Anda di halaman 1dari 3

MEMBINA BATAS

 Kerja membina batas dilakukan setelah kerja menggembur


 Batas dibina dengan menggunakan cangkul dan jentera kecil
 Batas dibina bertujuan untuk mengelakkan tanah daripada ditakungi air, memudahkan
kerja-kerja penjagaan dan untuk mengelakkan tapak tanaman daripada dipijak.

Antara kebaikan bila buat raised bed @ parit antara batas ni yang paling utama ialah:

1. Dapat mengurangkan serangan serangga perosak terutamanya yang jenis menjalar kerana mereka
susah untuk bergerak ke kawasan tanaman tersebut.

2. Mengurangkan compaction @ keadaan tanah menjadi padat kerana kita tidak akan berdiri diatas
tanah semasa menanam/menuai.

3. Memudahkan proses menuai hasil sayuran dan tanaman lain.

Pembinaan Batas.

Setelah cukup tempoh masa antara 2 -3 minggu, kerja-kerja membina batas boleh dimulakan
dengan cara menggemburkan tanah dengan cangkul.

Pancang digunakan untuk menanda ukuran di atas tanah yang digemburkan.

Ukuran batas yang dicadangkan iaitu, lebar batas 120cm, panjang batas adalah mengikut kawasan
kebun, tinggi batas ialah 15cm-25cm dan jarak lorong antara batas ialah 45cm.

 Pembinaan Batas.

Tali diikat pada pancang untuk menentukan ukuran batas.

Tanah dilorong batas digemburkan dengan menggunakan cangkul kemudian tanah ditimbunkan di
zon batas.

Ketika membina batas, pastikan ketulan- ketulan tanah yang besar dipecahkan.

Anda mungkin juga menyukai