Anda di halaman 1dari 11

SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 1

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 4
(1 Jam 15 Minit)

NAMA : _______________________________________ KELAS : _____________


Jawab semua soalan.
BAHAGIAN A
(20 markah)
Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah ini.

1. Aisyah sedang membaca _____________ buku cerita.


A. selembar
B. sekeping
C. sebuah
D. Sebidang

2. Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tunku Aminah untuk


____________.
A. diuji kaji
B. disoal siasat
C. ditemu bual
D. dibedah siasat

3. Cikgu Haikal berjalan ke bilik guru sambil _____________ fail.


A. mengelek
B. memikul
C. menjunjung
D. Menjulang

4. Rahman merakamkan gambar monyet menggunakan ___________.


A. radio
B. televisyen
C. kamera
D. Komputer
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini.
5. Tindakan pemandu lori itu membawa muatan yang terlalu _____________
membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
A. sarat
B. besar
C. padu
D. Padat

6. Zafrul berasa pening apabila melalui jalan yang ______________ itu.


A. kucar-kacir
B. mundar-mandir
C. hingar-bingar
D. bengkang-bengkok

7. Kami suka mandi di sungai itu kerana airnya sangat _______________.


A. putih
B. jernih
C. cerah
D. Terang

8. Pak Halim tidak mahu ____________ dalam urusan keluarga Iskandar.


A. buah tangan
B. ringan tangan
C. tangan terbuka
D. campur tangan

Tuan puteri masuk ke kamarnya lalu merebahkan diri di atas katil yang keemasan
itu.

9. Apakah yang akan dilakukan oleh tuan puteri selepas itu?


A. beradu
B. bersiram
C. bersantap
D. Bersemayam

10. Pak Ali menghirup air kopi yang masih panas itu perlahan-lahan.
Pilih perkataan sinonim bagi menghirup.
A. bergerak
B. menyedut
C. meniup
D. Menghisap

11. Air bertakung di dalam tempurung kelapa itu.


Pilih perkataan antonim bagi bertakung.
A. bergerak
B. berkocak
C. mengalir
D. Meresap

12. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Petinju itu berjaya jatuh lawannya.
II. Jatuh harga beras membimbangkan para petani
III. Pakar ekonomi meramalkan bahawa nilai mata wang negara itu akan jatuh
lagi.
IV. Mereka sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air daripada
jatuh ke tangan penjajah.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

13. Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Ibu _________ apabila adiknya memecahkan pasu kesayangannya.
A. naik angin
B. naik lemak
C. habis akal
D. ringan tulang

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Tabiat Chee Keong yang suka pulang lewat malam itu tidak disenangi oleh
ayahnya.
A. Chee Keong dan ayahnya sering pulang lewat malam.
B. Chee Keong yang pulang lewat malam itu tidak disenangi oleh ayahnya.
C. Tabiat Chee Keong itu tidak disukai oleh ayahnya yang suka pulang lewat
malam.
D. Ayah Chee Keong tidak suka akan sikap Chee Keong yang gemar balik lewat
malam itu.

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15. A. Cerita seram yang diceritakannya itu ialah tidak benar.


B. Baju yang dijahit oleh mak long ialah untuk adik saya.
C. Adalah dimaklumkan bahawa esok tidak hari cuti.
D. Majlis itu bukan untuk semua kakitangan syarikat.
16. A. Buku latihan Matematik Ammar ada dengan Cikgu Ikram.
B. Kepulangan Rahimi memang dinanti-nantikan oleh
keluarganya.
C. Di dalam perselisihan faham itu, Kamisah mengambil sikap
berdiam diri.
D. Saya tidak akan berganjak dari keputusan ini.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang berusaha Tuan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Serdang, Tuan Haji Ferhad bin Hassan, guru-guru, dan murid-murid
sekalian. Terima kasih saya ucapakan kepada pihak sekolah kerana mengundang
saya untuk menyampaikan ceramah. Ceramah saya pada hari yang berbahagia ini
bertajuk “Mengenal Personaliti Remaja”.

Hadirin sekalian,
Zaman remaja merupakan masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam
dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 tahun hingga 19 tahun. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, remaja bermaksud mulai dewasa, sudah akil baligh, atau
cukup umur.
Perubahan fizikal akan berlaku pada peringkat remaja. Perubahan ini
menujukkan bahawa seseorang itu melepasi zaman kanak-kanak dan beralih ke alam
remaja. Perubahan fizikal remaja perempua dengan remaja lelaki adalah berbeza.
Adakalanya, perubahan-perubahan ini menimbulkan ketidakselesaan kepada remaja.
Namun begitu, hadapilah perubahan ini dengan tenang.
Meneroka sesuatu yang baharu merupakan perkara utama yang dilakukan oleh
golongan remaja. Mereka ingin mencuba perkara yang tidak pernah dilakukan
sebelum ini. Oleh itu, remaja perlu mengawal diri supaya tidak terjebak dalam
aktiviti yang kurang sihat. Dekatkanlah diri dengan tuhan. Dengan ini, remaja dapat
melawan keinginan untuk mencuba sesuatu perkara yang dapat merosakkan diri.

Hadirin yang saya kasihi,


Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya akan menjadi lebih kuat. Kawan
yang baik akan membawa kita ke jalan kebaikan. Jangan tersilap memilih kawan.
Jika kita tersilap memilih kawan, maka pengaruh buruk akan luas terbuka untuk kita.
Berkawanlah dengan orang yang dapat memberi manfaat kepada kita. Kawan
tersebut dapat menjaga kita semasa kita berada dalam kesusahan juga. Pastikan ibu
bapa kita mengenal kawan kita. Selain itu, jangan mudah percaya akan orang yang
tidak kita kenal.
Akhir kata daripada saya, jalanilah alam remaja kita dengan sebaik-baiknya.
Sekian, terima kasih.

17. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, remaja bermaksud


seseorang itu sudah
A. dewasa
B. matang
C. akil baligh
D. Pramatang
18. Cara untuk mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti yang kurang
sihat adalah dengan
A. membaca buku-buku cerita.
B. berkongsi masalah dengan rakan
C. banyak meluangkan masa di luar bandar
D. sentiasa mendekatkan diri dengan tuhan.

19. Siapakah yang paling berpengaruh kepada remaja?


A. Guru
B. Ibu bapa
C. Masyarakat
D. Rakan sebaya

20. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.


A. Perubahan fizikal yang berlaku kepada semua remaja adalah sama.
B. Keinginan untuk meneroka sesuatu yang baharu sangat kuat bagi golongan
remaja.
C. Ibu bapa perlulah mengenal kawan-kawan remaja.
D. Kawan yang baik akan membawa kita ke jalan kebaikan.

Bahagian B
(30 Markah)

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan pada tempat kosong dalam petikan
yang diberikan.

kerana dalam dan pada


yang atau hingga di
Di malaysia, pemeliharaan burung unta tidak memerlukan penjagaan yang rapi
__________ burung unta tidak sensitif terhadap persekitaran cuaca tropika negara ini.
Haiwan ini memerlukan sumber semula jadi, iaitu air, makanan, __________ cahaya
matahari __________ mencukupi setiap hari. Burung unta dianggap istimewa kerana
mempunyai 1001 kegunaan. Seekor burung unta dapat dimanfaatkan daripada daging,
telur, kulit, __________lah lemaknya.
(4 markah)

Soalan 22
a) Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Ayat tanya : ___________________________________________________

__________________________________________________?
Jawapan : Saya meletakkan senarai nama peserta Kem
Membaca anjuran Persatuan Bahasa
Melayu sekolah kita di atas meja Cikgu Hilmi.
(2 markah)
b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(2 markah)
c) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(2 markah)

Soalan 23
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Pendeta Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad dilahirkan di
Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 16 September 1895. Beliau merupakan satu-
satunya penerima gelaran “Pendeta” di negara ini. Gelaran tersebut dikurniakan
kepada beliau sempena Kongres Bahasa dan Persatuan Melayu Ketiga pada 21
September 1956. Gelaran tersebut diberikan kepada Pendeta Za’ba sebagai
menghargai dan mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang bahasa dan sastera.
Sehingga kini sumbangan Pendeta Za’ba terhadap perancangan dan
perkembangan imu tentang nahu bahasa Melayu dikenang dan dijadikan rujukan
oleh pakar-pakar linguistik bahasa Melayu. Pendeta Za’ba banyak menghasilkan
buku bahasa sejak tahun 1930-an lagi. Antaranya termasuklah Pelita Bahasa (I, II,
dan III), Ilmu Mengarang Bahasa Melayu, Ilmu Bahasa Melayu (Penggal I dan II),
dan Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

a) Nama sebenar Pendeta Za’ba ialah _____________________________

_________________________________________________________________
(1 markah)

b) Bilakah gelaran “Pendeta” dikurniakan kepada Pendeta Za’ba?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(2 Markah)

c) Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan.

Zainal Abidin bin Ahmad dilahirkan pada


21 September 1956.

Pendeta Za’ba merupakan satu-satunya


penerima gelaran “Pendeta” di negara Betul
ini.

Pendeta Za’ba menghasilkan buku Ilmu


Salah
Bahasa Melayu (Penggal I dan II).

Pendeta Za’ba banyak menghasilkan


buku bahasa sejak tahun 1950-an

(2 markah)

Soalan 24
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Sabtu, 25 Februari 2017
8.00 pagi
Aku dan peserta Kem Perpaduan 1Malaysia yang lain diarahkan menaiki bas
sekolah. Dua jam setengah kemudian, kami tiba di Taman Agro Rantau. Cikgu
Shafik memberikan taklimat ringkas kepada kami. Kemudian, kami mendaftarkan
diri di tempat penginapan. Kami berehat seketika sebelum memulakan aktiviti yang
seterusnya.

2.30 petang
Kami bergegas ke dewan untuk sesi ceramah. Penceramah itu berjaya mencuit hati
kami melalui penyampaian ceramahnya yang menarik. Tidak kering gusi kami
dibuatnya. Penceramah itu turut menerangkan tujuan Kem Perpaduan 1Malaysia ini
diadakan. Kem ini merupakan program khas untuk mengeratkan perpaduan dalam
kalangan murid yang berbilang bangsa. Selain itu, kem ini bertujuan untuk
memupuk persefahaman dan toleransi antara peserta juga. Dalam pada itu, semangat
berpasukan dan bekerjasama dapat diwujudkan antara peserta.

9.15 malam
Kami melalui cabaran yang sangat getir. Kami ditinggalkan bersendirian di tempat-
tempat tertentu di sekitar kawasan kem. Cabaran ini melatih kami supaya menjadi
lebih berani dalam menghadapi rintangan. Kami didedahkan kepada ilmu pandu arah
dan aktiviti ikhtiar hidup juga. Antaranya, kami harus merebus ubi kayu dalam
suasana yang gelap.
Aktiviti pada malam itu dimeriahkan lagi dengan acara persembahan 1Malaysia.
Para peserta berpeluang menyerlahkan bakat masing-masing. Aku turut
menunjukkan bakatku dalam bidang seni suara.

Ahad, 26 Februari 2017


7.25 Pagi
Kami berjoging di trek laluan yang disediakan. Keindahan flora dan kedinginan
bayu pagi amat mendamaikanku.
Selepas berkemas, kami bertolak pulang. Banyak pengajaran yang dapat kami
timba sepanjang mengikuti Kem Perpaduan 1Malaysia. Ternyata kem ini membantu
mengukuhkan nilai-nilai murni dan jati diri para peserta.

a) Perkataan taklimat dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan


_____________.
(1 Markah)

b) Mengapakah Kem Perpaduan 1Malaysia diadakan?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(2 Markah)
c) Apakah manfaat yang dapat diperoleh para peserta apabila mereka ditinggalkan
sendirian di sekitar kawasan kem?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(2 Markah)

d) Andaikan kamu seorang daripada peserta kem ini. Jelaskan pengajaran yang
dapat kamu peroleh daripada kem tersebut.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(3 Markah)

Soalan 25
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Hujan menitik di daun keladi,
Sulur keladi dibuat hidangan;
Semasa hidup taburkan budi,
Disanjung orang zaman-berzaman.

Nakhoda kapal turun ke pekan,


Untuk membeli jering dan petai;
Senyuman dilemparkan budi disandarkan,
Rakyat hidup aman dan damai.

Malam hari terang bulan,


Burung helang mencari mangsa;
Luhur sungguh budimu tuan,
Menabur jasa tidak kira masa.

Masak sudah buah berangan,


Dijual oleh si anak dara;
Amalan berbudi jadi pegangan,
Keharmonian hidup akan terpelihara.

Senja hari menampi padi,


Padi disimpan berpeti-peti;
Amalkan selalu sifat berbudi,
Hidup muafakat bersatu hati.

Burung tempua hinggap di dahan,


Mencari tempat membuat sarangnya;
Bukan duit jadi taruhan,
Tetapi budi tinggi nilainya.

a) Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(2 Markah)

b) Apakah faedah yang dapat kita peroleh jika amalan berbudi menjadi pegangan?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(1 Markah)

c) Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Senyuman dilemparkan budi disandarkan

Hidup muafakat aman dan damai

(1 Markah)

Bukan duit jadi taruhan,


Tetapi budi tinggi nilainya.

d) Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
(3 Markah)

- KERTAS SOALAN TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai