Anda di halaman 1dari 1

RASIONAL / KELEBIHAN KELENTURAN YANG BAIK

1. Meningkatkan Prestasi Dalam Sukan


Kebolehan melakukan pelbagai variasi pergerakan dan kemahiran dengan
baik bergantung kepada julat pergerakan dan bukannya bergantung kepada
kemahiran-kemahiran permainan tersebut. Misalnya, untuk menanduk bola dalam
suatu perlawanan bola sepak, pemain-pemain perlu membawa kakinya tinggi ke
paras dada untuk mendapat lonjakan yang tinggi. Mereka mesti memiliki kelenturan
yang baik untuk berbuat demikian. Jika tiada kelenturan, mereka susah untuk
mempelajari pergerakan dan kemahiran yang diperlukan dalam permainan tersebut.
2. Mengurangkan Risiko Mendapat Kecederaan
Latihan kelenturan juga merupakan salah satu strategi pencegahan
kecederaan.Kebanyakan sukan melibatkan pergerakan yang berulang dan melalui
julat pergerakan yang terhad, contohnya larian. Keadaan ini akan menyebabkan
ketegangan otot dan mungkin juga otot terkoyak. Untuk mengatasi masalah ini,
program kelenturan yang dijalankan secara beransur-ansur dan berjaga-jaga dapat
meregangkan dan mengurangkan ketegangan otot serta membantu mencegah
daripada kecederaan. Oleh itu, peningkatan kelenturan bukan sahaja diperlukan
dalam sukan tetapi  juga dapat menambahkan julat pergerakan dan membantu
mencegah kecederaan.
3.       Pembesaran Otot-Otot (Hypertrophy)-melalui latihan rintangan.
Setiap otot diliputi oleh tisu fasia yang menghalang berlakunya hipertrofi.
Apabila melampaui satu tahap, regangan boleh melonggarkan tisu fasia supaya
memberi ruang untuk berlakunya hipertropi. Secara teorinya, ia boleh meningkatkan
potensi genetik anda untuk berlakunya hipertropi otot.
4.       Mengurangkan Pengumpulan Asid Laktik
Asid laktik adalah sisa sampingan yang terhasil daripada penguraian ATP
semasa latihan anaerobik. Anda akan rasa sakit dan boleh menyebabkan kekejangan
otot serta menghalang pengecutan otot. Regangan mampu meneutralkan kesan asid
laktik dengan cara mengembalikan pengaliran darah ke otot dan sekaligus
menyingkirkan asid laktik daripada tubuh melalui respirasi.
5.       Meningkatkan Tahap IGH(I) (Insulin related growth factor) - Peningkatan
tahap insulin yang berkaitan faktor tumbesaran.
IGF (I) juga membantu dalam pembentukan otot bersama-sama dengan
hormon tumbesaran. Ianya meningkatkan thermogenesis dan mempercepatkan
pengambilan asid amino untuk mengurangkan lemak badan sambil membentuk tisu-
tisu otot. Kajian menunjukkan regangan yang berulang-ulang meningkatkan
pengaliran IGF (I) ke otot,tahap IGF yang ditingkatkan ini akan membenarkan
tumbesaran otot.

https://www.slideshare.net/ikhwan75/kelenturan

Anda mungkin juga menyukai