Anda di halaman 1dari 27

SEJARAH BOWLING

Bagaimana bermulanya sukan bowling .


Permainan untuk orang yang bijak sebab beza
bowling dengan sukan lain ialah bola bowling
datang sendiri (automatik), main tempat sejuk
(aircond) kalau golf ka hangpa nak kena p kutip
bola lepas tu kejar ikut bola tu p mana tengah2
panas...hehehe sorry to golfers. :)
Oklah ni nak share sedikit sejarah asal usul yang
didapati daripada sumber2 yang boleh dipercayai.

Bowling Purba 

Adalah dimaklumkan para arkeologi telah


menemukan bola bowling, pin dan peralatan
lainnya di pemakaman anak-anak Mesir yang
berumur 5200 sebelum Masehi. Dari sana
diketahui bahawa orang-orang Mesir telah
mengenal dan bermain bowling sejak berabad-
abad yang lalu. Sementara itu di Jerman, terdapat
permainan dalam tarian dan perayaan yang mirip
dengan permainan bowling. Mereka
mengelindingkan batu agar mengenai 9 tongkat
kayu yang disebut dengan keglers.Para pemain
bowling di Jerman sampai saat ini kadangkala
masih menyebut pin sebagai keglers.

Di England bowling bermula pada awal 1100-an, 
dan terdapat
beberapa variasi bowling, seperti "half-bowl",
"Skittles" dan "ninepins", telah wujud
pada pertengahan 1300-an. Tetapi, menurut penul
isan
yang pertama, permainan itu dicipta oleh Raja Ed
ward III pada tahun 1366. Dalam rujukan ini, Raja 
Edward III telah mengharamkan
permainan ini dimainkan oleh para
askarnya kerana permainan itu telah
menyebabkan tenteranya tidak melakukan
latihan memanah. Kemudian, pada zaman
pemerintahan Raja Henry VIII, permainan
bowling
telah mendapat populariti dan dimainkan sebagai 
simbol bangsawan dan status sosial. Selain itu
terdapat pelbagai variasi bowling yang dimain kan
di waktu ini dan dikenali sebagai 'Bocce' di Italy,
'Petanque' di France and 'Lawn Bowling' di
England.

Bowling Moden

Bowling telah popular di Amerika pada
zaman Kolonial. Pada abad ke-17, orang
English, Belanda dan Jerman telah membawa
masuk bowling versi mereka sendiri  ke Amerika
Syarikat. Pada masa itu,permainan
bowling terdiri
daripada sembilan pin yang sering dimainkan di
daerah New York City
yang dikenali sebagai "Bowling Green".  
Perkembangan dan populariti permainan ini telah
membawa kepada penubuhan
Kongres Bowling Amerika
(ABC) pada 9 September 1895 dan terlibat
berkaitan dengan piawaian bowling di Amerika Sy
arikat dan mengatur pertandingan rasmi. Pada
permulaan abad ke 20, dengan pengenalan
kepada teknologi maju permainan bowling telah
melangkah ke era baru. Sebelum ini bola bowling
diperbuat daripada kayu keras dikenali 'lignum
vitae'. Pada tahun 1905 bola boling yang diperbuat
daripada getah diperkenalkan iaitu 'Evertrue’.
Sembilan tahun kemudian iaitu pada
1914  Brunswick Corporation, telah
memperkenalkan Mineralite Ball di pasaran.
Melalui perkembangan teknologi juga,automatic
pinsetter yang dicipta oleh Gottfried Schmidt pada
1936 dan dibeli hak paten oleh  Morehead
Patterson, Naib Presiden  American Machine and
Foundry Company (AMF) telah diperkenalkan dan
menyebabkan peranan ‘pin boys’ tidak diperlukan
lagi.
 
‘Pin Boys’
Automatic pin setter ini telah diperkenalkan
kepada awam didalam kejohanan ABC
Championship di Buffalo pada 1946. Populariti
permainan bowling ini semakin meningkat
dengan wujudnya siaran – siaran langsung
kejohanan oleh  NBC seperti 'Championship
Bowling' dan juga rancangan 'Make That Spare',
'Celebrity Bowling' and 'Bowling For Dollars'.
Populariti permainan ini di US telah
menyebabkan Eddie Elias, seorang promoter,
agent and entrepreneur menubuhkan
Professional Bowlers Association (PBA) pada
tahun 1958 dengan 33 ahli. Antara pemain –
pemain lagenda adalah:- Don Carter,Dick
Weber, Carmen Salvino, Earl Anthony, Walter Ray
Junior, Pete Weber, Norm Duke dan ramai lagi.
Permainan bowling telah menjadi salah satu
sukan paling popular dengan lebih 100 juta orang
di seluruh dunia bermain permainan ini dengan
pelbagai teknik dan gaya dicipta. Bowling
mempunyai 3 teknik yang popular iaitu :- Teknik
Straight Ball (kebanyakan untuk mereka yang
baru bermain), teknik spinner (agak senang juga
lah nak belajar) atau helicopter dan teknik hook
(yang nih susah dan makan masa sikit untuk
mahir) . Manakala syarikat – syarikat berkaitan
peralatan bowling yang ada sekarang antaranya:-
ENALI SUKAN BOLING
Sukan boling berasal daripada permainan "skittle" yang sangat popular di negara-negara Eropah dan
Amerika Syarikat. Kini pemain-pemain dari Asia Tenggara telah maju dalam permainan ini dan
ramai juga yang telah bergelar juara dunia. Di Sukan Asia tahun 2006, emas Malaysia banyak
disumbang oleh pasukan tenpin bolingnya.

Boling merupakan salah satu olahraga dengan penyertaan terbanyak daripada pelbagai usia. Tidak
mengenal batasan umur, siapa saja boleh bermain sama ada kanak-kanak, remaja, orang dewasa
bahkan mereka yang telah lanjut usia. Tidak hairanlah jika sukan boling merupakan olahraga yang
paling digemari di hampir setiap negara di dunia. Kini dianggarkan terdapat kira-kira lebih daripada
100 juta orang di dunia yang minat dan gemar bermain boling.

Boling sepuluh pin atau “ten-pin bowling” adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana
seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong (lane) dengan tujuan untuk
memperoleh mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang boleh. Lorong permainan ini disebut
sebagai “bowling lane” yang diperbuat daripada papan kayu dan disapu dengan sejenis minyak
(was) atau sintetik (polyurethane) agar licin. 

Lorong boling pula berukuran 42 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang. 

Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke
luar. 20 kaki (6m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12m) lagi
adalah untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong. Pemain
akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang beratnya di antara 6 hingga 17 paun (2.7 -
7.7 kg). Bola ini memiliki 3 lubang untuk meletakkan jari-jari pemain. Jari yang diguna ketika
bermain adalah ibu jari, jari tengah dan jari manis. 

Sistem Permainan

Untuk setiap game ada 10 frames yang membolehkan pemain membuat 2 kali balingan bagi setiap
satunya. Setiap pemain diberi peluang untuk menjatuhkan sebanyak-banyak pin yang boleh bagi
mengumpul mata pada setiap balingan. Jika pemain dapat menjatuhkan kesemua pin pada balingan
pertama ia disebut sebagai STRIKE. Namun jika pemain hanya dapat menjatuhkan sebahagian
sahaja dan bakinya dijatuhkan pada balingan kedua ia disebut sebagai SPARE.

Pemain yang melakukan spare dalam frame ke-10 (final frame) akan mendapat 1 balingan bonus
(balingan ke-3). 3 kali STRIKE yang dilakukan oleh pemain secara berturut-turut dalam frame ke-10
disebut sebagai TURKEY.

Cara Melempar Bola


Setiap orang memiliki “style” tersendiri ketika melempar bola ke arah pin. Apa yang jelas, sukan
boling ada skillnya yang tersendiri dan tidak boleh diabaikan oleh setiap pemain. Jika pemain
tersebut menggunakan tangan kanan untuk melempar bola, maka ketika melempar bola, ia
hendaklah menekuk kaki kiri kehadapan dengan membongkokkan sedikit badan, serta kaki kanan
dalam posisi ke belakang. Panah yang ada di atas lane sangat membantu para pemain untuk
dijadikan sebagai petunjuk bagi menggelicik bola ke arah pin yang ingin dijatuhkan.

TRACK BOWLING
BALL

505A
High Performance

MANUFACTURER’S INTENT: The second launch in the 5 series, the 505A, was designed to be more angular
at the breakpoint. If the 715A was too aggressive on the lane patterns you bowl on, then the 505A will be a
great choice. Each new ball from Track will include a microfiber cleaning pouch with instructions on its use. 

715A
Upper Mid Performance
MANUFACTURER’S INTENT: This revolutionary 7 series, the 715A, was designed to open up the angle into
the pocket. On today’s typical house shots, being able to creat more entry angle is the key to mastering the
big scores.  Each new ball from Track will now include a microfiber cleaning pouch with instructions on its
use. We feel this will be a great addition to help our customers maintain their performance products.

930T

High Performance

MANUFACTURER’S INTENT: This first ball in the all-new 9 Series, the 930T, was designed to be extremely
aggressive at the breakpoint.  The 930T has “Mica” embedded into the coverstock, which gives this ball
extra TRACKtion at the breakpoint so you can expect a heavy roll in the backend.  Each new ball from Track
will now include a microfiber cleaning pouch with instructions on its use. We feel this will be a great addition
to help our customers maintain their performance pro

 ntaran pertama dan semua pin jatuh dipanggil sebagai strike.


 lontaran kedua dalam 1 frame dan semua pin turut jatuh dipanggil
sebagai spare.
 jika masih terdapat pin setelah habis 1 frame, ia dipanggil open.
 jika pemain dapat menjatuhkan 10 pin dengan 1 lontaran dalam setiap frame
untuk 1 game, pemain akan mendapat mata penuh iaitu 300 dan game itu
dipanggil perfect game.
 2 kali strike berturutan dipanggil double
 3 kali strike berturutan dipanggil triple @ turkey
 4 kali strike berturutan dipanggil beggar @ hambones
 dan istilah untuk 5,6,7 strike keatas?
so mari kita kira macamana boleh dapat 300 mata ni.
 1 pin jatuh dapat 1 mata. tapi kalau kita strike atau spare, akan dapat mata
tambahanatau bonus.
 pengiraan mata akan menjadi senang jika kita open setiap frame –> boleh
kira direct dari jatuhan pin.
 dan pengiraan mata akan menjadi susah bila kita strike atau spare setiap
frame –> kena tambah mata bonus.
 mata maksimum untuk 1 frame ialah 30. 30 x 10 = 300 point.

masalah ramai orang ialah bila nak kira kalau strike kan? bila strike, minumum yg akan player
dapat ialah 10 dan maksimum adalah 30 berdasarkan kepada lontaran 2 kali selepas strike.
kes jika strike:
kes jika spare:

last frame:
CARA KIRAAN MARKAH
Untuk setiap strike, markahnya adalah 10 + jumlah jatuhan pin untuk dua balingan seterusnya.

Contoh:
Frame 1 – 10 (Strike) markah = 10 + x + x
Frame 2 – 8
Frame 2 – 1 markah = 8 + 1

Dengan jumlah markah bagi frame 1 adalah 10 +8 +1 = 19

Untuk setiap spare, markahnya adalah 10 + jumlah jatuhan pin untuk satu balingan seterusnya.

Contoh:
Frame 1 – 8
Frame 1 – 2 (Spare) markah = 10 + x
Frame 2 – 7
Frame 2 – 2 markah = 7 + 2

Dengan jumlah markah bagi frame 1 adalah 10 + 7 = 17

Pada papan mata, strike akan digantikan dengan huruf X dan spare dengan lambang /

Contoh pengiraan markah


Frame 1: 9 + 1 + 10 = 20
Frame 2: 10 + 8 + 2 = 20
Frame 3: 8 + 2 + 7 = 17
Frame 4: 7 + 1 = 8
Frame 5: 10 + 10 + 7 = 27
Frame 6: 10 + 7 + 3 = 20
Frame 7: 7 + 3 + 10 = 20
Frame 8: 10 + 10 + 10 = 30
Frame 9: 10 + 10 + 9 = 29
Frame 10:10 + 9 + 1 = 20
Jumlah markah = 211

PERALATAN BOWLING
Bola bowling 
Berat dari 8 pound hingga ke 16 pound. Terdapat tiga lubang untuk meletakkan jari. 3 jari yang digunakan
ialah ibu jari, jari tengah dan jari manis.

Pin 
Terdiri dari 10 pin yang berbentuk seperti botol. Diatur supaya berbentuk segitiga dengan pin number 1
terletak di hujung bawah dan pin nombor terletak dibahagian atas sebelah kanan.

Lorong (Lane)
Panjang 60 kaki dengan bentuk anak panah terdapat di atas lorong tersebut bagi memudahkan pemain
untuk menentukan arah balingan mereka.

Kasut & Stokin


Stokin apa pun boleh, janji pakai. Terdapat kasut khas untuk pemain bowling bagi memudahkan
pembalingan dan memelihara kawasan balingan dan lorong bowling. Kasut khas ini juga perlu dipakai
oleh setiap pemain.

Anda mungkin juga menyukai