Anda di halaman 1dari 8

1.

PENDAHULUAN

Peluluhawaan merupakan satu proses yang menyebabkan berlakunya perubahan terhadap sifat
fizikal dan mineralogi jasad dan bahan batuan di mana berlaku pemusnahan terhadap sifat
mekaniknya. Peluluhawaan menyebabkan batuan dan mineral tersepai dan berubah membentuk
bahan yang lebih seimbang di persekitaran baru iaitu di permukaan atau berhampiran permukaan
bumi. Ia biasanya berlaku secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Proses
peluluhawaan ini dipengaruhi secara langsung oleh kehadiran udara dan air. Oleh kerana
keadaan fizikal dan kimia permukaan bumi adalah berbeza dengan keadaan di mana batuan
terbentuk, maka fabrik dan mineral batuan akan mengalami perubahan akibat perubahan
tindakbalas di kawasan yang mempunyai pengaruh fizikal dan kimia yang baru. Kadar
peluluhawaan bergantung kepada persekitaran, sifat jasad batuan dan sifat bahan batuan itu
sendiri. Faktor persekitaran yang mempengaruhi kadar luluhawa ialah iklim, topografi, hidrologi
dan sistem biologi. Sifat jasad batuan seperti kehomogenannya, jarak dan corak ketakselanjaran
dan makrofabrik mempengaruhi kadar peluluhawaan. Sifat bahan batuan yang mempengaruhi
kadar peluluhawaan pula ialah komposisi mineral, tekstur, fabrik dan kadar ketertelapan.

2.0 SISTEM PENGELASAN PELULUHAWAAN DI KAWASAN TROPIKA

Pengaruh iklim dalam proses luluhawa adalah amat penting kerana ia berkait dengan suhu yang
mengawal tindakbalas kimia. Iklim bertindak secara fizikal dalam memanas dan menyejuk
batuan yang membawa kepada penyepaian mineral dan batuan. Di kawasan tropika yang panas
dan lembab, suhu yang lebih tinggi mempercepatkan tindakbalas di mana penguraian kimia
adalah penting. Di kawasan yang beriklim tropika, iklim menjadi faktor utama dalam
mencorakan profil peluluhawaan di mana proses yang utama disebabkan oleh kehadiran air dan
suhu yang cukup ketara. Peluluhawaan kimia bergantung kepada kekerapan dan tempoh hujan
yang turun serta suhunya. Di kawasan tropika yang mengalami hujan yang lebat, akan
menyebabkan air mengisi retakan-retakan dan lohong-lohong pada batuan yang menghasilkan
tindakbalas kimia dengan butiran mineral.

Pengelasan batuan terluluhawa bagi tujuan kejuruteraan hendaklah ditentukan di lapangan atau
di makmal berdasarkan kepada pemeriksaan secara visual. Sistem pengelasan batuan terluluhawa

1
yang kerap digunakan dibangunkan dan dikembangkan oleh Fookes et al (1971) dan
kemudiannya diubahsuai oleh Dearman (1974, 1978). Sistem pengelasan ini pada mulanya
dibangunkan berdasarkan kepada batuan granitik di Dartmoor, barat daya England. Sistem ini
diguna oleh International Association of Engineering Geology (IAEG, 1981) dengan beberapa
penambahbaikan dan telah mencadangkan satu sistem pengelasan gred peluluhawaan yang boleh
diterima pakai dalam kerja-kerja kejuruteraan pada masa ini. Sistem pengelasan ini merujuk
kepada profil peluluhawaan batuan granit dan membahagikan jasad batuan kepada enam gred
(daripada batuan segar hingga tanah baki) berdasarkan darjah penguraian kepada tanah,
kemusnahan struktur/fabrik, penyahwarna dan nisbah batuan dan tanah (rujuk Jadual 1).

Jadual 1: Profil luluhawa jasad batuan (selepas IAEG, 1981)

GRED KELAS KETERANGAN

VI Tanah baki Batuan berubah menjadi tanih sepenuhnya, struktur jasad dan fibrik mineral musnah serta
perubahan dalam isipadu
V Luluhawa lengkap Batuan terurai menjadi tanah tetapi struktur jasad masih kekal
IV Luluhawa tinggi Lebih 35% terurai menjadi tanah, batuan hadir dalam bentuk teras atau secara berterusan

III Luluhawa sederhana Kurang 35% terurai menjadi tanah, batuan hadir dalam bentuk teras atau secara berterusan

II Luluhawa sedikit Perubahan pewarnaan atau pelunturan warna pada bahan batuan dan permukaan
ketakselanjaran
I Batuan segar Tiada tanda luluhawa pada jasad batuan, sedikit perubahan warna pada ketakselanjaran

Oleh kerana, kawasan yang beriklim tropika mempunyai iklim yang berbeza dengan kawasan di
mana pemerhatian dan pengelasan peluluhawaan pertama kali dibangunkan, maka pengkaji-
pengkaji di rantau ini telah memperincikan lagi sistem peluluhawaan dengan merujuk kepada
keadaan iklim di kawasan tropika.

Raj (1985) telah mencirikan profil peluluhawaan di kawasan tropika amnya dan di Semenanjung
Malaysia khasnya berdasarkan kajian beliau terhadap batuan granit biotit berpofiritik di mana
pengecaman dan definasi pelbagai peringkat peluluhawaan bahan batuan dasar dipertimbangkan
pada skala jasad batuan berasaskan kepada pengecaman dan definasi pelbagai peringkat
peluluhawaan pada batuan dasar bahan batuan pada singkapan kajiannya di Lebuhraya Karak.

2
Beliau mendapati wujud perubahan secara beransur-ansur bahan batuan terluluhawa yang boleh
dipertimbangkan sebagai bahan batu atau tanah pada pandangan kejuruteraan sama seperti yang
dinyatakan oleh Terzaghi dan Peck (1948). Beliau telah membahagikan peringkat peluluhawaan
batuan dasar granit biotit berporfiritik kepada sembilan tahap berdasarkan kepada warna, tekstur
dan keterusan perubahan terhadap butiran mineral. Dengan pengenalan terhadap sembilan
peringkat peluluhawaan bahan batuan dasar tersebut akan membawa kepada pengenalan terhadap
enam peringkat peluluhawaan berdasarkan skala jasad batuan. Tahap-tahap peluluhawaan
tersebut seperti dalam Lampiran 1.

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang terdiri dari Ibrahim Komoo
dan rakan-rakan (1991) telah mencadangkan satu pendekatan yang lebih sistematik dalam
mencirikan profil luluhawa berdasarkan kepada penyahwarnaan, pengawetan tekstur, darjah
perubahan mineral dan kejelekitan/kegemburan tanah atau kekuatan relatif bahan batuan.
Pengelasan ini membahagikan bahan granit terluluhawa kepada 10 indeks untuk kegunaan dalam
bidang geoteknikal (Lampiran 1).

Indeks kekuatan batuan merupakan satu kriteria yang amat penting dalam pengelasan gred
peluluhawaan. Zhou et. al. (1994) telah mengkaji profil peluluhawaan batuan granit di Bukit
Timah, Singapura dan telah menggunakan maklumat geologi yang diperolehi daripada
pemeriksaan secara visual tehadap penguraian dan penyepaian batuan di lapangan dan maklumat
mekanikal, hidraulik dan fizikal yang diperolehi di lapangan serta melalui ujian di makmal untuk
mengelaskan gred peluluhawaan (Lampiran 2). Beliau juga mencadangkan pengelasan kepada 6
kelas daripada batuan segar hingga tanah baki. Kriteria pengelasan meliputi penerangan sifat
bahan dan jasad batuan, nisbah bahan batuan dan tanah, sifat keboleh-pecahan (slakebility),
indeks kekuatan, halaju sonik, sifat keporosan, indeks jarak antara kekar dan RQD, ketelapan
jasad batuan dan indeks mikro bahan batuan (indeks mikro-petrografi dan mikro-pecahan).

3
3.0 PERUBAHAN-PERUBAHAN FIZIKAL, KIMIA DAN MEKANIKAL DALAM
PROFIL PELULUHAWAAN BATUAN GRANIT

Peluluhawaan batuan disebabkan oleh penyepaian fizikal dan penguraian kimia yang memberi
kesan terhadap terhadap sifat-sifat fizik dan mekanik jasad dan bahan batuan. Peluluhawaan
dikelaskan kepada dua jenis yang utama iaitu peluluhawaan mekanikal dan peluluhawaan kimia.
Terdapat satu lagi peluluhawaan yang dikenalpasti oleh pakar-pakar iaitu peluluhawaan
biologi.yang mana ia disebabkan oleh tindakan oleh haiwan dan tumbuhan yang membawa
kepada kepada perubahan fizik dan kimia batuan.

3.1 Perubahan Fizikal dan Mekanikal Batuan


Perubahan secara fizikal dan sifat mekanikal batuan di mana pemusnahan atau penyepaian
berlaku terhadap batuan secara fizikal dipanggil peluluhawaan mekanikal atau fizikal.
Peluluhawaan fizikal atau mekanikal melibatkan penyepaian batuan melalui sentuhan langsung
dengan keadaan atmosfera seperti kepanasan, air, ais dan tekanan. Batuan pecah secara fizikal
atau butiran mineral diasingkan secara individu tanpa melibatkan perubahan kimia. Ia melibatkan
proses seperti pengepingan (exfoliation), pembajian frost (frost wedging), lelasan (abrasion),
pengembangan dan penguncupan (Thermal expansion and contraction) yang disebabkan oleh
perubahan suhu dan pembentukan dan pembesaran kristal (crystal growth) dalam retakan dan
ruang pori..

3.2 Perubahan Kimia


Perubahan kimia melibatkan perubahan terhadap komposisi kimia yang membawa kepada
peyepaian batuan. Ia berlaku melibatkan kehadiran agen atmosfera seperti air, oksigen dan
karbon dioksida di mana kombinasinya menghasilkan pelbagai larutan kimia yang membentuk
larutan berasid yang secara langsung menguraikan mineral (Rajah 1). Ia dipanggil peluluhawaan
kimia. Ia melibatkan proses seperti perlarutan, penghidratan, hodrolisis, pengoksidaan,
penurunan dan pengkarbonatan yang memberi kesan terhadap semua mineral.

Orthoklas: KalSi3O8 + H+ K+ + AlSi3O8- + SiO2 + H2O

4
Na-Plagioklas: NaAlSi3O8 + H+ Ca2+ + Al2Si2O8- + SiO2 + H2O

Muskovit: KAl2(Si3AlO10)(OH)2 + H+ K+ + Al3+ + AlSi3O104- + SiO2 + H2O

Biotit: K(Mg, Fe)3(Si3AlO10)(OH)2 + H+ K+ + (Mg2+, Al3+) + AlSi3O104- + SiO2 + H2O

Olivin: Mg2SiO4 + H+ Mg2+ + SiO2 + H2O

Rajah 1: Contoh tindakbalas penguraian mineral-mineral biasa batuan granit:

Goldrich (1938) telah mempersembahkan turutan peluluhawaan mineral pembentuk batuan


igneus. Beliau juga menyatakan bahawa turutan peluluhawaan adalah terbalikan kepada siri
tindakbalas Bowen yang menunjukkan turutan pengkristalan mineral (Rajah 1). Mineral yang
paling awal terbentuk semasa proses pengkristalan adalah mineral yang paling awal terurai
manakala mineral yang paling akhir terbentuk adalah mineral yang paling tahan terhadap
peluluhawaan.

Siri Tindakbalas Bowen Siri Luluhawa Goldich

(penghabluran awal)
Olivin Olivin

Piroksen Plagioklas-anortit Plagioklas kalsik


Kekuatan bahan berkurang

Augit
Amfibol Plagioklas pertengahan Plagioklas kalsik-alkali
Aturan penghabluran

Plagioklas alkali-kalsik
Homblend
Plagioklas albit Plagioklas alkali
Biotit

k-feldspar Biotit
k-feldspar
Muskovit
Kuarza Kuarza
(penghabluran lewat daripada magma baki)

Rajah 1: Siri peluluhawaan oleh Goldich dan tindakbalas penghabluran oleh Bowen

5
4.0 KESIMPULAN

Peluluhawaan kimia adalan jenis peluluhawaan yang paling banyak berlaku di kawasan beriklim
tropika kerana keadaan iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun dengan kehadiran jumlah
hujan tahunan yang tinggi. Kehadiran air akan membentuk tindakbalas-tindakbalas kimia seperti
perlarutan, penghidratan, hodrolisis, pengoksidaan, penurunan dan pengkarbonatanyang
menyebabkan penguraian kimia. Profil peluluhawaan juga tebal kerana air dapat memasuki
retakan-retakan di dalam batuan dan di dalam ruang antara biutiran mineral yang menyebabkan
tindakbalas kimia yang seterusnya merubah komposisinya. Maka, perbezaan iklim yang ketara di
mana pengelasan peluluhawaan pertama kali dicadangkan dengan kawasan yang beriklim tropika
seperti di Malaysia perlu sedikit penambahbaikan untuk menyesusaikan dengan keadaan cuaca
dan iklim. Sehubungan dengan itulah cadangan-cadangan oleh Raj (1985), Ibrahim Komoo et. al.
(1991) dan Zhou et. al. (1994a) dalam pengelasan peluluhawaan di kawasan tropika perlu dan
boleh digunapakai.

RUJUKAN

IAEG,1981. Rock and soil description and classification for engineering geology mapping.
Bulletin IAEG. 24: 235-274.

Ibrahim Komoo, Kadderi Md. Desa, Hamzah Mohamad, Abdul Ghani Rafek and Tan Boon
Kong, 1991. Systematic approach in the characterization of granitic weathering profiles
in tropical terrains, Warta Geologi, Vol. 17, No. 3, pp. 105 – 109.

Raj J.K., 1985. Characterisation of the weathering profile developed over a porphyritic biotite
granite in Peninsular Malaysia. Bulletin IAEG. 32: 121-129.

Zhau J. et al., 1994a. A study of weathering of the Bukit Timah Granit: Review, field
observations and geophysical survey. Bulletin IAEG. 49: 97-106

Zhau J. et al., 1994b. A study of weathering of the Bukit Timah Granit: Field and laboratory
investigations. Bulletin IAEG. 50: 95-111

6
Lampiran 1

Jadual 1:Peringkat peluluhawaan batuan granit biotit porfiritik oleh Raj (1985)

PERINGKAT PENERANGAN
PELULUHAWAA
N
Peringkat 0 Bahan batuan dasar tidak terluluhawa
Peringkat 1 hingga 5 Bahan batuan dasar terluluhawa dan dikelaskan sebagai “bahan batuan”
Peringkat 6 Bahan batuan dasar terluluhawa dikelaskan peringkat perubahan antara “bahan batuan” dengan “bahan tanah”
Peringkat 7 hingga 8 Bahan batuan dasar terluluhawa dan dikelaskan sebagai peringkat “bahan tanah”
Peringkat 9 Batuan dasar terluluhawa dan sebahagiannya telah diubahsuai melalui proses pedologi

Jadual 3: Cadangan pencirian profil luluhawa batuan granit di kawasan tropika (Ibrahim Komoo et al., 1991)

PROFIL PENCIRIAN FIZIKAL BAHAN BATUAN


LULUHAWA (IBRAHIM KOMOO ET AL, 199L)
Kelas Gred Indeks Nyah- Pengawetan Kandungan Kekuatan Relatif
warna tekstur Mineral
Tanah VI 10 D6 T3 Q, ML F5
baki 9 D5 T3 Q, ML F5
Luluhawa V 8 D5, M T2 Q, kF, ML F4
lengkap 7 D5, M T1 Q, kF, M, ML F4
Luluhawa IV 6 D4, M T0 Q, kF, M, B, ML F4
tinggi 5 D3, M T0 Q, kF, M, B, Pl, ML F3
Luluhawa III 4 D2 T0 Q, kF, M, B, Pl F2
sederhana 3 D1 T0 Q, kF, M, B, Pl F2
Luluhawa II 2 D0 T0 Q, kF, M, B, Pl F1
sedikit (feldspar
terluntur
)
Batuan I 1 D0 T0 Q, kF, M, B, Pl F0
segar
Nyah-warna: Pengawetan tekstur: Kandungan mineral: Kekuatan relatif:
D6-kuning kecoklatan T3 100% musnah Q-kuarza F5-kohesif
D5-merah kecoklatan T2 <50% terawet Pl-plagioklas F4-rapuh
D4-kecoklatan T1 >50% terawet kF-alkali feldspar F3-lemah
D3-kekuningan T0 terawet sepenuhnya M-muskovit F2-sederhana
D2-kemerahan B-biotit F1-keras
D1-kekuningan ML-mineral lempung F0-sangat keras
D0-tiada perubahan
M-molted (berbintik)

7
Lampiran 2

Cadangan pencirian profil luluhawa batuan granit di kawasan tropika lembap oleh Zhau et al.
(1994)

Kelas Gred INDEKS KEKUATAN


Penerangan geologi mengenai bahan batuan daripada teras (ZHAU ET AL, 1994)
Penerangan blok batuan σc
Is50 S P

RS VI Feldspar dan biotit terluluhawa sepenuhnya (lempung). Tekstur asal tiada. <1 - - -
Sampel boleh dilekukan dengan jari dengan usaha yang sederhana. Boleh
digali dengan mudah dengan tangan. Kekuatan sangat rendah berbanding
dengan batuan segar.
CW V Kesemua plagioklas dan sebahagian K-feldspar dan biotit terluluhawa <1 - - <15
sepenuhnya. Tekstur asal masih boleh diperhatikan. Feldspar boleh dikikis
dengan pisau. Boleh digali dengan tangan dengan sedikit usaha. Tidak boleh
dilekukan dengan jari. Kekuatan sangat rendah dibandingkan dengan batuan
segar. Kebanyakan bahan blok batuan terluluhawa sepenuhnya.
HW IV Kesemua plagioklas terurai tinggi. Kebanyakan K-Feldspar terurai sederhana. <50 <2 <20 >15
Biotit terurai tinggi dan cemaran di kebanyakan bahagian batuan. Feldspar
boleh dikikis dengan pisau dengan sedikit kesukaran. Teras batuan boleh
dipatahkan dengan tangan dengan sekikit kesukaran. Boleh digali dengan
penyodok tapi agak kesukaran. Kelemahan ketara berbanding batuan segar.
Bahan dalaman blok batuan terluluhawa tinggi. Bahan di permukaan
terluluhawa tinggi atau lengkap kadang-kadang telah menjadi tanah baki
MW III Kebanyakan palgioklas dan sebahagian K-Feldspar terurai sederhana. Biotit 50- 2-5 20-40 -
terurai dan cemaran sederhana di sekelilingnya. Feldspar boleh dicalarkan oleh 110
pisau. Batuan boleh dipecahkan dengan sekali pukulan berkekuatan sederhana
menggunakan tukul geologi. Lebih lemah dari batuan segar. Bahagian dalaman
blok bahan batuan terluluhawa sederhana dan Permukaan bahan batuan
terluluhawa sederhana ke terluluhawa tinggi dan kadang-kadang sedikit
terluluhawa sepenuhnya
SW II Plagioclas sangat sedikit terurai. Biotit sedikit terurai dan mula dicemari 110- 5-8 40-60 -
disekelingnya. Sedikit lebih lemah daripada batuan segar. Bahagian dalaman 180
bahan blok batuan sedikit terluluhawa dan permukaan bahan blok batuan
sedikit ke sederhana terluluhawa
F I Semua mineral kuat. Feldspar tidak boleh dicalar dengan pisau. Banyak >180 >8 >60 -
bilangan hentakan tukul geologi diperlukan untuk meretakannya. Permukaan
blok batuan segar atau sedikit terluluhawa.
Indeks kekuatan:
σc – uniaxial (Mpa) S - tukul Schmidt P- hand punctrometer Is50 - beban titik (Mpa)

Anda mungkin juga menyukai