Anda di halaman 1dari 31

TUGASAN / ASSIGNMENT (60%)

SEMESTER MAY 2016 / MEI 2016

KOD SUBJEK : MPU 3412

TAJUK SUBJEK : SOCIAL RESPONSIBILITY PROJECT/ PROJEK


KHIDMAT MASYARAKAT
PERINGKAT : IJAZAH SARJANA MUDA/ BACHELOR DEGREE

NAMA PELAJAR : MUHAMAD RAHMAT BIN ESAHAH

NOMBOR MATRIK : A30109150004

PROGRAM : BACHELOR OF EDUCATION (TEACHING ISLAMIC


IN PRIMARY SCHOOL)
FASILITATOR AKADEMIK : ENCIK SYED MOHD SHAHRIZAL BIN SYED
OSMAN
PUSAT PEMBELAJARAN : PHM MELAKA

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1) Jawab semua soalan.

2) Plagiat adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang dibuktikan melakukan plagiat akan
diambil tindakan tata tertib.

3) Tugasan ini membawa 60% dari jumlah keseluruhan markah gred akhir.

1) Tugasan ini mesti dihantar SEBELUM atau PADA 9 OGOS 2016.

1
Program
Semanis Senyuman
Selembar Kasih

Tema:
Kasih Sayang Milik Semua Insan

Anjuran:
Mahasiswa Asia E Universiti
(Kampus Melaka)

Kerjasama:
Sekolah Rendah Agama JAIM Bukit Katil
Melaka

Disediakan Oleh:
Muhamad Rahmat Bin Esahah
Semester 3/PHM Melaka
Nombor2 Matrik :
Kandungan

Bil Tajuk Muka


Surat
1. Pengenalan 5
Butiran Projek:
(a) Nama Projek 5
(b) Tema 5
(c) Penganjur 5
(d) Kerjasama 6
(e) Tarikh/Hari 6
2.
(f) Tempat 6
(g) Masa 6
(h) Jumlah Peserta 6
(i) Perasmi 6
(j) Sumber Personal Yang Terlibat 7
(k) Sasaran 7
3. Rasional 7
4. Matlamat 7
5. Objektif 8
6. Perlaksanaan Projek 8–9
7. Perancangan 9 – 11
Refleksi
8. (a) Masalah Dan Cadangan Penyelesaian 11 – 12
(b) Kesimpulan 12 – 13
9. Penghargaan 13 – 14
10 Lampiran 1
. Perbincangan Bersama YDP Tuan Pengerusi LEKAS 15 – 16
Lampiran 2
Permohonan Mendapatkan Kebenaran Daripada Guru Besar 17 – 18
Lampiran 3
Memohon Sumbangan Dana 19 – 20

3
Lampiran 4
Jawatankuasa Pengelola 21 – 22
Lampiran 5
Jawatankuasa Kerja Dan Tugas 23 – 24
Lampiran 6
Tentatif Program 25
Lampiran 7
Anggaran Perbelanjaan 26 – 27
Lampiran 8
Senarai Nama Penerima Bantuan
(a) Kategori Anak Yatim Dan Yatim Piatu 28
(b) Kategori Anak Yatim Dan Asnaf 28

4
LAPORAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM SEMANIS SENYUMAN SELEMBAR KASIH

Pengenalan

Program Khidmat Masyarakat bersama anak-anak yatim dan asnaf di


kalangan murid-murid sekolah rendah sekitar kawasan taman dan kampung
Bukit Katil, Melaka yang dianjurkan oleh mahasiswa dari Asia E Universiti
adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada mahasiswa memperoleh
pengalaman dan memupuk perasaan kasih sayang sesama sendiri.
Bertemakan “Kasih Sayang Milik Semua Insan”, Program Semanis
Senyuman, Selembar Kasih ini diharapkan dapat memberi ruang kepada
anak-anak yatim dan asnaf merasai kegembiraan dan berkongsi suka duka
dalam kehidupan mereka bersama-sama mahasiswa. Hal ini dapat
membantu mahasiswa mempelajari sesuatu yang baru apabila didedahkan
dengan persekitaran luar. Di samping itu juga, mahasiswa dapat
mematangkan pemikiran mereka bagi menghadapi pelbagai situasi yang
akan memberi cabaran dari segi mental dan fizikal dalam menangani
pelbagai masalah. Beberapa sumbangan akan diberikan kepada anak-anak
yatim dan asnaf sebagai salah satu cara untuk membantu mereka yang
kurang berkemampuan. Sekiranya projek khidmat masyarakat ini dapat
dilaksanakan dengan baik dan sempurna, sudah pasti projek tersebut akan
menghasilkan sesuatu impak yang sangat berguna.

Nama Projek

5
Program Semanis Senyuman Selembar Kasih.

Tema

“Kasih Sayang Milik Semua Insan”.

Penganjur

Mahasiswa kendalian program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Asia E


Universiti Kampus Melaka.
Kerjasama

1. Lembaga Kemajuan Sekolah (LEKAS)


2. Sekolah Rendah Agama JAIM Bukit Katil, Melaka

Tarikh/Hari

22 Jun 2016 bersamaan 17 Ramadhan 1437 (Rabu)

Tempat

Sekolah Rendah Agama JAIM Bukit Katil, Melaka

Masa

9:00 pagi hingga 9:00 malam

Jumlah Peserta

Lapan orang mahasiswa Asia E Universiti yang terdiri daripada:


1. Cik Aishah Binti Ismail - semester 2

6
2. Puan Aleena Binti Rosli - semester 2
3. Puan Alidah Binti Mohamed - semester 3
4. Puan Anis Thuhaibah Binti Omar - semester 2
5. Encik Mohd Faisal Bin Minhat - semester 2
6. Encik Muhamad Rahmat Bin Esahah - semester 3
7. Encik Muhammad Fikri Bin Ab. Rahman - semester 2
8. Encik Muhammad Zulhelmi Bin Zorkarnain - semester 3

Perasmi

Tuan Hj. Achim Bin Hj. Samad,


YDP Tuan Pengerusi LEKAS Sekolah Rendah Agama JAIM Bukit Katil,
Melaka

Sumber Personal Yang Terlibat

1. Mahasiswa Asia E Universiti.


2. Sumbangan orang perseorangan.
3. Dana aktiviti murid Sekolah Rendah Agama JAIM Bukit Katil.
4. YDP Tuan Pengerusi LEKAS Sekolah Rendah Agama JAIM Bukit
Katil.

Sasaran

1. Keluarga asnaf.
2. Anak-anak yatim.
3. Anak-anak yatim piatu.

Rasional

7
Bulan Ramadhan merupakan bulan anugerah yang paling agung
dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk seluruh umat Islam bagi menambah
amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang telah dijanjikan dalam
Al-Quran. Bulan Ramadhan juga perlu dihayati dengan pengisian pelbagai
amalan yang wajib dan sunat agar kehadirannya sentiasa dirasai. Bulan
Ramadhan juga mampu melahirkan insan yang bersih dari rohani dan
jasmani melalui ibadah puasa dan amalan-amalan sunat yang lain.
Program Semanis Senyuman, Selembar Kasih ini dilaksanakan dengan
harapan agar dapat mendidik hati mahasiswa supaya sentiasa mensyukuri
nikmat kasih sayang dan hubungan kekeluargaan yang dikurniakan oleh
Allah S.W.T. Di samping itu juga, program seumpama ini dapat menjana
dan memantapkan program pengukuhan sahsiah di kalangan mahasiswa
bersama anak-anak yatim dan asnaf di kalangan murid-murid sekolah
rendah.

Matlamat

Program ini berhasrat mendedahkan mahasiswa kepada pengaplikasian


pengetahuan, kemahiran, nilai sivik dan kewarganegaraan dalam projek
khidmat masyarakat. Sumbangan khidmat bakti kepada anak-anak yatim
dan asnaf dapat melahirkan mahasiswa yang prihatin dan
bertanggungjawab terhadap masyarakat.
Objektif

1. Memberi ruang kepada mahasiswa untuk mendapatkan pengalaman


dan berkongsi ilmu pengetahuan bersama-sama anak-anak yatim dan
asnaf.

2. Memberi sumbangan dalam bentuk tenaga, idea dan sumber


kewangan bagi meringankan bebanan dan tanggungan kepada golongan
yang kurang berkemampuan.

8
3. Malahirkan mahasiswa yang mempunyai rasa tanggungjawab dan
peka terhadap anak-anak yatim dan asnaf.

4. Membentuk sifat keperibadian dan memahami konsep kerjasama


serta tolong-menolong antara satu sama yang lain.

5. Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan


mahasiswa terhadap komuniti yang ada di persekitaran.

6. Mendisiplinkan diri mahasiswa dengan sikap bertanggungjawab dan


ikhlas semasa menyumbangkan tenaga, idea dan sumber kewangan
untuk menjayakan projek kebajikan dan khidmat masyarakat ini.

Perlaksanaan Projek

1. Menjalankan perbincangan secara berkumpulan bersama-sama tujuh


orang rakan mahasiswa yang lain bagi menentukan jenis projek
yang bakal dilaksanakan agar menepati kehendak dan keperluan
semasa.

2. Mengadakan perbincangan bersama Tuan Hj. Achim Bin Hj. Samad


merangkap YDP Tuan Pengerusi LEKAS, Sekolah Rendah Agama
JAIM Bukit Katil, Melaka bagi mendapatkan persetujuan untuk menjayakan
projek dengan kerjasama pihak sekolah. (lampiran 1).

3. Mendapatkan persetujuan daripada Guru Besar Sekolah Rendah


Agama JAIM Bukit Katil, Melaka bagi menjayakan projek khidmat
masyarakat untuk menggunakan bangunan sekolah tersebut melalui surat
permohonan kebenaran secara bertulis. (lampiran 2)

9
4. Mendapatkan dana dan sumbangan daripada beberapa orang
individu yang telah dikenalpasti bagi perlaksanaan projek melalui surat
permohonan. (lampiran 3)

5. Mengadakan perbincangan bersama guru-guru Sekolah Rendah


Agama JAIM Bukit Katil, Melaka bagi menentukan jawatankuasa kerja,
pemilihan senarai nama anak-anak yatim dan asnaf dan pengagihan
tugas supaya program yang dilaksanakan dapat dijayakan dengan
lancar.

6. Membeli beberapa barangan keperluan berbentuk makanan untuk


dijadikan sebagai cenderahati kepada anak-anak yatim dan asnaf
supaya dapat memberi kegembiraan terhadap mereka.

7. Menjalankan aktiviti seperti memasak bubur lambuk, majlis khatam


Al- Quran, tahlil arwah, penyampaian sumbangan berbentuk cenderahati
dan duit raya dan majlis berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim
dan asnaf.

Perancangan

Perlaksanaan Aktiviti
Masa Aktiviti
Berkumpul di perkarangan Masjid Al-Alami, MITC, Ayer
Keroh Melaka untuk sesi taklimat program. Agihan tugas
9:30 pagi diberikan untuk memastikan barangan keperluan yang
hendak dibeli mencukupi dan bersesuaian dengan tahap
umur anak-anak yatim dan asnaf.
Bergerak ke Mydin Mall Ayer Keroh Melaka untuk proses
9:50 pagi membeli barangan keperluan yang diperlukan mengikut
kadar perbelanjaan yang telah ditentukan.
10:00 pagi Membeli barangan keperluan semasa seperti gula pasir,

10
milo, susu, air kotak, ketupat segera, kuih raya dan
sebagainya.

Berada di Sekolah Rendah Agama JAIM Bukit Katil,


Melaka bagi membungkus bubur lambuk yang telah siap
dimasak.

11:30 pagi

Membungkus barangan yang telah dibeli di Mydin Mall,


Ayer Keroh ke dalam beg yang telah disediakan untuk
dijadikan sebagai cenderahati kepada anak-anak yatim dan
asnaf.
1:00 petang

3:00 petang Mengendalikan Majlis Khatam Al-Quran, tahlil arwah,


agihan berkat khatam Al-Quran, penyampaian sumbangan
kepada anak-anak yatim dan asnaf dan agihan bubur
lambuk.

11
Membuat persiapan majlis berbuka puasa bersama
6:45 petang
keluarga anak-anak yatim dan asnaf.
Majlis berbuka puasa bersama keluarga anak-anak yatim
dan asnaf. Turut serta adalah YDP Tuan Pengerusi
LEKAS, Tn Hj. Achim Bin Hj. Samad dan guru-guru
Sekolah Rendah Agama JAIM Bukit Katil, Melaka.
7:25 malam

Mengemas kawasan persekitaran Sekolah Rendah Agama


8:30 malam JAIM Bukit Katil, Melaka sebelum bersurai pada jam 9:00
malam.

Refleksi

(a) Masalah Dan Cadangan Penyelesaian

Terdapat beberapa masalah yang timbul semasa menjalankan projek


khidmat masyarakat ini. Namun, semua masalah tersebut telah berjaya
diatasi dan diselesaikan secara berhikmah atas berkat kesabaran setiap
mahasiswa. Antara masalah yang dihadapi adalah:

Masalah Cadangan Penyelesaian


 Kesuntukkan masa dalam  Memperbanyakkan surat
mencari dana untuk sumbangan untuk diberi kepada
melaksanakan program. lebih ramai para dermawan.

12
 Surat kelulusan program lewat  Surat kelulusan program perlu
dikeluarkan. dikeluarkan lebih awal lagi sebaik
sahaja menerima surat
permohonan daripada mahasiswa.
 Kurangnya komunikasi dan  Surat perlu disusun dan disemak
respon yang lambat. agar tiada sebarang kesilapan
yang berlaku.
Masalah Cadangan Penyelesaian
 Kutipan dana untuk menjalankan  Merancang kutipan dana program
program lambat dilaksanakan. sekurang-kurangnya dalam
tempoh dua bulan sebelum
program dijalankan.
 Surat pengesahan projek lambat  Surat pengesahan perlu
dikeluarkan dan kebanyakkan dikeluarkan awal sebelum
pihak yang ingin memberi dana program dijalankan.
memerlukan kelulusan dua bulan
sebelum program dijalankan.

 Banner tidak mempunyai logo  Logo universiti perlu diletakkan


universiti kerana banner telah agar dapat membuktikan program
dicetak terlebih dahulu. tersebut di bawah kelolaan
mahasiswa.
 Terdapat lebihan makanan ketika  Kuantiti makanan perlu disediakan
majlis berbuka puasa bersama- dengan betul dan bersesuaian
sama anak yatim dan asnaf. dengan bilangan peserta.

(b) Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Program Semanis Senyuman Selembar Kasih ini


telah berjaya dilaksanakan dan diharapkan akan dapat memperbaiki segala
kelemahan yang ada pada masa yang akan datang. Saya sangat berpuas
hati kerana telah berjaya melaksanakan program dengan baik di samping

13
telah menepati ketetapan masa program selama 12 jam dalam tempoh
sehari. Saya masih berjaya menyelesaikan program ini walaupun
menghadapi pelbagai rintangan, cabaran dan masalah yang timbul. Secara
tidak langsung, semasa saya menjalankan program ini, terdapat banyak
penerapan nilai-nilai murni yang dapat saya amalkan. Semangat kerja
secara berkumpulan dan berusaha dengan bersungguh-sungguh merupakan
nilai yang saya pegang sejak awal lagi sehingga program ini selesai.
Kejayaan program ini merupakan hasil usaha dan kerjasama daripada
semua pihak yang terlibat. Saya mencadangkan supaya program yang
mampu memupuk nilai kasih sayang terhadap sesama manusia tanpa
mengira latar belakang sesebuah keluarga tersebut diteruskan terutamanya
oleh golongan-golongan belia dan mahasiswa pada masa yang akan
datang. Semua pihak perlu mempunyai sifat bertanggungjawab dalam
membantu segala keperluan termasuk sumbangan tenaga, masa dan dana
untuk menjayakan sesuatu program. Program ini meninggalkan kesan yang
mendalam dan memberikan pengalaman yang berharga kepada diri saya.
Sebagai manusia biasa, segala kelebihan dan kekurangan boleh dinilai
bersama. Tambahan pula saya bertugas sebagai seorang guru, saya
beranggapan bahawa program seumpama ini dapat menyuntik semangat
saya untuk terus berbakti kepada masyarakat sekeliling tanpa wujudnya
perasaan pilih kasih. Tidak dapat dinafikan bahawa hubungan komuniti dan
khidmat masyarakat sangat relevan dengan jiwa seorang pendidik. Semoga
pengalaman tersebut menjadikan diri saya lebih proaktif dan beriltizam
tinggi untuk terus berbakti kepada anak bangsa.

Penghargaan

Sekapur sirih seulas pinang, sekalung kasih berjuta penghargaan. Bersyukur


kehadrat Allah S.W.T kerana limpah izin dan kurnianya, akhirnya dapat juga saya
menyempurnakan tugasan bagi subjek Projek Khidmat Masyarakat (MPU3412).
Sepanjang menjalankan projek ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman
yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian sebagai seorang mahasiswa

14
sama ada pahit mahupun manis. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang
menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam
kehidupan saya. Justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan
pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini. Di kesempatan ini,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu,
Encik Syed Mohd Shahrizal Bin Syed Osman kerana beliau telah banyak
memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan projek ini. Tunjuk
ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang
telah diamanahkan ini. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan
bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut
berterima kasih kepada rakan-rakan mahasiswa kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha dalam
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Bantuan rakan-rakan mahasiswa
dari segi informasi terkini mengenai projek ini amat saya hargai. Budi rakan-rakan
mahasiswa yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat
terkini tidak akan dilupakan. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang
telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah saya hargai kerana
tanpa bantuan dan sokongan daripada semua pihak, tugasan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Tidak dilupakan ucapan ribuan terima kasih
diucapkan kepada Tuan Hj. Achim Bin Hj. Samad merangkap YDP Tuan
Pengerusi LEKAS dan guru-guru Sekolah Rendah Agama JAIM Bukit Katil,
Melaka atas kesudian memberi kebenaran untuk saya menjalankan projek ini di
sekolah tersebut. Akhir kata, saya ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat
kekurangan dalam pembentangan laporan Program Semanis Senyuman Selembar
Kasih.

15
Lampiran 1
Perbincangan Bersama YDP Tuan Pengerusi LEKAS

Muhamad Rahmat Bin Esahah,


No.3, Jalan 2/21, Taman Saujana Indah,
Seksyen 2, Bukit Katil,
75450 Melaka.
________________________________________________________________
______
Pengerusi,
Lembaga Kemajuan Sekolah (LEKAS),
Sekolah Rendah Agama JAIM Bukit Katil,
KM 9, Kg. Solok Bukit Bayan,
75450 Melaka. 20 Mei 2016

Tuan,

16
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENJAYAKAN PROJEK KHIDMAT
MASYARAKAT BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF BAGI PROGRAM
SEMANIS SENYUMAN SELEMBAR KASIH ANJURAN MAHASISWA ASIA E
UNIVERSITI DI SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM BUKIT KATIL MELAKA

Adalah dimaklumkan saya seperti nama dan alamat di atas merupakan


mahasiswa semester 3 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Asia E
Universiti Kampus Melaka ingin memohon kebenaran untuk menjalankan projek
khidmat masyarakat yang bertemakan “Kasih Sayang Milik Semua Insan” bersama
anak-anak yatim dan asnaf dalam kawasan sekitar taman dan kampung Bukit
Katil.

2. Untuk makluman tuan, projek ini merupakan salah satu kerja khusus bagi
Program Pensiswazahan Guru di Asia E Universiti. Laporan projek khidmat
masyarakat ini perlu dihantar sebagai tugasan kepada pensyarah pada 9 Ogos
2016. Program ini akan dijalankan seperti yang telah dinyatakan dalam salinan
kertas kerja yang dilampirkan bersama.

3. Program ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim dan asnaf di


sekitar kawasan taman dan kampung Bukit Katil dengan menghulurkan bantuan
bagi meringankan sedikit bebanan dan tanggungan menjelang perayaan Hari
Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Di samping itu, program
ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan jalinan ukhuwah di kalangan
mahasiswa, guru-guru dan murid-murid.

4. Hanya sekian dahulu untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Segala
kerjasama dan keprihatinan yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

Muhamad Rahmat Esahah


……………………………………….
(Muhamad Rahmat Bin Esahah)

17
Lampiran 2
Permohonan Mendapatkan Kebenaran Daripada Guru Besar

Muhamad Rahmat Bin Esahah,


No.3, Jalan 2/21, Taman Saujana Indah,
Seksyen 2, Bukit Katil,
75450 Melaka.
________________________________________________________________
______
Guru Besar,
Sekolah Rendah Agama JAIM Bukit Katil,
KM 9, Kg. Solok Bukit Bayan,
75450 Melaka. 20 Mei 2016

18
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENJAYAKAN PROJEK KHIDMAT
MASYARAKAT BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF BAGI PROGRAM
SEMANIS SENYUMAN SELEMBAR KASIH ANJURAN MAHASISWA ASIA E
UNIVERSITI

Adalah dimaklumkan saya seperti nama dan alamat di atas merupakan


mahasiswa semester 3 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Asia E
Universiti Kampus Melaka ingin memohon kebenaran untuk menjalankan projek
khidmat masyarakat yang bertemakan “Kasih Sayang Milik Semua Insan” bersama
anak-anak yatim dan asnaf dalam sekitar kawasan taman dan kampung Bukit
Katil.

2. Untuk makluman tuan, projek ini merupakan salah satu kerja khusus bagi
Program Pensiswazahan Guru di Asia E Universiti. Laporan projek khidmat
masyarakat ini perlu dihantar sebagai tugasan kepada pensyarah pada 9 Ogos
2016. Program ini akan dijalankan seperti yang telah dinyatakan dalam salinan
kertas kerja yang dilampirkan bersama.

3. Program ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim dan asnaf di


sekitar kawasan taman dan kampung Bukit Katil dengan menghulurkan bantuan
bagi meringankan sedikit bebanan dan tanggungan menjelang perayaan Hari
Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Di samping itu, program
ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan jalinan ukhuwah di kalangan
mahasiswa, guru-guru dan murid-murid.

4. Hanya sekian dahulu untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Segala
kerjasama dan keprihatinan yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

Muhamad Rahmat Esahah


……………………………………….

19
(Muhamad Rahmat Bin Esahah)

Lampiran 3
Memohon Sumbangan Dana

Muhamad Rahmat Bin Esahah,


No.3, Jalan 2/21, Taman Saujana Indah,
Seksyen 2, Bukit Katil,
75450 Melaka.
________________________________________________________________
______
Yang Berbahagia,

20
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,
__________________________ 20 Mei 2016

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN
ASNAF BAGI PROGRAM SEMANIS SENYUMAN SELEMBAR KASIH ANJURAN
MAHASISWA ASIA E UNIVERSITI DENGAN KERJASAMA SEKOLAH RENDAH
AGAMA JAIM BUKIT KATIL MELAKA

Adalah dimaklumkan saya seperti nama dan alamat di atas merupakan


mahasiswa semester 3 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Asia E
Universiti Kampus Melaka ingin memohon sumbangan kewangan bagi
menjalankan projek khidmat masyarakat yang bertemakan “Kasih Sayang Milik
Semua Insan”.

2. Untuk makluman tuan/puan, projek ini merupakan salah satu kerja khusus
bagi Program Pensiswazahan Guru di Asia E Universiti. Laporan projek khidmat
masyarakat ini perlu dihantar sebagai tugasan kepada pensyarah pada 9 Ogos
2016. Program ini akan dijalankan seperti yang telah dinyatakan dalam salinan
kertas kerja yang dilampirkan bersama.

3. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan ikhlas yang telah
pihak tuan/puan berikan. Semoga Allah S.W.T memberkati dan merahmati jasa
baik tuan/puan. Saya juga mendoakan agar tuan/puan sentiasa dimurahkan rezeki
sepanjang masa.
4. Hanya sekian dahulu untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.
Segala kerjasama dan keprihatinan yang diberikan amat dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

Muhamad Rahmat Esahah


……………………………………….
(Muhamad Rahmat Bin Esahah)

21
Lampiran 4
Jawatankuasa Pengelola

Pengerusi : Encik Muhammad Zulhelmi Bin Zorkanain

Setiausaha : Encik Muhamad Rahmat Bin Esahah

22
Bendahari : Puan Aleena Binti Rosli

Urusetia/ : Cik Aishah Binti Ismail


Buku Program/ Puan Anis Thuhaibah Binti Omar
Surat Menyurat/ Ustazah Safurah Binti Md Radzi
Jemputan Ustazah Norasilah Binti Lee

Persiapan Tempat : Puan Anis Thuhaibah Binti Omar


Puan Alidah Binti Mohamed
Puan Aleena Binti Rosli
Ustazah Norasekin Binti Yakub
Ustazah Munah Binti Koming

Siaraya & Rakaman : Encik Muhammad Zulhelmi Bin Zorkarnain


Encik Muhammad Fikri Bin Ab. Rahman
Encik Mohd Faisal Bin Minhat
Cik Aishah Binti Ismail

Kawalan Murid : Ustaz Muhammad Farid Bin Md. Ali


Ustaz Muhammad Faiz Bin Muhammad

Jamuan : Puan Alidah Binti Mohamed


Puan Anis Thuhaibah Binti Omar
Encik Muhamad Rahmat Bin Esahah
Encik Muhammad Fikri Bin Ab. Rahman
Ustazah Fatimah Binti Amzah
Ustazah Suriati Binti Idris
Protokol : Encik Muhammad Zulhelmi Bin Zorkarnain
Encik Mohd Faisal Bin Minhat
Ustazah Rahayu Binti Mohd Yunos

23
Cenderahati & Hadiah : Cik Aishah Binti Ismail
Puan Aleena Binti Rosli
Puan Anis Thuhaibah Binti Omar
Encik Mohd Faisal Bin Minhat
Encik Muhamad Rahmat Bin Esahah

Pendaftaran : Puan Alidah Binti Mohamed


Ustazah Nornadia Binti Abu Samah
Ustazah Safurah Binti Md. Radzi
Ustazah Rosmah Binti Md. Said
Ustazah Hanan Binti Ismail

Teks Ucapan/ Doa/ : Encik Mohd Faisal Bin Minhat


Mengetuai Khatam Encik Muhammad Fikri Bin Ab. Rahman

Pengacara Majlis : Encik Muhamad Rahmat Bin Esahah

24
Lampiran 5
Jawatankuasa Kerja Dan Tugas

Bi Senarai Jawatankuasa Tugasan


l
Urusetia:

Encik Muhammad Zulhelmi Bin  Menyediakan kertas


Zorkarnain cadangan
1.
Cik Aishah Binti Ismail dan anggaran perbelanjaan.
Puan Anis Thuhaibah Binti Omar  Menguruskan surat menyurat.
Ustazah Safurah Binti Md Radzi  Menyediakan banner.
Ustazah Norasilah Binti Lee  Menyediakan buku program.
Persiapan Tempat:

Puan Anis Thuhaibah Binti Omar  Menyediakan pelan dan


2. Puan Alidah Binti Mohamed tempat
Puan Aleena Binti Rosli mengikut keperluan.
Ustazah Norasekin Binti Yakub  Menyediakan tempat jamuan.
Ustazah Munah Binti Koming  Menyusun meja dan kerusi.
Siaraya dan Rakaman:

Encik Muhammad Zulhelmi Bin  Membantu menyediakan PA


Zorkarnain sistem.
3.
Encik Muhammad Fikri Bin Ab.  Mengambil gambar
Rahman sepanjang program.
Encik Mohd Faisal Bin Minhat
Cik Aishah Binti Ismail
4. Jamuan:

Puan Alidah Binti Mohamed  Menguruskan makanan dan


Puan Anis Thuhaibah Binti Omar juadah berbuka puasa.

25
Encik Muhamad Rahmat Bin Esahah
Encik Muhammad Fikri Bin Ab.
Rahman
Ustazah Fatimah Binti Amzah
Ustazah Suriati Binti Idris

Bi Senarai Jawatankuasa Tugasan


l
Protokol:

Encik Muhammad Zulhelmi Bin  Menyambut dan mengiringi


5.
Zorkarnain tetamu jemputan.
Encik Mohd Faisal Bin Minhat  Menentukan perjalanan dan
Ustazah Rahayu Binti Mohd Yunos susun aturcara majlis.
Cenderahati dan Hadiah:

Cik Aishah Binti Ismail  Menyediakan cenderahati


Puan Aleena Binti Rosli untuk tetamu VIP.
6.
Puan Anis Thuhaibah Binti Omar  Menyediakan dan
Encik Mohd Faisal Bin Minhat menguruskan cenderahati
Encik Muhamad Rahmat Bin Esahah untuk anak-anak yatim dan
asnaf.
Teks Ucapan dan Bacaan Doa:

Encik Mohd Faisal Bin Minhat  Menyediakan teks ucapan


7. Encik Muhammad Fikri Bin Ab. pengerusi majlis.
Rahman  Menyediakan teks bacaan
Encik Muhamad Rahmat Bin Esahah doa.
 Mempengerusikan majlis.
8. Pendaftaran:

Puan Alidah Binti Mohamed  Menyediakan dan

26
Ustazah Nornadia Binti Abu Samah memastikan kehadiran
Ustazah Safurah Binti Md. Radzi penerima sumbangan
Ustazah Rosmah Binti Md. Said bersama keluarga.
Ustazah Hanan Binti Ismail  Menyusun kedudukan
penerima sumbangan di
dalam dewan.

Lampiran 6
Tentatif Program

Aturcara Sesi Pagi

11:00 pagi : Membungkus bubur lambuk yang telah dimasak.

Aturcara Sesi Petang:

1.30 petang : Ketibaan guru-guru

2.00 petang : Ketibaan murid-murid sekolah dan para jemputan

2.50 petang : Ketibaan YDP Tuan Pengerusi LEKAS


Tuan Hj. Achim Bin Hj. Samad

3.00 petang : Ucapan aluan Pengerusi Majlis


: Bacaan doa

27
: Ucapan Guru Besar SRA JAIM Bukit Katil,
Melaka
: Ucapan Perasmian oleh YDP Tuan Pengerusi
LEKAS,
Tuan Hj. Achim Bin Hj. Samad
: Majlis Khatam Al-Quran bermula
(Pimpinan Encik Mohd Faisal Bin Minhat)
: Agihan berkat Khatam Al-Quran
: Penyampaian sumbagan kepada anak-anak yatim
dan asnaf.

5.00 petang : Agihan bubur lambuk dan bersurai

Aturcara Sesi Malam:

7.00 malam : Ketibaan para tetamu dan tetamu VIP

7.30 malam : Majlis berbuka puasa dan solat maghrib


berjemaah
Lampiran 7
Anggaran Perbelanjaan

Program A : Bubur Lambuk

Bil Perkara Jumlah (RM)


1. Kos penyediaan bubur lambuk RM 550.00
2. Runcit (bekas makanan, beg plastik dan tali RM 50.00
pengikat)
Jumlah Besar Program A (RM) RM 600.00

Program B : Majlis Khatam Al-Quran

Bil Perkara Jumlah (RM)

28
1. Saguhati Khatam Al-Quran (RM 40.00 x 15 RM 600.00
orang)
2. Air botol (RM 2.00 x 30 orang) RM 60.00
3. Bunga pahar (RM 32.00 x 2 kotak) RM 64.00
4. Cenderahati perasmi (RM 50.00 x 1 orang) RM 50.00
5. Banner (RM 40.00 + RM 65.00) RM 105.00
6. Perhiasan pentas RM 20.00
Jumlah Besar Program B (RM) RM 899.00

Program C : Majlis Khatam Al-Quran

Bil Perkara Jumlah (RM)


1. Duit raya RM 1,000.00
2. Bantuan-bantuan lain:
(a) Sumbangan ibubapa/komuniti RM 400.00
(b) Sumbangan mahasiswa Asia E Universiti:
- Encik Mohd Faisal Bin Minhat RM 60.00
- Encik Muhamad Rahmat Bin Esahah RM 95.00
- Encik Muhammad Zulhelmi Bin Zorkarnain RM 180.00
- Encik Muhammad Fikri Bin Ab. Rahman RM 107.00
- Puan Aleena Binti Rosli RM 152.00
- Cik Aishah Binti Ismail RM 105.90
- Puan Anis Thuhaibah Binti Omar RM 105.00
(c) Ikhtiar sumbangan air botol (minuman -
berperisa) oleh Puan Alidah Binti Mohamed
Jumlah Besar Program C (RM) RM 2,404.90

Program D : Majlis Berbuka Puasa

Bil Perkara Jumlah (RM)


1. Dana aktiviti murid dan sumbangan RM 900.00
2. Persiapan tempat RM 100.00
Jumlah Besar Program D (RM) RM 1,000.00

29
Jumlah keseluruhan program adalah sebanyak Ringgit Malaysia : empat
ribu sembilan ratus tiga dan sen sembilan puluh sahaja (RM
4,903.90).

Lampiran 8
Senarai Nama Penerima Bantuan

(a) Kategori Anak Yatim Dan Yatim Piatu

1. Adam Haiqal Bin Azizul Aizat


2. Ahmad Haiqal Bin Jamil
3. Ahmad Hidayat Bin Jamil

30
4. Ahmad Shafi Danish Bin Anuar
5. Fatin Nadirah Binti Mohd Haizal
6. Mohd Syafiq Danial Bin Hanwar
7. Muhammad Ashraf Hilmi Bin Haron
8. Muhammad Hafiz Bin Mohd Ramadhan
9. Nasril Adam Bin Zulkarnain
10. Nusratina Binti Jamil
11. Qareen Fazrol Bin Kamaruzaman

(b) Kategori Anak Yatim Dan Asnaf

1. Abd Hadi Bin Hamdani


2. Adam Hafiz Bin Mohd Yaakob
3. Hamratul Nabiha Binti Azman
4. Intan Nasuhana Zawiyah Binti Syamsol
5. Mohd Rezwan Bin Azman
6. Muhammad Eman Bin Bongsu
7. Muhammad Khairuf Farhan Bin Syed Ab. Karim
8. Muhammad Rasul Bin Bongsu
9. Nurul Atiqah Binti Azman
10. Nurul Atirah Binti Sulaiman
11. Nurul Syazana Binti Karim
12. Nurul Syazwani Binti Azman
13. Shaziah Binti Abu Hasan
14. Zulaikha Binti Mohd Yaakob

31

Anda mungkin juga menyukai