Anda di halaman 1dari 5

Endoskopi

Imej endoskopi ulcer duodenal

Endoskop lentur.

Endoskopi bererti melihat ke dalam dan biasanya merujuk kepada melihat dalam badan
bagi tujuan perubatan menggunakan peralatan yang dikenali sebagai endoskop.
Endoskopi juga boleh dirujuk sebagai menggunakan boreskop dalam keadaan teknikal di
mana pemerhatian secara langsung tidak sesuai.

Overview
Endoskopi merupakan prosedur perubatan diagnostik ceroboh minima yang digunakan
bagi menilai permukaan dalaman organ dengan memasukkan tiub kedalam
tubuhPeralatan ini mungkin memiliki tiub kaku atau lentur dan bukan sekadar
memberikan gambar bagi pemeriksaan mata dan gambar, tetapi turut membolehkan
pengambilan biopsies dan objek asing. Endoskopi merupakan alat bagi pembedahan
ceroboh minima.

Kebanyakan prosedure endoskopi di anggap kurang menyakitkan, dan paling teruk


sekalipun, dikaitkan dengan kurang selesa; sebagai contoh, bagi
esophagogastroduodenoscopy, kebanyakan pesakit mampu melalui prosedure ini dengan
bius tempatan (topical anaesthesia) pada oropharynx dengan menggunakan semburan
Lidocaine. [1] Jarang sekali berlaku komplikasi (hanya 5% dari kesemua operasi) tetapi
boleh membabitkan luka pada organ yang sedang diperiksa menggunakan peralatan
endoskop atau biopsi. Sekiranya ini berlaku pembedahan terbuka mungkin diperlukan
bagi membaiki kecederaan.

Komponen
Endoskop mungkin terdiri dari

 tiub kaku atau lentur


 Sistem penghantaran cahaya bagi menerangi organ atau objek yang akan
diperiksa. Sumber cahaya biasanya di luar badan dan cahaya biasanya disalurkan
menerusi sistem gentian optik
 Sistem kanta optik bagi menghantar imej kepada viewer pada fiberscope
 saluran tambahan bagi membenarkan kemasukan perkakasan perubatan atau
manipulasi

Kegunaan
Endoskopi boleh membabitkan

 Saluran penghadaman saluran pencernaan (GI tract):


o esophagus, perut dan duodenum (esophagogastroduodenoscopy)
o usus kecil
o kolon (colonoskopi,proctosigmoidoskopi)
o salur hempedu
 endoskopicopic retrograde cholangiopancreatography (ERCP),
duodenoscope-assisted cholangiopancreatoscopy, intraoperative
cholangioscopy
 saluran pernafasan
o hidung (rhinoskopi)
o saluran pernafasan bawah (bronchoskopi)
 saluran kencing (cystoskopi)
 sistem pembiakan wanita
o servik (colposkopi)
o uterus (hysteroskopi)
o Tiub Fallopian (Falloskopi)
 Rongga badan yang biasanya tertutup (melalui belahan kecil):
o Rongga perut atau pelvik (laparoskopi)
o Bahagian dalam sendi (arthroskopi)
o Organ pada dada (thoracoskopi dan mediastinoskopi)
 Semasa hamil
o amnion (amnioskopi)
o fetus (fetoskopi)
 Pembedahan plastik
 Panendoskopi (atau endoskopi bertiga)
o Gabungan laryngoskopi, esophagoskopi, dan bronchoskopi
 Kegunaan bukan perubatan bagi endoskopi
o Masyarakat perancang dan seni bina mendapati endoskope berguna bagi
pra-lihat model skala cadangan bangunan dan bandar (architectural
endoskopi)
o Pemeriksaan dalaman sistem teknikal rumit (boreskope)
o Endoscopes are also a tool helpful in the examination of improvised
explosive devices by bomb disposal personnel.
o FBI menggunakan endoskopi bagi melakukan pengawasan melalui ruang
sempit

Sejarah
Endoskop, sepertinya, dibangunkan pada 1806 oleh Philip Bozzini dengan pengenalan
"Lichtleiter" (pengalir cahaya) "bagi pemeriksaan salur dan rongga dalam badan
manusia". Bagaimanapun, Vienna Medical Society tidak menggalakkan usaha ingin tahu
seperti itu. Endoskop pertama kali diperkenalkan pada tahun 1822 bagi manusia oleh
William Beaumont, pakar bedah tentera di Pulau Mackinac, Michigan. Penggunaan
cahaya eletrik merupakan langkah besar dalam peningkatan endoskopkopi. Cahaya
sepertinya adalah luaran. Kemudian, mentol lebih kecil di dapati membolehkan cahaya
dalaman digunakan, sebagai contoh bagi hysteroskopi oleh Charles David pada 1908.
Hans Christian Jacobaeus telah diberikan pengesahan bagi penjelajahan endoskopik awal
pada abdomen dan thorax dengan menggunakan laparoskopi (1912) dan thoracoskopi
(1910). Laparoskopi digunakan bagi diagnosis penyakit hati dan hempedu oleh Heinz
Kalk pada tahun 1930-an. Hope melaporkan bahawa pada 1937 mengenai kegunaan
laparoskopi bagi mendiagnos kehamilan ektopik. Pada tahun 1944, Raoul Palmer
meletakkan pesakitnya pada kedudukan Trendelenburg selepas mengembung perut
menggunakan gas dan dengan itu mampu melaksanakan laparoskopi gynecologi.

Risiko
 Jangkitan
 Organ luka
 Tindak balas alahan akibat agen bandingan (Contrast agents) atau pewarna
(seperti yang digunakan bagi CT scan)
 Terlebih bius

Selepas endoskopi
Selepas menjalani prosedur pesakit akan dipantau dan diperiksa oleh mereka yang
berkelayakan dalam bidang endoskopi atau kawasan pemulihan sehingga sebahagian
besar kesan ubat bius telah hilang. Kadangkala pesakit merasa sakit kerongkong
serdahana, yang hilang dengan berkumur air bergaram, atau merasa kembung akibat
udara yang dipam semasa prosedur. Kedua masaalah adalah serdahana dan cepat hilang.
Selepas segar semula, pesakit akan diberi arahan bila makan dan munim seperti biasa
(kemungkinannya selepas beberapa jam berikutnya) dana akan dibenarkan dibawa balik.
Disebabkan penggunaan ubat bius, kebanyakan pusat perubatan memerlukan pesakit di
bawa pulang oleh orang lain dan tidak memandu atau mengendalikan sebarang mesin
sehingga esok.

Perkembangan terkini
Dengan penggunaan sistem robatik, telesurgeri telah diperkenalkan agar pakar bedah
mampu beroperasi dari tapak terasing dari pesakit. Pembedahan merentasi atlantik telah
digelar Operasi Lindbergh.

See also
 Angiografi
 Fiberskope
 Pembedahan menggunakan robot

[sunting] Rujukan
 Siegler AM, Kemmann E (1975). "Hysteroscopy". Obstet Gynecol Surv 30 (9):
567–88. DOI:10.1097/00006254-197509000-00001.
 Armin Gärtner; medical technics and information technologie, Band II.
Medizintechnik und Informationstechnologie, Band II. ISBN 3-8249-0941-3.
 Obituary: Professor Harold Hopkins, FRS, The Times, 3 Nov 1994.
 Sivak MV (2004). "Polypectomy: looking back". Gastrointest. Endosc. 60 (6):
977–82. DOI:10.1016/S0016-5107(04)02380-6.

[sunting] Nota kaki


1. ↑ National Digestive Diseases Information Clearinghouse (November 2004).
Upper Endoscopy. National Institutes of Health. Dicapai pada 2007-10-07.

Bittner JG, et al. Resident training in flexible gastrointestinal endoscopy: a review of


current issues and options. J Surg Educ. 2007 Nov-Dec;64(6):399-409. PMID: 18063277

[sunting] Pautan luar


 Sumber bagi pengguna endoskopi.
 Diagnostic and Therapeutic Endoscopy - Open-Access Journal
 DAVE Project, Digital Atlas of Video Education - Gastroenterologi
 Global Rating Scale, GRS - Quality Assurance for Endoscopi
 Bahagian Pembaikian Endoskope
 "How I Do It" — Removing large or sessile colonic polyps. Dr. Brian Saunders
MD FRCP; St. Mark’s Academic Institute; Harrow, Middlesex, UK. Retrieved
April 9, 2008.

Anda mungkin juga menyukai