Anda di halaman 1dari 1

Nama : Yap Yik Wan

Matric No : A16KT0463
Nama Pensyarah: : P.M. Dr.Hashim Fauzy bin Yaacob

GLOBALISASI
-‘Dunia tanpa sempadan’  Dikenali sebagai kesejagatan ataupun dunia tanpa sempadan. 
Setiap negara terpaut kepada jaringan aliran maklumat secara global yang ditunjangi
kecanggihan teknologi.  Menurut Kenichi Ohmae, globalisasi adalah dunia tanpa sempadan
dengan setiap negara terpaut kepada jaringan aliran maklumat secara global yang ditunjangi
kecanggihan teknologi.  Sempadan negara bangsa akan berakhir.  Globalisasi
menjanjikan kehidupan yang lebih mudah dan cemerlang. Ia akan mencabut nilai-nilai
kebangsaan dan kenegaraan, lalu menggantikannya pula dengan konsep kesejagatan.
- CABARAN GLOBALISASI KE ARAH PEMBINAAN NEGARA BANGSA
1) Kesukaran menjadikan Malaysia negara maju mengikut acuan sendiri dari segi
memperkukuhkan minda, budaya dan nilai yang harus menjadi pegangan rakyat supaya
sejajar dengan hasrat Pembentukan Negara Bangsa.
2) Sifat kewibawaan pemimpin negara dalam menyatukan bangsa dan menyeru rakyat
menuntut kemerdekaan bangsa agar Malaysia mampu menyahut cabaran Wawasan 2020.
3) Mencari jalan keluar bagi mengukuhkan negara bangsa pada masa depan sebagai teras
utama bagi pembinaan negara bangsa.
4) Kegagalan mewujudkan iklim sekolah. Halpin dan Croft(1963), iklim sekolah yang
berkesan mempunyai ciri seperti guru berasa selamat berpuas hati, berkeyakinan dan tidak
terasa tertekan mendidik murid di sekolah dalam melaksanakan objektif pengajaran dalam
mencapai matlamat pembinaan negara bangsa.
5) Komitment guru yang tidak kukuh  Ini kerana guru adalah tunjang kepada sekolah
berkesan kerana guru bertanggungjawab terhadap core business yang meliputi perkembangan
jasmani, rohani, dan intelek serta kaedah pengajaran yang meliputi asas kemahiran kritis
seseorang murid agar kekuatan pemikiran dan daya penyelesaian masalah dapat di pupuk.
6) Masalah jati diri pelajar di sekolah. Apabila pelajar terbabit dalam gejala yang tidak baik
(merempit,penyalahgunaan dadah,bunuh dan pelacuran) matlamat pembinaan negara bangsa
akan tercemar dan perlaksanaannya akan tergendala.

Anda mungkin juga menyukai