Anda di halaman 1dari 19

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/323078383

PEMAKNAAN PENJAGAAN KESIHATAN BERASASKAN AMALAN GAYA HIDUP


SIHAT RASULULLAH SAW: ANALISIS NAS-NAS BERKAITANNYA

Chapter · February 2018

CITATIONS READS

0 2,859

3 authors, including:

Mohd Nasir Abdul Majid Zahari Mahad Musa


USIM | Universiti Sains Islam Malaysia USIM | Universiti Sains Islam Malaysia
23 PUBLICATIONS   2 CITATIONS    86 PUBLICATIONS   13 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Patient's perception towards cosmetic dentistry in relation to Islamic principle View project

Kedudukan dan Amalan Tanah Adat Menurut Perspektif Syariah View project

All content following this page was uploaded by Zahari Mahad Musa on 10 February 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Bab 69
PEMAKNAAN PENJAGAAN KESIHATAN BERASASKAN AMALAN
GAYA HIDUP SIHAT RASULULLAH SAW:
ANALISIS NAS-NAS BERKAITANNYA
Fauzi Yusohi, Mohd Nasir Abdul Majidii & Zahari Mahad Musaiii
iPensayarah Kanan, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).
fauzi@unisza.edu.my; iiPensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM). nasirmajid08@usim.edu.my; iiiPensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). zahari@usim.edu.my

PENDAHULUAN
Pengutusan Rasulullah s.a.w adalah rahmat untuk seluruh alam. Dimensi rahmat ini
terangkum dalam dua aspek. Pertama rahmat kerana contoh keperibadian unggul
Rasulullah s.a.w dan kedua kerana isi kandungan agama yang dibawa oleh Baginda
s.a.w. Perkataan rahmat di sini perlu difahami secara luas, holistik dan fleksibel serta
sentiasa terdedah kepada penerokaan berdasarkan pencapaian ketamadunan dan
peradaban manusia.
Dari penelitian awal difahamkan Rasulullah s.a.w telah menunjukkan satu
bentuk penjagaan kesihatan yang sangat relevan dengan manusia menerusi amalan
seharian yang menyeluruh. Amalan penjagaan kesihatan yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w adalah meliputi empat aspek utama iaitu amalan minda dan emosi,
amalan pemakanan, amalan fizikal dan amalan kerohanian. Amalan yang
ditunjukkan ini adalah berdasarkan amalan yang boleh dilaksanakan oleh semua
lapisan masyarakat. Nabi s.a.w juga dinyatakan sebagai orang yang paling sihat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.a:
ِ ِ
َ ‫أَنَّهُ أُ ْعط َي قُ َّو َة ثَََلث‬
‫ين‬
Maksudnya: “Dikurniakan kepada Baginda kekuatan tiga puluh lelaki
sihat” (al-Bukhārī, Kitāb al-Ghusl, Bāb idhā jāmaca thumma cāda wa man dāra
calā nisā’ihi fī ghuslin wāḥidin, no. Hadis: 265: 446).

Dalam hadis lain Nabi s.a.w pernah bergusti dengan orang paling kuat di
Madinah dan berakhir dengan kemenangan Baginda s.a.w sebagaimana yang
diriwayatkan daripada Abū Jacfar bin Muḥammad r.a:
‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫ص َر َعهُ النَّبِ ُّي‬
ِ
َ ‫ع النَّبِ َّي‬
َ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ف‬ َ ‫ص َار‬ َّ ‫أ‬
َ َ‫َن ُرَكانَة‬
Maksudnya: “Rukānah (orang yang paling kuat di Madinah) pernah
bergusti dengan Nabi s.a.w dan Baginda s.a.w berjaya mengalahkannya”
(Abū Dāwūd, Sunan Abī Dāwūd, Kitāb al-Libās, Bāb fī al-‘Amā’im, no.
Hadis: 4078: 445). Hadis ini Sahih (al-Albānī, ‘Arwa al-Ghalīl: 5: 329).
Sepanjang hidupnya Rasulullah s.a.w berkahwin dengan seramai sebelas
orang , sepuluh orang isteri dalam satu masa kerana salah seorang daripada mereka
1

meninggal terlebih dahulu. Mereka adalah Khadijah binti Khuwailid, Zaynab binti
Khuzaimah, Aisyah binti Abu Bakar, Saudah binti Zam’am, Hafsah binti Umar,
Ummu Salamah, Zaynab binti Jahsy, Ummu Habibah binti Abu Sufyan, Juwairiyah
binti Harith, Safiyyah binti Huyai dan Maimunah binti al-Harith (Abū Shahbah, 1988,
jil. 2: 621)2
Hadis-hadis dan peristiwa di atas jelas menunjukkan Baginda s.a.w adalah
seorang yang sangat sihat dari aspek fizikal dan rohani. Kesihatan sebegini mungkin
satu anugerah dari Allah s.w.t untuk Baginda s.a.w, namun seiring dengan amalan
harian yang dilakukan Baginda s.a.w yang membantu sehingga mencapai tahap
kesihatan sebegitu rupa.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara mendalam gaya hidup sihat Rasulullah
s.a.w sebagai contoh gaya hidup yang ideal, ringkas dan seimbang. Justeru, Kajian
ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan beberapa data perpustakaan. Data
perpustakaan diperolehi dengan mengumpulkan nas-nas berkaitan amalan kesihatan
Nabi s.a.w daripada kitab-kitab hadis, syamail, sirah dan sebarang penulisan
berkaitan dengan tajuk ini diulas dan dikupas mengikut kesesuaiannya.
DEFINISI KESIHATAN
Merujuk kepada takrif yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
kesihatan adalah satu keadaan di mana tubuh badan sempurna sihat fizikal, mental
dan sosial. Bermakna sihat bukan hanya ketika ketiadaan sakit. Pengertian ini
membawa kepada erti gaya hidup yang sihat. Ia merangkumi cara pemakanan betul,
fizikal yang sesuai, sihat emosi dan spiritual serta pencegahan dalam semua perkara
ke arah membina gaya hidup sihat (http//www.healthy-holistic-living.com/Physical-
Holistic-Health.html, Definition of Healthy Living, 13 Mac 2011).
Kesihatan boleh diertikan dalam Islam adalah satu situasi di mana seseorang
individu itu selamat dan sejahtera menjalani kehidupan dari sudut spiritual (al-Dīn),
fizikal (al-Nafs), mental (al-cAql), keturunan (al-Nasl), maruah (al-cIrdh) dan akhlak
yang sahih menurut Syariah. Natijahnya ia mampu menggerakkan kehidupan

1Lelaki yang mengamalkan poligami lebih panjang umurnya malah lebih sihat dan
mempunyai nutrisi yang lebih baik (Dicapai dari New Scientist, 13 March 2015).
2Ada sebahagian ulama menyatakan Baginda s.a.w telah berkahwin seramai tiga belas orang.

Dua orang meninggal semasa hayatnya iaitu Khadijah binti Khuwailid dan Zaynab binti
Khuzaymah. Seramai sembilan orang isteri yang masih tinggal semasa kewafatan Baginda
s.a.w. Manakala dua daripada mereka tidak pernah tinggal bersama Baginda s.a.w iaitu
bercerai sebelum bersama (Ṣafy al-Rahman al-Mabārkapūrī: 1994: 471).
762
dengan kestabilan dan keteraturan yang membolehkan ia berinteraksi dengan
pencipta, keluarga, komuniti dan persekitaran yang didiami dengan penuh
kesantunan. Bermakna sihat ini merangkumi aspek zahir dan batin yang membawa
kesejahteraan hidup dunia dan akhirat sebagaimana yang ditunjukkan dalam gaya
hidup (lifestyle) Rasulullah s.a.w. Takrifan inilah yang menjadi panduan dalam kajian
ini.
Dengan demikian Islam mentafsirkan kesihatan dalam konteks yang lebih
menyeluruh dengan tujuan kejadian manusia. Ini adalah penting kerana bagi
pengamal-pengamal perubatan Islam, ciri-ciri kesihatan rohani ini kerap diabaikan
bukan sahaja bagi diri sendiri tetapi juga pesakit-pesakit yang dirawat. Meneliti nas-
nas Syarak berkaitan gaya hidup Rasulullah s.a.w, mendapati beberapa amalan dan
aktiviti telah memberi kejelasan dan justifikasi dalam memberi erti penjagaan
kesihatan yang sebenar.
AMALAN PENTARBIAHAN DIRI MENERIMA SANDARAN SESUATU
HANYA PADA ALLAH S.W.T SETELAH IKHTIAR BERSUNGGUH-
BERSUNGGUH
Satu daripada pegangan hidup Baginda s.a.w yang sangat utuh sehingga
mendorong menjalani kehidupan tenang dan bahagia walaupun dalam pelbagai
situasi adalah menyerahkan ketentuan hidup sepenuhnya kepada Allah s.w.t.
Sebenarnya apa yang berlaku di alam ini semuanya dalam ketentuan Allah s.w.t.
Manusia tidak dapat lari daripada hakikat ini. Apa yang ada pada manusia hanyalah
kuasa ikhtiar untuk mencapai sesuatu sahaja namun yang menentukan dan
menjadikan semua yang berlaku adalah Allah s.w.t. Inilah pegangan hidup
Rasulullah s.a.w dan juga yang diajar oleh Baginda kepada umatNya.
Atas prinsip ini Nabi s.a.w menyatakan yang diriwayatkan daripada Abū
Sufyān r.a:
‫َسلِ ْم تَ ْسلَم‬
ْ‫أ‬
Maksudnya: “Masuklah (penyerahan hidup seluruh kepada Allah s.w.t)
Agama Islam nescaya kamu akan selamat” (Muslim, Ṣahīh Muslim, Kitāb
al-Jihād wa al-Siyar, Bāb Kitāb al-Nabiy ṣallā Allah calayh wa sallam ila Ḥiraq
layadcuhu ila al-Islām, no. hadis: 74: 1242)
Keselamatan daripada hadis ini merangkumi dunia dan akhirat. Penyerahan
dalam hadis di atas mestilah menyeluruh terhadap suruhan dan larangan serta
menerima segala ketentuan Qaḍa’ dan Qadar daripada Allah s.w.t (Al-Sayūtī, 1987:
184). Penyerahan ini akan membawa kepada reda dan tenang hati apabila
menghadapi musibah dan bersyukur apabila menerima kenikmatan kerana semua
itu hakikatnya adalah daripada Allah s.w.t. Penyerahan dan reda yang menyeluruh
kepada Allah s.w.t setelah melakukan usaha yang sepenuhnya adalah di antara
amalan Nabi s.a.w yang sangat istimewa.

763
Sebagai contohnya Baginda s.a.w pernah berjalan kaki dari Mekah menuju ke
Ṭaif yang jaraknya lebih dari 30 batu kerana ingin menyampaikan dakwah di sana.
Setelah beberapa hari berdakwah, masyarakat Ṭaif menolak dakwah Baginda s.a.w
secara terang-terangan. Mereka menghalau Nabi s.a.w sambil melontar batu-batu
sehingga berdarah tumit Baginda s.a.w. Setelah itu Baginda s.a.w berdoa mengadu
kepada Allah s.w.t:
!‫ يا أرحم الراحمين‬،‫"اللهم! إني أشكو إليك ضعف قوتي وقلة حيلتي وهواني على الناس‬
‫ إن لم يكن بك غضب علي فَل أبالي‬....،‫أنت رب المستضعفين‬
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku mengadu kepadaMu lemah
kekuatan dan helah serta hinanya daku pada pandangan manusia, wahai
Tuhan yang amat mengasihani, Engkaulah Tuhan bagi orang-orang yang
lemah.... Namun begitu jika Kamu tidak murkakan daku aku tidak peduli
apa pun yang berlaku pada ku” (Muḥammad bin cAfifi al-Khudrī, 2004:
51).
Dalam kisah ini Baginda s.a.w tidak pun menunjukkan rasa kecewa dan
sedih dengan apa yang berlaku namun yang lebih penting adalah keredaan Allah
s.w.t terhadap apa yang dilakukannya.
AMALAN PENGURUSAN DIRI YANG SUCI, BERSIH DAN BERHIAS
Jika ditinjau kepada sunnah Nabi s.a.w didapati sangat banyak amalan dan ucapan
Baginda s.a.w menggesa ke arah hidup bersih dan suci. Amalan sebegini boleh
mencegah penyakit-penyakit berbahaya. Kebersihan badan adalah faktor penting
bagi membina kesihatan diri dan menjauhi daripada penyakit yang berbahaya.
Malah ia juga melambangkan nilai keagamaan dan keperibadian seseorang.
Kebersihan badan begitu banyak dan antara yang menjadi asas dalam amalan
Rasulullah s.a.w.
Terdapat sepuluh perkara yang menjadi fokus utama Baginda s.a.w dalam
menjaga kesihatan diri yang terangkum dalam sunan fitrah. Ia adalah amalan para
Nabi a.s terdahulu dan sudah menjadi kesepakatan syariat terhadap perkara
tersebut. Tuntutannya berteraskan fitrah semula jadi manusia (Ibn Ḥajr, 1379H: 10 :
339). Jenis-jenis Sunan Fitrah ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.
ُّ َ‫شا ُق ال َْم ِاء َوق‬
‫ص ْاْلَظْ َفا ِر َوغَ ْس ُل‬ َ ‫استِْن‬
ْ ‫اك َو‬ ِّ ‫ب َوإِ ْع َفاءُ اللِّ ْحيَ ِة َو‬
ُ ‫الس َو‬ ِ ‫الشا ِر‬
َّ ‫ص‬ ُّ َ‫َع ْش ٌر ِم ْن ال ِْفط َْرةِ ق‬
‫ضة‬ ْ ‫اص ال َْم ِاء و ال َْم‬
َ ‫ض َم‬ ِ ِ ُ ‫اْلبِ ِط وحل‬
ُ ‫ْق ال َْعانَة َوانْت َق‬ َ َ ِْ ‫ف‬
ِ ‫الْب ر‬
ُ ‫اج ِم َونَ ْت‬ ََ
Maksudnya: “Daripada Aisyah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sepuluh perkara sunan fitrah adalah menggunting misai, memelihara
janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku,
mencuci antara ruas-ruas jari dan hujungnya, mencabut bulu ketiak,

764
mencukur bulu kemaluan, istinjak dan berkumur” (Muslim, Kitāb al-
Ṭahārah , Bāb Khiṣāl al-Fiṭrah , no. Hadis: 56 : 270).
AMALAN PEMILIHAN MAKANAN DAN MINUMAN YANG BERKHASIAT
Antara amalan pemakanan Nabi s.a.w yang penting dalam menjaga kesihatan
adalah memilih makanan yang berkhasiat dalam sajian makanannya. Nilaian
berkhasiat ini adalah berdasarkan apa yang dinyatakan Allah s.w.t dalam al-Qur’an
dan al-Sunnah. Antara jenis makanan tersebut adalah:
1.Susu
2.Madu
3.Kurma
4.Ḥabbah al-Sawdā’
Susu
Terdapat ayat al-Qur’an dan al-Hadis yang menganjurkan memilih susu3 sebagai
minuman penting seharian. Allah s.w.t berfirman:
                

 

Maksudnya: “Sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu


beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada
kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari
antara hampas makanan dengan darah; (Iaitu) susu yang bersih, yang
mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang
meminumnya”. (Surah al-Naḥl, 16: 66)
Menerusi ayat di atas Allah s.w.t menyebut susu yang bersih dan sesuai
untuk diminum. Ini menandakan kelebihan susu sebagai minuman kesihatan.
Rasulullah s.a.w juga ada menyatakan tentang ini dengan sabdanya seperti yang
diriwayatkan daripada Ibn cAbbās r.a:
‫اب إِال اللَّبَ ُن‬
ِ ‫الشر‬ ِ َّ ِ ُ ‫فَِإنَّهُ ل َْيس َشيءٌ يُ ْج ِز‬
َ َّ ‫ئ م ْن الط َعام َو‬ ْ َ
Maksudnya: “Sesungguhnya tiada sesuatu yang boleh menggantikan
makanan dan minuman kecuali susu” (Abū Dāwūd, Kitāb al-Ashribah,
Bāb mā yaqūl idhā shariba al-Laban, no. Hadis: 3730: 411). Hadis Ḥasan (al-
Albānī, Ṣaḥīḥ wa Dacīf Sunan Abī Dāwūd: 8: 230).

3Susu kambing merupakan susu terbaik selepas susu ibu kerana ia bersifat alkali manakala
susu lain bersifat asidik. Selain itu, susu kambing juga mempunyai molekul protin dan lemak
yang sangat halus serta mudah hadam kerana mempunyai mineral selenium dan bahan
bioorganic sodium (Hypo-allergenic and therapeutic significance of goat milk.Y.M.
Park.1994)
765
Hadis di atas menjelaskan betapa bernilainya susu dalam pemakanan
seharian sebab itulah bayi yang baru dilahirkan minuman yang pertama diberi
minum adalah susu.
Jabīr r.a meriwayatkan Nabi s.a.w selalu meminum susu segar yang baru
diperah dan kadang-kadang dicampurkan dengan sedikit air seperti yang
dinyatakan dalam hadis Baginda s.a.w:
ٍ ‫ب فِي قَ َد‬ َ ‫س َك‬
ِ
َ َ‫ال فَانْطَلَ َق ب ِه َما ف‬ َ َ‫يش ق‬ِ ‫ت فَانْطَلِ ْق إِلَى ال َْع ِر‬ٌ ِ‫ول اللَّ ِه ِع ْن ِدي َماءٌ بَائ‬
َ ‫الر ُج ُل يَا َر ُس‬
َّ ‫ال‬ َ ‫فَ َق‬
‫الر ُج ُل الَّ ِذي‬ ِ ِ ُ ‫ش ِرب رس‬ ِ ‫ثُ َّم حلَب َعلَي ِه ِمن َد‬
َّ ‫ب‬ َ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ثُ َّم َش ِر‬َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َ َ َ‫ال ف‬ َ َ‫اجن لَهُ ق‬ ْ ْ َ َ
ُ‫اء َم َعه‬
َ ‫َج‬
Maksudnya: “Seorang lelaki Anṣār berkata: “Ya Rasulullah! Saya ada
simpanan air di dalam khemah, mari ke sana”. Setelah itu mereka berdua
pergi ke khemah tersebut, air itu diambil dan dituangkan ke dalam
mangkuk kemudian diperahkan susu kambing ke dalamnya selepas itu
Nabi s.a.w dan sahabat minum susu tersebut” (al-Bukhārī, Kitāb al-Ashribah, Bāb
Shawb al-Laban bi al-Mā’, no. Hadis: 5290: 1425).
Secara umumnya susu adalah minuman yang selalu diminum oleh Baginda
s.a.w apabila mendapatkannya tanpa mengira waktu yang tertentu.
Madu
Madu adalah pemakanan yang penting untuk mencegah penyakit dan menjaga
kesihatan diri. Madu adalah salah satu makanan yang digemari oleh Nabi s.a.w.
Aisyah r.a meriwayatkan:
‫س َل‬
َ ‫ْحل َْواءَ َوال َْع‬ ُّ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم يُ ِح‬
َ ‫ب ال‬
ِ ُ ‫َكا َن رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ َُ
Maksudnya: “Nabi s.a.w menyukai manisan dan madu lebah” (al-
Bukhārī, Kitāb al-Ṭalaq, Bāb al-Halwa’ wa al-cAsal, no. Hadis: 5115: 1342).
Menjadi amalan Nabi s.a.w meminum madu bercampur dengan air. Kadang-
kadang Nabi s.a.w merawat seseorang dengan madu dan meminta umatnya
merawat dengan madu. Ibn al-Qayyim menyatakan rawatan penyakit fizikal dengan
madu manakala penyakit jiwa dengan al-Qur’an (Ibn al-Qayyim, 1990).
Kurma
Salah satu jenis makanan yang penting dalam sajian makanan Baginda s.a.w adalah
kurma. Memandangkan khasiatnya yang istimewa mendorong Baginda s.a.w
menjadikan kurma sebagai juadah utama berbuka dan bersahur ketika berpuasa.
Salmān bin Amīr meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda:
‫َم يَ ِج ْد تَ ْم ًرا فَال َْماءُ فَِإنَّهُ طَ ُهور‬ ِ
ْ ‫َح ُد ُك ْم فَلْيُ ْفط ْر َعلَى تَ ْمر فَِإنَّهُ بَ َرَكةٌ فَِإ ْن ل‬
َ ‫إ َذا أَفْطََر أ‬
Maksudnya: “Apabila kamu berbuka puasa hendaklah berbuka dengan
kurma kerana ia adalah berkat, jika tiada, berbukalah dengan air kerana

766
kesuciannya” (al-Tirmidhī, Kitāb al-Zakāh, Bāb mā jā’a fī al-Ṣadaqah calā
dhī al-Qarābah, no. Hadis: 658: 165). Hadis ini Dacīf (al-Albānī, Ṣaḥīḥ wa
Dacīf Sunan al-Tirmidhī: 2: 158).
Abū Hurayrah pula meriwayatkan tentang kebaikan bersahur dengan kurma,
Nabi s.a.w:
‫نعم سحور المؤمن التمر‬
Maksudnya: “Sebaik-baik makanan sahur orang mukmin adalah
kurma” (Abū Dāwūd, Sunan Abī Dāwūd, Kitāb al-Ṣawm, Bāb man sammā
al-Saḥūr al-Ghadā’, no. Hadis: 2345: 4: 236). Hadis ini Sahih (al-Albānī,
Silsilah al-Aḥādīs al-Ṣaḥīḥah: 2: 104).
Jelas menunjukkan bahawa kurma adalah sajian makanan penting dalam
kehidupan Rasulullah s.a.w yang membantu pembinaan kesihatan Baginda s.a.w.
Ḥabbah al-Sawdā’
Mengenai perkara ini Aisyah r.a meriwayatkan beliau mendengar Nabi s.a.w
bersabda:
‫وت‬
ُ ‫ال ال َْم‬
َ َ‫ام ق‬
ُ ‫الس‬
َّ ‫ْت َوَما‬ َّ ‫اء ِش َفاءٌ ِم ْن ُك ِّل َداء إَِّال ِم ْن‬
ُ ‫الس ِام قُل‬ َ ‫الس ْو َد‬
َّ َ‫ْحبَّة‬ ِ ِ َّ
َ ‫إن َهذه ال‬
Maksudnya: “Sesungguhnya ḥabbah al-sawdā’ ini adalah penawar bagi
kebanyakan penyakit kecuali al-sām, ditanya apa itu al-sām, jawabnya
adalah kematian” (al-Bukhārī, Kitāb al-Ṭibb, Bāb al-Ḥabbah al-Sawdā’, no.
Hadis: 5363: 1443).
Difaham daripada dua hadis ini ḥabbah al-sawdā’ baik untuk merawat pada
kebanyakan penyakit. Inilah juga yang terkandung dalam pemakanan Rasulullah
s.a.w.4
AMALAN ADAB-ADAB MAKAN DAN MINUM YANG UNIK
Adab-adab makan dan minum yang diamalkan oleh Nabi s.a.w seolah-olah sebagai
pengawal bagi membina kesihatan diri. Ia merangkumi waktu makan, makan
dengan siapa, kadarnya, semasa dan sesudah makan.
Membasuh Kedua Belah Tangan Sebelum Makan
Menjadi amalan Baginda s.a.w apabila ingin memulakan mengambil sesuatu
makanan, Baginda s.a.w membasuh kedua belah tangan terlebih dahulu
sebagaimana sabdanya yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a:
َ ‫ضأَ َوإِذَا أ ََر‬
َ َ‫اد أَ ْن يَأْ ُك َل غ‬
‫س َل‬ َّ ‫ب تَ َو‬
ٌ ُ‫ام َو ُه َو ُجن‬ َ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َكا َن إِذَا أ ََر‬
َ َ‫اد أَ ْن يَن‬ َ ‫َن النَّبِ َّي‬ َّ ‫أ‬
‫يَ َديْ ِه‬

Ekstrak ḥabbah al-sawdā’ mempunyai khasiat anti tumor tanpa kesan sampingan (Kosmo,
4

Keajaiban Habbatussauda, 6 Mac 2015).


767
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi s.a.w apabila hendak tidur, sedangkan
keadaan berjunub, Baginda akan berwuduk dan apabila hendak makan
dibasuh kedua belah tangannya” (Abū Dāwūd, Kitāb al-Aṭcimah, Bāb man
qāla: lā yanām al-Junub ḥattā yatawaḍḍa’ wuḍū’ahu li al-Ṣalāh, no. Hadis: 584:
415). Hadis ini Sahih (al-Albānī, Ṣaḥīḥ wa Dacīf Sunan al-Nisā’i: 1: 400).
Hadis di atas menunjukkan amalan dan peraturan sebelum makan
Rasulullah s.a.w yang sangat istimewa kerana manusia ketika itu belum mengerti
erti kesihatan yang sebenar.5
Tidak Makan Secara Menyandar/Menyenggeng
Di antara amalan yang tidak disukai oleh Baginda s.a.w ketika makan adalah makan
secara menyandar. Yang dimaksudkan dengan menyandar adalah mengiring
separuh badan ke kiri atau kanan sambil berpaut pada sesuatu dan jika ditarik
sesuatu itu nescaya seseorang akan terjatuh. Mengenai perkara ini Nabi s.a.w pernah
menyatakan yang diriwayatkan daripada Abū Jahīfah r.a:
ِ ‫ال آ ُكل مت‬
‫َّكئًا‬ ُُ
Maksudnya: ”Sesungguhnya aku tidak makan secara menyandar” (al-
Bukhārī, Kitāb al-Ṭibb, Bāb al-Akl muttaki’an, no. Hadis: 503: 1375).
Menurut Ibn al-Qayyim perkataan al-ittika dalam hadis memberi tiga makna
iaitu duduk bersila, mengiring separuh badan ke kiri atau kanan sambil berpaut
pada sesuatu dan mengiring sepenuh tubuh (Ibn al-Qayyim al-Jawzī, 1996, 3: 102).
Nabi s.a.w tidak menyukai duduk secara begini kerana ia adalah amalan orang yang
sombong dan takabbur (al-Bayjūrī, 2002:194).
AMALAN GAYA HIDUP FIZIKAL YANG CERGAS
Sudah dimaklumi senaman gerak badan dengan pelbagai jenis permainan sangat
baik untuk membina kesihatan. Senaman adalah penting untuk kesihatan kerana
apabila bersenam, pergerakan otot-otot memerlukan lebih oksigen daripada biasa.
Oleh itu jantung akan berdegup lebih cepat untuk mengepam lebih darah beroksigen
kepada otot-otot. Hasilnya jantung mampu mengepam darah dengan lebih cekap,
salur darah kekal fleksibel dan sukar tersumbat manakala otot dan sendi lebih kuat
serta lebih cekap melakukan kerja.
Dalam kehidupan seharian Baginda s.a.w, amalan yang membina kecergasan
fizikal boleh dibahagikan kepada tiga perkara utama iaitu melakukan senaman
gerak badan, berjalan dengan langkahan yang cepat lagi cergas dan berjihad
fisabilillah.

5Dari sudut saintifik, kepentingan membasuh tangan adalah penting bagi mengelakkan
kontaminasi makanan berlaku dan juga mengelakkan perpindahan mikrobiologi ke atas
makanan (Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 11 (1) 2013: 1-8).
768
Melakukan Senaman Gerak Badan
Nabi s.a.w sangat menggesa supaya melakukan senaman ini dengan niat kerana
Allah s.w.t sebagai membina kesihatan dan persiapan untuk berjihad. Asas prinsip
ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t:
             



Maksudnya: “Bersedialah kamu semampu yang boleh bagi membina


kekuatan peperangan di antaranya kuda perang bagi menakutkan musuh
Allah s.w.t dan musuh kamu” (Surah al-Anfāl, 8: 60).
Nabi s.a.w juga bersabda yang diriwayatkan daripada cUqbah bin Amīr:
َّ َ‫الرْم ُي أَال إِ َّن الْ ُق َّوة‬
‫الرْم ُي‬ َّ َ‫ أَال إِ َّن الْ ُق َّوة‬،‫استَطَ ْعتُ ْم ِم ْن قُ َّوة‬
َّ َ‫الرْم ُي أال إِ َّن الْ ُق َّوة‬ ِ
ْ ‫َوأَعدُّوا ل َُه ْم َما‬
Maksudnya: “Bersedialah kamu semampu yang boleh bagi membina
kekuatan peperangan, ketahuilah kekuatan peperangan itu adalah askar
pemanah, ketahuilah kekuatan peperangan itu adalah askar pemanah,
ketahuilah kekuatan peperangan itu adalah askar pemanah” (Muslim,
Kitāb al-Imārah, Bāb Faḍl al-Ramy wa al-Hathth calayh wa Dhamm man
calimahu thumma nasiyahu, no. Hadis: 167: 1225).

Melalui ayat al-Quran dan Hadis di atas dapat difahami umat ini ditaklifkan
secara fardhu kifayah bersedia dengan kekuatan diri dan alatan peperangan yang
boleh menggerunkan musuh antaranya di sini adalah askar berkuda, pasukan
pemanah yang sesuai dengan zaman tersebut tanpa menafikan peralatan perang
yang lain seperti pedang, tombak dan lain-lain lagi. Nabi s.a.w menyebut askar
pemanah secara khusus dalam hadis tersebut samalah seperti hadis mengenai haji
sebagaimana sabda Baginda s.a.w:
ُ‫ْح ُّج َع َرفَة‬
َ ‫ال‬
Maksudnya: “Haji adalah wukuf di cArafah” (al-Tirmidhī, Kitāb al-Ḥajj,
Bāb mā jā’a fī man adraka al-Imām bi jamcin faqad adraka al-Ḥajj, no. Hadis:
889: 215). Hadis ini Sahih, (al-Albānī, Ṣaḥīḥ wa Dacīf Sunan al-Tirmidhī,: 2:
389).
Disebut cArafah dalam hadis ini bukanlah menafikan rukun-rukun haji yang
lain namun disebabkan ia menjadi syiar paling utama dan itulah yang menjadi
fokusnya. Dimaklumi juga hari ini lontaran pemanah tidak sehebat lontaran bom
yang sangat berkesan mengalahkan musuh. Nabi s.a.w sangat menggesa supaya
melakukan senaman dengan niat kerana Allah s.w t, sebagai membina kesihatan dan
persiapan untuk berjihad. Baginda s.a.w juga menuntut mempelajari pelbagai teknik
senaman yang boleh membina kekuatan tubuh badan bagi tujuan tersebut.

769
Baginda s.a.w pernah berlumba berkuda dengan para sahabat bermula dari
al-Hafya’ hingga Thaniyyat al-Wadāc iaitu sejauh 8 batu (al-Bukhārī, Kitāb al-Jihād Ḥal
Yuqālu Masjid Banī Fulān, no. Hadis: 403: 188), bergusti, menggesa supaya umatnya
berlatih berenang, memanah dan lain-lain lagi untuk tujuan tersebut. Sebab itulah
susuk tubuh Nabi s.a.w adalah kemas seperti seorang pahlawan (Abū Shahbah,
1988: 2: 611). cUmar r.a pernah menyatakan: “Kamu akan sentiasa sihat selama
berlatih melontar panah dan menunggang kuda” (al-Andalusī, 1983: 2: 495). Ibn
cAbbās r.a pernah menyatakan: “cUmar r.a pernah mengajaknya berlumba

menyelam untuk mengetahui siapa yang paling lama boleh berada di dalam air” (al-
Andalusī, 1983: 2: 495).
Di zaman kegemilangan Tamadun Islam umat Islam ketika itu selain hebat
dengan keilmuan dan penciptaan juga sangat mementingkan kekuatan kesihatan
diri dan ketenteraan bagi menjamin keamanan negara dari serangan musuh.
Adapun hari ini umat Islam seakan mengabaikan tanggungjawab ini, mereka lebih
cenderung kepada kesenangan hidup akibatnya semua orang menanggung dosa ini.
Berjalan Dengan Langkahan Yang Cepat dan Cergas
Dalam kehidupan seharian Baginda s.a.w banyak berjalan kaki ke tempat yang
ditujui seperti ke masjid, pasar, ziarah para sahabat, medan jihad dan lain-lain lagi.
Apabila Baginda s.a.w berjalan kebiasaan langkahannya adalah cepat dan cergas.
Kenyataan ini disebut oleh cAlī r.a iaitu:
ِ ِ
َ ‫شى تَ َقلَّ َع َكأَنَّ َما يَ ْمشي في‬
‫صبَب‬ َ ‫إِذَا َم‬
Maksudnya: “Apabila berjalan, langkahan Baginda s.a.w adalah cergas
dan kuat seperti gaya orang berjalan turun dari tempat tinggi” (al-
Tirmidhī, Sunan al-Tirmidhī, Kitāb al-Dacawāt, Bāb mā jā’a fī Sifat al-Nabiy
Ṣallā Allah calayh wasallam, no. Hadis: 3638: 13). Hadis ini Ḥasan (al-
Albānī, Mukhtaṣar al-Syamā’il: 1: 5).
Gaya langkahan begini ketika berjalan dalam urusan sehariannya seolah-
seolah dalam masa yang sama Baginda s.a.w sedang melakukan senaman gerak
tubuh secara berjalan.6

6Seorang penyelidik yang bernama Slentz dari Amerika Syarikat telah menjalankan kajian
jumlah senaman ke atas berat badan, komposisi badan dan ukur lilit badan. Seramai 120
orang peserta telah berjaya menamatkan kajian tersebut yang telah dijalankan selama lapan
bulan. Kajian ini telah membuktikan bahawa senaman ringan seperti berjalan kaki dapat
membakar lemak di dalam badan. Latihan senaman berketahanan sederhana akan
meningkatkan pembakaran lemak dan pengoksidaan lemak semasa aktiviti tersebut
dijalankan. Oleh itu, lemak dalam badan dapat dikurangkan. Ini dapat mengurangkan
penyakit atherosclerosis (Fatimah Ibrahim, W Azman W Ahmad, 2009, h. 68).
770
Berjihad Fisabillah
Berjihad dan berjuang pada jalan Allah s.w.t secara tidak langsung menghasilkan
kesihatan pada tubuh badan. Ini kerana perjuangan sebegini memerlukan
pergerakan yang banyak dan usaha yang bersungguh-sungguh yang menjadi asas
kesihatan fizikal dan mental. Selama sepuluh tahun di Madinah Nabi s.a.w
berperang sebanyak dua puluh tujuh kali (al-Wāqidī, t.th: 8). Daripada cUbādah bin
Ṣāmit, Nabi s.a.w bersabda:
ُ‫ْجن َِّة يُنَ ِّجي اللَّه‬ ِ ‫اب ِم ْن أَبْ َو‬
َ ‫اب ال‬
ِ ِ ِ‫اد فِي سب‬
ٌ َ‫يل اللَّه تَبَ َار َك َوتَ َعالَى ب‬ َ
ِ ‫يل اللَّ ِه فَِإ َّن ال‬
َ ‫ْج َه‬ ِ ِ‫اه ُدوا فِي َسب‬ ِ‫ج‬
َ
ِ
‫تَبَ َار َك َوتَ َعالَى بِ ِه م ْن ال َْه ِّم َوالْغَ ِّم‬
Maksudnya: “Berjihadlah fisabilillah kerana sesungguhnya berjihad itu
adalah pintu ke syurga; Allah s.w.t menyelamatkan orang yang berjihad
daripada penyakit sedih dan gundah (Aḥmad, Musnad Al-Imām Aḥmad,
Hadis cUbādah bin Ṣāmit r.a, 17: 355). Hadis ini Ṣaḥīḥ li Ghairih (al-Albānī,
1998, Ṣaḥīḥ al-Targhīb wa al-Tarhīb: 2: 54).
Daripada Jabīr r.a menjelaskan salah satu contoh perjuangan Nabi s.a.w dan
para sahabat r.a dalam peperangan Khandaq:
ٌ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم فَ َقالُوا َه ِذهِ ُك ْديَة‬ ِ
َ ‫ت ُك ْديَةٌ َشدي َدةٌ فَ َجاءُوا النَّبِ َّي‬ ْ ‫ض‬ َ ‫إِنَّا يَ ْو َم الْ َخ ْن َد ِق نَ ْح ِف ُر فَ َع َر‬
‫وب بِ َح َجر َولَبِثْ نَا ثَََلثَةَ أَيَّام َال نَ ُذو ُق ذَ َواقًا‬ ٌ ‫ص‬ َ َ‫ال أَنَا نَا ِزٌل ثُ َّم ق‬
ُ ‫ام َوبَطْنُهُ َم ْع‬ َ ‫ت فِي الْ َخ ْن َد ِق فَ َق‬ ْ ‫ض‬ َ ‫َع َر‬
‫اد َكثِيبًا أ َْهيَ َل أ َْو أ َْهيَ َم‬
َ ‫ب فَ َع‬َ ‫ض َر‬َ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ال ِْم ْع َو َل ف‬َ ‫َخ َذ النَّبِ ُّي‬ َ ‫فَأ‬
Maksudnya: “Semasa kami menggali khandaq terdapat sebuah batu
besar menghalang penggalian, kami mengadu kepada Nabi s.a.w lantas
Nabi s.a.w turun memecahkan batu tersebut dan diperhatikan pada
perut Nabi s.a.w ada balutan kain yang diisi batu-bata kecil bagi
menghilangkan lapar yang sudah tiga hari tidak merasai makanan,
Nabi s.a.w mengambil pemukul dan memukul batu tersebut sehingga
pecah berkecai” (al-Bukhārī, Kitāb al-Maghāzī, Bāb Ghazwah al-Khandaq
wa hiya al-Ahzāb, no. Hadis: 3875: 1011).
Menggali parit sejauh 5544m, 4.62m lebar dan 3.234m dalam yang
merentangi bandar Madinah daripada serangan musuh adalah sebahagian daripada
jihad fisabilillah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w (Syawqī Abū Khalīl, 2003: 236).
Dalam peperangan Tabūk pula Nabi s.a.w dan para sahabat melalui perjalanan ke
medan Tabūk sejauh lebih daripada 750km yang sudah pasti seluruh anggota badan
mengalami suatu proses riadah yang sangat hebat (Syawqī Abū Khalīl, 2003: 247).
Atas dasar itulah orang yang berjihad dan berjuang, tubuh badannya sihat dan kuat
manakala hatinya juga kuat kerana ikatannya yang utuh kepada Allah s.w.t.

771
AMALAN KEREHATAN YANG SESUAI
Rehat sangat penting dalam membina kesihatan diri. Tidur merupakan rehat yang
paling utama bagi membina semula kecergasan diri. Mengenai perkara ini dua
amalan Nabi s.a.w yang sangat istimewa iaitu:
Tidur Sedikit Waktu Tengahari (Qaylūlah)
Tidur waktu tengahari ataupun qaylūlah iaitu tidur ketika gelincir matahari sama ada
sebelum atau selepasnya sedikit (Wizārah al-Awqāf Wa al-Shu’ūn al-Islāmiyyah,
1983: 35: 21). Anas r.a menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
‫يل‬ ِ َّ ‫قِيلُوا فَِإ َّن‬
ُ ‫الش ْيطَا َن َال يَق‬
Maksudnya: “Berqaylūlah kerana sesungguhnya syaitan itu tidak
mengamalkan qaylūlah” (al-Hind, Kanzu al-cUmmāl, can Abī Hurayrah r.a,
no. Hadis: 21477: 7: 802) Hadis ini Sahih (al-Albānī, (b): 2: 391).
Dari Ibn cAbbās r.a juga meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
‫َّها ِر َوبِالْ َق ْي لُول َِة َعلَى قِيَ ِام اللَّْي ِل‬ ِ َّ ‫استَ ِعينُوا بِطَ َع ِام‬
َ ‫الس َح ِر َعلَى صيَ ِام الن‬ ْ
Maksudnya: “Bersahurlah supaya boleh membantu berpuasa pada siang
hari dan tidurlah qaylūlah bagi membantu qiamullail” (Ibn Mājah, Kitāb
al-Ṣiyām, Bāb mā jā’a fī ta’khīr al-Saḥūr, no. Hadis: 1693: 1: 671). Hadis ini
Dacīf (al-Albānī, (e): 6: 259).
Menerusi dua hadis di atas menunjukkan Nabi s.a.w mengamalkan tidur
waktu tengahari dan menggesa umat supaya mengamalkannya yang sudah pasti
ada kebaikan tersendiri terutama dari sudut kesihatan.7 Tempoh tidur qaylūlah boleh
dibahagikan kepada tiga peringkat:
a. Panjang iaitu melebihi 30 minit
b. Sederhana antara 5 hingga 30 minit
c. Singkat iaitu kurang dari 5 minit
Namun tempoh yang paling baik adalah sekitar 15 hingga 20 minit. Waktu
yang paling utama adalah selepas gelincir matahari sekitar pukul 1.00 hingga pukul
3.00 petang (http://www.jamaetaleman.org/2hb Mac 2012).
Tidur Awal Pada Waktu Malam Dan Bangun Awal Pagi
Menjadi sunnah Nabi s.a.w menjauhi berjaga malam selepas Isyak tanpa sebarang
urusan penting sehingga mengganggu bangun awal malam untuk qiamullail. Abū
Barzah meriwayatkan satu hadis daripada Baginda s.a.w:
َ ‫ْح ِد‬
‫يث بَ ْع َد َها‬ ِ َ ‫َكا َن ي ْكره النَّوم قَ بل ال ِْع‬
َ ‫شاء َوال‬ َ ْ َ ْ َُ َ

7Secara saintifiknya, qaylūlah dapat meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti serta
daya kreativiti untuk menyelesaikan masalah lebih tinggi (Napping News, Scientific Proof
Confirms: Napping Enhances Worker Productivity, from eFuse, 1999).
772
Maksudnya: “Rasulullah s.a.w melarang (makruh) tidur sebelum solat
Isyak dan bersembang selepasnya” (al-Bukhārī, Kitāb Mawāqit al-Ṣalāh,
Bāb ta’khīr al-Ẓuhr ilā al-cAṣr, no. Hadis: 522: 146).
Larangan di atas adalah bagi golongan yang tiada perkara penting yang
perlu diselesaikan pada waktu itu. Ada pun jika ada keperluan seperti menuntut
ilmu tidak termasuk dalam larangan tersebut.
Mengenai bangun awal pagi Rasulullah s.a.w, Aisyah r.a pernah ditanya
tentang perkara tersebut, beliau menjelaskan:
‫ِخ‬ َّ ‫وم إِذَا َس ِم َع‬
َ ‫الصار‬ ُ ‫َكا َن يَ ُق‬
Maksudnya: “Menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w bangun daripada tidur
ketika ayam berkokok awal pagi” (al-Bukhārī, Kitāb Mawāqit al-Ṣalāh, Bāb
al-Qaṣd wa al-Mudāwamah calā al-cAmal, no. Hadis: 6096: 1608).
Sebenarnya jika diperhatikan amalan rehat yang cukup ini sangat membantu
dalam membina kesihatan diri.8
Tidur Mengiring Sebelah Kanan Dan Berwuduk
Menjadi kebiasaan Nabi s.a.w apabila tidur waktu malam Baginda s.a.w tidur secara
mengiring sebelah kanan, berwuduk dan di atas hamparan yang agak keras
berpandukan beberapa riwayat daripada para sahabat, antaranya daripada al-Barrā’
bin cĀzib, Rasulullah s.a.w bersabda:
ْ ‫لص ََلةِ ثُ َّم ا‬
َ ‫ضطَ ِج ْع َعلَى ِش ِّق‬
‫ك ْاْلَيْ َم ِن‬ َّ ِ‫وء َك ل‬
َ ‫ض‬ُ ‫ضأْ ُو‬
َّ ‫ك فَ تَ َو‬
َ ‫ض َج َع‬ َ ‫إِذَا أَتَ ْي‬
ْ ‫ت َم‬
Maksudnya: “Apabila kamu ke tempat tidur hendaklah berwuduk
sebagaimana berwuduk untuk solat kemudian berbaring dengan
mengiring sebelah kanan”9 (al-Bukhārī, Kitāb al-Wuḍū’, Bāb Faḍl man bāta
calā al-Wuḍū’, no. Hadis: 244: 71).

Aisyah r.a juga meriwayatkan:


َ‫ث فِي ِه َما فَ َق َرأ‬ ِ ‫َن النَّبِ َّي صلَّى اللَّهُ َعلَي ِه وسلَّم َكا َن إِذَا أَوى إِلَى فِر‬
َ ‫اش ِه ُك َّل ل َْي لَة َج َم َع َك َّف ْي ِه ثُ َّم نَ َف‬ َ َ َ ََ ْ َ َّ ‫أ‬
ِ
َ‫استَطَاع‬ ْ ‫ح بِ ِه َما َما‬ ُ‫س‬ َ ‫َّاس ثُ َّم يَ ْم‬ ِ ‫ب الن‬ ِّ ‫ب الْ َفلَ ِق َو قُ ْل أَعُوذُ بَِر‬ ِّ ‫َح ٌد َو قُ ْل أَعُوذُ بَِر‬
َ ‫في ِه َما قُ ْل ُه َو اللَّهُ أ‬
َ ِ‫س ِدهِ يَ ْف َع ُل َذل‬ ِ ِ ‫ِمن ج‬
‫ث َم َّرات‬ َ ‫ك ثَََل‬ ِ ِِ
َ ‫اعلَى َرأْسه َوَو ْج ِهه َوَما أَقْبَ َل م ْن َج‬ َ ‫س ِده يَ ْب َدأُ بِ ِه َم‬
ََ ْ
Maksudnya: “Nabi s.a.w setiap malam apabila hendak tidur, Baginda
s.a.w membaca surah al-Ikhlās, surah al-Falaq dan al-Nās lalu meniup
pada kedua belah tangannya kemudian diusapkan ke seluruh tubuhnya
yang mampu dicapai oleh tangan. Ini dilakukan sebanyak tiga kali” (al-

8 Tidur yang kurang sempurna akan menyebabkan sakit jantung dan sistem pertahanan yang
lemah (Lancet, Impact of Sleep May Speed Ageing Process, 22 Oktober 1999).
9 Tidur mengiring tidak menimbulkan banyak tekanan tulang seperti tulang leher (Danial

Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden).


773
Bukhārī, Kitāb Faḍā’il al-Qur’an, Bāb Faḍl al-Mucawwidhāt, no. Hadis: 4729:
1281).
Dalam hadis yang lain Aisyah r.a menyatakan:
‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ِم ْن أ ََدم َو َح ْش ُوهُ ِم ْن لِيف‬ ِ ِ ‫َكا َن فِراش رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ َُ ُ َ
Maksudnya: “Tilam Rasulullah s.a.w daripada belulang kering yang diisi
daripada urat (sabut) pelepah kurma” (al-Bukhārī, al-Raqā’iq, Bāb kayfa
kāna caysh al-Nabiy sallā Allah calayh wasallam wa Aṣḥābihi wa takhallihim min
al-Dunya, no. Hadis: 6091: 1373).
Amalan Rasulullah s.a.w ini, disebalik ia membawa erti sunnah ia juga
mengandungi petua-petua membina kesihatan yang sangat efektif yang terbukti
pada diri Baginda s.a.w yang sangat sihat dan cergas sepanjang hayat.
Sewajarnyalah umat Islam mengetahui amalan-amalan Nabi s.a.w ini dengan
harapan akan mengikutinya bagi memperolehi manfaat dunia iaitu membina
kesihatan diri dan manfaat akhirat iaitu dikurniakan pahala kerana mengikuti
sunnah Nabi s.a.w.
PENUTUP
Penjagaan kesihatan merupakan suatu tuntutan hidup bagi setiap manusia, bahkan
penjagaannya termasuk di dalam maqasid al-Syariah. Kesihatan yang baik akan
membantu ke arah pembentukan masyarakat yang cemerlang, apatah lagi apabila
konsep penjagaan kesihatan tersebut adalah adaptasi dari amalan gaya hidup
Rasulullah s.a.w yang meletakkan konteks yang lebih menyeluruh dengan
mengambil penting peranan kejadian manusia yang merangkumi kesihatan spritual
(al-Din), fizikal (al-Nafs), mental (al-Aql), keturunan (al-Nasl), maruah (al-Irdh) dan
akhlak yang tinggi menurut Syariah. Rasulullah s.a.w sentiasa meraikan sesuatu
amalan sesuai dengan waktunya, kehidupan berasaskan fitrah dan disiplin hidup
yang tinggi mendorong membina kesihatan yang ideal. Justeru, ia memberi satu
alternatif dalam memodelkan gaya hidup sihat yang lengkap ke arah pembinaan
kesihatan yang sempurna yang sewajarnya menjadi perhatian dan pedoman pihak-
pihak yang ingin mencari model gaya hidup yang sihat.

RUJUKAN
al-Quran.
Abu cIsa Muhamad bin cIsa Ibn Saurah, t.th, Sunan al-Tirmizi, al-Riyad: Dar al-
Macarif.
Abu Dawud, t.th, Sunan Abi Dawud, Jil. 2, 3, 5 & 8, cAmman: Bayt al-Afkar al-
Dawlah.
Abu Shahbah, Muhammad Bin Muhamad, 1988, al-Sirah al-Nabawiyyah fi Daw’i al-
Qur’an wa al-Sunnah, jil. 2, Dimashq: Dar al-Qalam.

774
Ahmad bin Ali bin Hajar Abu al-Fadl al-Asqalani, 1379, Fath al-Bari, jil 10, Beirut:
Dar al-Makrifah.
al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, 1985(b), Silsilah al-Ahadis al-Sahihah, jil 1, 2, 3, 4,
5, 6 & 9, al-Riyadh: Maktabah al-Maarif.
al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, 1987. Sahih wa Dhaif Sunan Abi Daud, jil. 1, 3, 5,
7, 8, 9 & 11, Riyadh: Maktabah al-Maarif.
al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, 1998(b), Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, jil. 1, 2 & 3,
Riyadh: Maktabah al-Maarif.
al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, t.th(a), Sahih wa Dhaif Sunan Nasa’i, jil. 1, 3, 9 &
11, Iskandariah: Markaz Nur al-Islam.
al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, t.th(b), Sahih wa Dhaif Sunan Abi Dawud, jil. 1, 3,
5 & 8, Iskandariah: Markaz Nur al-Islam.
al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, t.th(c), Sahih wa Dhaif Sunan al-Tirmizi, jil.1, 2, 3,
4, 5, 7 & 8, Iskandariah: Markaz Nur al-Islam.
al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, t.th(d), Sahih wa Dhaif Sunan Ibn Majah, jil. 2, 7 &
9, Iskandariah: Markaz Nur al-Islam.
al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, t.th(e), Silsilah al-Dhaifah, jil. 4&6 al-Riyadh:
Maktabah al-Maarif.
al-Albani, Muhammad Nasir al-Din,1985(a), Arwa al-Ghalil., jil. 5 & 8, Beirut: al-
Maktab al-Islami
al-Albani, Muhammad Nasir al-Din,1998(a), Sahih wa Dhaif al-Jamic al-Shoghir, jil 1, al-
Riyadh: al-Maktab al-Islami
al-Albani, Muhammad Nasir al-Din,1999, Mukhtasar al-Syamail, jil. 1, Amman: al
Maktabah al-Islamiyyah.
al-Andalusi, Ahmad Bin Muhammad Bin cAbd Rabbih, 1983, al-cAqd al-Farid, jil. 2,
Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah.
al-Bukhari, Abu Abdillah ibn Muhammad ibn Isma'il, 1999M/1414H, al-sahih,
Riyadh: Dar al-Salam.
al-Bukhari, Abu Abdillah ibn Muhammad ibn Isma'il, 2002, Sahih al-Bukhari, Beirut:
Dar Ibn Kathir.
al-cAsqallani, Ahmad ibn All ibn Hajr, 1416H/1997, Fath al-Bari, jil. 1, 3, 9 & 15 Beirut:
Dar al-Kitub al-Ilmiyyah
al-Hindi, cAla’ al-Din cAli Ibn Husam al-Din, 1981M/1401H, Kanzu al-cUmmal fi Sunan
al-Aqwal wa al-Afcaljil. 3,7, Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
al-Nasa’i, Ahmad bin Shucayb, 1995, Sunan al-Nasa’i, jil. 3, Beirut: Dar al-Fikr.
al-Nasa’i, Ahmad bin Shucayb, t.th(a),cAmal al-Yawm wa al-Laylah, jil. 1.Bayrut:
Mu’assasah al-Risalah,
al-Nasa’i, Ahmad bin Shucayb, t.th(b), Sunan al-Nasa’i, Jil. 3,Riyad: Maktabah al-
Macarif.

775
al-Nawawi, 1392H, Syarh Sahih Muslim, Jil. 3, 5, 6, 9, 14, Beirut: Dar Ihya Li al-Turath
al-Arabiy.
al-Nawawi, Abu Zakaria Muhyiddn bin Syaraf, t.th, al-Majmu`, Jil 1, Jeddah:
Maktabah al-Irsyad.
al-Sayuti, Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi al-Sayuti, 1987, Tafsir al-Jalalain, Beirut;
Dar al-Qalam.
al-Tabrani, Abu al-Qasim Sulayman bin Ahmad al-Tabrani, 1995, al-Mucjam al-Awsat,
jil. 4, Kaherah: Dar al-Haramayn.
al-Tabrani, Abu al-Qasim Sulayman bin Ahmad al-Tabrani, t.th, al-Mucjam al-Kabir,
jil. 8, 11, Kaherah: Maktabah Ibn Taymiyyah.
al-Tahir Ahmad al-Zawi, 1984, Mukhtar al-Qamus, Kaherah: al-Dar al-cArabiyyah li
al-Kitab.
al-Tirmizi, Muhammad ibn cIsa, 1996, al- Shama’il al-Muhammadiyyah, al-Qaherah:
Dar al-Hadis
al-Tirmizi, Muhammad ibn cIsa, t.th, Sunan al-Tirmizi, al-Riyad: Maktabah al-Macarif.
Danial Zainal Abidin. 2003. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. Selangor: PTS
Millennia. Hlmn 92.
Danial Zainal Abidin. 2007. Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada
Teropong Sains. (Edisi pertama). Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Fatimah Ibrahim dan Rameezan Begam Abdul Rahim. 2009. Sakit Pinggang: Kaedah
Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan serta Postur Dan Pergerakan Solat. Universiti
Malaya: Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan.
Fatimah Ibrahim dan W. Azman W. Ahmad. 2009. Penyakit Jantung Dari Perspektif
Holistik. Kuala Lumpur: Penerbit Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya.
http//www.healthy-holistic-living.com/Physical-Holistic-Health.html, Definition of
Healthy Living, 13 Mach 2011.
http://www.jamaetaleman.org/2hb Mac 2012
Hukil Sino, Zurina Mahadi, Hasnah Haron, Muhammad Aizat Misrin, Nurul’izzah
Ismail, Mohd Hasamizi Mustapa. Kajian Terhadap Hubungan di Antara
Kebersihan Diri Pengendali Makanan dan Kebersihan Kafetaria di Kolej
Kediaman UKM. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 11 (1) 2013: 1-8.
Ibn al-Qayyim al-Jawzi, Shams al-Din Abu cAbd Allah Muhammad Bin Abi Bakr al-
Zarci al-Dimashqi, 1996, Zad al-Macad, jil. 3, 4, Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
Ibn al-Qayyim al-Jawzi, Shams al-Din Abu cAbd Allah Muhammad Bin Abi Bakr al-
Zarci al-Dimashqi, 1990, al-Tib al-Nabawiy, jil. 3, Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
Ibn Hajar, Ahmad bin cAli bin Muhammad bin Muhammad bin cAliIbn Hajar al-
cAsqalani, t.th, Fath al-Bari Bi Sharh Sahih al-Bukhari, jil 10, cAmman: Bayt al-

Afkar al-Dawlah.
Ibn Majah, Muhamad bin Yazid al-Qozwini, 1996M/1416H, Sunan Ibn Majah, , jld 1, 2,
Beirut: Dar al-Macrifah.

776
Ibn Majah, Muhammad bin Yazid al-Rabci, t.th, Sunan Ibn Majah, jil. 2, cAmman:
Bayt al-Afkar al-Daulah.
Ibn Manzur, t.th. Lisan al-cArab. Kaherah: al-Dar al-Misriyyah li al-Ta'lif wa al-
Turjumah.
Ibn Qayyim al-Jauziah. 2008. Rawatan Penyakit dan Tips Menjaga Kesihatan Cara
Rasulullah SAW. Hal, 283.
Kosmo. Ahad. 22 Januari 2012.
Ministry of Health Malaysia, 2008, Clinical Practice Guideline on Management of
Hypertension (3rd edition). Kuala Lumpur: Malaysia.
Mohd Zamrin Dimon. 2011. Puasa Menurut Sains. Dicapai dari
https://fiqhmedic.wordpress.com/2011/07/22/puasa-menurut-sains/
Muhammad al-`Uthaimin, 1998, Syarh Riadh al-Solihin, jil 1, hlm 46, Beirut: Dar al-
Fikr
Muhammad bin Afifi al-Khudri, 2004: Nur al-Yaqin fi sirat al-Sayyidi al-Mursalin, jil 1,
Beirut: Dar al- Makrifah.
Muslim, Abu al-Husayn Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qushayriyy al-
Naysaburiyy, t.th, al-Jamic al-sahih, jil2, jil 3, Beirut: Dar al-Fikr
New Scientist, Polygamy is the key to a long life, 13 March 2015,
www.Newscientist.com http://www.newscientist.com/article/dn14564-
polygamy-is-the-key-to-a-long-life.html#VQUAhGcRxOI
Syawqi Abu Khalil, 2003, Atlas al-Qur’an, Dimashq: Dar al-Fikr.
Tasha R.Howe. 2012. Marriages & Families in The 21st Century. United Kingdom: A
John Wiley & Sons, Ltd, Publication.
Wizarah al-Awqaf Wa al-Shucun al-Islamiyyah, 1983, al-Mawsucah al-Fiqhiyyah, jil. 8,
35, Kuwayt: Markaz al-Buhuth wa al-Dirasat wa al-Kuwaytiyyah.
Y.W. Park. 1994. Hypo-allergenic and therapeutic significance of goat milk. 14: 151-
159. Small Ruminant Research.

777

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai