Anda di halaman 1dari 17

MITOS-MITOS DAN ANGGAPAN SALAH MENGENAI TEMUDUGA

Sebab utama ramai orang gagal dalam temuduga adalah disebabkan oleh beberapa


tanggapan salah, atau mitos, tentang apa sebenarnya yang berlaku semasa sesi
temuduga dijalankan.

Semua orang tahu yang tujuan utama temuduga adalah untuk penemuduga mencari
pekerja yang layak untuk sesuatu jawatan, tetapi tidak ramai orang yang memahami
bagaimana temuduga dijalankan dan apakah sebab yang membuat seseorang calon itu
lebih layak dari yang lain.

Ketidakfahaman ini adalah punca utama seseorang calon itu tidak dapat menunjukkan
prestasi yang memberangsangkan semasa menghadiri temuduga dan tidak dapat
memberi jawapan yang bernas semasa sesi soaljawab dikemukakan oleh penemuduga.

Temuduga tidak mempunyai apa-apa kelainan dari usaha-usaha lain dalam kehidupan
ini, lebih baik pemahaman anda tentang bagaimana lancarnya sesuatu temuduga
dijalankan (ataupun tidak berjalan lancar), adalah lebih tinggi peluang anda
menanganinya dengan jayanya.

Dengan memahami secara dinamiknya dasar secara semulajadi sesuatu temuduga,


adalah satu permulaan yang penting dalam memperbaiki prestasi anda dalam
temuduga.

1
MITOS NO. 1: CALON YANG PALING LAYAK AKAN DAPAT TAWARAN KERJA

Kerapkali ada kebenarannya tentang perkara ini - terutamanya apabila seseorang itu
mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat yang mengambil kakitangan
dalaman untuk kenaikan pangkat.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya seseorang itu


berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada beberapa kriteria
penting yang patut dipatuhi (itupun bukan satu jaminan).

Ini termasuk :-

 Penemuduga mahir tentang apakah bentuk soalan yang akan ditanya dan
mereka sentiasa peka tentang kebenaran di atas setiap jawapan yang
diterima.
 Kedua-dua perkara ini nampak mudah, tetapi saya pasti yang sebahagian
besar daripada mereka yang mengendalikan temuduga itu tidak mendapat
apa-apa bentuk latihan pun, tiada pengalaman sebagai penemuduga dan
kerapkali mereka tidak membuat apa-apa persediaan pun untuk temuduga
itu.
 Penemuduga tidak mungkin tertarik tentang sifat fizikal, berperwatakan
cantik, sifat lucu dan sebagainya terhadap seseorang calon temuduga.
Perkara-perkara tersebut adalah agak susah hendak diatasi walaupun oleh
seorang penemuduga yang berpengalaman.
 Calon temuduga telah mempelajari bagaimana cara untuk menunjukkan
kemahiran mereka dengan jelas, pencapaian terbaik mereka dan bagaimana
mereka boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi syarikat.
 Tidak akan berlaku pertindihan keperibadian di antara penemuduga dan
calon temuduga.
 Kedua-dua pihak tidak berhadapan dengan apa-apa masalah.

2
Sesetengah majikan – selalunya yang telah dikritik kerana pernah memilih calon yang
salah pada masa dahulu – telah membuat satu garis panduan pengambilan pekerja
yang profesional supaya dapat mengurangi dari berlakunya kesilapan.

Ada waktunya prosedur ini banyak membantu dan amat berkesan dalam membuat
pemilihan calon, tetapi ia tidak menjamin yang calon yang paling layak mendapat
tawaran jawatan itu.

Akhirnya satu analisis telah dibuat, yang pemilihan seseorang untuk mengisi sesuatu
jawatan memerlukan sekurang-kurangnya seorang individu untuk membuat keputusan,
dan tidak kiralah apa pun usaha yang dibuat untuk menghapuskan fikiran subjektif,
sifat pilih kasih dan telah pun ada pilihan sendiri – walaubagaimanapun berusaha
untuk menjauhinya.

Di dalam dunia yang unggul ini, calon yang terbaik untuk sesuatu jawatan itulah yang
mendapatnya; sebaliknya, kebenarannya calon yang menunjukkan prestasi terbaik
semasa temuduga yang mendapat kemenangan. Pengajaran yang dapat diambil dari
sini ialah :

 Jangan secara otomatik menarik diri dari memohon sesuatu jawatan jika
sekiranya anda dapat tahu sudah ada calon yang lebih layak ada memohon
jawatan yang sama.
 Jika sekiranya anda berusaha untuk membuat persediaan yang secukupnya, ada
kemungkinan besar anda akan menjadi calon pilihan – terutamanya apabila
calon yang seorang lagi mengambil mudah dan tidak membuat apa-apa
persediaan untuk menghadiri temuduga.
 Jika sekiranya anda mendapat tahu anda paling layak untuk mengisi jawatan
tersebut jangan sekali-kali mengambil mudah tentang temuduga itu. Hendaklah
berkelakuan seperti anda sedang bersaing dengan musuh yang amat
menakutkan.

3
 Ambil masa untuk membuat persediaan dengan teliti. Bukan bererti anda
mempunyai pengalaman, anda telah tahu bagaimana hendak menyampaikan
pendapat anda semasa menghadapi temuduga.

MITOS NO. 2: TEMUDUGA ADALAH SEPERTI MENGAMBIL PEPERIKSAAN DI SEKOLAH –


LEBIH BANYAK ANDA BERKATA, LEBIH BAIK PRESTASI ANDA

 Benar, temuduga ada sedikit persamaan dengan peperiksaan, di mana anda diminta
menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang bijak, dan di situlah persamaan itu
berakhir.

Tidak seperti peperiksaan, di mana banyak jawapan yang tepat diperlukan, temuduga
pula adalah berbeza kerana ia memerlukan interaksi dan hubungan yang baik dan
pada masa yang sama menjawab soalan dengan jelas dan bijak. Jawapan yang baik
tidak perlu terlalu terperinci.

Sebenarnya, jawapan yang terlalu terperinci dan panjang boleh mengganggu


perhatian penemuduga, walaupun mengandungi fakta yang secara teknikalnya
amatlah tepat. Mengetahui bila hendak berhenti bercakap adalah satu kemahiran
yang patut ada pada semua calon temuduga.

Berbeza dengan peperiksaan, dalam temuduga selalunya tidak ada jawapan yang
betul atau salah. Kita adalah berbeza dan datang ke temuduga dari latarbelakang
yang berbeza, beri bukti yang kukuh di atas semua tindakan anda dan bercakaplah
tentang percapaian anda dengan penuh yakin.

MITOS NO. 3: PENEMUDUGA TAHU APA YANG MEREKA BUAT

Sesetengah penemuduga amat bijak tentang apa yang mereka lakukan, terutamanya
mereka yang profesional dan menjadikannya kerja sepenuh masa(sekiranya mereka
tidak letih dengan kerja).

4
Sebaliknya, kebanyakan pengurus dan tuan punya perniagaan kecil menghadapi
kesukaran kerana temuduga bukanlah kerja yang sering mereka lakukan.Sebahagian
dari contoh temuduga yang tidak baik adalah :-

 Mereka sahaja yang banyak bercakap


 Mereka kelihatan telah membuat keputusan terhadap anda dalam lima minit
pertama temuduga dijalankan
 Mereka nampak seperti mendapatkan soalan secara rambang dari langit
 Telefon mereka sentiasa berdering dan dijawab semasa  sesi temuduga
 Mereka kelihatan tidak jujur sebagai jurujual semasa menjual kerja tersebut
pada anda

Sebahagian dari temuduga yang baik ialah:-

 Mereka telah pun terlebih dahulu menyediakan soalan dengan teratur


 Mereka ingin tahu apa yang anda buat dan bagaimana anda telah
melakukannya, termasuk meminta contoh-contohnya
 Mereka membiarkan anda yang banyak bercakap
 Mereka ingin menemuduga anda lebih dari sekali
 Mereka sentiasa berusaha membuat anda berasa selesa
 Mereka secara jujurnya berminat dengan kemampuan anda, kemahiran dan
suka pada sikap anda

5
MITOS NO.4: JANGAN SANGKA SEMUANYA MENGENAI KERJA

Penemuduga yang tidak berpengalaman selalunya tidak bertanyakan soalan yang tepat
dan dengan mudah mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara yang tidak ada
kaitan dengan kemampuan anda untuk menjalankan kerja.

Oleh itu sekiranya anda di temuduga oleh mereka yang tidak berpengalaman, jangan
tunggu untuk ditanya soalan yang baik – ataupun dibenarkan anda untuk bercakap
tentang kemahiran yang menyeronokkan dan berkualiti.

Ambillah sikap yang tidak terlalu menonjol dengan bercakap tentang perkara-perkara
yang anda rasa mereka berminat hendak tahu. Walaubagaimanapun situasi begini
tidak selalu berlaku – terutama sekali jika anda ditemuduga oleh seseorang yang
bersikap paksaan begitu, jangan panik.

Katakan pada diri anda temuduga hanyalah untuk menjalin hubungan yang baik, di
mana ia hanyalah sesi soaljawab. Oleh itu bersetuju sahajalah, senyum dan tunjukkan
sikap yang terbaik – penemuduga yang banyak bercakap suka kepada seseorang yang
bersetuju dengan pendapat mereka.

MITOS NO. 5: ORANG YANG BERKETERAMPILAN MENDAPAT KERJA

Saya jangkakan sekiranya jawatan tersebut adalah untuk mereka-mereka yang anggun
bergaya habis seperti di dalam layar perak, jadi mereka yang berketerampilan begitu
amat membantu, tetapi bagi kebanyakan jawatan lain keterampilan anda tidaklah
memberi kesan.

Seperti yang telah dibincangkan, memang terdapat majikan yang tidak


berpengalaman akan menawarkan kerja kepada seseorang berdasarkan faktor luaran,
tetapi kebanyakan majikan adalah bijak memilih.

Anggapan yang mereka yang berketerampilan atau anggun lebih mudah mendapat
kerja dari mereka yang biasa-biasa adalah satu anggapan yang salah – bahawa majikan

6
menggemari keterampilan seseorang melebihi mata pencarian mereka. Semua
pengalaman saya telah mengajar saya sebaliknya.

Kebanyakan perniagaan berada dalam suasana persaingan yang hebat dan majikan
amat prihatin bahawa kesilapan dalam memilih pekerja adalah amat mahal.

Ini tidak bermakna bahawa keterampilan dan kebijaksanaan seseorang adalah tidak
mustahak. Adalah amat penting anda berpakaian yang segak atau bersesuaian dan
cuba sedaya upaya untuk menonjolkan semua kualiti mesra anda.

Penampilan yang baik memanglah dipandang hebat di dalam temuduga, tetapi


bukannya penampilan yang bersesuaian dan mesra.

MITOS NO. 6: KALAU JAWAPAN ANDA ADALAH LEBIH BAIK DARI YANG LAIN, ANDA
AKAN DITAWARKAN KERJA

 Kebolehan untuk menjawab dengan terang dan jelas semasa ditemuduga amatlah
mustahak, dan kegagalan untuk berbuat demikian bermakna anda tidak akan berjaya
mendapat tawaran kerja.

Walaubagaimanapun, temuduga – seperti yang telah kita lihat – adalah lebih dari
hanya menjawab dengan betul dan tepat. Ia juga berkisar tentang meyakinkan
penemuduga yang anda adalah seorang yang mesra untuk bekerja.

Dengan lain perkataan, ia tidak memberi apa-apa faedah berapa baik jawapan anda
secara teknikalnya, seandainya penemuduga tidak menggemari anda, anda tidak akan
berpeluang mendapat tawaran pekerjaan (kecuali bakat anda adalah hebat, amat
sukar di temui  ataupun penemuduga itu adalah tersepit).

Jadi elaklah daripada berfikiran bahawa temuduga adalah dengan memberi jawapan
yang betul. Temuduga juga adalah tentang menzahirkan hubungan silatulrahim yang
baik dan kepercayaan, dan di samping tiada cara yang selamat di dalam hal ini,
terdapat perkara-perkara yang anda boleh lakukan (dan perkara-perkara yang tidak

7
sepatutnya dilakukan) yang boleh membawa anda lebih jauh untuk memperbaiki
kemahiran anda di dalam semua aspek temuduga.

MITOS NO. 7: ANDA MESTI MENCUBA MENJAWAB DENGAN TEPAT

Saya ada terdengar ada orang yang terperangkap dengan percakapan sendiri,
mengulangi sesuatu beberapa kali dan bercakap perkara yang sama kerana ingin
mencuba untuk memberi jawapan yang terbaik.

Ataupun mereka memikirkan  mereka dapat memberi jawapan yang tepat. Sesetengah
orang terlalu obses terhadap memperolehi jawapan yang tepat dan mereka mencuba
tanpa henti sehingga pada pandangan mereka telah mendapat maklumbalas yang
terbaik dari penemuduga.

Tetapi kita tidak akan dapat memastikan apa sebenarnya yang ingin didengari oleh
penemuduga, kebanyakan kita terus bercakap dengan harapan dapat melitupi setiap
ruang yang ada.

Masalahnya dengan cara yang sebegitu, kita akhirnya telah bercakap terlalu banyak,
di mana mungkin mengakibatkan penemuduga hilang tumpuan dan oleh sedemikian, di
situ mungkin berakhirnya temuduga anda.

Sebenarnya dalam kebanyakan kes tidak pernah ada jawapan yang tepat.
Pengajarannya di sini ialah: ada banyak faktor yang membawa kepada jawapan yang
baik, iaitu kita hendaklah memberi jawapan yang terus kepada tajuk yang
dibincangkan dan tidak berlegar-legar tanpa tujuan untuk mencari jawapan yang
tepat.

8
MITOS NO. 8: ANDA PERLULAH BERTANYAKAN SOALAN UNTUK MENUNJUKKAN
MINAT DAN KEBIJAKSANAAN ANDA

Ramai antara calon temuduga menyangka bahawa mereka hanya boleh bertanya di
akhir sesi temuduga. Terdapat kepercayaan umum di antara calon temuduga bahawa
cara itu menampakkan kebijaksanaan mereka dan juga minat yang mendalam kepada
kerja tersebut. Ini adalah salah.

Bertanya soalan semata-mata untuk bertanya tidak akan menambahkan peluang anda
untuk mendapat kerja. Ia boleh juga disalah anggap yang anda adalah seorang yang
lembab – lebih-lebih lagi seandainya soalan anda merupakan perkara yang telah
dibancangkan semasa sesi temuduga sebelumnya.

Bertanyalah sekiranya anda mempunyai soalan yang tulen. Soalan yang boleh diterima
termasuklah mempunyai hubungan yang telus dengan jawatan yang anda pohon,
termasuklah kondisi kerja dan polisi syarikat berkenaan gaji, cuti dan sebagainya.

Penemuduga tidak akan berkeberatan untuk menjawab soalan-soalan sedemikian


tetapi akan berkeberatan untuk menjawab soalan-soalan yang dianggap tidak
mempunyai kaitan. Sekiranya anda tidak mempunyai apa-apa soalan, ucaplah sesuatu
seperti “Terima kasih, tetapi saya tidak mempunyai apa-apa soalan.

Tuan telah cukup teliti sepanjang temuduga ini dan telah berbincang begitu
menyeluruh tentang jawatan ini”. Tiada salahnya anda sedikit memuji penemuduga
anda tentang ketelitian dan sifat professional mereka – dengan syarat anda tidak
melampaui had atau berbunyi seperti terlampau merendah diri.

Ada dua lagi perkara penting yang anda mesti tahu tentang bertanya kepada 
penemuduga. Pertama, elak daripada terlalu banyak bertanya. Pada keseluruhannya,
penemuduga tidak gemar  peranan yang terbalik. Kedua, jangan bertanya soalan yang
berkemungkinan mengaibkan. Ini termasuklah:

9
   soalan yang bersangkut paut dengan insiden yang negatif

   sesuatu yang tidak sepatutnya berada di dalam domain umum

   soalan yang payah yang mungkin akan membingungkan penemuduga

Sebagai panduan, sekiranya anda fikir yang soalan anda akan menyebabkan
penemuduga anda berasa malu, elakkan dari melakukannya.

MITOS NO. 9: RELAKS DAN JADILAH DIRI ANDA SENDIRI

Adalah penting untuk relaks dan tunjukkan kebaikan anda, adalah juga penting untuk
memahami yang temuduga bukanlah perjanjian sosial. Kebanyakan temuduga adalah
peristiwa yang tersusun di mana kenyataan yang tidak menimbulkan kemarahan
adalah tidak diterima.

Ringkasnya, menjadi diri sendiri mungkin akan membawa malapetaka (satu perkataan
yang bercanggah). Misalnya, menjadi diri sendiri bermaksud menyandar pada kerusi,
berpakaian compang-camping dan berkelakar, anda akan menyedari bahawa anda
menghadiri beberapa temuduga.

Sementara penemuduga suka mereka yang relaks, mereka juga mempunyai anggapan
yang dijangkakan tentang kelakuan yang bersesuaian untuk menghadiri sesuatu
temuduga – dan anda menyalahgunakan anggapan tersebut untuk membahayakan
anda!

MITOS NO. 10: PENEMUDUGA MENCARI KECELAAN

Mitos yang berbahaya ini akan membawa para penemuduga untuk mengamalkan sikap
mempertahankan diri, mungkin juga kecurigaan semasa menemuduga. Sekiranya anda
percaya yang penemuduga anda sedang tekun mencari kecelaan anda, besar
kemungkinannya  akan melemahkan percubaan anda untuk membentuk  hubungan

10
erat dan kepercayaan yang penting. ia juga boleh menghalang anda untuk terbuka dan
memberi jawapan yang baik.

Percayalah bahawa kebanyakan tidak menyediakan soalan-soalan dengan harapan


untuk mencari kecelaan anda. Soalan-soalannya selalunya sudah disiapkan dengan
harapan untuk memberi gambaran keseluruhan secara mendalam tentang apa yang si
penemuduga boleh menyumbang kepada syarikat.

Seorang penemuduga yang baik akan dapat menyingkap kelemahan anda tetapi ianya
amatlah jauh berbeza dengan apa yang anda fikir bahawa penemuduga hanya mencari
jawapan yang menampakkan kecelaan anda.

Ia amatlah mustahak untuk menganggap tiap-tiap soalan itu adalah satu peluang
untuk menyerlahkan diri anda daripada bersifat untuk melindungi yang tidak perlu. Ia
hanyalah untuk menjawab soalan-soalan untuk menunjukkan betapa bagusnya anda.
Menganggap yang soalan-soalan tersebut adalah objek syak-wasangka tidak akan
masuk akal langsung.

Memahami mitos di persekitaran temuduga akan memberi permulaan yang baik.


Ingatlah, temuduga adalah sama dengan usaha dalam hidup: memahaminya secara
mendalam adalah baik untuk membantu anda mencapai kejayaan.

Pemahaman secara mendalam tentang mitos di dalam temuduga akan memberi anda
satu senjata dengan informasi yang anda perlukan untuk mengelak diri anda daripada
terjerumus ke dalam perangkap yang mengecewakan.

Sama pentingnya, satu gambaran yang jelas tentang temuduga akan membuat anda
lebih bersedia dan dapat menyumbangkan keyakinan dan persembahan anda.

11
HINDARI 11 PERKARA YANG AKAN MENGGAGALKAN TEMUDUGA

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam
bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan


2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga
lebih dari seorang penemuduga
3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan
jawapan anda
5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu
teknikal
6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan
anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan
anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan


membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil
keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

12
DOA-DOA BERKAITAN SEBELUM DAN SELEPAS TEMUDUGA

13
14
CONTOH SOALAN-SOALAN TEMUDUGA KERAJAAN

1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?


2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
3. Cerita sedikit tentang diri anda.
4. Apakah yang dapat memotivasikan anda?
5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan
anda?
6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?

15
8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan
orang-orang bawahannya.
9. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
10.Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan
anda sebenar?
11.Mengapakah patut kami memilih anda?
12.Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
13.Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
14.Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda?
Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
15.Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
16.Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
17.Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda
kepuasan. Mengapa?
18.Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
19.Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under
pressure)
20.Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat
mengatasinya.
21.Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa
lalu?
22.Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
23.Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
24.Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
25.Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
26.Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej
atau universiti? Mengapa?
27.Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti
kokurikulum?
28.Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
29.Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?

16
30.Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan
anda.

17

Anda mungkin juga menyukai