Anda di halaman 1dari 1

            Berjimat cermat merupakan amalan mulia yang dituntut oleh setiap agama.

Amalan ini perlulah dipupuk sejak dari kecil lagi. Terdapat banyak faedah jika kita
berjimat cermat.

            Antara faedah berjimat cermat adalah dapat melatih diri daripada melakukan
pembaziran. Contohnya amalan menabung. Jika seseorang itu selalu menabung,
wangnya akan semakin bertambah seperti pepatah “ sedikit- sedikit, lama- lama jadi
bukit “ . Wang tabungan tersebut dapat digunakan untuk perkara- perkara berfaedah
seperti membeli barangan keperluan atau apabila melangkah ke menara gading kelak.

            Dalam situasi dunia sekarang di mana keadaan ekonomi yang tidak stabil,
amalan ini perlulah dititikberatkan. Contohnya jika kita berjimat cermat dalam
penggunaan tenaga elektrik dan air akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk
membayar bil bulanan. Wang yang selebihnya dapat disimpan untuk kegunaan pada
masa hadapan.

            Di samping itu, berkongsi kenderaan ke tempat kerja juga adalah satu daripada
amalan yang dapat menjimatkan kos bulanan. Memandangkan harga bahan bakar yang
kian meningkat, amalan ini dilihat dapat mengurangkan perbelanjaan harian. Justeru,
dengan berkongsi kereta juga dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya
sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan.

            Selain itu, amalan berjimat cermat ini dapat menginsafkan diri akan penderitaan
orang lain seperti masalah kebuluran yang dialami oleh penduduk di benua Afrika.
Apabila membayangkan penderitaan mereka, sudah pasti kita tidak akan membazir
makanan dan minuman yang kita nikmati setiap hari. Jika ada peluang kita juga boleh
menyumbangkan sesuatu untuk meringankan penderitaan mereka.

            Oleh itu, marilah kita amalkan sikap berjimat cermat kerana amalan ini
menjadikan kita seorang yang bertanggungjawab.  Kita perlu sederhana dalam setiap
perkara kerana membazir itu adalah amalan syaitan

Anda mungkin juga menyukai