Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENDAHULUAN
Tugasan individu ini adalah membincangkan aktiviti yang sesuai dengan
perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, saya telah mengenal pasti dan merancang
satu aktiviti bagi kanak-kanak prasekolah berusia 6 tahun.

Dalam melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih kelas 6 Lutfi dari Prasekolah
Islam Al Ridha, Klang, Selangor Darul Ehsan. Seramai 15 orang murid akan
menyempurnakan tugasan ini.

Berdasarkan aktiviti tersebut, saya dikehendaki menghuraikan dan menyediakan


Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap. Dan aktiviti tersebut hendaklah
berdasarkan asas konsep dan prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak.

2.0 PENGENALAN
Setiap individu akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan daripada aspek
fizikal, kognitif, sosial dan emosi semenjak lahir sehinggalah memasuki alam dewasa
dan tua. Perkembangan fizikal manusia selalunya ditentukan oleh faktor baka dan
persekitaran. Setiap individu juga mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang
melibatkan perubahan dari segi rupa bentuk, kebolehan mental dan sahsiah.

Pertumbuhan bermaksud aspek perubahan pada tubuh badan seseorang yang dapat
diukur secara kuantitatif. Rahil (2008), memfokuskan perubahan kuantitatif adalah
perubahan yang boleh kita perhatikan, mudah diukur dan dapat diramalkan.
Tinggi dan berat badan seseorang adalah contoh bagi perubahan kuantitatif.
Perubahan berat dan tinggi seseorang boleh diukur seterusnya dapat diramal
dengan ketepatan yang tinggi melalui beberapa siri pemerhatian dan
pengukuran yang sistematik dan terancang. Woodfolk dan Margetts (2007), pula
menyifatkan pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan. Namun
dari segi saiz fizikal, ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian
bahan ketinggian dan juga bilangan saraf-saraf ke otak.

Perkembangan pula bermaksud perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif.


Suppiahet.al. (2008) menjelaskan perubahan kualitatif adalah perubahan yang
berlaku secara mendadak, agak sukar untuk diukur dan diramalkan tidak seperti
pertumbuhan yang boleh diukur dan diramalkan.

1
3.0 TUGASAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh: 18 September 2019

Hari: Khamis

Masa: 9.00 - 9.30 pagi

Tempoh: 60 minit

Kelas: 6 Lutfi

Matapelajaran: Riadah & Estetika (Kreativiti)

Tajuk: Alam Hidupan

Tema: Diri Saya - Perihal Diri Saya

Subtema: Anggota Badan (Kepala, Hidung, Mulut, Telinga, Kaki, Tangan)

Tunjang Utama: Sains & Teknologi

Standard: (ST 3.1) Memperoleh pengetahuan asas tentang tubuh badan


Kandungan

Standard: (ST 3.1.2) Mengenalpasti bahagian tubuh badan iaitu: lidah, pipi,
Pembelajaran dagu, dahi, kening, bibir, dada, perut, bahu, siku, lutut, peha,
betis, pusat, tumit, kuku

(ST 3.1.3) Mengenalpasti organ deria, mata, hidung, telinga, lidah, kulit
dan menyatakan fungsi setiap organ deria ini.

(ST 3.2.2) Menggunakan deria berikut dalam penerokaan alam


persekitaran secara terbuka:

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat:


1. Murid dapat menggunting dan menyusun bentuk-bentuk geometrik
seperti bentuk bulatan kecil, bulatan besar, segitiga, segi empat dan
bujur menjadi anggota badan.

2. Murid dapat mengenalpasti organ deria dan fungsinya.

3. Murid dapat menyusun ‘puzzle’ mengenai anggota tubuh.

Pengetahuan: 1. Murid mengenal dan mengetahui bahagian anggota badan manusia


Sedia Ada 2. Murid pernah menggunakan organ deria

Kemahiran: Mengenalpasti, membanding beza dan menganalisis


Berfikir

Nilai-nilai Murni: 1. Menghargai dan mensyukuri nikmat Allah SAW.


2. Dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kelas yang lain
3. Mempunyai sifat toleransi, berkeyakinan tinggi dan sabar,
2
4. Keberanian dan berdisiplin
5. Menghargai

Alat Bantuan: Kad Manila, Kertas Berwarna, Kad Bergambar, Puzzle


Mengajar

Langkah Standard
Aktiviti Guru Catatan/BBM
/Masa Pembelajaran

Set Induksi BM 1.1.6 1. Guru memberi ucapan Salam.  Speaker


(5 minit) Mendengar ucap  LCD
selamat dan 2. Guru meminta murid berdiri dengan tegak dan menyanyikan Projektor
memberi respons lagu ucapan Selamat pagi tanpa muzik.
secara bertatasusila Contoh:
Selamat pagi, cikgu
BM 1.1.7 Selamat pagi, cikgu
Mendengar arahan Selamat pagi, cikguuu
dan memberi Selamat pagi, cikgu
respons. (Melodi Happy Birthday)

3. Guru bertanya khabar dan tahap kesihatan murid-murid.

4. Guru bersoal jawab dengan murid menanyakan tentang


perasaan/emosi murid-murid pada pagi itu.

Langkah 2 ST 2.1 Guru menerangkan tajuk tugasan dan aktiviti yang akan  Carta
(15 minit) Membuat dijalankan secara terperinci. Tubuh
pemerhatian ke atas Badan
objek dan fenomena AKTIVITI 1:
alam persekitaran Tajuk: Menghasilkan anggota badan menggunakan bentuk  Lakaran
geometri Bentuk
ST 2.1.2 Geometrik
Memerhati dan 1. Guru akan menyediakan kertas lembaran warna yang telah
mengenal bentuk- dilakarkan dengan bentuk-bentuk geometrik untuk  Lembaran
bentuk di membentuk anggota badan. kerja
persekitaran
dengan bimbingan 2. Guru menunjukkan gambar bahagian tubuh badan.

PFK 1.1.15 3. Guru mengedarkan lembaran kerja berikut murid


Menggunting
menghasilkan satu 4. Kemudian, guru akan membimbing murid untuk
bentuk menggunting kertas warna tersebut kepada beberapa
bentuk.

5. Guru menunjukkan bentuk gambar dengan bentuk seperti


anak kepala bulat, tubuh badan segiempat.

6. Guru membimbing murid menyambung bahagian-bahagian


anggota badan.

3
7. Guru meminta murid untuk memadankan bentuk gambar
dengan bentuk seperti carta tubuh badan.

8. Sesudah itu, murid-murid akan menampal dan mencantum


keratan-keratan dan bentuk-bentuk tersebut menjadi rupa
bentuk manusia.

Langkah 3 ST 3.1.2 AKTIVITI 2:  Papan


(15 minit) Mengenal pasti Tajuk: Bermain ‘Puzzle’ ‘Puzzle’
bahagian tubuh
badan (lidah, pipi, 1. Guru meminta murid mencari pasangan dua orang untuk
dagu, dahi, kening, aktiviti ini dan murid duduk dengan tertib.
bibir, dada, perut,
bahu. Siku, lutut, 2. Guru beraksi sambil menunjukkan bahagian anggota tubuh
paha, betis, pusat, badan seperti kepala, bahu, tangan, lutut, kaki.
tumit, kuku)
3. Murid diminta menyebut bahagian anggota tubuh badan
PSE 1.2.4 seperti kepala, bahu, tangan, lutut dan kaki seperti yang
Mengenal pasti ditunjukkan oleh cikgu.
tindakan alternatif
untuk mengurus 4. Guru mengedarkan papan ‘Puzzle’.
emosi
5. Guru membimbing murid untuk menyelesaikan ‘Puzzle’
PSE 2.1.3 berkaitan anggota badan bersama pasangan.
Bersikap positif
tentang kebolehan 6. Murid juga dikehendaki melengkapkan puzzle gambar-
dan kekurangan gambar anggota tubuh badan.
/kelemahan kendiri
7. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar
PSE 2.1.4 ‘Puzzle’ yang telah diselesaikan.
Menyatakan cara
mengatasi
kelemahan kendiri
dengan bimbingan

Langkah 4 ST 3.1.3 AKTIVITI 3:  Carta


(15 minit) Mengenalpasti Tajuk: Memadankan gambarajah muka yang sesuai bahagian
organ deria (mata, mengikut fungsi deria tubuh badan
hidung, telinga,
lidah, kulit) dan 1. Guru meminta murid berdiri di tempat masing-masing.  Rakaman
menyatakan fungsi bunyi suara
setiap organ deria 2. Guru meminta murid menyebut bahagian anggota tubuh
ini badan seperti kepala, bahu, tangan, lutut, kaki.  LCD
Projektor
3. Guru memberi arahan kepada murid untuk
menggoyangkan kepala, kelip mata dan bersiul  Laptop

4
 Lembaran
4. Guru meminta murid mendengar dan mengecam bunyi kerja
PSE 1.1.2 suara ketawa, sedih dan marah
Mengenal pasti
jenis-jenis emosi 5. Guru mengedarkan kertas lembaran kerja iaitu kad manila
gembira, sedih, yang mengandungi gambarajah anggota kepala iaitu muka
takut dan marah dan deria.

6. Kemudian, murid dikehendaki mengoyak gambarajah deria


PFK 1.1.9 dan melengkapkan gambar suai pasang bahagian muka
Menggunakan jari manusia seperti
untuk mengoyak
bahan mengikut 7. Seterusnya, murid dikehendaki memadankan dan
rupa bentuk menampal gambarajah mengikut fungsi deria yang sesuai.

Langkah 3 Penilaian dan 1. Hasil kerja setiap kumpulan akan dikumpulkan dan dinilai
(5 minit) rumusan terhadap oleh guru.
hasil kerja murid-
murid 2. Guru memberi pandangan dan pujian kepada setiap murid.

3. Guru membuat rumusan dan memberi nasihat kepada


murid-murid untuk menjaga semua anggota yang
dipinjamkan oleh Allah SAW dengan baik.

Penutup KTI 2.4.6 Nyanyian dan Pergerakan  Laptop


(5 minit) Menggerakkan 1. Guru mengajak murid-murid menyanyikan lagu dan  LCD
anggota badan memaparkan tayangan video berkenaan anggota badan. Projektor
secara kreatif  Speaker
mengikut muzik 2. Guru memainkan lagu kanak-kanak ‘Didi & Friends’
untuk meneroka bertajuk Anggota Badan diikuti dengan aksi.
ruang
3. Murid mengucapkan terima kasih.

REFLEKSI:
1. Melalui rangka perancangan dalam proses PnP ini sedikit sebanyak dapat membantu saya
bagi menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan dapat memudahkan saya.

2. Langkah-langkah dapat memberi banyak faedah kepada murid-murid dalam menarik minat
mereka belajar dan menjalankan aktiviti dengan lebih efektif.

3. Penambahbaikan yang perlu saya dilakukan ialah saya perlu memberikan masa yang cukup
supaya murid-murid boleh menghasilkan tugasannya lebih berkesan.

4. Selain itu, saya sepatutnya haruslah jelas menerangkan langkah-langkah sebelum murid-
murid bermula tugasannya.

5. Saya juga boleh meminta murid yang tidak faham langkah-langkah tersebut keluar ke depan
agar saya boleh membimbing mereka

5
4.0 HURAIAN AKTIVITI
AKTIVITI 1: Menghasilkan anggota badan menggunakan bentuk geometri
Aktiviti ini adalah untuk menghasilkan satu gambarajah tubuh badan manusia yang
mengandungi anggota-anggota badan dengan memadankan bentuk-bentuk geometri.

Terlebih dahulu guru menyediakan kertas lembaran warna yang telah dilakarkan
dengan bentuk-bentuk geometri seperti bulat, segiempat sama, segiempat tepat dan
segitiga. Guru juga turut memaparkan beberapa gambaran tubuh manusia menerusi
LCD Projektor di hadapan kelas. Murid perlu menggunting mengikut garis putus-putus
bagi menyediakan bentuk-bentuk yang dikehendaki. Selepas itu, barulah murid boleh
menyambung dan memadankan bentuk-bentuk tersebut agar menjadi satu bentuk
gambarajah tubuh manusia seperti di dalam gambaran sebelum ini. Dan di
pengakhirannya nanti murid perlu menampal bentuk-bentuk tersebut mengikut
kemahiran, kreativiti dan pengalaman mereka.

Memandangkan murid mempunyai pengalaman dan tahap perkembangan yang


berbeza-beza, maka murid akan mempamerkan hasil kerja yang pelbagai. Antara
faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia iaitu kematangan, latihan dan
pembelajaran proses pertumbuhan dan perkembangan berlaku dalam situasi yang
saling berkait dan meliputi perubahan dari segi fizikal, kognitif, emosi, dan sosial.

Dalam aktiviti ini, saya dapat huraikan bahawa terdapat beberapa prinsip
pertumbuhan dan perkembangan terhadap murid-murid ini.

1. PRINSIPAL 5 - Perkembangan Semakin Kompleks (Increasing Complexity)


Tumbesaran dan perkembangan berlangsung daripada umum ke spesifik. Yang
mudah (konkrit) kepada yang lebih kompleks. Pada asasnya, diawal usia kanak-
kanak hanya boleh memahami proses menconteng dan mengoyak kertas dan
semakin hari, perkembangan kanak-kanak semakin meningkat, mereka telah dapat
menguasai kemahiran menulis dan seterusnya menggunting pula. Dari segi
pertumbuhan pula, tumbesaran berlaku daripada pergerakan otot kepada pergerakan
otot yang lebih berseni iaitu otot-otot tangan mula kuat untuk memegang gunting dan
menggayakanya. Jelaslah bahawa, hasil pembelajaran dan pembangunan kearah
yang rumit dan skop lebih besar lagi dengan menggunakan bahan-bahan maujud.

6
2. PRINSIPAL 11 - Gaya Dan Cara Pembelajaran (Learning Modes)
Kanak-kanak telah didedahkan dengan eksplorasi persekitaran sejak lahir.
Mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai tubuh badan manusia. Oleh itu, kanak-
kanak mempamerkan cara pembelajaran dan cara yang berbeza untuk mewakili
pemahaman mereka. Pengetahuan asas yang kanak-kanak dapat adalah dari
persekitaran dan budaya yang ada disekeliling mereka.

Seperti contoh, dalam sebuah keluarga mempunyai bapa, ibu, kakak, abang, adik,
datuk dan nenek. Dari segi rupa paras dan pertumbuhan sudah menunjukkan
perbezaan dari usia, tahap kesihatan, cara pemakanan dan tumbesaran. Daya
imaginasi kanak-kanak terbabit akan menterjemahkan hasil seni kanak-kanak.

Oleh itu, sekembalinya kanak-kanak itu kesekolah dan diberi tugasan seperti aktiviti
di atas, maka kanak-kanak mempamerkan cara pembelajaran dan cara yang berbeza
untuk mewakili apa yang mereka tahu.

Murid akan meletakkan objek-objek bentuk geometrik yang telah digunting mengikut
kehendak dan pengamatan yang lepas.

AKTIVITI 2: Bermain ‘Puzzle’


Aktiviti ini adalah dalam bentuk Pendidikan Didik Hibur atau lebih dikenali dengan
nama ‘Fun Learning’, memberikan pelajaran tentang ilmu pengetahuan kepada
kanak-kanak, yang disertai dengan game edukasi, ini boleh menjadi pembelajaran
yang menggembirakan selain itu juga, banyak mengenal dengan istilah “Bermain
Sambil Belajar”.

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian,
bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.

Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan


murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran
masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang
pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan
dengan berkesan.
7
Berikut adalah aktiviti yang di jalankan.
Guru meminta murid mencari pasangan, dua orang untuk aktiviti ini dan murid duduk
dengan tertib di kerusi masing-masing. Selepas keadaan kelas terkawal, guru
memulakan aksi dengan menunjukkan bahagian-bahagian anggota tubuh badan
seperti kepala, bahu, tangan, lutut dan kaki. Paparan video mengenai angota tubuh
badan turut dimainkan. Murid mula menyebut, mengulang dan menunjukkan bahagian
anggota tubuh badan seperti yang ditunjukkan oleh guru. Selepas murid-murid
bersedia dengan pasangan mereka, guru memberi arahan untuk bersedia dengan
pasangan kerana akan mengedarkan papan ‘Puzzle’ untuk murid-murid bermain.
Murid menepuk tangan, menjerit kerana gembira. Murid-murid dikehendaki
menyelesaikan masalah ‘Puzzle’ itu. Murid boleh berbincang dengan pasangan demi
mencapai objektif dalam melengkapkan ‘Puzzle’ yang diberikan itu. Guru dan murid-
murid bersoal jawab dalam aktiviti ini. Selepas selesai bermain ‘Puzzle’, murid akan
mengembalikan alat mainan ini ke rak yang telah disediakan.

Dalam aktiviti ini, saya dapat huraikan bahawa terdapat beberapa prinsip
pertumbuhan dan perkembangan terhadap murid-murid ini.

1. PRINSIPAL 3 - Kadar berbeza (Varying Rates)


Kadar tumbesaran dan perkembangan seseorang kanak-kanak, berlaku secara
berterusan. Namun, proses perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza-beza
mengikut umur. Walaupun pola dan ukuran tumbesaran dan perkembangan adalah
serupa bagi semua kanak-kanak tetapi kadar pencapaian peringkat tumbesaran
adalah berbeza. Terdapat satu julat bagi setiap tugas perkembangan untuk berlaku.
Walau bagaimanapun, ianya tidak seragam di dalam diri seseorang individu kanak-
kanak. Contohnya perkembangan intelek seseorang kanak-kanak mungkin maju
lebih cepat daripada perkembangan emosi dan sosialnya. Erti kata lain, hasil
pembangunan berlaku pada kadar yang berbeza-beza dari bayi ke kanak-kanak serta
tidak sekata dalam pelbagai bidang yang berfungsi setiap kanak-kanak.

Dalam aktiviti ini, guru dapat melihat perkembangan kanak-kanak terbabit secara
terperinci kerana murid-murid melakukan aktiviti secara berpasangan. Dengan
mempunyai latarbelakang keluarga, personaliti kanak-kanak, murid akan
berkomunikasi dengan baik mengikut tahap masing-masing. Mereka akan

8
bekerjasama menyempurnakan tugasan yang diberikan walau hanya bermain
‘Puzzle’. Sikap toleransi dan menghormati sesama rakan akan terserlah.

2. PRINSIPAL 7 - Pelajar Aktif (Active Learners)


Kanak-kanak adalah murid yang aktif. Berperanan secara aktif dalam proses
pembelajaran, baik dalam bentuk interaksi antara rakan-rakan lain atau guru. Sentiasa
belajar konsep spatial melalui bermain dengan mainan dan bukannya lembaran kerja.
Memandangkan kanak-kanak suka bermain, dan bermain itu adalah fitrah kanak-
kanak maka sebagai guru kita hendaklah memberi mereka ruang untuk meneroka.

Di samping karakteristik di atas, secara umum murid dapat melalui suatu proses
pembelajaran aktif yang memungkinkan mereka memperolehi kemahiran. Pertama,
interaksi yang timbul selama proses pembelajaran akan menumbuhkan sifat positif
berdikari, dimana pengetahuan yang dipelajari hanya dapat diperoleh secara
bersama-sama melalui eksplorasi aktif dalam belajar. Kedua, setiap murid harus
terlibat aktif dalam proses pembelajaran, dan guru harus mendapatkan penilaian dari
murid sehingga terdapat keupayaan individu. Ketiga, proses pembelajaran aktif
memerlukan tingkat kerjasama yang tinggi sehingga dapat memupuk kemahiran
sosial.

3. PRINSIPAL 9 - Bermain (Play)


Bermain adalah penting untuk pembangunan kanak-kanak, serta refleksi
perkembangan mereka. Bertujuan untuk merangsang minda dan merupakan alatan
dalam asas perkembangan. Menganjurkan persekitaran permainan dengan tema dan
alat peraga boleh meningkatkan perkembangan Bahasa. Menyediakan banyak alat
mainan motor akan memberi peluang kepada anda untuk melihat pembangunan
kemahiran motor kanak-kanak. Manakala bermain dengan alatan dan barang-barang
hidup atau maujud lebih memberangsangkan minda kanak-kanak.

Oleh itu, guru dapat melihat sejauh mana perkembangan murid-murid kelasnya
bekerjasama dalam menyelesaikan masalah yang timbul seperti contoh rakan
pasangan tidak sependapat dan akhirnya mencapai kata putus dalam sebulat suara
membuat keputusan.

9
4. PRINSIPAL 10 - Latihan dan Cabaran (Practice and Challenge)
Kemajuan perkembangan adalah apabila kanak-kanak mempunyai peluang untuk
berlatih tentang kemahiran yang baru diperolehi dan juga apabila mereka mengalami
cabaran di luar tahap penguasaan mereka sekarang. Oleh itu minda kanak-kanak
perlu dicabar bagi mengetahui tahap pemahaman. Untuk mencapai tahap
perkembangan kini, latihan pengukuhan, ulangkaji dan penggayaan hendaklah di
lakukan dari masa ke semasa. Daya pemikiran kritis juga turut dilatih agar dapat
menguasai sesuatu kemahiran di tahap yang lebih tinggi. Oleh itu permainan ‘Puzzle’
ini boleh lah di tingkatkan lagi kepada yang lebih mencabar. Bentuk ‘Puzzle’ juga boleh
diubahsuai kepada yang lebih rumit dan saiz ‘Puzzle’ lebih mengecil untuk
meningktkan cabaran. Jika tahap perkembangan murid tersebut amat perlahan, guru
boleh memberi latihan tubi.

AKTIVITI 3: Memadankan gambarajah muka yang sesuai mengikut fungsi deria


Setelah murid-murid mengetahui anggota badan dalam tubuh manusia.
Mengklasifikasikan fungsi dan peranan anggota-anggota tersebut, murid-murid juga
perlu mengetahui dan memahami deria-deria lain yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Guru mula menyoal murid-murid tentang fahaman mereka mengenai kejadian ciptaan
Allah SWT dan mensyukuri nikmat yang Allah SWT telah berikan.

Aktiviti ini adalah kesinambungan dari pembelajaran yang terdahulu. Iaitu


mengenalpasti deria-deria yang ada. Guru meminta murid berdiri di tempat masing-
masing dan guru meminta murid mengulang dan menyebut bahagian anggota tubuh
badan seperti kepala, bahu, tangan, lutut, kaki yang telah dipelajari sebelum ini. Guru
menyanyi lagu tanpa muzik ‘Jika anda gembira tepuk tangan..tap..tap..’ dan murid-
murid pun menepuk tangan. Sehinggalah guru memberi arahan kepada murid untuk
menggoyangkan kepala, kelip mata dan bersiul. Murid melakukannya dengan hati
yang girang mengulangi lagu tersebut berulang-ulang kali.

Seterusnya, guru memperdengarkan suara dari rakaman laptop dan meminta murid
mengecam bunyi suara ketawa, sedih dan marah. Murid fokus dengan bunyi-bunyian
tersebut dan kelas sunyi seketika. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai
rakaman tadi. Dan murid-murid dikehendaki menyatakan deria apakah yang
terkandung di dalam rakaman itu.

10
Setelah murid-murid berinteraksi dengan guru tentang aktiviti itu tadi, guru
menerangkan dan mengedarkan kertas lembaran kerja iaitu kad manila yang
mengandungi gambarajah anggota kepala iaitu muka dan deria-deria.

Kemudian, murid dikehendaki mengoyak gambarajah deria dan melengkapkan


gambar suai pasang bahagian muka manusia lengkap dengan deria terbabit.
Seterusnya, murid dikehendaki memadankan dan menampal gambarajah deria
mengikut fungsi deria yang sesuai.

Akhir sekali, murid berpeluang untuk mewarna gambarajah itu mengikut kreativiti
masing-masing. Dalam aktiviti ini, saya dapat huraikan bahawa terdapat beberapa
prinsip pertumbuhan dan perkembangan terhadap murid-murid ini.

1. PRINSIPAL 1 - Saling Berkait (Interrelatedness)


Aktiviti ini melibatkan satu perkembangan yang saling berkait dengan perkembangan
yang lain. Dalam aktiviti diatas, perkembangan fizikal boleh mempengaruhi dan
dipengaruhi oleh perkembangan kognitif dan perkembangan sosio emosi. Seperti
contoh murid menyanyikan lagu ‘Jika anda gembira tepuk tangan..tap..tap..’ dan murid
menepuk tangan, sehinggalah guru memberi arahan kepada murid untuk
menggoyangkan kepala, kelip mata dan bersiul. Murid melakukannya dengan hati
yang girang mengulangi lagu tersebut berulang-ulang kali. Disini, dapat dilihat
bahawa dengan bermulanya perkembangan fizikal iaitu melakukan pergerakan ianya
turut berkait dengan perkembangan Bahasa iaitu menyanyikan lirik lagu dan
perkembangan sosio emosi juga turut dikaitkan. Kemahiran Bahasa memberi kesan
kepada hubungan sosial dan emosi kanak-kanak.

2. PRINSIPAL 2 - Urutan Teratur (Orderly Sequence)


Perkembangan ini berlaku dalam urutan yang teratur, dengan kebolehan, kemahiran
dan pengetahuan sedia ada. Seperti contoh aktiviti di atas murid dikehendaki
mengoyak gambarajah deria dan melengkapkan gambar suai pasang bahagian muka
manusia lengkap dengan deria terbabit. Seterusnya, murid dikehendaki memadankan
dan menampal gambarajah deria mengikut fungsi deria yang sesuai.

Perkembangan ini bermula dari motor halus iaitu pergerakan otot tangan dimana ia
adalah merupakan perkembangan fizikal. Perkembangan fizikal merujuk kepada

11
perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi
anggota-anggota badan dan perwatakan. Semasa membesar, kanak-kanak akan
mengalami perubahan dan mengikut turutan. Murid akan melalui pengalaman
bermula dari proses mengoyak kertas, memegang pensil hingga ke menggunting
kertas.

5.0 PENUTUP
Kesimpulannya, persekitaran kanak-kanak dan pembelajaran yang berlaku
hasil daripada pengalaman kanak-kanak banyak menentukan sama ada kanak-kanak
akan mencapai perkembangan yang optimum ataupun tidak. Sesuatu persekitaran
yang memberangsangkan dan memberi pengalaman yang pelbagai akan
membenarkan kanak-kanak untuk mengembangkan potensi mereka. Pemahaman
tentang prinsip-prinsip perkembangan akan membantu guru-guru merancang aktiviti-
aktiviti yang sesuai dan memberangsangkan serta memberi pengalaman-pengalaman
pengayaan untuk kanak-kanak. Ia juga akan memberikan pemahaman asas untuk
menggalakkan dan menyokong pembelajaran kanak-kanak.
Tahap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza dari pelbagai sudut seperti
fizikal, kognitif, afektif dan psikologi, dan sosial walaupun masing-masing melalui
peringkat pertumbuhan yang sama. Pertumbuhan dan perkembangan seseorang
kanak-kanak juga di pengaruhi oleh peranan ibu bapa atau guru. Ibu bapa atau guru
seharusnya seiring dan bekerjasama dalam merancang sesuatu perkara bagi
membantu pencapaian pertumbuhan kanak-kanak secara optimum supaya tahap
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak berkembang seiring. Ibu bapa atau
guru perlu menyediakan keperluan yang baik bagi membantu kanak-kanak dalam
pertumbuhan dan perkembangan mereka. Semua keperluan dan kepentingan
terhadap kanak-kanak adalah saling berkaitan. Penyediaan terhadap keperluan
dalam mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan seseorang kanak-kanak
haruslah perlu dititikberatkan dari aspek keselamatan dan kualiti sesuatu perkara agar
perkara tersebut memberi kepentingan kepada kanak-kanak tersebut.
Selain itu, faktor persekitaran juga mempengaruhi tahap pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak. Jika baik persekitaran yang dibina maka pertumbuhan
dan perkembangan seseorang kanak-kanak juga baik. Namun jika persekitaran yang
dibina ke arah pembentukan yang negatif maka akan mempengaruhi corak
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

12
LAMPIRAN
AKTIVITI 1

13
LAMPIRAN
AKTIVITI 2

PAPAN PUZZLE

14
LAMPIRAN
AKTIVITI 3

15
LAMPIRAN
AKTIVITI 3

16

Anda mungkin juga menyukai