Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG (YBA1333)

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PADAWAN


LORONG 17 OFF JALAN KAPOR
SUNGAI MAONG HILIR
93150 KUCHING

Ruj. Kami :
Tarikh : 21 JANUARI 2019

Nama ibu bapa/penjaga ......................................................,


Alamat .................................................................................,
.............................................................................................

Tuan,

TAWARAN PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN


2019 SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan yang bernama_______________________
Tahun________ telah dilantik sebagai pengawas sekolah.
3. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengawas Sekolah ingin memohon kebenaran
tuan atas pelantikan tersebut.
4. Walau bagaimanapun, tuan diingatkan bahawa pelantikan ini adalah berdasarkan
kepada beberapa syarat iaitu:

- Ibu bapa perlu memastikan bahawa murid ini hadir awal ke sekolah pada setiap hari,
iaitu selewat-lewatnya pada jam 6.45 pagi.
- Murid ini dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik
dan murid tidak mengabaikan pelajarannya.
- Lantikan dari setahun ke setahun berikutnya tidak secara automatik tetapi akan dinilai
prestasinya dari semasa ke semasa.
- Sekiranya murid ini melakukan sebarang salah laku dan tidak menjalankan tugas
seperti yang diharapkan, maka pihak Jawatankuasa Pengawas Sekolah berhak
menarik balik pelantikan jawatan tersebut (melucutkan jawatan) dengan serta merta.
Perletakan jawatan tanpa sebab yang munasabah adalah tidak dibenarkan.

5. Dengan pelantikan sebagai pengawas, pihak sekolah berharap akan dapat melatih dan
melahirkan ramai bakal pemimpin pada masa yang akan datang.

6. Segala sokongan dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai demi
kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

……………………………........…..
( SUHAIMI BIN HJ HEEP )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Temenggong
Padawan.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah
2. Unit Bimbingan dan Kaunseling
3. Fail Pengawas

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Temenggong
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Padawan
Lorong 17 Off Jalan Kapor,
Sungai Maong Hilir
931050 Kuching
Tarikh : ………………..

Tuan,

KEBENARAN DILANTIK SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH

Setelah membaca dan memahami syarat-syarat pelantikan, saya ………………………...........

……………………………………………………………………… ibu/ bapa/penjaga kepada


……………………………………………………………… …………dari tahun ……………

(*membenarkan / tidak membenarkan anak saya dilantik sebagai Pengawas Sekolah

Kebangsaan Temenggong Sessi 2019).

Yang benar,

…………………………………………………………….

Nama : …………………………………………..

No. Telefon : …………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai