullah (al Quran) dan al Sunnah nabiNya”.

( Hadith riwayat Imam Malik )

Ijmak Ulama

Definisi Ijmak Ulama

 Ijmak ulama ialah persetujuan seluruh ulama mujtahidin dari umat Nabi
Muhammad selepas kewafatan baginda SAW. pada sesuatu zaman berkaitan
hukum syarak.

Hukum Beramal Dengan Ijmak

 Segala hukum yang telah disepakati oleh seluruh ulama mujtahid wajib
dipatuhi dan beramal dengannya oleh setiap umat Islam.

Ijmak Sebagai Sumber Hukum

 Hukum yang telah disepakati oleh semua ulama mujtahidin tentang sesuatu
perkara, maka hukum tersebut merupakan hukum agama yang menjadi sumber
selepas al Quran dan al Sunnah (hadith). Ijmak yang telah disepakati tidak
boleh diubah.

Firman Allah SWT:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah


dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “ulil amri” (orang-orang
yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al Quran) dan (al Sunnah) RasulNya
- jika kamu benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.

Sabda Rasulullah SAW:

Ertinya: “Tidak akan bersepakat umatku dalam perkara kesesatan.”


( Hadith riwayat Ibnu Majah )

40
 Contoh Ijmak;
i. Memerangi golongan yang tidak membayar zakat di zaman Khalifah
Abu Bakar
ii. Menghimpun dan membukukan al Quran
 Ulama menyatakan hampir tidak berlaku ijmak zaman moden kerana
bilangan ulama yang ramai dan mereka bertaburan di seluruh dunia.
 Majmak Fiqh al Islami (1981) merupakan contoh perhimpunan ulama yang
hampir menyerupai ijmak ulama zaman moden ini.

Syarat Ijmak

i. Ahli-ahli ijmak terdiri daripada para mujtahidin.


ii. Ahli mujtahidin sekurang-kurangnya dua orang.
iii. Hal yang disepakati adalah masalah fiqhiyah yang tiada ketentuan
hukumnya dalam al Quran atau al Sunnah.
iv. Persepakatan berlaku selepas wafat Rasulullah SAW.

Qias

Definisi Qias

 Menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-Quran,


Hadith atau ijmak ulama dengan masalah yang telah dijelaskan hukumnya
(asal) di dalam salah satu daripada dalil tersebut berdasarkan persamaan pada
illah (sebab) hukum pada keduanya.

Hukum Beramal Dengan Qias

 Wajib bagi setiap umat Islam beramal dengan hukum yang telah ditetapkan
oleh ulama melalui qias.

Qias Sebagai Sumber Hukum

 Qias merupakan sumber hukum yang keempat selepas al-Quran, al-Sunnah


dan ijmak. Firman Allah SWT:

Ertinya : "Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai
orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.”

( Surah al Hasyr: 2 )

 Ayat ini menyarankan supaya kita mengambil iktibar daripada peristiwa yang
telah berlaku termasuk dalam menentukan hukum yang baru.

41
 Antara contoh-contoh qias:

i. Minuman tuak diharamkan (hukum baru), berdasarkan qias kepada


hukum haram arak (hukum asal) kerana illah (sebab) yang sama
iaitu memabukkan.
ii. Merokok diharamkan (hukum baru), berdasarkan qias kepada
hukum haram arak (hukum asal) kerana illah (sebab) yang
sama iaitu memudaratkan.
iii. Kewajipan zakat beras (hukum baru), berdasarkan qias kepada
hukum wajib zakat gandum (hukum asal) kerana illah (sebab)
yang sama iaitu makanan asasi.

b. IJTIHAD

Definisi Ijtihad

 Menurut bahasa perkataan ijtihad bermaksud usaha bersungguh-sungguh bagi


mencapai sesuatu. Menurut istilah ijtihad bermaksud mencurahkan sepenuh
tenaga untuk mendapatkan hukum syarak yang berbentuk amali, dengan cara
istimbat daripada dalil-dalil dan sumber syarak.

Hukum Ijtihad

 Hukum berijtihad adalah harus, namun boleh berubah mengikut keadaan,


masa dan tempat. Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin
mengatakan bahawa “menyiapkan segala sesuatu yang diperlukan seperti
barang tenunan, jahitan, pertukangan dan sebagainya adalah fardu kifayah”.
Jelasnya ijtihad termasuk dalam fardu kifayah.

Contoh-contoh ijtihad zaman sekarang


i. Harus melakukan pemindahan organ (derma organ)
ii. Harus kahwin secara televideo dengan syarat-syaratnya

Syarat Mujtahid (orang-orang yang berijtihad)

i. Menguasai bahasa Arab


ii. Menguasai tafsir ayat-ayat ahkam
iii. Menguasai hadith-hadith ahkam
iv. Menguasai ayat-ayat nasikh dan mansukh
v. Mengetahui ijmak ulama
vi. Menguasai ilmu usul fekah
vii. Menguasai kaedah-kaedah fiqhiyah

42
Sebab-sebab Ijtihad diperlukan
i. Hukum-hukum yang terkandung i dalam al Qurab, hadith dan Ijmak.
ii. Memudahkan kepada umat Islam beramal.
iii. Mengembangkan hukum -hukum yang sesuai sepanjang zaman.

Peranan Ijtihad

i. Menjelaskan hukum antara al Quran dan al Sunnah.

 Nabi SAW. melarang nazar dan bersabda:

Maksudnya : “Sesungguhnya ia tidak dapat menolak apa-apa, hanya ia mengeluarkan harta


orang yang bakhil.”

 Pada zahir al Sunnah ini nazar adalah sesuatu yang dibenci syarak. Ini
menyanggahi yang memuji mereka yang menunaikan nazar.

Firman Allah SWT:

Maksudnya : “(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan


nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari
(akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.”
( Surah al Insan: 7 )

 Dalam hal ini ijtihad perlu dilakukan tentang sebab larangan Nabi SAW terhadap nazar
demi menyelaraskan hukum yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Justeru
nazar yang dilarang dalam al-Sunnah di atas ialah berkaitan dengan mereka yang
memudah-mudahkan nazar.

ii. Menjelaskan percanggahan hukum fekah di dalam al-Sunnah.

Daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada seorang muslim
yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung, atau insan atau binatang
berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedekah.”

( Hadith riwayat al Bukhari )

43
Daripada Abdullah bin Mas‘ud katanya Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Jangan kamu memiliki al dhay‘ah (kebun atau perniagaan), nanti kamu
cintakan dunia.”
( Hadith riwayat al Tirmizi )

 Hadith pertama menggalakkan untuk bercucuk tanam, secara tidak langsung


menggalakkan atau mengizinkan memiliki ladang atau kebun yang
membolehkan kita bercucuk tanam. Manakala hadith kedua melarang
memiliki kebun dan perniagaan.

 Percanggahan yang terdapat pada zahir kedua-dua hadith ini diselesaikan


dengan berijtihad. Larangan nabi SAW. itu di dalam hadith yang kedua
ditujukkan kepada sesiapa yang memiliki kebun atau perniagaan akan
meninggalkan urusan agama.

iii. Meluaskan hukum fekah dalam hadith.

Sabda Rasulullah SAW: “Arak dari dua pokok ini iaitu tamar dan anggur.”
( Hadith riwayat Muslim )

 Berpandukan hadith ini seolah-olah arak hanya dibuat dari tamar dan anggur
sahaja. Pandangan ini adalah sempit disebabkan tidak memahami pengaruh
tempat dalam pembentukan Sabab al-Wurud (sebab keluarnya hadith).
Sedangkan arak itu sebenarnya adalah daripada setiap yang memabukkan
berdasarkan hadith:

Daripada Ibnu Umar Nabi SAW.: bersabda : “Tiap-tiap yang memabukkan


adalah haram dan tiap-tiap yang memabukkan adalah arak.”

( Hadith riwayat al Nasaie )

2.2.3 ISU-ISU SEMASA SYARIAH ISLAM

a. MUAMALAT ISLAM

Definisi Muamalat

 Dari segi bahasa muamalat bermaksud berkira bicara.


 Dari segi istilah muamalat ialah: Tatacara atau peraturan dalam perhubungan
manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang
berlandaskan syariat Allah SWT yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial
Islam.

44
Objektif Muamalat Islam

i. Memperkemas dan melicinkan urusan kehidupan manusia supaya dapat


menghindarkan kesulitan-kesulitan yang timbul dalam kehidupan mereka dari
masa ke semasa.
ii. Memajukan kehidupan manusia menurut ketetapan Allah sebagai panduan dan
bimbingan kepada umat Islam.
iii. Memberi ilham kepada manusia agar bergaul dan saling bertukar ganti sama ada
benda-benda atau faedah-faedah, atau jasa-jasa antara mereka baik dengan cara
jual beli, pinjam meminjam, upah mengupah dan berbagai cara lain yang
dilakukan di dalam kehidupan seharian.
iv. Sebagai pengabdian kepada Allah SWT dan mengharapkan keredhaanNya, kerana
harta benda yang dikurniakan merupakan amanah Allah SWT

Contoh-Contoh Muamalat

1. Muamalat yang diharuskan

i. Jual beli.
ii. Syarikat.
iii. Gadaian.
iv. Mudharabah.
v. Pinjaman.

2. Muamalat yang diharamkan

i. Riba.
ii. Perjudian.
iii. Rasuah.
iv. Monopoli.

Takaful

Definisi Takaful

 Takaful atau kafala dari segi pengertian bahasa ialah saling jamin menjamin,menjaga
atau memelihara iaitu peserta yang mengambil perlindungan takaful berniat ikhlas
akan saling jamin menjamin dikalangan mereka untuk saling bantu membantu ketika
ditimpa musibah.

 Takaful secara amnya mempunyai persamaan dengan insuran konvensional dimana


kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib
baik kerana ditimpa musibah. Akan tetapi takaful adalah merupakan insuran yang
berteraskan Islam dan diuruskan mengikut hukum-hukum dan syariat Islam.

45
Ciri-Ciri Takaful

 Adalah berkonsepkan seperti khairat kematian yang ada di masjid-masjid dan kariah-
kariah di kampung-kampung.
 Perbezaannya antara khairat kematian ialah takaful diurus secara profesional oleh
pengurusan yang terlatih dan dikawal oleh Majlis Pengawasan Syariah dan kerajaan.
 Produk-produk Takaful juga mesti mendapat pengiktirafan dari Majlis Penasihat
Syariah Bank Negara yang pakar dalam ilmu al-Quran, Sunnah, ijma', Bahasa Arab,
fiqh perbandingan, ilmu usul fiqh dan menguasai ilmu maqasid Syariah serta ilmu
kewangan semasa.
 Takaful adalah halal, tidak mengandungi unsur-unsur gharar, riba dan judi serta
dikeluarkan zakat pada semua simpanan dan pelaburan.

Perbezaan Antara Takaful Dengan Insurans Konvensional

 Pada 15 jun 1972 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang ke 5


telah memutuskan iaitu insurans nyawa yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insuran
konvensional adalah suatu muamalah yang fasid (rosak dan tidak sah) yang
bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam dari segi akadnya kerana mengandungi
unsur-unsur gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan riba.
 Al gharar (ketidakpastian) ialah ketidakpastian dalam transaksi muamalah dimana
terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh
menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain.
 Dari Ali r.a Rasullullah SAW pernah melarang jualbeli orang yang terpaksa, jualbeli
gharar dan penjualan buah sampai ianya dicapai. (hadith riwayat Abu Daud)
 Kontrak insuran mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan,
satu pihak (syarikat insuran) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara
satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan.

Konsep Pinjaman Menurut Perspektif Islam

Pendahuluan

Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan


terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan.

Budaya suka berhutang sebegini amat ditegah oleh Islam kerana agama yang mulia ini
menganjurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah (terbaik/bersederhana)
dan mengutamakan sikap qana’ah. Keinginan manusia terhadap kesenangan dunia
sememangnya tiada batasan dan sempadan namun keinginan tersebut wajar
diseimbangkan dengan keimanan serta penghayatan nilai-nilai murni yang digariskan
oleh Islam.

Rasullulah SAW juga bersabda bahawa tabiat berhutang harus diperangi sebagaimana
memerangi amalan kekufuran:

46
Konsep Pinjaman Dalam Islam

Dari kaca mata perundangan Islam, pinjaman dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:
i. Al ‘Ariyah ialah merujuk kepada pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu
barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan
penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma. Hak pemilikan ke
atas barang tersebut masih kekal pada pemberi pinjaman dan peminjam tidak
bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau susut nilai bagi barang
tersebut kecuali kecuaian adalah berpunca daripada peminjam sendiri. Barang
yang dipinjam hendaklah dipulangkan kepada tuannya dan bukan memulangkan
gantian barang tersebut

ii. Al Qard ialah pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau
komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau
timbangan. Sebagai contoh, A memberi pinjaman RM1,000 kepada B. Selepas
tempoh tertentu B dikehendaki memulangkan kembali nilai wang yang sama iaitu
RM1,000 dan bukan memulangkan wang kertas yang asal.

Prinsip al-Qard al-Hasan

 Perkataan al Qard al hasan bermaksud pinjaman yang baik. Ia merupakan


manifestasi keprihatinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu
saudaranya yang berada dalam kesempitan khususnya dalam aspek kewangan.
Oleh itu, peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja
tanpa dikenakan faedah.

 Hukum pelaksanaan qard hasan adalah sunat berdasarkan kepada hadith


Rasulullah SAW dan juga ijma‛ para fuqaha’. Dalam satu hadith, Rasulullah SAW
telah bersabda bahawa seorang muslim yang memberikan pinjaman wang atau
hutang (qard) sebanyak dua kali adalah seperti bersedekah sekali.

“Sesiapa daripada kalangan muslim yang memberikan pinjaman kepada muslim yang
lain sebanyak dua kali, ganjarannya seperti melakukan sedekah sekali.”

( Hadith riwayat Ibn Mas‛ud )


Dalil Pensyariatan

Hukum pelaksanaan al qard al hasan adalah. berdasarkan kepada firman Allah SWT,
hadith Rasulullah SAW dan ijma‛ para fuqaha’.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai


pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan
balasannya dengan berganda-ganda banyaknya dan (ingatlah), Allah jualah yang
menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan.”
( Surah al Baqarah: 245 )
47
 Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT mengiktiraf orang yang memberikan pinjaman
secara al-qard bagi tujuan meringankan beban orang yang memerlukan. Tindakan
tersebut diibaratkan seumpama memberi pinjaman ke jalan Allah SWT serta
dijanjikan balasan yang berlipat ganda.

 Begitu juga Allah SWT memberi jaminan akan melipat gandakan pahala orang yang
memberikan pinjaman secara ikhlas.

Firman Allah yang bermaksud:

“Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai


pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya? Dan
(selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar.”
( Surah al Hadid: 11 )

 Berdasarkan kepada hadith di atas, hukum memberi hutang kepada seseorang yang
memerlukan adalah sunat manakala harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan
untuk membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup.

Kesimpulan

 Islam merupakan agama yang telah menyediakan hamparan jalan kehidupan yang
syumul dengan menganjurkan umatnya bijak menguruskan kehidupan temasuk dalam
aspek pengurusan kewangan. Meskipun Islam mengharuskan umatnya berhutang atau
membuat pinjaman kewangan, namun tindakan tersebut tidak sewajarnya dijadikan
sebagai amalan atau budaya melainkan dalam keadaan terdesak atau sangat
memerlukan.

Saham

Definisi Saham

 Saham menurut bahasa berasal daripada perkataan arab as sahmu yang bermaksud
nasib atau bahagian seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

“(dengan satu keadaan yang memaksa) maka Dia pun turut mengundi, lalu
menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut)”
( Surah al Saafaat: 141 )
 Saham dari segi istilah: Menurut pandangan ahli-ahli ekonomi, saham dimaksudkan
kepada dua perkara:

 Bahagian tertentu pemodal sesebuah syarikat harta dan bahagian ini mewakili
sebahagian tertentu modal syarikat menerusi pemilikan skrip saham bagi setiap
pemodal.

 Skrip saham atau dokumen yang sah yang diberikan kepada setiap pemodal sebagai
mengesahkan pemilikannya kerana setiap saham yang diberi kepada pemodal
memberikannya suatu hak dalam syarikat mengikut peraturan yang selayaknya.

48
Isu-Isu Berkaitan Saham

Syarikat Yang Boleh Dibeli Sahamnya Dan Yang Dilarang

 Syarikat yang boleh terlibat dalam pelaburan atau boleh dibeli sahamnya ialah
syarikat yang terlibat dengan perniagaan yang mengikut syariat. Perniagaan adalah
disyariatkan selagi berada dalam lingkungan halal. Manakala perkara-perkara yang
tidak ada nas berkenaan dengan haram atau halalnya, maka ia termasuk dalam kaedah
asal sesuatu perkara adalah harus.

 Syarikat yang diharamkan ialah syarikat yang terlibat dengan perniagaan yang
diharamkan oleh syariat. Perniagaan yang diharamkan dalam Islam perniagaan yang
berada di dalam lingkungan haram seperti perniagaan arak, dadah, judi, babi dan
berhala seperti firman Allah SWT di dalam yang bermaksud:

“ Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,
adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan”.
( Surah al Maidah: 90 )

49
b. PERUBATAN

i.Ubatan

 Islam sangat mementingkan kebaikan dan kesihatan. Dalam aspek kesihatan


orang Islam disuruh supaya menjaga tubuh badan agar sentiasa berada dalam
keadaan sihat, di samping itu Islam juga menyuruh umatnya berikhtiar
mengubat apabila dijangkiti sesuatu penyakit. Terdapat banyak ayat al-Quran
dan hadith yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan mengubati penyakit.
Antaranya seperti berikut:

i. Firman Allah SWT bermaksud:

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci


yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya
“.

( Surah aI Isra': ayat 82 )


ii. Hadith Rasulullah SAW. dari Jabir r.a.:

Maksud: 'Katanya sabda Rasulullah SAW. bermaksud: 'Bagi setiap penyakit


ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh
dengan izin Allah'.
( Hadith riwayat Muslim dan Ahmad )

Hukum Berubat

 Jumhur ulama dari kalangan Hanafiyah dan Malikiyah berpendapat bahwa


berubat hukumnya mubah (harus).

 Sementara ulama Syafi'iyah, Al Qadhi, Ibnu Aqil dan Ibnul Jauzi dari kalangan
ulama Hambali berpendapat hukumnya mustahab (sunat).

Ciri-Ciri Ubat Yang Halal

Ubat-ubatan yang halal mesti menepati ciri-ciri berikut:

i. Bahan yang digunakan bukan mengandungi haiwan yang haram menggunakannya


atau memakannya ataupun tidak disembelih mengikut hukum syarak.
ii. Tidak mengandungi bahan yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
iii. Tidak disedia, diproses, dikilang atau disimpan dengan menggunakan apa-apa alat
yang tidak bebas dari bahan-bahan najis mengikut hukum syarak.
iv. Cara penyediaan, memproses, mengilang atau menyimpannya, bersentuhan atau
berdekatan dengan apa-apa bahan yang dilarang mengikut hukum syarak.
v. Tidak memberi kesan-kesan yang memudaratkan.

50
Sumber Ubat

 Pada dasarnya untuk sesuatu ubat itu dikelaskan sebagai ubat yang halal, bukan sahaja
sumber-sumber yang digunakan sebagai bahan ubat mestilah halal, malah bahan-
bahan itu sendiri mesti suci dari najis mengikut hukum syarak serta digunakan untuk
tujuan perubatan yang sah.

i. Sumber manusia - adalah haram kecuali dalam keadaan perlu dan tidak ada
pilihan seperti hormon, serum, imunoglobulin dan sebagainya yang diambil
dari tubuh manusia.
ii. Sumber haiwan darat dan air yang halal dimakan- adalah halal (najis haiwan
tersebut haram kecuali ketika dharurat seperti berubat dengan air kencing
unta- Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim).
iii. Sumber tumbuh-tumbuhan dan mikro-organisma – adalah halal kecuali yang
beracun dan berbahaya.
iv. Sumber tanah dan air - adalah halal digunakan kecuali yang beracun dan
berbahaya.
v. Sumber Sintatik - terbitan sintatik adalah halal kecuali yang beracun,
berbahaya dan bercampur dengan bahan-bahan yang najis.
vi. Sumber eksipien adalah halal jika tidak mengandung bahan-bahan yang najis,
haram, beracun dan berbahaya. Contoh bahan tambahan yang diguna untuk
memproses sesuatu bentuk/jenis ubat, contohnya kanji, kulit kapsul, pelarut,
gula, pewarna dan sebagainya.

Syarat penggunaan sumber ubat yang haram berdasarkan keadaan fiqhiyah adalah seperti
berikut:

“Keadaan terpaksa (dharurat) mengharuskan perkara-perkara yang ditegah.”

Pengecualian dalam penggunaan bahan-bahan haram sebagai ubat, hendaklah menepati


syarat-syarat seperti berikut:

i. Tidak terdapat atau sukar mendapatkan bahan yang halal untuk mengubati
penyakit yang berkaitan.

ii. Penggunaan bahan berkenaan hendaklah di bawah arahan dan nasihat doktor.

iii. Pengambilan ubat dari bahan yang haram hendaklah sekadar yang diperlukan
sahaja.

ii. Pembedahan

Pembedahan Menurut Fiqh Islam

 Hukum pembedahan adalah dibolehkan berdasarkan kepada al Quran, al Sunnah,


Ijmak dan Qias.

51
Syarat Pembedahan Yang Dibolehkan

 Di antara syarat-syarat pembedahan yang dibenarkan oleh syarak adalah seperti


berikut:

i. Pembedahan yang diperlukan oleh si pesakit.


ii. Si pesakit atau penjaganya memberi keizinan untuk melakukan pembedahan
tersebut.
iii. Orang yang merawat mempunyai kelayakan untuk melakukan pembedahan
yang dijalankannya itu.
iv. Orang yang merawat berkeyakinan atau mempunyai sangkaan yang kuat
mampu mencapai matlamat pembedahan yang dilakukannya itu.
v. Tidak terdapat alternatif lain yang kurang berisiko dari pembedahan yang
dilakukan itu.
vi. Pembedahan tersebut boleh membawa kemaslahatan (kebaikan) kepada
pesakit.
vii. Pembedahan itu tidak membawa sebarang kemudharatan.
viii. Tujuan pembedahan itu mestilah tujuan yang diharuskan oleh syarak.

Pembedahan Kosmetik

 Pembedahan kosmetik membawa maksud sesuatu pembedahan yang dilakukan


dengan tujuan untuk menambahkan kecantikan atau mengubah kulit wajah supaya
kelihatan lebih muda. Hukum bagi pembedahan seperti ini adalah haram dan berdosa
besar kerana ia telah ditegaskan oleh nabi SAW secara jelas di dalam hadith baginda.

 Termasuk di bawah pengertian pembedahan ini ialah:

i. Pembedahan hidung yang bertujuan untuk memancungkan atau


menghaluskannya.

ii. Menghaluskan dagu jika dagunya agak lebar.

iii. Menghilangkan kedut perut dengan menyahkan lemak-lemak di sekeliling.

iv. Menghilangkan kedut muka.


v. Membuang lemak-lemak.
vi. Menghilangkan kulit yang kecut di lengan.
vii. Menipiskan bulu kening.

iii.Derma Organ

Pemindahan Jantung Dan Mata

 Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Pertama yang bersidang pada 23 - 24 Jun 1970 telah membincangkan
Pemindahan Jantung Dan Mata. Persidangan telah memutuskan bahawa pemindahan
mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus)
dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah
diambilkira:

52
i. Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya
bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah
difikirkan berjaya.

ii. Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan


sebelum dipindahkan jantungnya.

iii. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada


pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya.

iv. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum


pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum
keluarga atau keluarganya didalam kematian akibat kemalangan.

Hujah Dan Dalil

 Sumber yang menjadi asas hukum di atas ialah:

i. Untuk menghapuskan kemudharatan, sepertimana yang dituntut oleh Hadith


Rasulullah SAW yang bermaksud “Tidak boleh memudharatkan diri sendiri
dan tidak boleh memudharatkan orang lain”.
ii. Memberi kemudahan, sepertimana yang terkandung dalam firman Allah SWT
yang bermaksud:

“Allah berkehendakkan kemudahan untuk kamu dan tidak berkehendak


kepayahan”.
( Surah al Baqarah: 185 )

 Hukum harus menderma dan memindahkan organ tertakluk kepada berbagai syarat. Dan
pada prinsipnya ia menjaga pelbagai kepentingan selaras dengan kehendak syariat Islam.
Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

i. Penderma tidak menanggung kemudharatan atas dirinya seperti mati atau


cacat, seperti hilang pendengaran, penglihatan dan sebagainya.
ii. Pemindahan berkenaan berlaku dengan izin penderma berkenaan.
iii. Keizinan berkenaan berlaku dalam keadaan penderma memiliki kelayakan
penuh untuk melakukannya. Kerana itu ia tidak boleh dilakukan oleh kanak-
kanak, orang gila, atau orang yang dipengaruhi oleh tekanan atau paksaan atau
kekeliruan.
iv. Tidak berlaku dengan cara yang mencabuli kehormatan manusia, seperti
melibatkan urusan jual beli. Sebaliknya ia perlu berlaku berasaskan keizinan
dan pendermaan semata-mata.
v. Doktor yang melakukan urusan pemindahan mempunyai asas keilmuan yang
cukup untuk membuat pertimbangan baik buruk ke atas penderma dan
penerima berasaskan prinsip maslahah dan mafsadah.

53
RUJUKAN

 Al-Quran al-Karim
 Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran
 Prof. Dr. Haron Din. Manusia dan Islam. (1990). Yeohprinco Sdn. Bhd.
 Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi. Terjemahan Madhahl li Dirasah al-Syariah al-
Islamiah. (1998) Pustaka Ilmi.
 Dr. Yusuf al-Alim. Al-Maqasid al-Ammah li al-Syariah al-Islamiah. (1994).
International Islamic Publishing House.
 Abdul Karim Zaidan. Al-Madkhal li ad-Dirasah al-Syariah al-Islamiah.
 Ahmad Tirmizi Taha, Kertas kerja Isu-Isu Perubatan Menurut Perspektif Hukum.
 Mohamad Sabri Haron, Kertas Kerja Saham: Isu dan Pemasalahannya
dalam konteks Malaysia.UKM.Bangi
 Syahnaz binti Sulaiman, Kertas Kerja Konsep Pinjaman Menurut Perspektif
Islam.
 http://www.e-fatwa.gov.my/
 http://www.islam.gov.my/garis-panduan-bersama-kawalan-ubat-ubat-dalam-islam
 http://www.takaful.

54
AKHLAK ISLAM

2.3.1 KONSEP AKHLAK

Pengenalan
 Manusia tidak boleh dipisahkan daripada akhlak walaupun sedetik dalam
umurnya untuk meneruskan kehidupan. Segala aktiviti mereka sama ada kecil
atau besar tidak terlepas daripada perkiraan sama ada pahala ataupun dosa.

i. Definisi akhlak

 Dari segi bahasa pengertian akhlak berasal dari


kata jamak: khalaqa- khalqan akhlak yang bererti sifat, tabiat,
perangai, budi pekerti dan adab.

 Dari segi istilah; akhlak bermaksud kumpulan sifat yang dimiliki oleh seseorang yang
melaluinya akan lahir perbuatan yang baik atau buruk.

 Imam al Ghazali mendefinisikan akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa
seseorang. Darinya akan terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan
pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

 Imam Ahmad mengatakan al-khalq adalah kejadian atau bentuk yang nampak,
sedangkan al-khulq adalah perangai, tabiat, adat, maruah dan agama.

 Abu Bakar Jabir al Jazairi mendefinisikan akhlak adalah satu perkara yang bersemi
dalam diri seseorang yang menyebabkan lahirnya tindakan yang timbul dari
kemahuan sendiri sama ada baik atau jahat.

 Akhlak merupakan suatu sifat yang tetap dan sebati di dalam jiwa, di mana dengannya
akan melahirkan perbuatan-perbuatan (sama ada baik ataupun buruk) tanpa perlu
kepada pemikiran dan renungan terlebih dahulu.

 Kesimpulannya, akhlak mempunyai makna yang sinonim dengan tabiat. Apabila


perkataan akhlak dikaitkan dengan kalimah Islam, ia mencakupi segala hubungan
manusia dengan makhluk.

Akhlak Islam merangkumi tiga aspek iaitu:

 Rabbaniyah; akhlak dari Allah, akhlak terhadap Allah dan berakhlak akan
mendapat ganjaran atau sebaliknya.
 Insaniyyah; akhlak terhadap manusia dan mempunyai ciri kemanusiaan
(ihsan).
 Syumuliyyah; akhlak yang lengkap merangkumi semua perkara.

Moral

Definisi Moral
 Menurut bahasa latin (moralis) daripada mos, moris yang bererti kebiasaan,
perangai dan tingkah laku. Moral adalah tingkah laku yang sejajar dengan
tatasusila dan peraturan masyarakat.

55
 Berdasarkan Concise Oxford Dictionary moral bermaksud,“concerned with
the principles of right and wrong behavior and the goodness or badness of
human character.”
 Moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas
kasihan dan berkaitan dengan beberapa peraturan seperti tatasusila, tatatertib,
nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adab dalam mana-mana
masyarakat yang dimaksudkan.
 Kesimpulannya moral merupakan tatasusila, peraturan-peraturan dan norma-
norma yang menilai salah atau betul perbuatan manusia.

Perbezaan Antara Akhlak dan Moral

Akhlak

 Akhlak Islamiah berteraskan wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah.


 Akhlak bersifat universal untuk seluruh manusia.
 Akhlak bersifat lengkap dan thabit.
 Bermatlamat untuk mencapai keredhaan Allah.

Moral

 Sumber moral adalah akal fikiran, falsafah dan adat setempat semata-mata.
 Moral tidak bersifat universal.
 Bersifat nisbi, boleh berubah-ubah dan tidak kukuh.
 Moral adalah perlakuan yang baik mengikut kehendak sesuatu masa dan
tempat.
 Moral merupakan nilai-nilai tabiat (standard of behavior) atau prinsip-prinsip
benar atau salah.
 Moral dan etika bermatlamat untuk memenuhi kehendak manusia.

Contoh:
• Etika berpakaian Islam : menutup aurat.
• Etika berpakaian (Moral) : mengikut budaya dan tempat.

Kesimpulan

 Akhlak dan moral mempunyai jurang perbezaan yang jelas seperti


sumber, matlamat, sifat dan nilai.
 Akhlak mempunyai aspek rohani dan jasmani sementara moral hanya
mempunyai aspek jasmani.

ii. Ciri-ciri Akhlak Islam

 Akhlak Islam mempunyai beberapa ciri antaranya ialah:

i. Mutlak dan menyeluruh


Akhlak Islam bersifat mutlak, tidak boleh dipinda atau diubahsuai,
dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira kepentingan, warna
kulit, pangkat, tempat dan masa.

56
ii. Lengkap dan sempurna
Akhlak Islam merangkumi semua aspek kemanusiaan sama ada rohani,
jasmani dan akal. Ini bersesuaian dengan semua tuntutan naluri manusia
dalam usaha mengawal sifat-sifat tercela untuk kesempurnaan insan tanpa
menyekat hak kebebasan peribadi individu.

iii. Sederhana dan seimbang


Tuntutan akhlak dalam Islam bersifat sederhana, tidak membebankan
sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan bebas sehingga
menimbulkan bahaya dan kerosakan seperti sabar dalam keadaan yang
dibenarkan syarak.

iv. Mencakupi suruhan dan larangan


Demi kebaikan manusia, perlaksanaan akhlak Islam meliputi suruhan dan
larangan.Kedua-duanya tidak boleh diabaikan seperti suruhan berbuat baik
kepada jiran tetangga. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah
menyakiti jirannya, dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat, hendaklah berbicara yang baik, (kalau tidak dapat) hendaklah
diam sahaja.”
( Riwayat Imam al Bukhari dan Muslim )

v. Bersih dalam perlaksanaan


Untuk mencapai kebaikan,akhlak Islamiah memerintahkan supaya cara
dan kaedah perlaksanaan sesuatu tingkah laku, perbuatan dan tindakan itu
hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah
ditetapkan oleh nilai akhlak Islamiah. Matlamat dan perlaksanaan mesti
bersih menurut tatacara Islam.

vi. Keseimbangan
Akhlak dalam Islam membawa keseimbangan bagi tuntutan-tuntutan
realiti hidup antara rohani dan jasmani serta aqliah dan antara kehidupan
akhirat sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri.

iii. Dalil-dalil Akhlak:

 Terdapat banyak dalil-dalil yang menerangkan tentang akhlak dalam Islam.

i. Firman Allah SWT:

Maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya engkau )Muhammad)


mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia.”
( Surah al Qalam: 4 )

ii. Hadith Nabi SAW:

Maksudnya : “Kebajikan itu ialah akhlak yang baik.”


( Hadith riwayat al-Bukhari )

57
iii. Hadith Nabi SAW:

Maksudnya : “Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah


orang yang paling baik agamanya.”
( Hadith riwayat al Tirmizi )

iv. Firman Allah SWT:

Maksudnya : “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah


SAW itu contoh ikutan yang baik.”
( Surah al Ahzab: 21 )

iv. Kepentingan dan Kelebihan Akhlak dalam Islam

 Akhlak yang mulia mesti diamalkan dalam segenap lapangan kehidupan dan
disebarkan secara meluas untuk melahirkan peribadi yang mulia.
 Kedudukan akhlak dalam Islam disamakan dengan agama itu sendiri.
 Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah yang membincangkan
kepentingan dan kelebihan akhlak antaranya ialah:

i. Akhlak merupakan salah satu rukun agama yang utama dalam akidah dan
syariat. Ini dijelaskan oleh baginda SAW dalam sabdanya:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk


menyempurnakan kemuliaan akhlak.”
( Hadith riwayat al Bukhari )

ii. Akhlak menunjukkan martabat dan kesempurnaan iman seseorang. Sabda


Rasulullah SAW :

Maksudnya : “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya


ialah yang paling baik akhlaknya.”
( Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Hakim dan al Tirmizi )

iii. Akhlak adalah perkara yang paling berat nilai timbangannya di


akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat di dalam


timbangan (di akhirat) selain daripada akhlak yang baik.”
(Hadith riwayat Ahmad dan Abu Daud)

58
iv. Tanda orang yang hebat ialah yang baik akhlaknya. Sabda Rasulullah
SAW:

Maksudnya : “Sesungguhnya orang yang terbaik di kalangan kamu


adalah yang terbaik akhlaknya.”

( Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim )

v. Akhlak yang baik akan menghapuskan dosa, dan akhlak yang buruk akan
merosakkan amalan yang baik. Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksudnya:

“Akhlak yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan salji, dan
akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan
madu.”

( Hadith riwayat Ahmad, Ibn Hibban, Tabrani dan al Baihaqi )

vi. Orang yang berakhlak sangat dicintai oleh Rasulullah SAW seperti dalam
sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat
duduknya denganku di akhirat ialah yang paling baik akhlaknya di
kalangan kamu.”

( Hadith riwayat Ahmad, Ibn Hibban, Tabrani dan al Baihaqi )

59
2.3.2 ISU-ISU AKHLAK SEMASA

i. Pergaulan

Definisi Pergaulan (ikhtilat)

 Bermaksud; percampuran bebas antara wanita dan lelaki ajnabi tanpa ikatan
yang sah mengikut syarak, di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa
mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi.
 Pertemuan antara lelaki dan perempuan adalah harus dan dituntut untuk tujuan
kebaikan seperti menuntut ilmu, menjadi saksi di mahkamah, berjual beli, di
medan jihad dan seumpamanya.

Hukum pergaulan antara lelaki dan wanita

 Hukum asalnya adalah haram


 Ia menjadi harus jika terpaksa atau ada keperluan
 Pergaulan tersebut tetap haram jika melampaui batas-batas yang dibenarkan
syariat

Ikhtilat yang diharuskan

i. Harus kerana terpaksa (dharurah)


 Iaitu ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti menyelamat wanita lemas,
diperkosa dan lain-lain.

ii.Harus kerana keperluan seperti;


 ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
 ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman
 ikhtilat kerana menjadi saksi
 ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
 ikhtilat kerana melayan tetamu
 ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya
 ikhtilat dalam kenderaan awam
 ikhtilat dalam kerja-kerja jihad
 ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat

Batas-batas pergaulan yang perlu dipatuhi

i. Kedua belah pihak lelaki dan wanita hendaklah menundukkan pandangan.


 Tidak boleh melihat aurat.
 Tidak boleh memandang dengan syahwat (surah al-Nur ayat 30-31).

ii. Memakai pakaian yang sesuai berdasarkan ketetapan syarak, sebagai contoh
pakaian wanita ialah menutup seluruh badan kecuali muka dan kedua
pergelangan tangan (surah al-Nur ayat 31).

iii. Mematuhi adab-adab sebagai muslim dan muslimah dalam segala urusan
melibatkan lelaki dan wanita.

60
iv. Wanita hendaklah lebih berhati-hati dalam;perkataan; menghindari perkataan
lunak yang merayu dan membangkitkan syahwat, senda gurau dan kata-kata
yang sia-sia.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara


sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”

( Surah al Ahzab: 32)

 cara berjalan dan pergerakan; tidak berlenggang lengguk atau menggoda.


 wangian di luar rumah; menjauhi diri dari bau-bauan yang harum.
 perhiasan; tidak berlebihan dalam perhiasan diri.

v. Bergaul apabila ada keperluan dalam proses pembelajaran, bekerja atau


aktiviti kemasyarakatan tanpa melanggar batas-batas syarak.
vi. Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak
vii. Tidak berkhalwat atau berdua-duaan tanpa mahram. Hadis daripada Ukbah bin
Amir menyebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Maka jangan sekali-kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang


perempuan yang bukan mahramnya kerana yang ketiga ialah syaitan.”

(Riwayat at Tirmidzi)
Ikhtilat yang diharamkan dalam Islam
 Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas dan etika
agama.
 Perhubungan yang merangsang nafsu berahi.
 Melakukan hubungan seks tanpa ikatan pernikahan yang sah.
 Terlibat dengan perkara maksiat dan mungkar seperti dadah, arak dan gejala sosial
yang lain

Akibat ikhtilat
 Banyak berlaku kes rogol dan sumbang mahram
 Jenayah zina berleluasa dalam masyarakat
 Berlaku kes pembuangan bayi dimerata tempat
 Bilangan anak tidak sah taraf bertambah dari tahun ke tahun
 Statistik dari Kementerian Dalam Negeri menunjukkan seramai 52,982 anak tidak
sah taraf telah didaftar pada tahun 2010

Hikmah menjaga adab pergaulan


i. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang mendatangkan mudarat.
ii. Meletakkan martabat manusia sebagai khalifah di muka bumi dan membezakan
manusia dan haiwan.
iii. Membentuk manusia menjadi insan yang beradab dan tinggi tatasusila.

Tata cara pergaulan menurut Imam Al-Ghazali

i. Jangan memandang kecil, rendah atau hina kepada sesiapa pun, sama ada yang
masih hidup mahupun yang sudah mati.

61
ii. Janganlah menilai seseorang itu menurut keadaan dunianya lalu anda
memuliakannya.
iii. Jangan cuba menentang orang lain, sehingga terjadi permusuhan antara kamu
bersama, kecuali dalam masalah agama.
iv. Jangan merasa puas hati apabila mendengar pujian orang di hadapanmu ataupun
merasa senang apabila ditunjukkan rasa kemesraan dan muka manis terhadapmu.

ii. Hiburan

Pengenalan Hiburan Dalam Islam

 Islam adalah Deen yang memenuhi fitrah manusia.


 Berhibur adalah salah satu fitrah yang boleh menenangkan dan disukai jiwa manusia.
 Perancangan musuh Islam menjadikan muzik dan hiburan untuk memusnah dan
melemahkan akidah umat Islam.
 Sejarah zaman jahiliah menunjukkan muzik hanya dapat didengari di majlis dan
kelab-kelab muzik yang dipenuhi maksiat seperti arak dan percampuran lelaki
perempuan secara bebas.
 Di zaman Rasulullah SAW, para sahabat memukul gendang dan berhibur pada hari
raya dan hari perkahwinan.

Definisi Hiburan dalam Islam

 Ialah peristiwa, persembahan, atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi
nikmat kepada penonton

Hukum Hiburan dalam Islam

i. Hiburan dalam Islam hukumnya adalah harus selagi tidak bercanggah dan melanggar
syariat Islam.

ii. Hukum dalam mendengar muzik/hiburan terbahagi dua:


i. harus/sunat
ii. haram dalam mendengar muzik/hiburan.

Harus:

 Apabila mendengar suara indah dan merdu sama ada dari binatang, manusia,
peralatan.
 Harus mempelajarinya bagi mereka yang berkecenderungan untuk memenuhi tuntutan
rohani dan fitrah jiwa manusia.
 Islam membolehkan nyanyian selama mana ianya tiada unsur maksiat , kata-kata yang
kotor, lirik yang lucah dan menghasut kepada penyelewengan akidah. Harus diiringi
dengan alat-alat muzik yang tidak membangkitkan syahwat.

62
 Malah digalakkan juga upacara-upacara yang menggembirakan jiwa umpamanya hari
raya, hari perkahwinan, aqiqah dan hari menyambut kelahiran.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud;

‘Abu Bakar pernah masuk kepadanya, sedang di sampingnya ada dua gadis yang
sedang menyanyi dan memukul gendang pada hari Mina (Idul Adha), sedang Nabi
SAW. menutup wajahnya dengan pakaiannya, maka diusirlah dua gadis itu oleh Abu
Bakar. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abu Bakar; biarkanlah
mereka itu hai Abu Bakar, sebab hari ini adalah hari raya (hari bersuka-ria).'

( Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim)

 Secara umumnya tiada hukum yang mengatakan halal atau haram secara qatie’
terhadap sesuatu alat muzik.

Haram:

 Apabila hiburan yang melibatkan lelaki dan perempuan berada dalam keadaan
berasak-asak sehingga bersentuhan dan seterusnya membawa kepada perasaan berahi.
 Hukum wanita menyanyi adalah tidak haram tetapi nyanyian yang disertai dengan
gaya yang menghairahkan, tarian dan solekan yang melampau apatah lagi
mendedahkan aurat jika ditontoni oleh lelaki yang ajnabi adalah haram.
 Hukum mendengar nyanyian wanita adalah makruh dan tidak digalakkan sekalipun
dijamin aman dari fitnah.
(Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil 2 / 2012 yang
telah bersidang pada Mac 2012)

Ciri-ciri hiburan yang dibenar dalam Islam

 Hiburan yang dibenarkan Islam adalah hiburan yang mendatangkan manfaat kepada
hidup manusia. Sebaliknya, hiburan yang bertentangan dengan Islam, seperti hiburan
hedonistik, adalah hiburan yang mendatangkan mudarat kepada hidup manusia.
(Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang telah bersidang pada 9
April 2015)

 Program hiburan yang dibenarkan menurut Perundangan Islam perlu memenuhi ciri
berikut:

i. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.


ii. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman
awam dan orang ramai.
iii. Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan
ajaran Islam.

63
iv. Tidak disertai oleh perbuatan haram atau maksiat.
v. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan
sikap prejudis atau permusuhan
vi. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang
bertentangan dengan ajaran Islam

 Ciri persembahan muzik yang dibenarkan:

i. Tidak menimbulkan gerak geri liar.


ii. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat
iii. Tidak melalaikan

 Ciri persembahan artis yang dibenarkan:

i. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh
membina nilai-nilai kemanusiaan.
ii. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh
mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan
kehendak Islam.
iii. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan
yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.
iv. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau
menghina agama Islam.

 Ciri persembahan tarian yang dibenarkan:

i. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh


mendedahkan kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan
kehendak Islam.
ii. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
iii. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh
menimbulkan fitnah.
iv. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
v. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan. (JAKIM, Garis
Panduan Hiburan Dalam Islam, 2005)

Kesimpulan

 Menurut fatwa Syeikh Mahmud Syaltut muzik adalah harus selagi tidak melalaikan.
Mendengar dan bermain alat muzik hukumnya adalah sama seperti makan makanan
lazat.
 Menurut Imam al-Ghazali pula tidak ada perincian syarak tentang peralatan muzik
yang halal dan haram.
 Menurut pandangan Dr Yusuf al Qaradhawi hukum hiburan, muzik, pemuzik dan
peralatannya boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti tujuan, lirik, cara persembahan
dan majlis ia dilaksanakan dari masa kesemasa.
 Ahli Feqah mengharuskan muzik sewaktu perang, haji, perkahwinan dan lain-lain.
Menurut Fuqaha, muzik dilarang sekiranya bercampur arak, gadis penyanyi dan
berhala.

64
iii. Pemakanan

Prinsip Halal Dan Haram Dalam Pemakanan

 Setiap muslim wajib (fardhu) mencari makanan dan minuman yang halal.
 Islam mengharamkan semua benda yang dapat menghilangkan akal (mabuk) dan
melemahkan urat serta yang membahayakan tubuh badan.
 Imam al-Ghazali rahimahullah berkata bahawasanya;

”Perut pula hendaklah dipelihara dari memakan yang haram dan yang syubhah
(tidak jelas antara yang halal dan haram ). Ini kerana makanan yang kita makan
akan menjadi darah daging. ”

 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram maka neraka adalah lebih
utama untuknya.”

(Hadith riwayat Baihaqi dan al Tirmizi)

Definisi Halal dan Haram :

 Definisi halal: Halal berasal daripada kalimah arab (hillin) yang bermaksud
dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum syarak.

 Definisi haram: Haram berasal daripada kalimah arab (haruma / harima) yang
bermaksud tidak dibenarkan atau ditegah oleh hukum syarak

Sumber Makanan Dan Minuman Manusia

 Haiwan di darat dan lautan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma
yang dihalalkan oleh syarak.

 Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang
berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang
dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram seperti
DNA babi dan seumpamanya.

Ciri-ciri haiwan yang halal

 Haiwan darat halal dimakan kecuali haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum
syarak, babi dan anjing.
 Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA
adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari
babi atau anjing.
 Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya
adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan
membahayakan kesihatan manusia.

65
Ciri-ciri haiwan darat yang haram

 Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh
iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing
dan seumpamanya.
 Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung
pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya.
 Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala
jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.
 Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung
belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.
 Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan
seumpamanya.
 Haiwan dua alam (hidup di darat dan di air) seperti katak, buaya, penyu, anjing
laut dan seumpamanya.

Dalil Al-Quran Tentang Makanan Dan Minuman

 Islam menghalalkan makanan yang baik. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini
yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu."
( Surah al Baqarah: 168 )

 Allah SWT menjadikan bumi yang penuh dengan sumber makanan untuk
keperluan manusia.
 Allah SWT memerintahkan orang-orang beriman supaya makan makanan yang
baik dan menunaikan hak nikmat tersebut iaitu dengan bersyukur kepada Allah
SWT.
 Allah SWT mengharamkan kepada manusia memakan bangkai, darah, daging
babi dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa


yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau
betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu
bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan kerana

66
Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan
tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, kerana sesungguhnya
Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih."

( Surah al Baqarah: 172-173 )

Islam Mengharamkan Memakan Bangkai

 Terdapat ayat-ayat lain yang menjelaskan binatang yang diharam memakannya


antaranya binatang yang dicekik, dipukul, jatuh dari atas, ditanduk dan kerana
dimakan binatang buas, semuanya adalah termasuk dalam pengertian bangkai.
 Binatang yang disembelih untuk berhala, adalah sama makna dengan yang disembelih
bukan kerana Allah dan dikira bangkai dan haram dimakan.

Hikmah Larangan Memakan Bangkai

 Perbuatan memakan bangkai dapat menjatuhkan harga diri manusia selaku makhluk
Allah yang terbaik.
 Bagi setiap nyawa haiwan yang direnggut dari jasadnya mestilah disertai dengan
tujuan untuk memakannya. Dalam hal ini,haiwan yang telah menjadi bangkai mati
bukan disertai dengan niat untuk memakannya. Contohnya haiwan yang mati kerana
dilanggar lori.
 Berbeza dengan menyembelih dan berburu, keduanya adalah berdasarkan tujuan dan
usaha. Kemungkinan haiwan itu mati kerana penyakit yang berbahaya, makan
makanan yang beracun dan sebagainya. Hal ini mungkin dapat memudaratkan
kesihatan individu yang memakannya.
 Mewujudkan kasih sayang antara manusia dan haiwan. Dengan pengharaman ini, para
penternak pasti tidak akan membiarkan ternakan mereka sakit dan akhirnya mati.
Mereka pasti akan segera mengubati ternakan mereka dan hal ini akan mewujudkan
kasih sayang antara manusia dan makhluk Allah yang lain.

Hikmah Diharamkan Memakan Darah yang Mengalir

 Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau:

“Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itukan darah. Maka jawab Ibnu


Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.”

 Hikmah diharamkan memakan darah yang mengalir kerana darah itu sesuatu yang
kotor. Ia juga memudaratkan dan berbahaya sama seperti bangkai

67
Adab-Adab Makan & Minum

 Membersihkan tangan sebelum dan selepas makan


 Membaca basmalah dan doa sebelum makan, dan hamdalah sesudah makan.
 Menggunakan tangan kanan.
 Mengecilkan suapan
 Mengunyah sehingga habis sebelum suapan baru
 Mengambil makanan yang terdekat
 Sunat bercakap ketika makan
 Tidak bercakap ketika makanan berada dalam mulut
 Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
 Makan makanan yang halal
 Tidak makan secara berlebihan dan membazir

68
RUJUKAN

1. Tafsir Pimpinan al Rahman kepada pengertian alQuran 30 juzuk.Darul Fikir


2. Dr.Haron Din.Islam dan Manusia.Hizbi Sdn.Bhd.Selangor.
3. Nazirmuddin Ahmad,Mohd Taib Ariffin, Marinah Awang, Azita Yunos @ Ahmad
.Pengantar Etika, Edisi Ketiga.
4. AbuSaufi.Keutamaan Amalan dan Akhlak Muslim.
5. Ghzalli Darussalam.Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah.
6. Humaidi Tatapangarsa.Pengantar Kuliah Akhlak.
7. Muhammad Abdullah Darraz.Prinsip Akhlak Berdasarkan al-Quran.
8. Zakaria Stapa.Akidah dan Akhlak Dalam Kehidupan Muslim.Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.
9. Imam Ahmad bin Qudamah al Maqdisi.Jalan Mereka Menuju Allah (terjemahan.)
10. Akhmal Hj.Mohd Zain.Asas Pengetahuan Agama Islam.al Hidayah Publishers.Kuala
Lumpur.
11. Muhammad al Ghazali.Akhlak Seorang Muslim(terjemahan).Cresent News.Kuala
Lumpur.
12. As Sayyid Ahmad Al Hasyimi Bik.Moh Abdai Rathomy.Pilihan Hadith Rasulullah
SAW.(terjemahan).TB.Balai Buku.Surabaya.
13. Abu Bakar Jabir al Jazairi.Pedoman Hidup Muslim (Manhaj al
Muslim).Terjemahan.Darul Fajr Publishing House.Singapore.
14. Buku Rujukan Pendidikan Islam Berdasarkan Sukatan Pendidikan Islam Program
Matrikulasi KPM
15. Dr. Yusuf al-Qaradhawi.Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri(terjemahan).Halal dan Haram
Dalam Islam.(2013).Pustaka Cahaya Kasturi.Cetakan Ketiga 2014.
16. Laman sesawang ; http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/alkohol-dalam-
makanan-minuman-pewangi-dan-ubat-ubatan

69
TAMADUN ISLAM

3.1 KONSEP TAMADUN ISLAM

Pengertian Tamadun

 Menurut Kamus Dewan, tamadun diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan dan


peradaban. Sesuatu bangsa yang bertamadun, bermakna bangsa yang beradab,
bersopan-santun dan berkemajuan.
 Bahasa: Tamadun berasal daripada kata dasar Bahasa Arab ‘maddana’ yang merujuk
kepada perbuatan membuka bandar dan kota serta perbuatan memperhalusi budi
pekerti.
 Pengertian yang lengkap: Pembangunan perbandaraan dan kehalusan budi pekerti
yang terpuji.

Pengertian Tamadun Islam

 Menurut Ibnu Khaldun (1332-1406 H) Tamadun Islam bermaksud pencapaian


manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka
jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai
nilai seni.
 Syed Qutb (1906- 1966) pula menyatakan tamadun Islam adalah segala bentuk
kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat yang berteraskan sistem
sosial, pemerintahan, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah SWT
serta bercirikan nilai moral Islam (akhlak).
 Syed Naquib al Attas menyatakan tamaduan Islam adalah keadaan kehidupan insan
bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang
luhur bagi seluruh masyarakat.

Pengertian Tamadun Menurut Barat

 Dari perspektif Barat, Arnold Toynbee telah mengatakan tamadun ialah satu sistem
masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau
produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem
politik, pengetahuan dan seni.

 Mengikut Will Deorand dalam bukunya yang berjudul History of Civilization (dalam
M.A J. Beg: 1980) menjelaskan tamadun sebagai satu sistem sosial yang menolong
manusia bagi mempertinggikan kedudukan kebudayaan. Deorand juga menyatakan
tamadun ialah sesuatu kemajuan atau ciptaan baru yang dilahirkan oleh sesuatu umat
untuk menjadikan hidup mereka lebih tenteram dan lebih senang.

 Redfield (M.A J. Beg: 1980) menjelaskan bahawa tamadun ialah satu cara hidup yang
dapat diberikan kriteria tertentu. Redfield telah mengibaratkan tamadun sebagai
beberapa puncak pencapaian sama seperti puncak-puncak gunung di permukaan bumi
ini.

70
MATLAMAT TAMADUN ISLAM

 Secara umumnya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam
sebagai al-Din iaitu satu cara hidup yang lengkap kepada manusia. Ia juga akan
memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam yang pernah ditegakkan pada zaman
Nabi Muhammad SAW, Khulafa’ al-Rasyidin dan pada zaman pemerintahan Islam
yang seterusnya.

Ciri-ciri Untuk Mencapai Matlamat Tamadun Islam

Hubungan Manusia dengan Allah

 Tamadun Islam mengatur dan menyempurnakan hubungan manusia dengan


penciptanya iaitu Allah SWT melalui Rukun Iman yang enam, Rukun Islam yang
lima, doa, zikir, taubat, tasbih, jihad, amar makruf, nahi mungkar dan sebagainya. Ia
juga dikenali sebagai ibadat khusus. Ibadat sebenarnya merupakan fungsi utama
manusia sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini. Hal ini diperjelaskan
melalui Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya aku hendak


menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau
hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu makhluk yang akan kerosakkan padanya
dan menumpahkan darah pada hal kami sentiasa berstasbih memuji dan mensucikan
Engkau”. Allah berfirman: “Sesungguhnya aku mengetahui akan hal-hal yang tidak
kamu ketahui”.
( Surah al Baqarah: 30 )

 Beribadat kepada Allah s.w.t merupakan tanda kesyukuran manusia terhadap kurniaan
rahmat dan nikmat Allah SWT yang tidak terhingga dan ternilai banyaknya.
Kehidupan manusia di dunia ialah sementara dan merupakan jambatan untuk menuju
ke akhirat. Kehidupan akhirat lebih kekal dan abadi. Hidup di dunia terhad dalam
jangka masa tertentu yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia untuk
menyediakan bekalan secukupnya untuk kehidupan akhirat yang lebih kekal dan
abadi. Bekalan itu ialah beribadat kepada-Nya.

Hubungan Manusia dengan Manusia

 Tamadun Islam juga bermatlamat untuk mengatur dan menyempurnakan hubungan


manusia dengan manusia yang meliputi pembentukan sahsiah, keluarga, hidup
berjiran, pembentukan masyarakat, pembentukan institusi pemerintahan, hal
pentadbiran, kegiatan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan segala bidang kehidupan
manusia. Ia juga dikenali dengan ibadat umum.

71
 Setiap manusia diberikan penghormatan oleh Allah SWT dalam kadar yang sama.
Menyedari hakikat persamaan taraf ini, adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk
bermu’amalah secara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kerana antara satu sama
lain adalah khalifah disisi Allah SWT Mereka yang paling mulia di sisi Allah SWT
ialah mereka yang bertakwa kepadaNya. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada


seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling
mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuanNya”.
( Surah al Hujuraat: 13 )

 Hubungan manusia dengan manusia juga penting bagi menyempurnakan kemuliaan


kejadian manusia itu sendiri. Kesempurnaan hidup masyarakat manusia sebagai
khalifah Allah SWT di atas muka bumi hanya dapat dilaksanakan melalui mu’amalah
secara Islam kerana Islam sentiasa memperjuangkan kesatuan umat manusia.

Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar

 Tamadun Islam juga amat menitik beratkan hubungan antara manusia dengan alam
sekitarnya. Di atas muka bumi terdapat pelbagai haiwan yang liar dan jinak yang
boleh diternak bagi dijadikan makanan yang enak dan berkhasiat. Tumbuh-tumbuhan
pula dijadikan oleh Allah SWT untuk membolehkan manusia dapat berteduh di
bawahnya, dijadikan bahan binaan rumah, perabot dan buahnya pula boleh dijadikan
makanan yang lazat.

 Galian-galian yang ada di perut bumi pula dapat digunakan dalam industri berat yang
menghasilkan pelbagai barangan atau peralatan untuk kemudahan manusia seperti
kenderaan, alat binaan rumah, perhiasan dan lain-lain lagi. Hal ini jelaskan oleh Allah
SWT:

Maksudnya: “Dan dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit lalu
Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan,maka Kami

72
keluarkan daripada tumbuh-tumbuhan itu tanaman-tanaman yang menghijau.
Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu butir-butir yang
banyak dan daripada mayang kurma yang mengurai tangkai-tangkai yang
menjurai. (Dan daripada air itu Kami keluarkan pula) kebun-kebun anggur
dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak
serupa. Perhatikanlah buah-buahnya pada waktu pohonnya berbuah dan
(perhatikan pulalah) kematangannya.Sesungguhnya pada yang demikian itu
ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman.
( Surah al An’am: 99 )

 Tamadun Islam mewajibkan agar manusia yang mengusahakan sesuatu yang


boleh membawa kepada kesejahteraan kehidupan mereka di atas muka bumi
ini melalui sumber alam yang sedia ada. Dalam masa yang sama mereka
berkewajipan memastikan agar kegiatan itu tidak merosakkan dan
memusnahkan alam sekitarnya serta membunuh kehidupan lain seperti haiwan
dan tumbuh-tumbuhan. Pembangunan yang digalakkan ialah yang mesra alam.

 Sesungguhnya tamadun Islam itu bermatlamatkan penyempurnaan hubungan


manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia dengan manusia dan
hubungan manusia dengan alam sekitarnya. Jika matlamat ini tercapai tidak
syak lagi terbinalah tamadun yang aman, sejahtera, makmur, dan bahagia yang
digambarkan oleh al-Quran.

Matlamat Tamadun Barat

 Cendikiawan Barat berpendapat manusia hendaklah bergembira sepenuhnya


dalam kehidupan dunia. Inilah matlamat utama kehidupan manusia, iaitu
keseronokan pancaindera dan memenuhi runtunan hawa nafsu dan syahwat
kehaiwanan. Mereka bergantung sepenuhnya kepada pemikiran akal tanpa
merujuk atau dibantu oleh ajaran ketuhanan.

DASAR TAMADUN ISLAM

 Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta
menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah SWT kepada
hamba-hambaNya di dunia ini, termasuk lain-lain makhluk ciptaanNya. Dasar
utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa
aspek penting iaitu memelihara jiwa atau nyawa atau hak-hak hidup,
memelihara akal fikiran, memelihara kehormatan dan keturunan, memelihara
harta benda dan memelihara hak dan kebebasan.

Hak-Hak Hidup

 Allah SWT Pencipta Yang Maha Berkuasa terhadap sekalian alam telah
mengurniakan kepada setiap makhluk termasuk manusia nikmat kehidupan.
Oleh kerana kehidupan manusia ditentukan oleh Allah SWT, tanpa kebenaran-
Nya tidak ada sesiapa dari kalangan makhluk berhak untuk mencabar hak ini.
Tentang kehidupan ini, Allah SWT telah menegaskannya dalam firmanNya:

73
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan
mematikan, dan Kamilah yang menjadi waris.”
( Surah Al Hijr: 23 )

 Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa setiap perkara


yang berhubung dengan kehidupan dan kawalannya adalah wajib seperti
memelihara kesihatan, melawan penyakit dan melawan wabak untuk
mengawal hidup. Setiap perkara yang boleh memudaratkan atau merosakkan
tubuh badan manusia atau mengancam nyawa kehidupan atau melemahkannya
adalah haram seperti mabuk (meminum minuman keras, menghisap dadah),
memakan benda yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan
dan yang membawa kepada lemah anggota untuk melakukan ibadat kepada
Allah SWT.

Memelihara Akal Fikiran

 Dalam konteks ini, Islam sangat mengambil berat tentang pemeliharaan akal
fikiran. Pemeliharaan akal fikiran wajib ke atas manusia kerana membawa
kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kesempurnaan makhluk manusia
daripada makhluk-makhluk lain. Oleh itu, Islam telah menggariskan beberapa
panduan agar akal fikiran manusia berfikiran baik dan terkawal.

 Dalam Islam, diwajibkan ke atas setiap penganutnya supaya menuntut ilmu


pengetahuan sebanyak mungkin tanpa dibatasi oleh had masa, tempat atau
bangsa. Ini ditegaskan oleh sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.”


( Hadith riwayat Muslim )

 Bersesuaian dengan kewajipan menuntut ilmu, tidak terdapat tempat dalam


Islam kepada orang-orang yang jahil, seperti yang ditegaskan dalam hadith
Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Manusia itu ada dua golongan; orang pandai dan pelajar, tidak ada
kebajikan selain daripada kedua-duanya”.
( Hadith riwayat Muslim )

 Mengenai pemeliharaan akal fikiran manusia, dilarang penganutnya untuk


minum dan makan makanan yang dilarang atau memberi kesan negatif. Ini
akan pengaruhi tahap kesedaran seseorang manusia sebagai lambang manusia
untuk bertakwa dan berbakti kepada Allah SWT. Oleh itu, Islam melarang
umatnya meminum minuman yang memabukkan kerana ia boleh
menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan serta melahirkan sifat-sifat
kebinatangan.

 Islam menggalakkan pemikiran yang berasaskan takwa dan tauhid kepada


Allah SWT. Manusia hendaklah sentiasa berfikiran terbuka dan lapang serta

74
bersih daripada segala unsur keburukan, kepalsuan, khayalan, keraguan dan
waswas. Fikiran-fikiran negatif ini memungkinkan pelaksanaan tingkah laku
negatif dalam kehidupan manusia yang tidak selaras dengan ajaran Islam.
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah SWT melalui firmanNya:

Maksudnya: “Perumpamaan-perumpamaan itu Kami adakan untuk manusia,


tetapi tidak difahaminya, kecuali orang-orang yang berilmu.”
( Surah al ‘Ankabut: 43 )

Memelihara Kehormatan dan Keturunan

 Allah SWT Pencipta Yang Maha Berkuasa telah mencipta manusia sebaik-
baik makhlukNya di dunia, dan kehormatannya sebagai anak tanpa diambil
kira agama, asal keturunan, bahasa dan keadaannya. Kehormatan bagi setiap
manusia itu menentukan tiap-tiap seseorang mendapat hak yang sama terhadap
kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dan sebagainya.
 Ia menurunkan segala peraturan dan hukum yang menyentuh semua manusia
tanpa pengecualiannya. Manusia sama-sama dihukum dan sama- sama diberi
pengajaran. Allah SWT telah menjelaskan dengan terang fungsi manusia itu
dalam firmanNya:

“Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan dapat, melainkan apa yang telah
diusahakannya”
(Surah al Najm: 39).

 Rasulullah SAW juga menerangkan bahawa seluruh umat manusia adalah


berasal daripada satu bapa dan satu ibu. Sabda baginda yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu (tunggal) dan kamu


sekalian berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah.”
( Hadith riwayat al-Bukhari Muslim )

 Islam menekankan tentang aspek pemeliharaan keturunan. Untuk itu, terdapat


undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan nikah perkahwinan
dengan lengkap, semata-mata untuk menjamin keturunan manusia yang sejati
dan benar. Segala larangan terhadap perkara-perkara negetif seperti perzinaan,
seks bebas, hubungan di luar tabii (liwat) dan sebagainya adalah untuk
memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat
kebinatangan.

Memelihara Harta Benda

 Dalam konteks ini, Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan
mengenai hak untuk memiliki harta benda dan kewajipan untuk

75
mempertahankan haknya. Di samping itu, Islam melalui kaedah ilmu faraid
telah menggariskan cara untuk menafkahkan harta tersebut secara halal
mengikul fitrah manusia sendiri.

 Dalam usaha memenuhi kehidupan dari aspek pemilikan harta benda, semua
orang dituntut mencari haluan hidup dan pencarian rezeki kehidupan adalah
terbuka kepada semua orang. Kekayaan di dunia ini tidak ditentukan kepada
sesuatu golongan sahaja, malah tiap-tiap orang hendaklah berusaha menurut
tenaga kemampuan dan kebolehan masing-masing. Allah SWT meluaskan
bidang memiliki harta benda seluas-luasnya kepada makhlukNya di dunia
tanpa sekatan yang di luar tabii manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Allah yang telah memudahkan bagi kamu akan lautan, supaya kamu holeh
berjalan padanya dengan kapal-kapal dengan izin-Nya, dan supaya kamu
boleh mencari daripada kekayaannya, dan supaya kamu berterima kasih, dan
la telah memudahkan kamu apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi
semuanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.”
( Surah al Jaasiyah: 12-13 )

 Apabila seseorang dikurniakan kekayaan melalui titik peluhnya, maka


kekayaan itu tidak harus dilucutkan daripadanya dengan paksa atau dirampas.
Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik harta untuk
mempertahankan hartanya walaupun ke titisan darah terakhir. Ini jelas dalam
sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Abdullah bin Omar berkata ; Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w


bersabda, “ Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia
mati syahid.”
( Hadith riwayat al Bukhari )

 Manakala, sesiapa yang bertujuan untuk melucutkan harta tanpa kebenaran


seperti pencuri, penyamun dan penipu akan dikenakan seksaan yang berat.

Memelihara Hak dan Kebebasan

 Islam telah menetapkan hak dan kebebasan seseorang individu sejak ia


dilahirkan. Kata-kata Saidina Umar al-Khattab berbunyi, “Bagaimanakah
kamu memperhambakan manusia, sedangkan ia diperanakkan dengan bebas.”
Hak dan kebebasan manusia tidak boleh dilucutkan dalam keadaan tertentu,
kecuali ketika seperti mempertahankan diri (kemerdekaan) dan untuk
keselamatan ummah. Kekalahan umat Islam bermakna musuh-musuh telah
melucutkan hak kebebasan manusia.

76
 Oleh yang demikian, setiap orang Islam hendaklah bebas daripada segala
unsur kezaliman yang merupakan kongkongan kebendaan dan nafsu yang
jahat. Sejahat-jahat pengabdian manusia ialah perhambaan kepada hawa nafsu
yang ganas. Allah SWT dengan tegas mengingatkan mereka yang berbuat
demikian melalui firmanNya yang bermaksud:

“Tidakkah engkau fikirkan (bagaimana peliknya) orang yang menjadikan


hawa nafsunya sebagai tuhannya”.
( Surah al Furqaan: 43 )

 Mengenai kebebasan seseorang individu dalam tanah airnya, Islam telah


menjelaskan kedudukan tersebut sebagai waris. Firman Allah SWT yang
bermaksud:

“Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di


bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan
mereka orang- orang yang mewarisi (bumi)”.
( Surah al Qashash: 5 )

77
 Mengenai kebebasan setiap penduduk untuk memberi pendapat, pandangan
dan kritikan terhadap masyarakat, pentadbiran dan pemerintahnya, Islam telah
membuka ruang ini kepada mereka yang berkemampuan berbuat demikian.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Mereka yang sekiranya Kami berikan kedudukan yang baik di bumi nescaya
mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan menyuruh
manusia berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada melakukan
mungkar”.
( Surah al Hajj: 41 )

 Panduan dan bimbingan ini juga ditujukan kepada pemerintah agar mereka
dapat memenuhi dua aspek penting, iaitu pertama, melaksanakan kebajikan
dan kedua, melarang kemungkaran demi kestabilan masyarakat dan negara,
serta mereka sentiasa mendapat sokongan dari rakyat. Segala kebebasan ini
terikat kepada hak-hak tabi’e manusia dan maslahat umum. Maka itu, Islam
telah meletakkan kebebasan di bawah kepentingan umum.
DASAR TAMADUN BARAT

 Dasar tamadun barat berpijak kepada fahaman pemikiran falsafah sebagai


alternatif kepada agama yang merangkumi aspek berikut:

Sekularisme: Suatu fahaman falsafah yang memisahkan pemikiran dan
kegiatan hidup beragama dalam seluruh kegiatan hidup bermasyarakat dan
bernegara. Ia juga merupakan fahaman induk kepada seluruh fahaman moden.

Modenisme: Mengajak manusia meninggalkan segala amalan tradisional ke
arah hidup secara moden. Lantaran itu, agama juga mesti diubah supaya selari
dengan pemikiran moden.

Rasionalisme: Mengajak masyarakat berfikir secara logik dan menolak segala
yang bertentangan dengan logi akal. Kepercayaan kepada kuasa ghaib, alam
akhirat, syurga, neraka dan sebagainya perlu ditolak.

Liberalisme: Mengajak masyarakat berfikir secara liberal, bersikap terbuka,
menerima apa sahaja pemikiran dan budaya tanpa kawalan, peraturan agama
dan adat tradisi.

Kapitalisme: Memberi kebebasan sepenuhnya untuk mengaut keuntungan
dan faedah untuk peribadi tanpa mengambil kira kepentingan masyarakat.

Pragmatisme: Mementingkan kehendak majoriti dalam masyarakat walaupun
salah dan memberi kesan kepada akidah dan akhlak umat.

Kolonialisme: Penjajahan yang buka sahaja menjajah aspek fizikal dan
material tetapi termasuk pemikiran dan adat tradisi masyarakat sehingga yang
terjajah sukar untuk bangkit sebagai bangsa merdeka dan berdaulat kerana
perasaan dan pemikiran mereka sentiasa terkongkong dan terjajah.

78

Materialisme: Mementingkan kekayaan dan segala yang bersifat fizikal dan
menolak aspek spiritual yang dianggap sebagai penghalang tamadun. Kuasa
ghaib dan dosa pahala diketepikan oleh fahaman ini.

Hendoisme: Hidup hanya untuk berseronok dan sebagainya.

79
3.2 KONSEP AL- FALAH

Umumnya, apa jua tindakan manusia pada kesudahannya ia meletakkan satu


matlamat iaitu untuk mencapai kejayaan. Dalam merencana untuk mencapai objektif
tersebut, manusia perlu bertindak mengikut pelan perancangan yang dirangkanya atau
yang telah ditentukan kepadanya. Islam sebagai agama yang syumul telah memandu
manusia untuk mencapai al- Falah yang sebenarnya.

a) Definisi al-Falah

 Dari segi bahasa; Al-Falah diambil daripada kata kerja falaha-yaflahu yang
bererti mengolah, membajak, kejayaan, keuntungan, kesejahteraan dan
kemakmuran.
 Dari segi istilah; bermaksud kejayaan manusia menjalani kehidupan secara lancar
harmoni tanpa digugat sebarang kerosakan atau kesempitan juga membawa
pembangunan kearah kejayaan di dunia dan akhirat.
 Menurut Ahmad Mustafa Al-Maraghi, al-Falah adalah tercapainya tujuan yang
dicita-citakan, berkat ilham yang diberikan Allah pada orang-orang yang bertakwa
untuk menuju jalan keberhasilan.
 Terdapat beberapa istilah kejayaan dalam al Quran; Faiz (Ali Imran;185), al
fauzul ‘Azim (al-Maidah;119), Fauzan ‘Azima (an-Nisak;73), al Faizun (at-
Taubah;20) (al Mukminun;1-5) dan (an-Nur;52). Golongan manusia yang
mendapat nikmat tersebut adalah kelompok manusia yang memperolehi kejayaan
yang hakiki atau diistilahkan sebagai al-falah.

b) Cara-Cara Mencapai al-Falah Berdasarkan al-Quran

Al-Quran telah menentukan cara mencapai al-Falah didalam kehidupan


melalui beberapa contoh petikan ayat al-Quran antaranya :

 Firman Allah s.w.t dalam surah al ’Asr, ayat 1-3:

Maksudnya:
“Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-
orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

80
b. Firman Allah dalam surah Mukminun ayat 1- 11

Maksudnya:
“ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang
khusyu’ dalam sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari
perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha
membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka
yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba
sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela, kemudian sesiapa
yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang
yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan
mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, mereka itulah orang-orang
yang berhak mewarisi; yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di
dalamnya” .

Melalui firman Allah s.w.t. tersebut bolehlah dirumuskan beberapa cara untuk
mencapai al-falah, seperti berikut:

 Beriman

Beriman yakni percaya dengan sepenuh hati kepada Allah, para malaikat, kitab-
kitab, para rasul, hari kiamat dan akhir sekali qada’ & qadar. Keimanan kepada
Allah adalah sebagai syarat utama bagi mencapai kejayaan. Setiap usaha dan amal
yang tidak didasari dengan keimanan kepada Allah adalah sia- sia.

 Beramal soleh

Beramal soleh boleh dijelaskan sebagai melakukan kebaikan berpandukan syariat


Islam. Beramal soleh tidak terbatas kepada sembahyang, puasa, zakat dan haji
semata-mata. Bahkan beramal soleh sebenarnya merangkumi pelbagai perkara
dalam kehidupan.

81
 Saling berpesan dengan kebenaran

Saling berpesan dengan kebenaran adalah cara hidup orang yang berjaya. Ibnu
Kathir dalam Tafsir al Quran al ’Azim menjelaskan maksud ‘saling berpesan
dengan kebenaran’ iaitu “Melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan
perkara yang dilarang”.

 Saling berpesan dengan kesabaran

Kesabaran adalah senjata utama dalam menghadapi pelbagai bentuk ujian


kehidupan. Justeru itu saling berpesan dengan kesabaran adalah sifat yang amat
dituntut. Sabar dan tenang di atas segala ujian yang menimpa serta sabar dalam
berdakwah.

 Khusyuk di dalam solat

Solat merupakan perkara pertama sekali yang akan disoal oleh Allah s.w.t. di hari
qiamat kelak. Jadi, orang yang menjaga solatnya dengan baik, khusyuk dan
tawadhu’, maka mereka merupakan orang yang berjaya. Hasil dari solat yang
khusyuk dan sempurna inilah dapat mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar. Sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al Ankabut ayat 45 yang
bermaksud:

“Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang itu dari melakukan


perbuatan keji dan mungkar.”

 Menjaga diri daripada terlibat dengan perkara-perkara yang melalaikan


dan tidak berfaedah

Perkara yang melalaikan boleh menjauhkan seseorang daripada mengingati Allah


s.w.t, maka senanglah syaitan dan hawa-nafsu menguasai serta membawa dirinya
ke arah kemaksiatan dan derhaka kepada Allah s.w.t.. Oleh itu mereka yang dapat
menjaga diri mereka daripada terlibat dengan perkara-perkara yang melalaikan,
mereka adalah orang-orang mukmin yang berjaya.

 Mengeluarkan zakat

Zakat berasal dari perkataan bahasa Arab. Ertinya ialah pembersihan. Makna
zakat di sini ialah mengeluarkan sebahagian harta dengan kadar yang ditentukan
oleh syara’. Zakat ini dikeluarkan kepada mereka yang disebut sebagai ‘asnaf
lapan’ di dalam surah At-Taubah. Mereka ialah golongan fakir, miskin, muallaf
dan selainnya. Tujuan Allah s.w.t. mewajibkan zakat kepada kita adalah untuk
menolong mereka yang berhajat serta membersihkan jiwa kita. Jadi apabila
seseorang itu mengeluarkan zakat, maka dia telah membersihkan jiwanya. Orang
yang bersih jiwanya daripada kekotoran dunia adalah orang yang berjaya.

82
 Menjaga kehormatan diri

Menjaga kemaluannya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh


Allah s.w.t. melainkan kepada isteri dan hamba perempuannya. Oleh kerana
perkara ini merupakan satu perkara yang sukar untuk dielakkan maka Rasulullah
s.a.w. menjamin kepada mereka yang dapat menjaga kemaluannya dari
melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. dengan mendapat lindungan
‘ArasyNya di Padang Mahsyar kelak. Maka mereka yang berjaya menahan
nafsunya dari membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. adalah
dari golongan orang mu’min yang berjaya.

 Menjaga amanah dan janji yang diberikan kepada mereka

Islam amat menitik berat soal amanah dan janji. Ini adalah kerana mereka yang
mengkhianati serta tidak memelihara amanah dan janjinya dengan baik, mereka
inilah disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai orang munafik sebagaimana
sabdanya yang bermaksud:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang
munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka
ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya .
(Empat sifat itu ialah) apabila diberi amanah ia khianat, apabila bercakap ia
berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan
kebenaran. (Menegakkan benang basah ).”
(Riwayat Imam Ahmad)

Kesimpulan.

Daripada perspektif Islam, konsep kejayaan yang ditekankan ialah mendapat


keuntungan, kebahagian, kejayaan bukan sahaja di alam dunia tetapi kejayaan tersebut
berkesinambungan untuk dikongsi di alam akhirat. Meskipun begitu, kemuncak
kepada pencapaian tersebut adalah untuk mendapat keredhaan, keampunan, rahmat
dan perlindungan dari Allah s.w.t.. Golongan manusia yang mendapat nikmat tersebut
adalah kelompok manusia yang memperolehi kejayaan yang hakiki atau diistilahkan
sebagai al-falah.

3.3 TOKOH-TOKOH ISLAM

 SYEIKH IDRIS AL-MARBAWI

Biodata

 Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi dilahirkan di sebuah
kampung bernama Misfallah di Makkah pada 28 Dzulkaedah 1313 Hijrah
bersamaan 10 Mei 1896. Ibu bapa beliau berasal dari Kampung Lubok
Merbau, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Pada tahun 1323 Hijrah, beliau
pulang ke Malaysia bersama-sama keluarga.

83
 Beliau telah kembali ke Rahmatullah ketika berusia 93 tahun pada hari
Jumaat, 13 Oktober 1989, jam 8.30 pagi di Hospital Besar Ipoh, Perak.
Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubok
Merbau, Kuala Kangsar Perak.

Pendidikan

 Beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Melayu Lubok Merbau (kini


dikenali Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi). Seterusnya
beliau melanjutkan pengajiannya di beberapa buah sekolah pondok, antaranya
Pondok Wan Mohammad, Bukit Chandan, Kuala Kangsar (kini dikenali
sebagai Madrasah Idrisiah), Pada tahun 1924, beliau menyambung pengajian
di Universiti Al-Azhar, Mesir, dan berjaya memperoleh Ijazah 'Aliyah
(tertinggi). Beliau merupakan anak jati Perak pertama berjaya melanjutkan
pengajiannya di Makkah. Semasa berada di sana, beliau menyusun kamus
Arab-Melayu atau dikenali sebagai Kamus Al-Marbawi yang diterbitkan
dalam tahun 1937 dan telah diulang cetak lebih daripada 24 kali.

Sifat Peribadi

 Beliau adalah seorang tokoh ilmuan yang warak dan amat mementingkan
hubungan kekeluargaan. Orang ramai yang mengenali beliau ternyata amat
menyenangi dan menghormatinya. Keperibadian mulia di samping ketajaman
fikiran walaupun telah berusia 90-an, merupakan aset beliau yang amat
berharga. Penghayatan beliau terhadap ilmu, sifat rendah diri, di samping sifat
dahagakan ilmu yang dimiliki, tidak dapat dinafikan lagi.

 Semasa diminta berucap setelah dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah, beliau


dengan terus terang menyatakan yang beliau tidak layak berucap di situ kerana
merasakan dirinya masih kekurangan ilmu. Dalam satu kejadian lain pula,
beliau telah dilihat mengambil wudhu’ dengan menggunakan air yang sangat
minimum yang tidak habis segayung air.

Anugerah dan Sumbangan

 Atas sumbangan dan jasa besar dalam keagamaan dan persuratan, Syeikh Idris
dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) pada 5 Julai 1980.

 Pada 1 Muharram 1408 Hijrah bersamaan 28 Ogos 1987, beliau diisytihar


sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Kebangsaan yang pertama.

 Pada 19 April 1988, beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Mahkota Perak
(AMP) oleh Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni
Almarhum Yussuf Izzuddin Shah sempena hari keputeraan baginda.

 Sepanjang hampir 60 tahun berada di Timur Tengah, beliau banyak


menjelajah dan menyaksikan pelbagai bentuk kebangkitan Islam selain
daripada menjalankan kerja berdakwah. Ini telah banyak memberi kesedaran
dan pengalaman berguna kepada beliau. Atas dasar ingin melihat lebih ramai

84
muda mudi memperolehi pendidikan yang sempurna, beliau telah
menggunakan wang ganjaran Tokoh Ma’al Hijrah untuk membolehkan
anaknya menubuhkan sebuah Kolej Pengajian Islam yang dinamakan Kolej
Idris Al-Marbawi Al-Islami di Ipoh, Perak. Tenaga pengajarnya terdiri
daripada anaknya, Mariam dan cucu-cucunya serta beberapa orang tenaga
pengajar luar.

 Di antara hasil karya yang disumbangkan oleh beliau adalah:


 Kamus al Marbawi
 Kitab Bahrul Mazi
 Tafsir Quran Al Marbawi
 Tafsir Surah Yasin
 Tafsir Nurul Yaqin
 Tafsir Fathul Qadir
 Kitab Bulughul Maram
 Kitab Jami'ul Ulum
 Usulul Islam
 Nizamul Hayah
 Mu'jamul Ka'inat ( 4 Jilid ) dan lain-lain.

b. PROFESOR EMERITUS TAN SRI AHMAD


BIN MOHAMED IBRAHIM

Biodata

 Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim dilahirkan pada 15 Mei 1916 di
Singapura. Bapanya seorang doktor yang aktif di dalam aktiviti sosial
berkaitan umat Islam. Menerima pendidikan awal di Victoria Bridge School,
Singapura, Raffles Institution, Singapura dan seterusnya di Raffles College,
Singapura .

Pendidikan

 Beliau mendapat biasiawa Queen, Singapura (1936) untuk belajar di London


dalam jurusan undang-undang.Beliau berjaya mendapat 1st class Economics
Tripos I, University of Cambridge, 1st class Law Tripos II, University of
Cambridge, George Long Prize untuk Roman Law, Certificate of Honour dan
Bar Final, Middle Temple, London. Beliau satu-satunya calon peguam ketika
itu yang mengambil peperiksaan di Singapura sedangkan calon-calon lain
menduduki peperiksaan tersebut di London.

 Seterusnya mendapat M.A. 1965, Cambridge. Pada 5 Jun 1965, dianugerahkan


Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang (LLD) dari Universiti Nasional
Singapura .

85
Sifat Peribadi

 Beliau dikatakan pendiam. Mesyuarat yang dipengerusikannya ringkas dan


tidak meleret-leret. Beliau tidak pernah berborak kosong, tidak minum kopi,
jauh sekali merokok atau pun mengambil apa-apa makanan yang
memudaratkan. Beliau sentiasa dalam keadaan berwuduk. Daya ingatan dan
pemikirannya kuat walaupun berusia 80-an. Beliau meninggal dunia pada 18
April 1999, ketika berusia 83 tahun.

Anugerah dan Sumbangan

 Beliau menerima pingat Johan Mangku Negara (J.M.N) oleh Yang di-Pertuan
Agong (1974). Pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (D.M.P.N) yang
membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (1979).
Pingat Allama Muhammad Iqbal Medal daripada kerajaan Pakistan (1979).
Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa
gelaran Tan Sri (1987). Tokoh Maal Hijrah (1989) dan Pingat Tun Abdul
Razak pada 1992.

 Dibidang kerjaya, beliau telah menjawat beberapa jawatan penting samada


sebagai majistret mahupun sebagai pensyarah undang-undang .

Jawatan Majistret dan Hakim

 Bermula sebagai majistret di Singapura pada 1946. Kemudian menjadi hakim


pada 1947. Pada 1948 beliau menjadi pensyarah di Raffles College sebelum
menjadi peguambela dan peguamcara (1949-1955).

 Beliau mengendalikan kes kontroversi Natrah @ Maria Hertogh iaitu sebagai


peguambela bagi pihak ibu angkat Natrah (Kamariah). Beliau menjadi ahli
Penggubal Undang-Undang (1952-1955). Pada 1955 menjadi hakim semula
sebelum dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya pada 1956. Pada 1957,
menjadi Pendakwaraya dan 1959 menjadi Peguamcara Negara. Pada tahun
1963, beliau dinaikkan pangkat menjadi Peguam Negara Singapura. Pada
1967, beliau dilantik sebagai Duta Singapura ke Mesir (1967-1968).

 Menjadi Hakim Mahkamah Rayuan bagi Mahkamah Syariah dan telah


memutuskan sejumlah kes Mahkamah Syariah. Beliau juga merupakan
anggota Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sehingga akhir hayat beliau.
Selain itu belia adalah ahli panel penggubal Enakmen Undang-Undang Islam
(Hudud dan Qisas) Kelantan pada tahun 1991.

 Mencadangkan penggubalan Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang


memberi peruntukan menghalang Mahkamah Sivil untuk masuk campur di
dalam urusan Mahkamah Syariah pada tahun 1988. Beliau telah berjaya
memartabatkan Mahkamah Syariah ke tahap yang lebih tinggi supaya
Mahkamah Syariah dilihat setaraf dengan Mahkamah Sivil.

86
Berkhidmat di Universiti Malaya
 Setelah 22 tahun berkhidmat di Singapura, beliau memohon kerakyatan
Malaysia dan berkhidmat di dalam bidang pendidikan undang-undang di
Malaysia. Pada 1969, beliau dilantik sebagai Professor Undang Undang di
Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (1969-1972).

 Pada 1972, beliau mengasaskan Fakulti Undang-Undang pertama di Malaysia


di Universiti Malaya dan menjadi Dekan pertama Fakulti Undang-Undang
UM. Antara lulusan fakulti itu ialah Pawancheek Marican, Dato' Dr. Mimi
Kamariah Abdul Majid. Pada 1984, Universiti Malaya menganugerahkan
beliau gelaran Professor Emeritus.

Berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa

 Beliau juga merupakan pengasas kepada Kulliyyah (Fakulti) Undang-Undang


di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sewaktu universiti tersebut
diasaskan pada 1983, hanya terdapat 2 fakulti iaitu Kulliyyah Undang-Undang
dan Kulliyyah Ekonomi. Beliau mencadangkan supaya Kulliyyah Undang-
Undang yang bakal ditubuhkan menggabungkan Undang-Undang Sivil dan
juga Undang-Undang Islam.

 Disebabkan itu, pelajar undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa


Malaysia wajib mempelajari kedua-dua bidang tersebut, tidak seperti Fakulti
Undang-Undang di universiti lain. Keluasan ilmunya di dalam bidang undang-
undang Sivil dan Islam membolehkan beliau mengajar hampir semua subjek
yang ditawarkan di Kulliyyah Undang-Undang tersebut. Beliau digelar
sebagai Shaikh di Kulliyyah Undang-Undang tersebut dan berkhidmat di situ
sehinggalah kematiannya pada 18 April 1999, pada usia 83 tahun.

 Sepanjang perkhidmatannya, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai


Timbalan Rektor, Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Senat Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia.

Hasil Karya

 Beliau merupakan antara penulis buku undang-undang yang paling aktif di


dalam sejarah undang-undang Malaysia diantaranya:
 The Malaysia Legal System, First Edition 1987, Second Edition 1995,
co-author Ahilemah Joned.
 Family Law In Malaysia and Singapore, First Edition 1978, Second
Edition 1984.
 Family Law in Malaysia, 1997.
 Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia, 1999 (Buku tulisan
terakhir beliau. Setiausahanya memberitahu sewaktu siap buku ini,
beliau menyerahkan menuskrip buku tersebut kepadanya sambil
berkata "Siap akhirnya buku saya". Keesokan harinya, beliau
meninggal dunia.
 Pengasas kepada Jurnal Hukum iaitu jurnal yang melaporkan kes-kes
berkaitan keputusan Mahkamah Syariah dan beliau merupakan
penasihat dan juga editor Jurnal Hukum.
 Penasihat editorial bagi Malayan Law Journal, Kanun, IIUM Law
Journal, IKIM Law Journal dan banyak lagi.

87
GLOSARI
BIL PERKATAAN MAKSUD
1. Ajnabi Lelaki/perempuan asing.
2. Aksiologi Nilai ilmu.
3. Al Khaliq Pencipta.
4. Amar ma'ruf Menyuruh melakukan kebaikan.
5. Binatang padang pasir, seakan-akan biawak kecil yang
dianggap mempunyai khasiat perubatan, selalunya dikaitkan
Dhab/ Dab dengan peningkatan tenaga batin lelaki.
6. Deen Agama Islam.
7. Dhaif Lemah.
8. Dna Acid deoksiribonukleik.
9. Empirik Dapatan melalui kajian.
10. Pengetahuan (ilmu) tentang ibadat dan hukum-hukum syarak
Fiqhiyah dalam agama Islam.
11. Hierarki Susunan.
12. 1. (Jamak bagi had) Batasan atau peraturan.
2. Hukum yang telah ditetapkan oleh Allah yang tidak boleh
diubah-ubah oleh manusi, seperti hukum zina, murtad dan
Hudud minum arak.
13. Kumpulan protein yang berkebolehan bertindak sebagai
Imunoglobulin antibodi.
14. Amalan mengeluarkan hukum atau keputusan berdasarkan al
Istinbat Quran dan hadith tertentu.
15. Khairat Kebajikan, derma, sedekah.
16. Perkara yang dilakukan oleh nabi atau nas yang terdapat dalam
Ma'thur al quran dan al sunnah.
17. Maslahat Kebaikan.
18. 1. Diturunkan daripada seorang kepada seseorang tanpa putus
(bukan hadith, berita, riwayat, khabar dan lain-lain).
2. Diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang bilangan mereka
ramai dan terjamin mereka tidak mampu melakukan
pembohongan mulai awal hingga akhir sanad.
3. Diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai
menyampai perkhabaran (al Hadith) itu, dan telah pasti dan
Mutawatir yakin mereka tidak bermuafakat berdusta tentangnya.
19. Nahi mungkar Mencegah kemungkaran
20. Qanaah Sikap berpada-pada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada.
21. Qatie' Tetap dan tidak boleh berubah
22. Melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci
Qazaf atau menafikan keturunanya.
23. Sukuk Sijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip Islam.
24. Thabit Tetap
25. Thiqah Dipercayai
26. Wasatiyyah Kesederhanaan
27. Soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan
Zuhud keseronokan dunia.

88
89

Anda mungkin juga menyukai