Anda di halaman 1dari 19

PELAN PEMASARAN

SZM SANTAN ENTERPRISE


KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 RUMUSAN EKSEKUTIF ................................................................................................... 7
2.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT .................................................................................... 8
2.1 Pengenalan ....................................................................................................................... 8
2.2 Visi ................................................................................................................................... 8
2.3 Misi .................................................................................................................................. 8
2.4 Logo ................................................................................................................................. 9
2.5 Tag line ............................................................................................................................ 9
2.6 Contoh Promosi Pemasaran ........................................... Error! Bookmark not defined.
3.0 ANALISIS PERSEKITARAN .......................................................................................... 10
3.1 Sasaran Pasaran .............................................................................................................. 10
3.2 Strategi Pemasaran ......................................................................................................... 10
4.0 ANALISIS SWOT ............................................................................................................. 12
4.1 Kekuatan ........................................................................................................................ 12
4.2 Kelemahan ..................................................................................................................... 12
4.3 Peluang........................................................................................................................... 12
4.4 Ancaman ........................................................................................................................ 12
5.0 OBJEKTIF PEMASARAN ............................................................................................... 13
6.0 STRATEGI DAN INISIATIF PEMASARAN .................................................................. 14
6.1 Struktur Organisasi ........................................................................................................ 14
6.2 Senarai Tugas ................................................................................................................. 14
6.3 Carta Gantt ..................................................................................................................... 15
6.4 Proses Kerja ................................................................................................................... 16
6.0 UNJURAN KEWANGAN / BAJET ................................................................................. 17
6.1 Sumber Pembiayaan....................................................................................................... 17
6.2 Kos ................................................................................................................................. 17
6.3 Belanjawan ..................................................................................................................... 18
6.4 Penyata Pendapatan ....................................................................................................... 19
6.6 Kunci Kira-kira .............................................................................................................. 20
7.0 PENILAIAN DAN PENGAWALAN ............................................................................... 21
7.1 Piawaian Prestasi ........................................................................................................... 21
7.2 Pengawalan .................................................................................................................... 22
8.0 KESIMPULAN .................................................................................................................. 24
1.0 RUMUSAN EKSEKUTIF

Tugasan ini melibatkan tiga orang pelajar yang membentuk syarikat SZM Santan Enterprise
bagi merangka pelan pemasaran untuk cadangan perniagaan. Cadangan perniagaan ini adalah
berdasarkan projek sebenar yang telah dijalankan dan kami mengumpulkan maklumat untuk
menghasilkan cadangan perniagaan yang lengkap berdasarkan keadaan sebenar serta mampu
dicapai.

SZM Santan Enterprise merupakan sebuah perusahaan santan kelapa segar yang
dikendalikan oleh 3 orang rakan kongsi yang terdiri daripada seorang pengurus, seorang
pengurus operasi dan seorang pengurus kewangan. Perniagaan ini turut dibantu oleh 3 orang
pekerja am. Peranan pekerja am adalah seperti mengupas kelapa, memarut kelapa dan membuat
santan segar.

Tugasan pelan pemasaran kami ini akan menumpukan kepada topik tertentu dalam prinsip
pemasaran termasuk analisis persekitaran, Analisis SWOT, objektif dan strategi pemasaran,
pelaksanaan pemasaran, serta penilaian dan pengendalian pelan pemasaran.

Pelan kewangan atau unjuran kewangan juga dimasukkan ke dalam pelan pemasaran kami.
Ini adalah untuk memberikan gambaran lengkap tentang institusi kami dan untuk menunjukkan
sifat perniagaan yang bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan.
2.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1 Pengenalan

Perniagaan ini telah didaftarkan pada 05 Disember 2019. Idea penubuhan perniagaan ini adalah
untuk menjadi pengeluar produk dengan membekalkan keperluan dan kehendak pelanggan
sekaligus memberi kemudahan kepada mereka. Perniagaan ini bermula dengan modal
sebanyak RM 150,000.00 untuk membeli segala kemudahan untuk memproses kelapa dan
santan.

Nama Syarikat : SZM Santan Enterprise


No.Pendaftaran Perniagan : MA0120210-T
Alamat : Kampung Paya Lenga, Bandar IOI, 85000
Segamat, Johor
Alamat Surat Menyurat : Kampung Paya Lenga, Bandar IOI, 85000
Segamat, Johor
No. Telefon : 0122623801
Alamat E-mail : szmsantan@gmail.com
Alamat Laman Web : www.szmsantan.com.
Bentuk Perniagaan : Industri Produk Pertanian
Bentuk Pemilik Peniagaan : Perniagaan Perkongsian
Kegiatan Utama dan sampingan : Pembekal Kelapa dan Santan
Nombor Akaun : 164128503509 (maybank)

2.2 Visi

Visi penubuhan perniagaan adalah Ingin menembusi pasaran tempatan dan komersial dalam
sektor pembekal kelapa dan santan setanding dengan industri kelapa pertanian yang lain seperti
kelapa parut, kerisik, santan kotak dan sebagainya didalam bentuk yang pelbagai.

2.3 Misi

Misi penubuhan perniagaan ini adalah menjadi pengeluar produk yang dapat memenuhi
keperluan dan kehendak sekaligus memberi kemudahan kepada mereka. Seterusnya, menjadi
pengeluar produk yang berkualiti tinggi standing dengan pengeluar lain.
2.4 Logo

Logo kami menggambarkan kelapa segar yang digunakan dalam penghasilan produk dan
santan demi mengekalkan kelazatan dan citarasa yang asli.

2.5 Tag line

“Santan Segar Citarasa Asli”


3.0 ANALISIS PERSEKITARAN

3.1 Sasaran Pasaran

Sasaran pelanggan perniagaan ini adalah penduduk setempat Kampung Paya Lenga
dan penduduk daerah Segamat. Seterusnya, sasaran kedua ialah pembekal makanan yang
memerlukan bekalan santan segar. Perniagaan ini juga bertumpu kepada sasaran pemaju
pasaraya dan kedai-kedai runcit di daerah Segamat.

3.2 Strategi Pemasaran

3.2.1 Strategi Produk


Perniagaan ini menjalankan strategi produk dengan penghasilan santan segar yang
akan dikawal secara kerap, memastikan pembungkusan untuk produk dalam bentuk yang lebih
ekslusif, dan menampal pelekat pembungkusan perniagaan SZM Santan Enterprise.

3.2.2 Strategi Lokasi


Lokasi premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu berhadapan jalan raya
Kampung Paya Lenga, berdekatan dengan pembekal kerepek, surau Kampung Paya Lenga dan
Taman Bandar IOI. Aktiviti perniagaan yang lain terdapat di sekitarnya menjadikan kawasan
ini sebagai tumpuan pelanggan.

3.2.3 Strategi Promosi


Diantara promosi yang dilakukan SZM Santan Enterprise adalah memasang banner
dan bunting sebagai langkah pengenalan produk mengagihkan kad perniagaan SZM Santan
Enterprise kepada pelanggan, menyediakan uniform yang seragam dan kemas kepada para
pekerja dan memasang kain rentang SZM Santan Enterprise di tempat yang menjadi tumpuan.
3.2.4 Strategi Harga
Kelapa Biji Kelapa Parut Santan Segar
Konsep Harga
(RM) (RM) (RM/1 kilogram)
Harga mengikut
1.60 2.00 7.50
penembusan pasaran
Harga promosi
mengikut musim- 1.50 1.70 7.00
musim tertentu
Jadual 1: Strategi harga

3.2.5 Strategi Edaran


Perniagaan ini menjalankan strategi edaran dengan menyediakan khidmat
penghantaran santan kelapa segar kepada pelanggan secara langsung, menghantar produk
keluaran ke pasaraya dan pembekal makanan, dan bagi penduduk setempat sekitar kampung
Paya Lenga boleh dapatkan produk secara langsung di premis.
4.0 ANALISIS SWOT

4.1 Kekuatan

1. Kurang persaingan daripada lain-lain premis.


2. Bekalan yang sentiasa mencukupi dan selalu tersedia.
3. Permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat.
4. Lokasi yang strategik dan mudah dihubungi.

4.2 Kelemahan

1. Mesin tidak dapat beroperasi jika bekalan elektrik terputus.


2. Hasil yang tidak tahan lama dan mudah rosak.

4.3 Peluang

1. Sokongan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

2. Bekalan kelapa yang berterusan kerana daerah ini terdapat banyak pekebun kelapa.

4.4 Ancaman

1. Persaingan dengan santan segera yang banyak di pasaran.


2. Pencemaran produk melalui bakteria yang sukar dikenalpasti.
5.0 OBJEKTIF PEMASARAN

Objektif Pemasaran merujuk kepada matlamat aktiviti pemasaran yang akan meningkatkan
prestasi syarikat dalam jangka masa pendek atau jangka panjang. Berdasarkan trend pasaran
masa kini, pemerhatian kami mendapati bahawa permintaan produk kelapa dan santan semakin
meningkat terutamanya kepada pembekal kelapa, pasar raya, dan pasar malam yang sibuk dan
juga permintaan terhadap santan segar yang semakin memberangsangkan berikutan taraf hidup
penduduk yang semakin meningkat.

Berikut adalah objektif pemasaran syarikat kami:

1. Membesarkan kebun kelapa dan menjadi syarikat yang berdaya maju


2. Mempromosikan santan kelapa pada hari penting seperti hari raya aidil fitri dan aidil
adha dengan harga promosi
3. Memasarkan produk santan ke peringkat komersial
4. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
6.0 STRATEGI DAN INISIATIF PEMASARAN

6.1 Struktur Organisasi

PENGURUS

(SHAHARUDIN)
PENGURUS
KEWANGAN
PENGURUS (MUHD FAIZ)
OPERASI
(ZULNAZMI)

PEKERJA AM PEKERJA AM PEKERJA AM


(ALIAS) (MUIZ) (JAAZLI)

6.2 Senarai Tugas

6.2.1 Pengurus

Pengurus bertanggungjawab untuk memimpin syarikat dalam membuat keputusan yang


berkaitan dengan strategi pemasaran. Fungsi kedudukan ini adalah komprehensif di mana
merangkumi perancangan, pelaksanaan dan kawalan aktiviti syarikat.

6.2.2 Pengurus Operasi

Pengurus operasi bertanggungjawab dalam mengurus pengeluaran bahan mentah iaitu kelapa
dan produk santan. Pengurus juga perlu memastikan kualiti produk yang dihasilkan memenuhi
standard kualiti yang tinggi serta dapat memasarkan produk dengan efektif. Pengurus operasi
perlu membuat kajian kualitatif dan kuantitatif untuk mengenal pasti strategi pemasaran mana
yang harus digunakan untuk meningkatkan permintaan produk.

6.2.3 Pengurus Kewangan

Pengurus kewangan mempunyai tanggungjawab untuk memantau dan memberi laporan


mengenai aktiviti kewangan syarikat kepada pengurus. Peranan pengurus kewangan ini adalah
sangat penting dalam organisasi untuk memastikan bahawa objektif utama syarikat, iaitu
membuat keuntungan boleh dicapai.

6.2.4 Pekerja Am

Pekerja am merupakan pembantu dalam proses melancarkan operasi syarikat seperti


melaksanankan proses memarut kelapa, memastikan bekalan kelapa , mengendalikan mesin
santan kelapa dan mengutamakan kualiti serta reputasi dengan pelanggan.

6.3 Carta Gantt

Setiap pelaksanaan pemasaran juga perlu kepada penyusunan waktu yang di bentuk dalam carta
gantt yang memudahkan organisasi pelaksana yang terlibat merujuk dan dijadikan panduan
pelaksanaan. Carta gantt dibawah menunjukkan pergerakan program yang disusun mengikut
keperluan dan keutamaan.

Disember 2019 Januari 2020


Penerangan Tempoh
(Hari) M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
1. Analisis 2
Syarikat
2. Analisis 3
Pelanggan
3. Analisis 5
Pesaing
4. Analisis 10
SWOT
5. Segmentasi 15
Pasar
6. Strategi 7
Produk
7. Strategi 8
Harga
8. Penempatan 14
9. Promosi 20
10. Pelaksanaan 30
6.4 Proses Kerja

Proses kerja adalah suatu proses yang sistematik berkaitan maklumat dan tindakan yang
dibuat, dialirkan dari satu pihak ke pihak yang lain untuk tindakan selanjutnya. Proses kerja
syarikat kami dapat diringkaskan seperti berikut :

Menerima kelapa
membuat pesanan Memeriksa kelapa
dari pembekal

Memproses Mengupas biji


Memarut kelapa
santan kelapa

Penghantaran santan
6.0 UNJURAN KEWANGAN / BAJET

6.1 Sumber Pembiayaan

Sumber Pembiayaan Sumbangan (RM)


Modal sendiri 50 000
Pinjaman 100 000
Jumlah 150 000

6.2 Kos

Kos
Kategori Item
(RM)

Kenderaan 9600.00
Perabot 656.00
Aset Bukan Semasa Kelengkapan dan mesin 2000.00
Papan Tanda 2000.00

Kadar Bayaran 350.00


Alat Tulis 66.00
Perbelanjaan Bulanan Gaji Pengurus 2825.00
Gaji Pekerja (3 orang) 2817.00

Kad Perniagaan 200.00


Pendaftaran Perniagaan 80.00
Lain-lain Perbelanjaan Lesen Perniagaan 150.00
Risalah 450.00
Petrol 1500.00

JUMLAH 22694.00
6.3 Belanjawan
ANGGARAN PENYATA BELANJAWAN TUNAI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019

Butiran Jan Feb Mac Apr Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Dis

Baki awal (RM) 50000.00 74005.00 98747.00 130860.00 163710.00 203931.00 251523.00 196560.00 258894.00 328599.00 405695.00 490142.00

Penerimaan
Tunai

Jualan
36855.00 37592.00 44963.00 45700.00 53071.00 60442.00 67813.00 75184.00 82555.00 89926.00 97297.00 104668.00

Jumlah
penerimaan 86855.00 37592.00 44963.00 45700.00 53071.00 60442.00 67813.00 75184.00 82555.00 89926.00 97297.00 104668.00

Pembayaran
tunai (RM)

Belian 5000.00 5000.00 5000.00 5000.00 5000.00 5000.00 5000.00 5000.00 5000.00 5000.00 5000.00 5000.00

Gaji 5642.00 5642.00 5642.00 5642.00 5642.00 5642.00 5642.00 5642.00 5642.00 5642.00 5642.00 5642.00

Ansurans 2208.00 2208.00 2208.00 2208.00 2208.00 2208.00 2208.00 2208.00 2208.00 2208.00 2208.00 2208.00
pinjaman

Jumlag
pembayaran 12850.00 12850.00 12850.00 12850.00 12850.00 12850.00 12850.00 12850.00 12850.00 12850.00 12850.00 12850.00

lebihan - 24742.00 32113.00 32850.00 40221.00 47592.00 54963.00 62334.00 69705.00 77096.00 84447.00 91818.00

Baki akhir 74005.00 98747.00 130860.00 163710.0 203931.00 251523.00 196560.00 258894.00 328599.00 405695.00 490142.00 581960.00
6.4 Penyata Pendapatan

ANGGARAN PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN AKHIR 31 DISEMBER 2019

RM RM

Jualan RM 759211.00

Belian RM 5000.00
Angkutan masuk RM 500.00 RM 5500.00

Untung kasar RM 753711.00

Perbelanjaan
 Kad Perniagaan RM 200.00
 Gaji pengurus RM 2825.00
 Gaji Pekerja RM 2817.00

 Alat Tulis RM 66.00

 Pendaftaran Perniagaan RM 80.00

 Lesen Perniagaan RM 150.00

 Susut Nilai
RM 2400.00
- kenderaan
RM 164.00
- Perabot
RM 2000.00
- mesin dan kelengkapan
RM 10702.00

Untung bersih RM 743009.00


6.6 Kunci Kira-kira

ANGGARAN KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2019


RM RM

ASET BUKAN SEMASA

Kenderaaan RM 12000.00
Tolak : Peruntukan susut nilai RM 2400.00 RM 9600.00
Perabot RM 820
Tolak : PSN RM 164.00 RM 656.00
Kelengkapan dan mesin RM 10 000.00
Tolak : PSN RM 2000.00 RM 8000.00
RM 18256.00

ASET SEMASA
Stok RM 292793.00
Tunai di tangan RM 581960.00
Tunai di bank RM 100.000.00
RM 974753.00
MODAL KERJA RM 993009.00

EKUITI PEMILIK

Modal RM 150.000.00
Untung Bersih RM 743009.00
Modal akhir RM 893009.00

Liabiliti bukan semasa


Pinjaman bank RM 100.000.00
RM 993009.00
7.0 PENILAIAN DAN PENGAWALAN

7.1 Piawaian Prestasi

Prestasi Standard Penilaian pemasaran merujuk kepada penetapan standard prestasi untuk
mengenal pasti betapa berkesannya rancangan pemasaran dan prestasi terkini perusahaan.
Dengan mempunyai standard prestasi, kita boleh memperolehi kawalan kewangan untuk
mengurangkan jurang antara prestasi yang diharapkan dan prestasi sebenar. Pada asasnya,
terdapat beberapa piawaian prestasi yang telah ditetapkan untuk institusi tersebut.

7.1.1 Pulangan Pelaburan (ROI)


Pulangan Pelaburan merujuk kepada jumlah keuntungan yang dijana daripada pelaburan yang
dibuat kepada syarikat. Untuk institusi kami, matlamat utama adalah untuk membuat keuntungan
bukannya kerugian untuk tahun pertama. Oleh kerana institusi kami baru di pasaran, ia akan
menjadi sukar untuk memaksimumkan keuntungan. Oleh itu, selagi syarikat mampu
menampung semua kos untuk tahun pertama, maka prestasi syarikat berpuas hati dengan
keperluan ROI.

7.1.2 Pengembangan
Premis semasa yang akan menjadi lokasi untuk perniagaan kami ruangnya adalah terhad. Kami
menjangkakan bahawa premis ini perlu membuat pengembangan dalam tempoh dua tahun untuk
menampung bilangan produk yang lebih banyak. Dengan adanya pengembangan, ini juga
merupakan tanda bahawa pelan pemasaran adalah berkesan dan efisien.

7.1.3 Sambutan Dalaman dan Luar


Tanggapan daripada orang-orang dalaman dan luaran institusi juga merupakan kriteria penilaian
untuk pelan pemasaran kami. Ini boleh dilakukan dengan meninjau dan menerima respons
langsung dari kakitangan serta pelajar mengenai perkhidmatan dan prestasi syarikat. Maklum
balas positif menunjukkan bahawa syarikat itu berfungsi dengan baik.
7.2 Pengawalan

Mengawal adalah aktiviti yang sangat penting dalam sebuah syarikat untuk memastikan kualiti
produk dan perkhidmatan sentiasa dalam keadaan terbaik atau dapat memuaskan nilai yang
dikehendaki pelanggan dari produk atau perkhidmatan. Aktiviti ini melibatkan tindakan
mengurangkan jurang antara prestasi yang diharapkan dan prestasi sebenar. Berikut adalah
beberapa aktiviti mengawal yang boleh dilakukan oleh institusi:

7.2.1 Maklum balas pelanggan


Maklumbalas pelanggan merujuk kepada tindak balas atau kepuasan pelanggan setelah mereka
menerima produk atau perkhidmatan. Ini adalah data yang sangat penting yang boleh digunakan
oleh institusi untuk meningkatkan perkhidmatan yang disediakan. Untuk mendapatkan
maklumbalas secara berterusan, institusi tersebut akan menubuhkan tinjauan dan soal selidik
yang berbeza untuk mengenali penambahbaikan dan kemas kini baru yang kami laksanakan
untuk perniagaan kami pada umumnya. Survei melibatkan seksyen untuk pelanggan untuk
menyatakan pendapat mereka, harapan mereka, aduan mereka dan cadangan mereka juga.

7.2.2 Kawalan kewangan


Kawalan Kewangan merujuk kepada tindakan pemantauan urus niaga kewangan untuk selari
dengan kewangan yang diunjurkan. Untuk memantau belanjawan pemasaran kami, kami mesti
melihat keseimbangan antara kos dan pendapatan yang dijaga. Kegiatan syarikat tidak perlu
terlalu banyak sehingga menyebabkan perusahaan kehilangan kerugian.

7.2.3 Analisis pesaing


Analisis pesaing merujuk kepada pemerhatian dari premis ke premis serupa lain yang
mempunyai sifat perniagaan yang sama. Pemerhatian boleh dilakukan dengan mengenal pasti
aktiviti, dasar, strategi institusi lain dan melaksanakan tindakan serupa di institusi jika ia
memberi manfaat kepada kami. Ia juga penting untuk mengkaji strategi-strategi institusi dan
membandingkannya dengan kami untuk prestasi yang lebih baik.
7.2.4 Pembetulan dan alternatif
Oleh kerana pasukan pengurusan kami mengikuti proses pencapaian matlamat, kami boleh
membuat keputusan dengan mudah mengikut rancangan yang dibuat pada permulaan tempoh
perniagaan. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan keadaan baru boleh berlaku dan keputusan
yang rumit perlu dilakukan untuk membetulkan masalah. Justeru itu, institusi, yang lebih maju,
perlu membangunkan banyak situasi yang mungkin berlaku pada masa akan datang dan apakah
keputusan yang perlu dibuat untuk mengurangkan risiko. Sebagai contoh, ada kemungkinan
perolehan pekerja dan masalah ini dapat dihadapi dengan keputusan seperti meningkatkan
pampasan, manfaat dan insentif.
8.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, kami amat
berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan yang
menguntungkan. Unjuran-unjuran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas mendapat
pembiayaan adalah amat konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan masih di
peringkat awal.
Peniaga telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi membolehkan
perniagaan berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, perniagaan SZM Santan Enterprise
amat optimis, yang perniagaan ini amat berdaya saing dan mampu berkembang di masa hadapan
di peringkat komersial. Perniagaan ini bercadang untuk menambahkan sumber dari pembekal,
menghasilkan santan kotak dan menambahkan jumlah pekerja. Jangkaan masa panjang pula,
perniagaan ini bercadang untuk meluaskan tapak perniagaan dan memperbanyakkan cawangan
di Johor seperti Kluang, Batu Pahat, Pontian dan lain-lain. Tambahan pula, perniagaan ini ingin
bersaing di peringkat komersial setanding dengan produk tempatan yang terkemuka.
Kami juga bakal mencipta ruang dan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil.
Kami memberi ruang kepada peniaga-peniaga pasar untuk mendapatkan produk santan segar
yang berkualiti secara terus dengan harga yang terkawal. Sekiranya terdapat usahawantani yang
berminat untuk mempelajari kaedah dan sistem pembekal, kami juga bersedia menawarkan
kursus-kursus dalam bidang pertanian yang berkaitan. Semoga SZM Santan Enterprise akan
turut sama menjadi sebahagian daripada Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPP) yang berjaya di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai