Anda di halaman 1dari 6

Program Etiket Dan Protokol Peringkat Daerah Segamat

Tahun 2005

1.Pengenalan
Penampilan diri yang menarik semasa menghadiri majlis-majlis rasmi/formal akan memberikan
satu status atau label sebagai seorang yang berwatak dan profesional. Jadi untuk memberikan
satu imej yang positif bagi pengurus sekolah, maka pendedahan dan pengetahuan dalam aspek
protokol dan etiket perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Menurut Kamus Lengkap, etiket ialah “hukum-hukum berkenaan dengan adab tertib antara orang
dalam sesuatu kelas masyarakat atau sesuatu pekerjaan. Grolier Webster International Dictionary
pula memberi maksud etiket sebagai:

1. Kehendak yang biasa dalam tingkah laku sosial


2. Ketetapan atau kod imej yang diterima dalam upacara seperti dalam istana atau dalam
majlis formal atau masyarakat amnya.

Dalam Larouse Illustrated Internasional Encyclopedia and Dictionary, protokol dimaksudkan


sebagai:

1. Suatu susunan keutamaan dalam pangkat dan status dan juga prosedur yang betul dalam
bertukaran diplomatik dan dalam upacara-upacara negara.
2. Suatu draf permulaan atau memorandum dokumen diplomatik, seperti ketetapan yang
dipersetujui dalam rundingan untuk dimasukkan ke dalam suatu persetiaan formal dan
ditandatangani oleh perunding-perunding.

Manakala menurut Mokhtar dan Ahmad Fauzi dalam bukunya, Protokol Di Malaysia-Tradisi Dan
Amalan, menyatakan protokol adalah tatasusila sosial dan tatacara bagi sesuatu majlis rasmi.
Segala susunan yang diatur adalah bertujuan untuk kemuliaan majlis dan kesempurnaan istiadat.
Kesemua ini bertujuan meninggikan budaya bangsa dan negara serta menyesuaikan diri dengan
tamaddun dunia.

2.Matlamat
Meningkatkan pengetahuan pengurus sekolah dalam protokol dan etiket dalam penampilan diri
dan mengurus majlis-majlis rasmi.

3.Objektif
1. Peserta kursus mempunyai maklumat dan pengetahuan tentang susunan bendera dalam
majlis rasmi
2. Peserta kursus tahu cara berpakaian dan penampilan diri dalam majlis-majlis rasmi
.
3. Peserta tahu protokol menyambut tetamu dan mengacara majlis semasa majlis rasmi.
4. Peserta kursus tahu susunan peralatan di meja makan dan adab makan di meja makan

4.Sasaran
Pentadbir/pengurus sekolah,Guru Bimbingan Kaunseling Sekolah Rendah dan Guru Bimbingan
Kaunseling Sepenuh Masa .

5.Tempat
Hotel Sri Pelangi

6.Sumber Kewangan
Kutipan bayaran daripada peserta kursus dan peruntukan Pejabat Pendidikan Daerah.

7. Anggaran Kos Perbelanjaan

Pendapatan Perbelanjaan
Keterangan Jumlah Keterangan Jumlah
Pungutan yuran peserta Bayaran Penceramah 600.00
(RM 30.00 X 2 orang X 107 sek) 6420.00
Sumbangan PPD 330.00 Makan (3X)
(2 orang X 107 Sek X RM 25.00) 5350.00
Cenderahati Perasmi 200.00
Iklan/Kain Rentang 100.00
Urusetia
(termasuk bayaran 1 bilik
penginapan penceramah) 500.00
JUMLAH 6750.00 JUMLAH 6750.00

8.Aktiviti
i. Ceramah
ii. Soal-jawab
iii. Tayangan (Power Point)

9.Strategi
i. Perbincangan dengan Pegawai di PPD
ii. Penyediaan Kertas Kerja
iii Menghubungi Penceramah
iv. Mesyuarat Di Peringkat PPD
v. Perlaksanaan Program
vi. Post Mortem

10.Tarikh Perlaksanaan
10 Mac 2005/ 24 Mac 2004(Tentatif)

11.Penganjur
Pejabat Pendidikan Daerah
(Projek Mega , Program Sandaran NPQH)
12.Aturcara Majlis

Bil Masa Aktiviti


1 7.45-8.00 pagi Pendaftaran
2 8.00-8.20 pagi Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah
3 8.20-10.00 pagi Ceramah- Cara Berpakaian dan Susunan Bendera dalam
Majlis Rasmi
4 10.00-10.30 pagi Jamuan Minum Pagi
5 10.30-12.30 tgh Ceramah-Protokol Menyambut Tetamu Dan Mengacara
Majlis
6 12.30-2.00 ptg Rehat/Makan Tengahari
7 2.00-4.15 ptg Ceramah-Susunan Di Meja Makan Dan Cara Makan
Dalam Majlis Rasmi.
8 4.15-4.30 ptg Minum petang / bersurai

13 Jawatan Kuasa Pelaksana/Sumber Tenaga


i.Pegawai Pendidikan Daerah
ii.Kaunselor Pentadbiran PPD
iii. Pengetua/Guru Besar Daerah Segamat.
iii. Guru Sandaran NPQH
iv. Guru-guru AJK

14.Penutup
Kerjasama daripada semua pihak diharap akan memberikan satu kekuatan dalam menjayakan
program ini. Selepas perlaksanaan program ini diharap akan meningkatkan lagi keberkesanan
pihak pengurusan sekolah dalam mengelolakan majlis rasmi serta penampilan diri yang sesuai
dengan majlis yang dihadiri. Diharap program ini dapat meningkatkan tahap profesionalisma di
mata masyarakat sebagai pendidik dan pengurus sekolah yang cemerlang.

Disediakan oleh:
………………………………..
(ROHAYA MD. ZAIN)
Guru Sandaran NPQH
Instutut Aminuddin Baki.
Program: Pelajar Gemilang
(Pertemuan antara ibu bapa/penjaga pelajar kelas Gemilang dengan guru-guru dan
Pentadbir sekolah)

Pengenalan:
Pengurusan Kurikulum merupakan ‘core-business’ di sekolah maka pengurusan
kurikulum yang cemerlang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berprestasi cemerlang
dalam peperiksaan. Seiringan dengan ini, maka pihak sekolah telah merancang pelbagai
program kecemerlangan dan salah satunya ialah Program Pelajar Gemilang yang bukan
sahaja memerlukan komitmen daripada pihak sekolah, malah para pelajar dan juga ibu
bapa.

Matlamat
Menetapkan “mind-setting” pelajar, ibu bapa/Penjaga pelajar Kelas Gemilang ke arah
‘Perfect-Score’

Objektf
i. Pelajar tahu mereka adalah kumpulan “Perfect-Score”
ii. Pelajar dapat menetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang dalam
bidang akademik
iii. Ibu bapa/penjaga tahu program sekolah terhadap anak-anak mereka ke arah
pelajar ‘Perfect-Score’
iv. Ibu bapa dan sekolah sentiasa berganding bahu dalam mewujudkan pelajar
cemerlang.

Sasaran
i Pelajar Tingkatan 3 RK (Kelas Gemilang)
ii. Guru-guru mata pelajaran 3 Gemilang
iii. Ibu bapa/ Penjaga

Tempat
Dewan Sri Bentara Dalam

Sumber Kewangan
i. Peruntukan Kelas Rancangan Khas
ii.Peruntukan Kaunseling

Anggaran Kos
i. Penceramah: = RM 200.00
ii. Jamuan Makan Tengahari: RM 5.00 X 300 orang = RM 1500.00
iii. Urusetia + ‘Hand-Out’ = RM 50.00
JUMLAH = RM 1750.00

Aktiviti
i. Taklimat Pengetua
ii. Ceramah Motivasi
iii. Penetapan Matlamat PMR antara anak dengan ibu bapa/penjaga (Akujanji)
iv. Penyerahan Mentee kepada Mento bersama-sama dengan ibu bapa.
v. Suai-kenal antara Mentor-Mentee bersama-sama dengan ibu bapa.

.
Strategi Perlaksanaan
i. Lontaran idea daripada Pengetua
ii. Perbincangan antara Setiausaha program dengan Pengetua
iii. Mesyuarat Pengurusan
iv. Mesyuarat dengan semua AJK Program
v. Perlaksanaan Program
vi. Penilaian

Tarikh Perlaksanaan
3 Febuari 2005

Penganjur
Pengurusan Kurikulum

Jawatankuasa Pelaksana

Penutup

13. Carta Gantt


Bil Aktiviti Januari Febuari Mac
1 Perbincangan dengan /
Pengetua
2 Mesyuarat Pengurusan /
3 Mesyuarat AJK Program /
4 Pelaksanaan Program /
5 ‘Post-Mortem’ /
LAMPIRAN
Tentatif Program

Bil Aktiviti Masa Tindakan


1 Para pelajar , ibu bapa/penjaga dan 8.15-8.30 pagi AJK Persiapan
guru-guru mengambil tempat tempat dan
duduk. penyambut tetamu
2 Taklimat Pengetua 8.30 – 9.30 pagi Pengetua
Pencatat
3 Minum pagi 9.30-10.00 pagi AJK Jamuan
4 Ceramah Motivasi 10.00-11.30 pagi AJK
Ceramah/Jemputan
Pencatat
5. Penyerahan Mentee kepada 11.30-1.00 tgh En. Amran Abas
Mentor Guru-guru (mentor)

Suai-kenal mentor-mentee
bersama ibu bapa/penjaga

Anda mungkin juga menyukai