Anda di halaman 1dari 3

Tiang – tiang bersejarah di Masjid Nabawi

Terdapat sekurangnya hampir 232 tiang-tiang di Masjid Nabawi.

Meskipun beberapa kali mengalami perluasan, tukar ganti tiang lama. Dibina
di tempat asal tiang-tiang dibina daripada batang pohon tamar di Zaman
Rasulullah s.a.w.

Para Ulama telah memberi tiga pendapat mengenai makna Raudhah (taman
Syurga). 
Pertama, tempat ini akan sentiasa dilimpahi rahmat Allah s.w.t
sebagaimana taman syurga yang sentiasa penuh dengan rahmat.
Kedua, Ibadat di tempat ini adalah penyebab untuk mendapat taman
syurga, yakni satu taman daripada taman syurga akan diberi kepada
seseorang yang beribadat di tempat ini.
Ketiga, tempat ini pada hakikatnya adalah satu bahagian daripada
syurga yang telah dipindahkan ke dunia. Nanti akan dibawa semula ke
syurga sebagaimana keadaan asalnya.
Berikut ini adalah nama-nama tiang (usthuwaanah) yang berada di dalam
Raudhah Masjid Nabawi

‫اَأل ُ ْس ُط َوا َنة ال ُم َخلَّ َق ُة‬ tiang Wangi

Inilah tempat yang Rasulullah s.a.w selalu bersolat. Ianya juga dikenali
dengan nama ‫أس ُط َو َنة َح َّناَنة‬
ْ . Tempat berlakunya peristiwa batang tamar sewaktu
Rasulullah s.a.w berpindah menyampaikan khutbah di atas mimbar. Para
sahabat selalu menyapu minyak wangi di tempat itu sebagai tanda tempat
solat Rasulullah s.a.w. oleh sebab itulah wujudnya nama Tiang Wangi.

‫عائشة‬ ‫اَأل ُ ْس ُط َوا َنة‬ tiang Saidatina Aisyah

Dikenali juga sebagai ‫األسطوانة المهاجرين‬ kerana kebiasaannya golongan Muhajirin


mengadakan majlis mereka disitu. Pada mulanya di sinilah tempat Rasulullah
s.a.w bersolat, kemudian baginda memilih tempat yang diceritakan diatas.
Tiang ini adalah yang ketiga dari mimbar, ketiga dari makam
Rasulullah s.a.w
Dalam sebuah hadith riwayat Saidatina Aishah r.a bahawa Rasulullah s.a.w
telah bersabda “Ada satu tempat dalam masjid ini jika manusia tahu
hal keadaannya, maka undian terpaksa dibuat kerana masing-masing akan
berebut untuknya.” Orang ramai telah bertanya kepada Saidatina Aishah r.a
“Tempat yang mana satu?” Pada mula beliau enggan memberitahu, akhirnya
beliau memberitahu. Sebab itulah ia dipanggil Ustuwanah ‘Aishah kerana
dengan petunjuk dan hadith daripada beliau tempat ini menjadi pilihan.

‫األسطوانة التوبة‬ tiang Taubat

Terkenal juga sebagai ‫اسطوانة اأبي لبابة‬ tiang ke empat dari Mimbar, yang kedua
dari makam Rasulullah s.a.w dan yang ketiga dari kedudukan kiblat.

‫األسطوانة السرير‬ Tiang Katil

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah beriktikaf di sini.


Sebahagian Ulama berkata bahawa semasa beriktikaf, pada waktu malam
Baginda akan berehat di sini. Sebab itulah nama ini diberikan, makna asal
Sarir adalah katil. Sesuatu yang diperbuat daripada pelepah tamar telah
diletakkan berdekatan tiang tersebut sebagai tempat rehat Baginda s.a.w.

‫األسطوانة المحرس‬ Tiang Pengawal


Terletak di sebelah utara tiang katil, juga dikenali dengan nama tiang Ali
bin Abi Talib r.a kerana beliau selalu bersolat dan duduk di bahagiannya
yang bersambung dengan rumah Rasulullah s.a.w untuk menjaga Baginda
Rasulullah s.a.w.

‫األسطوانة الوفود‬ Tiang Utusan

Kebiasaannya para utusan datang untuk berjumpa Rasulullah s.a.w mereka


akan duduk disini. Baginda akan datang ke tempat ini untuk bercakap
mengenai hukum-hakam.

‫األسطوانة تهجد‬ Tiang tahajud

Tiang ini terletak dibelakang rumah saidatina Fatimah r.a di sebelah


utarra. Kini, berada di dalam makam. Apabila kita berdiri di depannya, pintu
Jibril berada disebelah kiri.

‫األسطوانة مربعة القبر‬ Tiang Empat persegi kubur

Juga dikenali sebagai tiang Jibril. Para Ulama menulis bahawa inilah tempat
khusus yang didatangi Malaikat Jibril a.s, kini tiang ini tidak dapat dilihat dari
luar kerana ia telah dimasukkan ke dalam binaan makam.

Menurut ahli sejarah, tiang –tiang ini dibina di tempat yang asal semasa
pembaharuan binannya.

Sebenarnya tiada satu tempat pun di dalam masjid Nabawi yang tidak dipijak
oleh tapak kaki Rasulullah s.a.w yang mulia dan juga tidak dijak para
sahabat dalam solat mereka. Bukan hanya Masjid Nabawi bahkan tiada
bahagian dalam kota Madinah yang tidak dipijak oleh insan-insan mulia
seperti mereka. Oleh sebab itu, semua tempat di sana penuh keberkatan.
Semoga Allah s.w.t memberi kita taufik untuk mengambil faedah daripada
keberkatannya.

Anda mungkin juga menyukai