Anda di halaman 1dari 14

Tajuk

Tugasan 1 :
Huraikan isu-isu alam sekitar
global dan impak isu-isu tersebut
terhadap peluang pendidikan di
Malaysia.
1.0 PENDAHULUAN

Dewasa ini, negara Malaysia yang sedang membangun ini mudah dipengaruhi
oleh pelbagai perubahan yang berlaku di seluruh jagat. Hal ini dikatakan demikian
kerana pelbagai isu sama ada isu politik, isu ekonomi atau isu sosial dan cabaran
semasa dunia memberi impak yang berkesan terhadap negara. Sehubungan dengan
perkara itu, salah satu isu yang amat diperkatakan dalam kalangan masyarakat adalah
isu-isu alam sekitar global.

Istilah “alam sekitar” bermaksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Menurut


Jamaluddin Mh. Jahi (1996), alam sekitar dikatakan sebagai segala benda yang
berada di sekeliling manusia pada suatu titik ruang dan masa. Menurut Kamus Dewan
pula perkataan alam sekitar adalah merujuk kepada ‘alam tabil’ (nature) yang dikaitkan
dengan dua unsur iaitu abiotik (benda bukan hidup) seperti batu, angin atau suhu; dan
unsur biotik (benda hidup) seperti manusia, binatang dan juga tumbuhan. Lain
daripada itu, alam sekitar juga boleh dikatakan sebagai segala benda hidup dan bukan
hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi. Jadi secara keseluruhannya
alam sekitar adalah amanah dan anugerah Allah kepada manusia.

Isu-isu alam sekitar global merupakan satu permasalahan yang amat kritikal
dalam kalangan masyarakat sedunia. Isu lingkungan global ini juga mengakibatkan
dampak yang luas dan serius bagi seluruh dunia. Isu-isu dan krisis alam sekitar
membawa pelbagai kesan buruk dari segi kesihatan, kebersihan, dan sebagainya di
negara Malaysia. Walau bagaimanapun impak isu-isu alam sekitar global dari segi
bidang pendidikan maksudnya kesan-kesan negatif isu-isu tersebut terhadap peluang
pendidikan di Malaysia juga merupakan satu perkara yang perlu dipertimbangkan.

Isu-isu alam sekitar global ini berpunca daripada sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan sanggup mencipta masalah-masalah
alam sekitar seperti penghapusan sumber-sumber semula jadi, melakukan
pencemaran dan kerosakan terhadap sumber air, tanah, udara dan sebagainya tanpa
menyedari kesannya nanti kepada diri sendiri mereka.
2.0 ISU-ISU ALAM SEKITAR GLOBAL DAN IMPAK ISU-ISU TERSEBUT
TERHADAP PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Alam sekitar dianggap sebagai nadi kepada setiap manusia. Dari segi
konteksnya alam sekitar merujuk kepada segala komponen hidup iaitu biosis
seperti manusia, haiwan dan tumbuhan dan komponen bukan hidup seperti
tanah, bentuk muka bumi, cuaca dan faktor kimia. Sikap manusia yang tidak peka
terhadap isu-isu alam sekitar dan rela melakukan pencemaran alam sekitar
memberi pelbagai impak yang tenat terhadap peluang pendidikan di Malaysia.

2.1. JEREBU

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap
dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Jerebu merupakan satu masalah
biasa di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan tanpa terkawal. Akibat jerebu
teruk pada september 1997, tujuh anggota ASEAN telah menandatangani
Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Rentas Sempadan pada tahun 2002. Pada
Ogos 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan
keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia
terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu
Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah Indeks Pencemaran Udara ( IPU)
di dua kawasan itu mencecah lebih 500. Pada 2006, masalah jerebu telah
mengakibatkan kesan yang agak teruk akibat perubahan arah angin yang
disebabkan oleh Taufan Xangsane. Pada Jun 2013, jerebu datang kembali di
seluruh asia tenggara terutamanya di Singapura dan Malaysia. Di Malaysia,
kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Muar dan Ledang yang terletak di
Johor dan juga di Bukit Rambai yang terletak di Melaka. Fenomena jerebu yang
disebabkan oleh pembakaran hutan di Indonesia iaitu di Pulau Sumatera pada
tahun 2015 telah menyelebungi Asia Tenggara sekali lagi, menjejaskan
Indonesia, Malaysia, Singapura, selatan Thailand dengan serius.

2.1.1 IMPAK JEREBU TERHADAP PELUANG PENDIDIKAN DI


MALAYSIA

Fenomena jerebu pada tahun-tahun tersebut akibat pembakaran hutan


tanpa batasan telah memberi impak yang berkesan terhadap negara Malaysia
terutamanya dari segi bidang pendidikan. Menurut berita Awani pada Oktober 23,
2015 didapati bahawa pada 19, 20, 21 dan 22 oktober 2015 semua sekolah di
beberapa negeri telah ditutup berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara
(IPU) jerebu di kawasan berkenaan bagi menjaga kesihatan para pelajar daripada
masalah lelah, jangkitan pernafasan serta iritasi kulit dan mata. Fenomena jerebu
yang menjejaskan kesihatan murid menyebabkan para pelajar ketinggalan
pelajaran sambil tidak dapat belajar dalam keadaan yang sihat sejahtera serta
para guru juga tidak sempat untuk menghabiskan silibus. Tambahan pula,
program-program dan acara luar seperti sukan dan aktiviti kokurikulum juga
dibatalkan di sekolah akibat jerebu yang begitu teruk. Hal ini membuktikan
bahawa isu jerebu secara langsungnya menjejaskan peluang pendidikan di
Malaysia.

2.2 PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan global adalah satu keadaan pertambahan purata kepanasan


bumi yang disebabkan khususnya oleh pengumpulan beberapa jenis gas seperti
karbon dioksida, metana dan nitruoksida. Di peringkat global, Amerika Syarikat
dengan penduduknya 5% yang merupakan negara pengeluar utama karbon
dioksida iaitu hampir 20%. Peningkatan suhu bumi merupakan salah satu isu
yang berpunca daripada masalah pemanasan global. Sikap masyarakat sedunia
yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta masyarakat yang
sanggup melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa keburukan kepada alam
sekitar seperti pembakaran terbuka, pembalakan hutan bagi tujuan pembinaan
bangunan, penggunaan peti sejuk dan penyaman udara yang mengandungi
kloroflorokarbon [ CFC ], penggunaan kenderaan bermotor secara langsungnya
meningkatkan suhu bumi. Oleh itu, kebanyakan negara terpaksa mengalami
pelbagai dampak yang serius dan Malaysia juga merupakan salah satu negara
daripadanya.

2.2.1 IMPAK PEMANASAN GLOBAL TERHADAP PELUANG PENDIDIKAN DI


MALAYSIA

Kesan dan bahang pemanasan global yang meningkatkan suhu bumi juga
telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara Malaysia secara tidak
langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah
tidak berada pada paras yang normal lagi akibat berlakunya peningkatan suhu ini.
Tamsilnya, fenomena EI Nino yang melanda negara Malaysia sejak Oktober
tahun lalu akibat peningkatan suhu antara 0.5 hingga 2.0 darjah Celsius
berbanding keadaan biasa telah mendatangkan impak yang signifikan kepada
semua pihak khususnya kepada para pelajar. Hal ini terjadi demikian kerana
fenomena tersebut telah mendatangkan pelbagai masalah kesihatan kepada
golongan pelajar seperti asma, penyakit pernafasan, gangguan yang berhubung
dengan stres, penyakit saraf dan sebagainya. Oleh itu, para pelajar tidak dapat
memberi tumpuan sepenuh mereka terhadap pelajaran dan juga tidak dapat hadir
ke sekolah secara sistematik. Natijahnya, pemanasan global ini secara
langsungnya menjejaskan peluang pendidikan di Malaysia.

2.3 BANJIR

Fenomena banjir merupakan salah satu isu alam sekitar yang amat
diperkatakan dalam kalangan masyarakat sedunia. Banjir pada umumnya
disebabkan oleh air sungai yang tercemar serta meluap ke lingkungan sekitarnya
sebagai akibat curah hujan yang tinggi dan terus menerus. Fenomena banjir akan
meninggalkan impak yang amat berkesan kepada kehidupan manusia dan alam
sekitarnya. Pulau-pulau kecil berhadapan dengan risiko untuk tenggelam.
Kawasan-kawasan tanah rendah pula akan biasanya berhadapan dengan
masalah banjir. Di kawasan-kawasan bandar pula, banjir kilat akan sering
berlaku, terutama di kawasan yang tidak mempunyai sistem perparitan dan
pencegahan banjir yang mencukupi. Apabila bumi menjadi panas, ais beku di
Greenland, Laut Artik dan Kutub Antartika akan mencair. Pencairan kesemua
glasier di Greenland akan meningkatkan paras air laut sejagat sehingga 23 kaki
lalu meningkatkan kadar fenomena banjir di seluruh negara di dunia ini. Malaysia
juga merupakan salah satu negara yang menghadapi masalah banjir tersebut.

2.3.1 IMPAK BANJIR TERHADAP PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Fenomena banjir mendatangkan impak yang efektif terhadap Malaysia


terutamanya dari segi peluang pendidikan. Contohnya, beberapa negeri di
selatan Malaysia terutamanya Johor telah dilanda banjir besar mulai 18 Disember
2006 akibat hujan lebat yang mencurah-curah dan banjir tersebut merupakan
banjir yang paling teruk di Malaysia abad ini. Fenomena tersebut telah
meninggalkan kesan yang buruk terutamanya dari segi bidang pendidikan. Hal ini
dikatakan demikian kerana sekolah yang menjadi tempat penempatan sementor
mangsa banjir turut terpaksa ditutup. Akibatnya proses pendidikan terganggu,
murid-murid tidak dapat ke sekolah dan proses mengajar terbantut di tengah-
tengah. Keadaan boleh menjadi lebih buruk yang membabitkan masa depan
generasi kecil. Jelaslah bahawa, fenomena banjir juga menjejaskan peluang
pendidikan di Malaysia.

2.4 PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah adalah keadaan di mana bahan kimia buatan manusia


masuk dan megubah lingkungan tanah alami. Salah satu isu pencemaran tanah
yang amat sensitif adalah hakisan tanah. Hakisan tanah adalah satu proses
penghausan atau pengukiran permukaan bumi yang melibatkan permindahan
bahan oleh agen-agen hakisan seperti air hujan, air hakisan, air mengalir, angin,
ombak, glasier dan lain-lain lagi. Kemajuan negara-negara Jepun, Belanda,
Amerika Syarikat, Australia dan China dalam bidang pertanian merupakan salah
satu punca bagi kejadian isu hakisan tanah di seluruh dunia. Hal ini dikatakan
demikian kerana usaha yang dilakukan oleh masyarakat di negara-negara
tersebut telah memajukan sektor pertanian di negara masing-masing tetapi
aktivit-aktiviti manusia seperti pembersihan dan pembajakan serum bukit,
penebangan hutan, pemusnahan padang ragut yang luas serta penggunaan
racun perosak organik untuk memajukan bidang pertanian secara langsungnya
mengakibatkan masalah hakisan tanah. Sehubungan dengan perkara itu, negara-
negara tersebut yang maju dalam bidang pertanian juga secara langsungnya
menarik perhatian negara-negara lain untuk memajukan sektor pertanian di
negara masing-masing khususnya perhatian negara-negara yang sedang
membangun malangnya negara-negara tersebut juga terpaksa menghadapi
masalah hakisan tanah walaupun memperoleh kemajuan dalam bidang pertanian.
Negara Malaysia juga merupakan salah satu negara yang berhadapan dengan
masalah hakisan tanah tersebut.

2.4.1 IMPAK PENCEMARAN TANAH TERHADAP PELUANG PENDIDIKAN DI


MALAYSIA

Di Malaysia, tragedi hakisan tanah yang berpunca daripada pencemaran


tanah mendatangkan pelbagai kesan buruk dari segi peluang pendidikan.
Sebagai contoh, hakisan tanah di Cameron Highlands pada 27 Jun 2015 telah
meninggalkan impak yang amat berkesan kepada penduduk di sekitarnya
terutamanya dari segi bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana kebanyakan
sekolah yang berhampiran dengan kawasan bukit yang merupakan mangsa
utama isu ini terpaksa mengalami pelbagai cabaran contohnya kerosakan harta
benda sekolah dan kerosakan bangunan-bangunan sekolah. Oleh itu, para
pelajar tidak dapat belajar bersungguh-sungguh dan terpaksa mengambil cuti
akibat kerosakan-kerosakan yang berlaku di sekolah. Selanjutnya, hakisan tanah
yang menjejaskan kesuburan tanah juga mengganggu proses penyelidikan bio
akibatnya kebanyakan pelajar tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka dalam
bidang penyelidakan bio. Justifikasinya, sudah terang lagi bersuluh hakisan tanah
secara langsungnya menjejaskan peluang pendidikan di Malaysia.

2.5 PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi bermaksud bunyi bising yang keterlaluan yang boleh


memekakkan telinga sesiapa yang mendengarnya. Pencemaran bunyi biasanya
melebihi 80 desibel (dB) dan sering berleluasa di kawasan lapangan terbang.
Pencemaran bunyi ini berpunca daripada sikap masyarakat sedunia yang tidak
mengambil berat terhadap alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana
peningkatan penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motor, lori, bas, dan
lain-lain oleh masyarakat di seluruh dunia ini banyak menyumbang ke arah
pencemaran bunyi. Lain daripada itu, pembangunan kawasan industri di seluruh
jagat juga meningkatkan pencemaran bunyi melalui pemprosesan material,
jentera, kenderaan dan aktiviti pembuatan. Selanjutnya, pembinaan kawasan
petempatan megeluarkan bunyi apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam
tanah untuk pembinaaan bangunan-bangunan tinggi lalu menyumbang kepada
pencemaran bunyi. Disamping itu, pemecehan batu, enjin gerudi pemunggahan
batu ke lori di kuari yang terletak di seluruh dunia ini juga mengakibatkan
pencemaran bunyi. Perbuatan masyarakat sedunia tersebut meningkatkan
pencemaran bunyi di seluruh negara di dunia ini dan Malaysia juga merupakan
salah satu negara daripadanya.
2.5.1 IMPAK PENCEMARAN BUNYI TERHADAP PELUANG PENDIDIKAN DI
MALAYSIA

Pencemaran bunyi membawa pelbagai kesan kepada negara Malaysia


yang sedang mengalami pembangunan yang pesat demi mencapai wawasan
2020 terutamanya dari segi peluang pendidikan di Malaysia. Pencemaran bunyi
memberi impak yang serius kepada golongan pelajar. Antara impaknya terhadap
pelajar adalah mereka terpaksa menghadapi gangguan percakapan kerana
gangguan kepada kebisingan yang berterusan mengganggu kebolehan pelajar
untuk berkomunikasi. Tambahan pula, para pelajar terpaksa mengalami
gangguan mental terhasil dari reaksi daripada pencemaran bunyi tersebut.
Selanjutnya, pelajar juga mengalami gangguan tidur akibat bunyi ganjil atau
kebisingan yang melampau pada waktu tidur. Jadi, kesan-kesan tersebut secara
langsungnya menjejaskan pembelajaran para pelajar kerana pelajar tidak dapat
memahami pelajaran yang dibelajar dengan mudah serta mereka juga tidak dapat
membina kefahaman yang begitu jelas mengenai subjek-subjek yang dibelajar.
Tegasnya, pencemaran bunyi yang menganggu fokus pelajar terhadap pelajaran
sudah pasti mengakibatkan peluang pendidikan di Malaysia.
3.0 KESIMPULAN

Konklusinya, perkara-perkara yang dinyatakan di atas membuktikan


bahawa isu-isu alam sekitar global seperti jerebu, banjir, peningkatan suhu bumi,
hakisan tanah dan pencemaran bunyi secara langsungnya memberi berbagai-
bagai kesan negatif terhadap peluang pendidikan di Malaysia. Oleh itu, langkah-
langkah yang efektif harus diambil oleh semua pihak untuk menangani masalah-
masalah tersebut secepat mungkin yang boleh supaya dapat membangunkan
negara Malaysia dari segi bidang pendidikan.

Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu jerebu, banjir,


peningkatan suhu bumi, hakisan tanah, pencemaran bunyi dan sebagainya tidak
akan dapat diatasi. Oleh itu, kesedaran masyarakat untuk mengurangkan
berlakunya masalah yang akan mengancam kehidupan manusia adalah amat
penting. Menghargai, memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan
tanggungjawab satiap manusia. Setiap manusia hendaklah sama berusaha untuk
membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar, dan cantik
dengan menghargai dan memulihara alam sekitar.

Tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua


penduduk dunia dan tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau
pertubuhan-pertubuhan dunia semata-mata bak kata pepatah ‘yang ringan sama
dijinjing yang berat sama dipikul’. Rakyat turut memainkan peranan penting
dengan mengambil kira akibat kerakusan mengejar kekayaan dunia kerana ‘sikap
tamak membawa kerugian’. Walaupun hanya dengan sumbangan kecil seperti
tidak membuat pembakaran terbuka dan mengurangkan penggunaan kenderaan
bermotor oleh sebanyak mungkin individu, setidak-tidaknya dapat membantu
mengawal pemanasan global. Sayangi dan cintailah bumi demi kesejahteraan
dan keharmonian kehidupan generasi akan datang.
LAMPIRAN

(Pembakaran Hutan di Indonesia) (Hakisan Tanah di Cameron Highland)


SUMBER : GOOGLE IMAGE SUMBER : GOOGLE IMAGE

SUMBER : JABATAN ALAM SEKITAR NEGARA MALAYSIA

SUMBER : GOOGLE IMAGE SUMBER : GOOGLE IMAGE


(Banjir di Negeri Johor) (Pencemaran Bunyi di Kuari)

SUMBER : GOOGLE IMAGE SUMBER : GOOGLE IMAGE

SUMBER : GOOGLE IMAGE


RUJUKAN

Mohmad Isa Hashim, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, 2010. Pembangunan dan Alam
Sekitar di Malaysia, Penerbit Universiti Pendidikan Sltan Idris Tanjong Malim, 13.

Jamaluddin Md.Jahi, 1996. Impak pembangunan terhadap alam sekitar. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Ashraf Ibrahim, Mohd. Aris Othman, Siti Fatihah Abdullah, Chin Kuang Tiu,
Norazlan Ismail, 2015. Cabaran dan Isu Semasa Dunia, Penerbitan Multimedia SDN.BHD.

US National Intelligence Council, 2008. Article 1: “Global Trends 2005: A Transformed World”
dalam Jackson R. M. (editor) Annual Editions Global Issues 10/11, 2011. Twenty-Sixth
Edition. New York: Mc Graw Hill.

http://pemudapaslipis.blogspot.my/2011/05/lynas-kesedaran-alam-sekitar.html?m=1

http://pencemaran-pencemaran.blogspot.my/2010/08/pencemaran-udara.html?=1

http://www.blogieta.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html?m=1

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sekolah-tutup-akibat-jerebu-5-perkara-yang-
aanda-perlu-tahu-77489

http://www.artikelsiana.com/2015/03/dampak-pemanasan-global-global-warming.html?m-1

http://kampus-biologi.blogspot.my/2015/04/pemanasan-global-penyebab-dampak-
proses.html?m=1

https://m.malaysiakini.com/columns/279781
TAJUK
TUGASAN 2 :
Perubahan harga petroleum dunia
dan kesannya terhadap
pendapatan negara.

Anda mungkin juga menyukai