Anda di halaman 1dari 5

KESELAMATAN KANTIN

3.0       KANTIN

 Kantin merupakan premis yang penting kepada warga


sekolah bagi mendapatkan keperluan makanan
semasa berada di sekolah. Kantin juga adalah sebuah
tempat yang sentiasa menjadi tumpuan murid-murid
sewaktu rehat bagi mendapatkan makanan dan
minuman yang diingini untuk mengalas perut yang
lapar. Andai pengurusan prosedur keselamatan di
kantin diabaikan dan tidak diaplikasi dengan penuh
disiplin kemungkinan banyak risiko yang akan berlaku.
Oleh itu, tatacara harus disediakan sebagai panduan
penggunaan kantin kepada semua warga sekolah.

3.1       TATACARA PENGGUNAAN AM

3.1.1    Kebenaran Masa Berada Di Kawasan Kantin


Sekolah

 Murid perlu mematuhi peraturan kantin dan hanya


dibenarkan berada di kantin pada waktu rehat iaitu
pada pukul 1000 hingga 1020 sahaja. Namun bagi staf
sekolah, waktu berada di kantin tidak terbatas asalkan
tidak menganggu jadual bertugas masing-masing.

3.1.2    Kebersihan Kantin Sekolah

 Semua pengguna mesti mengutamakan kebersihan


dengan memastikan kawasan kantin sekolah dijaga
dengan bersih dan bebas dari sampah sarap. Selain
daripada itu, kantin sekolah juga perlu bebas daripada
LILATI ( lipas, lalat dan tikus ).

3.1.3    Keselamatan Di Kantin Sekolah

 Murid tidak dibenarkan bermain-main dan berlari-lari di


dalam kantin terutamanya apabila keadaan lantai yang
licin terutamanya selepas hujan turun.

3.1.4    Makanan Terlarang

 Pengusaha kantin dilarang menjual sebarang makanan


TIDAK HALAL dan murid bukan Islam juga dilarang
membawa dan makan sebarang makanan TIDAK
HALAL di dalam kantin.

 
3.1.5    Laporan Kemalangan Dan Pergaduhan

 Pengawas atau guru yang bertugas hendaklah


dimaklumkan apabila terjadi sebarang kemalangan dan
pergaduhan berlaku di dalam kantin.

3.2       TATACARA PENGGUNAAN MURID

3.2.1    Beratur Sewaktu Membeli Makanan

 Murid-murid sentiasa beratur, berkelakuan sopan


santun dan mengikut giliran sewaktu hendak membeli
makanan.

 Dilarang sama sekali berebut-rebut dan bertolakan


sesama sendiri sewaktu membeli makanan,
mendapatkan tempat duduk dan balik ke kelas masing-
masing.

3.2.2    Kebersihan Menjadi Keutamaan

 Sentiasa menjaga kebersihan tempat makan ( meja )


dalam keadaan bersih.

 Cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas


makan di tempat yang disediakan.

 Dilarang membuang sampah di merata tempat.

 Membuang bungkusan dan sisa makanan ke dalam


tong sampah yang telah disediakan.

3.3.3    Larangan Sewaktu Berada Di Dalam Kantin

 Dilarang makan dan minum sambil berjalan atau


berdiri.

 Dilarang membawa makanan dan minuman keluar dari


kantin.

 Jangan meludah di kawasan kantin.

 Jangan bergaduh sewaktu membeli makanan dan


minuman.

 Jangan membuat bising dan bercakap-cakap sewaktu


sedang menikmati hidangan makanan.

 
3.3       TATACARA PENGGUNAAN GURU

3.3.1    Pengawasan Tingkah Laku Murid

 Guru perlu mengawas tingkah laku murid semasa


beratur dan bergerak sewaktu membeli makanan dan
minuman. Ini bagi mendidik murid-murid berdisiplin
tinggi dan menjadikan urusan pembelian makanan dan
minuman berjalan dengan selesa.

3.3.2    Memastikan Makanan Dan Minuman Yang Dijual


Menepati Piawai

 Guru perlu memastikan makanan dan minuman yang


disediakan dan dijual oleh pihak kantin adalah tidak
melanggar peraturan-peraturan makanan 1985 dan
menepati piawai kebersihan dan keselamatan kantin
sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.

3.3.3    Kebersihan Dan Keselamatan Kantin

 Guru perlu memastikan kebersihan dan keselamatan di


dalam kantin telah memenuhi piawai Kementerian
Kesihatan Malaysia.

 Guru memastikan makanan yang dijual sentiasa bersih,


bermutu, berkhasiat dan selamat untuk dimakan.

 Guru memastikan semua kemudahan kantin seperti


tempat menyediakan, mempamerkan atau
menghidangkan makanan hendaklah sentiasa dijaga
dalam keadaan bersih dan kemas.

 Memastikan tiada staf yang akan merokok di dalam


kantin sekolah.
 

Anda mungkin juga menyukai