Anda di halaman 1dari 26

Gadis dan Bunga

NURUL NAJIHAH NOR AZMAN


GADIS DAN BUNGA

Sinopsis

Kemiskinan hidup memaksa Halina, seorang gadis remaja membantu ibunya

menjual bunga di sekitar kawasan kampung. Halina sentiasa mempunyai

cita-cita untuk membahagiakan ibunya dengan memberi kesenangan dan

kemewahan yang tidak pernah mereka rasai. Suatu hari, sewaktu sedang

memetik bunga di sebuah rimba, dia telah tersesat jalan dan bertemu dengan

seorang pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang Putera Raja

yang sudi membawa Halina keluar dari rimba tersebut. Namun, sepanjang

perjalanan, pelbagai peristiwa aneh telah berlaku. Bunga yang dipetik berubah

menjadi puteri jelita manakala bakul yang dibawa bertukar menjadi sebuah

singgahsana raksasa. Di rimba itu juga Halina berdepan dilema sama ada ingin

keluar dengan selamat atau mengambil risiko demi mencapai cita-citanya.


GADIS DAN BUNGA

Senarai Watak:

HALINA - gadis remaja berusia 15 tahun, mudah dipengaruhi

PUTERI LARA - sangat jelita tetapi sentiasa bersedih,

mempunyai kuasa ajaib

PUTERA RAJA - bertubuh sasa dan merupakan seorang yang berani

mempunyai misi untuk menewaskan raksasa jahat


RAKSASA - makhluk seperti katak yang mempunyai sayap,

mempunyai singgahsana yang penuh dengan emas

dan berlian

IBU - emak Halina, berusia 45 tahun

GADIS DAN BUNGA

BABAK 1

Latar: Rumah Halina

HALINA berbual dengan IBUnya di ruang tamu tentang kehidupan mereka.


IBU sedang leka menganyam bakul rotan manakala HALINA hanya merenung

memandang keadaan sekeliling yang kelihatan sangat daif - langsir lusuh

menjadi tirai penghadang matahari, sofa buruk yang bercompang-camping, dan

lantai rumah yang berlubang dimakan anai-anai.

Keadaan menjadi sepi seketika dan HALINA bersuara memecah kesunyian.

HALINA: Ibu, esok saya akan ke rimba untuk memetik bunga.

Ibu berhenti menganyam seketika dan menarik nafas panjang.

IBU: Baiklah, hati-hati ya. Maafkan ibu kerana terpaksa menyusahkan kamu.

Halina mendekati ibunya dan mereka berpelukan.

HALINA: Halina janji akan buat ibu bahagia. Suatu hari nanti, kita akan hidup

senang.

Ibu hanya mampu tersenyum tawar dan memeluk Halina dengan erat.

GADIS DAN BUNGA


BABAK 2

Latar: Rimba

HALINA melangkah masuk ke dalam rimba bersama-sama bakul rotan yang

dianyam ibunya.

Di dalam rimba, suasana menjadi semakin suram apabila pohon-pohon yang

rimbun menghalang cahaya matahari daripada menembusi rimba tersebut.

HALINA meneruskan perjalanan, walaupun terpalit rasa gentar di dalam dirinya,

HALINA melangkah setapak demi setapak.

Tiba-tiba, kedengaran seperti seseorang sedang berlari pantas ke arahnya. Dia

dapat rasakan derapan kaki orang itu semakin hampir dengannya.

PUTERA RAJA: Siapa kamu? (bercakap sambil tercungap-cungap).

HALINA: Kamu pula siapa?


PUTERA RAJA: Apa yang kamu lakukan di sini? Tidakkah kamu tahu bahawa

tempat ini sangat bahaya dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat bersiar-siar?

HALINA: Saya bukan ke sini untuk bersiar-siar, tapi saya ingin memetik bunga

di kawasan ini untuk dijual. Kamu masih belum menjawab soalan saya.

PUTERA RAJA: Soalan?

PUTERA RAJA itu kelihatan bingung. Tidak lama kemudian, dia

mengangguk-anggukkan kepalanya.

PUTERA RAJA: Oh ya, saya seorang Putera Raja dari seberang sana.

HALINA: Putera Raja? Mengapa kamu berada di sini? Saya tidak percaya.

Putera Raja pun tergelak kecil. Halina kelihatan seperti tidak percaya dan ingin

mendapatkan kepastian.

PUTERA RAJA: Tidak mengapalah jika kamu tidak percaya. Rasanya jika

kamu lihat dari gaya dan pemakaian beta, kamu pasti sudah dapat meneka

bahawa beta ini merupakan seorang Putera Raja.


HALINA merenung PUTERA RAJA itu dan memerhatikan Putera Raja dari

hujung rambut ke hujung kaki.

HALINA: Baiklah, patik percaya. Maafkan patik kerana bersikap sedemikian

rupa.

PUTERA RAJA: Tidak mengapa. Beta maafkan.

HALINA: Jika boleh patik tahu, mengapakah Tuanku berada di sini dan

kelihatan seperti sedang mencari dan mengejar sesuatu?

PUTERA RAJA: Panjang ceritanya. Marilah bersama-sama beta. Dalam

perjalanan nanti beta akan terangkan segala-galanya.

HALINA dan PUTERA RAJA itu berjalan bersama-sama meredah rimba

tersebut.
GADIS DAN BUNGA

BABAK 3

Latar: Di tepi tasik

PUTERA RAJA dan HALINA berhenti untuk merehatkan diri seketika di

kawasan sekitar tasik yang cukup bersih dan indah.


Di tepi-tepi tasik itu tumbuh banyak bunga yang sangat cantik dan

berwarna-warni.

HALINA: Indah sungguh ciptaan Tuhan.

PUTERA RAJA: Ya, rugilah bagi sesiapa yang mensia-siakannya.

Tidak lama selepas itu, HALINA menghampiri bunga-bunga tersebut dan

berniat untuk memetiknya.

PUTERA RAJA: Jangan!

PUTERA RAJA menghalang HALINA daripada memetik bunga tersebut.

HALINA: Mengapa Tuanku?

PUTERA RAJA: Bunga-bunga ini bukanlah bunga sembarangan. Rimba yang

kamu masuki ini juga bukanlah rimba yang biasa.

HALINA: Patik tidak mengerti.


PUTERA RAJA: Sebenarnya rimba ini merupakan rimba jadian yang telah

dicipta oleh raksasa jahat. Bunga-bunga ini sebenarnya merupakan seorang

Puteri telah disumpah. Jika ada yang memetiknya, dia akan bertukar menjadi

bentuk sebenar tetapi akan sentiasa bersedih.

HALINA: Tidak ada carakah untuk kita selamatkan semua ini?

PUTERA RAJA sekali lagi tergelak kecil.

PUTERA RAJA: Itulah tujuan sebenar beta ke mari. Untuk menewaskan

raksasa itu serta menyelamatkan Tuan Puteri.

HALINA tiba-tiba terpegun dan begitu bersemangat untuk membantu PUTERA

RAJA menyelamatkan TUAN PUTERI.

HALINA: Jika begitu, izinkan patik membantu Tuanku menyelamatkan Tuan

Puteri dan menewaskan raksasa jahat itu.

PUTERA RAJA: Baiklah jika itu yang kamu mahu.


PUTERA RAJA tersebut bangun lalu memetik sekuntum bunga yang berwarna

Merah lalu diletakkan di hadapan HALINA. Tidak lama selepas itu, bunga

tersebut berubah menjadi seorang puteri yang cantik jelita.

PUTERI LARA: Terima kasih kerana sudi memetik beta. (Wajahnya kelihatan

sungguh sedih dan sayu). Nama beta Puteri Lara. Maafkan beta jika tidak

mampu tersenyum kerana beta telah disumpah oleh seekor raksasa jahat.

PUTERA RAJA: Tidak mengapa. Beta tahu segala-galanya. Beta ke sini untuk

menamatkan segala-galanya.

PUTERI RAJA: Jika Tuan Putera ingin menewaskan raksasa itu, eloklah jika

beta turut serta kerana hanya kuasa ajaib yang ada pada beta mampu

mengalahkan raksasa tersebut.

PUTERA RAJA dan HALINA bersetuju untuk membawa PUTERI LARA

bersama-sama.
GADIS DAN BUNGA

BABAK 4

Latar: Di sebuah pondok di dalam rimba

HALINA, TUAN PUTERA, dan PUTERI RAJA menghentikan langkah mereka

sebaik saja terlihat pondok itu.

Halina: Pondok ini kelihatan seperti tiada apa-apa. Marilah kita teruskan

perjalanan kita.

Puteri Lara: Kamu jangan mudah terpedaya. Ini hanyalah pandangan luaran

dan pandangan mata kasar sahaja.

Putera Raja: Jika begitu, apakah sebenarnya yang ada di sebalik pondok ini?
PUTERI LARA mengeluarkan sesuatu dari pakaiannya yang berupa seperti

tongkat ajaib dan menghalakan tongkat tersebut ke arah pondok itu. Tiba-tiba

pondok itu bertukar menjadi sebuah singgahsana yang sangat besar tetapi

menyeramkan.

Tiba-tiba, singgahsana tersebut mengeluarkan kepulan-kepulan asap hitam

sehingga membuatkan HALINA, PUTERA RAJA dan PUTERI LARA tidak

sedarkan diri.

GADIS DAN BUNGA

BABAK 5

Latar: Di dalam singgahsana raksasa

HALINA dan TUAN PUTERA mula sedarkan diri dan tangan mereka diikat

kemas dengan dahan-dahan pokok yang tebal. PUTERI LARA pula tidak

kelihatan di situ.

TUAN PUTERA: Di mana Puteri Lara?

HALINA menjadi semakin cemas.


HALINA: Patik tidak tahu. Kita di mana sekarang Tuanku?

PUTERA RAJA melihat-lihat keadaan sekeliling.

PUTERA RAJA: Sepertinya kita berada di dalam singgahsana raksasa tersebut.

Sekarang kita perlu mencari cara untuk melepaskan diri.

HALINA: Tapi bagaimana tuanku? Dahan ini terlalu tebal dan ikatannya begitu

kemas.

Berkerut-kerut muka TUAN PUTERA memikirkannya. Akhirnya, dia menyuruh

HALINA menghampirinya.

TUAN PUTERA: Kamu ke sini dan cuba ambil pisau yang beta selitkan di

dalam kasut beta.

HALINA mencuba sedaya upaya menghampiri TUAN PUTERA dan akhirnya

dia berjaya mengambil pisau tersebut.


TUAN PUTERA menyuruh HALINA memotong dahan tersebut dengan

menggunakan pisau itu dan akhirnya dia berjaya.

GADIS DAN BUNGA

BABAK 6
Latar: Di dalam singgahsana raksasa

HALINA dan TUAN PUTERA cuba untuk mencari PUTERI LARA di dalam

singgahsana tersebut. Tiba-tiba, mereka tidak sengaja masuk ke ruangan

rahsia milik raksasa itu.

HALINA: Tuanku, sungguh banyak emas dan permata di sini!

TUAN PUTERA: Ya. Emas permata yang dicuri dari istana beta!

HALINA mula mengerti mengapa TUAN PUTERA begitu ingin menewaskan

raksasa tersebut.

TUAN PUTERA: Ayuh kita cari Puteri Lara sebelum terlambat.

Mereka meneruskan pencarian mencari TUAN PUTERI.

HALINA: Lebih baik kita teruskan pencarian ke bahagian dalam singgahsana

ini.

TUAN PUTERA: Itu cadangan yang baik.


Mereka pun terus mencari ke bahagian dalam singgahsana tersebut. Setelah

beberapa lama, TUAN PUTERI masih belum dijumpai. Akhirnya, TUAN

PUTERA itu bersuara.

TUAN PUTERA: Raksasa ini nampaknya lebih bijak daripada yang kita sangka.

Ternyata Tuan Puteri tidak disembunyikan di dalam singgahsana ini!


GADIS DAN BUNGA

BABAK 7

Latar: Di kawasan luar singgahsana raksasa

HALINA dan TUAN PUTERA bergegas ke bahagian luar singgahsana tersebut

dan mendapati TUAN PUTERI telah diikat pada sebatang pohon yang besar

tetapi tidak berdaun atau berbuah. TUAN PUTERI kelihatan sangat lemah

ketika itu.

TUAN PUTERA: Itu dia Puteri Lara!

TUAN PUTERA berlari menuju ke arah TUAN PUTERI dan cuba untuk

menyelamatkan PUTERI LARA. Namun, sebaik sahaja TUAN PUTERA

menghampiri PUTERI LARA, raksasa yang jahat itu pun menjelmakan dirinya.
HALINA dan TUAN PUTERA begitu terkejut melihat rupa paras raksasa itu. Ia

mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan seekor katak tetapi

mempunyai sayap.

RAKSASA: Kau takkan dapat menyelamatkan Tuan Puteri. Haa haa haa.

TUAN PUTERA kelihatan begitu marah sekali. Dia mengeluarkan pedangnya

dan berlari menuju ke arah raksasa tersebut.

TUAN PUTERA: Matilah kau wahai raksasa!

Sebaik sahaja pedang itu sampai ke bahagian kulit raksasa tersebut, pedang

itu seakan-akan tidak bermata sama sekali. Ia tidak berjaya menembusi kulit

raksasa tersebut.

RAKSASA tersebut ketawa terbahak-bahak.

RAKSASA: Kau tidak akan mampu untuk menewaskan aku!

TUAN PUTERA menjadi buntu. Ia bertanya kepada TUAN PUTERI apa yang

perlu dilakukan.
TUAN PUTERA: Wahai Tuan Puteri, apa yang perlu beta lakukan untuk

menewaskan raksasa tersebut?

TUAN PUTERI kelihatan bertambah sedih dan akhirnya dia menjawab.

TUAN PUTERI: Hanya pedang yang disaluti darah beta sahaja yang mampu

menewaskan raksasa itu.

HALINA dan TUAN PUTERA terkejut. Mereka tidak menyangka bahawa

satu-satunya cara untuk menewaskan raksasa itu adalah dengan mengambil

darah TUAN PUTERI itu sendiri.

GADIS DAN BUNGA

BABAK 8

TUAN PUTERA kelihatan teragak-agak untuk mengambil langkah yang

seterusnya. Sungguh dia tidak menyangka jalan penyelesaian yang perlu

diambil begitu berat dan sukar.


TUAN PUTERA: Apakah tidak ada cara lain wahai Tuan Puteri?

TUAN PUTERI pun tersenyum tawar.

TUAN PUTERI: Tidak wahai Tuan Putera. Ambillah darah beta dan

tewaskanlah raksasa itu. Inilah pengorbanan yang perlu beta lakukan demi

kesejahteraan semua.

TUAN PUTERA berasa begitu serba salah. Tetapi dia perlu mengambil

keputusan yang tepat. Tanpa melengahkan masa, TUAN PUTERA

menghunuskan pedang ke arah TUAN PUTERI dan meluru ke arah raksasa

tersebut. Dan pada akhirnya, raksasa itu dapat ditikam dan ia lenyap serta

merta.HALINA yang pada mulanya hanya terpaku di situ meluru ke arah TUAN

PUTERI yang semakin lemah.

HALINA: (bermonolog sendirian) Sungguh besar pengorbanan yang telah Tuan

Puteri lakukan.

GADIS DAN BUNGA

BABAK 8

Latar: Rimba
TUAN PUTERI akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ia pun

disemadikan di kawasan rimba tersebut sesuai dengan permintaannya.

TUAN PUTERA menunjukkan jalan keluar kepada HALINA dan berpesan

sesuatu kepadanya.

TUAN PUTERA: Ingat. Ini merupakan kali terakhir kamu menjejakkan kaki ke

rimba ini. Jangan sesekali kamu terdetik untuk ke sini lagi.

HALINA mengangguk pantas.

HALINA: Patik berjanji Tuanku.

Setelah menghantar HALINA keluar daripada rimba tersebut, PUTERA RAJA

itu pun menghilangkan diri.

GADIS DAN BUNGA


BABAK 9

Latar: Rumah Halina

HALINA akhirnya sampai di rumah. IBU HALINA menyambut kepulangan

HALINA dengan rasa gembira dan lega. Akan tetapi, setelah melihat bakul

HALINA yang masih kosong seperti sebelumnya, IBU HALINA kehairanan.

IBU: Mengapa bakul kamu masih kosong Halina?

HALINA tersenyum.

HALINA: Hari ini tidak ada bunga yang cantik dan menarik ibu.

HALINA bertekad untuk tidak menceritakan apa yang dialaminya kepada

sesiapa termasuk ibunya kerana dia tahu tidak akan ada sesiapa yang akan

mempercayainya.

IBU: Tidak mengapalah jika begitu. Kamu pergilah berehat.


HALINA: Terima kasih ibu.

HALINA terus ke kamarnya dan rahsia itu disimpan sampai bila-bila

… TAMAT …

Anda mungkin juga menyukai