Anda di halaman 1dari 3

5 PRINSIP RUKUN NEGARA:

Kepercayaan kepada tuhan

Kesetiaan kepada raja dan negara

Keluhuran perlembangan

Kedaulatan undang-undang

Kesopanan dan kesusilaan.

…..Assalamualaikum warahmatullah hiwaba rakatuh….

Kawan- kawan daie sekalian,

Ikrar keramat diawal pagi perhimpunan saban minggu ini, sudah lali dibibir murid-murid
sekolah, sudah sebati dalam diri rakyat Malaysia dan aku sebagai rakyat tanda itu sebagai
penghormatan…

‫هللا إِاَّل إِلَ َه اَل أَنْ أَ ْش َه ُد‬


ِ ‫هللا َرس ُْو ُل م َُحم ًَّدا أَنَّ َه ُد أَ ْش َو‬
ِ

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi
bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah".

Allahuakbar!! Alhamdulillah, Alhamdulillah..terima kasih atas nikmat agamaMU ini, “AD-


DINNI ISLAM”.Ungkapan syahadah NADI bagiku yang bergelar muslim dan untuk kamu jua,
saudara- saudaraku seislam. Dan aku selaku hambaMU, bukti itu sebagai penyaksiaan.

Hadirin sahabat da’I yang dirahmati Allah sekalian,

Sebagaimana wujudnya prinsip-prinsip rukun Negara ini dapat mendidik kita mentaati
Negara, sedikit sebanyak telah mendisiplinkan semua murid di sekolah, semua warga
sekolah bahkan semua rakyat di negara ini agar menyanyangi Negara kita Malaysia.

Bagaimana pula Rukun Islam? Bagaimana pula Syahadah kita? Sejauh manakah ia
mampu menjadikan kita betul- betul mentaati Allah? mendidik akhlak kita?, sebagaimana
rukun Negara mendidik kita menyayangi Malaysia?.
Sabda Rasulullah s.a.w:

َّ ‫ َوإِ َقا ِم ال‬، ‫ه‬


، ‫صاَل ِة‬ ِ َّ‫ل الل‬
ُ ‫سو‬ ُ ‫م ًدا َر‬ َّ ‫ح‬َ ‫ش َها َد ِة أَنْ اَل إِلَ َه إِاَّل اللَّ ُه َوأَنَّ ُم‬
َ ،‫س‬
ٍ ‫م‬ َ ‫ساَل ُم َعلَى‬
ْ ‫خ‬ ْ ِ ‫ي اإْل‬
َ ِ‫ُبن‬
]4[ . ” َ‫ص ْو ِم َر َمضَان‬ َ ‫ َو‬، ِّ‫ِج‬
01 ‫ح‬َ ‫ َوا ْل‬، ‫َوإِي َتا ِء ال َّز َكا ِة‬
Maksudnya: Islam terbina atas lima perkara: penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah
dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada
bulan Ramadhan, dan menunaikan haji.

Hadirin sahabat da’I yang dirahmati Allah sekalian,

Rukun islam pertama syahadah. Sebagaimana yang telah saya ucapkan diawal- awal tadi.
Yakni, diungkapkan dengan lidah, didatangkan dalam hati, dan dizahirkan atau dibuktikan
dengan perbuatan. Bagaimana untuk dibuktikan? Lihat perkara kedua dalam rukun islam,
apa?. Solat, yang ketiga? Puasa seterusnya mengeluarkan zakat dan yang kelima
menunaikan haji bagi yang mampu.

Justeru, akidah dan ibadah itu sendiri apabila dihayati setepatnya, berperanan aktif
membentuk diri berakhlak mulia, itulah yang disediakan dalam islam dikenali sebagai rukun
islam yang mencanai pembentukan akhlak mulia.

Muslim perlu menjadi penunjuk nilai kepada akhlak mulia dalam kehidupan, sekali
gus menonjolkan jati diri keislaman. Hanya dengan keadaan ini, barulah Muslim benar-
benar mendokong risalah dibawa Baginda secara sepenuhnya.

Hadirin sahabat da’I yang dirahmati Allah sekalian,

Lihat cara dakwah Ustaz Ebit Lew, yang sangat berlemah lembut, cukup hanya dengan
menunjukkan contoh yang baik. Beliau cuba menghampiri pelbagai golongan seperti LGBT,
pengemis jalanan, artis- artis. “Simple” dakwahnya, tapi cukup mendekat dengan semua
orang dalam berdakwah, selaras dengan dakwah nabi Muhammad s.a.w.

Perkara kedua dalam rukun islam, Solat. Yaaa kawan- kawan, dengan solat dapat
memagari seseorang itu dari kecundang dalam kejahatan atau kemugkaran. Ibarat vitamin
pendinding penyakit, ibarat vaksin menghalang virus. Solat bukan sekadar penyelamat kita
di dunia, bahkan penyelamat kita di akhirt kelak.

“Sepohon kayu daunnya rimbun lebat bunganya, serta buahnya, walaupun hidup seribu
tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya.” (Nasyid)

Perakuan menjadi Muslim ini ialah satu titik tolak yang mempunyai makna besar dan
signifikan kepada pembentukan akhlak mulia manakala, Pelaksanaan secara sempurna
terhadap tuntutan Rukun Islam, iaitu solat, puasa, zakat dan haji yang bertaraf Fardu Ain
ialah pencanai serta penempa utama kepada proses pembentukan akhlak mulia.
MAHRAJAN AL-QURAN
SEKOLAH- SEKOLAH DAERAH
TAWAU 2020

(ZON TANJUNG BATU)

DAIE CILIK LELAKI

TEMA: RUKUN ISLAM

TAJUK: AKHLAK MULIA

NAMA:……………………………………………….

SJK (C) YUK CHIN

Anda mungkin juga menyukai