Anda di halaman 1dari 2

CTU101

SOALAN 1

(a) Maksud ibadah :


Dari segi bahasa ibadah berasal daripada perkataan arab ‘abada bermaksud merendah
diri, patuh dan taat.
Dari segi istilah bermaksud khusyuk kepada Allah SWT, merendah diri dan tetap hati
kepadaNya.

(b) Dua (2) syarat sesuatu perkara dikira sebagai ibadah ialah :
 Niat mestilah betul kerana Allah SWT. Sesuatu ibadah tidak wajar dilakukan dengan
niat lain selain dari kerana Allah SWT seperti riak, takbur, menunjuk-nunjuk, sombong
diri dan sebagainya. Pastikan kerja yang dilakukan niatnya adalah hanya kerana Allah
SWT.

 Amalan yang dibuat dan pelaksanaannya tidak melanggar hukum syarak. Misalnya jika
berniaga pastikan bahan jualan itu halal untuk umat Islam, jangan berniaga arak atau
menjual nombor ekor, menjual barang curi atau barang palsu dan sebagainya.
Seandainya jualan itu salah di sisi syarak, niat yang betul sekalipun tidak diterima Allah
SWT.

(c) Tiga (3) impak kepada individu yang lalai dalam melakukan ibadah ialah :
 Hidup kacau bilau dan tidak teratur. - Individu yang sering meninggalkan solat dan
selalu lengah dalam mengerjakan solat hidupnya tidak tenang, kacau bilau dan tidak
teratur. Setiap perbuatan yang dilakukan mesti akan menghadapi masalah.
 Jiwa dipenuhi dengan penyakit hati dan perasaan negatif. - Puasa ialah amalan ibadah
yang unik hingga hilang penyakit-penyakit hati dan diisi dengan sifat-sifat mulia.
Individu yang tidak melaksanakan ibadah puasa jiwa mereka akan dipenuhi dengan
perasaan negatif, bersifat pemarah, pendendam, dengki dan benci.
 Sentiasa merasa kurang cukup walaupun memiliki harta berlebihan. – Mengeluarkan
zakat dapat membersihkan dan mensucikan jiwa manusia dari dosa dan akhlak yang
buruk. Individu yang tidak mengeluarkan zakat mempunyai perasaan kedekut, tiada
belas kasihan, tiada simpati, tamak, pentingkan diri dan sebagainya. Harta yang dimiliki
walaupun banyak tapi masih tetap merasa tidak cukup.

SOALAN 2

(a) Dua (2) sumber utama agama Islam : Asasi dan Ijtihadi
Asasi terbahagi kepada dua iaitu Al-Quran dan Al-Hadith/As-Sunnah.
Ijtihadi terbahagi kepada dua iaitu Al-Ijma’ dan Al-Qiyas.

(b) Dua (2) hikmah beragama kepada manusia ialah :


 Sentiasa redha akan ketentuan Allah SWT. Setiap kejadian yang berlaku di dunia ini
adalah atas kehendak Allah SWT. Orang yang beragama tidak akan mempersoalkan
ketentuan yang telah berlaku dan akan sentiasa yakin bahawa segala perancangan
Allah adalah yang terbaik.
 Melakukan sesuatu dengan ikhlas untuk memperoleh ganjaran dari Allah SWT. Mereka
melakukan perkara kebaikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan pujian dari
manusia.

(c) Tiga (3) peranan manusia sebagai khalifah ialah :


 Menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala
perintah dan meninggalkan segala laranganNya.
 Menjaga dan memelihara diri dari segala suatu yang boleh menimbulkan bahaya dan
kesengsaraan termasuk menjaga dan memelihara kesihatan badan, memakan
makanan yang halal dan sebagainya.
 Memakmurkan bumi (al-imarah) - Manusia haruslah mengeksploitasi alam dengan
sebaik-baiknya dan adil serta tetap menjaga kekayaan agak tidak punah supaya
generasi seterusnya dalam melanjutkan eksploitasi tersebut.
 Memelihara bumi (arri’ayah) – Manusia diciptakan untuk menjadi penguasa dan
mengatur segala yang ada di bumi iaitu menjaga tumbuh-tumbuhan, haiwan, hutan,
laut, gunung dan lain-lain dari sebarang kerosakan dan kehancuran untuk kepentingan
generasi yang seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai