Anda di halaman 1dari 7

SEGMEN 1

1. KETIBAAN YDP/IBU BAPA/PENJAGA

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna

Assalamualaikum wbt dan salam 1malaysia,

Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin, guru-guru dan murid-murid sekalian. SUHAILA
Bagi pihak sekolah SK Berchang, kami bawakan anda HARI ANUGERAH
KECEMERLANGAN & GRADUASI PRA SEKOLAH 2015. Diharap
tuan-tuan dan puan-puan berada dalam keadaan selesa di tempat duduk
masing-masing dan mengikuti acara yang akan berlangsung dari mula
sehingga ke penghujung majlis ini. Terima kasih.

2. ALUAN DAN BACAAN DOA

Yang Dihormati,YDP PIBG SKB, En. Abd. Razak bin Daud


Yang Berusaha, Tuan GB, En. Muhd Hasbi b. Ibrahim
Ibu Bapa
Guru-guru
ASILAH
& Murid-murid yang dikasihi sekalian

Mencari timba si anak dara


Dibawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian..

Terlebih dahulu, marilah sama2 merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke


hadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmat, izin dan kurniaaNya, maka
kita dapat bertemu dan seterusnya beramah mesra dalam majlis yang kita
jayakan pada pagi ini.

Adab majlis salam bersambut


Menghadap ilahi maha terpuji
Keredhaanya
Selamat dan sejahtera SUHAILA
Bersamalah kita memanjat hidayah
Memohon restu berkat dipinta.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini marilah kita sama-sama menadah
tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz mohd Haizi bin
ishak. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
SEGMEN 2

3. UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Amin amin ya robbal alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Ust. Mohd Haizi atas kesudian memimpin bacaan doa itu tadi.

Hadirin hadirat sekalian yang dihormati sekalian,

Sekapur sirih seulas pinang


Salam penghormatan sajian ungkapan ASILAH
Ucapan aluan sumbangsih perangsang
Pembuka majlis sebagai santapan

Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, sesuailah


dengan majlis kita pada hari ini, maka marilah kita bersama-sama bersyukur
kerana masih diberikan kesempatan untul memeriahkan lagi HARI
ANUGERAH KECEMERLANGAN & GRADUARI PRA SEKOLAH SK
BERCHANG bagi tahun 2015.

Untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian…..

Majlis yang saban tahun kita adakan ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf SUHAILA
pencapaian murid2 SKB dalam bidang akademik dan kokurikulum
sepanjang tahun 2015. Pelbagai kejayaan yang telah dikecapi dan seterusnya
menjadi perangsang kepada murid2 agar terus berusaha dan lebih maju
dimasa2 akan datang.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang bagi kategori yang


disediakan. Kepada yang belum mencapai tahap prestasi yang disasarkan,
jangan berputus asa, ingatlah ‘gagal hari ini bukan bererti gagal buat
selama-lamanya’ rebutlah peluang yang ada pada masa akan datang, terus
berusaha dan lebih gigih supaya kalian menjadi insan cemerlang.

SEGMEN 3

4. UCAPAN RASMI GB

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak gun ajika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya ASILAH
Tak lengkap majlis jika Guru Besar tidak berbicara

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan menjemput En. Muhd Hasbi b.


Ibrahim, GB SK Berchang untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan…………

UCAPAN GURU BESAR…….

Pihak majis merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar di atas
ucapan itu tadi.
5. PERSEMBAHAN PRA SEKOLAH & TAHUN 5

Anak cina mengail ikan


Mengail ikan di dalam telaga
Persembahan nyanyian kami sembahkan
Sebagai bingkisan halwa telinga

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita sama2
menyaksikan persembahan murid. Persembahan pertama merupakan
persembahan nyanyian daripada adik2 pra sekolah. Manakala persembahan
kedua pula daripada persembahan murid2 lelaki tahun 5. Hadirin sekalian,
SUHAILA
sama2 kita saksikan persembahan daripada murisd2 SKB. Dipersilakan.

- PERSEMBAHAN PRA -

- PERSEMBAHAN TAHUN 5 (LELAKI)-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan persembahan


sebentar tadi.

SEGMEN 4

6. PENYAMPAIAN HADIAH KEDUDUKAN


KELAS/KAFA/PRA

Berkebaya batik berwarna merah


Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah,pihak majlis dengan ASILAH


segala hormatnya menjemput YDP PIBG, En. Abd. Razak b. Daud diringi
Ust. Abdul Hadi/ __________________ untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.

Majlis dimulakan dengan menyampaikan hadiah kepada murid yang


mendapat kedudukan terbaik di dalam kelas.

1. KEDUDUKAN TERBAIK DALAM KELAS


Seterusnya, acara penyampaian hadiah bagi kelas KAFA

1. KEDUDUKAN TERBAIK DALAM KELAS

Seterusnya, murid yang menerima hadiah…


2. MATA PELAJARAN TERBAIK
SUHAILA
Diteruskan lagi acara penyampaian hadiah bagi
3. KEDATANGAN PENUH

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG kerana sudi
menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Seterusnya majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah


KECEMERLANGAN PRA. Untuk itu, majlis mempersilakan Tuan GB, En.
Muhd Hasbi b. Ibrahim diiringi GPK HEM untuk menyampaikan hadiah. ASILAH
Dengan segala hormatnya dipersilakan….

Acara penyampaian hadiah bagi murid2 pra sekolah dimulakan dengan


penerima hadiah……
1. KECEMERLANGAN TUNJANG PEMBELAJARAN
Seterusnya, murid yang menerima hadiah…
2. KECEMERLANGAN MEMBACA

Majlis diteruskan dengan penyampaian …..


3. SIJIL GRADUASI PRA SEKOLAH SUHAILA

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada TUAN GB,


atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para penerima sebentar tadi.

SEGMEN 5

7. PERSEMBAHAN MURID & MATA PELAJARAN TERBAIK

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan murid tahun 5. Hadirin sekalian,


marilah kita sama2 saksikan persembahan daripada murid perempuan Tahun
5. Dipersilakan. ASILAH
- PEREMBAHAN MURID –
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid yang membuat
persembahan sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah bagi mata
pelajaran terbaik. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan
YDP PIBG, En. Abd. Razak b. Daud diiringi GPK KOKO/_____________ ASILAH (THN 1- 3)
untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan…
SUHAILA (THN4 -6)

-RUJUK BUKU- MATA PELAJARAN TERBAIK

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada En. Abd.


Razak di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima hadiah sebentar tadi. SUHAILA
Semoga kejayaan ini menjadi dorongan untuk terus cemerlang dalam
pelajaran.

Majlis berhenti seketika untuk memberi laluan kepada persembahan murid


Tahun 6. Dipersilakan…….
- PERSEMBAHAN MURID-

SEGMEN 6

8. KEDATANGAN PENUH/SAHSIAH/PENGAWAS/TOKOH

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan yang cukup


istimewa sebentar tadi. Selamat maju jaya diucapkan kpd semua murid
ASILAH
tahun 6 yang bakal masuk ke sekolah menengah. Semoga terus berjaya dan
cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun bidang
kokurikulum.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah bagi kedatangan


penuh dan sahsiah terpuji. Untuk itu, majlis menjemput Tn. GB,
En_______________________ diiringi ____________________untuk
menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- RUJUK BUKU – KEDATANGAN PENUH-

Seterusnya, murid yang menerima anugerah sahsiah terpuji, dipersilakan…


- SAHSIAH TERPUJI –

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada Pengawas


sekolah dan Pengawas Pusat Sumber dari kalangan murid Tahun 6,
dipersilakan…..
- PENGAWAS SEKOLAH-
SUHAILA
- PENGAWAS PSS –
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Tibalah masanya acara kemuncak iaitu penyampaian anugerah khas murid


bagi tahun 2015.

Majlis dimulakan dengan penyampaian anugerah kepada Tokoh Murid Pra


Sekolah ASILAH
(baca biodata)

Dipersilakan adik Nurul Atiqah Maisarah untuk naik ke pentas menerima


hadiah…Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Nurul Atiqah
Maisarah.

Majlis diteruskan lagi bagi anugerah khas murid iaitu Tokoh Kurikulum
2015,

(baca biodata)

Majlis dengan sukacitanya menjemput MUHD SHAHIR SYAZWAN naik SUHAILA


ke pentas untuk menerima hadiah…

Tahniah diucapkan .

Penyampaian anugerah khas murid seterusnya ialah Tokoh Kokurikulum


2015.

(baca biodata)
ASILAH
Dengan ini dijemput, NURUL HIDAYAH, penerima anugerah tokoh
kokurikulum tahun 2015 untuk naik ke pentas menerima hadiah. Tahniah
dan syabas diucapkan.

Sebelum majlis kita bersurai pada hari ini, marilah bersama-sama kita
menyaksikan persembahan penutup murid. Persembahan pertama
merupakan persembahan nyanyian dari murid tahun 5 manakala
persembahan kedua pula persembahan ‘action songs’ dari murid pra SUHAILA
sekolah. Dipersilakan......

- PERSEMBAHAN TAHUN 5 –
- PERSEMBAHAN PRA –
SEGMEN 7

9. PENUTUP

Terima kasih diucapkan kepada murid tahun 5 dan adik2 pra sekolah di atas
persembahan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kini berakhirlah sudah majlis HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN


Sekolah Kebangsaan Berchang bagi tahun 2015.
Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima ASILAH
kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan dan
memeriahkan majlis pada hari ini.

Dari Kedah ke pekan sari


Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi

Dikesempatan ini, kami ingin memohon kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengacarakan majlis ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta SUHAILA

Dijemput hadirin semua sudi2kanlah menikmati juadah yang disediakan.

Sekian sahaja, Salam hormat, wa billah.............................

Anda mungkin juga menyukai