Anda di halaman 1dari 8

Bakal pemilik produk haruslah membuat kajian pasaran dan mengumpul maklumat mengenai

produk yang akan dibangunkan terlebih dahalu. Contohnya:

- Jenis produk yang bakal dibangunkan


- Kedudukan produk dalam pasaran (product positioning)
- Sasaran pasaran dan jualan
- Harga pasaran yang bakal dilancarkan

Setelah itu, pemilik produk akan membuat satu temujanji (appointment) dengan bahagian
pembangunan dan perniagaan (BD) bagi menyampaikan maklumat mengenai produk yang bakal
dibangunkan. Segala maklumat lengkap dari segi jenis produk, deskripsi produk, fungsi produk
dan sasaran pasaran akan dibincangkan supaya prototype produk dapat dibangunkan dengan
tepat.

LANGKAH 1: PERBINCANGAN ASAS


PEMBANGUNAN PRODUK BARU
Setelah mendapat maklumat lengkap mengenai produk yang bakal dibangunkan, bahagian
pembangunan perniagaan (BD) akan salurkan maklumat tersebut kepada bahagian penyelidikan
dan pembangunan (R&D) bagi proses pembangunan prototype produk.

Proses R&D produk baru mengambil masa selama dua ke tiga minggu. Manakala, proses
penambahbaikan prototype sebelum ia tembusi pasaran juga mengambil masa selama dua ke tiga
minggu.

Memandangkan proses R&D produk mengambil masa yang agak lama, bakal pemilik produk
disarankan untuk membuat pemilihan bahan pembungkusan dan rekabentuk grafik produk
sementara menunggu prototype produk siap sepenuhnya. Hal ini kerana, pemilihan bahan
pembungkusan dan rekabentuk grafik produk juga mengambil masa agar ia menepati piawaian
yang betul untuk dipasarkan.

LANGKAH 1: PERBINCANGAN ASAS


PEMBANGUNAN PRODUK BARU

LANGKAH 2: R&D PRODUK


Setelah prototype produk pertama siap, bakal pemilik produk haruslah membuat ujian pasaran
(market test) terlebih dahalu. Market test ini dijalankan bertujuan bagi menguji keberkesanan
produk yang telah dibangunkan, mendapatkan maklumbalas pasaran mengenai produk tersebut
dan mencari kekuatan produk sebelum ia dilancarkan.

Untuk pengetahuan umum, ujian pasaran ini sangat penting bagi mengumpul testimoni
pengguna. Dengan adanya testimoni ini, pengguna akan lebih yakin untuk mencuba produk baru
yang bakal dilancarkan ini. Testimoni ini juga dapat dijadikan sebagai salah satu bahan
pemasaran (marketing tools) untuk dipasarkan kelak.

Dalam masa yang sama, pemilihan pembungkusan dan rekabentuk grafik terus dijalankan
sehingga siap.

LANGKAH 1: PERBINCANGAN ASAS


PEMBANGUNAN PRODUK BARU

LANGKAH 2: R&D PRODUK

PEMILIHAN BAHAN BUNGKUSAN TIDAK SETUJU –


DAN REKABENTUK GRAFIK ULANG SEMULA
LANGKAH 2

LANGKAH 3: UJIAN PASARAN - TESTIMONI

SETUJU TERUSKAN
LANGKAH 4
Setelah bakal pemilik produk berpuas hati dan yakin dengan maklumbalas ujian pasaran yang
diperolehi, langkah penetapan formula untuk proses pengeluaran produk haruslah dilakukan
dengan tepat.

Setelah formula ditetapkan, pihak pengilang dapat mengeluarkan sebut harga secara formal
berdasarkan kepada kos formula yang dipersetujui tersebut.

Bagi proses ini, bakal pemilik produk hendaklah sediakan dokumen seperti yang disenaraikan
dibawah:

- SSM
- IC pemilik
- IC orang yang diberi kuasa - untuk tujuan pendaftaran produk
- Draft lakaran reka bentuk produk – untuk tujuan pendaftaran produk
- Penyata bank 3 bulan terakhir – untuk permohonan Halal

LANGKAH 1: PERBINCANGAN ASAS


PEMBANGUNAN PRODUK BARU

LANGKAH 2: R&D PRODUK

PEMILIHAN BAHAN BUNGKUSAN TIDAK SETUJU –


DAN REKABENTUK GRAFIK ULANG SEMULA
LANGKAH 2

LANGKAH 3: UJIAN PASARAN - TESTIMONI

SETUJU TERUSKAN
LANGKAH 4

LANGKAH 4: PENETAPAN FORMULA


Bagi persetujuan untuk menjalankan pengeluaran produk, bakal pemilik produk hendaklah
mengikuti langkah seperti berikut:

- Sediakan Tempahan Belian (Purchase Order) dalam bentuk bertulis.


- Tandatangan Perjanjian Kontrak Perniagaan
- Membuat pembayaran deposit sebanyak 70% sebagai tanda persetujuan menjalankan
pengeluaran produk mengikut Minimum Order Quantity (MOQ) yang ditetapkan
- Kemaskini lakaran reka bentuk produk dan hantar kepada pengilang untuk dihantar
kepada NPRA.

LANGKAH 1: PERBINCANGAN ASAS


PEMBANGUNAN PRODUK BARU

LANGKAH 2: R&D PRODUK


PEMILIHAN BAHAN BUNGKUSAN TIDAK SETUJU –
DAN REKABENTUK GRAFIK ULANG SEMULA
LANGKAH 2
LANGKAH 3: UJIAN PASARAN - TESTIMONI

SETUJU - TERUSKAN
LANGKAH 4

LANGKAH 4: PENETAPAN FORMULA

PROSES PENDAFTARAN
LANGKAH 5: PERSETUJUAN MENJALANKAN PRODUK MULA
PENGELUARAN PRODUK DILAKUKAN
Setelah proses persetujuan pengeluaran produk dilaksanakan, bakal pemilik produk akan
mengikuti fasa pengeluaran produk. Proses ini memerlukan setiap pemilik produk menunggu
giliran masing-masing mengikut waktu tempahan yang dibuat kepada pengilang.

Secara puratanya, tempoh pengeluaran produk mengambil masa selama tiga ke empat bulan bagi
tempahan produk baru, dan satu ke dua bulan bagi tempahan produk ulangan. Tempoh jangka
masa pengeluaran produk ini bukan sahaja bergantung kepada giliran tempahan tetapi juga
bergantung kepada keadaan bahan mentah yang digunakan untuk hasilkan produk tersebut.

LANGKAH 1: PERBINCANGAN ASAS


PEMBANGUNAN PRODUK BARU

LANGKAH 2: R&D PRODUK


PEMILIHAN BAHAN BUNGKUSAN TIDAK SETUJU –
DAN REKABENTUK GRAFIK ULANG SEMULA
LANGKAH 2
LANGKAH 3: UJIAN PASARAN - TESTIMONI

SETUJU - TERUSKAN
LANGKAH 4

LANGKAH 4: PENETAPAN FORMULA

PROSES PENDAFTARAN
LANGKAH 5: PERSETUJUAN MENJALANKAN
PRODUK MULA
PENGELUARAN PRODUK DILAKUKAN

LANGKAH 6: PROSES PENGELUARAN


PRODUK
Akhir sekali, setelah proses pengeluaran produk selesai dalam tempoh jangka waktu yang
ditetapkan, produk sedia untuk dipasarkan oleh pemiliknya.

Sebelum produk dihantar kepada pemilik, pemilik hendaklah selesaikan terlebih dahalu baki
bayaran sebnayak 30% kepada pengilang.

Setiap tempahan kali pertama produk baru mendapat keistimewaan penghantaran secara percuma
oleh pengilang menggunakan kurier servis atau kenderaan logistik kilang.

LANGKAH 1: PERBINCANGAN ASAS


PEMBANGUNAN PRODUK BARU

LANGKAH 2: R&D PRODUK


PEMILIHAN BAHAN BUNGKUSAN TIDAK SETUJU –
DAN REKABENTUK GRAFIK ULANG SEMULA
LANGKAH 2
LANGKAH 3: UJIAN PASARAN - TESTIMONI

SETUJU - TERUSKAN
LANGKAH 4

LANGKAH 4: PENETAPAN FORMULA

PROSES PENDAFTARAN
LANGKAH 5: PERSETUJUAN MENJALANKAN
PRODUK MULA
PENGELUARAN PRODUK DILAKUKAN

LANGKAH 6: PROSES PENGELUARAN


PRODUK

LANGKAH 7 : PRODUK SEDIA UNTUK


DIPASARKAN

Anda mungkin juga menyukai