Anda di halaman 1dari 11

Skrip

Diajukan Kepada Al Zuhri & UIKA


Al Zuhri, Singapura
UIKA, Bogor, Indonesia

Modul:
Metodologi Kajian

Tajuk:
SOLAT DAN IMPLIKASINYA DALAM MEMBENTUK AKHLAK SESEORANG

Disusun Oleh:
Noor Azilah Binte Noor Mohamed

Tarikh:
17 October 2015
KANDUNGAN

Topik Halaman
BAB I PENDAHULUAN KAJIAN
1 Pendahuluan 3
2 Perumusan Masalah 3
3 Soalan Kajian 4
4 Objektif Kajian 4
5 Manfaat Penelitian 5

BAB II KAJIAN TEORI


1 Teori x 5
2 Teori y 6
3 Keteladanan 7
4 Pembiasaan 7
5 Nasihat 7
6 Desian Penelitian 7
7 Hipotesis Penelitian 8

BAB III NILAI PENDIDIKAN AKHLAK


1 Pengertian Nilai 8
2 Tujuan Nilai 8
3 Manfaat Nilai 8
4 Pengertian Pendidikan 8
5 Tujuan Pendidikan 9
6 Fungsi Pendidikan 9
7 Nilai Pendidikan Akhlak 9

BAB IV METODE PENELITIAN


1 Jenis Penelitian 9
2 Sumber Data 9

BAB V KESIMPULAN 10

DAFTAR PUSTAKA 10

©2015 SMPI
BAB I PENDAHULUAN KAJIAN
1. Pendahuluan
Solat adalah salah satu bahagian penting dalam bab ibadah dalam Islam. Solat memiliki hikmah
spesifik di dalam setiap gerakan dan rukunnya, namun secara umumnya, solat juga mempunyai
pengaruh yang ketara terhadap perkembangan dalam keperibadian seorang muslim.
Solat adalah salah satu bentuk komunikasi di antara penciptanya dan seorang hamba. Bentuk
komunikasi ini boleh dijadikan sebagai pengungkapan rasa syukur atas segala nikmat yang
diberikan oleh sang pencipta kepada hambanya. Di dalam psikologi, ia adalah terapi kepada
sang hamba, di mana mereka dapat mencurahkan segala rasa yang terpendam di dalam diri
mereka, tidak kira yang baik mahupun buruk kepada Pemilik Hati Yang Maha Mengetahui
supaya hati mereka boleh menjadi tenteram.
Solat yang khusyuk boleh menwujudkan sifat ubudiyyah seperti ikhlas, pasrah dan rendah diri
terhadap zat yang Maha Suci. Ibadah solat yang dilakukan dengan baik dan ikhlas, akan
menjadi sesuatu yang berpengaruh bagi orang yang melakukannya. Ibadah yang dilakukannya
akan membawa ketenangan, ketenteraman dan kedamaian dalam kehidupan manusia.
Sepertimana Allah swt berfirman di dalam Surah Al Ankabut (29:45): “Sesungguhnya solat itu
mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” Solat yang didirikan dengan cara yang
khusyuk dan merendahkan diri dapat mencegahkan diri dari perbuatan kekejian dan
kemungkaran.
Solat mempunyai sokongan kuasa bagi pembentukan akhlak manusia untuk berbuat kebaikan
dan meninggalkan kejahatan, menjauhi perbuatan mungkar, mengurangi kelesuan di saat
menderita, kesulitan dan keangkuhan di saat memperoleh nikmat. Selain dari itu, solat
mengajar manusia untuk menjaga displin waktu dan sanggup mengalahkan sifat-sifat
kelemahan manusia.

2. Perumusan Masalah
Bagaimana kriteria solat dapat mempengaruhi akhlak seseorang?
Solat merupakan salah satu sarana tazkiyatun nafs yang apabila dijalankan secara baik dan
benar dengan menjalankan syarat dan rukunnya secara khusyuk, baik dalam gerakan mahupun
bacaannya, maka solat akan membawa manusia kepada suatu yang amat dekat dengan Allah
swt.
Akhlak yang baik adalah akhlak yang muncul dari jiwa yang baik dikenali sebagai jiwa yang
tenang (An Nafs Al Mutmainnah), yaitu jiwa yang sentiasa tenang dengan ketaqwaan dan
kedekatannya dengan Allah serta berserah diri kepada ketentuanNya.

Bagaimana implikasi solat dapat membentuk akhlak yang baik?


Solat dapat menghiasi dan memperindah seseorang dengan akhlak yang terpuji dan akal yang
sihat seperti sifat jujur, taat terhadap peraturan, tidak berlebih-lebihan, disiplin dan sabar.

3
Dengan melakukan solat secara ikhlas, ia dapat memusnahkan perasaan sombong dan
pembangkangan terhadap Allah swt.
Implikasi solat beserta pendidikan akan tercermin pada nilai-nilai akhlak yang terkandung di
dalam ibadah solat baik di dalam gerakannya, bacaannya dan kekhusukkannya. Dengan adanya
nilai-nilai tersebut, akan adanya pembelajaran akhlak terpuji bagi seseorang yang menjalankan
solat dengan benar. Pendidikan akhlak yang boleh didapati di dalam solat adalah rasa syukur,
saling menghormati sesama manusia dan mendekatkan diri kepada Allah swt.

Bagaimana solat dapat mencegah seseorang dari membuat perbuatan mungkar?


Solat dapat mensucikan jiwa seseorang sehingga mereka mendapatkan kesan yang besar seperti
terhindar dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Solat yang tidak dapat mencegah
seseorang dari melakukan perbuatan mungkar adalah solat yang tidak khusyuk. Sepertimana
firman Allah swt dalam Surah Al Ankabut (29:45), “Sesungguhnya solat itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih
besar keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain, dan Allah mengetahui apa yang kamu
kerjakan.”
Solat yang khusyuk adalah apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk dan
patuh kepada Allah swt sepanjang waktu mengerjakan solat. Untuk mendapatkan khusyuk di
dalam solat, pertama, seseorang harus mencari pengertian atau memahami makna bacaan di
dalam solat. Kedua, dengan memberikan fokus yang sepenuhnya pada makna bacaan dan
perbuatan ketika solat. Ketiga, mengesakan Allah. Iaitu, merasakan bahawa mereka sedang
berhadapan dengan seorang raja yang sangat berkuasa dan perlu fokus dihadapanNya.
Keempat, merasa takut akan keagungan Allah swt dengan mendekatkan diri dan memberi fokus
sepenuhnya kepada solat. Kelima, mengharapkan keampunan, kasih sayang dan syurga Allah
swt. Keenam, merasakan diri yang hina datang menghadap Allah swt. Apabila merasakan diri
hina, akan ada perasaan rasa berdosa timbul terhadap kelalaian diri, lemah dalam melaksanakan
tanggungjawab, kurang ikhlas, banyak prasangka buruk, tidak sabar dan redha dengan takdir
dan banyak berhutang kepada Allah swt.

3. Soalan Kajian
a. Bagaimana kriteria solat dapat mempengaruhi akhlak seseorang?

b. Bagaimana implikasi solat dapat membentuk akhlak yang baik?

c. Bagaimana solat dapat mencegah seseorang dari membuat perbuatan mungkar?

4. Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:
a. Mengetahui kriteria solat yang dapat mempengaruhi pembentukan akhlak seseorang.

b. Supaya dapat menganalisa implikasi solat terhadap proses pembentukan akhlak seseorang.

©2015 SMPI
c. Seseorang dapat mencegah perbuatan mungkar dengan melaksanakan solat secara khusyuk.

5. Manfaat Penelitian
a. Secara teori, penelitian ini dapat memberi sumbang kepada pemikiran untuk memperkaya
informasi dalam rangka meningkatkan ibadah solat dan pembentukan akhlak.

b. Secara praktikal, ia dapat mendiskripsikan akan besar dan kuatnya pengaruh solat dalam
pembentukan akhlak serta pentingnya solat.

c. Supaya penelitian ini dapat menjadi bahan yang berguna dalam pelaksanaan ibadah solat
dan juga merealisasikan akhlak yang mulia.

BAB II KAJIAN TEORI


1. Teori x
Solat merupakan doa memohon kebajikan dan pujian. Secara istilah, solat adalah beberapa
ucapan atau rangkaian ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan
salam disertai dengan kata beribadah kepada Alah dan menurut syarat-syarat yang telah
ditentukan oleh agama.
Solat merupakan perintah Allah yang paling utama. Oleh kerana itu, perintah solat disampaikan
kepada Nabi Muhammad saw secara langsung dan tidak melalui perantaraan. Perintah untuk
melakukan solat adalah ketika peristiwa Israk Mikraj. Perintah solat ini berbeza dengan
perintah yang lain kerana ianya diterima secara langsung daripada Allah swt. Solat dalam erti
kata lain bererti doa permohonan kepada Allah. Menurut istilah pula, ia adalah perbuatan yang
dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam.
Solat juga merupakan ibadah yang boleh membawa manusia kepada suatu yang amat dekat
kepada Allah bila dihayati. Solat dapat menghiasi dan memperindah seseorang dengan akhlak
yang terpuji dan fikiran mental yang sihat, seperti bersifat jujur, amanah, menepati janji,
bersikap adil dan sebagainya.
Dari sudut agama, solat dapat memberikan kesan yang tinggi dalam mengangkat darjat
manusia, baik di sisi Allah swt sebagai penciptanya mahupun di hadapan sesama manusia.
Solat juga dapat mengangat martabat manusia dengan menjadikan mereka seseorang yang
mempunyai budi pekerti yang terpuji dan luhur.
Solat terdiri kepada dua, iaitu solat fardhu dan solat sunnat. Solat fardhu adalah solat yang
wajib dilakukan pada waktu-waktu tertentu sebanyak lima kali sehari semalam iaitu subuh,
zohor, asar, maghrib dan isyak. Kedudukan solat lima waktu dalam agama ini adalah ibarat
sebuah rumah yang dibina dari lima tiang untuk kukuh. Sekiranya tiang utama ini roboh, maka
rumah tersebut juga akan roboh.
Telah menceritakan kepada kami Ibnu Abi Umar telah menceritakan kepada kami Abdullah
bin Mu'adz ash Shan'ani dari Ma'mar dari 'Ashim bin Abi an Najud dari Abu Wail dari Mu'adz
bin Jabal dia berkata; Saya pernah bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam suatu
5
perjalanan, suatu pagi aku berada dekat dari beliau, dan kami sedang bepergian, maka saya
berkata; 'Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepadaku tentang suatu amal yang akan
memasukkanku kedalam surga dan menjauhkanku dari neraka.' Beliau menjawab: "Kamu telah
menanyakan kepadaku tentang perkara yang besar, padahal sungguh ia merupakan perkara
ringan bagi orang yang telah Allah jadikan ringan baginya, yaitu: Kamu menyembah Allah dan
tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun, kamu mendirikan shalat, menunaikan zakat,
berpuasa di bulan Ramadhan, berhaji ke Baitullah." Kemudian beliau bersabda: "Mahukah
kamu aku tunjukkan pada pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai dan sedekah akan
memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan shalat seorang laki-laki pada
pertengahan malam." Kemudian beliau membaca; "Lambung mereka jauh dari tempat
tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Rabbnya dengan rasa takut dan harap, dan mereka
menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. (16) Seorang pun tidak
mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang
menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (As-
Sajdah: 16-17). Kemudian beliau bersabda: "Mahukah kamu aku tunjukkan pokok perkara
agama, tiang dan puncaknya?" Aku menjawab: "Ya, wahai Rasulullah." Beliau bersabda:
"Pokok dari perkara agama adalah Islam, tiangnya adalah solat, sedangkan puncaknya adalah
jihad.' Kemudian beliau bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan dengan sesuatu yang
menguatkan itu semua?" Aku menjawab; 'Ya, wahai Nabi Allah.' Lalu beliau memegang
lisannya, dan bersabda: "'Tahanlah (lidah) mu ini." Aku bertanya; 'Wahai Nabi Allah, (Apakah)
sungguh kita akan diadzab disebabkan oleh perkataan yang kita ucapkan? ' Beliau menjawab;
"(Celakalah kamu) ibumu kehilanganmu wahai Mu'adz, Tidaklah manusia itu disunggkurkan
ke dalam neraka di atas muka atau hidung mereka melainkan karena hasil ucapan lisan
mereka?" Abu Isa berkata; 'Ini hadits hasan shahih.'1

2. Teori y
Perkataan akhlak berasal dari bahasa Arab jama’ dari bentuk mufradnya “khuluqun” yang
menurut erti: budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat. Sifat akhlak ada kaitannya dengan
Pencipta dan makhluknya kerana tuntutan akhlak itu harus menjalin hubungan erat dengan tiga
sasaran iaitu manusia terhadap Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam
sekitarnya.
Akhlak adalah perilaku yang baik dan bermanfaat bagi manusia dan kehidupan. Akhlak
merupakan pendidikan jiwa supaya jiwa seseorang bersih dari sifat-sifat yang tercela dan
dihiasi dengan sifat-sifat terpuji, seperti saling tolong menolong antara sesama manusia,
memiliki sifat sabar, tabah, belas kasih, jujur, pemurah dan sebagainya.
Dari Ibnu Mas’ud r.a., Nabi s.a.w bersabda, “Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada
kebaikan, dan kebaikan akan membimbing ke syurga. Sesungguhnya jika seseorang sentiasa
berlaku jujur, maka ia akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya
kebohongan itu akan mengantarkan pada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu akan
menggiring ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang selalu berdusta, maka akan dicatat di
sisi Allah sebagai seorang pendusta.” (HR. Bukhari, 54)

1
Jami’ At Tirmidhi 2616, Book 40, Hadith 11

©2015 SMPI
Akhlak tidak datang dengan sendirinya. Oleh itu, pendidikan akhlak harus diterapkan dari awal
supaya pembentukan akhlak dengan nilai-nilai tertinggi menjadi sebati dengan diri.
Pembentukan akhlak harus dicapai meliputi pembentukan keperibadian muslim, baik dari
aspek emosioanl, intelektual, spiritual ataupun aspek aplikasi dalam kehidupan seharian. Salah
satunya ialah dengan memegang teguh pada Al Quran dan As Sunnah.

3. Keteladanan
Kaedah keteladanan adalah suatu kadeah pendidikan dengan cara memberikan contoh, baik
dari segi tingkah laku, sifat, cara berfikir dan sebagainya. Keteladanan adalah merupakan salah
satu kaedah pendidikan yang diterapkan Rasulullah s.a.w dan paling banyak pengaruhnya
terhadap keberhasilan misi dakwahnya. Pendidikan dengan teladan adalah kaedah yang paling
berhasil kerana seorang anak yang baru meningkat dewasa lebih banyak meniru daripada
melakukan hal yang difikirkan.

4. Pembiasan
Pembiasan adalah merupakan proses penanaman kebiasaan. Kebiasan adalah tabiat yang
bertindak secara berterusan, secara seragam dan dilakukan dengan sendirinya. Kaedah
pembiasan boleh merupakan salah satu kaedah pendidikan yang sangat penting untuk
diterapkan dalam mendidik seseorang. Ia dapat dilakukan untuk membiasakan pada tingkah
laku, kemahiran, kecekapan dan daya fikiran seseorang supaya selalu melakukan hal tersebut.

5. Nasihat
Nasihat adalah penjelasan kebenaran dan kemaslahatan dengan tujuan menghindarkan orang
yang dinasihati dari bahaya serta menunjukkan ke jalan yang mendatangkan kebahagiaan dan
manfaat. Ia adalah kesempatan yang luas untuk mengarahkan seseorang kepada berbagai
kebaikan dan kemaslahatan umat.

6. Design Penelitian
Bagaimana (x) solat berpengaruh kepada (y) akhlak?
Ibadah solat dapat membentuk peribadi muslim yang syumul. Apabila tiba masuk waktu solat,
azan akan berkumandang dan ia menandakan telah tiba kewajipan sebagai umat Islam
mengabdikan diri kepada Allah swt dengan waktu yang telah ditetapkan kerana ia harus
dihargai dan ditepati.
Sebelum mengerjakan solat, umat Islam harus mengambil wudhu dengan membersihkan muka,
tangan dan tapak kaki daripada segala najis dan kekotoran. Dengan pengambilan wudhu, secara
tidak langsung, umat Islam dibimbing untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri.
Solat dapat memelihara diri manusia daripada melakukan kemungkaran. Sepertimana Allah
berfirman di dalam Surah Al Ankabut Ayat 45, “Bacalah kitab (Al Quran) yang telah

7
diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu
mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih
besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

7. Hipotesis Penelitian
Ibadah solat adalah ibadah yang wajib dilaksanakan setiap hari oleh orang muslim yang sudah
mukallaf, bahkan yang lebih penting ialah amalan ibadah solat adalah yang pertama kali
dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Selain itu, ibadah solat memainkan peranan penting dalam
mengawal akhlak manusia terutama dalam mencegah manusia dari perbuatan keji dan
mungkar.
Dalam penelitian saya, jika dalam sehari solat lima waktu dilakukan dengan penuh kesedaran
dan tanpa adanya paksaan, ia akan memperoleh pengaruh yang positif terhadap perilaku
manusia dalam kehidupan sosial bermasyarakat.

BAB III NILAI PENDIDIKAN AKHLAK DALAM SOLAT


1. Pengertian Nilai
Nilai adalah harga atau sifat-sifat yang penting bagi manusia. Secara umum, nilai bererti harga,
kadar, mutu atau kualiti. Untuk mempunyai nilai, sesuatu harus memiliki sifat-sikat yang
penting dan bermutu atau berguna dalam kehidupan.
Nilai merupakan suatu perilaku yang diyakini dan secara psikologi, ia telah menyatu di dalam
diri seseorang.

2. Tujuan Nilai
Nilai adalah sesuatu yang dianggap berharga dan digunakan sebagai landasan, pedoman atau
pegangan seseorang dalam menjalankan sesuatu sebagai pengukuran terhadap apa yang telah
dikerjakan atau usahakan. Sesuatu yang bernilai bermakna sesuatu yang berguna bagi
kehidupan manusia. Tujuan nilai adalah untuk membentuk manusia supaya mempunyai watak
yang sesuai dengan wahyu, aturan dan kebiasaan.

3. Manfaat Nilai
Manfaat nilai adalah ia menjadi pengukur kepada perilaku manusia terhadap sikap peribadi dan
sikap orang lain supaya kehidupan bermasyarakat menjadi harmoni dan seimbang sesuai
dengan ketentuan yang ada.

4. Pengertian Pendidikan
Pendidikan adalah hal terpenting dalam kehidupan seseorang. Melalui pendidikan, seseorang
dapat dipandang terhormat, memiliki pekerjaan yang baik serta dapat bertingkah laku dengan

©2015 SMPI
baik. Pendidikan adalah usaha sedar dan terencana secara etismologi, sistematis, intensional
dan kreatif di mana seseorang pelajar dapat mengembangkan potensi diri, kecerdasan,
pengendalian diri dan keterampilan untuk membuat dirinya berguna di masyarakat.

5. Tujuan Pendidikan
Tujuan pendidikan adalah untuk menciptakan peribadi yang berkualiti dan memiliki karakter
yang disertakan oleh visi yang luas untuk mencapai cita-cita yang diharapkan. Ia juga bertujuan
untuk mengembangkan potensi diri secara aktif supaya memiliki pengendalian diri,
kecerdasan, keterampilan dalam bermasyarakat, kekuatan spiritual keagamaan, keperibadian
serta akhlak mulia.

6. Fungsi Pendidikan
Fungsi pendidikan adalah untuk menanamkan keterampilan yang diperlukan untuk ikut
mengambil bahagian dalam demokrasi. Pendidikan adalah salah satu cara untuk
mengembangkan bakat yang dimiliki oleh setiap orang demi kepentingan peribadi dan
masyarakat. Demi untuk mempersiapkan anggota masyarakat untuk dapat mencari nafkah,
mereka harus mempunyai asas pendidikan sebelum memasuki ke alam pekerjaan.

7. Nilai Pendidikan Akhlak


Nilai yang bersesuaian dengan perintah Allah dan RasulNya yang kemudian melahirkan
perbuatan yang baik, maka itulah yang dinamakan akhlak yang terpuji. Namun, sekiranya ia
adalah perbuatan yang terlarang dan melahirkan perbuatan-perbuatan buruk, maka ia adalah
akhlak yang tercela. Menunaikan perintah Allah dan RasulNya seperti menunaikan kewajipan
solat akan memberikan kesan yang positif terhadap akhlak seseorang.

BAB IV METODE PENELITIAN


1. Jenis Penelitian
Penelitian ini bersifat kepustakaan kerana datanya terdiri atas nota-nota yang ada hubungannya
langsung atau tidak langsung dengan pembahasan materi. Selain itu, mengambil sumber dari
kitab-kitab tafsir yang ada mengatakan tentang nilai pendidikan akhlak dalam solat sehingga
ditemukan data-data yang diingini.

2. Sumber Data
Sumber data adalah penelitian data tentang dari arah mana sumber tersebut diperolehi.
Penelitian ini merupakan penyelidikan online, maka semua kegiatan penelitian dipusatkan pada
kajian terhadap data-data dan buku-buku yang berkaitan dengan tema.

9
BAB V KESIMPULAN
Pencapaian akhlak yang baik dan mulia harus dimulai dengan menunaikan solat sesuai dengan
tuntutan agama. Ini kerana dengan solat, seseorang dapat menjadi seseorang yang berdisiplin,
menepati waktu, sabar, ikhlas dan merendah diri. Solat dapat mencegah seseorang dari
membuat perbuatan yang mungkar.

WORDS CITIED
Shalat dan implikasinya dalam membentuk akhlaqul karimah
https://mgmppaismpsubrandudongkal.wordpress.com/2014/03/04/shalat-dan-implikasinya-
dalam-membentuk-akhlaqul-karimah/

Metode Tazkiyatun Nafs (Penyucian Jiwa) melalui ibadah shalat dan implikasinya terhadap
pendidikan akhlak
http://digilib.uin-suka.ac.id/11072/1/BAB%20I,%20IV,%20DAFTAR%20PUSTAKA.pdf
(2014, Khoirul Mustangin)

Solat Itu Dapat Mencegah Seseorang Daripada Melakukan Dosa dan Maksiat
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=360:solat-itu-
dapat-mencegah-seseorang-daripada-melakukan-dosa-dan-maksiat&catid=28:renungan-dan-
tazkirah&Itemid=78

Amalan-amalan Islam dan kesannya terhadap pelajar aliran agama


http://library.oum.edu.my/repository/980/1/library-document-980.pdf

Takhrij Hadis solat itu tiang agama


https://ikhwahmedia.wordpress.com/2012/12/27/takhrij-hadits-sholat-itu-tiang-agama/

Landasan Teori Tentang Akhlak Dan Pendidikan Akhlak


http://library.walisongo.ac.id/digilib/files/disk1/25/jtptiain-gdl-s1-2006-mamroziham-1240-
bab2_360-9.pdf

Ibadah Pembentuk Akhlak


http://ummatanwasatan.net/2011/10/ibadah-pembentuk-akhlak/

Langkah khusyuk dalam solat


http://akuislam.com/blog/renungan/langkah-khusyuk-dalam-solat/

The Book On Faith


http://www.sunnah.com/tirmidhi/40/11

Nilai Pendidikan Akhlak Dalam Shalat (Analisis Terhadap Ayat-Ayat Tentang Shalat Di
Dalam Al Quran)
http://dokumen.tips/documents/nilai-pendidikan-akhlak-dalam-shalat.html

©2015 SMPI
Nilai-Nilai Pendidikan Akhlak Dalam QS Ali Imran: 159 - 160
http://digilib.uin-suka.ac.id/6937/1/BAB%20I,%20V,%20DAFTAR%20PUSTAKA.pdf

11

Anda mungkin juga menyukai