Anda di halaman 1dari 6

Rukun talak

1. Orang Yang Menjatuhkan Talak (Suami)


Syarat-syarat bagi suami yang menjatuhkan talak itu mestilah,

o Seorang suami yang mukallaf (berakal dan baligh)

o Tidak dipaksa atau didesak oleh mana-mana pihak.

o Talak yang dilakukan dengan kehendak sendiri.

o Tidak dalam keadaan gila, pitam atau hilang akal.

2. Lafaz Talak
Lafaz talak pada hukum syara’ terbahagi kepada dua bahagian iaitu lafaz yang terang dan jelas
(lafaz soreh) dan lafaz secara sindiran atau kiasan (lafaz kinayah). Talak jenis ini tetap jatuh
sekalipun diucapkan dengan tanpa niat.

o Lafaz yang terang dan ielas (lafaz soreh) ialah kata-kata yang diucapkan dan dapat
difahami dengan jelas yang membawa maksud perceraian seperti kata suami, 'kamu aku
ceraikan' atau 'kamu aku talak' atau 'kamu tertalak'.

o Lafaz secara sindiran atau kiasan (lafaz kinayah) ialah kata-kata yang diucapkan yang
boleh membawa kepada 2 maksud iaitu sama ada maksud talak ataupun tidak
bermaksud untuk talak. Contoh seperti kata suami, 'Kamu lain.' Kata-kata ini boleh
diertikan sebagai 'Kamu bukan isteriku lagi,'ataupun boleh juga diertikan sebagai, 'Kamu
berlainan dari biasa.' Kata-kata sindiran dan kiasan seperti ini bergantung kepada niat
individu yang mengucapkannya. Jika niatnya bukan untuk talak maka tidak jatuh talak
itu tetapi iika memang dia berniat untuk talak maka jatuhlah talak tersebut.

3. Orang Yang Dijatuhkan Talak (Isteri)


Wanita yang dijatuhkan talak ke atasnya itu mestilah seorang isteri yang sah walaupun mereka
masih belum bersatu atau masih belum bersetubuh.
PENGERTIAN TALAQ

Talaq dari segi bahasa bererti melepaskan ikatan.

Dari segi syara‘ ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talaq atau
seumpamanya.

DALIL HARUS TALAQ

Firman Allah subhanahu wata‘ala:

Maksudnya:
“Cerai (talaq) itu dua kali, selepas itu peganglah isteri kamu (ruju‘ dan kekallah) dengan
cara yang baik atau lepaskanlah dengan cara yang baik.”
(Surah Al-Baqarah, 2:229)

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anh yang bermaksud:

“Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah menceraikan isterinya Hafsah kemudian


Baginda meruju`nya semula.”
(Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)

RUKUN DAN SYARAT TALAQ

1. Suami. Syarat-syarat suami ialah:

a) Mestilah seorang lelaki itu telah menjadi suami melalui perkahwinan yang sah, tidak
jatuh talaq jika belum berkahwin atau setelah bercerai dan habis ‘iddah.

b) Hendaklah dalam keadaan sedar, tidak jatuh talaq jika sekiranya gila, pengsan,
mengigau dan pitam kecuali mabuk yang disebabkan meminum minuman keras dengan
sengaja.

c) Baligh.

d) Dengan rela hati dan tidak dipaksa, tidak jatuh talaq jika diugut menceraikan isteri.

2. Isteri. Syarat-syarat isteri:

a) Perempuan yang diceraikan hendaklah menjadi isteri yang sah semasa diceraikan.

b) Talaq akan bertambah lagi jika suami mentalaqkan isteri yang di dalam ‘iddah perceraian
talaq satu.

3. Sighah (lafaz). Sighah talaq terbahagi kepada dua:

a) Lafaz sarih (terang), iaitu yang diucapkan dengan terang dan jelas. Lafaz sarih ini
terbahagi kepada tiga ucapan seperti berkata: “Aku ceraikan engkau talaq satu”, “Aku
lepaskan kau” dan “Aku talaqkan kau”. Talaq dengan lafaz yang seperti ini akan jatuh
talaqnya walaupun tanpa niat.
b) Lafaz kinayah (lafaz kiasan), iaitu cerai yang dilafazkan menggunakan bahasa sindiran
seperti berkata: “Engkau haram atas diriku” atau “Pergilah balik ke rumah emak bapak
kamu”. Lafaz kinayah ini akan jatuh talaq jika suami berniat menceraikan isterinya.

4. Qasad (niat).

HUKUM TALAQ

Hukum menjatuhkan talaq pada asalnya diharuskan dalam Islam, tetapi ia akan berubah
menjadi:

1. Wajib: Setelah rumahtangga itu gagal diperbaiki dengan keputusan hakim atau suami
telah bersumpah untuk menceraikan isterinya.

2. Haram: Menceraikan isteri semasa isteri di dalam waktu haidh atau ketika suci tetapi
baru disetubuhi.

3. Sunat: Jika suami tidak dapat menyempurnakan nafkah batin.

4. Makruh: Boleh menjadi haram jika menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah.

Islam menetapkan hanya suami sahaja yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talaq.
Walaubagaimanapun, isteri juga diberikan hak untuk memohon cerai dengan cara fasakh
atau khul‘ (tebus talaq).

PEMBAHAGIAN TALAQ

Talaq terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Talaq raj‘i, iaitu talaq yang boleh diruju‘ kembali tanpa perlu akad nikah iaitu ketika isteri
dalam waktu ‘iddah (sebelum tiga kali suci daripada haidh).

2. Talaq ba’in, ia terbahagi kepada dua:

a) Ba’in sughra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ oleh suami kecuali diadakan akad nikah
semula iaitu perceraian sama ada melalui fasakh, khul‘ atau talaq isteri yang belum
disetubuhi.

c) Ba’in kubra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ kembali dengan cara biasa melainkan
setelah syarat berikut dipenuhi:

i. Setelah selesai ‘iddah si isteri.

ii. Bekas isteri berkahwin dengan suami lain.

iii. Suami lain menyetubuhi bekas isteri itu dan berlaku perceraian.

iv. Selesai ‘iddah dari suami yang lain itu.


Syarat Berkaitan dengan Orang yang akan Mentalak
Pertama: Yang mentalak adalah benar-benar suami yang sah.

Syarat ini maksudnya adalah antara pasangan tersebut memiliki hubungan perkawinan
yang sah. Seandainya tidak ada nikah, lalu dikatakan, “Saya mentalakmu”, seperti ini
termasuk talak yang tidak sah. Atau belum menikah lalu mengatakan, “Jika menikahi si
fulanah, saya akan mentalaknya”. Padahal ketika itu belum nikah, seperti ini adalah
talak yang tidak sah.

Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari kakeknya, ia berkata, Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,
َ َ‫طالاقاََلاهََفِي اما‬
َ‫لاَيا ْم ِلك‬ ‫لاَ ا‬ َ َ‫لاَ ِعتْقاََلاهََفِي اما‬
َ ‫لاَيا ْم ِلكََ او‬ َ ‫لاَيا َْم ِلكََ او‬ َِ ‫لاَنا ْذ اَرَ ِلب‬
َ َ‫ْنَآ اد اَمَفِي اما‬ َ
“Tidak ada nadzar bagi anak Adam pada sesuatu yang bukan miliknya. Tidak ada
membebaskan budak pada budak yang bukan miliknya. Tidak ada talak pada sesuatu
yang bukan miliknya.”[1]
Begitu pula Allah Ta’ala berfirman,
ََّ ‫طلَّ ْقتموه‬
‫ن‬ َِ ‫يااَأايُّ اهاَالَّذِيناََآ ا امنواَإِذااَنا اكحْ تمََ ْالمؤْ ِمناا‬
‫تَث ََّمَ ا‬
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan- perempuan yang
beriman, kemudian kamu ceraikan mereka ....” (QS. Al Ahzab: 49). Dalam ayat ini
disebut kata talak setelah sebelumnya disebutkan nikah. Ini menunjukkan bahwa yang
mentalak adalah benar-benar suami yang sah melalui jalan pernikahan. Seandainya
ada yang kumpul kebo (sebutan untuk sepasang pria wanita yang hidup bersama tanpa
melalui jalur nikah), lalu si pria mengajukan cerai, seperti ini tidak jatuh talak sama
sekali.
Kedua: Yang mengucapkan talak telah baligh.

Ini bisa saja terjadi pada pasangan yang menikah pada usia belum baligh.

Mayoritas ulama berpandangan bahwa jika anak kecil yang telah mumayyiz (bisa
membedakan bahaya dan manfaat, baik dan jelek) atau belum mumayyiz menjatuhkan
talak, talaknya dinilai tidak sah. Karena dalam talak sebenarnya murni bahaya, anak
kecil tidaklah memiliki beban taklif (beban kewajiban syari’at).

Dalam hadits ‘Aisyah, Rasullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


‫ىَ احتَّىَيا ْكبا اَر‬
َِ ِ‫صب‬ َِ ‫نَ ْالم ْبتالاىَ احتَّىَياب اْرَأاَ او اع‬
َّ ‫نَال‬ َ‫نَالنَّائَِ َِمَ احتَّىَيا ْستا ْي ِق ا‬
َِ ‫ظَ او اع‬ َْ ‫رفِ اَعَ ْالقالامََ اع‬
َِ ‫نَثاالاثاةََ اع‬
“Pena diangkat dari tiga orang: orang yang tidur sampai ia bangun, orang yang hilang
ingatan sampai kembali ingatannya dan anak kecil sampai ia dewasa.”[2]

Ulama Hambali berpandangan bahwa talak bagi anak kecil tetap sah. Mereka berdalil
dengan hadits,

َِ ‫طالاقاََ ْال ام ْعتوَِهَ ْال ام ْغلو‬


َ‫بَ اعلاىَ اع ْق ِل ِه‬ ‫لََّ ا‬ ‫لَ ا‬
َ ِ‫طالاقََ اجائِزََإ‬ َُّ ‫ك‬
“Setiap talak itu boleh kecuali talak yang dilakukan oleh orang yang kurang
akalnya.”[3] Namun hadits ini mauquf (hanya perkataan sahabat).
Pendapat mayoritas ulama (jumhur), itu yang lebih tepat. Wallahu a’lam.

Ketiga: Yang melakukan talak adalah berakal.

Dari sini, tidak sah talak yang dilakukan oleh orang gila atau orang yang kurang akal.
Yang menjadi dalil adalah hadits ‘Aisyah yang disebutkan di atas. Talak yang tidak sah
yang dimaksudkan di sini adalah yang dilakukan oleh orang yang gila atau orang yang
kurang akal yang sifatnya permanen. Jika satu waktu hilang akal, waktu lain sadar. Jika
ia mentalaknya dalam keadaan sadar, maka jatuh talak. Jika dalam keadaan tidak
sadar, tidak jatuh talak.

Dalam pembahasan ini, para ulama biasa menyinggung bagaimanakah ucapan talak
yang diucapkan oleh orang mabuk, orang dalam keadaan tidur, dan yang hilang
kesadaran semacam itu. Insya Allah pembahasan tersebut akan kami kaji dalam serial
berikutnya.

Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimuush sholihaat.

Referensi: Shahih Fiqh Sunnah, Syaikh Abu Malik Kamal bin As Sayid Salim, terbitan
Al Maktabah At Taufiqiyah, hal. 235-237.

http://kammigresikonly.multiply.com/journal/item/30?&
show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

Anda mungkin juga menyukai