Anda di halaman 1dari 4

KONSEP BINARI BERTENTANGAN MEMBENTUK STRUKTUR DAN BUDAYA

MANUSIA

1.0 PENDAHULUAN

Manusia terdiri daripada pelbagai struktur dan budaya yang berbeza. Hal ini dapat
dilihat berdasarkan kepelabagai yang ditampilkan oleh setiap manusia. Struktur manusia
ditafsirkan mengenai bahagian-bahagian, komponen dan susunan sesuatu yang kompleks
secara keseluruhan. manakala

Mujib (2006:53) menjelaskan, menurut James Drever (1986:467) struktur adalah


“komposisi pengaturan bagian-bagian komponen, dan susunan suatu kompleks keseluruhan”.
James P. Caplin (1989:489) mendefinisikan struktur dengan “satu organisasi permanen, pola
atau kumpulan unsur-unsur yang bersifat relatif stabil, menetap dan abadi”  (Ahmad
Rivauzi, 2015:18).

Berdasarkan pengertian di atas, maka struktur manusia dapat diartikan dengan


kumpulan komponen-komponen yang terorganisir sehingga menjadi satu kesatuan yang
kemudian disebut dengan manusia (Ahmad Rivauzi, 2015:18).

Abdul Mujib (2006:56) mengutip Khayr al-Din al-Zarkali menyebut tiga struktur
manusia, yaitu pisik, psikis dan psikofisik. Hal tersebut disebut dalam terminologi Islam
dengan al-jasad, al-ruh, dan al-Nafs. Jasad merupakan aspek biologis atau fisik manusia, ruh
merupakan aspek psikologis atau psikis, dan nafs merupakan aspek psikofisik manusia yang
merupakan sinergi jasad dan ruh. Kalangan ulama lain pada umumnya menyebut struktur
manusia terdiri dari dua aspek, yaitu jasad dan ruh (Ahmad Rivauzi, 2015:18).

Budaya didefinisikan sebagai perkara-perkara berkaitan dengan budi dan akal. Istilah budi
membawa maksud asli, pertama, sejati dan dipandang sempurna manakala daya pula
dimaksudkan sebagai akal, jalan fikiran dan ciptaan (Rohana Yusof, 2010: 75). Istilah budi
juga dimaksudkan sebagai kecergasan fikiran dan akal seseorang manusia dalam usaha
mengatasi permasalahan dengan mencari jalan penyelesaian manakala istilah daya merujuk
kepada kekuatan tenaga dan kuasa yang digunakan untuk membantu menjana pemikiran bagi
menangani sesuatu permasalahan. Jika penyelesaian yang diambil daripada hasil pemikiran
tersebut diterima dan dapat dijadikan amalan bersama, ianya diterima sebagai budaya dalam
kehidupan (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon, 2010: 1-2). Istilah budaya
dalam bahasa Inggeris ialah ‘culture’ yang berasal daripada perkataan bahasa Latin yang
berbunyi ‘colere’. Ia bermaksud kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan
mengerjakan pelbagai tindakan yang boleh menghasilkan tindakan budaya (Suwardi
Endraswara, 2006:4). Pandangan Abdul Latif Abu Bakar (1987: v) bahawa, istilah budaya
merupakan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan dan ianya mempunyai pengertian yang luas,
jelas menunjukkan teminologi budaya mempunyai pelbagai pengertian dan tafsiran berbeza
dalam kalangan para sarjana. 61 Dalam usaha mencari pendefinisian istilah budaya, pengkaji
mendapati wujudnya jurang perbezaan pendapat di antara sarjana Barat, tempatan dan Tamil.
Oleh yang demikian, pengkaji melihat pandangan mereka secara berasingan supaya dapat
memperlihatkan satu hubungkait yang lebih tersusun dalam usaha mencari pendefinisian
istilah budaya tersebut
Dalam kata mudah, binari ni adalah pasangan yang bertentangan, seperti 'manis' dan 'pahit',
'timur' dan 'barat', 'tradisi' dan 'moden', dll. Kita hanya dapat membina makna 'kemanisan'
apabila dibandingkan dengan 'kepahitan'. 'Kemanisan' dan 'kepahitan' boleh diambil sebagai
'teks budaya' yang maknanya dibina oleh bahasa sesuatu masyarakat, Melayu di Malaysia
umpamanya. Maknanya distabilkan oleh struktur dan kod-kod penggunaan kedua-dua teks
tersebut oleh sesuatu masyarakat dalam konteks dan ruang-masa tertentu. Struktur
penggunaannya pula bergantung pada paradigma dan ideologi yang berkuasa dalam
masyarakat itu. Makna-makna budaya dalam konteks ini diaturkan (regulated) dalam struktur
penggunaan tertentu. Nak kaji budaya sesuatu masyarakat, kena kaji struktur yang mendasari
penggunaan bahasanya dan bagaimana pembinaan makna-makna budaya itu distrukturkan
dengan berbagai cara (regulasi menerusi ejen-ejen kuasa politik yang dominan umpanya). Ini
termasuklah bahasa dalam konteks yang lebih luas, yakni bahasa visual, bahasa bunyi, dll
yang meliputi segala aspek kehidupan berpolitik, ekonomi, agama, sains & teknologi dll.
Timbullah apa yang dirujuk sebagai fahaman 'stukturalis' dalam kajian budaya. Tapi fahaman
strukturalis dalam kajian budaya disangkal oleh puak kemudiannya, kerana ia dikatakan
hanya boleh digunapakai untuk mengkaji budaya, masyarakat dan bahasa (termasuk visual
ok) yang stabil, jika tidak pun kaku atau tidak banyak berubah. Bagaimana pula dengan
budaya yang dinamik dan mengalami proses perubahan yang dinamik? Timbullah pula
gagasan 'pasca-strukturalis' yang mengusulkan ide tentang kecairan makna dan ketidak-
stabilan hubungan binari seperti yang dinyatakan di atas. 'Manis' boleh membuka kepada
pelbagai tafsiran dan makna, begitu juga dengan pahit. Kadangkala, yang 'pahit' itu dikatakan
'manis' begitulah sebaliknya. Antara pendokongnya adalah Derrida.

Beberapa pendokong pasca strukturalis dalam kajian budaya bertitik-tolak dari Derrida
(1976) mengusulkan bahawa :

1. Hubungan binari antara tanda-tanda budaya seperti yang diusulkan oleh para strukturalis
adalah tidak stabil
2. Makna adalah tidak stabil. Ia boleh mencapah tanpa henti (infinit) menerusi pelbagai
bentuk permainan tanda dan penanda budaya (dipanggil 'differance' atau keperbezaan yang
berterusan)

3. Meskipun makna tidak boleh ditentukan secara mutlak (pada zahirnya), dalam amalan
sosial, makna diatur (regulated) dan distabilkan secara sementara agar menjadi naratif atau
wacana yang pragmatik (berguna untuk pelbagai tujuan politik, ekonomi dll)

4. Wacana (terutama selepas Foucault (1972, 1977, 1980) merujuk kepada bahasa dan
bagaimana ia diamalkan. Wacana adalah cara-cara bertutur dan penuturan (kini dalam
pelbagai konteks, termasuk penurutan visual) yang telah diatur sistemnya dalam
membicarakan sesuatu topik, termasuklah apa yang boleh dibicarakan, dan apa yang tidak
boleh dibicarakan (taboo).

Anda mungkin juga menyukai