Anda di halaman 1dari 8

PROPOSAL KAJIAN

TINDAKAN
TAJUK: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN
TANGAN KIRI FLEMING MENGGUNAKAN TEKNIK
PEN-A DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 5
ALI DAN 5 HAMZAH.

NAMA GURU : NOOR AZZUHANA BT AZAHARUDDIN


PANITIA : FIZIK
SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SEKSYEN 18,
SHAH ALAM
1
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid-murid tingkatan lima yang
mengambil matapelajaran Fizik. Subtopik yang terlibat ialah menentukan daya bagi
konduktor yang membawa arus dengan menggunakan Petua Tangan Kiri Fleming.
Seramai 20 orang murid telah terlibat dalam kajian ini.Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui pemerhatian di dalam kelas mendapati murid-murid keliru untuk menggunakan
Petua Tangan Kiri Fleming untuk menentukan daya bagi konduktor yang membawa arus.
Murid-murid keliru untuk menentukan arah medan magnet dan arah arus yang terdapat
pada Petua Tangan Kiri Fleming. Oleh yang demikian satu kaedah yang lebih mudah
telah digunakan untuk membantu murid untuk menentukan daya pada konduktor
membawa arus iaitu dengan menggunakan Teknik Pen- A. Teknik Pen-A ini dapat
membantu murid untuk menentukan daya pada konduktor pembawa arus sekaligus dapat
memudahkan murid menjawab soalan SPM yang berkaitan tajuk ini. Diharapkan Teknik
Pen – A ini akan meningkatkan pemahaman murid untuk menjawab soalan bagi subtopik
ini.
2

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN


TANGAN KIRI FLEMING MENGGUNAKAN TEKNIK
PEN-A DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 5 ALI
DAN 5 HAMZAH.

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran /Isu Yang Lalu

Saya mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam


Murid-murid di dalam kelas saya terdiri daripada murid-murid sederhana.
Dari pemerhatian setelah mengajar kelas selama dua minggu dan setelah melalui pelbagai
aktiviti seperti mengenali Petua Tangan Kiri Fleming semasa di dalam makmal dan
membuat banyak latihan untuk menentukan daya menggunakan Petua Tangan Kiri
Fleming didapati mereka masih gagal menguasai penggunaan Petua Tangan Kiri Fleming
berpunca daripada kegagalan menguasai konsep dan cara menentukan arah medan dan
arah arus yang melalui suatu konduktor pembawa arus.

Kegagalan murid memahami Petua Tangan Kiri Fleming kerana :


i) murid keliru dengan arah arus yang ditunjukkan dalam soalan
ii) murid keliru dengan arah medan magnet di dalam soalan
Di sebalik itu , saya cuba cermin diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin
berpunca dari kelemahan saya sendiri seperti :
i) Sebelum ini saya bergantung kepada slaid yang ditunjukkan pada Power Point
dan tidak menunjukkan kaedah yang sebenar semasa mengajar di dalam kelas
ii) Tahap penguasaan saya pada topik ini juga pada peringkat sederhana, dimana
saya sendiri belum menguasai topik ini sepenuhnya

Saya sangka dengan bersikap sedemikian murid akan tekun belajar tetapi sangkaan saya
meleset. Prestasi murid-murid terhadap tajuk ini berdasarkan latihan yang diberi di dalam
kelas sangat lemah. Ada di kalangan murid masih terkial-kial menggunakan Petua
Tangan Kiri Fleming ini.
3
Berdasarkan dari masalah itu , saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar
berlarutan memandangkan murid-murid saya akan menduduki peperiksaan SPM tidak
lama lagi. Saya akan cuba membantu murid mengatasi masalah di atas dengan cara
mengubah kebiasaan ketika mengajar. Saya bercadang untuk menggunakan satu kaedah
untuk membantu murid lebih memahami penggunaan Petua Tangan Kiri Fleming dengan
hanya menggunakan sebatang pen. Teknik ini saya namakan Teknik Pen- A

2.0 Fokus Kajian

Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan/latihan


berkaitan Petua Tangan Kiri Fleming kerana :
a. Murid keliru menggunakan Petua Tangan Kiri Fleming ini
b. Murid tidak memahami arah arus masuk dan keluar dari konduktor
c. Murid tidak memahami cara untuk memusingkan tangan untuk mencari
arah medan magnet dan arah arus

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid terutamanya disebabkan sikap


murid yang malas membaca, hendak cepat siap dan tidak pandai membahagi masa yang
diperuntukkan.

3.0 Objektif Kajian


3.1 Objektif Am:
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan Tangan Kiri
Fleming menggunakan teknik Pen- A dalam kalangan murid tingkatan 5 ali dan 5
hamzah.

3.2 Objektif Khusus:

a) Murid dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 8 daripada 10 soalan berkaitan


Petua Tangan Kiri Fleming
b) Murid yakin menjawab soalan berkaitan Petua Tangan Kiri Fleming dengan
menggunakan Teknik Pen-A
4

4.0 Kumpulan Sasaran:

Pelajar yang terlibat adalah pelajar kelas sains tulen dari kelas 5 Hamzah dan 5 Ali. Kelas
ini terdiri daripada 19 orang murid dari 5 Hamzah dan 23 orang murid dari kelas 5 Ali.

5.0 Pelaksanaan Tindakan

5.1 Tinjauan awal masalah:

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,


tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut.

Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:

a. Praujian
Pengetahuan murid dalam penguasaan topik daya pada konduktor pembawa arus
dalam medan magnet diuji untuk mengetahui masalah konsep yang dihadapi
walaupun ia telah diajar dalam tahun yang sama

b. Pemerhatian
Semakan buku tulis dibuat bagi mendapatkan gambaran tahap penguasaan murid
tingkatan 5 Ali dan 5 Hamzah. Tingkahlaku murid sebelum dan selepas rawatan
diberikan juga diperhatikan.

c. Soal selidik
Murid diberi soal selidik sebelum dan selepas rawatan . Perbezaan pandangan
dan skor dapat menjelaskan sama ada rawatan yang diberi berkesan ataupun tidak.
5
5.2 Analisis Tinjauan Masalah

a. Pemerhatian

Pemerhatian yang dibuat semasa di dalam kelas mendapati murid teragak-agak


dalam menggunakan Petua Tangan Kiri Fleming. Apabila diajukan soalan berkaitan
Petua Tangan Kiri Fleming, murid menghadapi masalah untuk memusingkan tangan kiri
mereka untuk menentukan arah arus dan arah medan magnet.

5.3 Tindakan(Rawatan) Yang Akan Dijalankan:

Langkah 1 Murid-murid diterangkan cara menggunakan Teknik Pen- A

Langkah 2 Murid-murid dikehendaki mengambil mana-mana pen mereka


yang sesuai untuk dijadikan Pen-A
Langkah 3 Murid-murid dikehendaki mengingat setiap bahagian pada Pen-
A
Langkah 4 Murid menjawab soalan berkaitan Petua Tangan Kiri Fleming
menggunakan Teknik Pen - A
Langkah 5 Guru menyemak soalan yang diberi dan membuat penilaian.

6.0 Bahan yang dicadangkan


Bahan yang dicadangkan dalam kajian ini adalah sebatang pen yang mempunyai
penutup.
6
7.0 Kos Kajian

Bil Perkara Harga seunit Jumlah


1 Pen 1.50 1.50
2 Fotostat soalan latihan 0.04 x 100 4.00
3
4
5
6
7
8
9
JUMLAH KESELURUHAN : RM 5.50

9.0 PENUTUP

Kajian Tindakan saya yang bertajuk meningkatkan kemahiran penggunaan Tangan Kiri
Fleming menggunakan teknik Pen- A dalam kalangan murid tingkatan 5 ali dan 5 hamzah
diharapkan dapat membantu murid-murid untuk mengusai topik daya pada konduktor
pembawa arus dalam medan magnet. Diharapkan teknik Pen – A ini dapat mengurangkan
kekeliruan pelajar dalam menentukan arah medan magnet dan arah arus semasa
menjawab soalan yang berkaitan

RUJUKAN
1. Buku teks Fizik Tingkatan 5
2. En. Androd bin Sadian ( Pengasas Teknik Pen- A)
3. En. Ahmad Rizaki bin Jaini ( GKMP Sains dan Matematik SMK Seksyen 18, Shah Alam
7

Anda mungkin juga menyukai