Anda di halaman 1dari 35

TEORI KOGNITIF

JEAN PIAGET
SIAPAKAH JEAN PIAGET
• Seorang pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi kanak-kanak
• Dilahirkan pada 9th Ogos 1896 di Neuchâtel, Switzerland.
• Banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak.
• Menghuraikan bagaimana minda manusia membina skemata dan
melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina
ilmu.
• Mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kanak-
kanak yang telah diterima sebagai satu teori komprehensif yang
meliputi kesemua budaya dan masyarakat.
• Meninggal pada 17th September 1980 di Geneva.
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

• Menurut Jean Piaget, proses pemikiran kita berubah secara


menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai
kematangan.

• Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan


mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di
persekitaran mereka.
PENGALAMAN KEMATANGAN
SOSIAL BIOLOGI
Perkembangan kognitif juga Proses pemikiran yang
dipengaruhi oleh pergaulan dipengaruhi oleh
individu dengan orang-orang faktor genetik
persekitaran : ibu bapa, adik
beradik, rakan, guru.
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
PROSES PEMIKIRAN
INTERAKSI NDIVIDU INDIVIDU
KESEIMBANGAN
DENGAN PERSEKITARAN
 Individu berinteraksi dengan Proses keseimbangan adalah
persekitaran untuk memahami merupakan salah satu cara yang
perkara-perkara yang berlaku. digunakan oleh individu untuk
 Mereka akan mengadaptasi dengan situasi-
meneroka, menguji, memerhati dan situasi yang baru dialami
menyusun maklumat yang didapati
PROSES MENCAPAI KESEIMBANGAN
• Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami
persekitaran mereka.

• Individu sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi,


menyelesaikan sesuatu kekusutan.

• Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman,


mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut
dalam minda dan membentuk 1 sistem yang dipanggil
SKEMA.
SKEMA
• Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil ORGANISASI dan
bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan.
• Bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada
skema yang lebih kompleks.
Contoh :
1. Bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek,
2. Kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu
benda/skema untuk mengenal huruf.
3. Anda membentuk skema untuk memandu/memasak
• Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan
situasi yang baru.
Contoh :
1. Kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi baru untuk
menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataan.
2. Anda yang mempunyai skema untuk memasak nasi putih akan buntu
sekiranya diminta memasak nasi tomato.
ADAPTASI
• ADAPTASI adalah Proses perubahan/pertukaran skema lama
kepada skema baru dimana melibatkan dua proses yang saling
berkait iaitu ASIMILASI dan AKOMODASI.
ASIMILASI AKOMODASI
Berlaku apabila individu cuba memahami Berlaku apabila individu dapat menukar skema
pengalaman baru dan cuba untuk lama untuk disesuaikan dengan pengalaman
menyesuaikan pengalaman ini dengan baru dengan mengubah cara pemikiran untuk
skema yang telah sedia ada. disesuaikan dengan pengalaman baru dan
seterusnya membentuk skema baru.
Contoh : Contoh :
Dalam mengenal huruf, kanak-kanak Dalam contoh asimilasi, akomodasi berlaku
mungkin akan menyatakan “d” sebagai apabila kanak-kanak dapat mengenal dan
“b”apabila diperkenalkan. Melalui membezakan “d” daripada “b”
pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak
akan cuba memadankan pengetahuan
baru dengan skema lama yang telah ada.
KESIMPULAN
• Menurut Jean Piaget, proses mengorganisasi,mengasimilasi
dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh
individu untuk mencapai keseimbangan dimana individu akan
terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan.

• KESIMPULAN :
Jika kita menggunakan skema baru untuk sesuatu situasi /
pengalaman yang baru dan ianya berjaya, maka
keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak
memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan
akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema baru
untuk disesuaikan dengan situasi baru tersebut.
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

PERINGKAT SENSORIMOTOR
(SEJAK LAHIR ~ 2 TAHUN)

PERINGKAT PRA OPERASI


(2 ~ 7 TAHUN)
TEORI KOGNITIF
JEAN PIAGET
PERINGKAT OPERASI KONKRIT
(7 ~ 11 TAHUN)

PERINGKAT OPERASI FORMAL


(12 TAHUN KE ATAS)
PERINGKAT
SENSORIMOTOR
(0 – 2 TAHUN)
PERINGKAT SENSORIMOTOR
• Peringkat permulaan (0 ~ 2 TAHUN) dalam perkembangan
kognitif dimana bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal
untuk mempelajari tentang persekitarannya.
PERKEMBANGAN KOGNITIF CONTOH
Skema-skema yang terbentuk adalah hasil dari Menggunakan mulut untuk merasa objek,
interaksi fizikal bayi dengan persekitaran. mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai
objek.
• Kanak-kanak pada peringkat ini akan merasa puas
menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap
Menghisap ibu jari, memasukkan objek kedalam
dan juga berminat dengan objek yang berada di
mulut, mencapai objek yang berbunyi,bunyi yang
persekitarannya.
dihasilkan akan mendatangkan kepuasan yang
• Kepuasan akan terhasil apabila mereka berupaya
menyebabkan kanak-kanak mengulang perbuatan
mengenakan tindakan terhadap objek dan
tersebut.
menyebabkan mereka melakukan tindakan tersebut
berulang-ulang.
Selain itu, mereka juga mula menunjukkan Kanak-kanak yang telah mencapai tahap ini dapat
permulaan pemikiran logik dimana aktiviti-aktiviti mengatur skema-skema yang mudah dan logik
fizikal mereka mula mempunyai matlamat-matlamat untuk mengeluarkan barang-barang daripada
yang mudah. sebuah bekas yang bertutup atau boleh mengatur
langkah untuk mengambil objek yang jauh.
PERINGKAT SENSORIMOTOR
• Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak boleh
melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau
diperhatikan seperti meniru perlakuan melambaikan
tangan,memasukkan sudu ke dalam mulut untuk menyuap
makanan.
• Semakin kanak-kanak ini membesar, tindakan perlakuan ini
akan menjadi semakin tepat.
• Kanak-kanak akan mencapai tahap pengekalan objek iaitu
kebolehan untuk menggambarkan objek di dalam memori.
• Sebelum ini berlaku, kanak-kanak tidak akan mempunyai
memori terhadap objek yang tiada dipenglihatan mereka “out
of sight, out of mind”
PERINGKAT SENSORIMOTOR
FIZIKAL KOGNITIF
Daripada aksi refleks kepada aktiviti Mengkoordinasi maklumat deria dengan
bermatlamat. pergerakan motor.
Saiz dan komposisi otak bertambah Kepuasan mengenakan tindakan terhadap objek
Gigi susu pada gusi bawah mula kelihatan Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti-aktiviti
(6-8 bulan) mudah
Mula perkembangan otot halus: Mula menggunakan imitasi,memori dan
menggenggam dan mengkoordinasi pemikiran
antara tangan dan mata.
Menunjukkan autonomi dan kekuatan Konsep pengekalan objek
pergerakan

KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT SENSORIMOTOR


PERINGKAT
PRA - OPERASI
(2 – 7 TAHUN)
PERINGKAT PRA - OPERASI
• Pada peringkat ini, kanak-kanak akan beralih ke peringkat di mana mereka
mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru.

• Kanak-kanak boleh menggambarkan dan merancang pergerakan/aktiviti


dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema dan
perkembangan berlaku apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan
simbol mental.

• Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat,gambar dan digunakan


untuk menyatakan objek,orang atau peristiwa yang dialami oleh kanak-
kanak.
PERINGKAT PRA - OPERASI
KEBOLEHAN YANG DIPEROLEH PADA PERINGKAT PRA - OPERASI

Mewakili imej sebenar buku dengan perkataan “buku” atau dengan


menggunakan gambar. Proses ini dinamakan fungsi semiotik dimana
perkembangan bahasa akan berlaku dengan pesat

Permainan membayangkan (pretend play) seperti mengambil watak


kartun/karektor kegemaran (boboiboy,upin & ipin) atau menjadi
ibu,ayah atau doktor.

Memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup
(animisme) seperti hari hujan sebab hari menangis, kereta minum
apabila menuang minyak.
PERINGKAT PRA - OPERASI

• Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat intuitif


iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung
pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata dimana mereka
masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional.

• Ciri-ciri ini dikatakan sebagai “centered”/permusatan. Oleh


itu, mereka masih tidak dapat menguasai proses
transformasi,keterbalikan dan penaakulan.
PERINGKAT PRA - OPERASI
SIKAP EGOSENTRIK
• Menurut Jean Piaget, kanak-kanak peringkat ini juga
menunjukkan sikap egosentrik dimana bermaksud mereka
melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif
sendiri.
• Mereka selalu menyangka orang lain mempunyai
perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka.
• Contoh :
Seorang kanak-kanak yang suka melihat 1 siri kartun
(boboiboy) beranggapan semua orang lain juga mempunyai
minat yang sama dengannya.
PERINGKAT PRA - OPERASI
FIZIKAL KOGNITIF
Memegang objek-objek besar dan
Mula menggambarkan dan merancang skema
memanipulasi objek-objek kecil
Mewakili sesuatu dengan simbol mental iaitu
Menunggang basikal roda tiga
dengan bahasa, gambar / isyarat
Berupaya mengingat semula peristiwa yang
Melompat dan berlari sudah berlaku dan boleh membanding 2
peristiwa yang berlaku
Menulis huruf-huruf dan perkataan-
Permainan membayangkan (pretend play)
perkataan mudah
Pemahaman kanak-kanak mengenai objek
bergantung pada ciri-ciri yang nampak yang jelas
dan nyata

KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT PRA - OPERASI


PERINGKAT
OPERASI
KONKRIT
(7 – 11 TAHUN)
PERINGKAT OPERASI KONKRIT

• Kanak-kanak peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik


walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan
situasi yang konkrit

• Mereka sepatutnya memahami proses transformasi,


keterbalikan dan penaakulan.
PERINGKAT OPERASI KONKRIT
• Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah
boleh menguasai konsep pengekalan (conservation).
PRINSIP ASAS

PRINSIP PRINSIP GANTI RUGI PRINSIP


IDENTITI (COMPENSATION) KETERBALIKAN

Mereka tahu sekiranya tiada Mereka tahu sesuatu


Pelajar boleh
bilangan yang ditambah / perubahan pada satu segi
mengulang proses
dikurangkan, bilangan /amaun akan diganti oleh perubahan
yang berlaku secara
objek adalah sama walaupun dalam satu aspek yang lain
mental kepada asal
bentuknya berubah semula
PERINGKAT OPERASI KONKRIT
PROSES CONTOH
PROSES PENGELASAN : Pengelasan mengikut ciri warna, saiz &
Mengklasifikasikan objek ke dalam set atau bentuk.
kumpulan berdasarkan sesuatu ciri.

PROSES MENYUSUN SECARA BERSIRI : Membuatsusunan logik seperti A<B<C ,


Mengatur atau menyusun mengikut susunan 1<2<3<4
menaik dan menurun.

• Penguasaan kemahiran seperti pemuliharaan,pengelasan dan


penyusunan bersiri menunjukkanpelajar pada peringkat ini telah
mencapai satu peringkat pemikiran logik.
• Walau bagaimanapun sistem pemikiran ini masih terikat dengan
situasi fizikal di mana pelajar boleh menyusun, mengelas,
memanipulsi dalam situasi yang berbentuk konkrit.
PERINGKAT OPERASI KONKRIT
• Mengikut Jean Piaget , gaya pemikiran mereka juga berubah
secara beransur daripada pemikiran egosentrik kepada
pemikiran decentered / objektif .
• Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi
dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi
mereka.
• Mereka mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan
semasa bermain / membuat aktiviti bersama.
• Pada peringkat ini, masih tidak boleh membuat hipotesis dan
menyelesaikan soalan-soalan yang abstrak / masalah yang
melibatkan gabungan faktor yang kompleks.
PERINGKAT OPERASI KONKRIT
FIZIKAL KOGNITIF
Berkebolehan berfikir secara logik walaupun
Pertumbuhan dan perkembangan
pemikiran mereka masih terikat dengan situasi
kemahiran-kemahiran psikomotor.
yang konkrit
Sudah boleh menguasai konsep
Psikomotor halus lebih baik.
pengekalan (conservation)
Kanak-kanak pada peringkat ini juga menguasai
Psikomotor kasar lebih cekap
proses pengelasan
Proses menyusun secara bersiri mengikut
Pertumbuhan gigi kekal bermula
susunan menaik dan menurun.
Mula bersosial dan menerima pandangan rakan-
Kanak-kanak menghampiri akil baligh
rakan semasa bermain / membuat aktiviti
bersama

KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI KONKRIT


PERINGKAT
OPERASI
FORMAL
(12 TAHUN KE ATAS)
PERINGKAT OPERASI FORMAL
• Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan
membuat jangkaan / andaian berdasarkan fakta.
• Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan
konkrit dan mereka sudah boleh memikirkan idea secara
abstrak dan membuat hipotesis walaupun ianya bukan realiti.
• Contoh :
Mereka boleh berhipotesis dan memberi idea tentang
masalah pencemaran alam sekitar di dunia /apa yang akan
berlaku di Malaysia pada tahun2020.
• Mereka boleh mengkaji masalah-masalah abstrak secara
sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah
tersebut.
PERINGKAT OPERASI FORMAL
CIRI-CIRI
PEMIKIRAN FORMAL

BOLEH
BERFIKIR SECARA BERFIKIR SECARA MEMBUAT
ABSTRAK SISTEMATIK HIPOTESIS
Kanak-kanak boleh berfikir Mereka juga boleh berfikir secara Mereka juga boleh
secara abstrak seperti sistematik untuk memberi beberapa membuat hipotesis dan
menyelesaikan masalah kemungkinan penyelesaian. mencari alternatif
matematik di mana Contoh : Sekiranya anda pergi penyelesaian
melibatkan perwakilan bercuti dengan hanya membawa 3 masalah.Mereka boleh
abstrak. helai kemeja-T, 3 helai blaus dan 3 menaakul secara induktif
Contoh : 4x+x=10. Apakah helai jaket, berapa kombinasi dan deduktif. Penaakulan
nilai x? pakaian yang anda boleh dapat dari deduktif bermaksud
set ini? pemikiran daripada yang
am kepada khusus.
PERINGKAT OPERASI FORMAL

• Egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini.Ianya


berlainan dengan egosentrik di peringkat pra-operasi

• Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka


sendiri, susah untuk menerima pandangan dan pendapat
orang lain serta mempunyai perasaan seperti perbuatan
mereka sentiasa diperhatikan oleh orang lain.
PERINGKAT OPERASI FORMAL

FIZIKAL KOGNITIF
Kadar perkembangan dan perkembangan Mereka juga boleh berfikir secara sistematik
pesat. Perubahan fizikal mula ke arah untuk memberi beberapa kemungkinan
dewasa. penyelesaian
Mencapai Akil Baligh Egosentrik remaja muncul pada peringkat ini.
Perubahan dan akil baligh berlaku pada
remaja perempuan terlebih dahulu
Boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif
sebelum remaja lelaki, namun tempoh
penyelesaian masalah. Mereka boleh menaakul
pertumbuhanl elaki semasa akil baligh
secara induktif dan deduktif.
lebih lama.

KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI FORMAL


IMPLIKASI TERHADAP P&P
PRA OPERASI (2-7 TAHUN)
• i)Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit.
Contoh : Kanak-kanak menggunakan bahan-bahan maujud
seperti guli, batu, batang aiskrim untuk belajar kemahiran
menambah dan menolak.
• ii)Arahan yang diberikan haruslah pendek dan disertai dengan
contoh.
Contoh : Arahan untuk beratur diluar kelas/bagaimana untuk
menjalankan sesuatu aktiviti diberi dengan menggunakan ayat
yang mudah dan jelas. Guru juga boleh demonstrasi cara
melakukan sesuatu dan menyatakan mengikut langkah yang
sistematik dan teratur.
IMPLIKASI TERHADAP P&P
• iii) Mereka susah memahami sesuatu perkara daripada sudut
pandangan orang lain.
Contoh :Penjelasan tentang nilai/nasihat harus diberikan
dalam ayat yang mudah difahami kanak-kanak dan harus
mempertimbangkan daripada sudut pandangan kanak-kanak
tersebut.
• iv) Beri peluang kepada kanak-kanak melakukan “hands-on”
terhadap sesuatu kemahiran.Peluang ini dapat meningkatkan
keyakinan kanak-kanak terhadap diri mereka.
Contoh : Membentuk perkataan dengan potongan-potongan
huruf.
IMPLIKASI TERHADAP P&P
OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)
• i) Beri peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan
menguji objek-objek yang diajar.Bimbing kanak-kanak untuk
berfikir secara kreatif dan kritis. Biarkan mereka mencuba
sendiri kemahiran yang dipelajari.
Contoh : Membuat eksperimen dalam subjek sains seperti
mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis
tumbuhan.
• ii) Gunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan
pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-perkara yang
lebih kompleks.Kaitkan pengalaman mereka seperti program
televisyen yang mereka gemari/pengalaman seharian mereka
dengan pengajaran. Pengalaman membantu kanak-kanak
untuk memahami perkara yang lebih kompleks.
IMPLIKASI TERHADAP P&P
• iii) Perkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian
masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik.
Tunjukkan jalan penyelesaian mengikut langkah-langkah yang
mudah dan sistematik.
IMPLIKASI TERHADAP P&P
OPERASI FORMAL (12 TAHUN KE ATAS)
• i) Gunakan bahan yang konkrit untuk mengillustrasikan
konsep yang lebih kompleks.
Contoh : penggunaan bahan 3D, model, carta, rajah,
pengalaman pelajar sendiri sebagai permulaan kepada
pengajaran yang lebih kompleks.
• ii)Beri peluangkepada pelajar untuk menyelesaikan masalah
serta memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan.
Suruh pelajar bentangkan idea dankritik idea yang
dikemukakan.
• iii) Kemukakan konsep yangluas dan tidak hanya terikat
dengan fakta-fakta.Biarkan pelajar meneroka dan mengkaji
sendiri konsep tersebut. Terima pendapat pelajar dan bimbing
pelajar untuk belajar menerima pendapat orang lain.

Anda mungkin juga menyukai