Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 5,

FELDA GUNUNG BESOUT 5, 35600 SUNGKAI, PERAK.

PERUNTUKAN BAGI MEMBELI “LCD


PROJECTOR” DAN “VISUALISER” UNTUK
BILIK TAYANGAN SK BESOUT 5

Disediakan oleh :
Noor Izzati binti Abdul Hanid
Guru Multimedia dan Bilik Tayangan
KERTAS CADANGAN

PERUNTUKAN BAGI MEMBELI “LCD PROJECTOR” DAN “VISUALISER”


UNTUK BILIK TAYANGAN SK BESOUT 5

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas ini adalah untuk pertimbangan pihak tuan bagi membeli “LCD Projector” dan
“Visualiser” bagi kegunaan multimedia di Bilik Tayangan SK Besout 5.

2.0 MATLAMAT

Sejajar dengan perkembangan ICT dan penggunaan teknologi yang meluas dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) pada masa kini, SK Besout 5 (SKB5) amat memerlukan “LCD
Projector” dan “Visualiser” kerana penggunaannya diyakini akan memudahkan pengajaran
dan pembelajaran sekaligus menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bercorak ICT.
Tambahan pula, SKB5 pada masa ini hanya mempunyai satu sahaja LCD yang dapat
berfungsi dengan baik. LCD itulah juga terpaksa dikongsi untuk kegunaan PdP di makmal
komputer, sesi mesyuarat di Bilik Gerakan dan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan ini dapat
menjadikan PdP guru lebih menarik serta dapat menghilangkan rasa mengantuk dan
bosan.
3.2 Meningkatkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang
oleh pihak sekolah melalui penggunaan sistem multimedia yang lebih sistematik.
3.3 Meningkatkan produktiviti sekolah dan menaikkan imej sekolah.
3.4 Mendedahkan warga SKB5 kepada minda teknologi.
4.0 JUSTIFIKASI CADANGAN PEROLEHAN PERKAKASAN

(a) Paparan di dalam komputer riba seperti slaid Power Point, gambar dan video dapat
ditayangkan dengan lebih jelas dan dalam saiz yang besar di skrin putih dengan
bantuan pancaran LCD.
(b) Bahan-bahan di dalam buku dan kertas dapat dipaparkan secara terus ke skrin putih
melalui penggunaan Visualiser. Dalam PdP misalnya, guru dapat memaparkan terus
pembetulan kesalahan di dalam kertas latihan. Sementara itu, murid-murid lain dapat
melihatnya terus secara langsung dan dengan jelas melalui paparannya di skrin putih.

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Pembelian “LCD Projector” dan “Visualiser” ini melibatkan impilasi kewangan seperti
berikut:

Bil. Perkara Perbelanjaan


1. LCD Projector RM 1500.00
2. Visualiser RM 900.00
Jumlah RM 2400.00

6.0 KESIMPULAN

Oleh itu, Sekolah Kebangsaan Besout 5 memerlukan peruntukan sebanyakan RM2,400.00


(Dua Ribu Empat Ratus Ringgit) bagi membeli LCD dan Visualiser. Diharapkan dengan
perolehan alat-alat perkakasan ICT ini akan menyemarakkan lagi usaha sekolah untuk
melaksanakan Pembelajaran Abad 21.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

………………………....................... ……………………………
( ) ( )
Guru Multimedia dan Bilik Tayangan, Guru Besar,
SK. Besout 5. SK. Besout 5.
LAMPIRAN BERGAMBAR
CONTOH PENGGUNAAN LCD DAN VISUALISER
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LCD PROJECTOR

VISUALISER

Anda mungkin juga menyukai