Tajuk Inovasi:
Smart Brochure
Disediakan oleh :
Pelajar,
nurfarhanamohdnaib@gmail.com
1.TAJUK INOVASI
Penggunaan “Smart Brochure” dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) subjek
Sejarah.
2. PENGENALAN
Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan
yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah
hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang
dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Oleh itu, inovasi bahan bantu
mengajar sangat penting dalam membantu guru untuk memastikan objektif
pengajaran berjaya dicapai. Dalam subjek sejarah khususnya, inovasi perlu
diketengahkan agar murid dapat melalui prosesn pengajaran dan pembelajaran
dalam suasana pembelajaran yang pelbagai dan tidak hanya terbatas dengan
penggunaan buku teks. Lantaran itu, satu idea iaitu penghasilan “Smart Brochure”
3
telah diperoleh. “Smart Brochure” bukan sahajadilihat dapat melengkapi kekutangan
yang terdapat dalam buku teks, malah ia turut memenuhi keperluan dan
memudahkan guru dan murid.
3. OBJEKTIF INOVASI
Sehingga kini, masih ramai guru yang masih terikat dengan kaedah penggunaan
buku teks dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah.
Kaedah ini bukan sahaja mengakibatkan subjek Sejarah dilabel “membosankan”
malah ia turut menjadikan guru terikat dengan teknik pengajaran berbentuk kuliah
sahaja. Lantaran itu, murid juga sering mengalami situasi pasif dan tidak mendapat
gambaran yang begitu jelas sepanjang pembelajaran di dalam bilik darjah. Justeru
itu, inovasi penghasilan “Smart Brochure” adalah bertujuan untuk mewujudkan satu
kaedah yang boleh memudahkan dan memastikan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Sejarah dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Justeru itu,
objektif inovasi ini bersesuaian dengan hasil pembelajaran khusus SJH3063 iaitu
menjelaskan kaedah pengajaran Sejarah. Hal ini kerana, penting untuk setiap guru
memahami dan mahir dalam penggunaan kaedah yang bersesuaian dengan setiap
topik yang diajar.
Selain itu, inovasi ini juga memerlukan guru untuk mahir dalam penggunaan aplikasi
pengahasilan brosur yang ada tersedia di dalam komputer. Justeru itu, guru juga
dapat mengembangkan lagi kemahiran dan pengetahuan dalam bidang teknologi.
Oleh itu, objektif inovasi penciptaan “Smart Brochure” juga adalah bertujuan untuk
mencapai objektif kursus “Kaedah Pengajaran Sejarah” iaitu mengintegrasikan
teknologi maklumat dan komunikasi untuk melaksanakan pengajaran sejarah. Hal ini
kerana, dalam proses penyediaan bahan bantu mengajar dalam bentuk brosur, guru
terlebih dahulu perlu mahir dalam penggunaan aplikasi “publisher” untuk
menghasilkan brosur yang menarik dan berinformasi.
4
proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, guru perlu mengetahui dan
merancang langkah pengajaran agar brosur yang dihasilkan menepati isi dan
kegunaannya dalam bilik darjah.
4.KUMPULAN SASARAN
Pelajar tahun 4 sekolah rendah.
Lantaran itu, inovasi ini dapat menyelesaikan beberapa masalah yang terdapat pada
teknik dan kaedah yang digunakan dalam subjek sejarah. Hal ini kerana,
penggunaan “Smart Brochure” bukan sahaja menarik dan padat dengan informasi
malah ia lebih mesra pengguna dan fleksibel iaitu dapat digunakan dalam pelbagai
cara.
Idea peghasilan inovasi ini sudah pasti berikutan penilitian masalah yang dihadapi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya subjek sejarah. Salah satu
masalah yang dihadapi adalah berpunca dari buku teks yang digunakan sebagai
rujukan utama guru untuk menyampaikan pengajaran. Hal ini kerana, dalam buku
teks dapat dilihat kebanyakan maklumat disusun dalam bentuk ayat yang
berperanggan. Hal ini boleh memberi impak yang negatif kepada murid sebagai
contoh, mengundang rasa malas dan kekeliruan terhadap maksud teks tersebut.
Oleh itu, pengisian “Smart Brochure” yang menggunakan ayat ringkas dalam bentuk
“point” dan berwarna warni mampu meransang minat dan perhatian murid. Hal ini
kerana, warna merupakan elemen penting dalam pengembangan multimedia
5
pengajaran. Penggunaan warna yang sesuai dalam pengajaran dapat
membangkitkan motivasi, perasaan, perhatian dan kesediaan murid untuk
belajar.Menurut Siti Zaleha Mohammad (2012) dalam kajiannya menyatakan bahawa
warna adalah hasil kepanjangan gelombang cahaya yang berbeza. Warna yang
berbeza adalah hasil daripada panjang gelombang yang dipantulkan. Warna dihantar
dalam isyarat getaran. Manusia pula merupakan penerimagetaran. Sekiranya warna
di persekitarannya tenang, manusia akan berasa teruja. Begitu juga sebaliknya. Oleh
sebab itu, warna dapat membantu meransangtumpuan seseorang.
Selain itu, bentuk persembahan buku teks juga kurang membantu dalam
memudahkan murid untuk memahami dan menghafal isi kandungn pembelajaran
mereka. Sebagai contoh, peta yang tidak berwarna-warni dan berlabel hanya
berbekalkan keterangan dalam bentuk teks menyukarkan murid untuk memahami
dan mngingati fakta. Berbanding pengisian brosur yang membolehkan guru
menetapkan warna bagi sesuatu grafik. Dr Fazley Bin Yaakob dalam kajiannya
menyatakan bahawa penggunaan warna amat mempengaruhi kebolehan
mengimbas kembali memori dalam minda manusia. Oleh itu, kaedah ini amat
membantu dalam memudahkan pelajar bukan sahaja memperoleh gambaran secara
menyeluruh malah membantu mereka melakukan teknik imbas kembali.
“Smart Brochure” merupakan bahan bantu mengajar yang sangat fleksibel. Hal ini
kerana, pengisiannya boleh direka sendiri oleh guru mengikut perancangan dan topik
pengajaran yang ingin disampaikan. Hal ini kerana, ia boleh digunakan secara
optimum di dalam satu tempoh pengajaran yang sama. Guru boleh menggunakan
brosur tersebut sebagai bahan bacaan dan kemudian menggunakannya untuk tujuan
pelaksanaan aktiviti murid. Tamsilnya guru boleh mewujudkan beberapa tempat
kosong atau ruangan untuk murid menjawab soalan . Seterusnya, brosur yang sama
boleh murid gunakan sebagai nota yang boleh mereka baca dan rujuk pada bila-bila
masa khususnya semasa peperiksaan.
6
i. Kenapa kaedah penggunaan “Smart Brochure” dalam pengajaran dan
pembelajaran sejarah?
7
dilaksanakan:
(f) Tarikh inovasi dimulakan, bilangan anggota dan jumlah kos operasi.
8
(g) Keadaan pelaksanaan inovasi.
9
peluang kepada guru untuk membentuk pengisian dalam bentuk yang bersesuaian
dengan topik dan perancangan pengajaran mereka. Di samping itu, ia turut
membolehkan guru melaksanakan pelbagai aktiviti dengan hanya menggunakan
satu bahan yang juga membantu menjimatkan kos dan masa penyediaan.
9. RUMUSAN
Secara keseluruhannya, inovasi ini bukan sahaja menarik minat malah mampu
meningkatkan kefahaman dan kebolehan menghafal fakta dalam kalangan murid.
Selain itu, ia turut memberi kemudahan pelajar untuk menggunakannya secara
fleksibel. Bukan itu sahaja, guru juga dapat mempelbagaikan teknik dan
pelaksanaan aktiviti di samping menjimatkan kos dan masa penyediaan bahan.
Justeru itu, inovasi penghasilan “Smart Brochure” ini sememangnya satu idea
baru yang mendatagkan banyak faedah kepada guru dan pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah.
10