Standard Pembelajaran:
4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan
susunan idea yang tepat melalui penceritaan secara didik hibur
Sistem Bahasa
Tatabahasa : Sintaksis - Ayat aktif transitif
Kosa kata : rapuh, sekah, bergenang
Kepelbagaian Strategi
Jenis Bilangan
1 Skrip cerita “Siapakah Dia” untuk bacaan guru 1
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari cara bercerita dengan menggunakan
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dalam pelajaran yang lalu.
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN :
Set induksi:
(5 minit)
Lagu: Berhati-hati di Jalan 1.Murid menghayati lagu Kecerdasan Pelbagai:
Raya (You tube Cerdik sambil membuat gerakan Kinestetik, Muzik,
Sivik Abot) mengikut gambar dalam Verbal linguistik
video (seni kata lagu
dipaparkan). Sambil itu
murid bernyanyi
bersama-sama. Strategi P & P:
Soalan guru: Konstruktivisme
3. Guru menyoal murid
1. Apakah pesanan yang tentang pesanan yang
disampaikan melalui lagu terdapat dalam video
tersebut? tersebut.
Langkah 1:
3. Guru berbincang
dengan murid tentang
kisah sebentar tadi.
2. Guru memberikan
pujian kerana dapat
menghayati kisah,
bercerita semula dan
memberikan idea yang
munasabah.
Kecerdasan Muzik dan
3. Murid menikmati lagu
Kinestetik
pengakap yang
dipaparkan sambil
menepuk tangan dan
menghentak kaki
mengikut irama dan
tempo lagu tersebut.
Standard Pembelajaran:
3.7.2 Menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif secara berpandu
dengan betul.
Murid membina tangga cerita dan seterusnya menulis kesudahan cerita “Siapakah Dia”.
Lampiran 1
SIAPAKAH DIA?
(Untuk bacaan guru sebagai persediaan untuk aktiviti bercerita)
Amin murid yang Tahun 3 yang gemar akan aktiviti pengembaraan. Dia juga merupakan
murid yang pintar. Amin juga selalu mendapat gred A dalam pelajarannya. Pada hari
Sabtu dan Ahad, Amin biasanya keluar ke daerah lain bersama-sama dengan ibu
bapanya untuk melihat keindahan alam sambil menambah pengetahuan. Kadang-
kadang Amin mengikut kumpulan pengakap di sekolahnya dalam aktiviti perkhemahan.
Minggu akhir persekolahan yang lalu ialah Minggu Kokurikulum. Guru pengakap
di sekolah Amin bercadang untuk membawa kumpulan pengakap bersama-sama
dengan Amin pergi berkhemah di tepi sebuah gunung selama dua hari. Selain untuk
melatih pengakap supaya berani, perkhemahan tersebut juga bertujuan untuk
mempelajari aspek keselamatan ketika berada di tempat yang sedemikian. Pelbagai
latihan telah dilakukan sebelum mereka pergi termasuklah membina khemah, memasak
dan yang paling penting ialah aspek keselamatan. Pada hari yang berkenaan, Amin dan
anggota pasukan pengakap bertolak ke tempat yang telah ditentukan itu.
Setelah turun dari bas, cikgu membawa anggota rombongan berjalan kaki ke
tempat tersebut. Akhirnya sampailah mereka di tepi gunung. Berdekatan dengan
gunung itu ada air terjun. Sungguh nyaman suasana di tempat tersebut. Agak jauh dari
tempat tersebut ada beberapa kumpulan pelancong yang turut mengadakan aktiviti di
tepi khemah masing-masing.
Tidak lama kemudian, hujan pun reda. Amin ternampak cahaya yang terang di
luar. Amin perlahan-lahan keluar dari khemahnya untuk melihat alam sekeliling. Dia
memandang ke langit lalu terlihat bulan sedang mengambang. Dengan tidak semena-
mena, dia terdengar suara seorang perempuan sedang menyapanya. Apabila Amin
menoleh, dia terperanjat apabila terlihat seorang gadis mendekatinya. Siapakah dia?
Lakaran:
4. Untuk memastikan khemahnya dikenali, Amin meletakkan bendera pada kiri dan kanan khemah
tersebut.
5. Tiba-tiba Amin terdengar bunyi guruh yang sangat kuat dan kelihatan kilat sabung-
menyabung. Khemahnya bergetar-getar. Benderanya pun patah.
6. Amin ternampak cahaya yang terang di luar. Dilihatnya bulan sedang mengambang. Dia
terdengar bunyi suara seorang perempuan sedang menyapanya. Apabila dia menoleh, dia
terperanjat apabila terlihat seorang gadis mendekatinya. Siapakah gadis itu?
Lampiran 2
Sebutan
Intonasi
Susunan idea
Tarikh:
Lampiran 3
ASPEK KESELAMATAN
UNTUK AKTIVITI
PERKHEMAHAN